bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 May 2016

Pendedahan Rasuah Seks/Wang Oleh Rafizi - Bermulanya Perang Saudara PKR???


Nampaknya Perhubungan Presiden dan Naib Presiden kembali tegang....

Langka apa pula ni....Dulu "Langkah Kajang" utk jatuhkan TS Khalid Ibrahim....Sekutu Wan Azizah....

Sekarang nak jatuhkan Azmin.... Guna langkah apa pulak????

Power jugak kak Wan ni....dalam PKR...ingatkan sekadar Presiden Boneka....



Dulu masa DSAI kena tangkap kes liwat.....Orang kata itu kerja UMNO.....Serang peribadi.....

Ini nak jatuhkan Azmin pun gunakan isu seks.....

Macam sama aje.....

Ke parti PKR dan kesalahan seks memang X dapat nak dipisahkan???

Sumber klik sini.

30 May 2016

X Sokong PAN di PRK Kuala Kangsar - Bukti Azmin Takut Dengan PAS???




Pelik..... Hari tu beriya-iya kononnya nak buang exco PAS di kerajaan negeri Selangor sekiranya PAS bertanding di PRK Sg. Besar dan Kua Kangsar....

Sekarang dah terbalik pulak...

DS Wan Azizah tahu ke???

Atau adakah Azmin yang pandai2 ???

Sumber klik sini.

29 May 2016

DAP Sudah Mula Mengesahkan Bahawa Mereka Anti Raja2 Melayu???



Ke arah kerajaan Republik???

Mengunakan "ayam sabung" atau "anjing pemburu" Melayu untuk melaksanakan hasrat mereka???

Jika X benar...

Pada pandangan penulis, DAP perlulah memantau kader2....mereka yang berketuranan Melayu ni supaya X menyalak mendahului tuan mereka....

Jika tidak....tembelang mereka pasti akan pecah!!!

Segala cakap2...yang mengatakan DAP mahu menghapuskan Islam, Raja2 Melayu dan hak bumiputera akan terbukti benar!!!

Sumber klik sini.

Semoga pendedahan ini juga diharap akan dapat membuka mata semua pihak yang terlibat....

28 May 2016

PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar - PAS Jangan Menang Sorak Kampong Tergadai!!!



Calon2 PAS yang bakal bertanding  ni macam ada yang lebih lebih condong kepada PAN.....

Walaupun ada sumpah baiah, "cerai talak 3" tetapi senario sekarang ianya belum menjamin calon tersebut X "lompat parti" apabila menag kelak....

Paling tidak pun mereka boleh membuat tindak-tanduk sehingga membuatkan parti terpaksa membuang mereka.....

Contoh kan dah ada depan mata....

Jestru, saranan penulis kepada pucuk pimpinan PAS, hati di dalam memilih calon mereka...

"Jangan pisang berbuah 2 kali". 

Jangan ditimpa nasib Pak Kaduk, "Ayam sabungnya menang, kampong tergadai!!!)

Sumber klik sini.

27 May 2016

PRU 14 - Tolak Mana2 pemimpin Melayu/Bumiputera Islam Yang Tolak Hudud!!!



Samada Hudud akan diterima atau tidak  nanti ianya bergantung kepada MP Melayu/Bumiputera Islam.....

Aabila ianya akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyaat yang akan datang....

Untuk menggubal dasar...undi 2/3 dewan akan diperlukan....

Memang masa yang terbaik untuk pilih pemimpin dalam PRU 14 kelak....

Mana2 pemimpin Melayu/Bumiputera Islam yang X sokong Hudud nanti....Kita X payah undi mereka!!!

Sumber klik sini

26 May 2016

Peguam Hebat Lattefa Koya Kena Seligi Dengan Rafizi Ramli???



Wow!!! Hebat juga Rafizi ni walaupun ramai kata dia ni "Mat Lembik"....

Lawyer hebat macam Lattefa Koya pun X diumpamanya.....

Malah Rafizi begitu pasti bahawa "grass root" PKR pun X respect kat Lattefa Koya...

Begitu rupanya...ya....

Ingatkan dia ni selalu ke hulu, ke hilir dengan N. Surendran naik turun mahkamah...tu hebat lah sangat....

Opps....dah memang lawyer...memang lah kerja dia orang pergi mahkamah...Ya tak?

Sumber klik sini

25 May 2016

Husam Kelentong Ramai ADUN Kelantan Sanggup Ceraikan Isteri Talak Tiga???


Apa lah Husam ni.....

Dia pun X berani nak tinggalkan PAS sebab sumpah baiah cerai talak tiga jika keluar PAS selepas menang PRU atau PRK......Itu sudah menjadi rahasia umum....

Sebab lah juga beliau mencari alasan supaya dipecat dari parti dan bukannya meninggalkan PAS.....Dia X seperti sesetengah bekas wakil rakyaat PAS yang berani "cerai isteri talak 3"....

Sekarang ni beliau dakwa pulak ADUN PAS Kelantan akan beramai2 meninggalkan PAS dan sokong beliau dengan dibantu oleh ADUN UMNO untuk menggantikan MB Kelantan sediada..... iaitu Datuk Ahmad Yaakob.....

1) Yang pasti, UMNO X akan memilih beliau jadi MB. Apa kelas???
2) UMNO juga di lihat lebih selesa mempunyai PAS sebagai lawan politik yang mesra Melayu berbanding Husam yang dilihat lebih mesra DAP.

Sumber klik sini.

23 May 2016

Azmin Bakal Senasib TS Khalid Ibrahim??



Panas betul kerusi MB Selangor ni ya.....

Lepas ni siapa pulak yang nak ganti???

Wan Azizah lagi ke??? Atau Rafizi??? 

Sumber klik sini.

22 May 2016

Rafizi "Bongkar" Rasuah Wang dan Seks Dalam PKR???


Foto: Hanya Hiasan (tidak melibatkan yang hidup atau yang telah mati).

Tapi kalau rasuah seks ni seolah2 dan sebati dgn parti tersebut....

Ya lah....pemimpin tertinggi pun dipenjarakan kerana salah-laku membabitkan seks....

Pendedahan yang seolah2 telah mengesahkan apa yang sememangnya berlaku dalam PKR.

Bagus juga Rafizi ni....

Tapi mengapa X terus buat kenyataan akhbar??? Macam apabila mendedahkan skandal yang melibatkan parti2 lain...

Walaupun kebanyakkan pendedahan terdahulu banyak yang meragukan....Tetapi bila bab parti lain....Cepat aja dia dedah....Sampai ada yang X dapat menunaikan Haji dan kehilangan duit dividen gara2 termakan hasutan beliau.

Bila kena batang hidung sendiri...Ada bukti pun cuma warning dlm Whatapps group supaya X buat lagi......Double standard nampak????

Sumber klik sini.


21 May 2016

Muhyiddin Bakal PM dan Azmin Sebagai TPM???


Ramai yang asyik bertanyakan siapakah calon PM dan TPM yang Tun M mahukan...sekiranya DS Najib berjaya dijatuhkan???

Kalau ditanyakan kepada penulis...

Rasanya ianya sudah pun ada di depan mata....

Tapi adakah DS Mukriz akan bersetuju???

Dia mungkin terpaksa bersetuju kerana telah menjadi rahasia umum....DS Azmin memang rapat dengan Tun M.

Jika perancangan ini berjaya, samada DS Azmin akan memberi laluan terhadap DS Mukriz apabila TS Muhyiddin bersara kelak, hanya masa yang akan menentukan.

Adakah Pakatan Harapan pula akan membenarkan "boneka2" Tun M ini mewarisi pentadbiran negara daripada DS Najib juga adalah satu masalah lain....

Persoalannya mampukah PH menyanggah kehendak Tun M, sedangkan pentas pembangkang sekarang ini pun telah "dirampas" oleh Tun M???

Memang hebat Tun M ni di dalam berpolitik....

Terkadang penulis tertanya2 adakah Tun M sebenarnya sedang berusaha untuk memecah-belahkan Pakatan Harapan tanpa mereka sedari???

Di mana tujuannya hanya Tun M sahaja yang tahu???

Mungkin itulah juga yang ditakuti oleh DSAI dan Otai Reformasi.

20 May 2016

MS804 Senasib MH370 ????



Nampaknya sistem penerbangan sudah semakin kelam-kabut.

Jika sehingga kini MH370 masih belum ditemui kecuali beberapa cebisan yang didakwa dari pada bangkai pesawat sahaja telah ditemui.....

Kini MS 804 pula hilang...

Apa sudah jadi kepada sistem rada canggih yang dunia ada???

Jika MH370 dikatakan hilang di kawasan Lautan Hindi yang agak terpencil, MS804 lebih ironik kerana ia hilang di kawasan Lautan Mediterranean yang dikelilingi negara2 Eropah yang maju.

Nampaknya manusia memang X boleh nak mendabik dada. Ilmu yang kita ada X sehebat mana.....

19 May 2016

Azmin Bakal Sepak PAS Keluar Daripada Kerajaan Negeri Selangor??/


Wah.....

Macam berani aje???

Jangan kena tipu macam Wan Azizah dahulu sudah lah.....

Buang sekutu (TS Khalid Ibrahim) kerana kononnya nak jadi MB Selangor....Tapi rupanya Datuk Seri Azmin yang naik....

Adakah ini masanya untuk DS Wan Azizah membalas dendam???

Apapun yang kesiannya PAS.....

Dahulu diterajang keluar PR oleh DAP, sekarang mahu disepak keluar oleh PKR pula....

Nak buat macam mana....Pandai sangat pilih sekutu.....

Sumber klik sini.

17 May 2016

PRK JB 1988 - UMNO Tewas Dengan Majoriti 12, 613 pun Tun M Tetap X Lepas Jawatan???

Pada tahun 1988, selepas Umno diharamkan Datuk Shahrir Samad bertindak meletak jawatan sebagai tanda protes dan bertanding menggunakan tiket BEBAS lawan UMNO. Seluruh negara terperanjat kerana Datuk Shahrir menang dengan majoriti besar 12,613 undi mengalahkan calon UMNO.  

Secara simboliknya Tun M sepatutnya meletak jawatan sebagai PM sebab apa yang dilakukkan beliau untuk kekal berkuasa sehingga sanggup menyebabkan UMNO terpecah dua dan dan akhirnya diharamkan adalah satu dosa yang X dapat dimaafkan.

Malah, ada yang percaya tindakan mengharamkan UMNO sebanrnya adalah tindakan derdesak beliau demi untuk mempertahankan kuasa. Apabila UMNO haram dan Tun M boleh menubuhkan UMNO (Baru), secara otomatik semua musuh2nya tidak akan dibenarkan menyertai parti UMNO (Baru).

Memang licik bukan???

Itu lah Tun M, cara beliau berpolitik di zamannya memang superb.....dan telah memakan banyak korban politik......Dan ramai yang masih lagi hidup dan boleh dijadikan rujukan.

Sumber klik sini.

16 May 2016

Jika Tahun 1988 Tun M Sebabkan UMNO Diharamkan, 2016 Kuburkan Terus???


Umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Walaupun Tun M menyalahkan kumpulan penyokong Tengku Razaleigh yang menyaman UMNO sehingga membawa kepada pengharaman UMNO ramai pemerhati politik beranggapan Tun M sebenarnya menangguk di air yang keruh kerana mahu menyingkirkan penyokong2 Tengku Razaleigh/Team B keluar daripada UMNO.

Itu cerita dulu.....

Sekarang kerana marahkan DS Najib, Tun M mahukan UMNO dikalahkan oleh pembangkang dlm PRK Kuala  Kangsar dan Sungai Besar.

Wow.....it's actually in Tun's blood only we failed to notice it earlier?

15 May 2016

Terowong Penang Walaupun Guna Kaedah Land Swap - Diberi Pula Konsesi TOLL 30 Tahun???


Wow!!!

Ini dah mengalahkkan pendekatan projek penswastaan lebuhraya bertoll zaman Tun M.....

Dulu bila buat lebuhraya bertoll....siap berpiket....

Sekarang bila ada kuasa sendiri pun buat jugak???

X cukup dibayar guna tanah......Bagi pulak konsessi sampai 30 tahun???

Berapa % ekuiti saham yang kerajaan negeri dapat???

Mungkin SPRM pun patut siasat....

Sumber klik sini.

14 May 2016

Pilihanraya - Pakatan Harapan Janji Perlawanan Satu Lawan Satu ???



Manifesto pun bagi mereka bukan janji yang perlu ditunaikan....

Perjanjian pun barang kali sama....

Dah namanya politik....Main perspektif aje lah.....

Sumber klik sini.

13 May 2016

Pasca PRN Sarawak - Wan Azizah Dakwa Tanpa PKR dan DAP, PAS X Ke Mana???



Disebabkan mereka telah pun ada parti PAN, parti serpihan PAS yang ditaja oleh DAP....Wan Azizah dilihat masih tidak mahu "menerima" hakikat bahawa PAS sebenarnya yang membantu manguatkan Pakatan Rakyaat dalam PRU 2008 dan 2013 yang lalu. 

Sebaliknya Wan Azizah mendakwa kemampuan PAS mencabar calon BN dengan begitu sengit di kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dalam PRU 13 yang lalu adalah kerana pengaruh komponen parti2 Pakatan Rakyaat yang lain iaitu DAP dan PKR.

Kalau tanya penulis....Memang bagus.... Sikap bodoh sombong ini akan memungkinkan BN mempertahankan kedua2 kerusi ini dlm PRK nanti. Ameen.....

Sumber klik sini.

9 May 2016

Pasca PRN 11 Sarawak - Azmin Usul PAS Kembali Kepada Pakatan???


Pengajarannya memang macam tu lah....Pakatan memerlukan semua sokongan yang mereka boleh perolehi....Menyepak keluar PAS daripada Pakatan oleh DAP terbukti telah memakan diri mereka. Dek tamakkan kuasa, DAP telah menyerlahkan diri mereka yang sebenar. Iaitu tamakkan kuasa. Bayangkan jika mereka berjaya memerintah Malaysia kelak...

Dengan masyarakat berketurunan Tionghua di Sarawak dilihat telah kembali menyokong BN Azmin sedar, suka atau tidak Pakatan memerlukan PAS jika mereka mahu mencabar dalam PRU ke 14 nanti. Masyarakat Tionghua di Sarawak mungkin telah tersedar hanya BN yang boleh membawa kemajuan. Selain masyarakat Sarawak yang rata2nya menolak parti perkauman yang sempit sebagaimana pendekatan yang diamalkan oleh DAP.


Azmin sedar akan perkara ini, dan jika pengundi2 Tionghua 10-15% di Semenanjung kembali menyokong BN, Pakatan akan menjadi sejarah!!!

Apapun jika dilihatkan DAP merupakan parti yang paling dominan dalam PH dan mereka sentiasa mahu parti2 lain tunduk kepada mereka Azmin pasti akan mampu untuk melindungi PAS sekiranya DAP sekali lagi dibuli oleh DAP sekiranya mereka menerima pelawaaan Azmin untuk bersama2 dalam Pakatan. 

Lihat sahaja lah di dalam PRN Sarawak ke 11 yang lalu, saranan Azmin agar 6 kawasan ditandingi oleh calon PKR langsung tidak diendahkan oleh DAP. Begitu keadaanya pati tiada siapapun yang mampu untuk mengawal tindak-tanduk DAP di dalam PH.

Dengan sejarah DAP yang telah menikam PAS dari belakang sebelum ini, apabila mereka secara terang2an menjadi penaja penubuhan parti PAN yang telah mengakibatkan penghijrahan beramai2 pemimpin2 pro Anwar Ibrahim selain secara terang-terangan menyerang pucuk pimpinan PAS, pastinya pelawaan Azmin perlu diperhalusi 100 kali oleh PAS, kerana selain perlu menjaga maruah parti dan pemimpin2 PAS, sudah pasti PAS tidak sanggup untuk menggadai Islam dan hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera. Seperti pepatah Melayu, "Jangan sampai nanti, yang dikejar X dapat dan yang dikendong berciciran".

7 May 2016

Hampir Sapu Bersih Kerusi DUN Sarawak - BN Guna 40 Ribu Pengundi2 Hantu Dari China???



Mungkin sekejap lagi akan keluar pulak tohmahan dan fitnah di atas...macam sebaik Pakatan kalah dalam PRU 13 yang lalu....

Terus keluar video kononya BN menggunakan 40 ribu pengundi2 hantu Bangla...

Yelah.... Apa lagi nak bagi alasan apabila jelas undi pengundi2 berketurunan Cina dilihat telah "swing" kepada BN ???

Daripada 12 kerusi yang telah dimenangi DAP pada PRN 2011 kini nampaknya mereka kehilangan hampir separuh kepada BN.




Sumber klik sini.

6 May 2016

GEMPAR!!! PAS Sokong TS Adenan Satem Terajui Sarawak Dan Tolak DAP???


Itulah yang dikatakan oleh TG Haji Hadi....Walaupun secara berlapik.

DAP X boleh terajui Sarawak!!! Beliau hanya mahukan pemimpin Melayu/Bumiputera Islam!!!

Beliau menambah PAS tidak berhasrat untuk memerintah Sarawak, beliau cuma mememohon pengundi2 Sarawak memberikan kemenangan kepada calon PAS agar wakil mereka dapat memberikan nasihat kepada kepimpinan negeri.

Sumber klik sini.

5 May 2016

Selepas Felda, 1MDB dan Tabung Haji Kini KWSP Pula Bakal Bankrap??? Saman!!!

Wow!!!


Lepas satu-satu institusi Kewangan negara yang diterjui oleh orang Melayu diserang???

Agak2 kalau bagi dekat Lim Guan Eng, selamat ke??? Baru jual tanah Taman Manggis pun urusannya dah amat meragukan.....

Itu belum lagi disiasat urusniaga mencecah RM 30 bilion tanah2 milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah dijual oleh kerajaan pimpinan DAP sepanjang pemerintahan mereka daripada 2008 hingga kini.

Anehnya rakyat Malaysia yang kononnya bijak pandai....dan berpendidikan tinggi sering sahaja tertipu oleh balaci2 Pakatan...secara berulang-ulang kali. Lepas satu...satu...Walaupun isu2 sebelum ini terbukti sebahagian besarnya hanyalah mainan persepsi mereka....

Dalam kes di atas,  KWSP kononnya telah memberikan pinjaman sehingga mencecah angka RM 440 billion kepada kerajaan pusat. Pada pandangan penulis, kalau betulpun bagus, juga sebab jika dipinjam daripada institusi2 kewangan luar negara seperti IMF ataupun negara2 yang kaya, selain perlu membayar interest, negara akan lebih terdedah kepada resiko tukaran asing matawang asing.

Apapun  dalam mengurus dananya, KWSP diterajui oleh pakar2 luar dan asing, malah sesetengah tabungannya di "outsource" kepada pengurus dana kewangan luar negara demi untuk mempastikan pulangan yang dijamin kepada para pendeposit.

Pernah dengar pepatah ekonomi, "jangan simpan semua telor anda di dalam satu bakul yang sama" ??? Itulah yang biasanya dilakukan oleh pengurus2 dana kewangan dan KWSP tidak terkecuali.

Kilk sini untuk melihat, laporan penuh Laporan Audit Tahun Kewangan 2014 KWSP.



Dekat mana yang dikatakan KWSP telah memberikan pinjaman kepada Kerajaan sehingga RM 440 billion??? Dibawah item "Pinjaman" hanya sekitar RM 107 billion direkodkan. Sementara di bawah "Bon/Asset Pelaboran Dipegang Sehingga Matang" pula, hanya RM 199 billion yang direkodkan. Bond tidak boleh dikira sebagai pinjaman kerana ianya adalah instrumen kewangan yang perlu tebus semula apabila sampai tempoh matangnya. Malah, KWSP juga tidak tertakluk untuk membeli Bon/Sukuk yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan di dalam negara sahaja. Ianya boleh jadi juga termasuk Bon/Sukuk di luar negara ataupun milik konglemerat dalam negara seperti Petronas, TNB, TMB dan lain-lain.

Laporan kewangan di atas jelas menunjukkan bahawa daripada keseluruhan dana yang bernilai RM 645 billion pada tahun kewangan 2014, pelaboran KWSP majoritinya bukan dalam bentuk pinjaman kepada kerajaan. Laporan Kewangan Tahun Kewangan 2015 setakat ini masih belum di paparkan dalam website KWSP. Anda semua boleh menganalisisnya bila ianya dipaparkan kelak.

Sumber keuntungan KWSP untuk tahun kewangan tahun 2015 pula boleh dirujuk di sini.

Penulis suka untuk mencadangkan supaya pihak KWSP mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang cuba mahu mensabotaj reputasi KWSP kerana ianya boleh mengakibatkan hakisan kepercayaan rakyaat kepada KWSP yang bukan sahaja boleh menyebabkan keuntungan pelaboran KWSP tergugat malah ianya juga boleh meruntuhkan ekonomi negara.

4 May 2016

Nenek X Rela Cucu Bertanding Untuk Parti Rasis dan Kurang Ajar???


Melabel pemimpin-pemimpin parti lawan sebagai syaitan.....

Patutlah DAP selalu dikaitkan sebagai parti paling rasis dan ada kaitan dengan komunis....

Malah....Bukan hanya parti tersebut dilihat anti Melayu, malah calon2 Melayu/Bumiputera atau yang masuk "Melayu" pun selalunya akan menggunakan pendekatan menyerang dasar2 yang membela nasib Melayu/Bumiputera atas alasan hak sama-rata, ketelusan dan integriti.


Sumber klik sini.

3 May 2016

Kempen PRN Sarawak, DAP Tak Bertamadun - Bekas Adun DAP???


Hai lah..... Jenice Lee....

Baru tahu ke???

Memang lah DAP ni pandai cakap aje......

Semua orang dikatanya X betul!!!

Semua orang dia katanya rasis......Umno celaka!!!!

Walaupun yg sebenar-benarnyanya yang celaka adalah DAP!!!




1 May 2016

PKR Bakal Digantikan Dengan Parti Cinta Umpama PAS Diganti Olah PAN??? WOW!!!


Dalam politik ni...walaupun kononnya motif utama untuk memperjuangkan rakyaat....

Tetapi...akan ada sahaja pemimpin2 oportunis yang menangguk di air yang keruh.

Jika ini berlaku, akan berlaku penghijrahan pemimpin2 PKR sebagaimana yang menimpa PAS sebelum ini. Samada masuk Parti CINTA atau menubuhkan parti lain.... PKR bakal senasib dengan PAS.

Memang ironi apabila perkataan "rakyaat" hanya lah retorik politik....dan segala perjuangan sebenarnya adalah demi untuk "tembolok" sendiri....

Sumber klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3