bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jul 2015

Petrol/Diesel Turun Pun Ada Yg Babikan Najib?


Dia orang ni selagi, DAP belum memerintah negara ni selagi tu lah belum puas hati agaknya.....Naik salah....turun salah.....

Penulis pun X sampai hati hati nak post snapshot dari whatapps group tu....

29 Jul 2015

Bukit Aman Terbakar, Najib Cuba Hapuskan Bukti Penyelewengan 1MDB???


Hasutan dan tarbiah pakatan rakyaat memang berjaya.....

Majoriti rakyaat percaya kebakaran di Bkt Aman adalah usaha kuncu2 DS Najib untuk menghapuskan bukti. Itulah yang penulis dapati di Whatapps dan media2 baru sejak kebakaran tersebut dilaporkan.





Jika dakwaan di atas betul....Jahat betul DS Najib ni ya....Sebelum ni pengaruh beliau juga dikatakan yang telah melenyapkan butiran kemasukan Antunya ke negara ini.

Begitu hebat cubaan terhadap batang tubuh DS Najib ni.


Jika arwah ayahnya Tun Abd Razak diuji dengan rampasan kapalterbang yang mengakibatkan kematian Menteri Pertanian dan ketua2 jabatan pertanian yang mengiringinya melalui peristiwa tanjung kupang, DS Najib di uji dengan kehilangan 2 kapal terbang MAS, MH 17 dan MH 370. Pencerobohan pengganas kiram di Lahat Datu, kes Alantunya, 1MDB dan bermacam2 lagi...

Adakah semua di atas dan kebakaran Bukit Aman sebenarnya merupakan angkara sabotaj untuk tambah memburukkan imej DS Najib???

Penulis berharap masa akan menunjukkan sipakah yang benar...

Lagi Najib Difitnah???


Mlm tadi whatapps dan lain2 apps penuh dengan foto2 di atas kononnya puak2 Najib meraikan kemenangan....

Gang Umno pun ada yg turut sama berbuat demikian, sedangkan inikan bulan Syawal.....orang masih beraya...X kan X boleh....

Saje aje nak bakar....

Berpecahlah Melayu Dengan 30% Undi Melayu DAP Bakal Terajui Putrajaya!!!


Dekat kedai kopi pun jadi...Utk mereka berkempen, memfitnah dan menabur tohmah...

Jika DAP dapat undi Melayu/Bumiputera solid 30% yg sokong mereka, Putrajaya dalam gemgaman.

Option terakhir...PAS jadi penyokong ataupun simpati dengan BN. Itu pun perancangannya...sebab itulah PAS kena singkir dari Pakatan Rakyaat.

Tapi dgn migration beramai2 pemimpin2 PAS yg pro Anwar ke Parti Gerakan Harapan Baru, dan majoriti pengundi2 Cina solid menyokong DAP, masih ada lagi kah harapan untuk kepimpinan Melayu diteruskan di Malaysia....

Wallah hualaam.......

DAP cuma perlukan 30% undi Melayu di kawasan majoriti Melayu...

Undi Melayu 60% pecah 3,

PR dikuatkan dengn Parti Gabungan Harapan Baru....

Cina 20-30% solid sokong DAP...

Kena ingat....sekarang pun DAP merupakan parti paling dominan dlm PR...mereka mempunyai bilangan MP paling ramai.....

Mereka (DAP) begitu bijak berpolitik....

Bayangkan jika hari ini mereka boleh singkirkan PAS, apakah ianya mustahil perkara yang sama tidak dilakukan kepada Parti Gerakan Harapan Baru?

Sekarang ni pun mereka semakin aggreaif. Giat merekrut budak2 Melayu...

Sampai ke Timur Tengah DAP jumpa pelajar kita....

Pastinya akan sampai masanya DAP X perlukan lagi proksi untul MB/PM Melayu daripada parti rakan2 komponen Pakatan Rakyaat.

Untuk itu sedarlah wahai pemimpin2 dan pengundi Melayu/Islam/Bumipitera!!

28 Jul 2015

Rombakan Kabinet - TS Muhyiddin Digugur!!!

Selepas Serang Kerajaan Kini DAP Mula Serang Kawasan Kelabu di Johor!!!


Rajin betul bakal PM bukan Melayu pertama Malaysia ini!!!

Bersungguh2 betul nampaknya DAP nak tawan Malaysia!!! Kedai makan pun jadi??? Pandai betul mereka mendekati pengundi2 Cina sebagaimana mereka masuk ke dalam masjid demi untuk memenangi hati pengundi2 Melayu.

Dalam pada UMNO sedang bercakaran sesama sendiri kerana gara2 ingatkan Malaysia sudah aman apabila DSAI dipenjarakan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, rupa2nya DAP pula semakin ghairah mengatur strategi.

Dengan congakkan mereka UMNO sedang perbecah-belah....

Isu2 yang mereka digembar-gemburkan kenaikan petrol, isu GST, isu 1MDB, rasuah MARA, Felda, isu kenaikan harga barang dll dan dengan bantuan asing telah berjaya mereka tonjolkan bahawa kerajaan telah gagal mentadbir negara dengan baik.

PAS yang sudah "di dinosorkan".

Undi Melayu/Bumiputera akan berpecah...

Undi Cina/India 20-30% akan jadi kuasa penentu....

Parti Harapan Baru yang lebih liberal akan dapat menggantikan PAS dan disenangi oleh bukan Melayu.

Kalau ikut congakkan ni......

Alamatnya, semua kawasan majoriti Melayu 50/60 % pun akan menjadi kawasan "kelabu" dan bakal menjadi "kubur" Melayu.

Adakah benar pengundi2 Melayu akan mengambil tindakan bak kata pepatah, "marahkan nyamuk, kelambu dibakar", hanya pemimpin2 UMNO dengan PAS dan sokongan Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh berbuat sesuatu.

Apapun semoga, Projek Singapura 2 tidak akan berlaku!!! 

Kepada pemimpin2 Melayu/Bumiputera ayuh bangkit!!! Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Bersatulah!!!


posted from Bloggeroid

27 Jul 2015

Apa Agaknya DS Nazir Akan Buat Jika CIMB Diserang Seperti 1MDB???


DS Nazir mengutuk langkah penggantungan permit The Edge oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung laporannya mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Ia bukan untuk The Edge. Ia adalah untuk kebebasan pendapat, kebebasan bersuara, itu sahaja.



"Ini bukan mempertahankan sesiapa, ini adalah prinsip kebebasan media," kata Nazir, apabila wartawan bertanya mengenai pandangannya tentang penggantungan itu pada Ahad.

"Saya telah berbual secara peribadi dengan abang saya, saya tidak akan berkongsinya dengan anda," Nazir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau ada bercakap dengan Perdana Menteri mengenai The Edge.


Komen Isac;

Cakap memang senang....

Tapi jika syarikat dan batang tubuh sendiri yang diserang sebegitu rupa....Sehingga pelabur dan rakan kongsi lari, bank batalkan pinjaman, pembeli X membeli....Kita pun mungkin boleh jadi gila.

Jika kena pada Nazir, apa agaknya dia nak buat ya???

Setakat menyaman, tidak memberikan faedah jangka pendek kerana proses perundangan akan mengambil masa lama, iaitu sehingga beberapa tahun.

Jika fitnah terus dibiarkan disebar secara berterusan dan sistematik, syarikat boleh bankrap!!!

Pada pandangan penulis pihak 1MDB boleh meneruskan proses menyaman tetapi dalam masa yang sama mendapatkan perintah mahkamah untuk sekatan terhadap sebarang penebaran fitnah oleh WSJ, The Edge dan Sarawak Report diteruskan sementara kes saman fitnah berjalan. Rasanya ini lebih "bersih", tanpa melibatkan kerajaan dan memberikan sedikit keyakinan kepada pasaran.

Walaubagaimanapun memandangkan 1MDB adalah syarikat pelaburan milik kerajaan, tindakan kerajaan juga tidak boleh dipersalahkan kerana ia cuba melindungi kepentingan negara.

Apapun ianya perlulah diteruskan dengan proses menyaman dan mendapatkan perintah mahkamah untuk menyekat penebaran fitnah daripada berterusan.

25 Jul 2015

1MDB - Pemilik dan Penerbit The Edge Palsukan Dokumen Petro Saudi Untuk Fitnah DS Najib???






Hari ini kedua mereka (pemilik dan penerbit The Edge) juga mengeluarkan kenyataan mengakui telah menipu Xavier Andre Justo mengenai janji hendak membayarnya RM7.6 juta bagi membeli data maklumat yang dicurinya dari bekas majikannya Petro Saudi. 

Xavier Andre Justo pula mendakwa dokumen2 tersebut telah dipinda demi untuk memfitnah DS Najib (laporan berita TV3).

Wow.....penulis tertunggu2 apa pula ulasan Tun Mahathir berkaitan perkara ini....

Sumber klik sini.

23 Jul 2015

1MDB - Sumpah Muhaballah Najib X Percaya - Cakap Tony Pua Boleh Percaya Ke???

DS Najib pernah beberapa kali bersumpah muhaballah bahawa beliau tidak mengenali mendiang Altantunya. Tetapi ramai yang masih tidak percaya dan menuduh bermacam2 tentang hubungan dalam kain yang melibatkan Najib sehingga kepada pembunuhan Antantunya.... dua-tiga tuduhan sekali gus.....berapa banyak dosa besar lah yg penuduh sudah lakukan....


Anehnya dalam kes Tony Pua, si kafir yang selalu menabur fitnah..... Bila beliau berkata, "Tidak. Saya tidak pernah berjumpa Lester sepanjang hidup saya," kata Anggota Parlimen Petaling Jaya ini mengenai Melanyi yang dalam klip video selama 6.02 minit yang dikeluarkan baru-baru ini memberitahu bahawa hampir 90 peratus kandungan artikel Sarawak Report mengenai syarikat pelaburan kerajaan 1MDB telah diubah suai oleh ahli politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



 

Ramai yang terus percaya..... 


Begitulah hebatnya DAP yang tetap dipercayai tanpa ragu walaupun sudah kantoi menipu begitu banyak kali.....Setiap kali kantoi mereka akan mengalihkan perhatian khalayak kepada perkara lain....

 

Ramai yang buta hati barang kali di Malaysia ni....

 

Sumber klik sini.

Perjuangan PAS Tegakkan Hudud Sudah X Relevan???


Itu kata bekas Timbalan Presiden PAS yang kini dalam rangka membentuk parti baru di bawah tajaan DAP.

Buat penyokong2 dan ahli2 PAS, korang fikirlah sendiri...

Sumber klik sini.

22 Jul 2015

Dajjal Arahkan Rakyaat Jatuhkan Kerajaan Ala Arab Spring???



Seruan dari penjara....

Patutlah setiap kali beliau balik dari luar negara ada sahaja malapetaka yang menimpa negara....

Begitu lah hebatnya perancangan beliau, ditambah dengan lepas satu2 pertuduhan dan dakwaan terhadap pemimpin2 negara.

Pertuduhan2 yang umpama lempar batu sembunyi tangan. Sementara nak tunggu proses saman  ataupun perbicaraan....imej telah berjaya dirosakkan dan perspektif akan memihak kepada beliau walaupun mahkamah akhirnya membuktikan mereka yang difitnah tidak bersalah. "Damage was done". Paling tidak mereka akan mengatakan hakim telah "dibeli".

Malah dengan bantuan kewangan dan sokongan kepakaran dari luar...Mempengaruhi agensi berita asing, beberapa siri demonstrasi yang tersusun, memalsukan bukti dll.

Manalah beliau dapatkan wang sebanyak itu jika tanpa bantuan "asing". Satu permaianan politik bahaya....."Winner takes all".

Pasti Malaysia akan tergadai satu hari nanti....nampaknya keluar mulut rimau kita akan masuk ke mulut naga???

Di manakah keadilan demokrasi apabila kerajaan yg sah mahu dijatuhkan menggunakan kekerasan berdasarkan fitnah dan tohmahan.

Lihat sahaja, Mesir, Libya, Iraq dan Syria. Adakah rampasan kuasa berdasarkan khabar angin dan fitnah telah memberikan kebaikan kepada rakyaatnya???

Sumber klik sini.

posted from Bloggeroid

21 Jul 2015

Malaysian Insider Melaporkan Dana RM 2.6 Billion 1MDB Masuk Akaun Najib???



Apa lagi nak cakap.....Saman aje lah kalau memanh X bersalah!!!

DS Najib perlu mengambil tindakan tegas. Jika asyik bertahan sampai bila nak selesai???

Pembohongan jika diulang2 beberapa kali orang akan menerimanya sebagai kebenaran, jika pun saman dimenangi oleh PM ianya telah terlambat kerana perspektif telahpun dipahat dalam ingatan rakyaat.

DSN perlukan sekumpulan think-tank yang pragmatik didalam menghadapi fitnah dan tohmahan di zaman moden.

Sumber klik; http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lim-kok-wing-letak-jawatan-pegawai-strategik-perhubungan-awam-najib

posted from Bloggeroid

20 Jul 2015

Rafizi Memang Seorang Pemimpin Yang Hebat PM Masa Depan???



Rasa mcm penulis nak maki dan carutkan aje....

Pemimpin bermuka2....

Depan rakyaat tunjukkan kononnya pemimpin berlatar belakangkan pendidikan teknokrat dan akauntan bertauliah yang telus, berkalibar, boleh dipercayai, bla...bla....

Rupanya kaki fitnah sehebat Abu Lahap, Abu Jahal dan Abu Sufian (ketika Jahiliyyah).

Ini kah pemimpin yang kita mahukan???

Jangan sesekali kita kembali ke zaman Jahiliyyah!!!

posted from Bloggeroid

19 Jul 2015

Tun M, Sampai Bila Baru DAP Nak Berubah???



Hak yg ni aku setuju dengan Tun M...

Nak tunggu LKS dah X ada???

Klon dia dah bersedia nak ganti....

Nak langkah Karpal Singh, anak2 dia dah stand by.....

Al maklum....parti anak-beranak....

18 Jul 2015

Gerakan Guling PM dan Berpolitik Sepanjang Tahun???



Sistem 2 parti di negara2 maju membolehkan rakyaat memilih kerajaan terbaik. Sebaik tamat pemilihan, parti yang kalah pun akan sama2 cuba untuk membangunkan negara.

Sebaliknya di Malaysia parti yg kalah X pernah berhenti berkempen.....sebaik kalah dlm sesuatu PRU, mereka akan memulakan kempen untuk PRU yg akan datang seawal selepas lawan diistiharkan sebagai pemenang.

Lihat sahaja bagaimana fitnah 40 ribu pengundi2 hantu Bangla, Blackout 505 2013 dan undi popular dimainkan oleh pembangkang!!!

Kini ada sesetengah puak dlm Umno bersengkokol pula dengan Pakatan rakyaat untuk dalam menjatuhkan PM, habis semua anasir luar dan dalam negara dikerah untuk memfitnah beliau. Maka berpolitik lah kita sepanjang tahun....

Adakah kerana taraf pemikiran negara membangun yg X matang membuatkan pemimpin2 kita menjadi sebegitu rupa berbanding pemimpin2 di negara2 maju....

Sumber klik; http://www.agendadaily.com/Berita-Terkini/konspirasi-guling-pm-mp-desak-tindakan-pantas-pihak-berkuasa.html

17 Jul 2015

Sokong Parti Gerakan Harapan Baru, Rafizi Senada DAP Tolak PAS???



Rafizi dilihat seperti seolah2 menikam belakang PAS. Mana tidaknya, pemimpin2 dan ahli2 parti Gerakan Harapan Baru majoritinya adalah masih ahli PAS.

Dalam erti kata lain......Rafizi senada dengan Lim Guan Eng menolak PAS daripada Pakatan Rakyaat!!!

Umpama melukut di tepi gantang nampaknya nasib PAS dalam Pakatan Rakyaat.

15 Jul 2015

13 Jul 2015

Kerajaan PKR Selangor Negeri Berkebajikan ??? WOW!!!!



Wow!!! Bagus tu memang bagus......

Tapi guru Kafa yang dah dijanjikan naik gaji, sebaliknya bila mintak naik, dah kena buang kerja pulak.....Nampaknya kebajikan berpilih ni.....

Manifesto PRU pun X terbuat.....

Kelentong aje lah kerjanya....
posted from Bloggeroid

Gempar!!! PDRM Diserang????



Nasib baik...cuma Facebook...

Sumber klik sini.

Penulis tertanya2 mengapa ada sebut nama Tun M pulak???

Adakah ini sebenarnya kerja Red Bean Army yang mahu menangguk di air yang keroh???

Kita ada agama.....

Islam pun menyuruh kita bukan setakat  selidik samada sesuatu berita itu benar atau tidak, malah Islam juga menyuruh kita mempastikan samada penyampai sesuatu berita itu adakah mereka Yahudi ataupun Nasrani!!!

Dulu Kutuk Khalid Ibrahim Sekarang Jilat Ludah Balik???



 
Dah tentu2 air X cukup.....

Kerajaan Persekutuan dan Pahang nak bantu terima aje lah.... 

Ingat masalah boleh selesai sendiri???

Lepas tu akhinya...terpakasa juga terima.....Dah ludah, jilat balik.....

Tapi orang PKR memang X tahu malu.....Nak buat mcm mana....Rakyaat Selangor pun boleh terima dan sangat menyokong mereka....nasib engkau lah labu.....


posted from Bloggeroid

12 Jul 2015

Tahaluf Siyasi PAS-DAP Berkubur, Ke Mana Hala Tuju Penyokong?



Sumber klik; http://www.mykmu.net/2015/07/tahaluf-siyasi-pas-dap-sah-terputus/.

Sebelum ini penyokong2 PAS yang mendakwa memperjuangkan Islam tanpa ragu2 telah membenarkan penyokong2 nya menyokong DAP parti cauvanis Cina yang selama ini jelas menolak Melayu dan Islam.

Apa akan berlaku selepas ini???

Adakah penyokong2 PAS akan memulaukan DAP, atau sebaliknya PAS pula yang akan dipulaukan terutama apabila ura2 Pakatan Rakyaat akan membentuk parti baru (PASMA) untuk ganti PAS?

PASMA parti Islam lebih liberal yang mudah dicucuk hidung?

Jika benar, maksudnya senjata dah makan tuan......

posted from Bloggeroid

11 Jul 2015

Kekalkan DS Najib!!!



Apabila Khalifah terakhir Empayar Islam Otthmaniah cuba dijatuhkan oleh Barat khususnya Yahudi dan Kristian, ramai juga pemimpin2 Islam telah bersengkokol demi kepentingan peribadi mahupun atas berbagai alasan seperti semangat nasionalisma, hutang luar negara yang tinggi, kononnya peribadi Khalifah Abdul Hamid 2 tidak islamik dll.

Akhirnya apabila kejatuhan Empayar Otthmaniah dunia Islam berpecah2 dan dengan senang telah dijajah. Payung yang selama ini memayungi negara2 umat Islam sehingga ke Nusantara sehingga satu ketika mampu menjadikan kerajaan Islam Aceh sebuah kerajaan yang kuat sehingga mampu menyerang penjajah2 Portugis dan Belanda di Melaka dan Johor atas semangat saudara seislam. Sayangnya orang Islam tidak pernah mahu belajar daripada sejarah dan kesilapan silam....

Jika sejarah perang saudara di antara Saidina Ali r.a. dan Muawiyah akibat fitnah Yahudi X kita insafi kerana zaman yang amat jauh....jika kejatuhan kerajaan Melayu Melaka juga agak jauh??? Mengapa kejatuhan Sadam Hussein, Muamar Ghadafi dan pergolakan di negara2 Arab oleh anasir luar tidak mahu dijadikan pedoman supaya umat Islam/Melayu di Malaysia bersatu??? Atas alasan ini dan kerana tidak mahu perkaran tersebut berlalu di negara tercinta ini saya sokong usaha untuk kekal DS Najib!!!

10 Jul 2015

Bila DS Najib Letak Jawatan, Semua Masalah Selesa???



Wow!!!! Mcm senang aje bunyinya

Macam manifesto Pakistan Rakyaat aje....."Hari Ini PR Memang PRU, Esok Petrol Turun Harga!!!".

Nak turun berapa?

Bermimpi aje lah....

Selangor dapat MB baru pun.....konsessi air pun X settle2 jugak....

Melihatkan DS Najib pun kadang2 dilihat terlalu mengikutkan telunjuk penasihat2nya, "seperti sokong membawa rebah", kadang2 ada juga terlintas di fikiran penulis bahawa beliau kelihatan sama lemah seperti Pak Lah........

Tetapi adakah itu membuatkan beliau layak dijatuhkan sedemikian rupa apabila tidak mahu turun???

Bagi penyokong2 Tun M, ianya wajar kerana jika tidak, UMNO/BN bakal kecundang pada PRU 14 nanti..... Dalam politik matlamat menghalalkan cara....

Umpama di medan perang, kita mempunyai pilihan untuk membunuh atau dibunuh???

Bila perkara ini berlaku, mungkin kita akan tertanya2 samada Anwar Ibrahim telah menerima nasib yang sama gara2 tidak mendengar kata??? Kerana kelihatannya samada bersalah atau tidak itu hanya perkara kedua.....



posted from Bloggeroid

Sejak Bila Tun M Sama Standard Dengan Pakatan Rakyaat???


Tun M pun sekarang dah macam Pakatan Rakyaat.....

Main tuduh2 tanpa bukti????

Nampaknya selain iman X dapat diwarisi.....

Kepandaian pun X kekal.....

7 Jul 2015

Layanan Istimewa Buat Anwar - BN Memang Sengaja Tempah Maut???



Datuk Zulkifli bekas peguambela Anwar banyak kali mensyarankan agar Anwar perlu diberikan kawalan ketat terutamanya apabila mendapatkan rawatam di hospital.

Kata beliau selain rawatan yang dijalani selalunya hanyalah tipu-helah Anwar, kawalan longgar ketika di hospital memberilan peluang untuk Anwar merancang dan berjumpa dengan pemimpin2 Pakatan Rakyaat secara aktif dan efektif.

Apa lah pulak yang bakal meletup selepas ini...Sedang negara dan dunia memusatkan perhatian terhadap pertelingkahan terhadap DSN dan Tun M, pasti inilah masa terbaik untuk beliau menangguk di air yang keroh...

Sumber klik; http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/anwar-dimasukkan-ke-hkl-petang-tadi-1.408572

posted from Bloggeroid

Sedekah Kurma Bukti DAP Terima Islam???



Nak praktis Hudud...kena langkah mayat dahulu.....

Ceramah agama speaker kena menghala ke dalam masjid....

Solat Jumaat jalan sesak di sekitar masjid, mereka marah....

Wuduk antara sebab kekurangan air....

Dia ingat org Islam ni hadap sangat kurma free tu agaknya.. . .

posted from Bloggeroid

6 Jul 2015

Lepas Ni Tun Akan Dedahkan Felda Pula?



Sejak dah X jadi..PM.....nampaknya sumber Tun M adalah....pemimpin2 Pakatan Rakyaat, Sarawak News, WSJ....

Jika masa berkuasa.....semua propaganda PR hanya lah fitnah.......Sumber berita barat semuanya tohmahan dan pembohongan.....

Semasa berkuasa sesiapa sahaja yang menyerang kepimpinan Tun akan "masuk ke dalam".....Jangan kata pemimpin pembangkang....pemimpin Umno pun ada yang kena ISA....

Melihatkan Tun M sekarang dikelilingi pemimpin2 Pakatan Rakyaat, penulis tertanya2, mungkin dunia sudah mahu kiamat agaknya .....


posted from Bloggeroid

Projek Singapura II - Siapa Bakal Presiden Melayu Malaysia Pertama?


Berdasarkan kepada perkembangan semasa di mana Pakatan Rakyaat dilihat telah berjaya menigkatkan sentimen kebencian rakyaat terhadap kerajaan melalui isu GST, kenaikan harga petrol, kenaikan harga barangan, cerita palsu berkaitan 1MDV dan lain2 kemungkinan basar kaum Bumiputera/Melayu telah lupakan soal survival negara bangsa.

Yang jelas melalui sentimen yang dimainkan mereka terasa sangat terhimpit dari segi ekonomi dan menyalahkan kerajaan BN sebagai pihak yang bertanggung-jawab.

Betul atau salah sesuatu berita itu sudah tidak penting lagi bagi mereka, kerana kebanyakkan dari mereka telah naik minyak.

Jika dakwaan di atas benar pasti ramai pemimpin2 Melayu yang boleh dijadikan calon presiden Melayu pertama. 

Sumber klik sini.

4 Jul 2015

Bolasepak IBERCUP PORTUGAL B13 - Saingan NFDP MAS Tersekat di Suku Akhir!!!


Akhirnya skuad muda negara ini tesekat di peringkat suku akhir.

Mungkin mereka telah kepenatan, selain menyertai dua kejohanan dalam tempoh masa yang singkat ada juga beberapa hari di mana mereka perlu bermain dua perlawanan dalam satu hari.

Apapun tahniah dan semoga lebih suksess di masa hadapan.

Sumber klik sini.

Mencurigakan Apabila Lim Kit Siang Sependapat Dengan Tun Supaya Najib Berundur???


posted from Bloggeroid

3 Jul 2015

Sah Najib Letak Jawatan!!! Apabila Penipu Percaya Penipuan Yang Direka Sendiri???



Dahsyat dia orang ni...

Tak tahulah siapa yang menjadi dalangnya....Adakah ianya kerja RBA atau pun mereka yang pro Tun Mahathir.....

Menggunakan media luar negara demi untuk menonjolkan kononnya berita yang dicanang iaitu DS Najib sapu USD 700 Juta dari 1MDV sebagai benar......Penyebar fitnah sebenarnya cuba memperbodohkan minda rakyaat malah minda mereka sendiri....

X kanlah nak ambil duit.....kautim atau pun duit kempen PRU NAK gunakan akaun peribadi....beratus juta pulak tu.....tukar mata wang Malaysia mencecah lebih RM 2 billion.

X logik langsung atau pun pemfitnah memang bangang tahap gaban.

Penulis hairan....mcm mana dia org boleh percaya masuk duit dlm akaun Najib/individu RM 2 +++ billion.... Sedangkan syarikat penulis bila buat a few cash payment bernilai RM 50-100k di atas nama2 individu pun dah kena inquires by the Bank...kerana mereka takut ada kegiatan dengan money laundry. Katanya prosedur Bank Negara. Bayangkan jika jumlah yang terbabit mencecah berbilion ringgit.

Sayangnya memandangkan rakyaat Malaysia mudah percaya kepada cerita2 fitnah tanpa usul periksa ....berita sebegini selalunya dipercayai mentah2 walaupun oleh mereka yang terpelajar....

Lebih ironi, penyebar fitnah sendiri pun percaya fitnah yang mereka sendiri reka sebagai satu kisah benar.....



posted from Bloggeroid

Nafi Rumah PR1MA di Pulau Pinang Usaha DAP Pencilkan/Singkirkan Melayu Ala Singapura???



Jangan persoal rancangan pembinaan rumah di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) jika pelan rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik yang dikemukakan untuk dibina di negeri ini hampir dua tahun lalu, masih tidak diluluskan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Beliau merujuk kepada kerajaan negeri pimpinan DAP yang bertindak mempersoalkan rancangan pembinaan rumah (PR1MA) di negeri berkenaan.

Zainal berkata sehingga hari ini, kelulusan pelan projek pembinaan sebanyak 9,500 unit rumah kos rendah dan mampu milik oleh agensi kerajaan pusat, masih tertangguh.

Justeru, beliau menyeru kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP agar tidak terus melengah-lengahkan pelan pembinaan 9,500 unit rumah mampu milik berkenaan yang dikemukakan agensi kerajaan Persekutuan, JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

"Tidak ada satu unit pun diluluskan tahun lepas dan tahun ini. Kita sudah tunggu satu setengah tahun tanpa sebarang kelulusan," katanya dipetik Bernama.

Zainal Abidin berkata exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri Jagdeep Singh Deo kerap mempersoalkan mengenai pelan perumahan PR1MA, sedangkan rancangan membina 9,500 unit rumah yang dikemukakan, hampir dua tahun lalu itu tidak mendapat perhatian.

Beliau menjelaskan rancangan PR1MA adalah di bawah fasa ketiga yang bakal memanfaatkan 35,000 rakyat dan ia tidak dapat dilaksanakan kerana pelan fasa pertama yang melibatkan 9,500 unit masih tertangguh.

"Kita tunggu pelan fasa pertama diluluskan dulu sebelum melaksanakan fasa kedua yang akan membabitkan 25,000 unit rumah dan seterusnya fasa ketiga (PR1MA).

"Lulus dulu pelan fasa pertama sebelum bercerita pasal PR1MA (fasa ketiga) yang masih dalam perancangan yang dibuat untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang," katanya.

Zainal Abidin turut menyuarakan kekesalan dengan sikap kerajaan negeri yang sentiasa memberi alasan untuk tidak meluluskan projek yang dikemukakan dengan menyatakan pelan tersebut tidak mengikut syarat.

"Sewaktu kita mohon bawah JKP untuk 9,500 unit, mereka kata tak boleh lulus kerana pelan tidak ikut syarat. Jadi pelan bagi lapan daripada 15 projek telah dipinda, tetapi sampai sekarang tak diluluskan," katanya.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri sekali lagi bertindak melengah-lengahkan kelulusan projek berkenaan dengan menyatakan JKP berhutang sebanyak RM500,000 dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang ekoran insiden runtuhan penebat kilat bangunan UMNO di Jalan Macalister, dua tahun lepas.

"Kerajaan negeri mendakwa MBPP terpaksa baiki kerosakan jalan dan pasang jeriji di atas bangunan yang rosak demi keselamatan awam yang kos hanya mungkin RM100,000. Mereka kata kena bayar dulu (RM500,000) baru lulus pelan," jelasnya.

Bagaimanapun, menurut Zainal Abidin 'hutang' berkenaan telah dilangsaikan namun pelan masih tidak diluluskan dan pihaknya seakan-akan dipermain-mainkan kerajaan negeri yang sering mencari masalah dan bukannya penyelesaian.


Komen Isac;

Kerajaan DAP Pulau Pinang pasti akan menafikannya.

Tetapi apabila tiada perumahan mampu milik PR1MA oleh kerajaan pusat dibenarkan...Ataupun dilihat seperti sengaja ditekan.....Ianya kelihatan seperti usaha terancang untuk pencilkan/singkirkan Melayu Pulau Pinang ala pendekatan yg dilakukan oleh Singapura.

Sumber DTT
posted from Bloggeroid

2 Jul 2015

Bolasepak IBERCUP Portugal - Malaysia Juara Kumpulan B!!!



Menangi semua perlawanan peringkat kumpulan 2:1, 7:0 dan 3:0 satu permulaan yang baik sebellum ke peringkat kalah mati dengan wakil2 daripada 8 kumpulan.

Semoga skuad negara terus mara dan dapat beraksi di final.

Sumber klik; http://www.ibercup.com/en/matches/calendar/groups/u-13/B



posted from Bloggeroid

1 Jul 2015

Bolasepak IBERCUP Portugal B13 - Malaysia Menang 7 : 0



Itu perlawanan kedua peringkat kumpulan di mana kelab Dragon Force Lisboa dari Portugal telah berjaya mereka kalahkan dengan jumlah jaringan yang besar. Setakat ini Malaysia telah mengumpul 6 mata, hasil dari 2 kemenangan dan menghuni tangga teratas kumpulan B.

Perlawanan pertama pada awal pagi tadi pula, Malaysia telah mencatat kemenangan 2 : 1, dengan mengalahkan kelab dari Sweeden,  Segeltorps IF. Kedudukan carta kumpulan B selepas dua perlawanan adalah seperti dibawah;




Sumber klik SINI.


Komen Isac;

Teruskan perjuangan!!!

IBERCUP Portugal ini pasti akan lebih sengit kerana ianya melibatkan 8 kumpulan berbanding IBERCUP di Sepanyol baru2 ini yang hanya  melibatkan 4 kumpulan. Ini bermaksud persaingan yang bakal ditempuhi bakal lebih getir kerana lebih banyak perlawanan yang perlu dihadapi dalam perjalanan menuju ke perlawanan akhir.

Apapun penulis percaya, semua peminat2 bolasepak di Malaysia pasti akan mendoakan kejayaan kalian!!!

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3