bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Jan 2017

Menjawab Cabaran DYMM Sultan Johor - Tun M Akan Dipenjara Tanpa Bicara???

The Star hari ini menerbitkan jawapan balas Tun Dr Mahathir Mohamad, sehari selepas dibidas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail kerana cuba “menakutkan” rakyat berkenaan pelaburan China di negeri itu.

“Saya berharap dengan menjawab cabaran Sultan, saya tidak akan ditangkap atau dipenjara tanpa bicara. Sekiranya saya akan dibicarakan, saya mengalu-alukan ditangkap,” kata Dr Mahathir, yang sebelum ini mempersoalkan projek Forest City di Johor yang menurutnya akan menggadaikan Malaysia kepada China.


“Saya seorang rakyat Malaysia lahir di Kedah. Malaysia tanah air saya dan tumpuan taat setia saya. Sekiranya saya dituduh derhaka atas apa yang saya katakan, biarlah.”


Komen penulis;

Ramai pencinta2 totok Tun M hari ini begitu memuji2 artikel balas kenyataan Tun M yang menjawab cabaran DYMM Sultan Johor semalam. Klik sini.

Nak tergelak pun ada......

Macam mana seorang "Raja" yang begitu galak menangkap musuh2 politiknya tanpa bicara ketika berada dipuncak kuasa, kini berlindung di sebalik bom asap kononnya beliau X gentar jika ditangkap kerana memperkatakan sesuatu perkara yang benar demi untuk kebaikan rakyaat jelata. Cuma beliau khwathir akan dinafikan hak untuk membela diri....

Betul2 tak sedar diri nampaknya....Sejak join pembangkang....dah semakin pandai Taichi dan lontar bom asap.

Yang peliknya macam mana orang yang selama ini asyik menuduh penyokong2 kerajaan BN sebagai pemakan dedak boleh pulak dengan begitu mudah menerima hujah2 Tun M....mcm atas tu....

Dah kena "bodoh" ke apa???

Artikel penuh jawapan balas Tun M klik sini.

2 comments:

  1. Tangkap aje laa...nengok rakyat akan menyebelahi siapa. Ada berani?

    ReplyDelete
  2. X payah layan....rakyat bangsa johor lebih faham...ini adalah politikal set up untuk boboi memancong tsmy...lalui pilihanraya akam datang..tsmy pasti dibuang olih pengundi johor...skrg sebaiknya tsmy jolok kemarahan org kedah agar boboi tersingkur di pru 14 nnti..tun guna taktikal lama untuk untungan politik boboinya...kite semua jadi penonton pesta boria tun edisi hijau kuning....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3