bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

24 Aug 2009

Inkues Teoh - DNA Pada Setem Surat Layang "SPRM" Bukan Milik RPK Maupun Gobind ?



Isnin Ogos 24, 2009
PERKEMBANGAN INKUES TEOH HARI INI (ISNIN)
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK




BERIKUT adalah perkembangan inkues kes kematian Teoh Beng Hock hari ini(Isnin, 24 Ogos).

5.00 petang: Mahkamah ditangguhkan hingga esok. Saksi ke-16 akan menyambung keterangannya.

4.46 petang: Mohd Anuar memberitahu mahkamah bahawa pada pukul 5 pagi, 16 Julai beliau dimaklumkan oleh pegawai SPRM yang bernama Mohd Ashraf Yunus, bahawa Teoh telah meminta minuman daripadanya. Kira-kira pukul 6 pagi tarikh yang sama, pegawai yang bernama Raymond Nion anak John Timban telah melihat Teoh masih tidur diatas sofa dalam pejabat SPRM.

4.40 petang: Mohd Anuar memaklumkan kepada mahkamah bahawa tidak ada sebarang kekerasan dan ugutan terhadap Teoh semasa proses soal siasat dijalankan.
3.50 petang: Saksi ke-16, Mohd Anuar memberitahu mahkamah bahawa kali terakhir beliau melihat Teoh adalah pada pukul 2 pagi, 16 Julai. Selepas itu, kira-kira pukul 9 pagi pada tarikh yang sama beliau menjumpai beg Teoh berhampiran sofa di pejabat SPRM. Namun dia tidak melihat kelibat Teoh di sekitar pejabat.



3.12 petang: Saksi ke-16, pegawai penyiasat kes siasatan SPRM, Mohd Anuar Ismail dipanggil semula untuk menyambung keterangannya.

3.10 petang: Koroner, Azmil Muntapha akan membuat keputusan sama ada surat tersebut akan ditanda sebagai exhibit untuk dijadian bahan bukti mahkamah kemudian. Beliau akan mempertimbangkan sama ada surat itu relevan dengan inkues ini.

3.05 petang: Peguam bela yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh membantah penerangan yang diberikan oleh Tan berhubung hasil siasatan terhadap surat tersebut. Katanya, pegawai penyiasat yang perlu memberi keterangan mengenainya dan ia bagi membolehkan peguam menyoal balas mengenai hasil dapatannya. Bagaimanapun, Tan menjelaskan bahawa beliau hanya mengemukakan hasil laporan, Gobind berpeluang untuk soal balas kemudian.

3.00 petang: Tentang tohmahan ke5 - bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor tidak petik kad perakam waktu bila beliau keluar pada pagi 16 julai lalu, ia adalah benar, tetapi perkara tersebut dibiarkan untuk disoal apabla beliau tampil untuk memberi keterangan sebagai saksi.
2.50 petang:Tohmahan ke-4, bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah mengarahkan pegawainya mengelap cap jari pada bingkai tingkap, hasil pemeriksaan tidak dapat apa-apa keterangan yangg menyokong tohmahan tersebut.


2.46 petang: Tohmahan ketiga - bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor telah memberikan sampel DNA beliau di bilik beliau sendri dan bukannya di bilik mesyuarat, pakar DNA, Dr.Seah Lay Hong telah menyatakan bahawa tohmahan ini tidak benar kerana beliau hadir pada hari semua pgawai SPRM memberikan sampel mereka. Sungguhpun begitu satu sampel baru telah diambil daripada Timbalan Pengarah SPRM Selangor pada petang Rabu lalu. Namun hasil DNA tersebut tidak sepadan dengan DNA misteri yang ditemui.

2.43 petang: Tohmahan kedua - iaitu bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor, telah menggunakan teknik-teknik soal siasat yang tersendiri, pihak polis sudah membuat siasatan lanjut, namun mendapati tidak ada keterangan yang menyokong tohmahan tersebut.


2.40 petang: Tohmahan pertama - bahawa Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim telah memberi arahan kepada pegawai-pegawai SPRM Selangor supaya tidak melibatkan beliau dalam kes ini, pihak polis tidak dapat apa-apa keterangan yang menyokong keterangan tersebut.
2.37 petang: Tan menyatakan bahawa surat yang bertarikh 5 Ogos itu mempunyai tanda pos bertarikh 10 Ogos. Surat itu tidak mempunyai tanda tangan dan tidak terdapat mana-mana individu, namun yang ada ialah 'pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)'.

2.35 petang: Peguam bela dan penguam cara yang mewakili kerajaan, Tan Hock Chuan membuat laporan kepada mahkamah tentang perintah minggu lalu berhubung surat misteri. Tan memaklumkan bahwa pegawai penyiasat telah menjalankan siasatan terhadap 5 tohmahan yang terdapat dalam surat tersebut yang ada kaintan dengan inkues ini.

2.30 petang: Prosiding inkues hari ke-12 bermula.


Komen Isac;


Haru-biru Inkues Mendiang Teoh ini, surat layang pun terpaksa nak disiasat gara-gara Mahkamah takut dikatakan "berat sebelah" dan memihak kepada SPRM/Kerajaan Barisan Nasional. Tidakkah ini cuma membazirkan wang rakyaat? Oh maaf terlupa pula, kalau pakatan pembangkang yang bazirkan wang rakyaat tak mengapa...Kononnya atas nama mencari kebenaran untuk mendiang Teoh.

Pada pendapat peribadi penulis, surat tersebut sengaja dikeluarkan untuk melengah-lengahkan siasatan. Ini adalah kerana sehari sebelum itu pihak peguam yang mewakili kerajaan Malaysia telah memohon kepada mahkamah supaya rakaman soal-siasat mendiang Teoh oleh SPRM diperdengarkan di Mahkamah. Ini bertujuan untuk membolehkan emosi mendiang ketika soal-siasat dijalankan dapat diteliti dan dinilai oleh mahkamah samada ianya mampu untuk membuatkan mendiang membunuh diri.

Walau bagaimanapun cadangan tersebut telah dibantah oleh peguam Gobind Singh, orang yang kononnya mahu mencari kebenaran di dalam kes ini. Untuk rekod beliau adalah Ahli Parlimen DAP.

Surat layang itu dikatakan dipos pada 10 Ogos 2009. Apa agaknya yang akan kita dapati jika kita melakukan ujian DNA dibelakang setem surat tersebut? Adakah DNA itu milik RPK ataupun DNA milik Gobind sendiri? Maklumlah sesetengah orang akan menggunakan air liur untuk melekatkan setem. Jika ada DNA disitu, milik siapakah agaknya DNA tersebut?

Maaf, penulis terlalu mengikutkan perasaan, maklumlah selain daripada terdedah dengan begitu banyak siri "CSI" barat penulis juga terpengaruh dengan konsep teori konspirasi yang telah diterapkan oleh DSAI sejak tahun 1998 lagi.

Penulis tidak berniat untuk menuduh sesiapa, cuma yang ingin penulis timbulkan disini, jika pembangkang begitu mudah melontarkan tohmahan dan tuduhan-tuduhan liar kepada SPRM/Kerajaan BN orang lain juga boleh berbuat demikian dengan teori-teori yang lebih menarik.

Jestru itu pesanan saya kepada pakatan pembangkang janganlah suka menangguk di air yang keruh demi kestabilan dan kemakmuran negara.

Buat pakar forensik, cuba-cubalah siasat, mana tahu memang ada DNA sipenghantar dibelakang setem tersebut.


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3