Telah diberitakan import Negara Cina terhadap minyak kelapa sawit negara telah menyusut sebanyak 50%. Jika dahulunya mereka merupakan pengimport minyak sawit terbesar negara, kini tidak lagi. Malah pengimportan mereka terhadap sarang burung Walid sedikit masa dahulu menyebabkan industri tersebut hampir lumpuh. Kerana mereka merupakan pengimport terbesar product berkenaan.
Untuk pengetahuan menjadi kebiasaan dalam sesuatu international trades di antara 2 negara ianya akan dilakukan secara "barter trades". Samada melalui komoditi/barangan, kontrak pembinaan mahupun soft loan. Kerajaan China sejak beberapa dekat yang lalu sejak mereka membuka pintu negara mereka, sememangnya sebuah negara yang kaya dan banyak duit.
Syarikat2 mereka pun disokong penuh oleh kerajaan utk mencari projek diseberang laut. Malah kerajaan kerap memberikan pelbagai geran dan subsidi untuk membolehkan syarikat2 ini bersaing diperingkat antarabangsa.
Ini X menghairankan disebabkan semua syarikat2 besar masih milikan kerajaan mereka. Strategi mereka untuk menjana ekonomi dan peluang pekerjaaan. Malah negara AS yg mempunyai hutang terbesar di dunia sehingga hampir USD 20 trillon, pemiutang terbesarnya adalah negara China.
China dengan kekayaan mereka, membolehkan kontraktor2 besar mereka menawarkan harga yang menarik disamping dengan pakej soft loan sekali. Dalam iklim persaingan utk menguasai laut Cina Selatan diantara China dan US yang semakin sengit. Jika US cuba untuk membuli Malaysia melalui isu 1MDB, China pula bertindak mengurangkan import komoditi2nya dari Malaysia.
Jadi kerajaan Malaysia perlu bijak balance out, dlm mencuba utk X tunduk kepada tekanan kuasa2 besar ini mencari pengaruh, dalam mempertingkatkan eksport dan dlm masa yg sama menangani beban hutang negara. Biasanya interest hutang utk infrastructure selalunya rendah sekitar di bawah 3% (kalau dahulu, sekarang mungkin rendah lagi).
Dilemma yg dihadapi oleh negara, pinjam banyak2 dari luar negara org akan marah. Pinjam duit KWSP pun org marah jiga. Sabah/Sarawak dapat projek Pan Borneo tempat lain X dapat pun org akan marah. Jika dilihat kawasan cadangan ECRL sememangnya berpotensi untuk dimajukan sekiranya mempunyai talian keretapi yang baik.
Bila X ada projek mega ekonomi X perkembangan, X ada pekerjaaan dan peluang pun org akan marah juga. Memanglah rakyaat kena concern pasal hutang negara tetapi rakyaat yang berfikiran waras perlu lihat dari prospective ekonomi macro. Isu guna contract mega/soft loan sebagai barter trade komoditi sebenarnya sudah digunakan dan berikut antara contoh2nya... klik sini, sini, sini dan sini.
Apa pun pelaburan dan pinjaman sekitar RM 55 bilion itu amat besar dan persoalannya adakah keperluan ERCL begitu mendesak? Atau boleh ditangguhkan sehingga kita lebih bersedia???