bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

24 Aug 2010

Adakah Lagi Maruah Buat Pas, Untuk Menggelarkan Diri Sebagai Parti Islam???

Hormati Dasar PR, DAP minta PAS tidak bangkit hudud, negara Islam

August 24, 2010
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Penasihat DAP Lim Kit Siang mengulangi pendirian parti itu menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR).
“Ia sudah jelas bahawa pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam bukan dasar PR.

“Jadi tidak perlu PAS untuk bangkitkan perkara ini lagi kerana ia bukan agenda kita (PR),” kata Lim ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Lim juga mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata kedua-dua aspek tersebut langsung tidak disebutkan dalam Dasar Bersama PR yang diumumkan Disember 2009. “Itu sebab kedua-dua aspek itu tidak pernah dibangkitkan dalam Dasar Bersama PR.

“Oleh itu PAS perlu faham, itu sahaja saya boleh cakap. Yang lain saya tidak mahu komen,” kata beliau yang dua hari lalu mempertahankan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh .Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008, akhir tahun lalu.

Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Semalam PAS meminta DAP memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.

Parti itu juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam. Minggu lalu, Karpal mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan. DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu. Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.


Komen Isac;

Kalau dahulu, berkongsi memerintah negara dengan parti kafir, haram dan menjadi kafir. Kini Pas berkongsi kuasa dengan DAP, satu parti cauvanis Cina yang tak asing lagi, yang jelas anti Melayu dan Islam.. Mereka membentuk kerajaan yang langsung tidak bermatlamatkan mahu menegakkan negara Islam dan hukum hudud. Bukti terbaru dinyatakan di atas. Pendedahan DS Egr. Nazri juga adalah satu lagi bukti yang jelas.

Jestru itu apa yang tinggal pada Pas??? Buat masjid, pun tidak. Menaikkan maruah Islam dengan pembangunan, seperti memperkenalkan muamalat Islam, Bank Islam, Ar Rahnu, Universiti Islam pun tidak... Negeri yang diperintah mundur serba-serbi  ....

Yang ada hanyalah caci-maki, umpat-keji, fitnah-memfitnah dan pecah-belah... Islam apa yang masih tinggal pada Pas???

Menyorot sejarah klik sini.

2 comments:

  1. SLM BRO...MANE DIORANG ADE MARUAH LG?..SEME DH BUANG MASUK LONGKANG BROO!. GARA2 PARTI SESAT TERLBEY TABIK SPRINK KT PUAK KOMUNIS! HUHUHU

    ReplyDelete
  2. Orang UMNO, kami tak pernah kata kami parti Islam.. tengok sahaja erti nya PAS ( Parti Aslam SeMalaysia) kalau kami kata kami parti islam tentu bunyinya PIS (Parti Islam SeMalaysia) kan bunyi PIS lagi sedap (piisss...) macam SiEli buang air k....g!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3