bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Oct 2013

Bawani "Listen, Listen, Listen" Menang Kerusi Perwakilan Pelajar UUM???

Nampaknya mahasiswa sekarang lebih cenderung  menyokong imej mereka yang dilihat radikal di dalam menyatakan pandangan dan pendirian mereka...

Zaman anak2 muda yang merendah diri dan sentiasa memandang orang dewasa sentiasa benar dan perlu dihormati telah berlalu...Sumber klik sini.


Dua Kali Kantoi Menipu Pas Terpaksa Guna Populariti UAI Untuk Tarik Undi???


Doa Ayah Jeneral (B) Datuk Jamil Khir kantoi!
Bahan kempen foto calon Pas dan Allahyarham Ustaz Azizan  kantoi!
Jadi Pas terpaksa import UAI untuk tarik undi???
Published with Blogger-droid v2.0.10

30 Oct 2013

GST - Anwar Lah Dalangnya???



Sumber klik sini.

Panas!!! Akhbar ''Philippine Star'' Melaporkan Polis Filipina Sedang Menjejaki Pembiaya Pengganas Sulu???

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pihak berkuasa Malaysia sedang mengumpul lebih banyak maklumat berhubung dakwaan bahawa serangan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Zamboanga City pada September mendapat sokongan seorang pembiaya di Malaysia.Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata beliau maklum tentang perkembangan itu. 

"Kami sedang mengumpul maklumat tentang perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Akhbar ''Philippine Star'' melaporkan Polis Nasional Filipina sedang menjejaki pembiaya berwarganegara Malaysia itu yang mendakwa dia menerima bayaran secara mingguan daripada penyumbang dari Malaysia untuk membiayai serangan itu. Akhbar itu memetik seorang warganegara Malaysia sebagai berkata pembiaya berkenaan mengirim kepadanya US$20,000 seminggu untuk menyokong operasi MNLF di Zamboanga City yang bermula pada 9 Sept. Sumber klik sini.


Komen Isac;

Siapalah mamat tu agaknya ya??? Adakah ianya hanya drama Umno sebagaimana dakwaan Tian Chua? Ataupun adakah beliau benar2 adalah pemimpin2 PR yang terlibat sebagaimana yang kita tahu beberapa orang pemimpin PR termasuk Tian Chua telah ke Manila sebaik sebelum serangan pengganas2 Sulu dilancarkan???


29 Oct 2013

Pas Kantoi Menipu kali Kedua di Sungai Limau???

Selepas kantoi kononnya bapa Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharum mengaminkan doa untuk kemenangan calon Pas...

Kini timbul pula isu Pas menggunakan foto kempen palsu...

Sengaja cuba menunjukkan keakraban  calon mereka dengan Allahyarham Tan Sri Azizan.

Apa tujuannya sudah tentu mereka cuba memancing sokongan dan simpati penyokong2 kuat dan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan yang merupakan pengundi2 di DUN Sungai Limau.

Sumber klik sini.

Pakatan Rakyaat Cadangkan Kerajaan Naikkan Harga Garam Agar Rakyaat Kurang Sakit Jantung/Darah Tinggi?


Ha..ha...Kelakar lah foto ni...


Siapa lah yang kreatif sangat agaknya...

Tapi garam mana ada subsidi?

Kalau mahal disebabkan kerajaan mengenakan cukai jualan yang tinggipun rakyaat boleh ceduk aje kat laut....

Ataupun cari aje garam galian bagi sesiapa yang tinggal dikawasan berbukit...


Mereka ni mungkin mahu memperli langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula, baru2 ini.


Lumrah manusia....sesetengah tu tak tahu diuntung....Demi kebaikan mereka sendiri pun X nampak.....

Satu lagi contoh paling hampir, cukai rokok yang tinggi bertujuan untuk menggalakkan rakyaat meninggalkan tabiaat buruk tersebut juga telah disalah-tafsir oleh golongan perokok. Kebanyakkan mereka beralih kepada rokok elektrik atau pun rokok seludup.

Walaupun harga rokok sedudup dan kos menghisap rokok elektronik jauh lebih rendah berbanding rokok "yang dicukai" kerajan tetapi kesan terhadap kesihatan jauh lebih tinggi resikonya sementelah lagi kerajaan juga perlu menanggung kos hospital yang tinggi apabila perokok dijangkiti penyakit kronik disebabkan asap rokok.

Adakah ini juga salah kerajaan???

Published with Blogger-droid v2.0.10

PRK Sungai Limau, Pas Parti Islam - Tapi Dato Mahfuz Kantoi Menipu???

Apabila tuntutan ziarah lagi demi mendapat keredhaan Allah, menjaga perhubungan sesama manusia dan membantu mereka yang memerlukan....

Pas sudah berubah menjadi seperti lain2 parti politik yang lain melakukan sesuatu bukan lagi kerana mahu mendapatkan keradhaan Allah s.w.t. tetapi sebaliknya demi mendapatkan undi tanpa mengira halal-haram....

Matlamat-menghalalkan cara!!!

28 Oct 2013

Anwar Memang Bodoh Atau Memang Dengki Dengan Melayu?


Soalan pertama penulis bagaimana mungkin dengan penghapusan subsidi gula, keuntungan syarikat2 pengeluar/pengimport gula boleh meningkat berganda2 ? Harga gula tetap sama masih tetap mengikut harga pasaran cuma tidak lagi disubsidi oleh kerajaan.

Soalan kedua, bukan syarikat Syed Mokhtar dan Felda sahaja yang membekalkan gula untuk negara! Mengapa syarikat2 milik orang terkaya di Malaysia, saudagar gula tersohor Robert Kuok tidak disebut oleh Anwar?

Apa kepentingan Anwar apabila dilihat sengaja menyerang saingan kepada Robert Kuok???
Adakah setelah dipecat dari parti Umno atas kesilapan sendiri, Anwar menjadi anti Melayu???
Published with Blogger-droid v2.0.10

5 Tahun Jalan2 di Sungai Limau Berlubang Semua Salah Umno?


5 tahun Pas berkuasa di Kedah baru hari ini Udtaz Baharum sedar bahawa jalan2 di Sungai Limau dipenuhi lubang?

Baru berapa bulan BN mengambil-alih kerajaan negeri Kedah, semua kerosakkan telajpun diperbaiki!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Kerjasama Diberikan Kerajaan Negeri Yang Baru Bakal Memakamurkan Kelantan???

KOTA BHARU - Kerajaan pusat bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan bagi perkara yang memberi faedah kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai program dan projek oleh kerajaan pusat menerusi inisiatif Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Kelantan adalah antara contoh kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk manfaat rakyat.

"Pelaksanaan ECER di Kelantan banyak memainkan peranan untuk membantu membangunkan negeri ini sekaligus membuktikan kerajaan pusat prihatin untuk memajukan negeri ini yang ketinggalan supaya Kelantan juga akan menjadi negeri maju seperti negeri lain," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Hari Terbuka ECER Bersama Rakyat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini, hari ini.

Beliau secara bersama dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majlis tersebut.

Mustapa berkata, ECER banyak membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat di negeri ini sejak ia mula dilaksanakan pada 2007.

Antara projek yang telah dilaksanakan ialah pembangunan Taman Halal di Pasir Mas; Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan di Pengkalan Kubor, Tumpat, Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali di Pasir Puteh; dan projek Agropolitan Kelantan Selatan di Gua Musang.

Pada taklimat media di sini Khamis lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John berkata pelaksanaan pelbagai program dan projek di bawah ECER di Kelantan berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM6.5 bilion dalam tempoh lima tahun sejak 2007.

Ia turut mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan dan 1,000 peluang keusahawanan.

Sementara itu, Ahmad dalam ucapannya berkata kerajaan negeri juga bersedia untuk memberi kerjasama supaya lebih banyak lagi projek di bawah ECER dibawa ke negeri ini, termasuk menyediakan tanah.

Beliau berkata projek yang dilaksanakan itu amat berfaedah kepada rakyat dan berharap ia menarik lebih ramai peserta. - Bernama Sumber klik sini.

27 Oct 2013

GST Memang Akan Menyusahkan Rakyaat???



1. GST merupakan 'cukai kepenggunaan' (consumption tax). Jestru sesiapa yang kaya dan lebih banyak berbelanja akan dikenakan lebih banyak cukai GST.

2.   160 buah negara di dunia telah melaksanakannya. Negara2 maju, yang lebih mundur juga telah melaksanakannya termasuklah negara2 anggota Asean.

3. GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas. 

4.  Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik tidak dikenakan GST. 

5. Perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan, cth. perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih

6. GST merupakan hasil kepada Kerajaan yg lebih langsung berbanding dgn cukai pendapatan, samada pada individu atau korporat yg hanya boleh dikutip setahun sekali apabila pengisytiharan dibuat kepada LHDN.

7. GST adalah senjata mengurangkan defisit tahunan bagi negara yg ekonominya sedang berkembang dan memerlukan lebih imbuhan sektor awam untuk memacu pertumbuhan dan imbangan bagi program pembangunan sosio-ekonomi.

8. GST sesuai bagi menampung perbelanjaan mengurus berjumlah RM211b dan pembangunan bernilai RM46b, yg sebelum ini bergantung kepada cukai langsung (cukai pendapatan dari LHDN) sebanyak RM125b dan cukai tidak langsung (cukai import/eksais/levi/jualan/perkhidmatan) sebanyak RM33b setahun (angka 2012)
iaitu hasil yg dikutip Kastam DiRaja bagi 2012.

9.  Hasil daripada GST akan dapat membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan negara terhadap hasil pendapatan Petronas. dan pendapatan dari kos-melepas dari pelepasan cukai pendapatan dari program program projek perintis seperti pelaburan dalam kawasan ekonomi baru seperti RAPID, ECER dan SCORE.

10.   GST yang dikenakan hanyalah 6 peratus berbanding 10% dan 5% cukai kerajaan dan sales tax yang dikenakan sekarang. Apapun ianya akan dikenakan dengan lebih menyeluruh termasuk kedai2 makan yang mempunya.

Jestru hasutan yang dilakukan oleh pembangkang selama ini terbukti lebih berbau politik dan bukannya benar2 mahu membela rakyaat Malaysia.

Juga boleh dirujuk blog sini.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Lim Kit Siang Sahkan 735, 000 Kakitangan Awam Melayu/Bumiputera Bakal Diberhentikan Jika DAP Memerintah???


Menurut Tony, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Malaysia.

Jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, katanya bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

Jestru  jika DAP dibiarkan memerintah negara kelak, dan jika mereka benar2 melaksanakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" sebagaimana yang mahu dilakukan oleh Tony Pua dan disokong oleh LKS. Ini bermakna peratusan kakitangan awam yang sekarang ini berjumlah 4.6% berbanding penduduk negara akan dikurangkan kepada 2%, maka sekitar 735,000 orang pekerja kakitangan awam yang majoritinya Melayu/Bumiputera bakal diberhentikan.


26 Oct 2013

Pakatan Rakyaat Buat2 Bodoh Atau Memang Bodoh?


Mereka dakwa kerajaan mungkir janji kerana kononnya BR1M sewajarnya dinaikkan terus ke angka RM 1, 000.00 jika BN mempertahankan Putrajaya dlm PRU 13 yg lalu.

Walhal kerajaan berjanji akan menakkanya secara berperingkat-peringkat.

Ada 5 tahun lagi sehingga PRU 14, jestru setelah dinaikkan kepada RM 650 sekarang, Kerajaan hanya perlu menaikkan beberapa kali lagi sebelum menjelang PRU 14 pada kadar  RM150-200 setahun.
Published with Blogger-droid v2.0.10

25 Oct 2013

Separuh Akhir Kedua Kelantan - ATM : Kijang Tergolek Dog!!!

Separuh masa pertama Kelantan ketinggalan 2: 0 hasil jaringan Marlon Alex James.

Pembentangan Budget 2014 - "Live"




Kronisme dan Nepotisma Terus Berkembang-biak Dalam Pakatan Rakyaat!!!

Diamalkan dalam DAP - parti anak-beranak dan menantu....

Diamalkan dalam PKR, parti bapa, ibu dan anak serta kawan2 rapat....

Dalam Pas, bapa dan anak....

Kini disuburkan lagi oleh Hj Hadi....

Sumber klik sini.


Tumpang Polulariti Ustaz Azizan - Calon Pas Didakwa Lupakan Asal-usul???

Yang katanya didakwa, Ustaz Azam telah mendakwa mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Allahyarham Ustaz Azizan....


Sebaliknya ada pula pihak yang mendakwa beliau sebenarnya anak saudara sepupu kepada Ir Phahrolrazi....
 
Mana satu yang betul ni???

Saudara se Islam....Satu parti memang X dapat dinafikan....

Tapi satu parti pun "bergaduh" berebut jawatan....

Bukan main galak "group" yang menyokong Ir Phahrolrazi mahu menjatuhkan Ustaz Azizan X berapa lama dahulu.... Malah bila Pas kalau dalam PRU 13 yang lalu, Ustaz Azizan yang dipersalahkan....Kini nak menumpang popolariti arwah....

Politik apa yang hendak dihairankan....
 
Mengapa apabila bertanding X mahu pulak menggunakan kekuatan sendiri tetapi mahu menumpang populariti Ustaz Azizan....

Mungkin wajar buat Ustaz Azam membuat pengakuan kem manakah yang beliau sokong ketika pertembungan di antara Ustaz Azizan dan Ir Phahrolrazi tidak lama dahulu agar pengundi2 boleh membuat pemilihan samada mengundi atau menolak beliau...

Sumber klik sini.

















24 Oct 2013

Gempar!!! Kejadian Amuk di Gombak - 4 Ditikam, 2 Maut!!!

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penuntut ajaran sesat bertindak menikam empat orang awam di dua lokasi berasingan di Stesen Putra LRT Taman Gombak dan Taman Melati di sini pagi ini.

Dalam insiden pukul 11.20 pagi itu, dua daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika mengesahkan perkara itu berkata, jarak antara dua kejadian terbabit adalah kira-kira tiga kilometer.

"Suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai dan ketika ditangkap mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Komen Isac;

Orang Malaysia pun ramai yang dah gila....

Gila nak kaya, gila nak terkenal, gila duit, gila harta, gilakan bini orang dll....sampailah ke gila nak jadi PM, sampai sanggup buat apa sahaja termasuklah menggadaikan agama, bangsa dan negara!!!

Lagi artikel yang berkaitan klik sini.

23 Oct 2013

Baru Hari Penamaan Calon - Pas Dah Yakin Akan Menang???

Foto (Kiri) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersama calon BN, Prof Dr. Ahmad Sohaimi Lazim (dua kanan) dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) bersama calon Pas, Mohd Azam Abd Samat (dua kanan) mengangkat tangan selepas diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya mereka berdua layak bertanding di Dun N20 Sungai Limau ketika di Pusat Penamaan calon di Dewan Dato Madi, Yan hari ini. - Foto Bernama


Muhyidin dan Ahmad Sohaimi sekadar melambai para penyokong...

Calon Pas Mohd Azam... Angkat tangan dua-dua...Dah macam menonton siri gusti pulak

:)

Kesan Tanah Runtuh di Cameron Highland Umpama Dibadai Tsunami???

Sumber klik Cucu Tok Selampit: Terkini - Gambar-Gambar Banjir Dan Tanah Runtuh Di Bertam Valley, Cameron Highland

Dah mcm Tsunami kat Jepun...

Org kan Cameron ni ramai yang meneroka tanah dan tanam sayur secara haram dan tak terkawal. Mungkin itu lah sebab utama ia berlaku.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Penamaan Calon PRK DUN Sungai Limau Sah Ada Pertandingan!!!

Dr Ahmad Sohaimi Lazim (kiri) dan Mohd Azam Samat pada penamaan calon PRK Sungai Limau.

Cakap2 di blog2 yang mahukan Umno menarik diri kononnya atas dasar perpaduan Melayu mungkin sekadar retorik kerana Pas sendiri yang tidak berkuasa di Kedah tidak mahu berbuat demikian.

Apa lah salahnya jika Pas membiarkan DUN Sg. Limau ini diwakili oleh Umno dan supaya kerajaan megeri lebih kukuh dengan pertambahan kerusi DUN?

Sebaliknya jika Umno yg menarik diri atau kalah akan tibul cakap2 Umno telah kehilangan kepercayaan rakyaat!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Perangai Husham Sama Dengan Anwar? Ada Video Ke?


Dah "kena tendang" baru nak komplen....

Masa dalam kerajaan....Semua yang dia buat pun X menjadi....

Korridor Depu, Jabatan Palekbang, stadium baru, Dinnar Emas, lombong emas, pembalakan di Tanah Tinggi Lodging,Lebuhraya Kuala Kerai, RM 600 juta pinjaman naik taraf bekalan air Kelantan, kambing Jamnapari dll.... Semuanya X menjadi...

Sumber klik Karya - Sinar Harian

Nak tiru perangai Anwar ke?

Dah kena "buang" baru nak komplen???

Ok lah jugak.... Jangan tiru ada Video "SXX" sudah lah....


Published with Blogger-droid v2.0.10

22 Oct 2013

Gara-gara Kritik Kerajaan Kelantan Husam Bakal Dipecat???

Ye lah...Masa dia berkuasa banyak projek2nya terbengkalai begitu sahaja.

Dari koridor depu sampailah ke dinnar emas....

Tup2 bila orang lain memerintah....banyak pulak yang dia X puas hati....

Ironinya kalau dia ni bagus sangat..kenapa lah tak terpilih untuk kekal dalam exco Kelantan ya....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lagi Bala Melanda Pulau Pinang?

Artikel penuh klik Wanita nyaris maut dihempap batu 5 tan | Terengganu Today

Published with Blogger-droid v2.0.10
MUAR - Barisan Nasional (BN) perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina selain meraih sokongan penuh pengundi Melayu untuk memastikan parti itu terus kekal memerintah negara ini.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang baru dipilih, Datuk Razali Ibrahim berkata BN tidak boleh mengetepikan sokongan pengundi kaum Cina dan memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada mereka untuk membina sebuah kerajaan yang kukuh.

21 Oct 2013

Belanjawan Pakatan - Takut Kena Ciplak Atau Tak Ada Idea?


Macam berita Blackout 505 lah pulak...

Berbohonglah lagi banyak2....

Dah macam cerita budak gembala, orang kampung dan serigala!!!

Kenyataan Bekas Pemimpin Yang Dahulunya Dilebel Sebagai Nepotisma Bila Anaknya Kalah???


Inilah dia Negarawaan yang anda semua pernah hina sebagai tua kutuk!!!

Mahafiraun!!!

Mahu menongkat langit!!!

Mengamalkan Nepotisma!!!

Mengamalkan Kronisma!!!

Ironinya anak beliau tidak dibenarkan merebut jawatan di dalam Umno sewaktu di zaman beliau menjadi PM selama lebih 20 tahun....

Malah setelah beliau besara daripada jawatan PM hampir 10 tahun, anaknya perlu menapak dan mencari sokongan sendiri tanpa disokong oleh beliau....

Sesuatu yang anda lihat berlaku sebaliknya  di dalam parti2 pembangkang yang mengutamakan anak-beranak dan kaum keluarga....Seolah2.... PKR, DAP dan Pas adalah Parti kaum keluarga kepada sesetengah pemimpin mereka...


Artikel penuh klik Politik - Sinar Harian


Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar Bukan Lagi Penasihat Ekonomi Selangor???



Bukan nak fitnah cuma berasa pelik...

Jika beliau masih berjawatan dlm kerajaan negeri mengapa perlu buat teguran secara terbuka?

Mengapa X membuat teguran semasa mesyuarat ataupun secara peribadi. 

X kan lah Anwar sengaja hendak memalukan KI pulak??? 

Ataupun hendak cari mileage politik? 

Atau mahu menjatatujkan KI?

Kalau X pun kerana Anwar masih boss lagi KI dalam PKR dan PR, beliau (KI) masih boleh ditegur dalam mesyurat parti dan bukannya secara terbuka yang tentu sahaja akan mengundang aib dan banyak persoalan.....

Artikel penuh klik Politik - Sinar Harian
Published with Blogger-droid v2.0.10

20 Oct 2013

Foto Ustaz Dr. Fathul Bari dan Anwar - Boleh Ditaksirkan 1000 Makna???

Sebagai ahli politik yang matang, kerana tidak bercakaran di khalayak walaupun berlainan fahaman politik.  
 
Senyuman mereka hanya di depan kamera???

Seorang berdakwah dan seorang lagi pergi berdakyah???

Adakah  Dr Fathul mahu berubah angin??? 

Dr Fathul bakal pengganti Husam dalam PR???

Dr Fathul wakil Kerajaan berbincang untuk tarik Anwar menyertai kerajaan perpaduan?

Benarlah kata pepatah...."Sekeping gambar boleh menceritakan 1000 cerita".

Jangan ada yang kata Ustaz ni "Jambu" baru Anwar sudahlah.....





19 Oct 2013

Persepsi Dilontar Husam Agar Mukriz Kalah dan Umno Berpecah Berjaya???




Begitu takut mereka (PR) dengan aura Tun Mahathir....Jestru mereka cuba menggunakan 5 calon VP supaya berusaha menekan MM. Apapun jika gagal mereka cuba pula supaya Tun M campur tangan untuk menjatuhkan DS Najib. Menyemai api kebencian kononnya DS Najib bersengkokol dgn calon2 VP yang lain. Lain2 isu seperti TTPA contohnya hanyalah "garam" untuk penyedap rasa.

Sesuatu yang jika berlaku pasti akan memecah-belahkan dan memusnahkan UMNO

Posting ni sepatutnya keluar pagi tadi....Tapi "X lepas".... HP Samsung yang ada masalah atau penulis yang X pandai.... 

Apapun sehingga artikel ini diterbitkan, Datuk Mukriz Mahathir masih ketinggalan di nombor 4 senarai calon2 Naib Presiden Umno...
Published with Blogger-droid v2.0.10

18 Oct 2013

Kalimah Allah - Jawapan Untuk Ustaz Wan Ji???

Pendakwah bebas Wan Ji Husein (foto kiri) menampil beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:

(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.
Sila Wan Ji nyatakan jika semasa menyembelih orang Kristian menyebut dengan nama Allah, Isa anak Allah dan Ruh Kudus bolehkah kita memakan sembelihan mereka??? Bagaimana pula jika mereka mengetuk kepala binatang tersebut dengan tukul dan pahat sebagaimana dakwaan ahli sains dewa ini yang mendakwa cara tersebut tidak menyakitkan dan tidak kejam sebagaimana yang dipraktikan oleh umat Islam???

(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi. Bagaimana dengan konsep triniti??? Tuhan, Anak Tuhan Isa dan Roh Kudus???

(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah. Jika tidak bersumpah dengan nama Allah nak bersumpah atas nama apa???

(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.

"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.

Adakah Wan Ji telah selidik apakah cara "sembelihan"
Yahudi dan Nasrani sekarang??? Adakah MASIH SAMA seperti yang dilakukan oleh penganut2 agama Islam iaitu memutuskan urat marikh dan halkum ataupun menggunakan renjatan elektrik ataupun tukul/pahat kerana kononnya lebih maju dan saintifik???

Sumber klik sini.

17 Oct 2013

Pas Tidak Perlukan "Ulamak" Segera!!!

Menurut Khalid pengharaman penggunaan nama Allah terhadap bukan Islam adalah seperti tindak balas ketakutan daripada ‘orang bodoh.’

“Kerajaan perlu mendidik umat Islam mengenai semua ayat-ayat al-Quran yang menyebut bahawa bukan Islam telah berbincang tentang Allah dengan Nabi Muhammad dan menggunakan perkataan itu secara bebas tanpa apa-apa halangan. 

“Sebaliknya, kerajaan seolah-olah sangat berbangga bahawa negara kita adalah satu-satunya negara Islam yang mengamalkan larangan ini – melampaui daripada apa yang Nabi Muhammad telah lakukan.

“Adalah malang kerajaan telah mengambil kira orang-orang yang ‘bodoh’ berkeras dalam isu ini, membelakangkan pandangan Islam terhadap perkara ini,” kata Khalid.

Khalid turut menolak garis panduan daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang tidak membenarkan ‘Allah’ digunakan bukan Islam kerana bimbang akidah umat Islam terancam.

Menurutnya, “tidak ada kekeliruan di sana,” sebaliknya Khalid menegaskan dengan membenarkan perkataan ‘Allah’ untuk agama-agama lain akan membina platform yang sama di kalangan orang yang berbeza keimanan di negara ini untuk menggalakkan perbincangan antara agama.

“Persoalan pluralisme juga tidak ada di sini kerana Al Quran telah menegaskan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah adalah Islam,” katanya.

Khalid juga menegaskan bahawa isu ini bukan isu agama, sebalik ia merupakan satu isu politik semata-mata.

Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Demi politik dan kepentingan undi... Sesetengah pemimpin membutakan mata dan hati mereka terhadap matlamat dunia...

Muslihat pendakyah2 agama lain untuk menyebarkan agama mereka di kalangan penganut2 Islam tidak mereka indahkan malah mereka sokong dan berikan bantuan....

Astarfirullah.....

Engkau ampunkanlah kami dan engkau sedarkanlah pemimpin2 sebegini ya Allah....

16 Oct 2013

Harun Taib Bertegas Umat Islam Wajib Pertahankan Kalimah Allah - Dr. MAZA Kata Boleh Jika Tuhan Kristian Menepati Zat Allah???

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata beliau menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan The Herald dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Harun yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut menggesa umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, mempertahankankan agama serta mempertahankan kesucian kalimah 'Allah'.

“Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).

“Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,” katanya lagi.

Beliau menegaskan lagi bahawa Allah bukan tuhan bagi agama selain daripada Islam.

“Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain,” katanya lagi.

Sumber klik sini.

Dr MAZA bersama2 ilmuan agama pro pembangkang yang lain sejak awal lagi tetap mempertahankan kalimah "Allah"  boleh digunakan oleh agama lain selagi ianya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala klik sini.

Soalan penulis, buat agama Kristian yang percaya Tuhan mereka berasaskan kepada fahaman Triniti, iaitu Tuhan, Isa dan Roh Kudus adakah ianya boleh diterima pakai?

Jestru bolehkah Dr MAZA tunjukkan kepada kita di manakah  kedudukan tuhan agama Kristian yang menepati zat sebenar Allah???

Tidak kah alasan "tergantung" sebegini menyusahkan orang ramai malah boleh menyesatkan mereka???

Alasan beliau Kalimah Allah telahpun digunakan oleh bukan Islam di negara ini kerana  orang bukan Islam di negeri tertentu menyanyikan  lagu negeri mereka (Johor misalnya) yang mempunyai kalimah Allah, malah mereka yang menganggotai polis dan tentera juga menggunakan lambang "Allah dan Muhammad" sebagai lambang pasukan2 keselamatan tersebut.

Pada pandangan penulis perkara di atas tidak boleh dijadikan alasan kerana sebagaimana perlembangaan negara yang memperuntukkan Islam sebagai agama resmi, sudah pasti ada nilai2 agama Islam yang telah diterapkan kedalam perlembagaan, perundangan dan juga juga peraturan harian penduduk2. Apa yang hendak dihairankan kerana dalam negara2 yang diterajui oleh orang2 Kristian mereka juga menerapkan nilai2 agama mereka di dalam perlembagaan, undang2 dan peraturan mereka. Selain ianya menjadi lumrah manusia ia juga adalah kewajipan untuk penganut sesuatu agama mempraktikkan agama yang mereka anuti terutamnya di dalam negara dibawah kekuasaan mereka. Klik sini.


Pas dan Umno - Semangat Hari Raya Qurban!!!

Sewajarnya falasafah Raya Qurban bukan setakat untuk kita mengikhlaskan diri menyerahkan qurban untuk Allah s.w.t. sang maha pencipta... 

Sebagai cara kita bersyukur kehadrat Nya...

Sebagai cara kita memohon keredhaanNya...

Bukan sekadar bersedekah mengorbankan lembu, kambing, unta dan lain2 ternakan 4 kaki...untuk mengeratkan silaturahim....antara keluarga, jiran-tetangga dan fakir-miskin..

Sewajarnya kita juga perlu menggunakannya untuk mempertingkatkan ukhwah kita sesama Islam.

Buangkan prangsangka,

Buangkan demam kesumat,

Buangkan sifat iri-hati dan dengki,

Tingkatkan persaudaraan!!!

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Norsharul Elak Harimau Malaya Mendapat Aib di Gelangang Sendiri!!!


Foto (kiri) "Allah Always With Me" - Norsahrul Idlan menunjukkan T.Shirt nya sejurus selepas menjaringkan penyamaan,









Foto (kanan): Gol jaringan Norshahrul melalui sepakan lencong yang deras tidak terjangkau oleh penjaga gol Bahrin.









Foto (kiri): Kedudukan terkini kumpulan D.


Walaupun keputusannya kurang memberangsangkan, tetapi dari segi keseluruhan dan semangat melawan yang ditunjukkan oleh pemain2 kita bolehlah dikatakan agak baik juga.

Secara tidak langsung apabila beberapa pemain yang menggalas tempat pemain2 utama yang tercedera telah menunjukkan permainan yang boleh dibanggakan, ini telah membuktikan kepada kita bahawa Datuk Raja Gopa telah melakukan perkara yang betul apabila selama ini beliau kerap ber esperimen dalam perlawanan2 antarabangsa.

Alasan yang beliau sentiasa sahaja berikan walaupun keputusannya adalah negatif, beliau mahu mencuba kombinasi pemain baru bagi persediaan jika ada pemain2 utamanya yang cedera ketika perlawanan sebenar kini terbukti ada benarnya.


Published with Blogger-droid v2.0.10

15 Oct 2013

Masih Ramai Melayu/Islam Yang Sanggup Pertahankan Kalimah Allah!!!



Foto (kiri): ORANG ramai hadir di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi ini bagi mendengar keputusan Mahkamah Rayuan mengenai pengunaan kalimah 'Allah' oleh akhbar mingguan Roman Katolik, The Herald dalam versi bahasa Malaysia. Panel tiga hakim sebulat suara memutuskan Gereja Roman Katolik tidak dibenar menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. - Foto Mohd Fadli Hamzah (berita lanjut) Oct 14, 2013 10:56 am

Alhandulillah......

Keputusan perbicaraan klik Berita Harian: The Herald dilarang guna kalimah Allah - Mahkamah Rayuan
Published with Blogger-droid v2.0.10

14 Oct 2013

Selamba Menipu Rakyaat!!! Masih Adakah Lagi Yang Percaya?

Sokongan ataupun lebih tepat, simpati rakyaat terhadap DSAI telah semakin terhakis...

Semakin ramai yang telah menyedari mereka sebenarnya hanya tertipu oleh lakonan sandiwara "pemimpin anugerah tuhan" ini...

Lihat sahaja foto di atas bagaimana hebat dia menipu rakyaat dalam himpunan  satu himpunan "blackout 505" yang diakui sendiri oleh Dr Ong Kian Ming pemikir strategi  DAP bahawa peristiwa "blackout 505" sebenarnya memang tidak pernah berlaku.

Published with Blogger-droid v2.0.10

13 Oct 2013

Kerana Anwar Hadi Sekali Lagi Sanggah Majlis Syura Pas?

Artikel penuh klik Presiden PAS Pertahan Bukan Islam Boleh Guna Kalimah Allah | AIDC

Kenyataannya pun berbelit2...Mungkin sebab mahu menegakkan benang yang basah...

Katanya orang bukan Islam boleh guna kecuali jika salah guna...

Dah tentu ada yang kaitkan tuhan ada 3.....
Mcm mana nak kata X salah guna?

Kalau

Published with Blogger-droid v2.0.10

12 Oct 2013

Tipu Blackout - Populariti Anwar Semakin Malap!!!

Artikel penuh klik Kehadiran kecil dalam ceramah anti-TPPA - Malaysiakini

Patutlah sampai perlu gunakan foto Tun Mahathir dalam poster ceramah anti TPPA.

Rakyaat Malaysia sebenarnya telah jelak ditipu Anwar!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

11 Oct 2013

Hilang Kisah Penipuan Racun Arsenik Anwar - Kini Rakyaat Kelantan Diracun Secara Senyap???


Nak salahkan siapa???

Kerajaan pusat bukan sahaja telah memberikan pinjaman mudah sebanyak RM 600 juta kepada kerajaan negeri untuk tujuan menaik-taraf sistem bekalan air bersih di Kelantan, malah juga telah menaik-taraf dan memperbaiki loji2 air di negeri ini.

Harapan penulis agar kerajaan negeri Kelantan yang baru lebih bersifat mesra kerajaan persekutuan dan tahu berterimakasih agar segala masalah yang mereka hadapi dapat dibantu oleh kerajaan pusat/persekutuan untuk kebaikkan rakyaat umumnya dan orang2 Melayu/Islam khasnya.

Artikel penuh klik sini.

10 Oct 2013

Wajah Terbaru Anwar Kelihatan 20 Tahun Lebih Muda???

 Wow!!!

Anda bandingkan lah sendiri...Foto yang katanya diambil seminggu yang lepas...

Sumber foto terbaru klik sini.

Husam Bedal Kerajaan Pas Kelantan - Akibat Dendam Kesumat???

Bukan main "pandai" Husam membedal kerajaan negeri Kelantan apabila beliau kini bukan lagi seorang exco kerajaan negeri pimpinan Pas.

Tarif air naik lah.... Air kotor lah..... Bekalan air tak cukup lah....

Membalak di kawasan hutan kekal lah.....

Terminate kontraktor lah....

Ironinya sema sa Husam memegang portfolio exco kewangan/kanan negeri Kelantan banyak sekali buah tangannya gagal....

Projek Kambing Jamnapari, Koridor Depu, Ladang Rakyaat, Lebuhraya Rakyaat, Stadium Baru, Projek Pembangunan/Penambakan Pantai Sri Tujuh, Dinar Kelantan, Lombing Emas  dll.

Untuk ke artikel penuh Sidang DUN Kelantan yang panas sila klik Politik - Sinar Harian

Foto (kanan) Hutan Tanah Tinggi Lojing yang gondol ketika Husam masih dalam barisan exco Kelantan.

X salah untuk menegur tapi...Zaman Husam dulupun pun caca marba ..... Jangan sampai orang kata, "menepuk air di dulang..."

Published with Blogger-droid v2.0.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3