31 Dec 2017

Tiada Tempat Buat Rakyaat Miskin di Pulau Pinang?


Nampaknya hartanah di Penang Alan terus melambung......Org2 Melayu Dan lain2 bangsa yg miskin X akan mampu utk tinggal di sana lagi.....

Strategi berkesan utk halau mereka.....Dah mcm strategi Singapura pulak.....

Nak buat mcm mana Labu betselindung disebalik kenaikan harga hartanah utk singkirkan Melayu juga mcm Rakyaat Palestine juga..... Dah Singapura pun ambil penasihat Israel jadi advisor mereka....
.....

Sumber klik;
https://novandri.blogspot.com/2017/12/bongkar-3-dokumen-bukti-kerajaan.html?m=1

19 Dec 2017

Bila SSM dan BNM Nak Wuudkan "Monitoring System" Macam IMAMS ???



KUALA LUMPUR: Polis mendedahkan senarai 30 syarikat pelaburan yang dipercayai terbabit dalam penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM3.8 bilion.


Sumber klik sini.

Banyak tu.....kerugian penipuan pakej umrah pun untuk beberapa tahun baru antara RM 10-12 juta aje....Pun dah nak diwujudkan sistem kawal-selia oleh pihak swasta "IMAMS". Ini RM 3.8 billion tu.....

Itupun yang banyak menipu selalunya bukan agensi umrah sebenar. Agensi umrah yang sah selalunya jika pun mereka gagal untuk menghantar jemaah adalah disebabkan masalah visa, hotel ataupun hak pendaratan kapalterbang dengan pihak kerajaan Saudi ada masalah. Malah, jika mereka ini bermasalah Kementerian Perlancongan dan Kementerian Agama/bawah JPM boleh menggantung lesen mereka. 



Tetapi penipuan skim berkonsepkan "labu peram" sentiasa wujud sejak berpuluh tahu...malah mungkin lebih.

Penulis telah menjumpainya sejak zaman skim Pak Man Telor sekitar pertengan 80an dahulu ....Konsep mereka kononnya pelaburan yang menjanjikan pulangan sehingga antar 20-50% sebulan. 

Macam2 skim......Selain skim Pak Man Telor, jual kad prepaid telefon, tong gas lah...., sewa kereta, buat filem, perladangan, tanam balak, pelaboran hotel di Mekah, pakej umrah, solar farm, syarikat pemaju, jual rumah banglo dan lain2.



Setiap dekat pasti akan ada perniagaan bentuk baru yg ditawarkan, tetapi modus operandi nya sama......pelaburan yg menawarkan pulangan yg sangat lumayan.



Selain menipu kesalahan mereka adalah mengutip deposit secara haram. Menyalahi akta pengubaha wang haram.

Nasib baik lah .....SSM atau pun BNM X mewujudkan sistem yang menyerupai "IMAMS"....... Kalau X mahu parah DS Najib nak menjawab .......

14 Dec 2017

Najib Jual Negara Pada China??? DAP???


Ambil investment China DS Najib dilabel jual negara.......

Baru 2 penggal perintah Pulau Pinang.....tetapi DAP dah jual tanah 2x lebih banyak dari BN yg pernah memerintah Penang selama 10 penggal....

Sumber; https://aidcnews.wordpress.com

6 Dec 2017

Mahathir Bakal PM Buktikkan Pembangkang Malaysia X Ada Arah Tujuan?


Pelik pembangkang ni....Masa Tun M jadi PM sibuk dia org nak jatuhkan dia.....Tapi bila umur Tun M dah nak masuk 93 tahun sibuk dia nak naikkan dia jadi PM balik.....Apa dunia dah nak terbalik ?

Nampak sangat pembangkang X ada arah tujuan......cuma tahu nak membangkang aje.....

Sumber klik; https://aidcnews.wordpress.com/2017/12/05/lantik-mahathir-sebagai-pm-pkr-pahang-umum-reformasi-telah-mati/

1 Dec 2017

Anak Saudara Azmin Ada RM 4 Juta - Sekadar Deja Vu???



Masih ingat lagi kisah Azmin dan keluarganya mampu membeli saham RM 8 Juta ketika baru beberapa tahun menjawat jawatan S/U Politik kepada DS Anwar Ibrahim???

Jika anda masih ingat.....Jadi X usah hairanlah.....kerana apa yang berlaku sekadar ulangan kepada sejarah yg pernah berlaku kepada Azmin ...... 

Deja Vu..... Kredit kepada AIDC.

Sumber klik sini; http://tigasungai.blogspot.my/2009/11/azmin-isteri-ipar-didakwa-beli-saham.html?m=1

29 Nov 2017

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah - Hannah Yeoh Perlu Lebih Berhati2!!!



Hannah Yeoh sewajarnya tak perlu campur tangan.

Ianya boleh dilihat seolah2 cubaan mencampuri menangguk di air yang keroh dalam isu kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Apatah lagi beliau dilihat begitu sinonim dengan dakyah gerakan Kristian di Malaysia. Jestru sewajarnya beliau biarkan sahaja pihak2 berwajib untuk menjalankan tugas2 mereka.

Memang kita orang Islam pun kekadang rasa X puas hati sebab kes kebakaran sekolah Maahad Tahfiz apabila ianya di lihat sering berulang.

Apapun kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September lalu, seramai 23 pelajar termasuk dua guru pusat tahfiz tersebut terbukti adalah perbuatan khianat.

Selain daripada itu beliau harus sedar bahawa Institusi Tahfiz lebih bersandarkan kepada sumbangan wakaf dan tidak berorientasikan keuntungan. Malah sesetengah Tahfiz tidak mengenakan apa2 bayaran untuk pelajar2 nya.

Kita bersetuju agar pihak kerajaan dan pengusaha2 Maahad2 Tahfiz untuk lebih menitik beratkan faktor2 keselamatan tettapi dalam masa yang sama pelajar2 dan ibubapa juga mempunyai pilihan malah bertanggung-jawab kepada diri sendiri untuk memilih pusat tahfiz yang selamat.

Malah jika konsep fardhu kifayah diambil kira, adalah menjadi tanggung-jawab semua individu2 muslim di Malaysia untuk sama2 menyumbang dan menyemarakkan institusi2 wakaf di negara ini dan bukannya hanya tertakluk kepada Maktab2 Tahfiz.

Jestru bagi penulis, terutamanya dalam kes Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sewajarnya isu ini tidak dipanjangkan.

Jika isu keselamatan seperti ketiadaan jaga, pagar tidak dikunci mahu dijadikan isu, sudah pasti jika Maahad tersebut mempunyai dana yang mencukupi, pihak pentadbiran sekolah boleh menggaji pengawal2 dari syarikat berlesen untuk mengawalnya.

Apa yang lebih utama, adalah supaya rakyaat Malaysia lebih bermurah hati untuk menderma dengan lebih banyak agar institusi2 wakaf di Malaysia dapat berkembang maju dan institusi2 maahad tahfiz akan menjadi lebih selamat.

Sumber klik sini.

23 Nov 2017

Penurunan Petrol 8 Sen, Buktikan KPDNKK Tersilap Menaikkan Harga Petrol Pada Minggu Lepas???



Secara kiraan purata mingguan sepatutnya petrol X turun sehingga 8 sen untuk minggu ini. Menurut kiraan penulis sepatutnya penurunan sekadar 1.5 sen sahaja.

Mungkin KPDNKK telah tersedar bahawa kenaikan minggu lepas adalah suatu kesilapan.

Apapun, ini cuma anggaran penulis. Hanya KPDNKK yang mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Penulis cuma berharap agar KPDNKK lebih berhati2 di masa hadapan dan lebih telus.

Sekiranya kenaikan matawang Ringgit menyebabkan harga petrol yang diimport naik harga sewajarnya ianya dimaklumkan kepada rakyaat untuk makluman umum dan supaya tiada pihak2 yang tidak bertanggung-jawab dapat menangguk di air yang keruh.....

Berikut kiraan harga petrol untuk 22 November yang penulis anggarkan secara purata harga minguan terdahulu tolak harga purata mingguan terkini;



20 Nov 2017

Lagi Red Bean Army DAP - Kantoi Menipu???


Kenapa rakyaat Malaysia X serik2 kena tipu dan kencing dengan Red Bean Army?

Bagi yg Islam....kata nak tegakkan Hudud, amaran ayat2 Al Quran supaya selidik berita pun X nak ikut.....terus nak percaya berita fitnah.....

Suka sangat menyalahkan orang lain....

Buatlagi apa yg kita mampu dulu.....perubahan bermula dari diri sendiri.....

Berita sebenar klik sini;https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/11/18/traffic-jam-in-china-behind-viral-posting-of-mass-desertion-of-cars-in-germany/

15 Nov 2017

Harga Minyak Mentah Turun Tapi KPDNKK Naikkan Harga Petrol - Sabotaj???

KPDNKK ni buat lawak atau apa??? Macam mana boleh jadi macam ni??? Macam nak sabotaj kerajaan aje.... Yang pelik nya....khabar angin Ron 95 akan naik 7 sen telah tular di media baru dan gadget2 sejak hari Isnin lagi sedangkan ianya sepatutnya harga purata minggu lepas tolak harga purata minggu ini. Macam mana siang2 dah tahu harga minyak nak naik???                                                                                                                                                                                      Penulis rasakan seperti ada sesuatu yang X kena. Ataupun KPNKK ikut harga minyak mentah mana mana ni???  Kalau dilihatkan graf WTI mahupun Brent, terendnya sama aje...minggu ni menurun. Mengapa pulak harga petrol dan disel di Malaysia naik??? Agak2 lah Bhai......                                                                                                                                        DS Najib kata jangan "friendly fire", habis kalau macam ini X kan X boleh nak ditegur tak boleh nak di tanya?????                                                                                                                        Kan bagus kalau KPDNKK boleh terangkan kepada rakyaat macam mana di buat kiraan......

Anggaran kiraan petrol seperti di bawah;

Sumber harga minyak mentah secara online klik sini.

Ron 95 naik 7 sen 16 Nov, klik sini.

Setakat pukul 10 malam website KPDNKK masih belum update harga petrol untuk tengah malam ini (16/11/2017), klik sini.

14 Nov 2017

Lagi Pemakan Dedak Pembangkang Sebar Fitnah Petrol Akan Naik 7 Sen Minggu Ini???


Telah heboh disiarkan di media2 baru dan di gadget2 melalui Whatapps, Telegram, Twitter dll. bahawa petrol akan naik 7 sen lagi minggu ini.....

Pemakan dedak Pembangkang tak habis2 sebar fitnah bahawa petrol akan naik 7 sen pada minggu Ini!!!

Kaki fitnah betul!!! Mungkin mereka ni semua orang DAP.....Kalau orang Islam mereka X akan buat perkara sebegini....


Cerita pasal rasuah pembangkang, cerita pasal kegagalan kerajaan Pulau Pinang menangani banjir, cerita pasal cucu Tun M tidur dengan anjing, cerita pasal anak-cucu Tun M hidup bermewah2, cerita pasal pemilihan jawatankuasa pusat DAP tetap dimenangi oleh calon2 yang terpalit dengan isu rasuah dan lain2 kepincangan pembangkang tenggelam dgn isu yang nampaknya memang sengaja di ada2kan!!!! Untuk memancing kemahiran rakyaat....

Yang ironinya.....setiap kali fitnah sebegini dikeluarkan rakyaat menjadi marah dan memaki2 kerajaan......

Tetapi yang peliknya selepas tengah malam hari Rabu, apabila harga petrol X dinaikkan pun.......tiada seorang pun yang memarahi/memaki pembangkang dan bertanya mengapa mereka menyebar fitnah.....Adakah rakyaat  memang suka ditipu dan diperdaya oleh fitnah??? 

Pada minggu berikutnya pula fitnah2 sebegini akan sentiasa diulang2 dan di recycle.....

Rakyaat seperti X serik2 untuk ditipu oleh pencacai2 Pembangkang yang kononnya suci X diberi makan dedak walaupun sedikit hari dulu....bekas ahli DAP pernah membocorkan rahasia tentera cyber DAP (Red Bean Army) dibayar sekurang2nya RM 5 ribu sebulan.

Sebagai panduan rakyaat supaya tidak mudah tertipu dengan fitnah pembangkang berikut adalah cara kiraan mudah untuk menganggarkan kenaikan/penurunan harga petrol untuk sesuatu minggu;

Sepatutnya ianya dikira berdasarkan purata harga minyak mentah/crude oil (setong) sepanjang minggu dan ditolak dengan purata harga bagi minggu sebelumnya dan dibahagi dengan 200 liter kerana jumlah setong/barrel = 200 liter. Tetapi untuk lebih mudah, penulis hanya tolak harga minyak mentah setong pada setiap Selasa dan ditolak oleh harga minyak mentah setong pada hari Rabu minggu sebelumnya seperti di bawah;

Sumber klik sini.(data online)

Jadi macam mana yang katanya harga petrol nak naik lagi 7 sen seliter??? Fitnah telah di sebar seawal hari Isnin (13 Nov) lagi, bahawa petrol akan naik lagi 7 sen??? Setakat hari ini (sekitar pukul 1:00pm), harga minyak mentah setong untuk 14 Nov pun masih pun belum dikeluarkan lagi di link di atas, jika setakat semalam, tiada kenaikkan ketara dicatatkan. Malah jika harga terus setabil pada hari Rabu nanti penulis percaya petrol tidak akan naik malah mungkin akan berlaku sedikit penurunan mungkin sekitar 1 sen.

Mungkin sudah sampai masanya pihak kerajaaan/menteri mengeluarkan ramalan/forecast harga petrol berdasarkan trend permintaan agar rakyaat lebih bersedia dan tidak termakan dengan hasutan dan fitnah pembangkang!!!

11 Nov 2017

Selepas Najib dan Azmin Jual Negara Kini Giliran Trump Pula???


Bila Najib dapat perjanjian dagang dengan China, Tun M menuduh beliau cuba untuk menjual negara.....

Wal hal.....DS Azmin dan Guan Eng dua pemimpin negeri yg diperintah oleh pembangkang juga membuat urusan dagang dgn China......

Terbaru, Presiden Trump yg merupakan tokoh korprat yg disegani AS juga dilihat menjalin urusan perdagangan dgn China negara tembok besar itu dgn perjanjian yg mencecah nilaian RM 1 Trillion. Adakah ini bermaksud beliau sedang menjual AS??? Wah......dlm kata lain Tun M melabel Trump sebagai pengkhianat kepada rakyaat AS???

Harus ada yg diharamkan masuk ke AS selepas ini......

Tun M ni.....sudah2 lah.....

Sumber klik; http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/perjanjian-rm1-trilion-as-china-siapa-jual-siapa/

7 Nov 2017

Setiap Tahun Pembangkang Recycle Tarif Elektrik Naik - Rakyaat Tetap Percaya???


Berita palsu ???? Berapa kali nak recycle???



Nak salahkan siapa???

Rakyaat sememangnya sensitif dengan kenaikan harga.....jestru apabila isu2 yang dilihat menghimpit mereka, selalunya mereka akan viralkan tanpa periksa.....

Sentimen melampaui kewarasan.....

Macam juga berita kenyataan Tun Daim, bahawa Malaysia akan bankrap pada bulan September....




Tahun depan mesti akan keluar lagi berita ni dan akan jadi viral....

Samada jentera propaganda pembangkang memang hebat.....

Atau mungkin siber trooper BN yang lembik....

Sumber klik sini.

6 Nov 2017

Banjir Besar Pulau Pinang - Peringatan Buat Guan Eng dan Kita Semua???



Guan Eng dulu pernah berkata Kerajaan Negeri Kelantan  sungguh memalukan, mcm X ada kerajaan Negeri, ketika menangani krisis dilanda Banjir Besar 2015....

Sumber klik sini. 

lagi Guan Eng kutuk Pas Kelantan, klik sini.


Ya lah.....memang lah kelam kabut.....banjir dari bahagian hulu yang luar biasa sesuatu yang X pernah berlaku sebelum ini....Memang lah kelam kabut......X ada pengalaman..... Bagus nya, ...supaya kita beringat dan X menggondolkan kawasan tadahan dengan bermaharaja lela....juga ingatkan kepada Allah SWT. Jangan takabur.......

Kini Penang pula mengalami banjir teruk....yang luar biasa......disebabkan oleh hujan dan ribut .......ianya juga suatu yang luar biasa.... nasib baik ianya X berlaku dalam pertengahan bulan Islam/kalender bulan ......Kalau tidak, pasti kesannya lebih buruk.... Jangan kata 80% tenggelam... mungkin lebih teruk.....

Jadi apa lebih nya yang Guan Eng dapat berbuat berbanding kerajaan negeri Kelantan 2015 yang lalu???  Cuma dapat meminta bantuan kerajaan Pusat???? 

Pas pun X memulangkan paku buah keras....Adab orang Islam.....

Kita orang Islam.....x macam tu.....kita pasti akan membantu dan percaya kepada qada dan qadar....

Selain itu kita juga percaya kepada balasan Allah SWT. Kerana mungkin bala kali ini juga sebagai peringatan supaya kita tidak takabur dan tidak menganjurkan parti arak sebagaimana yang dianjukan oleh kerajaan negeri Penang pada Oktober yang lalu....

3 Nov 2017

DAP Mahu Kurangkan Kakitangan Awam dan Menswastakan Industri Pendidikan Negara???

Berikut adalah perbandingan jumlah bajet untuk membayar gaji kakitangan awam di zaman Tun M dan di zaman DS Najib;




Bajet gaji kakitangan awam pada 2004, iaitu setahun (1) selepas Tun M bersara dari jawatan PM, adalah 19.1% x 109, 990 Juta = RM 21 Billion. Walaupun Tun M bersara sekitar Oktober 2003, tetapi bajet 2004 telah dibuat pada bulan Oktober 2003 jestru data2 ini boleh digunakan. Ataupun boleh diambil kira sebagai di zaman beliau.



Bajet gaji kakitangan awam pada 2017, iaitu 14 tahun selepas Tun M bersara dari jawatan PM pula (di zaman DS Najib), 29.7% x 260, 800 Juta = RM 78 Billion.

Kenaikkan bajet sehingga beberapa kali ganda ini bukan semata2 disebabkan oleh kenaikkan jumlah kakitangan awam tetapi majoritinya disumbangkan oleh pelarasan gaji yang diberikan oleh pihak kerajaan. Tanyalah mana2 kakitangan awam yang pernah melalui tahun 90an hingga kini.

Rasanya untuk mereka yang berumur 30an pasti ingat bahawa terdapat 2 kali kenaikan/pelarasan gaji yang tinggi untuk kakitangan awam, satu di zaman Pak Lah dan satu lagi di zaman DS Najib. Selepas itu ada juga beberapa kali kenaikan gaji yang membabitkan hanya unit beruniform dan kenaikan2 yang kecil untuk sektor awam.

Jika di zaman Tun M, gaji pegawai2 kerajaan memang rendah, kini ianya tidak lagi. Guru2 sekolah rendah yang dahulunya dibayar mengikut skim gaji kelulusan sijil maktab perguruan, kini semuanya telah dibayar dan diiktiraf mengikut skim gaji diploma sekurang2nya, malah guru2 juga telah disyaratkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kecuali jika mereka mengambil pilihan untuk bersara. Guru2 tadika Kemas juga telah dan sedang dinaikkan ke taraf diploma.

Gaji anggota unit beruniform juga kini agak selesa apa lagi buat mereka yang menggangotai unit2 elit seperti komando, gerak khas dll.

Malah majoriti guru2 berijazah dan pegawai2 kerajaan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun kini boleh menikmati gaji dan elaun sekitar RM 10 ribu sebulan sesuatu yang mustahil untuk dinikmati di zaman Tun M, kecuali buat mereka yang menjawat jawatan pengarah.

Untuk rekod daripada 1.6 juta penjawat awam, seramai 570,000 adalah guru dan pensyarah, 350,000 lagi adalah kakitangan keselamatan seperti polis dan tentera manakala 250,000 lagi adalah kakitangan kesihatan.
Kakitangan pentadbiran yang mengurus 31 juta penduduk Malaysia hanya lebih kurang 400,000 (sumber MalaysiaGazette).
Umum tahu bahawa majoriti kakitangan awam terdiri daripada kaum Melayu/Bumiputera dan perjuangan kerajaan memperjuangkan nasib yang lebih baik buat mereka yang juga merupakan sebagai kaum majoriti di negara ini sebenarnya bukan sahaja membela nasib golongan pekerja di Malaysia secara khususnya malah membela majoriti nasib rakyaat Malaysia secara amnya kerana setiap keluarga pasti mempunyai anggota keluarga yang bekerja sebagai kakitangan awam. Jika dahulu kakitangan awam hanya mampu memandu kereta2 Proton Saga, kini ianya sudah kelihatan agak asing kerana kebanyakkannya memandu kereta2 berjenama import setidak2nya jenama dari Jepun mahupun Korea.

Jestru cakap2 DAP yang selalu menghentam kerajaan BN kerana sejak kebelakangan ini membelanjakan hampir 30% daripada bajet negara untuk gaji kakitangan sektor awam adalah sangat ironi kerana mereka seolah2 memusuhi kakitangan awam.

Dengan jumlah kakitangan pentadbiran awam sekitar 400,000 sukar untuk dikurangkan, nampak gayanya jika mereka akhirnya berjaya memerintah negara ini, jalan mudah untuk mengurangkan kakitangan sektor awam seperti yang mereka war2 kan adalah dengan menswasta sekolah-sekolah dan 20 IPTA serta lain2 pusat pendidikan negara seperti, Institiut Perguruan, Politeknik, Kolej2 Pendidikan Tinggi Mara, Giat Mara dll.

Adakah kita semua telah bersedia untuk menuju ke arah pendidikan swasta secara total???

Lebih ironi, ramai guru-guru dan pensyarah2 kita yang bijak pandai juga telah terpengaruh dengan hasrat untuk bertuankan DAP. Adakah anda semua pernah terfikir bahawa perkara ini akan berlaku di bawah pemerintahan mereka???

Fikir2 kan..... Jangan nanti bak kata pepatah, "yang dikejar tak dapat dan yang dikendong jatuh berciciran"...., "Mendengar guruh di langit, air di tempayan dibuang jangan !!!"

2 Nov 2017

Penjarakan Ambiga Jika Terbukti Bersalah Memfitnah UMNO dan PAS!!!


Sarawak Report dah bukak mulut......Bahawa Ambiga yg punya angkara.....Apa lagi....kalau memang terbukti bersalah.....saman aje....sebagai pengajaran.

Apa lagi utk senior lawyer mcm Ambiga jangan ingat undang2 boleh  dimanipulasi.



Sumber klik; https://aidcnews.wordpress.com/2017/11/01/selamatkan-tun-m-clare-rewcastle-brown-ambiga-bersengketa/

22 Oct 2017

Peter Bellew Letak Jawatan Sebab Campur Tangan Tun M?


Politik Malaysia ni pelik dan teruk sangat lah..... Semua nak dipolitikkan....

Dulu masa nak lantik Peter Bellew dia org jugak yg bising kononnya DS Najib menanak-tirikan anak2 dan bakat tempatan.....

Sekarang apabila Bellew nak balik kg...... DS Najib jugak yg salah..... kononnya  campur tangan dlm pentadbiran Mas.

Rupa2nya......pembangkang yg banyak enter frame......

Sumber klik sini;
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/tun-m-salah-saya-hanya-mahu-balik-kampung-1.746469

19 Oct 2017

Siapa Yang Tun M Halau Balik Ke Sulawesi, Najib Atau Muhyiddin???



Umum tahu Malaysia ataupun yang pernah dikenali sebagai Tanah Melayu dahulu adalah daripada alam Melayu....malah ada yang mengatakan ianya merangkumi daripada Indochina sampailah Lautan Pasifik di Hawai......Jika paras rupa di ambil-kira ianya mungkin ada benarnya.

Jestru penghijrahan kaum2 Melayu ini di dalam kawasan alam Melayu bukan lah sesuatu yang asing kerana orang Melayu juga dikenali sebagai bangsa pelayar..... Bahkan Panglima Hitam yang merupakan orang kanan Ferdinand Magellan (manusia pertama mengelilingi dunia) merupakan seorang berbangsa Melayu. Malah ada yang berpendapat memandangkan Ferdinand Magellan telah meninggal dunia sebelum melengkapkan pelayaran tersebut, gelaran manusia pertama mengelilingi dunia sewajarnya diberikan kepada Panglima Awang sumber klik sini.

Umum tahu DS Najib berketurunan bangsawan Bugis. bapa Muhyiddin Yassin  juga  berketurunan Bugis (klik sini), jestru apabila Tun M menyeru supaya "Lanun Bugis" dalam perhimpunan Kleptokrasi supaya balik ke Sulawesi, adakah beliau juga bermaksudkan Muhyiddin sekali???

3 Oct 2017

Dakwa Rafizi Tipu Duit Rakyaat - Bila Rafizi Nak Saman Rizal???



Mmmmm bila korek salah orang....yang X betul pun jadi betul.....

Bila orang jumpa salah dia.....asyik2 nak menyaman......

Tengah bulan September dah claim untuk bayaran gaji bulan Oktober....

Itu baru masa....

Mungkin YB Rafizi kena bagi detail/pecahan gaji tersebut.....

Mana tahu kot2 ada berlaku ketirisan.....

Sumber klik sini.

25 Sept 2017

Anak Angkat Tun M Sertai DS Najib Jual Selangor Kepada China?


Sebelum ni Tun M dgn nada sinis melabelkan DS Najib berhasrat menjual negara apabila menerima pelaburan besar daripada negara China. Rupa2nya Negeri di bawah pemerintahan anak angkatnya DS Azmin pun mengambil langkah yang sama....Malah China memang telah sedia menjadi antara pelaburan terbesar di Selangor....

Cakap X serupa bikin.

Sumber; https://aidcnews.wordpress.com/2017/09/23/azmin-jual-selangor-kepada-china/

17 Sept 2017

Kerajaan Negeri Selangor Bakal Berkubur Kurang Daripada 3 Hari???


Mungkin kah peristiwa jatuhnya kerajaan boneka di Perak akan berulang????

2 Adun PKR dan satu dari DAP bakal melompat parti????

Di mana mereka sekarang? Tak dapat dihubungi???

DS Muhammad Muhammad Taib yang kembali ke pada Umno pada petang ini juga akan membawa bersamanya 13 adun Pas untuk membolehkan Pakatan Baru ini membuat kerajaan campuran di Selangor????

Takbir!!! Allahuakbar!!!

Jika perkara ini benar2 berlaku, Pakatan Harapan mungkin akan menggunakannya sebagai senjata supaya rakyaat tidak lagi mengundi PAS apabila berlaku pertandingan 3 penjuru di antara BN/PH/PAS dalam PRU 14 nanti.......

Mungkin Pakatan Harapan akan berasa selamat......Tetapi bagi penulis apa bezanya jika PAS kekal di dalam kerajaan campuran Pakatan Harapan sekarang? Pastinya ada persamaan bukan? Kerana walaupun PAS sekarang masih berada di dalam kerajaan campuran PH di Selangor tetapi yang jelas mereka tidak senada dalam hampir semua perkara. 

Jestru jika pun kerajaan campuran dengan BN di Selangor menjadi kenyataan, PAS tidak terikat untuk bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan BN di setiap negeri malah juga di peringkat nasional. Biarlah PAS menjadi perti neutral dan mungkin akan menjadi penentu sekiranya keputusan PRU 14 nanti terikat antara BN dan PH demi untuk menentukan parti mana yang akan memerintah.

12 Sept 2017

Habis Lah Azmin.....Mat Sabu Bakal MB Selangor Yang Baru???


Jarang menang PRU, diberikan peluang oleh Pas Kelantan bertanding di negeri Kelantan untuk diberikan peluang jadi MP di Parlimen barulah menang PRU bermula tahun 1995.

Dua penggal di Kelantan, menang pula di Kedah....Tetapi telah hilang kerusi parlimen yang ditandingi sejak 2004 hingga kini. 

Sekarang ni ada pula ura2 Abang Mat Sabu dikatakan akan berhijrah ke Selangor pula....

Mungkin kawan baiknya LGE yang menasihatinya untuk cuba berhijrah lagi.....mungkin untuk mengikut jejak langkah LGE yang berpindah bertanding ke Penang di PRU 2008 dan....terus dapat jadi KM Pulau Pinang......

Bak kata pepatah, jika tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu???

Masalahnya.....Jika Mat Sabu jadi MB Selangor, Azmin nak dicampak ke mana???

Sumber klik sini.

8 Sept 2017

Tun M Rampas Pakatan Harapan??? DS Anwar Kena Kencing Lagi???


DS Anwar nak kena kencing dgn Tun M lagi ke???

Sumber klik sini.

5 Sept 2017

Pakatan Harapan - Anwar Ibrahim Semakin Terpinggir???

Nampaknya DS Anwar kelihatan semakin dipinggirkan....

Adakah ini kerana mereka sudah mendapatkan Tun M???

Dapat gading bertuah, tanduk sudah tidak berguna????





Sumber klik sini.

18 Aug 2017

Orang Melayu Susah Memohon Kerakyaatan Berbanding Lim Kit Siang???

Lim Kit Siang katanya datang dari Tong San pada tahun 1957 terus dapat kerakyaatan....



Orang Melayu keluarga pindah ke Thailand zaman perang Jepun balik ke Malaysia.....berpuluh tahun masih X dapat kewarganegaraan.....

Sumber rujuk; https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/254964/lari-ke-siam-takutkan-jepun#cxrecs_s

X kan ini pun SPRM back kena siasat???

16 Aug 2017

Bolasepak Sukan Sea, Malaysia 2 : 1 Singapura


MALAYSIA melakukan kebangkitan dramatik menumpaskan Singapura 2-1 dalam saingan kumpulan A bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Namun, kemenangan tersebut dibayangi aksi kurang memberangsangkan pada babak pertama apabila kerap melakukan kesilapan hantaran dan sering hilang bola sekaligus memudahkan pihak lawan mematahkan serangan.


Jaringan pertama Malaysia.

Separuh masa pertama tidak banyak peluang yang dicipta dan percubaan terbaik skuad negara hanya hadir pada minit ke -15 melalui sepakan akrobatik Muhammad Syahmi Safari namun percubaanya hanya melewati palang gol.

Singapura menghukum persembahan buruk Malaysia melalui rembatan dari luar kotak penalti Muhammad Amiruldin Muhammad Nodin pada minit ke-37 untuk gol pertama pasukan kendalian Richard Francis Emily Tardy.
Bersambung babak kedua,pengendali skuad negara Datuk Ong Kim Swee melakukan pertukaran membawa masuk Muhammad Nor Azam Abdul Azih menggantikan Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik dan N Thanabalan menggantikan Muhammad Syahmi Safari.

Nyata tindakan Kim Swee itu memberikan sengat di bahagian tengah dan Malaysia hampir menyamakan kedudukan pada minit ke -62 melalui rembatan Kumaahran,namun percubaannya sedikit tersasar.
Usaha berterusan akhirnya berhasil apabila pemain gantian Muhammad Nor Azam bijak menyudahkan hantaran Muhammad Safawi Rasid pada minit ke -68 untuk gol penyamaan ditunggu-tunggu hampir 60,000 penyokong yang hadir.

Skuad kendalian Kim Swee tidak menunggu lama untuk menggandakan jaringan dengan N Thanabalan menjadi wira melalui gol kemenangan pada minit ke-73 memanfaatkan keadaan kucar kacir di hadapan gawang lawan.
Keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat dibunyikan.


Jaringan kedua Malaysia

Malaysia berkongsi mata tertinggi dalam Kumpulan A sama dengan Myanmar berjumlah enam mata tetapi Myanmar mempunyai bilangan jaringan yg lebih.

Sumber klik;
http://www.sinarharian.com.my/mobile/sukan/malaysia-tumpaskan-singapura-2-1-1.719903

14 Aug 2017

Projek ECRL Buah Tangan Najib Untuk Melayu dan Penduduk di Pantai Timur???


Pakatan Harapan begitu risau kejayaan yang akan dihasilakan oleh projek ECRL kerana kebaikkannya kepada rakyaat terlampau banyak dan ini akan memberikan pulangkan dalam bentuk undo rakyaat terhadap BN. 

Kepada Singapura pula, kebergantungan Malaysia terhadap pelabuhan2 mereka untuk mengeksport hasil-mahsul negara akan berkurangan dengan drastik. Ini pastinya seperti mengistiharkan perang jestru tidak hairan jika PH akan digunakan utk "menyerang" kejayaan projek ini habis-habisan. Sebenarnya terlalu lama orang2 Melayu di Kelantan dan Terengganu dipinggirkan oleh pucuk peminpinan terdahulu daripada pembangunan bersekala besar gara2 mereka tidak menyokong parti yang memerintah.

Jika di zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Husein Onn ianya boleh di fahami kerana negara tidak berkemampuan di sebabkan baru merdeka, itu pun projek pertanian tanah rancangan seperti Felda dan Felcra mereka tidak dikecualikan. Sebenarnya kepimpinan selepas itu tiada alasan untuk meminggirkan pembangunan di negeri2 di Pantai Timur khususnya di Kelantan.

Tidak seperti kepimpinan sebelum mereka Pak Lah dan Najib telah memplopori banyak pembangunan di Kelantan seperti projek pelebaran jalan dan jambatan baru Sultan Ismail, menarik-taraf lapangan terbang Ismail Petra, Pengalaman Chepa kepada lapangan terbang atarangbangsa, pembinaan bandar baru pusat pentadbiran persekutuan di Tunjung, menyambung pembinaan LPT sehingga ke Kelantan, memperbaiki jeti pendaratan ikan Di Tok Bali dll.

Video, Overview of ECRL project;


Faedah2 secara terus/tengible dan tak secara langsung/intengible yg bakal dinikmati oleh penduduk2 di sekitar projek ECRL adalah seperti berikut;
  1. Pengambilan tanah akan members faedah kepada penduduk setempat.
  2. Hasil mahsul negeri2 di Pantai Timur dapat dieksport melalui pelabuhan Kelang dgn lebih mudah supaya tidak lagi terlalu bergantung kepada laluan jalanraya yg agak lambat kerana LPT belum siap sepenuhnya dan pelabuhan bermusim pelabuhan Kemaman dan Kuantan yang terpaksa ditutup sepanjang monsoon Timur Laut.
  3. Tanah2 kg kiri kanan trek akan naik harga. 
  4. Tanah2 yg terbahagi dua oleh projek ini akan memberikan good frontage value.
  5. Merancakkan pertumbuhan bandar2 baru di sekitar stesen2 keretapi.
  6. Memudahkan pergerakan rakyaat.
  7. Mudah untuk menjalankan apa juga aktiviti dan melanjutkan pelajaran ke negeri lain.
  8. Org akan lebih kerap balik kg ziarah orang tua dan keluarga.
  9. Lebih ramai anak dara dapat kawen dgn org bandar (dapat mempertingkatkan ekonomi keluarga).
  10. Wujudkan peluang2 perniagaan baru.
  11. Aktiviti ekonomi akan meningkat.
  12. Meluaskan kemudahan infrastruktur kepada penduduk luar bandar dan X terhad utk kawasan bandar sahaja. Satu contoh keadilan kerajaan di bawah pimpinan DS Najib yang tidak memecilkan penduduk kampung, sebagaimana projek lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.
  13. Berbanding pemerintahan terdahulu yang memberikan peluang pihak konsessi menetapkan harga tiket/toll, kerajaan di bawah pimpinan DS Najib berjanji akan memberi subsidi tambang sebagaimana yg diperolehi oleh perkhidmatan MRT/LRT di zaman Najib. Sumber klik sini. 
  14. Peluang pekerjaan di mana 30% drpd projek ini perlu diberikan untuk national contenpenglibatan tempatan. cth. pekerja, barangan mentah, tanah/pasir/aggregate utk kerja2 filling, simen dll.
  15. Additional to that, these are actually where Najib's spending our GST money other then for brim, klinik1M, hospitals, education, others subsidies, road maintenance, built low cost/Prima houses, rumah banjir/rakyaat and etc.
  16. DLL.
Seruan penulis buat rakyaat dan pengundi2 Kelantan khususnya dan Pantai Timur amnya keterbukaan DS Najib ini wajarlah disokong agar lebih banyak projek pembangunan dapat dikecapi dan dinikmati. 

Siapa tahu walaupun mungkin BN X dapat menawan Kelantan dlm. PRU 14 nanti, setidak2nya mungkin kerajaan campuran dapat ditubuhkan agar aspirasi kerajaan pusat di dalam membangunkan negeri2 di Pantai Timur Semenanjung khususnya di Kelantan lebih mudah utk dilaksanakan terutamanya apabila melibatkan isu-isu pengambilan tanah akan menjadi lebih mudah tanpa tentangan kerajaan negeri demi faedah semua pihak.

Ianya juga menjadi satu bukti bahawa kerajaan hari ini tidak meminggirkan negeri2 Pantai Timur dan penduduk di kampung2 sebagaimana ada pemimpin terdahulu lakukan semata-mata hanya kerana perbezaan fahaman politik.

10 Aug 2017

Pengundi Hantu Vs Ahli Parlimen "Hantu" ???



Pakatan sebelum ini sibuk memfitnah kerajaan BN kononnya telah memenangi PRU 13 yang lalu dengan bantuan 50 ribu pengundi2 hantu....

Walaupun tuduhan tersebut X dapat dibuktikan malah mustahil untuk dilakukan kerana bukannya mudah untuk menyusup masuk di hadapan hidung saksi2 pengundian daripada wakil parti2 yang bertanding ketika mengundi di PRU, masih ramai yang percaya.

Terkini Malaysia dikejutkan pula oleh satu berita bahawa Lim Kit Siang telah mendapat kerakyatan Malaysia pada tahun kemerdekaan negara, sedangkan beliau berhijrah ke Malaysia dalam tahun yang sama.

Jika dakwaan di atas benar cuma ada dua sahaja kemungkinan untuk beliau mendapatkan kerakyaatan secara otomatik;

i)  Merasuah pegawai pendaftaran.
ii) Memasukan sijil kelahiran kononnya beliau dilahirkan di Tanah Melayu.

Jestru pihak berwajib perlulah menjalankan siasatan dan jika di dapati bersalah selain dikenakan tindakan untuk jenayah di atas, kerakyaatan beliau juga sepatutnya dilucutkan serta beliau wajar membayar semula segala kemudahan yang telah beliau kecapi sepanjang menjadi warganegara Malaysia.

Sumber klik sini.