bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

18 Nov 2013

Pas Jangan Berdolak-dalih!!! Laksanakan Sahaja Hudud di Kelantan!!!

Hudud Kelantan telah digubal oleh kerajaan negeri Kelantan.

Diletakkan dibawah bidang kuasa  Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam Kelantan berada di bawah eknemen negeri dan DYMM Sultan Kelantan adalah ketua Agama bagi negeri Kelantan.

Jestru jalan aje lah....

Selama ini asyik bercakap mahu tegakkan hudud... 

Sekarang beri berbagai alasan pulak...

Jangan kata selama ini pesalah tidak pernah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Syariah? 

Setahu penulis cuma hukum sebat bagi kesalahan Syariah memang X pernah dijalankan. Kes di Pahang tak berapa lama dulu, pesalah terpaksa diampunkan oleh DYMM Sultan.

Sebagaimana posting terdahulu pada pandangan penulis, adalah wajar untuk Kerajaan Pas Kelantan menjalankannya dan dalam masa yang sama melakukan penambah-baikan. 

Jadi mengapa Salahuddin memberikan alasan berikut, 

"Bagaimana dengan Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia (PDRM)?" 

"Bagaimanapun pula dengan  penguatkuasaan dalam undang-undang tersebut?"

“Itu semua memerlukan kerjasama dan persetujuan  jelas daripada kerajaan Pusat. Perlu ada satu jaminan,”.

Cari alasan untuk tidak melakukan hudud???

Apa selama ini apabila Jabatan2 Agama di Malaysia termasuk di negeri Kelantan menjalankan undang2 Syariah mendapat tentangan daripada pihak polis dan penjara???

Setahu penulis setiap serbuan operasi mencegah maksiat dan tangkapan kes2 berkaitan kesalahan di bawah hukum Syariah, pasti ianya akan disertai oleh anggota2 polis dan pesalah yang dijatuhi hukuman penjara akan dipenjarakan. Jadi apa masalahnya???

Jestru dolak-dalih Salahuddin hanya menunjukkan sejauh mana keikhlasan Pas dalam menegakkan Hudud dan bagaimana ceteknya pengetahuan beliau dalam memahami perlembagaan dan perlaksanaan undang2 negara termasuk undang2 Mahkamah Syariah. 



1 comment:

  1. Biasalah dah dekat pemilihan Muktamar PAS tambahan lagi yang nak bertanding tu calon dari Kelantan mesti kena promote hudud. Yang hendak dilawan pula calon yang pro DAP mestilah DAP back up habis-habisan. Ini semua drama telenovela dan sinetron sampah yang sengaja dicetuskan puak-puak fuckatan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3