bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

30 Jan 2016

Sumbangan Almarhum Raja Abdullah Sumber Mana Nak Guna?



Artikel BBC selari dengan berita daripada Telegraph klik;  http://m.utusan.com.my/berita/nasional/riyadh-sokong-pemimpin-8232-islam-sederhana-seperti-najib-1.185045


Pembangkang Ingat Senang2 Boleh Jumpa Raja Saudi???


Dalam dunia Islam sejak zaman Empayar Ottomaniah lagi konsep payung (membantu)  jajahan  bukan sahaja terhadap tanah jajahan malah mereka juga menjaga keselamatan negara2 Islam yg diluar kekuasaannya juga.

Malah jika dibaca buku2 sejarah peranan Empayar ramai tentera Empayar Ottomaniah yang berkampung di Aceh dan membantu kerajaan2 di Nusantara memerangi tentera penjajah.

Jetru kisah dana dari Raja Arab Saudi bukan lah sesuatu yang memeranjatkan jika ianya memang benar2 berlaku. Jika diimbas kembali semasa Tun M dan DS Anwar memegang jawatan menteri kewangan pun mereka sering dikaitkan dengan dana dari negara2 Arab. Malah selepas DS Anwar dipecat pun orang ramai masih mengaitkan beliau kononnya banyak wang hasil dari dana dan sokongan dari negara2 Arab.

Suatu yg tentera cyber pembangkang cuba rahasiakan daripada rakyaat Malaysia adalah, "ingat senangkan untuk sesiapa saja pergi nak mengadap Raja Saudi tanpa undangan?"

Pastinya segala urusan adalah melalui orang tengah samada peguam dan penasihat mereka. Jadi siapa yang TPM jumpa sekitar hari kemangkatan Raja Abdullah bukan lah sesuatu yang penting apabila penderma adalah melibatkan seorang raja sebuah negara besar seperti Raja Saudi. Tambahan pula walaupun masa itu Raja Abdullah mungkin masih hidup pasti keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Selain itu kalau pun baginda masih hidup, perlu ke beliau sendiri yang berjumpa dengan DS Zahid Hamidi???

Malah sebagaana DAP yang pernah dikaitkan mendapat dana daripada kerajaan Israel berjumlah RM 1.4 billion pastinya jika cerita itu benar ianya bukan diberikan sendiri oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sendiri. Pastinya ianya dilakukan melalui NGO2 yg berpengkalan di Amerika Syarikat. 

Tak gitu ke?

Dalam media sosial ramai yg perasan bagus dan bijak walhal....habuk pun tarak.....

29 Jan 2016

Walau Ekonomi Gawat - Pindaan Budget Kerajaan BN Kotakan Janji Kepada Rakyaat???



Sumber klik; http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/penjawat-awam-bakal-nikmati-kenaikan-gaji-julai-ini-1.478738

Walaupun dalam kepayahan kerajaan tetap menjaga kebajikan kakitangan awam dan  sewajarnya lah kakitangan awam mendokong kerajaan sedia ada.

Paling X pun buatlah kerja betul2 dengan amanah, jangan sampai apabila anda X buat kerja dengan baik di dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat maka kerajaan pula yang akan dipersalahkan.

Bukan itu sahaja, pemberian 20kg beras kepada keluarga rakyaat miskin tegar, setiap bulan menunjukkan kerajaan mengotakan janji untuk memberikan subsidi kepada kumpulan sasar.

Jestru tuduhan yang mengatakan kerajaan zalim sebelum ini apabila memansuhkan subsidi beras hancur 15% yang dibeli oleh golongan miskin dan juga dinikmati oleh pekerja asing sememangnya tidak berasas!

Malah banyak lagi "hadiah" yang diberikan oleh kerajaan melalui pindaan budget yang dibentangkan tadi. Memberikan lebihan wang untuk rakyaat berbelanja seperti
tambahan pengecualian cukai individu sebanyak RM 2 ribu bagi mereka yang bergaji RM 8k ke bawah dan pengurangan 3% caruman KWSP individu ini semua bakal merancakkan lagi ekonomi dalam negara agar kita dapat keluar dari kegawatan ini.

Keputusan kerajaan meneruskan projek2 infrastruktur seperti lebuhraya Pan Borneo, MRT, LRT dll bukan sahaja akan memberilan keselesan kepada rakyaat dan sebagai pemangkin ekonomi, rakyaat akan terus dihidangkan dengan peluang pekerjaan dan juga memberi peluang kegiatan ekonomi bukan sahaja kepada pemaju, kontraktor, pembekal, golengan pekerja malah semua industri sokongan hingga lah kepada penjual2 nasi lemak kepada pekerja binaan.

Mereka yang buta mata hati sahaja yang tidak nampak apa yang telah dan sedang diusahakan oleh kerajaan BN...

28 Jan 2016

Selepas Didapati Bersalah Hina Ahli Umno, Rafizi Hina Mahkama Pula???



Beliau "menghina" keputusan mahkamah melalui twit di twiter beliau???

Menyindir hukuman yang telah dijatuhkan?

Harap pihak berwajib siasat lah.......

Kalau didapati bersalah....dakwa sahaja....

Jangan biarkan mereka ini buat negara Malaysia macam mereka yang punya....Suka2  dia nak buat apa....

Sumber klik sini.

26 Jan 2016

Surat Amaran Gabenor Bank Negara Kepada Pengerusi Tabung Haji Palsu???

Surat yang dikatakan telah dihantar oleh Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada Pengerusi Tabung Haji dan telah menjadi viral dalam beberapa hari ini pada pandangan penulis kelihatan agak janggal. Sumber klik sini.

  1. Kepala surat yang dikatakan ditulis oleh TS Zeti ni X ada dinyatakan nombor tel/fax pada kepala surat. Adakah ianya suatu kebiasaan untuk surat dari seorang Gabenor BNM?
  2. Nama Gabenor pula ditulis dekat atas?
  3. Tandatangan Gabenor X diletakkan posesi jawatan????








Ya lah, penulis pasti ramai dari kita pun tak pernah melihat surat resmi daripada Gabenor BNM. Kalau ditipu pun kita X akan tahu.

Kalau dilihatkan kepada salinan "Surat Penyampaian" untuk Laporan Kestabilan Kewangan Tahun 2012"  yang dibentangkan di Parlimen di mana TS Zeti menendatangani  diruang "Perutusan Gabenor". TS Zeti telah menandatandatangan seperti berikut;




sumber klik sini.


Sebaliknya nombor telefon Pn Madelena berdasarkan kepada website BNM adalah seperti berikut;




Mengapa X sama??? Nombor pangarah sendiri pun boleh salah ke? X kan lah Gabenor BNM taip surat sendiri??? 

Macam pelik aja......

Sumber klik sini.



Berikut adalah contoh format surat yang dikeluakan oleh BNM;






Malah kalau dilihatkan kepada surat di atas yang dihantar oleh pengarah BNM (surat yang pernah menjadi viral sedikit masa dulu kerana kenaikkan premium insuran) ada aje pengarah tu meletakkan posesi jawatan yang disandang malah nombor tel/fax beliau juga ada dinyatakan.


Memang surat2 daripada BNM menggunakan "format" yang berlainan ke??? Atau surat Gabenor guna format lain daripada pegawai tinggi BNM yang lain?


Ataupun adakah surat yang dikatakan telah dihantar oleh TS Zeti kepada Pengerusi TH itu yang sebenarnya palsu???

Ustaz Abdul Ghani Samsudin Memang Berfahaman Syiah???




AIDCNews- 25/1/16 – Sekalipun menjawab secara samar, namun ulama Parti Amanah Negara (PAN) Ustaz Abdul Ghani Samsudin seolah-olah mengesahkan kebenaran dakwaan beliau disingkir daripada daripada memegang jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara (KUMS)
Dalam masa sama Abdul Ghani menafikan penyingkiran beliau daripada jawatan Pengerusi KUMS itu disebabkan beliau berfahaman Syiah.
“Penamatan tugas saya sebagai wakil Kesatuan Ulama Sedunia Cawangan Malaysia tidak ada kena mengena dengan dakwaan fahaman Syiah seperti mana yang tersurat atau tersirat dalam surat KUMS berkenaan.



Komen Isac;

Dulu pun beliau bergiat dalam PAS, boleh aje memegang jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara (KUMS)....

Kenapa bila berpindah ke PAN X boleh pulak??? Dua2 pun parti politik.


Adakah kerana beliau memang berfahaman Syiah??? Klik sini.

25 Jan 2016

Tabung Haji Bakal Bankrap Fitnah Mahu Runtuhkan Ekonomi Negara?



Sumber klik; http://www.mykmu.net/2016/01/minta-jangan-buat-spekulasi-tarikh-umum-bonus/#

Berikut adalah fitnah yg kononya ditulis oleh kakitangan TH sendiri yg penulis kutip di Whatapps group.

"Assalamualaikum.

Kami ingin berkongsi maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini di Tabung Haji. Kami terdesak, pandangan dan rintihan kami sebagai warga TH langsung tidak dihiraukan.

Kami berpegang kepada prinsip amaar maaruf dan nahi mungkar, dan bukannya yang lain.
Mana bisa kami berdiam diri lagi apabila institusi suci kebanggaan ummah, yang dibina dari titik peluh simpanan pakcik dan makcik di kampung, makin hari makin dirobek, dirogol dengan rakusnya tanpa menghiraukan halal dan haram, betul dan salah. Menitis air mata kami memikirkan nasib ummah dan malapetaka yang bakal menimpa mereka sekiranya kami masih berdiam diri.

Kami warga TH amat kesal dengan campur tangan ahli politik dalam pentadbiran. Ianya makin parah.

Kami di paksa melakukan pelaburan yang berisiko, yang tidak sesuai dengan strategi pelaburan.

Beberapa kali kami terpaksa membeli asset yang amat berisiko, walaupun cadangan pelaburan itu tidak melepasi penilaian dalaman.
Hancur hati kami apabila terpaksa membayar asset-aset tersebut dengan duit umat islam yang hendak ke Tanah Suci menunaikan ibadat haji.

Kami tidak lagi amanah.

Kami dipaksa menipu.

Tidak perlu kami sebutkan apa yang kami di paksa beli. Anda semua pun tahu penglibatan TH sebagai badan separa koporat.
Mana kan tidak, ada beberapa Pegawai atasan kami juga menjadi Pegawai atasan badan koporat lain.

Pihak tertinggi tidak lagi mempertahankan maruah TH, sudah lupa akan tujuan sebenar penubuhan TH. Kalau dahulu kami amat berbangga dengan professionalism pihak atasan seperti Tan Sri Hanapiah – anak melayu pertama yang mempunyai lulusan charted accountant, tapi sekarang mereka yang tiada kelulusan langsung, yang mempunyai karater yang kasar, dilantik menjadi pengerusi.

Akibatnya jelas. TH dan pelabur umat Islam menjadi mangsa. Lihatlah apa yang dah jadi tahun lepas. Langsung tidak ada simpanan.

Kami untung RM2.98 bilion, tapi dividen yang diberi lebih dari itu, iaitu RM 3.3bil. Bukannya hendak menyimpan sedikit untuk pelaburan masa hadapan, tetapi terpaksa mengambi dari reserve untuk membayar dividen.

Paling dahsyat sekali, dan amat kami takuti dan bimbang, adalah apabila ada kemungkinan TABUNG HAJI TIDAK DAPAT MEMBAYAR SATU SEN PUN DIVIDEN TAHUN INI.

Sepatutnya, kami telah mengisytiharkan kadar dividen semalam, seperti tahun lepas di mana kami mengishtiharkan pada 22 Januari 2015.
Asset kami jatuh teruk.
Amat teruk sekali.

Ini bukannya untuk menakut-nakutkan para pelabur kami, tapi inilah yang berlaku sekarang ini. KAMI TIDAK CUKUP DUIT UNTUK BAYAR DIVIDEN.
Malah, menurut akta Tabung Haji, sekiranya nilai asset kami kurang dari liability, kami DI LARANG membayar dividen.

Kami amat tertekan. Kami ada bukti-bukti mengenai isu ini.
Amaran keras dari pihak regulator amat jelas. Surat amaran yang pengerusi kami terima dan ditunjukkan kepada kami amat mengerunkan.
Insya allah, akan kami siarkan sekiranya perlu.

Ya allah, selamatkanlah Tabung Haji!"


Komen Isac;

Nak tipu dan fitnah pun agak2 lah....Kalau semua istitusi ekonomi negara terutamanya milik negara bungkus sebab fitnah2 yg dilemparkan, siapq yang susah?

Kalaupun nak tarik undi, janganlah sampai nak sabotaj negara.

Dalam sistem ekonomi bebas di mana permintaan dan penawaran menentukan harga pasaran, fitnah dan spekulasi pasti akan menjejaskan pasaran.

Bayangkan jika disebabkan fitnah2 sebegini ringgit semakin merudun dan akhirnya kita terpaksa melupuskan sesetengah asset, tentunya apabila ekonomi pulih dan apabila ringgit kembali ke harga yang sepatutnya kita X mampu membeli semula asset ini kerana kita menjual pada harga yg rendah tetapi perlu membeli balik pada harga yg sangat tinggi.

Jestru janganlah kita terikut2 menyebarkan fitnah yang boleh meruntuhkan negara semata2 kerana kita ingin bersama pembangkang yang sengaja mengeruhkan lagi suasana demi utk meraih undi.


24 Jan 2016

Serpihan Pesawat MH370 Dijumpai di Selatan Thailand???





BANGKOK: Pihak berkuasa di daerah Pak Phanang di selatan Thailand akan membawa pakar penerbangan untuk memeriksa serpihan yang dipercayai milik pesawat Penerbangan Malaysia MH370. Pegawai polis daerah itu, Sub Leftenan It Paijit Pangkaew, berkata serpihan yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat itu akan dibawa ke balai polis daerah berkenaan bagi membolehkan pakar daripada sektor penerbangan dan tentera udara negara itu memeriksanya.

"Kami menghubungi pihak berkuasa berkaitan dan juga tentera udara, untuk membolehkan mereka memeriksa dengan lebih teliti serpihan itu," katanya yang dihubungi, hari ini. Serpihan itu, katanya, ditempatkan di kediaman ketua sub-daerah di Pak Phanang atas faktor keselamatan sebelum dipindahkan ke balai polis. Semalam, penduduk kampung yang tinggal di kawasan pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand melaporkan penemuan satu objek logam yang besar dipercayai daripada pesawat, berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang. 

Penemuan serpihan itu mendorong media negara berkenaan membuat spekulasi mungkin ia ada kaitan dengan pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dua tahun lalu. Penerbangan itu membawa 239 penumpang dan anak kapal. It Paijit berkata, walaupun serpihan ditemui itu menyerupai bahagian pesawat, beliau tidak dapat dapat memberi kepastian. "Ia memang kelihatan seperti daripada pesawat, tetapi biar pakar periksa objek itu terlebih dulu. "Proses untuk memindahkan serpihan itu ke balai polis daerah akan mengambil masa dua jam," katanya. - BERNAMA

Sumber klik sini.



21 Jan 2016

JPA Hapuskan Pemberian Biasiswa, Khabar Buruk Ataupun Sengaja Mahu Memburukkan Kerajaan.?

Selepas biasiswa untuk pelajar2 di tingkatan 6 digantung baru2 ini, isu yang menjadi viral di media2 baru adalah apabila dikhabarkan biasiswa JPA untuk tahun 2016 bakal digantung sama. Klik sini.

Kos pempelajaran untuk pelajar di tingkatan enam mungkin tidaklah mahal. Sekolah selalunya dekat, yuran percuma, buku teks percuma malah yuran peperiksaan juga tidak lah mahal mana. Jestru jika biasiswa tersebut digantung atau dimansuhkan kesannya mungkin tidak seberapa berbanding dengan tajaan pembelajaran di universiti.

Tetapi apabila ada ura2 biasiswa JPA untuk tahun 2016 akan digantung ianya menjadi penyebab satu lagi api kebencian rakyaat terhadap pucuk kepimpinan negara. Nama menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong yang dikaitkan dengan isu tersebut pastinya menjadi sasaran kata2 sumpah-seranah.

Berikut adalah makluman yang penulis kutip daripada whatapps group. Malah isu ini juga menjadi perbualan hangat di FB dan juga di Twitter, "Biasiswa JPA 2016 Dihapuskan dan Dimansuhkan".

"Berita sedih buat pelajar yang akan menyambung pelajaran pada sesi 2016 ini. Ini kerana kementerian telah mengesahkan pemberian biasiswa JPA akan dihapuskan dan dimansuhkan bermula tahun 2016 ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Wee Ka Siong menteri di jabatan perdana menteri.

Biasiswa yang dimansuhkan ini melibatkan penempatan dalam dan luar negara yang mana memberi kesan kepada lebih 700 penempatan pelajar tahun ini.

Pada portal JPA sendiri pun, pautan yang selalu digunakan oleh pelajar untuk memohon JPA telah dibuang.

Perkara ini betul-betul memberi impak dan kesedihan kepada pelajar yang akan menyambung pelajaran sesi 2016 ini.

Disarankan agar semua pelajar dapat membuat inisiatif dengan memohon biasiswa dari kerajaan negeri masing-masing".

Juga boleh didapati di sini.



Komen Isac;

Adakah ini cuma mainan portal2 yang mulanya diilhamkan oleh pembangkang? Ataupun adakah sememangnya Wee Ka Siong yang bersalah kerana tersilap cakap??? Ataupun dia sengaja memandai2? Antara portal melaporkan isu ini klik sini dan klik sini.


Adakah berita ini sengaja mahu dimanipulasi agar api kebencian terhadap kerajaan terus membuak2 menuju PRU 14 yang tingga 2 tahun lagi?


Apapun sebenarnya jika diteliti iklan biasiswa JPA tahun lepas, ianya cuma bermula pada bulan Mac 2015,  sekarang baru bulan Januari. Bukti klik sini.  Biasanya kan tunggu keputusan SPM dekat nak keluar? 

Malah portal JPA sehingga saat ini masih belum mengeluarkan "biasiswa" antara salah satu daripada perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Klik sini.

Kenyataan DS Najib pada penghujung tahun lalu beliau pula cuma mahukan supaya pelajar2 cemerlang yang ditaja oleh JPA tidak mengelak untuk berkhidmad di sektor awam apabila tamat pengajian kelak







Sementara di Utusan Malaysia, Ka Siong menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan yang menjadi viral tersebut.



20 Jan 2016

Wahid Otak Udang??? Patut Diganti Oleh Mat Sabu???



Notis seperti di atas sengaja direcycle and diulang2 untuk membangkitkan kemarahan rakyaat.

Sedangkan ada perkara  yg kekadang berlaku di luar jangkaan.....  Berlaku diluar kebiasaan.  Pengaruh "Big boys game" misalnya. Penurunan harga minyak mentah yang terlalu rendah diluar kebiasaan. Pakar pun X boleh mengjangka....

Kalau masih ingat Oktober 2014, telah berlaku ''Shotdown Washington",  Hutang kerajaan AS yg berjumlah beberapa Trillion USD sudah sampai ke ceiling. Dewan Senate AS pula awalnya X beri persetujuan utk menaikkan ceiling hutang negara,  jestru kerajaan pimpinan Barrack Obama X boleh nak membuat pinjaman tambahan.

Kakitangan awam AS telah diarahkan supaya bercuti tanpa gaji kerana kerajaan X mampu membayar gaji mereka disebabkan negara X boleh menambah hutang utk digunakan bagi mentadbir negara dan bayar interest hutang terdahulu.

Tetapi tup2 pada Oktober 2015 pula, matawang USD telah naik mecanak berbanding matawang dunia yg lain.  Ada sesiapa yg bijak pandai boleh explain apa yang menyebabkan fenomena ini? Apa justifikasi untuk menjelaskan akan apa yg berlaku?

Mengapa ini boleh terjadi?  Dalam masa setahun sahaja suasana bertukar dengan begitu drastik!!! Hilang kisah negara mcm nak bankrap X mampu bayar gaji kini.... matawang AS pulak yang mencanak naik!!!  Permainan siapa kan ini?

Dan ini berjaya menonjolkan pemimpin2  pembangkang lebih bijak?  Pakar ekonomi?  Wow!!!

Senangnya.....

18 Jan 2016

Israel Nak Halang Laungan Azan, Pulau Pinang Pula Selepas Ini?



Sebelum ni di negeri2 Pakatan Rakyaat, bacaan tahrim, bacaan Al Quran dan ceramah agama di masjid2 dan surau telah dilarang...

Kononnya atas alasan tidak mahu mengganggu penduduk berdekatan....

Anehnya ada juga sarjana2 Islam di Malaysia sendiri yang menyokong tindakan tersebut kerana ianya bukan sunnah Rasulullah s.a.w.

Tapi golangan anti Islam ni biasa lah.....bila mereka tolak dan kita beransur....Maka mereka akan terus menolak kita ke dinding.....

Tengok lah samada mereka akan ikut tindakan Israel atau tidak selepas ini....

Israel pun sebenarnya X berani nak haramkan azan....Dia org tu baru cuba nak mengacah2 sahaja....Tapi kalau orang Islam Palestin X lawan....Dia orang laksanakan lah...Sebagaimana larangan solat subuh pada Oktober tahun lepas....Alhamdulillah, mungkin kerana bantahan penduduk Palestin, semasa penulis ke Masjidil Aqsa Disember tahun lepas, larangan tersebut sudahpun ditarik balik.

Tetapi di Malaysia yang majoriti penduduk beragama Islam dan Islam meruakan agama rasminya dah ada suara2 yang mahu mengharamkan Azan,,,,,

Sumber klik sini.

17 Jan 2016

Harga Kontrak Laluan Basikal Penang Terlampau Tinggi Siapa Makan Rasuah?



Isu ni sudah dibangkitkan harap SPRM dapat lakukan siasatan.

Kalau BN yang buat mcm ni pasti DAP dan Pakatan Harapan kata berlaku ketirisan... Rasuah....

Bila mereka yg lakukan..... elok sahaja....

14 Jan 2016

Isu Bauksit Pahang - Mengapa Tindakan Terlalu Lambat???












Kerajaan negeri mahupun MP Kuantan asyik menunding jari.....menyalahkan antara satu-sama lain....

Menyalahkan kerajaan negeri 100% adalah keterlaluan kerana kalau sebelum ini dalam isu "Nadir Bumi" ataupun "Rare Earth" pihak pembangkang boleh pula mencetuskan dan mengadakan beberapa siri rapat umum dan bantahan, mengapa dalam isu bauksit suara ahli parlimennya Fauziah Salleh  cuma kedengaran apabila kaadaan telah menjadi begitu teruk.

Ke mana Fauziah selama ini?

Mengabaikan pengundi2nya di Kuantan???

Setiap adun BN juga mempunyai kawasan masing2 walaupun memegang jawatan exco dalam kerajaan negeri "input" YB sesuatu kawasan memang ditagih kerana mereka lah yang lebih hampir dengan rakyaat.

Mungkin pengundi2 Kuantan perlu menyalahkan diri mereka sendiri kerana tersilap memilih wakil mereka....

Secara logik X kan nak mengharapkan orang yang mereka dah "tolak" untuk memperjuangkan nasib mereka pula ya, tak???

Apa pun bagi penulis dalam konteks keselamatan dan kesejahteraan rakyaat kedua2 pihak sepatutnya perlulah lebih professional, sehingga kerajaan persekutuan terpaksa campur tangan untuk meyelesaikan isu ini sebenarnya ianya adalah sesuatu yang amat memalukan.

13 Jan 2016

Keli Di Kuantan Bertukar Warna Merah, Mengapa Fauziah X Tukar Warna?



Itu yg jadi trending di media baru....

Lawak ataupun expression kekecewaan org Kuantan ataupun satu bentuk provokasi oleh Pakatan Harapan kononnya sampai ikan pun jadi merah.....

Jestru soalan dari penulis jika MP X bertukar warna mungkinkah sebab MP X duduk di Kuantan dan cuma balik menjengah kawasan cuma bila isu bauksit telah memburuk?

Gaya macam makan gaji buta aje.....Mana Fauziah ketika isu ini belum seburuk sekarang? Mengapa X cegah sebelum parah?

12 Jan 2016

Apabila Kerajaan Memerintah Ambil Mudah Terhadap Fitnah Yang Berleluasa....


Lepas satu-satu fitnah yang keluar sehinggakan rakyaat mempercayainya....

Akhir zaman, akibat fitnah yang berleluasa....yang batil jadi benar dan begitulah sebaliknya....

Foto fitnah di atas pun nak ambil tindakan walaupun dah tahu siapa pemimpin pembangkang yang menjadi dalang dibelakangnya....

Kalau ya pun nak jadi zuhud.....fitnah kena ditegah hingga ke akar umbi...sebab sesatu penipuan pun jika sentiasa diulang2....orang akan percaya bahawa ianya adalah "benar"....

Dalam dunia politik rakyaat X lihat apa yang pemimpin buat itu betul atau tidak....

Rakyaat X lihat perjuangan pemimpin untuk agama, bangsa dan negara itu betul atau tidak.....

Rakyat X lihat pemimpin yang terpaksa bertahan dek serangan musuh dari luar dan dalam negara untuk pertahankan Alif, Ba, Ta sebagai fisabilillah.....

Perang perspektif mengabui mata.....

Sebab tu Almarhum Sultan Selangor yang terdahulu pernah berkata, "MB/pemimpin bukan sahaja perlu bersih, tetapi juga perlu kelihatan bersih". 

Jadi mereka yang berpura2 "bekerja" dan sebaliknya memperlihatkan lawan politik mereka sebagai "perompak" khazanah negara/wang rakyaat akan diangkat sebagai wira....

Hidup ni kenalah bijak..... Bukan suruh kerajaan sediada menipu...tetapi kenalah pandai ambil hati dan jangan berikan orang lain mendapat nama di atas usaha penat lelah yang mereka jalankan.

Lagi fitnah yang dilempar terhadap kerajaan demi untuk merosakkan reputasi BN, klik sini.

11 Jan 2016

Horeyy!!! Selangor Bakal Mendapat MB Daripada Parti DAP Selepas PRU 14???



Kedudukan DUN Selangor selepas isu pemecatan TS Khalid Ibrahim;



Dalam PRU 4 nanti, DAP bakal bertanding 8 kerusi DUN PAS yang masih tinggal dan jika DAP memenangi kesemua tambahan 8 kerusi tersebut serta mengekalkan kerusi sediada sementara PAN pula gagal untuk mempertahankan 8 kerusi yang "dilarikan" oleh ADUN "lompat" mereka dan BN serta PKR pula berjaya mengekalkan kerusi2 yang mereka menangi dalam PRU 13 lalu, agihan kerusi2 mengikut parti akan menjadi seperti berikut;

DAP = 15 + 8 = 21 kerusi
PKR = 12 kerusi
PAN = 0 kerusi
PAS = 8 kerusi
BN 12 + TS Khalid Ibrahim = 13 kerusi

Katalah PAN akan berjaya mempertahankan beberapa kerusi yang "dilarikan" dan DAP pula X dapat merampas semua kerusi daripada PAS, Apapun DAP akan menjadi parti paling dominan dalam DUN Selangor dan dengan DAP mempunyai calon yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi seperti Dr Aziz Bari, tidak kah mungkin MB Selangor akan dilantik dari kalangan Adun Melayu daripada DAP???

Jika kita pernah mempunyai MB Melayu boneka DAP daripada PAS di Perak siapakah yang berani jamin calon MB Melayu DAP Selangor nanti akan memperjuangkan nasib Melayu, Islam dan keadilan buat semua?

Atau...Adakah Azmin rela berputih mata melihat jawatan MB terlepas kepada DAP???

10 Jan 2016

Mat Sabu Ikut Nasihat Tok Mat Maslan Saran Buat 2 Kerja?




Walaupun saranan Tok Mat supaya berniaga part time secara online telah diputar-belit tetapi nampak gayanya Mat Sabu sudah mengerah anak2 buahnya dari Parti Amanah Negara (PAN) supaya bekerja 2 shif iaitu sehingga 16 jam sehari.

Kerja 2 shif sama lah jugak mcm buat 2 kerja ....Kalau bekerja dengan syarikat salah tu sebab seseorang  pekerja cuma dibenarkan bekerja lebih masa sebanyak 104 jam sebulan ataupun secara purata 4 jam sehari pada setiap hari bekerja (26 hari sebulan).

X ada pun macai2 yang nak memutar-belitkan kenyataan Mat Sabu....pelik jugak....Mungkin kerana Mat Sabu X sepandai Tok Mat Maslan yg berkelulusan Ijazah Master dan dapat CGPA 3.84 sebaliknya Mat Sabu mungkin cuma berkelulusan "General Degree".... Nak buat mcm mana....pemimpin mcm Mat Sabu yang khalayak lebih suka...Yang kononnya bersih....perjuang hak rakyaat...

Setakat cakap....sesiapa pun boleh....

Sumber klik sini.

8 Jan 2016

Takut Rahasia Terdedah, Sebab Utama Mengapa Guan Eng Takut Nak Saman Razali???


Kalau X betul....Mengapa takut nak saman???

Adakah takut nanti semua terdedah jika kes ini dibicarakan sebab Razali ada segala bukti???

Itu LGE kena jawab!!!!

Sumber klik sini.

6 Jan 2016

Menjelang Taklimat Haji Hadi Pada Sabtu - PAS Bakal Jadi Rakan BN???



Macam kerajaan Perak 2009??? BN + 3???

Harap2 ianya menjadi kenyataan.

Cuma...jika ianya menjadi kenyataan....para pemimpin PAS juga perlulah diberikan jawatan dalam kabinet pusat, dalam pentadbiran peringkat negeri dan tempatan agar matlamat bekerjasama di dalam kebaikan dapat betul2 dihayati dan diterjemahkan dalam pentadbiran kerajaan.

Tegur-menegur dan bantu-membantu.

Siapa tahu, kita akan mempunyai TPM dua dari PAS sekiranya "penyatuan" ini berjaya.

Buat pemimpin2 BN yang mungkin terpaksa memberi laluan kepada pemimpin2 PAS nanti....buang sifat dengki dan kita perlu berjiwa besar!!!

Jawatan dan individu itu tidak penting tetapi yang penting adalah agama, bangsa dan negara!!!

Kita tiru sikap kaum Ansar (Penduduk asal Madinah), yang bukan sahaja sanggup berkongsi negara, harta dan jawatan dengan kaum Muhajirin (dari Mekah) malah sanggup menceraikan salah seorang isteri mereka untuk diperisterikan oleh saudara mereka dari golongan Muhajirin.


5 Jan 2016

Kerajaan Perpaduan - Menghitung Hari???


Ada berani ke DAP???

Patutlah DS Najib X gentar....TS Muhyidin dan Tun M cuba untuk menjatuhkan beliau......

Itu lah....nasib manusia.....tiada siapa yg tahu....

Walaupun Pas hanya ibarat lumut di tepi gantang apabila bersama pakatan rakyaat....ia boleh jadi parti kedua paling dominan dalam BN selepas Umno...

Semua gara2 DAP X menghargai Pas dan khianat kepada Thaluf siasi antara mereka....

Semoga pengalaman pahit semasa dalam Perikatan/BN sehingga Pas ditendang keluar 1977 yang lalu akan mematangkan kerja-sama dua parti politik terbesar Melayu ini.

4 Jan 2016

Budak 14 Tahun Pun Boleh Tipu Satu Malaysia - Patutlah Pembangkang Boleh Tabur Fitnah???


Memandangkan isu 1MDB dah selesai....... Tun M dan Muhyiddin pun dilihat dah x ada lagi isu yang boleh digunakan untuk menjatuhkan "Jibby' nama timangan buat DS Najib yang trendy di media sosial.....maka Pakatan Harapan kini dilihat keseorangan di dalam usaha  mereka untuk menjatuhkan Jibby. Sumber klik sini.

Jika diperhatikan, fitnah2 yang selama ini dihamburkan samada dari dalam UMNO, mahupun dari luar (Pakatan Harapan)....lepas satu2 telah terbukti hanyalah sandiwara politik.....

Tetapi rakyaat Malaysia yang sedang dihimpit oleh kenaikan harga barang dilihat mudah terpedaya....Terutama di dalam mencari seseorang untuk dijadikan kambing hitam....

Kisah budak perempuan 14 tahun "menipu" kononnya diculik juga mudah menjadi viral dan sensasi....


3 Jan 2016

Buat Laporan Polis!!! RM 40.4 Billion Hutang 1MDB Dah Hilang ???



Dulu....Masa hutang 1MDB menjangkau sehingga 41 Billion, ramai yang report polis.....Kononnya rakyaat akan terbeban dengan hutang 1MDB.

Tun M pun bising kata RM 42 billion kena songlap oleh Najib dan kunco2nya.....

Habis...dek kena fitnah yang disebar....IPO pun X jadi nak dikeluarkan....

X jadi diapungkan saham 1 MDB. Bukan kah itu menghampiri tindakan sabotaj???

Sekarang apabila 1MDB dah melupuskan sebahagian assetnya....dan hutang telah dikurangkan sebanyak RM 40.4 billion. Daripada RM 42 billion dikurangkan kepada RM 1.6 billion, X ada ke sesiapa yang nak buat laporan polis sebab, hutang, RM 40.4 billion milik 1MDB dah hilang???

Sumber klik sini dan sini.


2 Jan 2016

Berlakon Diculik - MyWatch Gesa Nur Amirah Dikenakan Tindakan???



Apa yang disarankan oleh MyWatch ada benarnya cuma, beliau juga sewajarnya menggesa tindakan yang sama dikenakan terhadap calon2 pilihanraya perwakilan pelajar pro pembangkang yang acap kali mendakwa kononnya diri mereka telah diculik dan dipukul oleh pihak lawan, hanya gara2 mahu meraih undi simpati.

Macam lah pemilihan perwakilan pelajar  lebih penting berbanding PRU.... PRU pun pemimpin pembangkang X pernah dicolek.....

Apa kata MyWatch yg selama in; dilihat pro pembangkang.

Sumber klik; http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kes-nur-amirah-mywatch-mahu-tindakan-tegas-diambil-1.467796

1 Jan 2016

DAP Tidak Menafikan Dakwaan Razali, Israel Akan Bina Pengkalan Tentera Laut di Port Dickson???


Itu katanya sekiranya DAP bersama Pakatan Rakyaat mahupun Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya dan sebagai imbuhan sehingga RM 1.2 billion akan diberikan. Wow...Sekarang ni semua main billion2 aje....

Jika benar nampaknya.....Mat Sabun pun akan menjadi figura kesayangan rakyaat Israel....

DAP cuma menolak dakwaan tersebut menerusi cakap2 mulut....Itu X macam gaya DAP....

Selalunya kalau ada bukti menyanggah sesuatu dakwaan yang bersifat politik, DAP akan saman orang yang melemparkan tuduhan....

Dalam kes ini X pulak....

Itu yang muskil....

Sumber klik sini.

2016 Harga Minyak Turun Lagi - Indikasi Ekonomi Yang Semakin Mencabar???


Dengan harga petrol dan diesel yang semakin rendah, walaupun mungkin harga barangan tidak meningkat disebabkan kos pengangkutan kekal, tetapi pendapatan negara juga akan terus merundun.

Ini pasti akan meruncingkan lagi pendapatan dan kewangan negara terutamanya apabila nilai Ringgit juga masih rendah dan tidak stabil.

Pasti akan banyak syarikat yang terkesan dan akhirnya ramai yang akan kehilangan punca pendapatan.

Di dalam suasana getir dan kepayahan, negara memerlukan rakyaatnya supaya bersatu. Sudah2 lah berpolitik jatuh-menjatuh.

Bak kata pepatah, 'Kuat air kerana pembentung, kuat manusia kerana muafakat'.

Semoga kita berjaya melepasi badai yang bakal melanda dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3