bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Jul 2009

PPSMI Dimansuhkan Mulai 2012

Dipetik dari Malaysiakini.com

Jul 8, 09 1:05pm
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pengumuman itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya. Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya
menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.Rentetan pelaksanaan PPSMI19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengahJanuari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendahMac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.
Komen Isac;
Pada pandangan saya ada baik dan buruknya pemansuhan PPSMI ini. Dari segi membantu pelajar agar lebih berpeluang menguasai Bahasa Inggeris PPMSI sepatutnya memang lebih baik. Ini adalah kerana antara sebab pelajar-pelajar Melayu kurang menguasai Bahasa Inggeris adalah kerana mereka jarang berpeluang untuk menuturkan bahasa tersebut
Untuk mengatakan dengan belajar mata pelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Melayu, maka bahasa ini akan hilang peranannya sebagai bahasa integrasi. Alasan ini bagi saya adalah kurang tepat kerana pelajar-pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 3, masih menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar.
Cuma murid-murid tingkatan 4-5 (aliran sains) sahaja yang kurang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar kerana mereka akan belajar 6 daripada 8 mata pelajaran (Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam Bahasa Inggeris.
Kenyataan yang mengatakan Bahasa Melayu akan "mati" jika ianya tidak digunakan sebagai bahasa penghantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik, itu ada benarnya.
Walau apapun kerana mejoriti rakyaat telah bangkit menolak PPSMI maka pada pandangan saya Kerajaan Pusat telah tiada pilihan lain selain daripada mengikut arus. Samada keputusan ini betul atau tidak hanya masa yang akan menentukanya dan menjadi masalah atau kejayaan kepada generasi yang akan datang .
Harapan saya agar pada masa hadapan, untuk suatu keputusan besar seperti ini sepatutnya diteliti dengan mendalam sebelum sesuatu keputusan dibuat kerana kesan dan kosnya kepada rakyaat dan negara adalah amat besar.
Juga mana-mana pihak yang berkepentingan termasuk parti-parti politik sepatutnya dijemput untuk menggubal sesuatu dasar yang melibatkan kepentingan keseluruhan rakyaat Malaysia agar tiada lagi suara-suara sumbang yang kedengaran seperti perumpaman, "rumah siap, pahat masih berbunyi".
Antara kekurangan sistem dua parti ialah apa juga isu akan dipolitikkan oleh pihak yang satu lagi dan dalam kes ini PPSMI tidak terkecuali.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3