bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 May 2015

Serangan Tun Mahathir - Friendly Fire Atau Bangang???



Saja nak mengusik.....





Pada Nov 2014...Kecoh....alam maya dengan blogger2 pro BN samada yang berbayar atau secara sukarela terasa hati apabila DS Najib melabel blogger2 sebagai "bangang"....

Walaupun yang dilabel "bangang" hanyalah segelintir blogger berbayar yang melakukan "friendly fire" tetapi samada di atas semangat setiakawan ataupun sesekali pun mereka yang lain pun ada juga menegur pihak pemerintah secara terbuka atas dasar supaya pendekatan yang kurang bijak dapat diperbaiki atas sebagai menghayati kata2 SD Najib, "bahawa pemimpin mendengar denyut nadi rakyaat"...maka ramailah yang terasa hati....malah ramai juga yang telah bertindak menyepikan diri dan meninggalkan medan perperangan maya.

Jestu apabila kebelakangan ini Tun Mahatir pula dilihat yang terikut2 cara gerak-kerja Pakatan Rakyaat dengan melemparkan serangan2 terhadap dasar2 kerajaan dan gaya hidup mewah PM dan Isteri...samada secara jujur mahuun fitnah....Apakah beliau juga boleh dikategorikan sebagai "blogger bangang"??? ataupun "Negarawan Bangang"???

30 May 2015

Fitnah Felda - Mazlan Alimin Disaman RM 500 Ribu???




Kalau dia mintak maaf pun selepas ni.....X payah layan lah.....Supaya ianya akan dijadikan pengajaran.... RM 500k untuk kos guaman dan ganti-rugi...

Lagipun ini bukannya kali pertama Mazlan memfitnah Felda.....

Malah lebih Ironi... difahamkan beliau adalah merupakan bekas peneroka Felda...

Jika benar, "Tak ubah seperti melepaskan anjing yang tersepit....".

Sebelum inipun kes beliau memfitnah Felda menjual minyak masak secara terus kepada Israel juga pernah dimaafkan....

Tidak cukup dengan itu sebelum ini ada dikalangan pemimpin2 PR yang juga pernah memfitnah sebagai "Felda Bankrap...."

Jestru demi untuk menghentikan budaya fitnah yang diamalkan oleh PR, saman aja mereka ni sampai bankrap.....

Sumber klik sini.

25 May 2015

Tidak Mengaku Tolak Melayu - Guan Eng Cabar TG Hj Hadi Bergabung Dgn Umno??



Baru "Kabinet Bayangan" pun DAP dah nak bolot semua....

Bayangkan jika mereka benar2 dapat Putrajaya???

Alamat penentang2 mereka akan senasib dengan penentang2 kerajaan Singapura....

Dipenjara, disaman sampai bankrap ataupun dilucutkan taraf warganegara???

Jangan terperanjat jika TG Hj Hadi pun akan jadi warganegara Indonesia jika mereka berjaya memerintah Malaysia.

Sumber Mingguan Malaysia 24/05/2015

24 May 2015

Guan Eng Tunjuk Belang - Tolak Pelarian Rohingya???



Sebelum ini Pembangkang dan Pengerusi Bersih lantang mahukan kerajaan membantu pelarian Ronghinya.....Kononnya kerajaan tidak lambat membantu.....

Sedangkan dlm PRU2 yang lepas merekalah juga yang melabel dan memfitnah kononnya kerajaan menggunakan pendatang2 tanpa izin sebagai pengundi2 hantu....

Kini Guan Eng sendiri menolak kehadiran pelarian2 Ronhinya....

Baru pecah cerita di Penang sahaja ada 50k pelarian Rohingya.....Maksudnya jika diambil kira di seluruh negara pasti telah beratus ribu orang yang kerajaan selamatkan dan diberikan perlindungan sementara menunggu mereka dipindahkan ke negara2 ke 3.

Nampak sangat pembangkang2 ni cuma tahu menangguk di air yg keroh....

Sumber klik; http://www.suara.tv/2015/05/24/lim-guan-eng-tidak-mahu-pelarian-rohingya-di-pulau-pinang/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Wan Azizah Dilantik Ketua Pembangkang Untuk Dimalukan???

Nampak sangat Pakatan Rakyaat dalam sedang "bergelora".

Buat apa dilantik sebagai ketua jika arahannya tidak dipatuhi???

Ironinya pemimpin2



Ironinya pemimpin2 BN pula



Ironinya.....pemimpin2 BN pula sibuk

23 May 2015

Gempar!!! Pengganti DS Najib???


Kalau ada yang boleh bertukar jadi Ultraman Taro ke....Ultraman Tiga....Ultraman Dina...Ultraman Gaya, Ultraman Gingga...Ultraman Mebius....dll....sila lah mohon....


Jangan bila diminta penjelasan atas sesuatu tindakan anda "fire" guna laser sudah lah....

22 May 2015

Mengapa Kita X Bantu Rohignya???







Perdana Menteri Turki bersama Warga Rohingya. Beliau
memerintahkan armada laut turki menjemput semua
pelarian Rohingnya yg msh terapung di laut di
perbatasan Thailand, Indonesia dan Malaysia dan di bawa oleh
angkatan laut Turki.

MasyaAllah.....

Tapi itu cerita 2012

Dulu masa kes Bosnia.....

Tun Mahathir berpakat dgn Sultan Brunei.....membekalkan senjata ketika OIC belum membantu....

Sekarang Tun.....selain dah pencen  sibuk pulak dgn urusan dlm negeri.....antaranya untuk menjatuhkan DS Najib.....

Dulu2 memang Malaysia katanya aktif dalam menolong jiran2 Islam yg bergolak dan ditindas....

Sekarang ni zaman transparent X boleh buat suka2 mcm dulu....

Setiap sen duit rakyaat disentiasa di perhatikan.....

Nak beri perlindungan pada pelarian Rohinya....nanti dikatanya bakal digunakan sebagai pengundi2 hantu PRU 14 pulak.....

Adun DAP Akhirnya Akui Kerajaan Tadbiran Khalid Lebih Cekap Berbanding Azmin???



Dia X mahu mengaku takut Azmin marah....tetapi berdasarkan maklum-balas yg diperolehinya...itulah hakikatnya..

Tanyalah ahli bahada ataupun pakar2 penyelidik betdasarkan teknik Qualitatif, maka itulah yang akan mereka rekodkan.

Sumber klik; http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/weng-san-mohon-maaf-kepada-azmin-1.392768

21 May 2015

Jawatan PM Kerajaan Bayangan Milik DAP?



Jika bukan mengapa susah sangat asyik nak menyerang TG Hj Hadi???

Bak kata pepata...,"Jika tidak berada-ada mengapa Tempua bersarang rendah".

Sumber klik sini. 

19 May 2015

Jet Baru Najib dan Rosmah Dah Sampai???


Grafik yang digunakan oleh YB Rafizi yang menunjukkan seolah2 jet baru yang dibeli oleh kerajaan Malaysia sebagai jet peribadi buat DS Najib dan DS Rosmah sememang sengaja dipersembahkan sedemikian rupa untuk memancing kemarahan rakyaat. 


Tulisannya juga sengaja dibuat dengan bertujuan untuk provokasi kemarahan rakyaat...




Hakikat bahawa perolehan pesawat ACJ 320 itu bertujuan menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan telah disembunyikan. Keperluan untuk menggantikan BBJ dibuat pada tahun 2013 berikutan kos penyelenggaraannya semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan juga telah disembunyikan. 




Fakta bahawa jet tersebut adalah untuk kegunaan DYMM SPBYD Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, pesawat berkenaan juga boleh diluluskan untuk kegunaan para Sultan, Yang Dipertua Negeri, Menteri dan Timbalan Menteri, tetamu-tetamu kerajaan Persekutuan dari negara asing, pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan juga telah disembunyikan.... Yang dimomokkan kepada rakyaat seolah2 kegunaannya nanti hanya khusus buat DS Najib.


Sumber klik sini dan sini.

18 May 2015

Walaupun Mungkin DS Najib X Cukup Bagus, Tetapi Timbalannya Boleh Tidur Nenyak???

Apa yang Timbalan DS Najib dan sebahagian dari kita perlu lihat semula daripada sejarah....

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah dilihat mempunyai cita2 terhadap kerusi PM....Beliau telah dikaitkan dengan Sekandal BMF - Carrian dengan kerugian anak syarikat Bank Bumiputera sehingga memcecah nilai RM 52 billion ringgit sekitar awal 80an dan skandal yang telah meragut nyawa seorang juruaudit kanan bank negara. Sehingga kini skandal tersebut masih tergantung.

Anehnya selepas skandal tersebut walaupun Tengku Razaleigh Hamzah tidak lagi berada di dalam kerajaan, tetapi kerajaan tetap terpaksa menyuntik tambahan modal bernilai ratusan juta sebanyak beberapa kali ke dalam Bank Bumiputera dan juga projek2 kerajaan yang lain seperti Perwaja Steel yang mengalami kerugian!!! Lagipun mana mungkin PM sebijak dan sehandal Tun Mahathir tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya??? Adakah ini cukup untuk membersihkan nama Tengku Razaleigh??? Malah Jika 1MDB dikatakan mendapat tanah yang murah daripada kerajaan, apa bezanya GLC2 lain di zaman Tun seperti MRCB, Renong, UEM, TH, KWSP dll???

Tan Sri Musa Hitam pula akhirnya meletak jawatan TPM, katanya gara2 tekanan pucuk pimpinan. Beliau akhirnya menyatakan sokongan terhadap Tengku Razaleigh dalam pertembungan Team A lawan Team B pada tahun 1987. Tetapi akibat karier beliau yang terpalit sebagai Menteri Dalam Negeri yang memberi arahan dalam Peristiwa Berdarah Memali perjalan politik beliau terhenti di situ. Anehnya mana mungkin seorang PM sebijak dan sehandal Tun Mahathir tidak tidak dapat mengawal apa yang berlaku di dalam negara yang ditadbirnya???  Adakah tuduhan tersebut boleh membebaskan Tun dari turut bertanggung-jawab?

Tun Ghafar Baba seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang begitu berjasa kepada Tun Mahathir kerana telah berjaya mengumpulkan kekuatan pemimpin veteran di dalam persengketaan Team A dan Team B, akhirnya tersungkur dek permainan politik Anwar Ibrahim, anak didik Tun Mahthir dan hasilnya DS Anwar dapat menjawat jawatan TPM dalam masa yang singkat. Jangan kata Tun Mahathir tidak tahu strategi dan perancangan Anwar??? Mana mungkin PM sebijak dan sehandal Tun Mahathir tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya??? Adakah perbuatan Anwar itu sebenarnya mendapat perkenan Tun Mahathir???

DS Anwar pula yang dilihat sedang menyaingi populariti Tun sekitar 1998 akhirnya dipecat dari jawatan dalam kerajaan dan UMNO kerana didakwa terlibat dalam hubungan seks bebas dan aktiviti liwat. Sekali lagi mana mungkin PM sebijak dan sehandal Tun Mahathir tidak tahu apa yang dilakukan oleh timbalannya??? Adakah aktiviti luar tabii yang didakwa dilakukan Anwar itu sebenarnya sememangnya diketahui oleh Tun Mahathir sejak awal???

Jestru kecualilah jika pembunuhan Antantunya yang menggunakan bahan letupan C4 demi untuk menghapuskan bukti dapat dikaitkan dengan DS Najib di mahkamah, penulis merasakan timbalan DS Najib dan pemimpin2 pelapis Umno yang lain bolehlah tidur lena saban malam kerana Dato' Seri Najib tidak sekeras Tun Mahathir di dalam menangani musuh2/lawan politik beliau. 

Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk melontarkan pandangan penulis bahawa penggunaan C4 bagi melupuskan bukti tubuh mangsa pembunuhan bukanlah suatu tindakan professional dan bijak. Tidak mungkin jika ianya satu konspirasi pembunuhan peringkat tertinggi para konspirator tidak dapat memikirkan bahawa walaupun tubuh seseorang telah diletupkan sisa tinggalan seperti darah, tulang belulang dan susunan gigi masih boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mengaitkannya dengan suatu kes pembunuhan dan pengenalan identiti.

Jesteru sewajarnya lah...timbalan dan pemimpin2 pelapis Umno berganding-bahu untuk mempertahankan Najib di atas pendekatan sederhana beliau dan tidak menggunakan undang2 demi mempertahankan kedudukan peribadi beliau. Pendekatan sederhana DS Najib sesiapa sahaja boleh menjadi PM sekiranya diterima rakyaat. Malah negara tidak memerlukan persengkataan dalaman dan pendekatan berpolitik sepanjang tahun sebagaimana yang dipraktikkan oleh pakatan Rakyaat. Jadi janganlah terbawa2 dengan pendekatan mereka.

17 May 2015

Fiala FA - Pengadil Hadiahkan Tiket Final Buat Lion XII ???

Sampai bila refree Malaysia mahu menangkan pasukan luar???

Macam manalah pasukan bolasepak negara nak maju??? Ada pengkhianat dari dalam negara.....

Kita bukannya mahu mereka berat sebagimana refree liga Singapura berlaku berat sebelah sepanjang pasukan harimau muda beraksi dalam liga mereka sejak zaman anak2 buah Dato Ong Kim Swee lagi.....

Kita cuma mahukan mereka bersikap professional dan tidak tunduk kepada tekanan dari pasukan luar.... Terutamanya pasukan yang bereputasi tinggi.

Malah dalam perlawanan Harimau Muda menentang Chelsea beberapa tahun yang lepas, percubaan Drogba yang tidak melepasi garisan gol pernah diumumkan sebagai jaringan. Akibatnya Harimau Muda mengalami kekalahan 1 : 0.

Dalam perlawanan piala FA malam tadi  pula Lion 12 yang bertandang ke Terengganu telah dihadiahkan tiket bertanding di final Piala FA 2014/2015 apabila jaringan ke 4 oleh pemain Terengganu, Ahmad Nordin Alias  pada minit ke-88 telah dibatalkan kerana penjaga garisan mendakwanya sebagai ofsaid. 

Anehnya melalui ulang-tayang jelas terdapat seorang pemain Lion XII di belakang  Ahmad Nordin ketika beliau membuat jaringan tersebut.

Mengapa ini boleh berlaku ??? Penjaga garisan sepatutnya tidak melakukan kesalahan sebegini mudah!!!

Malang terus menimpa Terengganu apabila Rangel yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut  telah menyepak lemah bola ke arah penjaga garisan, Pengadil yang melihat insiden tersebut terus melayangkan kad merah kepada Rangel pada minit ke-90. Walaupun tindakan Rangel tersebut nampak tidak matang...Tetapi apalahlah yang mahu diharapkan selelah bermain bermati2an dan kemenagan di saat akhir telah "dirompak" oleh penjaga garisan dan pengadil di hadapan mata!!! Siapa lah yang boleh bersabar???

Tidakkah FAM merasakan ianya sesuatu yang meragukan terhadap keputusan penjaga garisan tersebut???

Apakah mungkin keputusan permainan tersebut  "telah diatur" oleh pihak tertentu??? Di Malaysia selalunya pemain2 sahaja yang dikaitkan dengan rasuah menjual perlawanan...Mengapakah pengadil2 dan penjaga garisan tidak disiasat sama, terutama apabila ianya melibatkan perlawanan2 penting sebegini???

Pengadil Mohd. Amirul Izwan Yaacob tambah mengundang kemarahan penyokong tuan rumah apabila melayangkan kad merah kepada seorang lagi pemain Terengganu pada masa kecerderaan, iaitu  Gustavo Lopez selepas menolak pengadil kerana memprotes tindakan beliau yang terdahulu. Sumber klik sini.

15 May 2015

Hakikat Mengapa PR Mahu Hapuskan AKTA Hasutan - Untuk Bebas Memfitnah dan Menghasut???



Sedangkan dosa memfitah adalah begitu besar.....

Malah kejatuhan empayar2 besar silam...kebanyakkannya dikaitkan dengan fitnah dan anak2 watannya yang bersengkokol dengan penjajah....

Tak payah pergi jauh.....lihat sahaja bagaimana empayar Melaka telah jatuh ketangan Protugis 1511???

Sewajarnya sebagai genarasi yang lebih berpelajaran dan kononnya celik agama kita sewajarnya tidak membenarkan perkara yang sama berulang!!!

14 May 2015

Lagi Institusi Melayu/Bumiputera Diserang RBA???


Lama dah X dengar pasal "Red Bean Army"....

Memang hebat mereka ni sekali keluar isu dekat nak PRK Permatang Pauh....

Kelam-kabut negara....

Yang peliknya mantan PM, Tun Mahathir pun turut melatah sama....

Sumber klik sini.

13 May 2015

Pelarian Rohingya - Apa Kata Jika Kita Beri Kerakyaatan???



Contoh pembangkang Malaysia yg "terbaik".

Jika kerajaan memberi bantuan lebih pulak pasti mereka akan dakwa mereka ini bakal dijadikan pengundi2 hantu dalam PRU 14 nanti!!!

Isu GST Kad Prabayar Telcos - Kerajaan Wajar Wajar Mencontohi Kerajaan India???



Isu subsidi kepada IPP/Janakuasa Elektrik Persendirian masih membelenggu kerajaan BN hasil warisan tindakan kurang bijak Tun Mahathir.


Cas perkhidmatan bank 6% (GST) sewajarnya diserap oleh pemain2 bank negara dan bukannya dibayar oleh pengguna tetap diaggihkan kepada para pengguna.

Kini timbul pula isu kad pra-bayar  dan para Telcos dilihat bertegas tidak mahu tunduk kepada saranan kerajaan agar mereka menyerap cas GST.

Bagi penulis bila isu survival timbul dan nasib rakyaat malah nasib kerajaan juga dilihat seperti, "telor dihujung tanduk", pihak kerajaan perlu tegas!!!

Pemain2 dalam industri yang telah diberikan pelbagai kemudahan malah sesetengahnya memperolehi lesen operasi yang lebih bersifat monopoli kadang2 mereka ini juga perlu "diugut" supaya tunduk demi kebaikan rakyaat dan negara.

Mungkin telah sampai masanya kerajaan mengambil kaedah drastik sebagaimana yang diambil oleh kerajaan India dan kerajaan negeri Maharashtra yang menafikan kontrak IPP di Dhabol, Maharashtra yang dimiliki oleh syarikat Enron syarikat gergasi milik AS di sekitar tahun awal 90an yang menyaksikan "sovereign risk" /maruah dan kepentingan negara telah diutamakan berbanding kontrak yang ditandatangani dengan pihak pemilik konsesi.

Penulis bukannya menghasutkan tetapi sewajarnya pemain2 konglomerat ini juga sedar diri dan tidak hanya mementing diri mereka sahaja!!!



posted from Bloggeroid

11 May 2015

Isu Tun Razak Exchange/Tabung Haji - Checkmate Buat Najib???



Semalam PM DS Najib mahukan agar spekulasi berkaitan pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dapat dihentikan.

Cadangan penulis untuk menghentikannya kerajaan dan pihak TH perlulah membuktikan bahawa transaksi tersebut tidak akan merugikan pihak TH.

Secara logiknya harga pembelian tanah oleh TH tersebut memang dirasakan agak keterlaluan.

1.5 ekar = 65,340 kaki persegi.

RM 188.5 juta / 65, 340 kaki persegi = RM 2, 884.90 kaki persegi.

Walau bagaimanapun sekiranya pembelian tanah di Tun Razak Exchange yang seluas 1.5 ekar pada harga sekitar RM 188.5 juta dibuat perbandingan dengan penjualan tanah seluas 1.15 hektar yang dijual oleh UDA pada harga RM 215.5 juta dalam tahun 2011 (RM 215.15 juta/123,800 kaki persegi @ 1.15 hektar = RM 1, 737/kaki persegi) ianya bukan sesuatu diluar jangka apa lagi jika perbezaan kenaikan harga hartanah tahun 2011 dan 2015 diambil-kira. Jumlahnya mungkin merupakan harga pasaran semasa. Pastinya harganya akan terus meningkat memandangkan Tun Razak Exchange bakal menjadi destinasi pelaboran yang pesat. Sumber klik sini.

Jestru mengapakah ada pihak yang menunding-jari kononnya TH sedang diperalat oleh kerajaan khususnya DSN untuk "bail out" 1MDV ???

Adakah tuduhan ini sememangnya berniat jahat???

Jika tanah yang dibeli oleh TH masih lagi diperingkat perbincangan untuk dijual, tidakkah isu yang sedang hangat diperkatakan ini boleh mengakibatkan pembeli2 berpotensi akan berfikir dua-kali ..... Bila ini berlaku, yang ruginya pastilah TH dan para pencarum.

Adakah pendedahan ini sebenarnya untuk mensabotaj kedudukan DS Najib sebagai PM???

Ataupun adakah iannya hasil kerja suatu gerakan yang mahu mensabotaj institusi kewangan/pelaburan yang diterajui atau dikuasai oleh Melayu/Bumiputera sebagaimana yang mereka telah lakukan kepada Felda, KWSP, syarikat2 milik Yayasan Abukhary dll. ???

Sebelum anda mahu turut melatah baik fikirkan fakta2 yang dikemukakan oleh penulis di atas....

Usul ini juga tidak terkecuali buat mantan PM, Tun Dr. Mahathir bin Muhammad, beliau nampanya semakin ..."lost his touch".

Senario di Malaysia yang sentiasa bermusim tetapi berpolitik sepanjang tahun.... Jika di musim Akademi Fantasia semua orang memberi komentar ibarat komposer profesional dan guru vokal...


Kini tiba2 semua orang waima Mufti pun bercakap laksana Jurunilai Bertauliah/Certified Valuer???

Isu Tun Razak Exchange - Tabung Haji Berikan Dividen Lebih Tinggi di Bawah Azeez???



Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji yang disandang sejak 2013.

Beliau yang dikecam hebat berhubung pembelian tanah daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange seluas 1.5 ekar pada harga sekitar RM 188.5 juta.

Walau bagaimanapun menurut Abdul Azeez, beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merugikan TH kerana sepanjang penerajuannya beliau juga telah membuktikan kredibiliti apabila berjaya meningkatkan jumlah dividen kepada pendeposit2 di TH.

“Sebelum ini, TH bayar dividen 5.5 peratus. Alhamdulillah, secara kebetulan sejak saya jadi pengerusi dan rakan-rakan lain dalam lembaga pengarah sertai TH, kita bayar dividen 6 peratus (bonus tahunan) tambah 2 peratus (bonus haji) jadi 8 peratus pada 2013.

“Tahun lalu pula kita bayar 6.25 peratus (bonus tahunan) tambah dua peratus (bonus haji) sebanyak 8.25 peratus,” katanya.

Sumber klik sini.


8 May 2015

Permatang Pauh - Keputusan PRK Buktikan Ianya Hak Mutlak Keluarga Anwar???



Keputusan perbicaraan LIWAT 2 dilihat tidal sedikitpun mencalarkan sokongan pengundi2 kepada keluarga Anwar....

Walaupun Wan Azizah pernah meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar sebaik dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman LIWAT 1, dengan memberikan alasan untuk menjaga cucu.....Pengundi2 Permtang Pauh tetap setia dengan keluarga Anwar....

Selain faktor kesetiaan penulis percaya faktor isu2 di peringkat nasional spt. M1DV, gaya hidup PM dan isteri, GST dll. juga telah menyumbang kepada kegagalan BN untuk merampas kerusi parlimen Permatang Pauh.

Semoga semua pihak yg terlibat belajar sesuatu sebelum PRU 14 nanti!!!

http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pkr-majoriti-undi-terjejas-sebab-hari-bekerja-1.387879
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3