bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jan 2014

Sampai Bila Pas Nak Jadi Lebai Malang?



DATUK Seri Anwar Ibrahim dan PKR ternyata berjaya mencetuskan tembok perbezaan dalam kalangan pemimpin Pas.Tidak mengambil kira contoh-contoh terdahulu yang banyak, kontroversi peletakan jawatan Adun PKR Kajang, Lee Chin Cheh yang baharu beberapa hari ini sahaja sudah cukup untuk membahagikan Pas kepada dua blok.

Blok yang berasa parti itu dikhianati oleh Anwar dan PKR diketuai Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus; Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan.Bagi kumpulan ini,  tindakan PKR yang dimulakan dengan peletakan jawatan tanpa sebab yang wajar oleh Chin Cheh dan disusuli pula dengan sidang media mengumumkan Anwar akan bertanding pada PRK kerusi Dun berkenaan tidak seharusnya berlaku. 

Ia bukan sahaja berkait dengan tindakan mengetepikan Pas yang tidak diajak berbincang sebelum keputusan mengenai perkara itu dibuat.Malahan ini dianggap penghinaan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju Khalid dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU13.Khairuddin menuntut kerusi MB dikembalikan kepada Pas yang lebih berhak.

Selain itu, perbuatan mengosongkan kerusi tanpa sebab yang munasabah sekali gus memerlukan suatu pilihan raya kecil diadakan dengan kos jutaan ringgit jelas adalah pembaziran wang rakyat, apa yang sering dijadikan modal oleh PR untuk menyerang Kerajaan BN.

Sumber klik http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/pas-jangan-jadi-lebai-malang-1.246204


Komen Isac;

Kalau dilihatkan kepada kedudukan Pas, di Penang dan Selangor ADUN mereka tidak layak pun jadi exco agama.

Sementara di Selangor dimana jumlah Adun mereka lebih ramai berbanding PKR dan sama banyak dgn DAP, pun PAS dinafikan hak untuk jadi MB.

Malah apabila timbul masalah dalaman falam PKR membabitkan perebutan kerusi MB Selangor, pandangan Pas lansung tidak diminta dan PKR bertindak seolah2 kerusi MB Selangor adalah hak mutlak mereka.

Pertanyaan penulis, dengan kedudukan Pas umpama melukut di tepi gantang dalam PR, boleh ke Pas berbuat sesuatu apabila PR memenangi PRU 14 kelak?

Terutama jika jika kekal di dalam PR? Hakikatnya sekiranya Umno masih lagi wujud, walaupun BN mungkin kalah dlm PRU 14 nanti tetapi Umno mungkin akan kekal sebagai parti yang mempunyai MP teramai.

Bila PR menang dalam situasi ini MP Pas masih akan kekal minoriti kerana apa yang berlaku pertambahan kerusi adalah di pihak DAP yang berjaya merampas kerusi calon2 Cina dari komponen2 BN yang lain termasuk di Sabah dan Sarawak.

Jika ini berlaku, apa yang mampu dilakukan oleh Pas? Jangankan jadi PM, jawatan menteri agama pun orang PKR akan bolot. Dapatkah ketika itu Pas menegakkan Hudud??? Mempertahankan kalimah Allah dan membenteras gerakan memurtadkan Melayu??? Menentang Pluralisasi agama?

Bak kata pepatah, nasib orang Melayu pada masa itu ibarat, "Bagai nasib Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai".

posted from Bloggeroid

30 Jan 2014

Perlekeh Rampasan DUN Perak Nik Aziz Terlupa Dia Pernah Sokong Rampasan 19 September


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di Dun Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.


Beliau berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi demokrasi sangat memualkan sedangkan langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.



"Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. 



"Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan. 



"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata beliau dalam kenyataannya di laman Facebook.


Sumber klik sini.


Komen Isac;

Nik Aziz mungkin terlupa beliau pernah menyokong rancangan Anwar dalam "Projek 16 September". Kononnya PR telah dapat memancing 40 orang MP BN untuk melompat ke PR.

Malah sebelum pembentukan kerajaan campuran di Perak sehingga mengakibatkan kerajaan PR tumbang, seorang ADUN BN telah diterima melompat ke PR dengan begitu bersuka-ria oleh mereka....

Jestru kenapa nak komen bila "senjata makan tuan"???

Apa yang berlaku di Perak tidak melibatkan PRK yang sengaja diada2kan sehingga mengakibatkan pembaziran duit rakyaat. Tetapi PR telah dua kali sengaja menyebabkan PRK gara2 perancangan politik dalaman mereka.

Memang Ilmu Nik Aziz tinggi, amalannya juga banyak. Tetapi tindakkan beliau yang sentiasa memenangkan tindakan sekutu Pas dalam PR semakin memualkan.

Malah dalam sesetangah "fatwa peribadi" beliau, jika Umno yang melakukan ianya akan cepat2 dilebel sebagai haram dan boleh jatuh kafir... Tetapi apabila rakan2 sekutu waima Pas sendiri yang melakukan perkara yang sama ianya dibolehkan dan sekadar startegi politik umpama, "Peperangan itu adalah tipu-muslihat".


posted from Bloggeroid

29 Jan 2014

Allah Panjangkan Umur Anwar!!!



Sumber whatapps group.

posted from Bloggeroid

Pas Selangor Ketandusan Pemimpin Untuk Diketengahkan Sebagai MB Selangor - Suatu Penghinaan???


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Osman yang juga Yang Dipertua Pas Kapar berpendapat, berdasarkan maklum balas yang diperolehi daripada pihak akar umbi, ramai tidak bersetuju sekiranya PKR memutuskan sendiri keputusan siapa menteri besar sekiranya ia benar berlaku.

“Secara peribadi saya bersetuju dengan Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman bahawa Pas akan menghantar dua atau tiga calon kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan ia terpulang sama ada mendapat perkenan.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Seolah2 komponen PR yang lain ketandusan pemimpon yang boleh diketengahkan untuk menjadi MB Selangor.

Bagaimana dengan Dr Rani, Khalid Samad??? 

Tak pun pemimpin di luar Selangor seperti Husam Musa dan Nasruddin Tantawi juga boleh "diSelangorkan" sebagaimana Anwar jika mahu melantik mereka sebagai MB Selangor.

Tindakan PKR yang 'memmonopoli" jawatan MB Selangor seolah2 memperbodoh2 kan sekutu mereka dalam PR.

Bayangkan bagaimanalah Pemimpin Pas nak jadi PM jika ditakdirkan PR menang dalam PRU 14 nanti....

Alamatnya Hudud hanya akan tingga sebagai janji2 kosong Pas sebagaimana Koridor Depu, projek kambing Janapari, stadium baru, lebuhraya Gua Musang ke Kuala Kerai, penambakan pantai Seri Tujuh, Jambatan Palekbang dan lain2 lagi...


posted from Bloggeroid

28 Jan 2014

DUN dan Jawatan MB Selangor Ni "Bapak" PKR Yang Punya Ke?


SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor membidas tindakan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa alasan munasabah sebaliknya hanya ingin  memberi  laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerusi tersebut.


Justeru,   dilihat sebagai  satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat Selangor serta rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) Selangor sedangkan negeri itu ditadbir secara bersama oleh Pas, PKR dan DAP.

Menurut Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim, pihaknya kesal dan kecewa dengan tindakan tersebut yang menurutnya dilihat membelakangkan rakan daripada PR dalam membuat keputusan.



"Melihat situasi yang berlaku, peletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk  Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pagi tadi.


 "...oleh itu Pemuda Pas Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh Pas, PKR dan DAP,...sepatutnya persetujuan bersama amatlah diperlukan.

"...ini kerana tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara PR dan memberi imej negatif kepada rakyat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Sumber klik sini.


Komen Isac;

Secara bahasa kasar mungkin itulah yang ingin disampaikan oleh pemuda Pas Selangor...

Negeri Selangor bukannya milik peribadi "PKR" begitu juga dengan jawatan MB Selangor. Secara hakikatnya Pas dan DAP memiliki lebih satu kerusi berbanding PKR. 

Jestru sewajarnya PKR tidak boleh sewenang2 mencatur dan mengarahkan ADUN Kajang untuk meletakkan jawatan gara2 mahu meletakkan Anwar di dalam senarai ADUN PR di Selangor sehingga menyebabkan PRK terpaksa diadakan yang bakal mengundang pembaziran wang rakyaat sehingga RM 6-7 juta iaitu termasuk kos keselamatan dengan kehadiran beribu2 anggota polis sejak hari penamaan dan sepanjang hari berkempen dan mengundi.

Pakatan Rakyaat dan Anwar yang selama ini mempertikaikan ketelusan dan penganjuran pilihanraya di Malaysia oleh SPR sekali lagi menggunakan khidmat SPR demi untuk merungkai masalah dalaman mereka dan mencapai kepentingan politik peribadi sesetengah pemimpin.

Sah Anwar Akan Bertanding di DUN Kajang - Khabar Angin Bakal Jadi MB Selangor Benar???

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat  Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya.


Sumber klik sini.


Komen Isac:


Jangan ingat Anwar sudah "putus asa" untuk jadi PM....

Sekarang adalah masanya yang sesuai sebab kebanyakkan rakyaat Malaysia termasuk orang2 Melayu penyokong2 kuat Umno yang tinggal di kampung2 pun telah semakin resah dengan kenaikkan harga barangan keperluan harian.

Apapun setiap orang ada masalah...mereka sendiri....

Selain gaji MB Selangor bakal lebih mahal daripada gaji PM dan itu belum lagi termasuk elaun pengarah di syarikat2 GLC milik kerajaan negeri.... Perlantikan Anwar sebagai MB Selangor yang baru pastinya mengesahkan lagi pergeseran antara kumpulan Khalid, Wan Azizah, Nurul Izzah dan juga kumpulan Azmin sehingga Anwar terpaksa menjadi orang tengah kerana masing2 kumpulan tidak mempercayai antara satu dengan lain.

Apapun Umno tidak boleh suka hati kerana perjalanan ke PRU 14 masih jauh dan keadaan sekarangpun jelas tidak memihak kepada mereka.

Sewajarnya rakyaat Selangor menunjukkan pintu keluar buat Anwar kerana bosan dengan politik peribadi dan berlebihan PR sehingga bakal mengorbankan sekali lagi jutaan wang rakyaat!!!

27 Jan 2014

Siapa MB Selangor Yang Baru, Anwar atau Wan Azizah???


Khabar angin bahawa Anwar bakal menjadi MB ang baru klik sini 

Adakah ini bermaksud Anwar telah "putus asa" untuk mengejar cita2nya untuk menjadi PM???

Dengan perletakkan jawatan Adun PKR Kajang, klik sini, khabar angin tersebut seolah2 benar....

Tapi Anwar ni.....

X mungkin dia akan membiarkan perancangan selama 50 tahun sejak di MCKK berkubur begitu sahaja....

Apa lagi setalah peristiwa "disekat" daripada memasuki negara Jepun gara2 hukuman penjara kerana salah guna kuasa dalam kes Liwat I nya tahun 1999 yang lalu.

Pastinya insiden tersebut akan menguatkan lagi semangatnya untuk menjadi PM dalm usaha mahu "membersihkan" nama dan rekodnya dari sebagai bekas banduan dan dipercayai terlibat dalam kes seks bebas dengan lelaki dan wanita.

Pastinya kejayaan Nelson Mandela yang pernah dipenjarakan berpuluh2 tahun, meruntuhkan sistem Apartheid, menjadi Presiden Afrika dan membersihkan namanya amat dicemburui oleh Anwar.

Dengan keadaan kedudukan Umno/BN dilihat "goyah" gara2 kenaikan harga barang2 keperluan selepas penarikkan beberapa barangan subsidi dan kenaikan tarif elektrik, toll dll oleh kerajaan disamping tindakan "menangguk di air yang keruh" oleh orang tengah dan pengedar2 barangan keperluan yang pro DAP, pastinya Anwar tidak akan melepaskan peluang ini.

Sebagaimana biasa Anwar sebagai "bapak propaganda" pasti dapat melihat, sekaranglah masa yang terbaik untuknya mengekalkan momentum agar rakyaat terus membenci Umno/BN menjelang PRU 14. Jestru beliau pastinya tidak akan membiarkan dirinya terikat dengan masalah di Selangor. Walaupun masalah percakaran Khalid dan Azmin perlu diselesaikan seperti "menarik rambut dalam tepung". Pastinya beliau tidak akan membiarkan masanya terbazir di Selangor.

Pada pendapat penulis jalan tengah yang beliau ambil adalah dengan membiarkan isterinya DS Wan Azizah bertanding dalam PRK Kajang dan akan dilantik menjadi MB perempuan Selangor yang pertama.

Selain melakar sejarah, perlatikkan tersebut pastinya akan dapat meredakan keadaan.

Apapun adakah DS Wan Azizah berkalibar untuk jawatan tersebut? Ataupun hanya akan bertindak sebagai proksi Anwar???

Walaupun DS Wan Azizah dilihat begitu setia sejak dahulu lagi untuk mempertahankan kepentingan dan maruah Anwar termasuklah sehingga perlu berbohong dan memfitnah, adakah pengundi2 Kajang rela membiarkan diri mereka dipermainkan untuk memenuhi kepentingan politik peribadi Anwar???



posted from Bloggeroid

Camkan Baju Ini - Mana Tahu Nanti Ada Yang Mengenakannya Dalam Video Seks 2014???

Foto: Dialog, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dalam sesi Dialog Anak Muda di Sunway Resort Hotel pada hari ini. Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI. Foto tiada kena-mengena dengan artikel. Hanya sebagai hiasan.

Bukan mahu menuduh.... Sekadar berhati-hati...

Bak kata pepatah, "Pelanduk selalu lupakan jerat, tetapi jarat tidak pernah lupakan pelanduk".

Walaupun kita tidak wajar menghebahkan aib orang lain, tetapi mencari pemimpin sudah tentulah kita mahu cari yang terbaik. Walaupun manusia tidak sunyi dari membuat kesilapan, tetapi pastinya kita mahu menolak pemimpin2 yang tidak serik2 mengulangi "kesilapan" yang sma.

26 Jan 2014

Saranan Anwar Hentikan Budaya Menghasut - Blackout 505 dan 40 Ribu Bangla tu Apa???

Bila bercakap tak melihat cermin ini lah jadinya....

Jika dilihat, sejak dari mula pembabitannya dalam politik di Malaysia pendekatan yang digunakan oleh Anwar lebih kepada hasutan....

Persitiwa Demonstrasi Baling... Kononnya ada petani yang kebulor kerana kemiskinan.... Sehingga pengganas2 Komunis pun keluar hutan kononnya mahu menolong orang2 kampung yang kebuluran....

Demonstrasi2 mahasiswa ditahun2 60an dan 70an....

Demonstrasi Reformasi 1998-1999....Liwat I dan II adalah Konspirasi Umno, Racun Arsenik, Suntikan HIV, Bersih 1, 2 & 3....Demonstrasi Teo Beng Hock....Blackout 505, 40 Ribu Pengundiw Hantu Bangla dan bermacam2 propaganda dan fitnah lain yang dihamburkan......

Itu bukan berunsur hasutan ke???

Sumber klik sini.

25 Jan 2014

Kenaikkan Harga Barang - Nasi Dah Jadi Bubur???



Goreng pisang sebesar jari, 5 keping seringit....

Sebiji pisang entah potong berapa lah agaknya....

Ini kat bandar Kecik ni....

Kalau kat JB, KL dan Penang X tahu lah...

Penulis bersembang2 sambil minum teh dengan seorang peneroka yang penulis jumpa secara kebetulan pada petang tadi....

Menurut beliau kenaikan harga barang yang agak melampau sejak akhir2 ini pasti X akan dapat dikawal oleh kerajaan BN/Umno....

Kenaikkan harga petrol, diesel, tarif elektrik, tol dan selari dengan kenaikan gaji kakitangan awam dan swasta sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberikan ruang dan peluang untuk para peniaga terutamanya pihak pengedar dan orang tengah mengambil kesempatan.

Tambahan pula kebanyakkan dari mereka ini adalah peniaga2 Cina yang hanya mementingkan keuntungan semata2 di samping bertindak mengikut keadaan politik semasa.

Menaikkan harga barang akan menyebabkan kerajaan BN/Umno akan dibenci oleh rakyaat di samping dapat membuat keuntungan berlipat kali ganda seumpama serampang dua mata buat mereka.

Jestu kerajaaan BN/Umno tiada pilihan kecuali mengambil tindakan drastik dengan meniru apa yang telah dilakukan oleh Khalifah Saidina Usman Al Khatab r.a. ketika pihak pengedar/orang tengah membuat kepungan ekonomi terhadap Kota Madinah yg mengakibatkan sehingga harga barangan keperluan naik sehingga 7 X ganda. Apa yg dilakukan oleh Saidina Usman adalah dengan membeli barangan keperluan dari luar, membawa masuk dan mengagih2 kan sendiri kepada penduduk2 Madinah, melepasi kepung ekonomi kabilah2 perdangangan di luar kota walaupun telah ditawarkan keuntungan sehingga 7 kali ganda.

Menurut Saidina Usman r.a. beliau hanya akan menjualkan barangan tersebut kepada sesiapa yang boleh menawarkan sehingga 700 kali ganda. Iaitu selari dengan ayat Al Quran
Al-Baqarah ayat 261 mathumnya, " Perumpamaan orang yang menginfakkan
hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan
Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".

Kerajaan BN/Umno bukan sahaja perlu memperbanyakkan kedai 1 Malaysia untuk mengawal kenaikan harga barang, malah kerajaan juga perlu merampas lesen peniaga2 yang sewenang2nya meningkatkan harga barangan terutamanya barangan keperluan.

Katanya apa yang berlaku sekarang harga hanya diturunkan ketika pak2 menteri dan pegawai2 penguatkuasa membuat rondaan tetapi harga akan dinaikkan semula apabila mereka ini telah beredar.

Apa kata DS Najib, Pak2 Menteri dan penasihat2 dalam Pemandu?
posted from Bloggeroid

Perginya Seorang Lagi Ulamak Yang Mempertahankan Kalimah Allah - Pas Bakal Semakin Liberal!!!


Al Fatihah buat Tuan Guru Dato Haron Taib yang meninggal dunia sekitar jam 12:10 malam tadi.

Apa pun kita telah kehilangan individu yang penting dalam Pas hari ini, beliau merupakan hanya antara sebilangan pemimpin2 berlatar belakangkan agama yang masih tinggal dalam Pas tetapi berani dan istiqamah di dalam menentang tipu-daya DAP.

Tuan Guru Dato Haron Taib yang penulis kenali;

1) Arwah bersama2 Dato'  Dr Haron Din Al Hafiz istiqamah di dalam menentang penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Kristian dan yang disokong oleh DAP dan PKR.

2) Arwah merupakan antara individu yang berfikiran waras dan menolak campurtangan DAP dalam hal-ehwal Islam dan pentadbiran parti PAS.

3) Pada PRK Sg Limau Arwah dikatakan telah tidak hadir mesyuarat dua hari sebelum hari mengundi kerana menolak campurtangan DAP dalam kempen PAS di Sg limau.

4) Arwah pernah mengesa pucuk pimpinan PAS menarik diri dari Pakatan ekoran sikap keterlaluan DAP dalam mencampuri urusan pentadbiran PAS.

5) Arwah mempunyai pandangan yang selari dengan Umno dalam mempertahankan Kalimah Allah dan nasib bangsa Melayu.

6) Selepas PRU13 arwah dikatakan pernah melahirkan kebimbangan akan ancaman Cina DAP yang dilihat seperti mahu merampas kuasa dan mengesa pucuk pimpinan parti Pas mengadakan hubungan dengan Umno demi menyelamatkan Islam.

7) Perjuangan arwah untuk memertabatkan Islam jelas, mahukan Islam dan bukannya menjadi barua DAP. Bersedia meninggalkan DAP jika mereka tetap menolak hudud.

8) DAP pastinya menarik nafas lega dengan kematian arwah kerana pastinya semakin kuranglah golongan ulamak dalam PAS yang curiga dengan DAP. Ini akan memudahkan mereka untuk menguasai dan menjadikan PAS kuda tunggangan mereka.

9) Allahyarham Haron Taib merupakan kawan rapat dan antara ulamak Pas yang sependapat dengan Harun Din di dalam mentang campurtangan DAP dalam PAS. Ustaz Dr Haron Din Al Hafiz juga kini sedang sakit tenat dan pastinya DAP akan dengan senang hati akan cuba mengambil peluang melalui golongan bukan ulamak untuk menguasai kedudukan dalam kepimpinan Pas.


Antara kenyataan yang Allahyarham Tuan Guru Dato Haron Taib pernah keluarkan berkaitan isu yg berkaitan dengan DAP;

1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

9) HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10) HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”

Sumber - KLXPRESS


Komen Isac;

Nampaknya seorang demi seorang ulamak yang mempunyai jati diri Islam yang tinggi baik dalam Pas dan juga Umno telah pergi meninggalkan kita. Dengan pemergian Dr. Uthman El Muhammady  Tan Sri Ustaz Azizan dan yang terbaru Dato Haron Taib (sekadar menyebut beberapa nama).

 Adakah Allah s.w.t. sedang menarik balik "ilmu agama" melalui kematian ulamak2 ini???

Hakikatnya ulamak2 ini walaupun berbeza fahaman politik tetapi tegas dalam mempertahankan kalimah Allah, tidak sebagaimana sesetengah ulamak yang mengambil pendekatan popular dengan membenarkan penggunaannya oleh agama2 lain tanpa memikirkan muslihat pendakyah2 agama lain yang mahu menjadikan pengunaan kalimah Allah di dalam kitab2 agama mereka sebagai senjata untuk memurtadkan orang2 Islam di Malaysia.

Masihkah kita mahu bertelagah sesama kita???


posted from Bloggeroid

Rakyaat Bakal Tersepit, Harga Petrol Ron 95 Bakal Naik???



KUALA LUMPUR: Rakyat bakal sekali lagi menjadi mangsa penipuan kerajaan apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) mengumumkan dasar harga baru RON95 akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.


Dengan menggunakan alasan 'memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak', satu mekanisma akan diperkenal yang membolehkan hanya golongan susah mendapat subsidi petrol. 


“Gesaan ini pasti menimbulkan kegelisahan kepada golongan pertengahan apabila pemansuhan subsidi RON95 menjadi agenda sebenar,” ujar Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduann dalam satu kenyataan.


Justeru, tegasnya SAMM menolak sebarang usaha kerajaan menaikkan harga petrol RON95 walau dengan apa pun alasan. 


Katanya, rakyat sudah cukup menderita dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup yang melambung dan berita pemotongan subsidi ini sangat tidak membantu meredakan keresahan rakyat.


Tambahnya, SAMM percaya mekanisma bakal disusun akhirnya menjadikan rakyat Malaysia dipaksa tunduk kepada kerajaan. 


“SAMM jangkakan rakyat akan diarah memohon kad subsidi dan hanya yang bergaji tertentu sahaja layak memiliki kad tersebut. 


“Pada tahun 2011, Ismail Sabri ketika itu menjadi menteri bertanggungjawab pernah mencadangkan penggunaan mykad sebagai token pengantara untuk menikmati subsidi petrol,” katanya lagi. 

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Dah namanya pun Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memanglah kerjanya asyik buat propaganda dan fitnah aje agar rakyaat membenci kerajaan...

Pastinya kerajaan ada makanisma yang adil.... Takkanlah orang yang bergaji 20-50 ribu sebulan atau lebih pun nak harapkan subsidi kerajaan???

Macam nak makan nasi, beras bersubsidi 10Kg RM 18.00 jugak???

X kan lah MD, CEO dan ahli perniagaan besar yang income mereka mencecah jutaan ringgit setahun pun laparkan subsidi petrol sekitar RM 0.90 seliter ???

Rekod di incomtax kan ada??? Kalau tak telus/cukup, suruh lah pegawai2  incomtax supaya lebih rajin menyiasat penipuan2 pembayar2 cukai supaya pendapatan negara akan bertambah.

X kan Ah Long, Mafia Cina/India, kasino haram, pengusaha mesin kudapenyeludup, mereka yang menipu pendapatan tahunan X perlu bayar atau bayar cukai atau hanya lebih rendah dan dapat menikmati subsidi petrol dan lain2???

Cadangan penulis, untuk sesiapa yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM 15  ribu sebulan boleh dibenarkan menggunakan petrol Ron 95 dan bagi mereka yang pendapatan bulanan melebihi RM 15  ribu sebulan perlulah menggunakan Ron 97 sebagaimana pelancong dan warga asing. Ataupun pendapatan lebih tinggi yang kerajaan fikirkan sesuai.

Walau bagaimanapun, sekiranya pendapatan bulanan bawah RM 10 ribu pun kerajaan nak suruh gunakan Ron 97 (tanpa subsidi), alamat nak lingkup lah jawabnya dalam PRU 14 nanti.

Buat Pakatan Rakyaat jangan melampau sangat dalam berproganda!!!

Dan buat Pak2 Menteri pula jangan buat keputusan "bodoh" sehingga menyebabkan Umno/BN kalah dalam PRU 14 nanti!!!




posted from Bloggeroid

24 Jan 2014

Ramesh Dakwa Anwar ke Jepun Sebab Mahu Guna Mafia Yakuza Untuk Sekat Pelabur Jepun ke Malaysia???



Apa lagi DSAI, Kalau X betul samanlah si Ramesh ni???








Seorang Lagi Pemimpin PR Bakal Dihalang Masuk ke Jepun???


Foto: NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua (tengah) diiringi pegawai polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini selepas dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu. - Foto Mior Azfar Mior KamarulbaidJan 23, 2014 12:45 pm

Kalau keputusan penjara kekal selepas membuat rayuan di mahkamah rayuan dan beliau dipenjarakan, kalau nak pergi ke Jepun, jangan pulak lupa untuk ambil visa khas.

Nanti mengamuk pulak bila ditahan di lapangan terbang....

Saja cari pasal.....



posted from Bloggeroid

23 Jan 2014

Penyokong Pihak Bendera Jepun - Saya Tidak Bertanggung-jawab. - Anwar

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan memohon maaf terhadap perbuatan sekumpulan penyokong yang memijak bendera Jepun sebagai solidariti terhadap beliau.

Beliau turut menyelar tindakan itu dan menyifatkan sebagai perkara itu tidak perlu dilakukan dalam perhimpunan aman.

"Saya setuju mereka gunakan hak untuk berhimpun untuk nyatakan bantahan.  Tetapi tindakan memijak bendera itu tidak perlu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR hari ini.

Ditanya adakah beliau akan meminta maaf bagi pihak penyokong PR itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyifatkan perkara itu tidak perlu.

"Kenapa pula saya perlu minta maaf? Bukan saya yang buat malah saya dihina.

"Orang yang hina itulah minta maaf," katanya.


Berita penuh klik sini.


Komen Isac;

Biasalah.... Anwar tu...

Dalam banyak rapat2 umum termasuk "Bersih", apabila keadaan menjadi tidak terkawal dan berlaku rusuhan.....

Dia juga pasti menafikan beliau tidak bertanggung-jawab, walaupun rapat2 umum tersebut merupakan anjuran dan mendapat sokongan PR dan beliau sebagai ketuanya....

Gagal Memasuki Jepun - Nota RM1000 dan RM500 Selamat Seketika???


Semua masih ingat Tun Mahathir pernah mengharamkan duit Malaysia note RM500 dan RM1000? 

Generasi yang melalui peristiwa 1998 pasti tahu tetapi generasi Y atau lebih muda mungkin X ingat atau tak tahu. 

Kalu tak tahu tu elok lah "google" cari nota RM500 dan nota RM1000 tu yang diharamkan oleh Tun M selepas Anwar Ibrahim di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan.

Khabar angin wang nota RM500 dan RM1000 itu mungkin disimpan di China dan Jepun oleh Anwar Ibrahim. Katanya jumlah tang terlibat menjangkau thrilion Ringgit Malaysia. Duit sapa lagi kalau bukan duit Anwar Ibrahim dan kroni2nya atau proksi2nya?

Memandangkan Anwar X boleh dah nak masuk Jepun, tidakkah mungkin khabar2 angin tersebut seperti ada benarnya??? Apapun itu semua khabar angin....

Masa akan menentukan samada ianya benar atau sebaliknya....

Apapun pada pandangan penulis sekiranya khabar angin itu benar, wang2 tersebut hanya akan "resuface" dan memasuki pasaran apabila Pakatan Rakyaat/Anwar Ibrahim berjaya menawan Putrajaya.

Jadi jika kelak selepas PR berjaya menawan Putrajaya dan Anwar berjaya menjadi PM,  jika mereka menarik-balik pengharaman nota RM500 dan RM1000 nanti.... Maka sahlah khabar angin ini sebenarnya adalah suatu yang benar.

Sumber Malay Right dengan sedikit "rewording".

posted from Bloggeroid

22 Jan 2014

Bukti Malaysiakini Sememangnya Penipu???




Sumber klik sini.


Komen Isac;

Dah memang dasar penipu.

Saari Sungib Mengata Pas, Umpama "Menepuk Air di Dalam Dulang"???

Menjadi kritikal kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ternyata boleh memakan diri, termasuk daripada rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Begitu yang terjadi kepada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib (kiri).

“Dalam dewan (negeri), saya agak kritikal kepada JAIS dan saya selalu diingatkan, 'YB, kalau hendak komen lakukan di belakang tabir. Jangan komen secara terbuka.'

“Jadi inilah tradisinya – kepercayaan apabila kamu jadi benteng Islam, kamu tidak boleh dipersoal. Kamu dilindungi oleh pihak berkuasa.

“Apabila saya usulkan untuk bahasa tentang JAIS, saya ditegur. Saya dikritik,” kata ADUN Hulu Klang itu.


Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Ibarat menepuk air di dulang....

Pas yang selama ini berselindung dengan nama parti Islam....Berlindung disebalik fatwa2 ulamak mereka....

Mengkafirkan Umno yang bersengkokol dengan MIC dan MCA. Mengislamkan Pas yang bersengkokol dengan PKR dan DAP.

Undi Pas dapat pahala....

Sokong Pas dijanjikan syurga....

Kafir-mengkafir.....Halal gulingkan kerajaan Umno/BN dll. lagi fatwa.....

Menggunakan status "pimpinan ulamak" untuk memaksumkan diri dan menafikan kritikan dan teguran atas segala kekurangan parti dan kepimpinan.....

Agak ironi buat pemimpin Pas menegur JAIS yang membawa kuasa sebagai satu badan penguatkuasaan. Jika JAIS bersifat "too apologetic" bagaimana mereka mahu menguat-kuasakan undang2 terutamanya di dalam menghadapi parti agama seumpama Pas yang seolah2 mereka adalah maksum ataupun parti cauvanis Cina yang mereka sahaja lah yang betul dan hak mereka perlu diutamakan walaupun menindas hak2 kaum peribumi???

21 Jan 2014

Kesilapan Mengisi Borang - Antara Melawat dan Meliwat?





Sewajarnya DSAI bukan setakat membuat permohonan mengenepikan transkrip keputusan para hakim mahkamah rayuan dalam kes Liwat I yang percaya "bahawa kegiatan salah-laku seks dan homoseksual sememangnya memang berlaku" .

Malah beliau perlulah menjadi PM, membuang keputusan keseluruhan kes tersebut, menyaman semua yang terlibat dan kaitkan bahawa kes tersebut hanyalah konspirasi politik.....

Dan lebih bagus kalau kerajaan Malaysia perlu bayar ganti-rugi kerana "tersalah" memenjarakan beliau dalam kes Liwat I.

Pasti nama beliau akan dapat dibersiahkan dan boleh pergi ke Jepun.



posted from Bloggeroid

12 Juta Penyokong2 Pakatan Rakyaat Berdemonstrasi di Depan Kedutaan Jepun???


Hehe..Nak boikot barangan Jepun? 

Kalau mcm tu....Sesiapa yg memiliki kereta Toyota, Honda semua tu..Nissan GTI tu...kena jual lah ya!

Kalau ditengokan caranya macam dah tak ada yg nak sokong Anwar lagi dah...

Puak2 ni tak sibuk pun bersuara bagi bantu pegawai kedutaan msia di Sweden yg dipenjara tanpa dibicarakan gara2 merotan anak yang tak solat...

Sumber group Whatapps.

posted from Bloggeroid

20 Jan 2014

Berita Terbaru!!!!



Sumber darii whatapps group. 


posted from Bloggeroid

Gempar!!! Sebab Sebenar Mengapa Pihak Gereja Mahu Gunakan Kalimah Allah Dalam Bible???

Akhir nya tembelang kenapa pihak gereja Kristian mahu menggunakan kalimah Allah terbongkar!!!

News – 17/1/14 – Sungguhpun penduduk beragama Kristian merupakan 9.1 peratus berbanding dengan penduduk Islam, 60.4 peratus yang menjadi warganegara Malaysia, namun komuniti Kristian menuntut ruang yang sama rata untuk berdakwah di negara ini.

Paderi Dr Hermen Shastri, setiausaha agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia ( CCM ) yang merupakan badan induk Prostestan Malaysia dilaporkan themalaymailonline.com mendakwa adalah tidak adil jika bukan Islam dilarang untuk menyampaikan dakwah mereka kepada masyarakat Islam, sedangkan dalam masa sama perkara sebaliknya berlaku.

Menurutnya kedua-dua pihak, Islam dan Kristian perlu berhenti menyebarkan kepercayaan mereka kepada pihak lain untuk mengelakkan ketegangan perebutan kalimah “Allah.”“Jadi adalah lebih baik untuk orang Kristian dan orang Islam mengisytiharkan ‘sesiapa pun tidak akan mengambil mualaf baru’, dan kita akan hidup dengan aman ,”katanya dalam forum Kebebasan Beragama di Petaling Jaya, 13 Januari.

Artikel 11 (4 ) Perlembagaan Persekutuan melarang masyarakat bukan Islam daripada menyebarkan agama mereka kepada umat Islam telah digunakan sebagai asas untuk pelbagai undang-undang negeri di seluruh Malaysia – kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan – untuk mengharamkan bukan Muslim menggunakan perkataan dan frasa Bahasa Arab tertentu, termasuk perkataan “Allah” .

Pada forum yang sama, Dr Ahmad Farouk Musa \, Pengerusi Islam Renaissance Front (IRF) bersetuju dengan pendapat Paderi Dr Hermen dengan mendakwa halangan itu merupakan satu bentuk penindasan. “Jika saya tinggal di Australia, dan (kerajaan) Australia mengatakan bahawa saya tidak boleh berkongsi kepercayaan saya dengan rakan-rakan saya, saya akan berasa seperti ditindas.

“Mengapa (masyarakat Islam Malaysia) tidak boleh merasakan perkara yang sama. Rasa apa yang saudara Kristian kita rasa apabila mereka dihalang daripada berkongsi apa yang mereka percaya. Hanya kerana kita majoriti di negara ini, kita boleh lakukan apa yang kita suka ? Itu salah, ” katanya.

Artikel berkaitan klik http://www.anwaraidc.com/?p=43228.


Komen Isac;

Mereka lupa, bahawa perlembagaan negara ni berasaskan kepada agama Islam sebagai agama resmi dan jika kita rujuk kepada perlembagaan Australia yang berasaskan kepada agama Kristianpun, tiada agama lain yang boleh sesuka hati mahu menukarnya berasaskan kepada agama nenek-moyang mereka. Rujuk sini.

Mereka yang kononnya berselindung di sebalik hak samarata dan liberalisasi agama.

Jadi dari pendedahan Paderi Dr Hermen Shastri jelas menunjukkan bahawa penggunaan Kalimah Allah dalam Bible adalah semata2 bertujuan mahu menyebarkan dakyah agama Kristian kepada orang2 Melayu/Bumiputera yang beragama Islam. Kerana mereka yakin dengan menggunakan kalimah Allah, maka dakyah2 mereka ini akan lebih senang disampaikan dan lebih mudah mempengaruhi orang2 Melayu/Bumiputera beragama Islam.

posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3