bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Sept 2014

PAS Memang Lembab - Baru Perasan Dibuli Selepas 6 Tahun!!!



Baru nak perasan???

Kartun di atas pun dah bertebaran di media baru sejak 2008 lagi.... X kan X perasan.....

Klik sini.

Dua Adun PAS Yang Berpaling Tadah - Senjata Makan Tuan???

Pinjam kata2 pengunjung Blog Bumiyang, "Itu lah akibatnya... Bila dah ajar ahli/penyokong supaya jangan berterima kasih.., supaya kurang ajar.., maka tak pelik laa kalau ADUN PAS pun jadi kurang ajar dengan pemimpin mereka sendiri... Biadap ada di mana2... Di atas.., di tengah.. di bawah...".

Dari kecik2 diajar supaya X berterima-kasih atas subsidi, peluang belajar di kolej2, universiti, biasiswa, pekerjaan, kehidupan yang aman damai dll.

X cukup di TASKI, Sekolah2 Tahfiz, Maahad, Universiti, parti dan masyarakat...





29 Sept 2014

Sudahlah Khianat... Presiden TG Hj Hadi Awang Mahu Disamannya???

Mungkin inilah yang dikatakan, "Buku bertemu ruas".

Kalau dengan UMNO.....PAS boleh melabel bermacam2 gelaran....

Apa sahaja kesalahan yang mereka lakukan pun, mereka salahkan UMNO.....

Kena buang dari BN pun mereka salahkan UMNO....

Bila dah kena kononnya penykong dan ahli UMNO kafir.....

Bila ahli sendiri khianat.....dan mahu saman Presiden....

Apa pula yang mampu mereka buat???

Buat bodoh aje ke???

Sumber klik sini.

DAP Dedahkan Wajah Sebenar???



Janji mereka memerintah negara ini sebagaimana PAP dapat memerintah Singapura....
posted from Bloggeroid

28 Sept 2014

Selepas Herdik PAS Kerana Melamar TSKI, DAP Berikan Sambutan Pahlawan Kepada Pengkhianat PAS?



Begitu tinggi sekali DAP mengangkat darjat pengkhianat2 PAS.

Mungkin mereka ini rela kerana mereka merasakan mereka cuma mengkhianati PAS...

Apa lagi yang tinggal buat parti Islam PAS apabila pemimpin2nya boleh dibeli oleh parti yang anti Islam dan Melayu...



posted from Bloggeroid

Bergaduh Dgn Guan Eng Kini Ustaz Nasrudin Lebih Mesra Kerajaan Malaysia???



Jika betul....Alhamdulillah.....


posted from Bloggeroid

27 Sept 2014

Doa Buat Azizah atau Azizah Menipu Lagi???



Ingat lagi lakonan Anwar diracun dengan  racun arsenik???

Bakal dicucuk virus HIV....

Anwar sakit belakang di khalayak ramai X boleh berjalan tetapi berjoget dalam tahanan bila anak bininya dtg melawat???

Jam Omega dll...





posted from Bloggeroid

26 Sept 2014

PKR dan Rakyaat Selangor Harus Berterima-kasih Kepada PAS???





Jka  tidak kerana PAS berdegil untuk turut mencalonkan Azmin, mungkin MB bukan lagi ADUN PKR. Almaklum dengan pemecatan TSKi jumlah Adun PKR CUMA 13 berbanding 15 buat PAS dan DAP.

PKR ni sebenarnya X tahu diuntung......


posted from Bloggeroid

25 Sept 2014

Isu MB Selangor - BN Menang Besar di PRK Pengkalan Kubor???



TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tok Mat Maslan dan Ramai BN bersama calon Barisan Nasional, Mat Razi Mat Ail (tiga dari kiri) meraikan kejayaan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Pusat Penjumlahan Undi di Sekolah Menengah Dato Biji Wangsa,Tumpat, malam ini. Mat Razi memperoleh majoriti lebih besar dengan kelebihan 2,635 undi. - Foto Ghazali Kori.

posted from Bloggeroid

Gempar!!! Kesabaran Ada Batasnya, Pas Bakal Tinggalkan Pakatan Rakyaat???


Ibarat meninggalkan golongan munafik???

Sumber klik sini.

Kita tunggu... dan lihat samada PAS masih ada lagi maruah ataupun tidak....

Gempar!!! Guan Eng Mahu Pecat Hj Hadi dan Azmin???

Apabila Guan Eng terus-terusan melabel empat exco Pas yang menyokong TSKI atas arahan Hj Hadi yang disokong oleh Majlis Syura PAS, sindiran tersebut umpama, "marahkan anak, sindir menantu".

Apa kuasa LGE untuk campurtangan urusan dalaman PAS???

Mengapa pula beliau X mengarahkan supaya PKR memecat Azmin kerana jelas Azmin juga dilihat telah membelakangi Jawatankuasa kepimpinan Pakatan Rakyaat apabila beliau menerima perlantikan MB Selangor!!!

Di manakah maruah akar-umbi PAS apabila Presiden dan Dewan Ulamak mereka dimalukan sedemikian rupa???

Sumber klik sini.

23 Sept 2014

Azmin MB Baru Selangor - Sasaran Selepas in Jawatan PM ke 7 Pula???


Ada beberapa persoalan yang sedang menjadi tanda-tanya umum...

  1. Sekiranya "Hu ha" perlantikan MB bukannya "sandiwara" DSAI, mengapa Azmin tidak dipecat kerana membelakangi keputusan parti untuk "menabalkan" Wan Azizah???
  2. Akan redhakah Wan Azizah apabila geng beliau "tewas" kepada Azmin???
  3. Apakah langkah Azmin selepas ini??? Siapa anggota exco beliau???
  4. Apa pula langkah beliau setelah Anwar dimasukkan ke penjara kelak???
Lupakan "kes peribadi" beliau, pada pandangan penulis Azmin seorang yang bercita-cita tinggi dalam politik.

Tidak mustahil selepas berjaya menyingkirkan TSKI dengan memperdaya Wan Azizah...

Matlamat beliau sekarang ialah jawatan P.M ke 7.

Buat Anwar Ibrahim... Selamat jalan ke penjara Sungai Buloh dan Selamat Tinggal cita-cita beliau untuk menjadi PM.

Nampaknya secara tak langsung Azmin telah berjaya membunuh '3 ekor burung" dengan sebiji batu iaitu TSKI, Wan Azizah dan DSAI dalam issu jawatan MB Selangor.


22 Sept 2014

Azmin Dah Dapat Surat Lantikan, Wayang Anwar Menjadi???



Permusuhan kem Wan Azizah dengan kem Azmin bukan sesuatu yang rahasia. Kenapa ianya berlaku X payah lah ditanya.

Yang pasti jika TSKI mahu digantikan dengan Azmin, Anwar bakal perang besar dengan Wan Azizah.

Jestru Anwar terpaksa main wayang kononnya mahukan isterinya mengganti TSKI. Jestru nama Wan Azizah dijadikan calon tunggak. Azmin pula berlakon kononnya akur.

Wan Azizah yang seperti X serik2 ditipu oleh berkali-kali Anwar pula umpama "kaduk naik junjung". Beliau terpana dengan jawatan MB yangdijanjikan sehingga sanggup "menikam" belakang TSKI sekutunya yg selama ini digunakan untuk mengawal kemajuan politik Azmin.

Dengan perlantikan Azmin sebagai MB, sebenarnya Anwar telah berjaya untuk memuaskan hati Azmin dan berlindung disebalik titah DYMM Sultan Selangor supaya tidak mengundang amarah Wan Azizah.

Dengan perlantikan ini Wan Azizah pastinya tidak akan lagi mampu untuk menghalang Azmin daripada meluaskan pengaruhnya.

Pastinya nasib Wan Azizah umpama, "sudah jatuh ditimpa tangga". Sudahlah terpaksa mengorbankan orang kanannya, sekarang jawatan MB pun X dapat.

Apapun itu semua akibat ketamakkan beliau yang hanyut dek pujuk-rayu dan tipu-muslihat Anwar.

Maka dengan ini bolehlah kita membacakan talkin terhadap karier politik beliau.

Kesihan.....
posted from Bloggeroid

Raptai Angkat Sumpah MB Selangor - Sah Bukan Azizah???



Kalau diikutkan kepada foto di atas yg penulis perolehi dari whatapps group....

Macam tu lah....Sah Azizah bukan pilihan PAS apa lagi DYMM Sultan Selangor.


posted from Bloggeroid

Barua Dah Dikenal Pasti!!! Siapa Broker Jual 2 ADUN PAS???



Beranikah TG Hj Hadi mendedahkan siapa broker itu???

Adakah dia Mat Sabu???

Khalid Samad???

Penulis tanya aje......

Dan jika benar.... Apa tindakan yang bakal PAS ambil terhadap broker tersebut???

Janganlan berani cakap aje....

21 Sept 2014

Apa Beza Barua Dengan Munafik???



Barua ni....kalau X salah penulis sama maksudnya dengan "budak suruhan" untuk kerja2 "kotor" ataupun pengkhianat. Dalam konteks sokongan terhadap Wan Azizah sebagai MB Selangor pastinya gelaran pengkhianat lebih sesuai kerana 2 orang Adun PAS dilihat telah membelakangi keputusan parti apabila menyokong Wan Azizah sedangkan parti menyokong TSKI.

Apapun pada pandangan penulis jika dosa kedua adun tersebut besar, besar lagi dosa Timb. Presiden Pas/Mat Sabu apabila beliau telah bersetuju secara bersama dengan jawatankuasa PR untuk mencalonkan hanya nama Wan Azizah kepada DYMM Sultan Selangor walaupun PAS telah mengusulkan 2 nama termasuk Azmin.

Ironinya mengapa ketika muktamar Pas di Batu Pahat berlangsung barulah Presidennya Hj Hadi mahu menjelaskan Pas menolak pencalonan tunggal Wan Azizah atas alasan ianya bercanggah dengan syariat Islam???

Jika benar itu alasanya mengapa tidak berterus terang? Mengapa perlu "madah berhelah" sedangkan ini berkaitan hukum agama.

Apa pula alasan Hj Hadi ketika mencadangkan nama dua calon iaitu Azmin dan Wan Azizah???

Jika benar Hj Hadi ikhlas mempertahankan syariat Islam, mengapa Pas turut mencadangkan nama Wan Azizah ke jawatankuasa PR untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor?

Sebagai parti yang mendakwa mengamalkan syariat Islam sepatutnya Pas X melepaskan tanggung-jawab untuk tidak melantik MB perempuan ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor.

Bagaimana jika Kebawah Duli Tuanku mengambil keputusan melantik Wan Azizah sebagai MB walaupun lebih dari satu calon dipersembahkan oleh mereka?

Adakah Pas akan menyalahkan Tuanku Sultan???

Pada pandangan penulis Pas perlu lebih bertanggung-jawab. Tindakan lepas tangan dan tidak mahu mengambil tanggung-jawab walhal mereka mendakwa mereka parti Islam juga umpama menipu penyokong2 sendiri.

Jangan sampai di dalam ghairah melabel pemimpin2 PAS yang belot sebagai barua, PAS pula dilabel sebagai parti munafik.

posted from Bloggeroid

Hadi Akhirnya Jelaskan PKR Ingin Membawa Pas Masuk Neraka???



Sumber klik; http://www.mykmu.net/2014/09/21/2-wakil-rakyat-pas-yang-menyokong-azizah-sebagai-broker-dan-barua-hadi/


Komen Isac;

Baru nak sedar ke???

Mengapa awal2 lagi X nak maklumkan?

Mengapa hanya mahu maklumkan dalam Muktamar???

Kalau Muktamar dah lepas, tahun depan baru nak maklumkan???

Sewajarnya PAS lebih tegas apabila ianya menyentuh bab syariat dan agama....

posted from Bloggeroid

20 Sept 2014

TG Hj Hadi Mahu Bawa Pas Keluar Daripada Pakatan Rakyaat Atau Beliau Yang Bakal Dipecat???



Sumber klik sini.

Ironinya....

Presiden dan Dewan Ulamak (Majlis Syura) tidak lagi berkuasa di dalam PAS.

Yang berkuasa adalah Jawatankuasa PAS Pusat yang majoritinya dianggotai oleh pemimpin2 pro Anwar.

Jestru sekiranya YB Presiden dan anggota Majlis Syura PAS tidak berpuas hati....Apa yang boleh mereka lakukan bukannya membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyaat, sebaliknya merekalah yang kena keluar daripada PAS.

Kini PAS lagi milik mereka...

Nasib para ulamak PAS ini X ubah seperti Pak Kaduk, "Ayamnya menang, kampung tergadai".

19 Sept 2014

Azmin Bakal Menjadi Menteri Besar Selangor Tersingkat Dalam Sejarah???


Gara2 TS Khalid Ibrahim X nak turun daripada jawatan MB Selangor,  kita telah menyaksikan beliau dipecat darpada PKR.

Adakah Azmin juga bakal dipecat jika beliau menerima perlantikan sebagai MB Selangor yang baru???

Adakah "hu ha" ataupun kekecohan perlantikan Wan Azizah sebagai calon tunggal hanyalah gimik Anwar untuk "memujuk" Wan Azizah atas apa juga alasan???

Kecoh!!! Perwakilan Pas Bacakan Doa Pecah Perut Buat Pemimpin Pas???

Sebelum ni...Bacakan doa pecah perut buat Najib...

Tak cukup dengan itu...

Doa dan solat hajat pulak supaya Allah hancurkan BN....

Tup-tup ada perwakilan bacakan doa supaya Mat Sabu dan 2 Adun Pas Selangor yang sokong Wan Azizah jadi MB Selangor hari tu supaya "pecah perut"???

Maaf lah ya...."pecah perut" tu saja nak sedapkan cerita....

Tulah....Asyik nak doakan orang yang X baik....Akhirnya bercakaran sesama sendiri....

"Musuh" menyusup masuk dalam selimut pun X sedar....

Cerita penuh klik sini.

Beranikah Azmin Mentaati Titah DYMM Sultan Selangor dan Menyanggah Perintah Anwar???


Katanya senarai calon MB Selangor yang disenarai pendek adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Exco negeri dari PAS, Iskandar Samad.

Persoalannya jika ditakdirkan  DYMM Sultan Selangor berkenan untuk melantik Azmin Ali menjadi MB Selangor, adakah Anwar akan berdiam diri???

Adakah Azmin berani menyanggah arahan Anwar???

17 Sept 2014

Mat Sabu Kata Ulamak Dalam Pas Sudah X Relevan???



Mat Sabu kata ulamak dalam Pas perlu berubah untuk kekal relevan??,

Maksudnya sekarang ni ulamak2 dalam Pas X relavan lah ya"""

Tapi Nik Aziz kata, Ustaz X dipandang dalam Umno....


posted from Bloggeroid

Dewan Ulamak PAS Mahu Kekalkan TS Khalid Sebagai MB Selangor???



Adakah Dewan Ulamak cuba untuk mengembalikan pengaruh mereka dalam PAS selepas dibelakangkan oleh Jawatnkuasa PAS Pusat???

Ataupun pengaruh DSAI dalam Pakatan Rakyaat semakin terhakis???

posted from Bloggeroid

15 Sept 2014

PAS Pengkalan Kubor Ketandusan Calon Anak Jati Kelantan???



posted from Bloggeroid

Rakyaat Vietnam Kata Beruntung Jadi Rakyaat Malaysia???



Penulis masih lagi berada di Vietnam ketika ini. Harga makanannya (kedai makanan halal) begitu mahal berbanding di Malaysia.

Nasi goreng pun dah berharga dalam RM 15-18 sepinggan.

Minum kopi ais di kaki lima pun sekitat RM 3-4 segelas.

Makan di restoran kecil yg berhawa dingin teh ais pun dah 45k Dong iaitu sekitar RM 7.50.

Kos hidup memang tinggi di Vietnam di antara sebabnya ialah tiada subsidi yang diberikan oleh kerajaan. 

Gas LPG RM 70.00 setong berbanding di Malaysia sekitar RM 26.00.

Tanpa subsidi.... minyak masak berharga sekaliganda berbanding di Malaysia.

Begitulah juga halnya dengan barangan runcit yang lain.

Tengoklah dalam bill di atas, cukai kerajaan yg penulis rasakan sebagai GST pun dah 10% berbanding di Malaysia hanya 6% yang akan bermula April tahun depan.

Itupun ramai di antara kita yang masih X bersyukur.

posted from Bloggeroid

13 Sept 2014

Pejuang Islam??? Wajah Sebenar Anwar Semakin Jelas Kelihatan???



1) Wan Azizah dari segi merit..out. 

2) Kalau ikut agama pun memang dilarang kita melantik wanita menjadi pemimpin...

So mcm kata pepatah....Bangkai gajah X boleh ditutup dengan nyiru..

Anwar yg selama ini menojolkan dirinya kononnya pejuang Islam......akhirnya sekali lagi kantoi....


posted from Bloggeroid

12 Sept 2014

Panas!!! Khalid Samad Saran Hj Hadi dan Nik Aziz Keluar PAS???

Ahli Jawatan Kuasa Pas Pusat menggesa ahli Pas yang tidak bersetuju dengan pembabitan parti dengan gabungan Pakatan Rakyat wajar meninggalkan parti bukannya menimbulkan masalah dalaman.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam tersebut, kerjasama politik (tahalluf siyasi) merupakan keputusan muktamar Pas yang lalu. Oleh itu sesiapa yang tidak mahu membantu melaksanakannya boleh meninggalkan Pas menyertai UMNO, Barisan Nasional atau buat hal sendiri.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang berlangsung sebentar tadi bagi mempertahankan pemilihan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.


Saranan keluar parti ini mungkin ditujukan kepada beberapa ADUN dan pemimpin Pas yang enggan menyokong pelantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Nampaknya gang2 Ulamak dalam Pas dah terpaksa keluar dan tinggalkan PAS lah...

Yang tolak Wan Azizah adalah geng2 ulamak....

Jawatankuasa PAS Pusat dah dikuasai oleh oleh geng2 Sekular, Syiah dan Anwarinas.....

Apa nak hairan...derhaka dengan Sultan....Derhaka dengan Tok Guru.....

Ya lah....bukan Sultan dia....

Tok Guru pun....X mengajar dia....

11 Sept 2014

Kegagalan Langkah Kajang - Chegubard Salahkan Azmin???

Komen Isac;


Sumber klik sini.

Sekali pandang memang ada benarnya....

Tetapi jika Azmin yang benar2 gilakan jawatan MB, mengapa Wan Azizah pula yang dicalonkan untuk ganti TS Khalid Ibrahim???

Lagipun jika benar Azmin memang tergila2kan jawatan tersebut mengapa beliau tidak terus bersetuju dengan cadangan TG Hj. Hadi supaya beliau masuk PAS dan menjadi MB untuk gabungan PAS + PKR + UMNO ???

Kalau ditanyakan kepada penulis, sebenarnya Chegubard memasang dendam pada Azmin yang sebelum ini di lihat sangat berkuasa di dalam PKR mengalahkan Presiden parti tersebut.

Beliau yang dilihat berada di dalam kem Wan Azizah bersama TSKI pastinya menunggu masa mahu menghentam Azmin dan cuba untuk menonjolkan diri beliau di mata DSAI dan Wan Azizah.

Itu lah politik dalaman PKR....Cuma kejarkan pangkat, wang dan jawatan...

Harimau Muda D Mara ke Suku Akhir Kejohanan Bolasepak AFC B-16 Menewaskan Oman 2-1.

Harimau Muda D negara mencipta kejayaan mara ke suku akhir Kejohanan AFC B-16 tahun selepas mencatat kemenangan 2-1 kepada Oman di Stadium Rajamangala, Bangkok, Malam tadi.
Terdahulu Harimau Muda telah mengalahkan skuad tuan rumah 1:0 pada perlawanan pertama dan tunduk kepada pasukan Korea Selatan 1:0 pada perlawanan kedua.
Pada perlawanan terakhir Kumpulan A itu, kemenangan menyaksikan skuad kendalian S Balachandran ini layak selaku naib juara Kumpulan A dengan mengumpul enam mata sekali gus mengecewakan tuan rumah, Thailand yang tunduk 2-0 kepada Korea Selatan dalam satu lagi perlawanan.
Begitupun, Harimau Muda D dijangka berdepan tugas sukar apabila dijadualkan bertemu juara kumpulan Australia di peringkat suku akhir.
Oman yang tewas dua perlawanan awal pada mulanya dilihat berjaya mengimbangi kekuatan skuad negara dan lebih banyak melakukan serangan-serangan bahaya untuk menamatkan babak pertama tanpa jaringan.
Dalam babak kedua skuad negara kembali banyak bertahan dan umpanan-umpanan jauh kepada penyerang utama Muhammad Najmuddin sering dapat dipatahkan.
Walau bagaimanapun hasil satu umpanan cantik yang memperdayakan pertahanan Oman penyerang negara, Muhammad Najmuddin Samat telah menyudahkannya dengan baik dan berjaya meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-63 namun disamakan pemain Oman, Mohammed Salam Humaid Hamed Al Ubaidani, lima minit kemudian.
Walaupun hanya sesekali mendapat bola ketajaman Muhammad Najmuddin sekali lagi terbukti apabila beliau meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-77 hasil umpanan Kogisleswaran Raj untuk mengesahkan kemaraan pasukan negara.  Beliau telah membuktikan mengapa walaupun bertubuh kecil beliau telah diberi kepercayaan oleh jurulatih Balachandran. Menuju ke minit akhir kedua-dua pasukan bertukar-tukar serangan menyaksikan Najmudin, Abang dan Kogi telah melapaskan beberapa peluang kemasan.
Apapun syabas kepada Harimau Muda D. Semoga dapat melepasa pasukan Australia di suku akhir dan seterusnya menjuari kejohanan ini.

Sumber klik sini.

10 Sept 2014

Gempar!!! DYMM Sultan Selangor Mahukan 10 Nama Calon MB???


Tuanku baru minta 2 calon setiap parti tu....

Pun dah X boleh nak bagi....

Belum lagi mintak 10 nama calon ....Hah....

Agaknya exco2 dan ADUN2 negeri Selangor semuanya memang X ada yang layak ke???

Foto hanya hiasan.... Sumber klik sini.

9 Sept 2014

Pengarang Harakah Pun Dalam Kawalan Anwar???



Nampaknya kekuasaan TG Hj Hadi terhadap PAS telah semakin hilang..........

Bukan sahaja Jawatankuasa Pusat yang tidak menyokong beliau malah lidah pengarang rasmi parti (Harakah) juga sudah menunjukkan belang...

Sumber klik sini.

8 Sept 2014

DAP dan PKR Derhaka Titah DYMM Sultan Selangor!!!



Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari titah baginda supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014. "Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini. – 8 September, 2014.


Komen Isac;

Ironinya orang Melayu yang kononnya bercita2 mahu menjadi PM ke 7 yang mengajar kaum pendatang supaya berlaku kurang ajar kepada baginda Sultan Melayu.
posted from Bloggeroid

Lepas Jawatan MB Selangor - Majoriti Rakyaat Bersetuju Khalid Ibrahim Terajui MAS???





Komen Isac;

Jika ianya menjadi kenyataan, pastinya akan ada suara2 yang mendakwa ianya suatu bukti bahawa TS Khalid telah dibeli oleh Umno.

Juga akan digunakan sebagai hujah bahawa itulah sebabnya sejak kebelakangan ini tondakan TSKI dilihat lebih memihak kepada BN dan bukannya PR.

Apapun bagi penulis jika benar TSKI sememangnya seorang pemimpin dan akauntan yang hebat sewajarnya kemahirannya digunakan untuk kebaikan rakyaat dan negara.

Janganlah kita terperangkap dalam politik kepartian yang sempit dan membelakangkan kepentingan rakyaat dan negara.


posted from Bloggeroid

7 Sept 2014

Gempar!!! Jawatankuasa PAS Pusat Nafikan Kuasa Presiden dan Majlis Syura???

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Jawatankuasa PAS Pusat hari ini menegaskan untuk tidak menuntut kerusi Menteri Besar Selangor, sekaligus menolak tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilapor mencalonkan tiga Adun PAS  kepada Istana Selangor untuk mengisi jawatan itu.

“Keputusan mesyuarat hari ini memutuskan PAS tetap dengan keputusan sebelum ini tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor,” kata Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali pada sidang akhbar selepas mesyuarat AJK PAS Pusat.

“(Keputusan) yang hari ini (adalah) yang terakhir,” kata Mustafa.

Hadi mempengerusikan mesyuarat lima jam itu namun tidak hadir pada sidang media berkenaan.

Bagaimanapun Mustafa mendakwa keputusan itu turut didokong oleh Hadi.

“Presiden hadir  bersama dengan kita hari ini.. ertinya dia bersama dengan kita,” kata beliau.

Mustafa enggan mengupas tindakan Hadi menghantar beberapa nama calon MB daripada parti itu untuk pertimbangan Istana Selangor.

“Nama (yang dihantar Hadi) tak apa, kita beri  nama tidak bermakna Tuanku (Sultan) tidak memahami perkara (ini). Bagi kita peringkat parti sebagaimana kita sebut jawatan Menteri Besar, PAS tak tuntut,” tegasnya.

Beliau berkata Jawatankuasa PAS Pusat mengambil ketetapan untuk menyerah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat keputusan.

Kelmarin Hadi terang-terangan menyifatkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak berkaliber untuk menjadi MB Selangor “dan bukan kerana beliau wanita.”

PKR dan DAP mengemukakan Wan Azizah sebagai calon tunggal mereka kepada Sultan Sharafuddin untuk mengisi jawatan MB sungguhpun baginda menitahkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon.

Setakat ini Hadi tidak menafikan laporan bahawa beliau mengemukakan nama tiga ADUN PAS termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad untuk pertimbangan Sultan bagi jawatan itu.

Mohamad Sabu sebelum ini mengesahkan Hadi bertindak bersendirian dalam mengemukakan senarai calon itu sungguhpun AJK PAS Pusat menetapkan Wan Azizah dan timbalan presiden PKR Azmin Ali akan dicalonkan.

PAS dan PKR bertelagah sejak sebulan lalu setelah PKR memecat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu di atas tuduhan terbabit dalam beberapa urusan mencurigakan.

Hadi dan golongan ulama PAS menolak Wan Azizah yang ditampilkan oleh PKR sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid dan polimik itu berlarutan sehingga memecah- belahkan Pakatan Rakyat.


Komen Isac:

Nampaknya PAS tidak lagi dikawal oleh Majlis Syura sebagaimana yang mereka banggakan sebelum ini.

Tradisi sejak zaman penubuhannya dengan mencontohi amalan Khalifah2 Khyurasyidin yang mempunyai Majlis Syura yang bertanggung-jawab untuk mempastikan hala-tuju pemerintahan dan undang2nya  mengikut syariat Islam.

Jika begitu apa bezanya PAS kini dengan UMNO??? 

Walaupun mereka kata mereka X tuntut jawatan MB Selangor buat Adun Pas,mereka tak sebut akan menolak perlantikan jawatan MB sekiranya calon daripada PAS yang dilantik oleh Tuanku Sultan Selangor.

Berbelit-belit....Apapun pada pandangan penulis kenyataan ini hanyalah untuk mengabui mata rakan2 dan penyokong2 daripada parti PKR dan DAP. 

Tak lebih daripada komen politik untuk menyelamatkan diri mereka andainya Adun PAS yang dilantik.

Gempar!!! Ada Gerakan Dalam Pakatan Rakyaat Cuba Singkirkan Anwar???



Sumber klik sink;

Itu yang didedahkan oleh PAS....

Katanya bukan mereka yang mahu melantik Ku Li sebagai calon PM jika Pakatan Rakyaat berjaya menawan PUTRAJAYA dlm PRU 13 yang lalu. Sebaliknya pemimpin2 PKR dan DAP terlebih dahulu telah cuba mempengaruhi Ku Li tetapi gagal.

Persoalannya siapakah pemimpin2 PKR dan DAP tersebut?

Adakah ada gerakan dalam parti2 gabungan Pakatan Rakyaat yang mahu meminggirkan kan Anwar Ibrahim???

posted from Bloggeroid

6 Sept 2014

Selepas Jawatan MB Selangor PAS Semakin Tamak???


Katanya kini PAS sedang memasang strategi untuk "merampas" tiket pencalunan DUN Pengkalan Kubor???

Sumber klik sini.

5 Sept 2014

Isu MB Selangor - PAS Tikam Belakang Pakatan Rakyaat???


Mungkin akan ada yg kata ianya ADALAH bukti bahawa PAS memang kaki "U turn" .

Mungkin ramai juga akan kata, PAS memang kaki "tikam belakang", iaitu antara sebab mengapa mereka dihalau keluar dari BN pada awal 70an dulu...

Bagi penulis.....ianya menunjukkan bahawa PAS sebenarnya masih tebal sifat kemelayuannya....walaupun mereka selalu menafika hakikat ini....Mereka taat kepada titah DYMM Tunku Sultan Selangor.....

Walaupun TG Nik Aziz selalu mengatakan bahawa beliau X sedikitpun berbangga menjadi Melayu.....

Ya lah bukan suruh berbangga jadi Melayu....Kalau jadi Melayu yang susah.... atau kafir pun nak buat apa .... Ya tak???

Tetapi dalam situasi di Malaysia...bila jadi Melayu ada kelebihan yang dilindungi oleh perlembagaan.....siapa yang tak mahu????

Malah....bukan Melayu pun ramai yg cuba untuk "masuk" Melayu....

Juga....jika bukan kerana berbangsa "Melayu"....TG Nik Aziz pun belum tentu beliau boleh menjadi MB Kelantan untuk tempoh lebih 20 tahun....

Kalau X percaya??? Pergilah dok Arab Saudi ke Iraq ke??? Boleh ke jadi gabenor atau PM??? Arab Saudi memang jangan mimpi lah..... Iraq pulak....dengan kehidupan perbuak2 dan majoriti penduduknya berfahaman Syiah....Kalau X kena penjara atau kena bunuh pun dah kira cukup bagus....

posted from Bloggeroid

3 Sept 2014

PKR Mohon Sembah Derhaka???

Masih mengekalkan nama Wan Azizah walaupun DYMM Sultan Selangor mahukan 2 nama calon daripada setiap parti komponen Pakatan Rakyaat di Selangor....

Cuma akan naikkan nama Azmin jika sah DYMM Sultan Selangor masih tetap menolak nama Wan Azizah.

Tidak kah derhaka namanya tu???

Sumber klik sini.

Pas Akur Perintah DYMM Sultan Selangor Untuk Hantar Calon Lain Selain Azizah???




Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, nama-nama wakil rakyat itu dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk dipersetujui sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Di peringkat Selangor kita telah serah beberapa nama kepada pusat dan terpulang kepada Pas Pusat nama-nama yang mereka nak berikan kepada Sultan.

"Kita sendiri tidak dimaklumkan siapa calon yang dipilih (oleh Pas Pusat) dan kita terima siapa sahaja yang dicalonkan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Baguslah kalau macam tu....

Kalau X mahu taat dengan Sultan X kan nak kena taat dengan Anwar Ibrahim pulak....

Negri Selangor kan negeri dengan Raja Berpelembagaan....

Bukannya negeri Anwar Ibrahim yang punya....

Kita tunggu keputusannya hari ini.....

posted from Bloggeroid

2 Sept 2014

Pas Tekan Pemimpin Muslimat - Zuraida PKR



Sumber; http://www.mykmu.net/2014/09/02/pas-perlu-benarkan-wanita-bebas-bercakap-ketua-wanita-pkr/

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendakwa rakan sejawatannya dari PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff ditegur dari pemimpin utama parti tersebut sehingga menimbulkan isu sokongan pada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sedangkan, kenyataan Wanita Pakatan Rakyat itu tidak memerlukan tandatangan mana-mana pemimpin sayap wanita dari ketiga-tiga parti, katanya.“Sebab itulah dia kata dia tak tandatangan. Saya rasa PAS perlu lebih terbuka dan membenarkan Dewan Muslimat diperkuatkan untuk menzahirkan pandangan mereka".


Komen Isac;

Bagi penulis itu bukan isunya.....

Setiap parti mempunyai wadah perjuangan mereka sendiri jestru semua pemimpin perlu bersetuju secara kolektif apabila ianya melibatkan dasar parti.

Begitulah juga halnya dengan PKR.....

Secaranya umumnya pemimpin2 PKR X perlu bersetuju dengan cadangan DSAI untuk melantik isterinya sebagai MB menggantikan Khalid yang jelas menuju kearah mempraktikkan semangat Nepotisme......Apa lagi apabila Wan Azizah X layak secara merit.

Apa pun kerana PKR sememangnya sebuah parti yang ditubuhkan untuk kepentingan Anwar Ibrahim, keluarga dan orang2 sekeliling beliau....jestru semua pandangan individu dan pemimpin2 lain adalah tidak penting dan perlu diabaikan.

Yg penting adalah hasrat Anwar bakal tercapai...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3