bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Sempit tapi muat - Tak perlu tambah meresahkan, tak perlu makin merisaukan. Saya sudah lama pencen dari menulis isu politik. Namun saya belum pencen daripada menulis sesuat...

31 Aug 2014

Hadiah Hari Kemerdekaan ke 57 - Harimau Muda U16 Juarai Tropi Juara Asean 2014!!!

BENTONG 31 Ogos - Skuad Harimau Muda bawah 16 tahun muncul juara Piala Tropi Asean 2014 selepas menundukkan PVF Vietnam dengan agregat 5-4 di Stadium Frenz Janda Baik, malam ini.

Skuad bimbingan S. Balachandran itu menerima tentangan sengit pihak lawan apabila seri 3-3 pada perlawanan final timbal balik yang memihak kepada skuad negara.

Pada perlawanan pertama di Ho Chi Minh, Vietnam, skuad negara menang 2-1.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Ho Minh Di pada minit ke-11 kemudian pemain negara M.Kogileswaran menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-40.

Malaysia mendahului 2-1 pada separuh masa hasil jaringan kapten pasukan Muhammad Sharul Akmal Md Adnan pada minit ke-45. Bersambung babak kedua, Nguyen Dinh Bao kembali menyamakan kedudukan dengan gol kedua buat pasukan Vietnam pada minit ke-55.

Pemain negara Muhammad Najmuddin Samat menambah jaringan ketiga buat pasukan pada minit ke-82 namun dua minit kemudian pemain Vietnam, Bui Tien Dung menyamakan kedudukan 3-3.

Selaku juara, skuad negara menerima USD$50,000 (RM157,697), naib juara Vietnam USD$25,000 (RM78,849) sementara Frenz Malaysia merangkul tempat ke 3.

© Utusan Melayu (M) Bhd 




Calon MB Selangor - Adakah PAS Mendengar Suara Akar Umbi???


Sumber klik sini.

30 Aug 2014

Ust Nasrudin Terus Serang Anwar - Senjata Makan Tuan???



Rasanya Nasrudin sedang "membunuh diri" dalam arena politi.

Apa tidaknya menentang Anwar secara terbuka samalah seperti menyerang "God Father" kumpulan mafia....

Walaupun dari segi rasional teguran dan serangan Ust Nasrudin ada benarnay.

X salah untuk mengaku kesalahan yg kita lakukan asalkan kita mengakuinya dan mahu berubah.

Apa tidaknya alangkan Nik Aziz pun terpaksa akur kesalahannya melantik Anak Menantunya mengetuai syarikat2 milik kerajaan negeri Kelantan...dan terpaksa menerima perletakan jawatan menantunya akibat tekanan umum.

Jestru X kan DSAI X belajar sesuatu.....

Sedangkan Nepotisme dan Kronisme adalah modal yg digunakan sendiri oleh Anwar untuk menjatuhkan Tun Mahathir sejak 2008 lagi.....

Sumber; http://www.mykmu.net/2014/08/30/anwar-perlu-ambil-iktibar-dari-pas-dan-azmin-ali-nasrudin-tantawi/
posted from Bloggeroid

Keenganan PAS Terima Wan Azizah Bakal Tunjukkan Anwar Jalan Keluar???



Itu kalau PAS berani lah.....

Katanya Dato Mustapha ada mengatakan PAS akan akan menghantar 3 nama walaupun PAS Selangor menafikannya....

PKR dan DAP pula katanya masih tetap dengan pendirian mereka untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal mereka....

Adakah salah buat PAS akur kepada titah DYMM Sultan Selangor???

Adakah mungkin rentetan peristiwa ini akan menunjukkan jalan keluar buat DSAI daripada politik???

Mengenali "kedegilan" anwar dan politik "putar amalnya".....Kedegilan PAS pasti bukan sesuatu yang boleh membantutkan cita2 beliau.

Kita tunggu...Apapun...."Drama" ini masih panjang....

Sumber klik sini.

posted from Bloggeroid

29 Aug 2014

Tuduhan Kerajaan Anak-tirikan Perwira2 Lahat Datu Yang Gugur Berniat Jahat???



PUTRAJAYA: Perdana Menteri hari ini menyifatkan tuduhan bahawa kerajaan tidak memberi layanan sama kepada yang terkorban dalam peristiwa serangan Lahad Datu seperti mana layanan yang diberikan kepada mangsa MH17 adalah bertujuan untuk memecah-belahkan rakyat.


Datuk Seri Najib Razak bertegas sumbangan pasukan Polis dan Tentera dalam mempertahankan kedaulatan wilayah negara sentiasa dihargai dan disanjung.

Malah jelasnya, bantuan kepada pihak yang terkesan akibat peristiwa berkenaan sudah diberikan lebih daripada biasa.

“Walhal dalam hal ini, sama ada dalam peristiwa Lahad Datu, orang sama yang kata ini kononnya sandiwara, tetapi apabila berlaku kejadian MH17, kita beri penghormatan teristimewa, dia kata pulak kenapa pulak tak bagi yang sama pada anggota kita.

“Walhal awal lagi dia dah kata ini peristiwa sandiwara kita,” kata Najib.

Sumber klik sini. 


Komen Isac;

Walaupun tanpa hari berkabung untuk perwira2 Lahat Datu yang gugur secara khusus..... Tetapi itu bukan bermaksud kerajaan pimpinan BN tidak menghargai pengorbanan mereka. Negara sudahpun meraikan ulangtahun hari pahlawan pada setiap tahun.....

Jika setiap petempuran mahu diadakan hari peringatan yang khusus....percayalah pihak pembangkang pun akan tetap mengkritik kerajaan.

Apapun tuduhan bahawa pihak kerajaan pilih kasih adalah tidak tepat kerana selain penghormatan, pingat, kenaikan pangkat, insuran dan pampasan....PM sendiri sentiasa memberikan penghormatan setiap kali ada jenazah perwira2 yang gugur dihantar pulang ke kg halaman mereka....

Malah kutipan tabung untuk keluarga mereka juga telah turut dijalankan.

Artikel berkaitan Perwira Lahat Datu Yang Gugur klik sini, sini dan sini.

Apa Yang Anwar Buat Pergi Israel??? Melancong??? Orang Tengah Gencatan Senjata???


Katanya DSAI berada di Istambul cuma pada 20/8/14. Lepas tu hilang.....Baca bawah ni...



"DIBERITAHU ANWAR SEDANG BERCUTI DI ISRAEL.APA KEJADAH DIA BUAT BERCUTI DI ISRAEL DENGAN PRIVATE JET? DATA DARI FLIGHT RADAR MENUNJUKKAN PRIVATE JET YANG DIPERCAYAI DINAIKI ANWAR ITU TELAH PUN BERLEPAS KE ISRAEL.SEBAB TU LAH ANWAR DIJANGKA TIDAK AKAN BALIK UNTUK RASMIKAN KONVENSYEN PKR DI SHAH ALAM. AZMIN YANG RASMIKAN.APA PEKERJAAN ANWAR BUAT KAT ISRAEL? PADA TAHUN 2012, ANWAR PERNAH PERGI KE TURKI. KEMUDIAN ANWAR DIPERCAYAI LESAP SELAMA 6 JAM ANTARA JAM 3.05 PETANG HINGGA 9.50 MINIT MALAM PADA 5 FEBRUARI 2012. APA DIA BUAT MASUK ISRAEL? DALAM ATURCARA YANG DIKELUARKAN ANWAR KATA DIA PI UMRAH DENGAN WAN AZIZAH PADA MASA TERSEBUT IAITU PADA JAM 2.00 PETANG, 5 FEBRUARI . BILA DISEMAK TIDAK ADA SATU PESAWAT PUN YANG BERLEPAS DARI TURKI PADA JAM 8.00 MALAM (4 FEB 2012) KE MEKAH DAN SAMPAI PADA JAM 2.00 PETANG DI SANA. SO ANWAR HILANG KE MANA?BESAR KEMUNGKINAN ANWAR DIKATAKAN PERGI KE ISRAEL MENERUSI TEL AVIV MENGGUNAKAN TIGA PESAWAT BERIKUT:


1) ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05 IST - TLV by Private Flight.
2) ESB - IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05
3) IST - TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with4) TLV - AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.5) IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00

Daripada data pesawat ini, dipercayai ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim telah menghabiskan selama 6 jam di Tel Aviv, Israel antara jam 3.00 petang hingga jam 9.50 malam.

KEMUDIAN ANWAR BALIK SEMULA UNTUK BERPIDATO DI TURKI  DALAM KONGRES PENDIDIKAN ISLAM SEDUNIA. SO PERJALANAN YANG SAMA DIPERCAYAI  DIAMBIL OLEH ANWAR KETIKA KE TURKI PADA 20 OGOS 2014 LEPAS.


Komen Isac;

Ada baiknya DSAI menerangkan "kekeliruan" di atas...Jika benar beliau ke Israel... Apa yang beliau lakukan di sana???

Bercuti?

Ambil dana ke?

Dot..Dot..Dot ke???

Atau mungkin jadi orang tengah gencatan senjata Israel-Palestine ke???

Sebagai Ketua Pemimpin Pembangkang negara.....rasanya rakyaat berhak untuk mendapatkan penjelasan beliau!!!

posted from Bloggeroid 

28 Aug 2014

Seolah2 Negeri Selangor ni Bapak Dia Yang Punya???


Tajuk posting di atas tiada kaitan langsung dengan keratan akhbar di atas. Juga dengan sesiapa sahaja yang masih hidup mahupun yang telah mati.

Saman Pembangkang - Rafizi Next???


Pendedahan "Langkah Kajang".....Mahu gunakan dana RM 3.2 Billion Selangor untuk rampas Putrajaya???

Sabotaj ekonomi negara???

Jatuhkan pasaran saham????

Sebelum ini beberapa pemimpin PR telah diheret ke Mahkamah....

Nampaknya kerjaan pimpinan DS Najib telah bertidak.....Jika dahulu segala fitnah dan tohmahan pembangkang hanya dibiarlan sahaja...kini BN telah bertindak balas.......

Bagus lah mcm ni.....Tengok DSAI....pantang org tegur, org silap tanya....mahu disamannya...

Sehingga kan walaupun dia sememangnya bersalah...tetapi dek kerana dia berani mengugut lawan2 nya dengan ugutan ataupun saman sebenar rakyaat percaya dia X...bersalah...

Hebat permainan minda ni..

posted from Bloggeroid

27 Aug 2014

Adun PAS Hampir Pasti Dilantik MB Selangor????



YB Iskandar Samad dr PAS yang merupakan Adun Cempaka kemungkinan besar bakal MB Selangor???

Dikatakan Tuanku Sultan Selangor memang suka pada Iskandar sabab kerjanya yg bagus semasa semasa beliau menjadi EXCO negeri Selangor.

Dengarnya juga Samad adalah merupakan orang kuat TSKI dan katanya juga TKSI ada mencdgkn ke bawah Duli Tuanku......

posted from Bloggeroid

Mencabat DYMM Sultan Selangor, PKR dan DAP Tetap Mahukan Wan Azizah!!!



Keras kepala sungguh!!!

Soh tambah calon lain pun X mo......

Kalau dah degil mcm tu.....Bagi aje lah Kat calon Pas....

Baru padan dgn muka mereka.....

http://www.astroawani.com/news/show/keadilan-dan-dap-hanya-calonkan-wan-azizah-42635
posted from Bloggeroid

26 Aug 2014

Panas!!! Sah Hj Hadi Tekad Tubuhkan Kerajaan Perpaduan???

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa. AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Panas....Memang panas....

T.S. Khalid Sedang Mengadap DYMM Sultan Selangor - Dag..Dig..Dug...Nampak Bulan Mengambang???




Adakah Adun PAS yang bakal menjadi MB???

Harus ada yang sakit jantung pulak nanti....

Dewan Ulamak Pas Terengganu Anjurkan Gerakan Singkirkan Geng Anwarinas???


KUALA TERENGGANU - Selepas Pas Terengganu mendesak dua Adun Selangor dipecat, Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu pula tampil mendesak tindakan sama terhadap Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Desakan terhadap keduanya yang dianggap membelakangi parti itu, merupakan usul dibentangkan timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan dan jika didapati bersalah kedua-duanya perlu dipecat keahlian berdasarkan Perlembagaan Pas Fasal 82(6)(d).

“Dua Adun Pas (Hulu Kelang dan Morib) bertindak membelakangi keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor, selain mencabar parti dengan kesediaan untuk diambil apa-apa tindakan,” katanya di Markas Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini.

Selain tindakan terhadap dua Adun terbabit, Dewan Ulama Pas negeri turut meminta tindakan tatatertib diambil terhadap beberapa pemimpin Pas lain yang membelakangi adab berjemaah terutama dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya, dalam kalangan pemimpin Pas ada yang menyanggah presiden parti dengan menganggap kenyataan presiden bukan mewakili parti sebaliknya peribadi.

“Kedua, mereka mengkritik kenyataan presiden parti secara terbuka di khalayak ramai dan melalui media dengan mencabar parti serta kesediaan mereka diambil tindakan.

"Ketiga, mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti,” katanya.

Beliau berkata, bagi kesalahan tersebut, mana-mana pemimpin yang didapati bersalah boleh diambil tindakan berdasarkan Perlembagaan Pas fasal 82 (6) (b) iaitu hak mereka dalam parti dilucutkan.

Usul itu kemudian, disokong dan diluluskan kesemua 64 perwakilan dari lapan kawasan Parlimen di negeri ini dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Abu Bakar berkata, tindakan seumpama itu tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana dikhuatiri berulang dan memberi ruang kepada yang lain melakukan tindakan sama.

“Keadaan ini tentu membawa kemudaratan dan kerosakan kepada parti serta bercanggah dengan thiqah, taat dan wala’ kepada pimpinan dan parti selama mana ia tidak bercanggah dengan syarak serta Perlembagaan parti,” katanya.

Sumber klik sini. 


posted from Bloggeroid

Pihak Berkuasa Tidak Serius Tangani Isu Along?



Sumber klik sini

Apa tidaknya.....Jika saudara-saudari pergi berjumpa mana2 syarikat peminjam berlesen individu/syarikat yang bukannya bank ataupun syarikat kewangan berlesen yang besar.....

Cuba lah anda memohon untuk membuat pinjaman secara tanpa cagaran.....Pasti boleh jugak buat pinjaman.....Tetapi daripada 24% interest setahun......Mereka akan minta....10% interest seminggu dengan bayaran balik perlu dibuat dalam setiap minggu dan charge penalti yg tinggi akan dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian. Bayangkan daripada faedah 24% setahun naik kepada 40% sebulan. Kalau setahun, 12 x 40 = 480%. Itu baru faedah belum termasuk "pokok" dan denda 
untuk tambahan faedah/bayar lewat.

posted from Bloggeroid

25 Aug 2014

Azmin Cabar Kes Mahkamah Rayuan Liwat 2 Dibuat Siaran Langsung ???


Buang tabiaat apa si Azmin ni???

Agaknya beliau dah tak sabar nak sumbatkan Anwar ke penjara Sungai Buloh???

Apa tak pelik..... Semasa kes liwat anwar ....banyak kali pula perbicaraan dilakukan secara tertutup..... Sorok2....

Ada yang Wan Azizah pun diminta supaya meninggalkan ruang mahkamah....

Macam tak percaya???

Cuba klik sini, sini dan sini.




posted from Bloggeroid

TS Khalid Mengadap DYMM Sultan Selangor Esok Tetapi Pas Masih Menaruh Harapan???


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini, mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok, bagi memberi penjelasan tentang krisis yang berlaku di negeri itu.

Abdul Khalid dipercayai akan menghadap Sultan Sharafuddin pada pukul 2:30 petang Selasa.

Sultan Sharafuddin, yang sepatutnya kembali ke tanah air dari percutian luar negaranya pada 27 Ogos, pulang empat hari lebih awal ekoran krisis itu.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Atas persetujuan bersama, PR hanya menghantar satu nama calon MB untuk persetujuan Sultan walaupun mulanya Pas mencadangkan dua nama.

Jestru kenyataan Dato Mustafa bahawa Pas menyerahkan kepada budi bicara DYMM Sultan untuk mengambil keputusan sesuatu yang agak pelik.

Ada kah Pas mempunyai agenda rahasia???

Kita tunggu....

posted from Bloggeroid

24 Aug 2014

Azmin Kata PKR Tiada Calon Lain Selain Azizah - Bagaimana Dengan Pas???


Kalau mcm tu ceritanya dan kiranya DYMM Sultan Selangor mahukan nama lain makan Pas pasti boleh mengusulkan salah-seorang daripada 15 orang Adun mereka. Tak gitu?


posted from Bloggeroid

23 Aug 2014

Wan Azizah Kata, Mana-mana Ibu Tunggal Boleh Ganti Khalid Jadi MB Selangor???

"Saya mengerti dan biasa melalui pahit maung dalam memimpin, sama ada sebagai pemimpin sebuah parti yang baru semenjak penubuhannya 15 tahun yang lalu sehingga kini, dan juga sebagai seorang ketua keluarga ketika Anwar dipenjarakan selama enam tahun," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.

Sumber klik sini.




Komen Isac:

Ya lah...kalau pengalaman tanbir parti yang asyik bergasak bila ada pemilihan pucuk pimpinannya.....

Pengalaman menjadi "ketua keluarga" dengan kewangan langsung tidak menjadi masalah...... Maka ibu2 tunggal diluar sana yang boleh menyara keluarga dan dalam masa yang sama mendidik anak2 jadi orang adalah calon terbaik MB Selangor berbanding Wan Azizah....

Apa ingat....mentadbir sebuah negeri yang besar, maju dan berbilang kaum macam Selangor semudah mentadbir sebuah keluarga dengan 7 ahli keluarga???

Wan Azizah Dakwa Beliau Layak Jadi MB Selangor Berdasarkan Merit?



Sumber klik http://www.astroawani.com/news/show/jantina-umur-dan-rupa-bukan-alasan-pilih-pemimpin-wan-azizah-42421

Wow.....Beliau menambah X boleh jadikan alasan jantina untuk menolak beliau....

Bagaimana dgn kerakyaatan naturalisasi ?

Bagaimana pula dgn nepotisme?

Bagaimana pula dgn menafikan hak mempertahankan diri dan memecat Khalid dengan mereka-reka tuduhan terhadap beliau???

posted from Bloggeroid

UBAH!!! Majukan Kelantan dan Vote Anwar for Kelantan New MB???



Agak2.....Rakyaat dan pengundi2 Kelantan boleh kena jual tak???

posted from Bloggeroid

Khalid Samad Sengaja Menguji Kesabaran DYMM Sultan Selangor???



Sumber klik sini.

Mamat ni bukan setakat patut dipecat daripada jawatan Adun Selangor malah sepatutnya diharamkan aje daripada memasuki negeri Selangor...


posted from Bloggeroid

21 Aug 2014

Kerana Hentam Mat Sabu - Nasrudin Bakal Disingkirkan???

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegur segelintir pemimpin yang hanya berselindung di sebalik perjuangan Pas namun sebenarnya tidak setia dan menyokong kumpulan lain.

Menurut Nasrudin, perjuangan sebenar memerlukan istiqamah iaitu aktif dan komited berdasarkan kasih sayang kepada jemaah bukannya secara bermuka-muka atau melibatkan diri dalam jemaah tetapi hati bersama kumpulan lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menegaskan, kerjasama politik tahaluf siyasi Pas dengan pakatan pembangkang bukan bermaksud para pemimpin parti itu perlu patuh sepenuhnya kepada gabungan berkenaan melebihi ketetapan oleh parti sendiri.

"Kalau nak berjuang pastikan istiqamah iaitu aktif dan berada di jalan yang lurus. Komited dengan ketetapan dan peraturan jemaah. Semestinya jangan bermuka-muka. Contohnya, sudut depan kata bersama Pas tapi sudut belakang bercengkerama dengan kumpulan lain pula.

"Tahaluf ertinya kerjasama. Siyasi ertinya dinisbahkan kepada politik. Tahaluf siyasi ertinya kerjasama dalam aspek politik. Maka, ia bukan hubungan yang menyerahkan wala' kepada rakan tahaluf. Ia juga bukan hubungan intima' yang mengikat diri dalam segala aspek termasuk prinsip agama, perjuangan dan wadahnya.

"Letakkan kasih sayang kepada jemaah mengatasi segalanya. Jangan tubuh dalam jemaah tetapi hati dalam kumpulan lain," kata Nasrudin dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama pemimpin terbabit, kecaman Nasrudin itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendirian Pas berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang sedang berlaku ketika ini.

Pendirian Pas berhubung kemelut berkenaan dilihat tidak konsisten apabila Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada Ahad lalu memutuskan untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, pada sebelah petangnya, Pas akur dengan ketetapan pakatan pembangkang yang tetap menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Sehari selepas itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tetap berpendirian mencalonkan dua nama itu sehingga mencetuskan pelbagai persoalan bagaimana parti itu boleh mengeluarkan pendirian yang berbeza dalam tempoh singkat.

Sumber klik sini.



Komen Isac;

Ye lah....menghentam Geng Anwarinas dalam Jawatankuasa Pusat Pas, ketuanya yang buat keputusan hari tu ialah Mat Sabu.... Timbalan Presiden Pas....

Maksudnya Ustaz Nasrudin ni menghentam Mat Sabu lah....

Alamat....Ustaz ni pun cuma menghitung hari aje....keahliannya dalam PAS....

Kalau X keluar parti....harus dia akan dipecat ....sebagaimana pemimpin2 yang lepas2.....

Jika TG Hj Hadi mahupun TG nik Aziz X pertahankan golongan ulamak dalam Pas....

Pasti parti tersebut akan hanya Islam pada nama.....tetapi amalannya mengalahkan parti nasionalis, siosialis mahupun komunis.....kerana pemimpin yang tinggal mengamalkan sifat2 munafik.




posted from Bloggeroid

Gempar!!! Portal MYMASSA Beri Maklumat Palsu Berkaitan Status Wan Azizah dan Azmin???


Maklumat di atas diambil daripada portal MyMassa. Ianya bukanlah kesilapan besar atau maklumat palsu. Pada pendapat penulis, orang yang membuat grafik awal telah melakukan kesilapan. "Typo error". Itu sahaja..... Satu kesilapan tanpa niat untuk menipu atau pun apa..... 

Saja penulis nak buat gempak.....

No kad pengenalan Wan Azizah betul tetapi no kad pengenalan Azmin sepatutnya bermula dengan 64 bukannya 54. X kan Azmin cuma muda 2 tahun berbanding Wan Azizah. Tarikh lahir kedua2 mereka boleh dirujuk di sini dan sini.

Sumber klik sini.

Apabila penulis membuat pembetulan dan melakukan carian dalam laman sesawang SPR.....di sini, maka keputusan yang diperolehi adalah seperti dibawah;

  



Terbukti keduanya dilahirkan diluar negara dan menggunakan koda "71" untuk negeri tempat kelahiran.

Sama-samalah kita tunggu samada "71" boleh jadi MB Selangor atau tidak..... Berkaitan status "Penduduk Tetap" tu rasanya juga X tepat.....

Pastinya setelah mendapat kad pengenalan....seseorang itu akan memegang taraf kewargenegaraan.

Malaysia X membenarkan seorang warga negara mempunyai dua kewargenegaraan tetapi "taraf penduduk tetap" di negara lain biasanya tidak menjadi masalah. 

Ceramah Politik Anwar Ibrahim - Tolak Nepotisma dan Kronisma!!!


20 Aug 2014

Cyber Troopers Pakatan Rakyaat Bakal Mendapat Durian Runtuh Menjelang PRU 14???


Yang tak seronoknya bakal mengunakan duit rakyaat Selangor???

Ada jawatan kosong yang penulis boleh pohon ke???

Mana tahu nak tukar "kem" ???

Sumber klik sini. 

Pas Tidak Ikhlas Bila Mencalonkan Nama Azmin Sebagai MB Selangor???

Kononnya Pas mencalonkan Azmin sebab mereka pasti pihak Istana tidak akan menerima Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Tapi bagaimana mereka pasti Istana akan menerima Azmin???

Adakah Pas sengaja mahu menangguk di air yang keroh???

Dengan nama Azmin yang belum dapat "dibersihkan", adakah mungkin Pas akan bertindak mencalonkan Adun mereka dan sebaliknya akan menjual nama DYMM Sultan Selangor???

Adakah itu sebenarnya cita2 Pas???

Melantik MB dari kalangan Adun mereka???

Jawatan Tan Sri Khalid Yang Satu Ni Anwar X Mahu Rampas Sekali Ke???

Jawatan Presiden tu....

Secara perbandingan ......

Jawatan "Presiden" mestilah lagi glamer berbanding jawatan "MB".... :)

Awat jawatan yang ni Anwar X nak rampas jugak???

Sumber klik sini.

Serangan Lahat Datu, Kehilangan MH370 dan Tembak Jatuh MH17 - Lagi Ancaman Terhadap Negara???

Anda fikir semua ini hanya lah kebetulan???

Itu semua baru ancaman dari luar yang didalangi oleh "orang dalam".

Bagaimana pula dengan dokumen2 sulit yang didakwa sebagai "Langkah Kajang" ???

Dahsyatnya perancangan mereka???

Tak terfikir oleh kita ianya akan menjadi seteruk ini....

Semoga pihak berwajib menjalankan siasatan dan pihak Peguam Negara tidak teragak2 untuk mengambil tindakan sekiranya dakwaan ini benar.

Sumber klik sini.

19 Aug 2014

TS Khalid Diketepikan Sebab Prestasi Beliau Lebih Baik Berbanding Guan Eng???


Adakah sebab utama DAP menyokong pemecatannya dari jawatan MB sebab populariti Guan Eng anak Kit Siang akan terus tergugat kerana tidak mampu bersaing dengan TS Khalid???

Mungkin inilah tranparensi dan "good governance" yang cuba dilakukan oleh Pakatan Rakyaat....

Sumber klik sini.

Bubarkan Sahaja Majlis Syura Kerana Jawatankuasa Pas Pusat Lebih Berkuasa???



Majlis Syura tidak mampu melakukan apa-apa apabila hanya 10 daripada 36 yang menyokong cadangan Haji Hadi dan keputusan Majlis Syura Pas untuk mengekalkan Tan Sri Khalid sebagai menteri Besar Selangor.

18 Aug 2014

Keputusan U TURN Akan Sebabkan Pas Sentiasa Dicurigai Kawan dan Lawan???


"U turn" Pas telah terlambat???

Tindakan tersebut cuma cubaan untuk mengambil hati parti komponen dalam Pakatan Rakyaat...

Hakikatnya sokongan Adun PKR 13, DAP 15 + Pas Belot 2 = 30 Adun telah cukup memberikan kemenangan kepada Wan Azizah sebagai MB, sekiranya diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Dalam kata lain, "terimakasih" kepada dua Adun Pas yang telah belot kerana kini dengan atau tanpa sokongan Pas sekalipun, PKR dan DAP akan tetap cadangkan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Selepas ini Pas bukan hanya akan sentiasa dicurigai "ketaatan" dan solidariti mereka oleh rakan2 sekutu dalam Pakatan Rakyaat malah oleh pihak lawan pun bahana tidak tetap pedirian.

Macam manalah....Parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi memberikan contoh tidak baik yang X tetap pegangan??? Dah macam Yahudi yang mengkhianati perjanjian Hudaibiah.

Malah Adun2 nya juga lansung X boleh diharap apa lagi dipercayai???

Jestru cadangan supaya kedua2 Adun Pas yang belot dipecat sememangnya amat wajar.

Sumber klik sini.

Dah Macam Filem Tamil!!! Puas Bergasak Rupanya Nenek Kipas dan Azmin Sama2 X Layak Jadi MB Selangor???

Patutlah Azmin siang2 bagi laluan.....Rupanya dia dah sedia maklum agaknya.....

Memang ciri2 ahli politik yang hebat!!!




Kat sebelah kiri ni pulak....salinan Uandang2 Tubuh Negeri selangor.

Masih nak pertikai???

Sumber klik sini.

Huraiannya boleh baca di bawah ni;

Siapakah yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sememangnya menarik. Walauapapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.

Menurut pendapat peguam atau pengamal undang undang iaitu Encik Ahmad Shuaib Ismail beliau menyatakan bahawa Tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor. Ianya merupakan satu “convention” yang difahami oleh semua orang. Tetapi dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor.
Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya “anak kelahiran Selangor” sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri Selangor. Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya Islam dan Melayu sahaja yang dinyatakan.

Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957.

Terma “naturalisasi” mempunyai banyak penterjemahan. Kebanyakkan negara yang mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu, lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira sebagai warganegara yang telah di”naturalisasi”kan. Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin. Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah di”neutralisasi”.

Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia. Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.

Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka. Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin ada atas sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.

Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua “calon Menteri Besar” ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka. Mereka adalah produk naturalisasi kewargaan negara. Kita sudah mengetahui bahawa perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor. Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda?


Ehsan Markiman Kobiran

Ingat DYMM Sultan Selangor Ni Makan Gaji Dengan Pakatan Rakyaat Ke?

Terserlah perangai buruk Pihak Pakatan Rakyaat...

Mereka ingat DYMM Sultan Selangor ni makan gaji dengan dia orang ke???

Buat pengetahuan pencacai2 semua...Negeri Selangor tu....milik keluarga Diraja Selangor yang diwarisi daripada sebelum zaman pemerintahan  Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Akai ada ke??? Langsung X penyabar....

DYMM Sultan Selangor sedang bercuti di seberang laut pun mereka nak kacau....

Eloknya DYMM Sultan Selangor murka dan halau aje mereka ni semua daripada negeri Selangor.

Baru padan dengan muka....

Sumber klik sini.

Mat Sabu Membelakangkan Pas - Bersetuju Hanya Wan Azizah Sebagai Calon MB Selangor???


Pertama sekali beliau telah "mengetuai" atau "mempengaruhi" Jawatan Kuasa Pas Pusat untuk membelakangkan keputusan Majlis Syura Pas untuk menyokong TS Khalid.

Sebaik Jawatan Kuasa Pas Pusat menyerahkan dua nama iaitu Wan Azizah dan Azmin....kepada Pakatan Rakyaat, atas kuasa apa Mat Sabu boleh bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyaat  hanya akan mempersembahkan nama Wan Azizah sahaja kepada DYMM Sultan Selangor untuk jawatan MB Selangor???

Selain dilihat membelakangkan keputusan Jawatan Kuasa Pas Pusat, keputusan secara bersama dengan kepimpinan PR yang lain memperlihatkan Mat Sabu telah seolah2 cuba memaksa DYMM Sultan Selangor untuk melantik Wan Azizah sebagai MB untuk menggantikan TS Khalid.

Tidakkah itu suatu tindakan yang amat biadap???

Sumber klik sini.

Selain Bubar DUN TS Khalid Mempunyai Satu Lagi Pilihan???

TS Khalid perlu meyakinkan DYMM Sultan Selangor....bahawa kerajaan negeri, perbedaharaan dan segala hasil mahsul milik negeri Selangor berada di dalam bahaya jika ianya diserahkan samada kepada Azizah/Anwar dan apa lagi kepada Azmin/Anwar.

TS Khalid juga perlu meyakinkan Dato Wan Azizah bahawa beliau sebenarnya telah diperdaya oleh Anwar/Azmin yang mahu melemahkan pengaruh Wan Azizah/TS Khalid. 

Anwar sebenarnya langsung tidak pernah terlintas untuk melantik Azizah....dan sebenarnya penamaan nama Wan Azizah secara tunggal tidak lebih dari hanya satu strategi untuk mendapat sokongan Azizah untuk menyingkirkan sekutunya sendiri iaitu TS Khalid.

Anwar sememangnya yakin Pas akan menolak Wan Azizah dan begitu juga dengan Baginda Sultan Selangor dan Undang2 Tubuh Negeri.

Dengan hanya dua nama yang dicadangkan Tuanku Sultan Selangor boleh meminta tambahan nama ataupun boleh memilih salah-satu dari dua orang yang kurang resikonya ke atas negeri Selangor.

Pada pandangan penulis, perlantikan seorang wanita sebagai MB tidak menyalahi undang2 Tubuh Negeri kerana ianya tidak pun dinyatakan dengan secara jelas selain dalam terjemahan berbahasa Inggeris perkataan "He" digunakan sebagai ganti nama untuk Menteri Besar.

Untuk itu pada pandangan penulis Tuanku Sultan boleh melantik Wan Azizah kerana beliau lebih "naive" berbanding Azmin, demi untuk mengurangkan kesan kerosakan kepada negeri Selangor.

Walaubagaimanapun Tuanku Sultan boleh mensyaratkan supaya TS Khalid dilantik sebagai penasihat MB dan juga mangambil jawatan "Penasihat Ekonomi Selangor" daripada DSAI.

Bagaimana dengan pandangan para pembaca pula???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3