bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Aug 2010

Hak Bumiputera Perlu Dikekalkan - Lagi Pemimpin Pas "Tolak" Cadangan Tony Puah!!!

Pas tetap pertahan hak Bumiputera
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8044545.asp


SHAH ALAM - Pas tetap mempertahankan hak istimewa Bumiputera yang dijamin dalam perlembagaan kerana ia telah dipersetujui kesemua tiga parti (Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat) dalam Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang perkara yang dipersetujui bersama tidak boleh ditimbulkan kembali oleh mana-mana pihak.

“Kita tetap pertahankan perkara itu kerana ia dah jadi keputusan bersama dalam muafakat PR.

“Isu-isu seperti ini perlu dibincangkan dalam perlembagaan kerana keputusan mengenainya tidak boleh dibuat tanpa usul periksa,” katanya kepada: Sinar Harian:, semalam.

Menurutnya, cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berhubung pemansuhan dasar pemberian diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor oleh kerajaan negeri adalah bersifat peribadi.

“Kenyataan itu adalah pandangan peribadi sahaja. Cadangan pemansuhan oleh beliau itu hanya meliputi nilai hartanah dan pemilikan rumah mewah.

“Perkara itu diberitahu kerana beliau melihat individu berpendapatan tinggi tidak perlu lagi mendapat keistimewaan itu atas beberapa sebab,” katanya.

Tuan Ibrahim, bagaimanapun, memberitahu cadangan itu bukan pendapat sebulat suara daripada DAP dan tidak akan menjejaskan persepakatan antara Pas dan parti komponennya itu.

“Kita perlu tahu membezakan antara pendapat peribadi dan pendirian parti. Dalam sistem pemerintahan sendiri pun terdapat perbezaan pendapat antara perdana menteri dan timbalannya, inikan pula sesama individu dalam parti,” katanya.



Komen Isac;

Walaupun semakin ramai pemimpin-pemimpin Pas bersuara mengenai isu ini tetapi apa yang pasti Pas dilihat berseorangan mempertahankanya kerana Khalid telahpun dilihat bersama-sama mempertahankan idea yang dilontarkan oleh Tony Phua...

1 comment:

  1. Yang peliknya setiap kali keluar isu yang mula dipertikaikan selalu diiringi dengan "PENDAPAT PERIBADI!"

    Kalau nak kira pendapat peribadi lebih baik letak jawatan Wakil Rakyat kerana apabila telah menjadi Wakil Rakyat maka individu tersebut sudah tidak boleh memperibadikan diri masing-masing kecuali ke jamban atau bilik tidur. Itupun dengan bini sendiri. Bini orang atau orang lain dah kira tidak peribadi lagi.

    Jadi bloggers bebas macam kita boleh cakap Pendapat Peribadi.

    Betul tak Isac? Sejak kau membingaikan diri macam aku semakin sayang lak aku pada kau. "Are you OK?" hahahahaha

    YB : Yang Bingai @ Bangang
    1. Sultan Johor Murka Kerana Poster Bingai?
    2. Sultan Ibrahim murka lagi di Tendang Terajang?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3