bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

30 Nov 2013

Tuntutan RM 15 Juta Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor Palsu???

Orang kata kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

Sewajarnya bukti yang lebih kukuh ditunjukkan oleh pihak yang menuduh.

Buat kerajaan negeri Selangor hanya dengan menafikan sahaja juga mungkin tidak mencukupi. Sewajarnya bukti2 pembayaran upah RM 1.00 dan lain2 tuntutan perjalanan dan apa juga elaun boleh dipertontonkan untuk tatapan umum bagi menangkis tuduhan2 yang dilemparkan.

Sumber klik http://m.malaysiakini.com/news/248020


posted from Bloggeroid

Nik Aziz Restui Pertemuan PM dan MB Kelantan - Langkah Pertama Penyatuan Umno-Pas???

Nada Dato' Nik Aziz macam dia merestui pertemuan tersebut....

Katanya selepas 23 tahun baru MB Pas dapat  berjumpa PM.

Kesihan nya....Seolah2 Dato' Nik Aziz dianak-tirikan pula...

Selepas 23 tahun baru MB Pas baru boleh berjumpa PM???

Mungkin yang dimaksudkan oleh Dato' Nik Aziz adalah untuk berbincang secara formal  (empat mata) di antara ketua kerajaan negeri dan ketua kerajaan pusat.

Kerana kalau setakat berjumpa dalam majlis2 rasmi....kesemua ketiga2 PM pusat di zaman Dato' Nik Aziz jadi MB Kelantan beliau pernah jumpa dan banyak foto2 lama yang boleh mengesahkannya...



Sumber klik sini.

Gempar!!! Rafizi (PKR) Dah Gila???


PETALING JAYA - PKR mendakwa negara tidak mengalami masalah kewangan sebaliknya urus tadbir negara.


Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, negara mempunyai kekayaan tetapi disalah tadbir oleh pemerintah kerajaan BN.


Beliau mendakwa, untuk menyelesaikan spekulasi negara mengalami masalah kewangan, rakyat perlu "buang" BN yang memerintah sekarang.


"Kita tak ada masalah kewangan, kita hanya ada masalah pemerintahan.

"Kita tak miskin, tapi kekayaan itu disalah tadbir, jangan sampai generasi muda kata negara kita ada masalah kewangan.

"Jika 'buang' BN, hilanglah masalah itu (kewangan)," katanya pada Forum Masa Depan Masa Kita, di sini, hari ini.


Komen Isac;

Hebat!!!!

Buang BN!!!

GST ditolak....

Cukai kereta dihapuskan....

Hutang PTPTN dimansuhkan....

Universiti percuma....

Tol dimansuhkan....

Subsidi minyak dinaikkan....

Subsidi gula diberikan semula...

Bla..bla...bla...

Semua masalah negara akan selesai????

Betul ke tidak Rafizi ni???

Income X ada...

Kos subsidi bertambah...

Kewangan negara bakal bertambah baik???





29 Nov 2013

Kerajaan Johor Bakal Ikuti Jejak Kerajaan Selangor Timbang Naik Gaji EXCO dan Elaun ADUN???



Ayer Hitam: Kerajaan negeri Johor sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar gaji EXCO dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, "kadar berkenaan dijangka dinaikkan pada kadar munasabah dan tidak melampau seperti dibuat pihak lain".  

Sumber klik sini.    


Komen Isac;

Rakyaat pun bukannya tak tahu menilai.... 

Mereka tahu tugas barisan exco dan wakil rakyaat mereka semakin mencabar, terutama dengan kenaikkan harga barangan keperluan akibat tekanan global...

Kini menjadi wakil rakyaat tidak lagi mudah seperti dulu lagi...Mereka bukan sahaja perlu dilihat memperjuangkan isu2 masyarakat setempat yang diwakili mereka malah jika tidak pergi ke jemputan majlis keduri-kedara pun boleh jadi dalam PRU yang akan datang mereka dah "boleh bungkus tikar bantal"...

Menghadiri keduri-kendara pun bukannya salam kosong...Kalau sebulan 50 jemputan, seorang RM 50.00 kurang2 RM 2,500.00 dah terbang. Kalau wakil rakyaat tiada pendapatan lain memang "masak" lah jugak....

Jestru untuk mengelakkan wakil rakyaat menyalah-gunakan duit2 peruntukkan pembangunan...Wajar mereka diberikan peruntukkan untuk menghadiri majlis keraian penduduk setempat.

Walau bagaimanapun kenaikkan gaji melampau sehingga 300-400 peratus sebagaimana yang dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri pastinya akan hanya menghiris hati rakyaat marhaen dan kelas bawahan ....

28 Nov 2013

Kenaikkan Gaji MB, Exco dan DUN Selangor Taktik Untuk Singkirkan Khalid???

DS Anwar pun hentam Khalid dan kononnya tidak bersetuju dengan kenaikkan tersebut.

Pelik....bila Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang apa lagi sebagai Penasihat Kewangan/Ekonomi Selangor tidak diberi tahu akan kenaikan gaji yang sebegitu tinggi.

Jawapannya ialah samada Anwar bukan lagi Penasihat Kewangan/Ekonomi Selangor ataupun beliau sebenarnya mahu menggunakan peluang ini untuk menjatuhkan Khalid Ibrahin.

Siapa yang mahu beliau lantik??? Siapa lagi kalau bukan YB Azmin Ali.

Artikel berkaitan klik http://m.malaysiakini.com/news/247841

posted from Bloggeroid

Kunjungan Hormat MB Kelantan ke Pejabat PM DS Najib Sejarah Baru Bakal Bermula???


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik.

Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

"...contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.   

Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira pukul 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lepas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. - Bernama


Sumber klik sini.


Komen Isac;

Itulah yang sebaiknya. Demi kebaikkan rakyaat. Kerajaan negeri dan persekutuan perlulah mengutamakan kepentingan rakyaat.

Banyak manfaatnya jika kerajaan negeri dan pusat dapat berbaik2 demi kesejahteraan semua berbanding berbalah dan tak habis2 berpolitik.

Gaji MB dan Exco Selangor Lebih Menarik Berbanding Jawatan PM dan Kabinet Kerajaan Pusat???



WOW!!!
posted from Bloggeroid

Gempar!!! Bukti Terbaru Felda Benar2 Bakal Bankrap??? Habislah Para Peneroka???

KUALA LUMPUR - Keuntungan sebelum cukai Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30 September 2013, turun kepada RM807.15 juta daripada RM895.01 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.    

Pendapatan susut kepada RM8.89 bilion daripada RM9.02 bilion sebelumnya.    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Emir Mavani Abdullah berkata keputusan sembilan bulan itu dipengaruhi oleh harga komoditi yang rendah.    


Komen Isac:

Harap bertenang!!!

Dalam hidup ni laut pun ada "pasang-surut"... macam tu juga dengan berniaga....

Bukan rugipun....Keuntungan turun RM 88 juta gara-gara harga komoditi mintak Kelapa Sawit dan Getah  yang rendah...

Yang jelas Felda masih mampu membuat keuntungan sebanyak RM807.15 juta walaupun sentiasa diasak dengan komen2 yang berbau sabotaj daripada Pakatan Rakyaat.

Tak sabar nak tunggu keputusan saman Felda terhadap Suara Keadilan dan beberapa pemimpin PR...



posted from Bloggeroid

27 Nov 2013

Rakyaat Selangor Ikat Perut Tapi Gaji Pemimpin2 Pakatan Rakyaat Naik Berganda2 ???

Tahniahlah rakyat Selangor kerana Kerajaan Pakatan Selangor telah merakyatkan pendapatan ekonomi untuk Rakyat Selangor. Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan tangga gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker DUN dan ADUN negeri itu bermula 1 Januari 2014.

Apabila dilaksanakan, gaji pokok Speaker akan naik daripada RM6,109 kepada RM22,500 manakala timbalannya daripada RM3,327 kepada RM15,750.  Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula akan menerima gaji pokok sebanyak RM29,250 berbanding tangga gaji lama RM14,175.

Tambahan gaji EXCO pula naik daripada RM6,109 kepada RM20,250.Manakala, elaun bulanan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri pula meningkat daripada RM6,000 kepada RM11,250.


Nukilan klik http://malaysiatransformasi.blogspot.com/2013/11/shah-alam-gaji-speaker-timbalan-speaker.html?m=1


posted from Bloggeroid

26 Nov 2013

Hilang Kisah Anwar dan Stopa Yang Patut Bersumpah, Kini Ulamak Pun Nak Kena Bersumpaj???

Dah makin berserabut dunia Melayu ni..

Harapan penulis agar perbalahan ini dapat diselesaikan dengan baik ....X manis ulamak dilihat bercakaran di media...

Sumber klik http://m.malaysiakini.com/news/247647

posted from Bloggeroid

Moto2 - Pelumb Negara, Hafizh Syahrin Abdullah Menang Lagi di Sepanyol!!!

Foto (Kiri): PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah menjulang trofi yang dimenanginya selepas berjaya mendapat tempat kedua pada pusingan terakhir dalam saingan CEV Repsol Sepanyol 2013 di litar Jerez, Sepanyol, semalam. - Foto BERNAMA. Nov 25, 2013 10:07 am

KUALA LUMPUR - Hafizh Syahrin Abdullah mengakhiri saingan Moto2 Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) di tangga ketiga keseluruhan sebaik menamatkan perlumbaan terakhir di tempat kedua pada pusingan terakhir yang berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol, semalam.

Hafizh memulakan perlumbaan akhir dari petak kedua bersebelahan dengan pesaing utama, Alex Marinelarena. Persaingan sengit sepanjang 17 pusingan menyaksikan Hafizh hampir berjaya menewaskan pelumba Sepanyol itu, namun kesilapan kecil yang dilakukan pada penghujung perlumbaan membolehkan Marinelarena mendahului saingan dan menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23:51.159s.

Walaupun cuba mengejar, pelumba Petronas Raceline Malaysia itu terpaksa akur di tempat kedua, 0.859s ketinggalan di belakang manakala Sebastian Porto menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Keputusan tersebut menyaksikan Hafizh terpaksa berpuas hati untuk berada di tangga ketiga keseluruhan dengan 155 mata di belakang Marinelarena yang mengumpul 167 mata, manakala Roman Ramos yang menamatkan saingan di tempat kelima muncul sebagai juara keseluruhan dengan 173 mata.

"Perlumbaan berlangsung sengit namun saya gembira kerana dapat menamatkan perlumbaan terakhir musim ini dengan gelaran naib juara. Saya bekerja keras sepanjang perlumbaan dan merancang untuk memintas pada penghujung perlumbaan, namun saya melakukan sedikit kesilapan dan hampir terjatuh. Walaupun berjaya mengawal jentera, namun lawan saya sudah jauh di hadapan.

"Bagaimanapun, saya tetap gembira dengan keputusan ini. Menduduki tempat ketiga pada musim kedua sudah cukup baik dan banyak yang telah saya dan seluruh pasukan pelajari sepanjang musim ini.

"Saya berterima kasih kepada semua terutama penaja saya, Petronas yang memberikan sokongan penuh sepanjang perkembangan karier saya sehingga ke hari ini. Begitu juga kepada keluarga, krew pasukan yang telah membantu dan membimbing saya selama ini serta mereka yang sentiasa menyokong saya," kata Hafizh.

Keputusan di tempat kedua itu membolehkan Hafizh meraih tujuh kedudukan podium sepanjang musim 2013, enam daripadanya secara berturut-turut bermula daripada pusingan 2 sehingga ke pusingan terakhir.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131125/su_08/Hafizh-rangkul-tempat-ketiga-keseluruhan#ixzz2ljZ2oma7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hudud: Titik Pertemuan Penyatuan Pas-Umno ???

Hj Hadi sudahpun menyatakan hasray untuk bermuzakarah dengan Umno....

Pelawaannya telahpun disambut oleh DS Najib dan kesediaan Umno untuk bermuzakarah...

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga tidak membantah dan berharap ianya menjadi kenyataan...

Apa lagi?

Perahu sudah di air dan dayung sudah di tangan...

Penulis cuma mahu lihat reaksi pemimpin2 DAP dan apa pula helah mereka kali ini untuk menggagalkan persefahaman yang kian terjalin di antara dua parti orang Melayu/Islam yang terbesar di negara ini???

Artikel berkaitan klik sini.


posted from Bloggeroid

25 Nov 2013

Kaki Fitnah - Imej Terbaru Timbalan Presiden Pas???

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menafikan beliau terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah atau memegang jawatan Pengerusi SPR di negeri itu sebagaimana dilapor akhbar Harakah.

Dalam penyataan saksi kepada Mahkamah Tinggi pada Khamis, Wan Ahmad, 65, berkata beliau tidak pernah berkhidmat di Sabah sepanjang kariernya bersama SPR.

Oleh itu, Wan Ahmad berkata dua artikel yang diterbit akhbar itu jelas memfitnahnya apabila mendakwa beliau terlibat dalam 'Projek IC' di Sabah ketika menjadi Pengerusi SPR di negeri berkenaan.

"Ini sudah tentu memfitnah dan mengaibkan saya kerana saya tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan 'Projek IC' di Sabah," katanya pada perbicaraan kes saman terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah iaitu Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda.

Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mat Sabu mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari lepas.



Komen Isac;

Apa yang boleh penulis kata lagi...

Kerana itulah pilihan perwakilan Pas dalam pemilihan dan Muktamar yang baru lalu....

Seorang Timbalan Presiden yang mungkin disabitkan dengan dakwaan memfitnah...

Dikatakan orang pertama yang menggelar DS Anwar Ibrahim sebagai "Al-Juburi".

Malah sebelum ini Mat Sabu pernah ditangkap berkhalwat di Hotel Perdana di Kelantan tetapi telah dibebaskan atas sebab teknikal.

Agak menjengkelkan buat sebuah parti Islam seperti Pas gagal untuk memilih pemimpin2 "bersih". Pastinya buat parti yang kononnya memperjuangkan Agama Islam pucuk kepimpinan perti itu bukan saja perlu bersih tetapi kelihatan bersih di samping imej zuhud, berperibadian mulia dan mempunyai ilmu agama berfahaman ASWJ yang tinggi.

Gara-gara Politik "Kaki" Mahfuz Disisihkan Oleh Perwakilan Pas???

Walaupun mungkin pengundi2 PRK DUN Sg. Limau boleh memaafkan gaya kempen yang agak melampau seperti menggantung replika2 kaki kudung di berdekatan bilik2 gerakan Umno dengan kemenangan di PRK Sg Limau...

Tetapi mungkin perwakilin yang memilih di peringkat pusat tidak dapat menerima gaya politik sebegini...


Apapun......Siapa dalang sebenar yang mencetuskan idea ini yang mengundang kemarahan keluarga Allahyarham Ustaz Azizan masih tidak diketahui....

Artikel pemilihan Pas klik sini.

24 Nov 2013

Kekalkan Kerusi Timbalan Presiden Pas - Mat Sabu Adalah Masa Depan Pas???

Kalau dilihat kan kepada gaya Mat Sabu berkempen juga sejarahnya selama ini, penulis merasakan adalah amat malang buat sebuah parti agama seperti Pas mempuayai seorang Timbalan Presiden seperti beliau.

Jika pemilihan terdahulu Mat Sabu menang lebih kerana percaturan strategi di mana team pro Ulamak Pas terpaksa memilih di antara Ustaz Nasha dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Pemilihan kali ini menunjukkan pengaruh Mat Sabu telah semakin bertapak dan ironinya disebalik gaya ya beliau berpolitik dan segala gosip yang memalit batang tubuh beliau  tanpa bertanyakan adakah segala tuduhan tersebut berasas, beliau telah dinobatkan sebagai masa depan Pas.

Persoalannya bagaimana jika segala tuduhan tersebut benar??? dan mengapa kita begitu berani memperjudikan masa depan agama, bangsa dan negara di tangan beliau???

Adakah ini sebenarnya bermaksud Pas ketandusan pemimpi2 ulamak yang boleh memimpin parti???



posted from Bloggeroid

23 Nov 2013

Mahu Ketahui Lebih Lanjut Tentang GST?


posted from Bloggeroid

Anwar Tak Habis2 Menipu Tetapi Anda Masih Percaya!!!

Rasanya satu negara dah tahu akan tuduhan yang dilemparkan Anwar kononnya Kerajaan BN telah menggunakan 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi2 hantu untuk memenangkan mereka dalam PRU13 yang lalu.

Bukan sahaja tuduhan dilakukan dalam perhimpunan2 "Blackout 505" malah tentera maya Pakatan Rakyaat telah memainkan isu ini sebaik sahaja mereka tahu mereka telah kalah PRU 13 yang lalu...

Dunia maya pada 6 Mei 2013 iaitu sehari selepas mereka gagal merampas Putrajaya penuh dengan klip2 video menunjukkan warga Bangla konnnya ditangkap dan dibelasah kerana didakwa menjadi pengundi2 hantu dalam PRU 13 iaitu pada 5 Mei 2013 yang lalu.

Begitu tersusun dan hebat strategi dan propaganda mereka!!! Semuanya telah dirancang dengan begitu teliti dan lebih awal.

Mana tidaknya ada dakwaan yang mengatakan PR menggunakan khidmat nasihat agen2 CIA dan Mossad!!!

Patutlah hebat!!! Habis semua orang kena kelentong, kencing dan dijual dek Anwar!!!

Hari ini dia buat muka X malu mendakwa beliau X pernah pun membuat tuduhan2 dan dakwaan2 tersebut...

Ironinya ramai daripada kita masih mempercayai beliau!!!

Masih  beriya-iya mahu menobatkan beliau sebagai PM negara???

Di bawah ini adalah buktinya beliau memang pernah menghasut dan memfitnah BN/Umno!!!

Mana kau nak lari Anwar ???

Saman aje mamat ni tak payah nak kesian2!!! Supaya menjadi tauladan kepada yang lain!!!






22 Nov 2013

"ALLAH" Masuk Hospital???



Kalau kalimah "Allah" boleh digunakan oleh semua agama.... Ajaran sesat pun akan guna kalimah "Allah"!!!

Kononnya atas dasar hak kesamarataan .....

Hak asasi!!!

Hak asasi kepala hotak kau!!!

Yang sedihnya ada golongan bijak pandai agama pun mengiyakan....

Kononnya Zaman Nabi Muhammad s.a.w. pun orang Kristian dan Yahudi dah guna terlebih dahulu....

Bukan ke ulamak2 dan kita pengikut2 ASWJ biasanya akan mengambil kira budaya dan amalan masyarakat setempat di dalam beritihaj selagi ianya tidak bersalahan dengan syariat....Iaitu Al Quran dan Al Sunnah?

Ini terang2an dia orang nak berdakyah dan menyesatkan umat Islam pun hendak kita benarkan???

Adakah sesetengah Ulamak cuma berilmu tetapi tidak bijak???

Mudah2an kita semua mendapat petunjuk....ameen...



posted from Bloggeroid

21 Nov 2013

Kita Faham Jika DAP Dengki Dengan Syed Mokhtar Tapi Kenapa Anwar dan PAS pun Dengki Sama???

Adakah ahli perniagaan terkenal Tan Sri Syed Mokthar Al-bukhary seorang yang zalim sehingga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan beliau kerap menghentamnya terutama di Parlimen?

Biasanya, orang kena hentam disebabkan sikapnya yang jahat, zalim atau menganiaya orang.

Namun, dilihat sumbangan Syed Mokhtar memberikan kemudahan dan perkhidmatan pada jumlah manusia di negara ini, jasanya amat besar.

Beliau satu-satunya Bumiputera yang menjadi majikan secara langsung kepada 110,000 pekerja di negara ini.

Ini bermakna kalau Syed Mokhtar ini ‘lingkup’ ada 110,000 keluarga yang terumbang-ambing dan hilang pekerjaan.

Beliau mempunyai kepentingan dalam banyak perniagaan, tapi adakah beliau mengadai kepentingan Melayu atau Bumiputera melalui syarikat-syarikat itu sehingga digambarkan seolah-olah sangat zalim oleh pembangkang?

Dalam hal ehwal kebajikan Syed Mokhtar antara dermawan yang tidak pernah lokek memulangkan semula kekayaannya kepada masyarakat melalui Yayasan Al-Bukhari.

Sebut saja jenis sumbangan, dari membayar yuran tuisyen kepada anak-anak orang miskin, buat masjid, sehinggalah membina universiti di Alor Setar.

Sumber klik sini, sini, sini dan sini.


Komen Isac;

Jika pemimpin Melayu sendiri dengki dengan pencapaian orang Melayu sampai bila lah Melayu nak maju....

20 Nov 2013

Apa Motif Malaysian Insider Fitnah Hishamuddin ???

Hai, memang seperti ada komplot pembangkang yang mahu menjatuhkan H2O.

Lain yang dia cakap lain pula yang keluar...

Pelik juga penulis....

Kata H20 cuma Menteri Amaran!!!

Tak tegas!!!

Penakut!!!

Tak boleh diharap!!!

Jika benar mengapa mereka begitu bersungguh2 mahu "menyerang" beliau???

Pemilihan Agong Umno pun dah berlalu...

Mengapa H2O diserang secara berterusan???

Sumber klik sini.

Dikaitkan Ambil Dana Yahudi Untuk Jatuhkan Kerajaan Tetapi Gesa Najib Lawan AS?


Susulan dakwaan Amerika Syarikat dan Australia melakukan intipan di negara ini, DS Anwar Ibrahim mencadangkan agar Malaysia mencontohi Indonesia dan Jerman untuk mengambil tindakan tegas melahirkan ketidak puashatian kita terhadap mereka.

Yang peliknya kata2 itu datangnya daripada ketua pembangkang yang selama ini dikaitkan mendapat sokongan daripada dana2 Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Apalah muslihat beliau kali ini ya???

Malah dalam beberapa siri rusuhan dan rapat umum yang mereka lakukan dikatakan mendapat tunjuk-ajar daripada agen2 perisikan dan pakar2 propoganda luar.

Pada pandangan penulis mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan pengintipan oleh Amerika Syarikat dan Australia samalah bermaksud mengambil tindakan tegas terhadap pembangkang dan kumpulan 2NGO pro Pembangkang yang selama ini menyebarkan berita2 palsu berkatan PRU, dan propaganda lain yang mampu mengganggu-gugat keselamatan negara!!!


posted from Bloggeroid

19 Nov 2013

Mat Jenin Pas Penang Bakal Lepas Jawatan??? Betul atau Bohong???

Patutlah selepas beberapa dekat mengkafirkan Umno...

Pas yang tersepit apabila rakyaat mula bertanyakan bila mereka mahu melaksanakan Hudud di Kelantan tiba2 berubah nada dan mengatakan mereka memerlukan sokongan Umno jika Hudud diperbincangkan di Parlimen.

Apa tidaknya DAP dan PKR bukan sahaja tidak senada dengan mereka malah jawatan exco Agama Islam yang sepatutnya sinonim dengan ADUN Pas juga telah "dinafikan" di Penang dan juga di Selangor.

Terbaru Pas Penang mengacam mahu melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan negeri Penang, soalan penulis jawatan apa yang mereka ada?

Sekadar ahli majlis???

Melihatkan kes yang menimpa Pas, penulis teringatkan kepada, "nasib Mat Jenin, ayamnya menang kampung tergadai".

Tak pun, "seperti si Luncai terjun dengan labi, labunya". Penulis cuma boleh ucapkan, "biarkan...biarkan...biarkan".

Sebab Sebenar Mengapa Hudud Belum Boleh Dikuat-kuasakan di Kelantan?

Bidang kuasa Mahkamah Syariah[sunting | sunting sumber]

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf.[1][2] Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.


Perlembagaan Malaysia 1965[sunting | sunting sumber];

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:


  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja.
  2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau.
  3. 6 bulan penjara atau.
  4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)


Perlembagaan Malaysia 1984[sunting | sunting sumber];

Hanya memperuntukkan kuasa Mahkamah Syariah adalah seperti berikut;
  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
  3. 3 tahun penjara atau
  4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
  5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Jestru untuk membolehkan kes hudud seperti balas bunuh, mencuri potong tangan/kaki, minum arak/dadah  80 sebatan, berzina 100 sebatan (bujang) dan tanam separuh badan dan rejam sampai mati (yang telah berkahwin) dan lain2 hukum berkaitan Hudud yang telah digubal oleh Mahkamah Syariah Kelantan dan diluluskan oleh persidangan DUN negeri Kelantan dapat dikuat-kuasakan di Kelantan, ianya perlulah terlebih dahulu mendapat kelulusan, peniktirafan oleh Parlimen Malaysia dan diwartakan. 

Jadi kenyataan Salahuddin semalam (rujuk sini) sebenarnya menunjukkan beliau tidak faham akan duduk perkara sebenar. Ianya ironi kerana bagaimana mungkin seorang pemimpin Parti Islam yang telah lebih 50 tahun mendakwa memperjuangkan Hudud tetapi tidak tahu bagaimana mahu merialisasikan perjuangan mereka.

Jangan sampai orang memperlekeh, mereka sebenarnya tidak bersungguh dan semuanya hanyalah politik retorik semata!!!

Walaupun kuasa Mahkamah Syariah di bawah Eknemen Negeri dan DYMM Sultan adalah merupakan Ketua Agama bagi sesebuah negeri dan DYMM SPB YD Agong sebagai Ketua Agama untuk negeri2 yang tidak mempunyai Sultan bidang kuasa mereka adalah tertaluk kepada kuasa yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Untuk itu Perlembagaan Malaysia (Persekutuan) perlulah digubal untuk memberikan kuasa yang lebih kepada Mahkamah Syariah bagi menjalankan hukum Hudud sebagai sebahagian daripada undang2 di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Jika tidak pasti pesalah boleh mencabarnya di Mahkamah Persekutuan.

Jestru untuk merelisasikan Hudud ianya perlulah dibahaskan di Parlimen dan semua MP Melayu/Islam perlulah bersatu  menyokong pindaan Perlembagaan untuk memberikan kuasa menguatkuasakan Hudud oleh Mahkamah Syariah. Undi 2/3 diperlukan untuk meminda perlembagaan.

Pastianya ia akan menjadi titik-permulaan untuk MP Melayu/Islam bersatu??? Mudah-mudahan ianya akan menjadi kenyataan, amin!!!

Sumber klik sini.

18 Nov 2013

Pas Jangan Berdolak-dalih!!! Laksanakan Sahaja Hudud di Kelantan!!!

Hudud Kelantan telah digubal oleh kerajaan negeri Kelantan.

Diletakkan dibawah bidang kuasa  Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam Kelantan berada di bawah eknemen negeri dan DYMM Sultan Kelantan adalah ketua Agama bagi negeri Kelantan.

Jestru jalan aje lah....

Selama ini asyik bercakap mahu tegakkan hudud... 

Sekarang beri berbagai alasan pulak...

Jangan kata selama ini pesalah tidak pernah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Syariah? 

Setahu penulis cuma hukum sebat bagi kesalahan Syariah memang X pernah dijalankan. Kes di Pahang tak berapa lama dulu, pesalah terpaksa diampunkan oleh DYMM Sultan.

Sebagaimana posting terdahulu pada pandangan penulis, adalah wajar untuk Kerajaan Pas Kelantan menjalankannya dan dalam masa yang sama melakukan penambah-baikan. 

Jadi mengapa Salahuddin memberikan alasan berikut, 

"Bagaimana dengan Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia (PDRM)?" 

"Bagaimanapun pula dengan  penguatkuasaan dalam undang-undang tersebut?"

“Itu semua memerlukan kerjasama dan persetujuan  jelas daripada kerajaan Pusat. Perlu ada satu jaminan,”.

Cari alasan untuk tidak melakukan hudud???

Apa selama ini apabila Jabatan2 Agama di Malaysia termasuk di negeri Kelantan menjalankan undang2 Syariah mendapat tentangan daripada pihak polis dan penjara???

Setahu penulis setiap serbuan operasi mencegah maksiat dan tangkapan kes2 berkaitan kesalahan di bawah hukum Syariah, pasti ianya akan disertai oleh anggota2 polis dan pesalah yang dijatuhi hukuman penjara akan dipenjarakan. Jadi apa masalahnya???

Jestru dolak-dalih Salahuddin hanya menunjukkan sejauh mana keikhlasan Pas dalam menegakkan Hudud dan bagaimana ceteknya pengetahuan beliau dalam memahami perlembagaan dan perlaksanaan undang2 negara termasuk undang2 Mahkamah Syariah. 



Hebat!!! Anak Melayu Juara Moto 2 di Litar Ricardo Tomo, Valencia Sepanyol!!!



KUALA LUMPUR - Hafizh Syahrin Abdullah berjaya merealisasikan misi untuk sekali lagi mengharumkan nama negara apabila muncul juara perlumbaan Moto2, Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) yang berlangsung di Litar Ricardo Tomo, Valencia, Sepanyol, semalam.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu meraih kemenangan keduanya selepas menang buat kali pertama di Litar Navarra, September lalu.

Dia menamatkan 19 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 31 minit 04.413 saat, menewaskan dua lagi pencabar, Alejandro Marinelarena di tempat kedua (31:04.801s), manakala pendahulu keseluruhan, Roman Ramos ketiga dengan catatan 31:05.055s.

Berada di petak pertama, Hafizh bermula agak perlahan apabila ketinggalan kepada Ramos sebelum kembali mendahului perlumbaan pada pusingan keempat.

Menuju ke penghujung perlumbaan, persaingan semakin sengit di antara ketiga-tiga pelumba apabila saling bertukar kedudukan pendahulu sebelum Hafizh memintas Marinelarena pada selekoh terakhir dan muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat.

"Saya agak gementar ketika berada di petak mula kerana tidak mahu mengulangi kesilapan serupa ketika terjatuh sewaktu aksi wildcard MotoGP di sini, minggu lepas.

"Ketika mengekori di belakang, saya cuba membaca strategi yang digunakan oleh lawan kerana sedar saya mampu memenangi perlumbaan jika beraksi dengan tenang.

"Syukur kerana ia membuahkan hasil dan memberi kemenangan kedua saya tahun ini. Saya berterima kasih kepada pasukan kerana bekerja keras untuk menyediakan jentera terbaik," kata Hafizh.

Berbaki satu pusingan sahaja lagi, Hafizh kekal di tangga ketiga keseluruhan dengan 135 mata, tujuh mata ketinggalan di belakang pelumba tempat kedua, Marinalera (142 mata). Ramos selesa di tangga teratas dengan 162 mata.

Pusingan terakhir akan berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol pada 24 November ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Komen Isac;

Siapa kata anak Melayu X hebat??? Berlumba tanpa rakan sepasukan kerana berbanding pasukan lain pasukan Petronas Raceline Malaysia  cuma ada seorang pelumba sahaja.

Itu dia berlumba X sampai separuh musim, jika semusim penuh beliau mungkin boleh menjuarai Moto2.

Tahun hadapan Hafizh bakal berlumba semusim penuh, semoa beliau mampu menjadi anak Melayu pertama yang menjuarai Moto 2, amin... Insyallah!!!



posted from Bloggeroid

17 Nov 2013

Pengekalan Pas Dalam Pakatan Rakyaat Membuktikan Perjuangan Umno Selama Ini Benar???

PENDIRIAN PAS untuk terus kekal bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menguntungkan kepada penyatuan umat Islam di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Sri Syed Ali Alhabshee.

Malah katanya, penyatuan yang berkisar atas sebab kepentingan kuasa politik hanya akan memecahbelahkan penyatuan orang Melayu.

Bagaimanapun jelas beliau, permufakatan antara PAS bersama DAP dan PKR sedikit-sebanyak telah memberi keuntungan politik kepada UMNO.

Secara jujurnya kata beliau, UMNO bertambah kuat apabila PAS kekal dalam PR kerana orang Melayu semakin meragui matlamat sebenar perjuangan parti itu.

“Ini memberi gambaran PAS tidak pernah ikhlas untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan membangunkan umat Islam,” tegasnya. 

Beliau mendakwa, keyakinan ahli-ahli PAS tehadap arah tuju parti itu semakin menurun akibat ketaksuban kepimpinan mereka kepada DAP dan PKR.

“Kedegilan PAS untuk tidak menerima pandangan dan desakan kepimpinan ulama parti supaya konsep kerjasama itu dikaji semula memburukkan lagi keadaan.

Golongan ulama PAS jelas beliau, tidak bersetuju kerjasama parti itu dengan DAP kerana mereka menyifatkan berlaku pengkhianatan kepada kesetiaan pengikutnya di peringkat akar
umbi.

“Oleh sebab itu, muncul desakan daripada bawah supaya PAS memutuskan hubungan politik dengan DAP termasuk PKR,” ujarnya.

Syed Ali turut mendakwa PAS kini sedang berdepan dengan tuntutan yang agak ekstrim daripada golongan liberal yang lebih condong kepada perjuangan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Manakala satu lagi puak ialah golongan yang mendakwa sebagai ulama yang tidak sehaluan dengan agenda ‘anwarisma’.

“Kumpulan ulama ini cuba disingkirkan daripada mendominasikan kepimpinan tertinggi PAS seperti berlaku pada muktmar parti itu sebelum ini,” ujarnya.


Komen Isac;

Lebih Ironi  Amnat Hadi yang mengkafirkan Umno berdekat lamanya kini diamalkan pula oleh Pas.

Artikel berkaitan klik sini.

16 Nov 2013

Nurul Izzah Setuju Dengan Tuntutan COMANGO Halalkan Murtad, Seks Songsang, Tolak Hudud???



Semalam, Nurul Izzah menyatakan bahawa tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) yang menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva sebagai tidak membahayakan negara.“Tidak bahayakan negara,” katanya dipetik oleh Sinar Harian.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Penarikkan Balik Saman Fitnah NFC RM 100 Juta Kak Ijat, Rafizi dan Berpakat???

Bekas pembantu peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan motif penarikan balik saman RM100 juta antara Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkaitan dengan kenyataan fitnah berhubung projek National Feedlot Corporation (NFC). 

Yuktes Vijay pelik apabila kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menarik kembali saman tanpa kos pada 11 November lalu.

“Ini memang pelik…lebih-lebih lagi bila peguam Rafizi dan Zuraida tidak mendesak untuk bayaran kos….memang lumrah untuk tuntut kos jika jumlah wang yang dituntut adalah besar sepert idalam kes ini (100juta)…kos tersebut dikenakan kerana membazirkan masa mahkamah…ini sememangnya prosedur dan kaedah mahkamah yang biasa….

Sebagai contoh, kes saman Anwar terhadap Tun M…jumlah tuntutan sama..tetapi kos sebanyak RM 120 000 dikenakan kepada Anwar apabila kes itu ditendang mahkamah atas kesilapan teknikal…bila kedua-dua situasi ini dibandingkan, memang ganjil tiada kos dikenakan…..mungkin ada udang di sebalik batu,” katanya dalam laman sosial yuktes.vijay 


Komen Isac;

Pelik jugak...X kanlah  peguam yang mewakili Rafizi dan Zuraida tak mahukan bayaran???

Rezeki dah didepan mata tu...

Tak kan lah Rafizi dan Zuraida pulak yang hendak  keluarkan RM 120 ribu tu???

Ye lah mereka kan wakil rakyaat yang amanah, mana pula nak cari duit sebanyak tu untuk bayar peguam2 mereka???

Apa pulak muslihat mereka agaknya ya???


posted from Bloggeroid

Gempar!!! Umno Kelantan Sokong Jika Kerajaan Negeri Laksanakan Hudud di Kelantan???

Sewajarnya begitulah...

Melayu/Islam perlulah bersatu...

Paling tak pun dalam bab agama dan kepentingan agama dan bangsa.

Seperti di Brunei Hudud di Kelantan juga hanya untuk penduduk2 yang beragama Islam... Bakal tertaluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, jestru teguran TS Anuar Musa terhadap DAP ini ada benarnya, apa pasal pula DAP nak sibuk2 ???

Walaupun di zaman Rasulullah s.a.w. dan Khalifah Khurasyidin r.a., Hudud dilaksanakan terhadap semua masyarakat, samada Islam maupun sebaliknya, tetapi pada pandangan penulis walau apapun perkara kita perlu memulakan bengan langkah pertama.

Tidak menjadi kesalahan jika kita jadikan perlaksanaan Hudud DI Kelantan khas untuk masyarakat Islam sebagai model.

Penambahbaikan boleh dilakukan setapak demi setapak...

Apapun kelemahan seperti perlaksanaannya hanya untuk masyarakat Islam perlulah diperhalusi dan dikaji dengan mendalam. Maklumlah dalam dunia Liberalisasi dan kononnya mempertahankan hak asasi manusia, pihak luar pasti akan campur tangan sekiranya ada di antara pesalah yang sengaja murtad kerana mahu lari daripada hukuman. Jestru kita perlu bersedia dengan apapun halangan, rintangan dan cabaran yang bakal dihadapi.

Artikel "bumiyang" yang terdahulu berkaitan Hudud Kelantan klik sini.

Cuma harapan penulis, janganlah isu Hudud ini hanya keluar secara bermusim iaitu setiap dekat nak Muktamar Pas dan mahu diadakan Pilihanraya....

Bukan menuduh, tetapi jika itulah caranya ia akan dilihat sebagai alat kempen untuk menagih sokongan orang Melayu/Islam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3