bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Jul 2009

Wabak H1N1 Telah Meragut 1 Korban di Malaysia & 2 Korban di Singapura - Apa Sumbangan Pakatan Rakyaat Dalam Menangani Wabak Ini?

Jul 23, 09 2:21pm
http://www.malaysiakini.com/news/109107

Seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1) di Malaysia walaupun punca kematiannya bukan disebabkan oleh virus itu sendiri.

Pelajar itu yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur mati akibat serangan jantung, kata menteri kesihatan hari ini.

Datuk Seri Liow Tiong Lai juga berkata si mati mengalami masalah kegemukan dan mempunyai bengkak hati dan jantung, lapor The Star.


H1N1: Virus kini merebak setiap negara di dunia

GENEVA: Selesema babi atau Influenza A (H1N1) kini merebak hampir ke setiap negara di dunia, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam sambil mengakui virus berkenaan boleh matang dan berkembang di benua sejuk utara hemisfera. Kebimbangan WHO itu berdasarkan angka kematian akibat H1N1 yang kini terus menunjukkan peningkatan mendadak. Malah, WHO berkata, kini hanya masa menentukan virus itu merebak ke setiap negara di dunia sejak ia dikesan Mac lalu.
"Penularan virus ini terus berlaku dan kini 160 daripada 193 negara WHO mempunyai kes H1N1. "Jadi, kita sudah hampir kepada angka 100 peratus," kata jurucakap WHO, Gregory Hartl di sini. Hartl berkata, virus H1N1 virus yang diisytiharkan sebagai pandemik Jun lalu kini sudah mengorbankan sekitar 800 nyawa.



Pelajar UiTM cuti awal cegah H1N1: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dibenar pulang semalam, selepas kampus UiTM di seluruh negara diarah percepatkan cuti pertengahan semester Julai-November 2009 bermula Isnin hingga 2 Ogos bagi mencegah penularan selesema babi atau Influenza A (H1N1). - Foto Abdullah Yusof
Jul 25, 2009 9:28 am

Komen Isac;
Wabak H1N1 tidak begitu diendahkan oleh rata-rata rakyaat Malaysia. Saban hari semakin banyak sekolah-sekolah dan kolej-kolej yang terpaksa ditudup kerana wabak ini. Mungkin kerana sebelum ini ianya tidak melibatkan korban nyawa, tidak seperti Wabak J.E. dan selsema burung yang melanda negara beberapa tahun yang lalu maka ianya dipandang sepi. Moga-moga dengan satu korban di Malaysia dan dua korban di Singapura, semua pihak akan lebih serius di dalam menangani wabak ini.
Pihak Pakatan Rakyaat (PR) yang selalunya dilihat cenderong untuk menonjolkan diri kononnya mereka adalah "pembela nasib rakyaat Malaysia" juga dilihat tidak mengendahkan isu ini. Mereka yang selama ini suka memperjuangkan beberapa isu dengan mengadakan rapat-rapat umum dan ceramah-ceramah, memandang sepi isu ini. Mungkin kerana wabak ini dilihat tidak memberikan "political millage" seperti mana isu kematian mendiang Teoh di bangunan SPRM maka ianya dibiarkan untuk ditanggung sendiri oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Berbeza dengan isu mendiang Teoh, beberapa rapat umum telah diadakan dan isu itu juga telah diselitkan di dalam ceramah-ceramah mereka. Ketua Pembangkang (DSAI) pula dengan lantang telah menuduh, SPRM menjadi alat kepada kerajaan Umno/BN untuk "membunuh" saksi utama kes "penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor oleh exco-exco PR. Memang pelik tuduhan tersebut, bagaimana saksi utama boleh "dibunuh' oleh pihak pendakwaraya bukan pihak pembela?
Saya tertanya-tanya adakah isu kematian mendiang Teoh lebih penting dari nyawa keseluruhan rakyaat Malaysia yang dianggarkan sekitar 24 juta orang di negara ini? Sehinggakan PR memandang sepi wabak H1N1 ini dan sebaliknya beriya-iya hendak mendahului pihak forensik, pakar bedah siasat, polis, pendakwaraya, juri dan mahkamah di dalam menentukan siapakah yang bersalah di dalam kes mendiang Teoh?

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3