bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Mar 2014

Dakwa Kadar Jenayah Johor Tinggi Sebab LGE Sebenarnya Dengki????



Ingat lagi LGE pernah mendakwa JB sebagai tidak selamat???

Kalau dilihatkan kepada foto di atas, anda mungkin tahu sebab beliau membuat dakwaan tersebut.....

posted from Bloggeroid

MB Selangor X, Presiden PKR X, Sampai Bila Azmin Mahu Mengalah?


KUALA LUMPUR: Keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden PKR pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mei ini menimbulkan tanda tanya bukan hanya kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air tetapi juga ahli-ahli dan penyokong parti itu sendiri.

Umum mengetahui, Anwar dan Wan Azizah adalah suami isteri dari dulu hingga sekarang. Biarpun apa-apa yang berlaku, Wan Azizah masih isteri Anwar dan beliau sering digambarkan sebagai seorang isteri yang setia dan sentiasa memberi sokongan kepada suaminya biar pun dalam saat getir.

Tetapi apabila kedua-duanya memutuskan untuk bersaing sesama sendiri bagi jawatan presiden PKR, ia telah mengejutkan semua orang, terutama ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKR. Keputusan yang diambil oleh pasangan suami isteri itu kemudiannya diberi gelaran 'Segambut Move' atau 'Langkah Segambut'.

Ada yang menganggap, keputusan suami lawan isteri ini, dibuat dari dapur banglo di Bukit Segambut. Ketika si suami dan isteri sedang bersarapan, yang mungkin juga disertai oleh anak-anak, maka keputusan dibuat, ada individu perlu disekat kemaraannya, kepentingan isteri dan anak dalam parti perlu dijaga, maka skrip ditulis, suami perlu dilihat akan menentang isteri. Tetapi, selepas pencalonan ditutup, akan ada yang menarik diri dan ada individu yang terlepas peluang untuk bersaing jawatan presiden.

Ramai tidak senang dengan alasan yang diberikan, kononnya Wan Azizah turut sama menghantar borang pencalonan bertanding jawatan presiden sebagai persediaan jika Mahkamah Persekutuan turut memutuskan suaminya, Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.  

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Jawatan MB Selangor pun X dapat....

Jawatan Presiden PKR, jadi rebutan "suami-isteri".

Sikit hari lagi..... Nurul Izzah pun bertanding jugak....

Alamat melepas lah.....

Nak tunggu sampai bila da.....????

30 Mar 2014

Bukti Kukuh Wan Azizah Adalah Dalang Bawa Raja Bomoh Malaysia Untuk Mencari MH370???


Hah apabila Saiful bergambar dengan pegawai pembantu Najib, Khairil Annas bin Jusoh, yang terbitkan pada 2008 oleh Malaysia Today , tidak lama selepas dakwaan Liwat 2 Anwar Ibrahim.... Heboh satu Malaya mengatakan yang kononnya "itu menjadi bukti" mengesahkan teori konspirasi....

Tak ada pun diminta saksi.... untuk mengesahkan bahawa sememangnya Najib berpakat "mengenakan" Anwar....Terus jatuh hukum bahawa Najib bersalah!!!

Undang2 apa lah yang mereka ni pakai, termasuklah Pas.... "Kena pada engkau haram, kena pada batang hidung dan ahli aku....Halal....."

Itulah pegangan Islam Pas dan PKR yang sebenarnya....

Jadi foto yang disebelah ini antara Presiden PKR dan Raja Bomoh pula mengesahkan apa?

Penulis bukan mahu memfitnah....Cuma nak ajak supaya para pembaca berfikirlah dengan bijak....Jangan asyik diperbodohkan oleh PKR, PAS dan DAP!!!








posted from Bloggeroid

Gempar!!! "Penumpang" MH370 Dakwa Masih Hidup dan Kini Pengkalan Tentera Diego Garcia???



SHAH ALAM – Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370.

"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya.

Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas.

Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada penumpang lain.

"Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur, membolehkan saya menghantar mesej ini," tulis 'Wood'.

'Wood' yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227 penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan IBM berpangkalan di Beijing
sejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini.

Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji, menggunakan perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014.

Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal.

Sumber klik sini.


29 Mar 2014

Keputusan PRK Balingian: Bukti PKR Terus Ditolak Rakyaat???

Keputusan Penuh tidak rasmi PRK N51 Balingian:

Keluar mengundi: 9568 (71.58%)
Undi BN: 8148
Undi Pkr: 1282
Rosak : 138
MAJORITI: 6866
Dulu Majoriti BN: 5154

posted from Bloggeroid

Lebih Hebat Dari Bomoh!!! Lantik DAP, MH370 Pasti Akan Dijumpai Dengan Cepat???




Foto 1: Sumber astroawani.com

AIDCNews – 28/3/14 – Beberapa jam selepas mendakwa Pakatan Rakyat mampu mencari kehilangan pesawat MH370, sekiranya seorang pemimpin DAP sebagai komander tentera udara atau laut, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng melahirkan rasa ‘kesal’ dan menarik balik kenyataan beliau itu.

Sebelum ini, themalaymailonline.com melaporkan Lim membuat kenyataan angkuh dengan mendakwa isu kehilangan pesawat MH370 boleh diselesaikan dengan cara mudah jika seorang pemimpin DAP dilantik sebagai komander dalam angkatan tentera udara atau laut.

Lim dilaporkan themalaymailonline.com menarik balik kenyataannya itu yang disifatkan atas kapasiti peribadi dan tidak ada kena mengena dengan partinya.

“Sebenarnya hal ini amat mudah. Jadikan sahaja seorang pemimpin DAP untuk menjadi komander tentera udara atau tentera laut, maka kita akan menemui MH370,” kata Lim awal hari ini.


Peta di atas, sumber klik sini.

Kenyataan Lim itu dibidas oleh mynewshub yang disifatkannya sebagai kenyataan paling bangsat kerana menghina pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang majoritinya berbangsa Melayu.


Komen Isac;

Tahukah En Lim ini bahawa Lautan Hindi mewakili 1/3 daripada keluasan lautan di dunia???? Lautan luas tak bertepi....

Tiada bathemetry/peta nautical yang tepat untuk kawasan carian. Bayangkan berapa lama pemetaan dasar laut perlu dilakukan untuk 1/3 daripada keluasan lautan di dunia???

Cubalah bandingkan dengan perairan Malaysia!!! Yang tak sebesar mana itupun bukan mudah untuk melakukan SAR, apalagi apabila lokasi sebenar kemalangan tidak diketahui...

Perjalanan udara daripada "ketemadunan terdekat" iaitu dari Australia mengambil masa 8 jam pergi dan balik.... Menggalkan cuma 2 jam sahaja penerbangan "SAR" yang effektif untuk sesuatu pesawat menjalankan kerja2 pencarian.

Dengan ombak yang ganas yang tidak memungkinkan pencarian dilakukan.....dan kesukaran menentukan tempat kemalangan.....

Arus yang deras yang menghanyutkan "debris" beratus-ratus km daripada tempat kejadian/kemalangan...

Suhu yang sejuk kerana berdekatan dengan Antartika, Kutub Selatan/kawasan tersejuk di dunia.

Lautan sunyi yang kedalamannya mencecah sehingga 7000m??? Sekiranya kawasan lokasi kemalangan telah dapat dikecilkan pun...dengan kedalaman sehingga 7000m. Menurunkan ROV bakal mengambil masa yang lama....Selain arus deras....

Bagaimana pula jika sedang menurunkan ROV ataupun ianya telah diturunkan dan sedang beroperasi... jika tiba2 cuaca dan ombak tiba2 berubah dan mengila???

Biarkan sahaja peralatan bernilai ratusan juta hilang begitu sahaja???

Bila cakap X pakai otak....itulah hasilnya.... Tanpa sedikit asas dan pengetahuan oceanography, bathematry survey, simulasi ombak dan arus lautan, angin, pengetahuan tentang SAR, pengetahuan tentang pesawat dan kapal....bagai mana mahu menjadi Komander SAR yang baik??? Ironinya ilmu bomoh pun X ada... :)

WOW!!!

Macam tu X payah lah sekolah tinggi2 dalam bidang tertentu....Lantik sahaja lah pemimpin2 DAP dalam semua jawatan tertinggi negara....Malaysia pasti mencapai Wawasan 2020 dalam masa terdekat???











28 Mar 2014

CNN Sehebat Pakatan Rakyaat



Diracun Arsenik...

Suntikan HIV...

Sakit tengkuk...

Sakit belakang X boleh nak berjalan..

40 ribu pengundi hantu....

Blackout 505...

Dan mcm2 lagi..

Dan lebih tepat....Pastinya PR yg macam CNN....sebab kuat menipu....

Ataupun ianya terbalik.... PR terutamanya PKR yang kuat menipu serupa CNN.... :)


posted from Bloggeroid

Selepas Pesawat MH370, Lori Bomba Pula Dilarikan???


SEORANG lelaki bertindak nekad melarikan sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang di Bagan Datoh dan memandu kenderaan itu sejauh lebih 20 kilometer ke Teluk Intan, pagi Isnin. 24 Mac, 2014. Berita Harian.


Komen Isac;

Macam2..... Apa sebab beliau melarikan lori bomba ni X tahu lah pulak....

Jangan ada yang kata sebab rayuan Anwar untuk meminda sebaris ayat dalam keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan kes Liwat 1 dulu sudah lah....




posted from Bloggeroid

Kantoi SPM Pun Boleh Jadi Pemberita CNN?


Ada yang mengutuk....

Grammar "Lina Hassan" ni teruk....

Tapi bagi penulis.....Moral of the story....

Anda tak perlu pandai berbahasa Inggeris untuk menunjukkan semangat patriotisma dan untuk membela negara tanah tumpah darah anda....

Sebaliknya X pandai Sejarah dan Geografi duniapun anda boleh jadi reporter.....

Tapi benarlah kata pepatah.....,"Tong kosong". Orang yang cakap banyak tu kekadang umpama tin kosong aje....

Kononnya pandai, tetapi hakikatnya' "satu hapah pun X ada"....

27 Mar 2014

Tanpa Kotak Hitam dan Tanpa Saksi Hj Hadi Dakwa MH370 Dirampas???


YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.



Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.

Sumber klik sini.


Komen Isac:

Hari tu bukti video pun X nak pakai...

Kata kamera tu pekak dan bisu....X boleh jadi saksi....

Ini tiba2 pulak tanpa bukti jelas.... TG Hj Hadi mendakwa kapal terbang tersebut telah dirampas.

Sedangkan PM Najib dan apa lagi H2O berkali2 apabila ditanya pemberita hanya mengatakan semua misteri perlulah merujuk kepada hasil analisis kotak hitam bila ditemui nanti, kerana mereka tidak mahu membuat andaian2 liar...yang beleh membawa kepada kesan yang buruk termasuk memfitnah....

Memang X dinafikan...

Tanpa isyarat kecemasan daripada juruterbang, transducer pesawat yang dimatikan.... 

Turn back yang tidak mendapat kelulusan menara kawalan....

Pergerakan/maneuvre mengelak dikesan radar....

Tempat kapalterbang terhempas yang jauh dari laluan kapal2 dagang dan kapalterbang...

Laut yang sunyi, dalam sehingga 7000m, ombak ganas, sejuk, arus yang kuat lautan luas tak bertepi....Menjadikan misi SAR hampir mustahil....

Seolah2 mahu "menutup" rahasia MH370 dari diketahui ramai...


Apapun...penulis bersyukur kerana TG Dato' Hj Hadi dan Dato' Mahfuz Omar nadanya telah agak perlahan.... Seolah-olah telah sedar betapa perlunya kita semua bersatu kerana kita sebenarnya menghadapi musuh yang sama dan musuh kita lebih "besar" dari apa yang kita bayangkan....






26 Mar 2014

Sesetengah Peguam Cuma Bagus Untuk Lepaskan Penjenayah???



Foto di sebelah hanyalah hiasan....

Patutlah dalam filem2 barat genre action dan thriller banyak menunjukkan bagaimana peguam2 yang tamak tanpa segan-silu membela ketua2 gengster malah yang bertaraf "God Father" demi untuk mendapat  bayaran yang lumayan..

Di Malaysia pun sama ....Setelah kaya-raya mendapat "duit haram" mereka ini akan terjun ke dunia politik pula untuk mendaptkan kuasa....

Sedikit masa dulu ada kisah peguam2 yang membela pemimpin seorang politk mendapat imbuhan sehingga RM 20 Juta...

Ironinya pemimpin politik tersebut kononnya berjiwa rakyaat dan seorang yang "bersih". Jika benar, dari manalah dia dapat duit sebanyak tu unttuk membayar loyar tu agaknya....


posted from Bloggeroid

Permohonan Anwar Untuk Gugurkan Aktiviti Liwat Dari Laporan Penghakiman Gagal?




PUTRAJAYA 26 Mac - Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi menolak permohonan semakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahka Pmah Persekutuan terdahulu dalam kes liwat melibatkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar yang diputuskan sembilan tahun lalu.


Dalam penghakiman bertulis tersebut, tertera beberapa perenggan keputusan mahkamah yang menyatakan mahkamah percaya bahawa Anwar mempunyai kecenderungan melakukan homoseksual bersama Azizan pada ketika itu. - Rakyat News


Komen Isac;

Semoga tidak berlaku tragedi baru yang dilakukan oleh penyokong2 beliau yang kecewa sudah lah....

Kenapa Anwar X pula mahu menyaman mahkamah kerana walaupun telah melepaskan beliau daripada tuduhan meliwat dalam Liwat 1, tetapi keputusan para hakim mahkamah rayuan tercatit bahawa aktiviti homoseksual memang telah berlaku ???

posted from Bloggeroid

24 Mar 2014

MH370: Mari Terus Memfitnah MAS???



Ini sebenarnya kapal terbang Airbus A380 bukannya pesawat Boeing 777.
Triple Seven..mempunyai turbin injin 2 biji je..Bukannya empat sebagaimana pesawat A380.

Yang kat bawah ni adalah promosi sebenar pesawat Airbus A380.



Inilah antara sebab mengapa Malaysia kurang maju berbanding Korea. Pasti rakyaat Korea akan mempertahankan syarikat milik negara mereka berbanding kita yang lebih suka "mencebik" dan memandang rendah keupayaan bangsa sendiri....

posted from Bloggeroid

Pesawat China Kesan Dua Objek Besar Terapung Dengan Beberapa Objek Kecil Bertaburan Dalam Radius Beberapa Kilometer???

Foto (kiri) Pesawat Ilyushin IL-76 dari China - AFP


ABOARD IL-76 AIRCRAFT: Anak kapal pesawat IL-76 China mengesan beberapa “objek yang mencurigakan” di selatan Lautan Hindi pada Isnin sewaktu operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 di luar pantai Australia.

Menurut agensi berita China Xinhua, korespondennya berkata, objek “putih dan berbentuk petak” itu dikesan pada koordinat 95.1113 darjah timur longitude dan 42.5453 selatan latitude.

Lokasi itu kemudiannya dilaporkan kepada pusat kawalan di Australia termasuk kapal pemecah ais China, Xuelong yang sedang berlayar ke sana.

Koresponden Xinhua yang mengikuti operasi tersebut berkata misi pencarian itu mengesan dua objek besar terapung dengan beberapa objek kecil bertaburan dalam radius beberapa kilometer.

Oleh kerana dua pesawat mencari dari China telah pun kembali, mereka telah memohon pihak Australia untuk menghantar pesawat lain bagi meneruskan pemeriksaan di kawasan tersebut.

  

PRK Kajang: Malaysiakini Sudah Bosan Dengan Pakatan Rakyaat Yang Kuat Memfitnah???

Malaysiakini dengan secara tidak sengaja telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyaat sememangnya kuat menipu dan kaki fitnag??? Sumber klik sini.

22 Mar 2014

Mari Kenali Pengkalan Udara Diego Garcia???



Banyak cerita2 konspirasi yang mengaitkan Diego Gracia dengan misteri kehilangan pesawat MH370. 

Jika dilihatkan bagaimana transducer dan lain2 peralatan komunikasi pesawat MH370 telah dimatikan...

Jika dilihatkan bagaimana pergerakan pesawat malang tersebut yang melakukan gerakan seperti mahu mengelak daripada dikesan radar selepas kali terakhir perhubungan dengan menara kawalan....

Jika dilihat bagaimana ....Kawasan yang dikatakan ianya mungkn terhempas di Lautan Hindi yang jauh daripada laluan kapal2 dagang dan juga laluan kapalterbang.....

Pasti siapapun tidak akan menolak bahawa misteri kehilangan pesawat MH370 ada kaitan dengan rampasan....

Walau bagaimanapun kerana sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggung-jawab motif pelakunya tidak dapat dipastikan.

Suatu yag agak pelik apabila pihak Indonesia dan pengkalan udara Deigo Gracia juga tidak dapat mengesan pesawat tersebut kerana jika benar ianya telah terhempas di Lautan Hindi 1200 batu nautika di sebelah Barat Daya Australia pasti ianya telah melintasi ruang udara Indonesia untuk ke sana daripada tempat terakhir ianya dikesan oleh radar TUDM  (di Selat Melaka) dan sebagai pengkalan tentera ,radar yang dimiliki oleh Diego Gracia pasti mampu untuk mengesan pesawat tersebut.

Jestru ada baiknya kita mengetahui serba sedikit tentang pengkalan tentera udara tersebut seperti lokasi, kapasiti, milik siapa, siapa yang menguruskannya, sejarahnya dan lain-lain lagi. Sekadar untuk informasi. Sumber klik sini.

21 Mar 2014

Jika Serpihan di Lautan Hindi Sah Milik MH370 Bukti Ianya Bukan Masalah Teknikal???




CANBERRA - AUSTRALIA. Pakar keselamatan Australia, Neil Fergus berkata, jika dua objek dikesan di luar pantai Perth disahkan sebagai milik MH370 maka beliau menolak sebarang kemungkinan berlaku kesilapan teknikal.

Semalam, kerajaan Australia memaparkan imej satelit yang mungkin serpihan pesawat di kira-kira 2,500 km barat daya Perth.

Fergus yang juga Pengarah Perisikan bagi Sukan Olimpik Sydney 2000 berkata, jika berlaku kerosakan pada pesawat itu ini bermakna pesawat terbabit tidak dapat diterbangkan di mana serpihan dikesan.

“Jika serpihan itu disahkan betul teori kepincangan teknikal harus ditolak,“ katanya.

Menurutnya, tidak mungkin ada masalah teknikal atau berlaku kebakaran jika pesawat itu dapat diterbangkan ke lokasi yang didakwa penemuan serpihan terbabit.


Komen Isac;

Seolah2 ianya menguatkan teori konspirasi.....

Sebelum ini Indonesia membidas laporan yang mengaitkan negara itu terbabit dengan "pakatan sulit" dengan negara kuasa besar untuk di dalam merahsiakan bahawa pesawat MH370 ada melintasi ruang udara ataupun jangkawan radar Indonesia. Bagi penulis baik kta jangan menunding jari kerana ini juga kemungkinan boleh berlaku dek kerana kekurangan pengalaman ataupun tidak sensitif dengan apa yang berlaku.

Lagipun sekat 14 hari pencarian, kesemua dakwaan yang melibatkan penemuan "DEBRIS"  ataupun kaitan dengan pesawat MH370 sebelum ini terbukti tidak benar.

Jestru marilah kita terus berdoa agar pencarian ini dipermudahkan. Amin.

posted from Bloggeroid

20 Mar 2014

Timbalan Presiden dan S/U Agong Pas Ikut Jejak Presiden???



Nasib baik jumlah saman yang dihadapi Presiden lebih banyak.... Baru lah X kalah dengan Timb. Presiden dan S/U Agong....

Bukti Pas bukan parti yang memperjuangkan Islam?

posted from Bloggeroid

Pesawat MH360 Telah Dijumpai ???

Check out @erisjemadi's Tweet: https://twitter.com/erisjemadi/status/446507149665918976

CANBERRA: Objek terbesar yang dikesan dalam pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 bersaiz 24 meter manakala objek kedua pula yang dikesan adalah bersaiz kecil, kata pihak berkuasa Australia, hari ini.

"Objek-objek itu secara amnya tidak jelas. Bagi saya, petunjuk ini adalah objek bersaiz berpatutan dan mungkin dipenuhi air serta tenggelam timbul di atas permukaan," kata pegawai Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

"Objek terbesar....bersaiz 24 meter. Ada satu lagi bersaiz kecil," katanya. - AFP/Berita Harian.

posted from Bloggeroid

19 Mar 2014

Penerbangan MH370 Kelihatan di Kepulauan Maldives, Perjalanan Sejauh 5000km ???

Walaupun belum dapat dipastikan kesahihannya tetapi sekurang-kurangnya dakwaan penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll, Kepulauan Maldives melihat sebuah “pesawat jumbo terbang rendah” di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, mungkin boleh jadi petunjuk baru dalam misi pencarian MH370.

Kepulauan yang terletak di Lautan Hindi itu ketika ini tidak termasuk dalam Koridor Selatan usaha mencari dan menyelamat MH370.

Dalam satu laporan oleh akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk setempat mendakwa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan pada hari yang sama Boeing 777 - 200  MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang.

Malah, mereka menggambarkan pesawat itu berwarna putih dengan jalur merah warna hampir sama digunakan pesawat MAS.

Menurut laporan tersebut, saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di Selatan Maldives.

Kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

X salah kalau kita menghantar pasukan penyiasat untuk melakukan siasatan.

Lagipun jika dikira jarak penerbangan yang mungkin dilalui oleh pesawat MH370 untuk ke Kepulauan Maldives adalah di dalam jangkauan.

Penulis ada membuat anggaran jarak menggunakan Google Earth, jarak penerbangan yang dilalui untuk ke sana termasuk penerbangan dari KLIA ke Kota Baharu, sebelum memasuki ruang udara Vietnam, "Turn Back" yang dilakukan dan perjalanan ke Kepulauan Maldives keseluruhannya hanyalah sekitar 5,000km. Jika di bahagi dengan kelajuan pesawat sekitar 800km/jam. Jaraknya cuma sekitar 6 jam penerbangan. Selalunya pesawat Boeing 777 akan membawa bekalan minyak sehingga 8 jam penerbangan.

Dah macam curi kereta pulak....

Selalaunya kereta2 mewah dan 4 X 4 yang terlaris dicuri di Malaysia untuk dieksport keluar negara. Sekarang ni pesawat Jumbo pun kena curi juga.

Mudah2an krisis ini akan segera berakhir.

Mengapa Anwar Hanya Berani Saman Media Tempatan???



Kalau dengan media tempatan....


Kalau ada peluang...Sure kena saman...Begitu juga dengan beberapa  individu seperti "Datuk T"...."Saiful".... dan beberapa orang lagi....

Paling tidak pun beliau akan mengeluarkan ancaman, "Kalau u tanya lagi I saman!!!"

Tapi yang peliknya....Anwar tidak sebegitu berani jika ianya membabitkan media barat....

Lihat sahaja apabila beliau dikaitkan dengan andaian bahawa kehilangan MH370 adalah disebabkan oleh "juruterbang fanatik" yang dikatakan sedih bila Anwar dihukum penjara 5 tahun...

Bukan sahaja akhbar tersebut tidak disaman malah, Anwar juga mendawa tidak mengenali Kapten Zahrie ahli seumur hidup PKR yang agak aktif dalam aktiviti2 PKR, yeng menjadikan Anwar idolanya, malahan merupakan pakcik kepada satu2nya menantu perempuan Anwar.

Sumber klik sini.

18 Mar 2014

Klip Video Terakhir Juruterbang MH370 Melalui Pemeriksaan Keselamatan Dimuat-turun di Website???


Kelihatan Kapten Zaharie Shah, 53, diikuti oleh pembantu juruterbang Kapten Fariq Abdul Hamid, 27, melalui pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk memasuki pesawat MH370.

Sumber klik sini.

PRK Kajang @ MH370: Belum Tentu Bersalah Kapten Zahrie Telah Dibiarkan Keseorangan???



Mmmm... Mcm pernah dengar "style" penipuan ini... Dulu kata X kenal Saiful Bahari.... Lepas tu X kenal...Datuk Eskay.... X kenal lelaki dalam video seks,   Ni tak kenal Kapten Zahrie....

Bukan kita nak menuduh Kapten Zahrie pun....

Cuma siasatan dijalankan dengan mengikut prosedur....

Siasatan perlu dijalankan terhadap sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai motif walaupun sekecil mana sekali pun.....

Kesihan Kapten Zahrie....

Belum tentu didapati bersalahpun...Kengkawan dalam PKR dah memencilkan beliau.....

"Besan Sepupu" pun X mengaku mengenali beliau.....Padahal ketua parti dan pemimpin politik tersebut telah menjadi idola dan mendapat sokongan beliau selama ini....

Jika ditakdirkan Kapten Zahrie  kembali dengan selamat pasti nanti beliau akan sedar, "siapakah kawan dan siapa lawan" yang sebenarnya!!!

5 Landasan Dalam Simulator Kapten Zahrie Disiasat???



Iaitu Diego Garcia, Maldives, Sri Langka, dan 2 di India.

Ke lima-limanya berada dalam koridor utara. Setakat ini landasan2 kapalterbang yg berada dalam koridor selatan belum lagi disiasat.

Apapun hasil siasatan nanti, kita harapkan yang terbaik. Kita bukan mahu menuduh sesiapa tetapi setiap motif perlu disiasat kerana bak kata pepatah, " rambut sama hitam tapi hati lain2".

Buat keluarga Kapten Zahrie pula supaya mereka tidak merasa tertekan kerana siasatan ini juga mampu membersihkan nama Zahrie sekiranya beliau sememangnya tidak bersalah.

Apapun penulis merasakan penumpang2 penerbangan MH370 bertuah kerana mempunyai kapten pengendali pasawat secekap Zahrie yang dikatakan mampu mendaratkan pesawat jumbo di landasan yg pendek dengan selamat. Semoga pengalaman beliau yang hebat itu dapat menjamin keselamatan penumpang2 dan krew pesawat MH370.

Semoga pencarian ini nanti akan berakhir dengan berita gembira.

Sumber klik sini.

posted from Bloggeroid

17 Mar 2014

Bomoh "1 Malaysia" Asalnya Bomoh Reformasi???



Sumber klik sini.

Sampai X tahu nak komen apa....

Siapa yang "tumpang" populariti siapa agaknya ya???

Cumu orang kata...Buat orang yang sedang lemas.... Apapun akan digapai untuk menyelamatkan diri....

Ketua Polis Negara Arah Tembak Sesiapa yang Membuat Pembakaran Terbuka?



JAKARTA: Ketua Polis Negara, General Sutarman, kelmarin mengarahkan polis menembak suspek yang terbabit dalam aktiviti membakar ladang jika melawan tangkapan, dalam reaksi kepada kebakaran hutan berterusan yang menyebabkan jerebu teruk di seluruh Sumatera.

“Jika pesalah melawan tangkapan atau mencederakan orang lain, tembak mereka,” Sutarman dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Antara di Pangkalan Tentera Udara Roesmin Nurjadin di Pekanbaru, Riau.

Katanya, pegawai yang terbabit dalam jenayah itu berdepan layanan sama: “Tembak mereka juga.”

Sumber klik http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tembaksuspekbakarhutan/m/mArticle

Komen Isac;

Itu di Indonesia.

Walaupun nampak agak keras tetapi perkara ini telah berulang sejak saban tahun dan juga telah menyebabkan konflik dengan negara2 jiran akibat jerebu yang terhasil. Dengan musim kemarau yg melanda Asia Tenggara sejak 2 bulan lepas, jangankan pembakaran terbuka banyak belukar dan kawasan hutan juga telah terbakar.

Jestru jika orangramai masih lagi tidak mengendahkan larangan pembakaran terbuka maka arahan menembak sesiapa yang Ingkar mungkin adalah jalan pencegahan terbaik untuk mengundang gerun dan seterusnya mencegah orangramai daripada melakukan pembakaran terbuka.

posted from Bloggeroid

16 Mar 2014

Husam Dedah Pas X Serius Laksana Hukum Hudud di Kelantan???


Biasalah.... Semasa beliau berada di dalam kerajaan negeri...
Apa sahaja sentuhan Husam pun X menjadi....Bila dah X berada dalam kerajaan negeri.....Kerajaan yang sedang memerintah pula yang hendak disalahkan... Sumber klik sini.




Koridor Depu, Kambing Janapari, Stadium Baru, Keretapi Laju, Ladang Rakyaat, Hutan Lojing, Lebuhraya Kuala Krai-Kota Baharu, Jambatan Paklebang, Dinar Emas, Hudud, Lombong Emas dll...

Fitnah Terbaru Wan Azizah Terhadap Kerajaan Barisan Nasional???

Memang penulis akui Islam melarang mendedahkan aib saudara seagama...

Tapi bangaimana pula dengan mereka yang tidak habis2 memfitnah orang lain???

Adakah imej bertudung menghalalkan segala-gala yang dilakukan oleh mereka???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3