bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Aug 2009

Tuan Guru Nik Aziz Berundur Dari Politik ?


Dipetik dari mStar Online
Rabu Ogos 19, 2009
Masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah - Majlis Fatwa


KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk syurga atau akan ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin. Beliau berkata, keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu. Katanya, keputusan itu telah diperkenankan oleh Majlis RajaRaja dalam Mesyuarat RajaRaja Kali ke188 pada Mac 2001 dan menambah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telahpun membincangkan isu itu sejak tahun 2000 lagi.


"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dua hari lepas bahawa penyokong atau anggota UMNO tidak akan masuk syurga.


"Sehubungan itu saya ingin menasihatkan umat Islam terutama kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam supaya berhatihati dan tidak menimbulkan perkara yang tidak betul atau bida'ah yang boleh mengeliru dan memecahbelahkan umat Islam.


"Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh daripada kebenaran dan boleh menyesatkan kita," katanya. BERNAMA


Ini pula kenyataan Ulamak Pas sendiri, dipetik dari Utusan Malaysia Online.
Link;http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
Masuk syurga tak kira parti – Harun Taib


KUALA TERENGGANU 18 Ogos – Ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan penyokong UMNO tidak layak masuk syurga, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pula mempunyai pandangan berbeza berhubung perkara itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu berpendirian, peluang masuk syurga adalah urusan dan keizinan Allah dan ia tidak semestinya bergantung kepada mana-mana parti yang disertai.

Jelasnya, setahu beliau, umat Islam yang sentiasa mengamalkan kebaikan, bertakwa selain ikhlas dalam mematuhi segala ajaran Islam, mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

“Sesiapa saja (umat Islam) yang mengamalkan ajaran Islam dan yakin dengan ajaran itu selain mengamalkannya dengan jujur, ikhlas, maka dengan izin Allah mereka akan masuk syurga.



Komen Isac;

Adakah Tok Guru akan mengundurkan diri daripada dunia politik kerana berasa malu dengan penegasan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataan Tok Guru yang sebelum ini mengatakan semua ahli/penyokong Umno akan masuk Neraka adalah tidak betul ataupun bidaah ?

Itu kena tanya yang ampunya badan, saya percaya Tok Guru yang tinggi ilmunya boleh bermuhasabah diri dan memikirkan mana yang terbaik demi kebaikan agama, negara dan penyatuan umat Islam di Malaysia. Saya pasti ramai rakyaat Malaysia terutamanya orang Melayu/Islam, tidak kira dari Pas, Umno maupun yang tidak berparti amat menyayangi dan menghormati Tok Guru. Tetapi akibat tingkah-laku Tok Guru yang akhir-akhir ini semakin keterlaluan dan dilihat begitu taksub mengamalkan "assobiyyah kepartian", ramai di antara kita yang pasti berasa terkilan.

Saya rasa adalah lebih molek jika Tok Guru diam daripada bercakap tentang sesuatu yang boleh dipertikaikan akan kesahihannya dan diragui kebenarannya. Itulah keburukkannya bila seorang ulamak melibatkan diri dalam politik, politik ini begitu tinggi cobaan dan dugaannya dan kita sebagai manusia jika tidak berhati-hati pasti dengan mudah tergelincir daripada landasan yang lurus.

Kepada Datuk Harun (Pas) pula syabas saya ucapkan, inilah contoh ulamak yang kita harapkan. Berkatalah yang benar walaupun ianya pahit.

Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih, marilah sama-sama kita kembali ke pangkal jalan, moga-moga peristiwa ini akan menjadi titik pertemuan untuk orang Melayu dan Islam di Malaysia kembali bersatu, amin.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3