bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

30 Nov 2012

Kini PBB Iktiraf Palestine Sebagai Sebuah Negara!!!



JERUSALEM: Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun. 

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012. 



Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung. 

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir. - AP  Sumber klik sini.


Komen Isac:

Alhamdulilllah!!! Semoga selepas ini nasib rakyaat Palestine akan lebih terbela dan Israel tidak boleh dengan sewenang2nya memperlakukan mereka sesuka hati.

29 Nov 2012

Isu Saloon Uniseks - Pas Kelantan Kata Boleh Pulak???


Akibat tekanan DAP, Saloon Uniseks bakal beroperasi tanpa sekatan di Kelantan. Klik sini.

Samalah halnya juga dengan hukum hudud....

Hudud di zaman Rasulullah dijalankan untuk semua penduduk Madinah tidak terkecuali buat yang bukan Islam. Tetapi hudud Pas selain dibenarkan meliwat isteri masing-masing, ianya tidak akan diguna-pakai terhadap pesalaah bukan Islam.

Gelaran Al-Juburi - Anwar Masih Berdendam Dengan Mat Sabu???

Jika tidak masakan taraf Mat Sabu hanyalah Timbalan Menteri dalam Kabinet bayangan Anwar???


Berbanding Dr. Hata yang dilihat sinonim dengaan DAP dan lebih rapat dengan PKR, Dr. Hata bakal diberikan jawatan menteri penuh.

Adakah Anwar berpendapat Mat Sabu sememangnya tidak layak menjadi merteri penuh??? Naib Presiden Pas dan antara pemimpin veteran Pakatan Rakyaat hanya layak untuk menjadi Timbalan Menteri???

Adaakah Anwar berpendapat Mat Sabu cuma setaraf dengan "Mr. Bean" Pas yang tak sekolah tinggi??? Mat Sabu yang telah menjadi pemimpin Mahasiswa sejak di zaman Anwar mengetuai demonstrasi jalanan di era 70an hanya dipandang sebelah mata....

Nampaknya segala usaha dan pengorbanan Mat Sabu seolah-olah tidak dipandang oleh Anwar. Ataupun Anwar berasa terancam dengan Naib Presiden Pas ini kerana takut beliau bakal menjadi lebih popular berbanding Hj. Hadi dan akhirnya akan mengugat kedudukan Anwar kelak.

Mat Sabu sanggup menyokong musuh orang2 Negara/orang2 Melayu apabila beliau memaikan isu komunis dan menyokong Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan. Menamakan Mat Indera sebagai Hero dan anggota2 polis yang terkorban dalam tregedi Balai Polis Bukit Kepong sebagai talibarut Inggeris.

Satu persamaan antara Mat Sabu dengan Anwar adalah sama2 kaki auta. 

Mungkin itulah sebabnya Anwar begitu "takutkan" beliau ataupun Anwar masih berdendam kerana Mat Sabu lah  orang yang pertama mengelarkannya "Al-Juburi".


28 Nov 2012

Keputusan Piala AFF: Malaysia 4 : Laos 1. Laluan ke Separuh Akhir Penuh Ranjau Berduri!!!

Foto: Jurulatih Laos, Kokichi Kimura - Harapan untuk mengeciwakan Harimau Malaya tidak kesampaian .

Walaupun mensia-siakan lebih sedozen peluang untuk menjaringkan gol, akhirnya Harimau Malaya dapat menjarikan tiga gol tambahan melalui Safi Sali, Wan Zack Haikal dan Khairil Muhaymeen. Syabas dan semoga berjaya menumbangkan Indonesia dalam perlawanan ke tiga nanti.

Dengan kutipan tiga mata, 4 jaringan dan bolos 4, satu-satunya cara untuk Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir adalah dengan menumpaskan pasukan Indonesia.  Ini kerana seri akan meletakkan Pasukan Indonesia memiliki 5 mata hasil satu kemenangan dan dua seri sementara Singapura pula pastinya akan memungut 6 mata kerana tidak akan mempunyai masalah untuk mengalahkan Loas dalam perlawanan terakhir mereka. Apapun jika seri, Singapura akan terikat 4 mata bersama-sama Malaysia, dengan mempunyai 2 lebihan gol.

Piala AFF - Separuh Masa Pertama Terikat Malaysia 1 : Laos 1


Malaysia yang menguasai 60% permainan cuma dapat menjaringkan gol melalui tendangan percuma Shafik Rahim. Safi Sali terlepas 4 peluang keemasan sementara Norsharul pula 3 peluang.

Pemain2 Loas yang nampak tertekan dan tidak begitu bahaya akhirnya dapat menghasilkan satu jaringan padang apabila rembatan seorang pemainnya terkena badan Idil dan bola melantun mengelirukan penjaga gol Farizal Marlias.

Apapun kita berdoa dan berharap Harimau Malaya akan menjarigkan banyak gol dalam separuh masa kedua nanti.

Liga Malaysia Bukan Liga Bolasepak!!! Tak Ada Standard???


Masih ingat wajah jurulatih ini???

Pada era B. Sathianathan menyaksikan bolasepak malaysia mula bernafas sedikit. Peminat mula tersenyum tatkala kejohanan kecil iaitu pestabola merdeka berjaya di takluki. Namun prestasi Malaysia terus tidak konsisten di bawah sathia. Kekalahan 5-0 kepada UAE dalam kelayakan piala asia menyebabkan beliau mengundurkan diri. 

Sathianathan pernah meluahkan kekecewaan beliau dengan mengkritik secara lantang bahawa ''liga malaysia bukan liga bolasepak''. Tiada pemain2 yang boleh diketengahkan diperingkat nasional.

Daripada nada sinis oleh bekas jurulatih sendiri ''liga malaysia bukan liga bolasepak''  "the special one" berjaya membuktikan sebaliknya dan pasukan bolasepak Malaysia mula dikemudi dan berhasil memenangi piala kejuaraan..

Orangnya tak lain dan tak bukan ialah Dato' K. Rajagopal. Membawa Malaysia merentasi ranjau sukar di peringkat kumpulan sukan sea 2009 di Laos ialah satu perkara di luar jangkaan peminat. Kemenangan mengejut Malaysia mengatasi Thailand 2-1 hasil ledakan penyerang berbisa lagi berbahaya iaitu Fakri Sakrani. Malaysia kemudiannya muncul pemenang emas hasil kerana sikap menunjuk2 kehebatan sendiri oleh penjaga gol vietnam yang terlupa kualiti pasukan Rajagopal. Dari situ beliau tidak menoleh lagi ke belakang dan akhirnya meneruskan legasi penguasaan dengan menjuarai piala AFF.

King Gopal membuktikan kewibawaan beliau selepas membawa Malaysia merentasi lautan gelora bung karno dan kemudiannya memenangi piala AFF walaupun Malaysia ketika itu tempang dan berdepan dengan masalah kecederaan pemain bintang yang teruk. Disinilah terserlahnya kebijaksanaan beliau yang telah mencampukkan beberapa pemain senior dan anak2 buah beliau yang kebanyakkannya datang dari skuad harimau muda yang memenangi pingat emas sukan Sea 2009. 

Rajagopal berjaya membawa cara permainan baru kepada skuad Malaysia. Dimensi bolasepak era baru Malaysia mula bersinar. Jika skuad Sukan Sea 2009 lebih banyak bertahan, Harimau Malaya sudah tidak malu-malu merembat dari jauh malah tidak gentar menggelecek .Kalau dibandingkan dengan kempen kelayakan piala asia sebelumnya persembahan skuad negara cukup memalukan. touch bola  hilang, touch bola hilang..

Rajagopal berjaya menerapkan corak permainan pantas dalam menyerang. Bahagian sayap juga di manfaatkan dengan cukup baik, malah ada yang mengatakan mirip corak permainan kelab-kelab sepanyol. Walaupun perlawanan pertama Malaysia tewas kepada Indonesia 5 : 1 di peringkat kumpulan
piala AFF akhirnya berjaya dimenangi oleh skuad Raja Gopal untuk Malaysia buat pertama kali. 

Peminat harus sedar, buat masa ini tak semua nama yang di canang dan hebat beraksi di liga mampu beraksi sehebat itu di peringkat international. Berilah peluang kepada skuad negara. 

Doa dan sokongan rakyaat kini betul2 diperlukan!!! Janganlah hanya tahu mengkritik ketika kalah dan bersorak ketika menang!!!

Sebahagian tulisan dinukil daripada sini.

Orang "Buat Jahat" ke Atas Kita - Dibalas Dengan Kebaikkan???


“Ya Allah, Ya Tuhan Kami!, Terimalah doa kesejahteraan buat sekelian kami, Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri, Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai,”.

Muhyiddin juga berdoa supaya Allah kurniakan kemenangan kepada ahli-ahli UMNO.

Terdahulu, Mohamad Affandi yang membacakan doa bagi memulakan majlis perasmian itu mngejutkan perwakilan tiga sayap parti dengan doa ditujukan kepada PAS.

Dalam doanya, beliau mohon dibukakan pintu hati saudara Islam dalam PAS untuk kembali ke jalan Allah dan kebenaran.

Beliau juga meminta Allah menggerakkan hati ahli dan pemimpin PAS untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi memartabatkan agama Allah,bangsa Melayu dan Malaysia.

Mengulas doa-doa berkenaan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, doa dibacakan itu adalah doa lazim dilakukan ikut sunah Rasul dan bukan doa meminta memusnahkan musuh, apatah lagi musuh hanya dalam politik sedangkan bersamaan agama dan bangsa. Artikel penuh klik sini.

Contohilah peribadi yang mulia..... Ingat salah satu soalan kubur???

Siapa saudara kamu? Umat Islam adalah saudara ku.

27 Nov 2012

Anda Pilih Untuk Perpaduan Negara Atau Pecah-belah???

Untuk perpaduan dan semangat nasionalisma.


Pembangkang meracuni fikiran rakyaat untuk menolak Lynas adalah semata-mata kerana ianya akan memberikan manfaat kepada rakyaat dan negara.


26 Nov 2012

Gempar!!! Blog panggungopera.blogspot.com dan Sungai Rapat Diserang Malware!!!



"Pelayar Google Chrome" akan block blog anda jika ianya dijangkiti Malware.

Jika anda tidak berbuat sesuatu ianya pengunjung yang menggunakan google chrome akan disekat daripada melayari blog anda.

Apa yang anda perlu buat..... sesekali anda perlu menggunakan "Search Engine Google Chrome" untuk mempastikan sama ianya dijangkiti atau tidak.

Ataupun jika anda dapati visitor ke blog anda semakin menurun, cuba gunakan pelayar Google Chrome   .

Jika blog anda dijangkiti, dan jika anda membukanya menggunakan "Search Engine Google Chrome", ia akan memberitahu dari mana malware itu telah dijangkiti.

Anda cuma perlu buangkan "link" tersebut dan blog anda akan kembali normal.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya address blog yang dijangkiti menggunakan nama "Paparan" yang berlainan dengan address blog.

Sebagai contoh jenuh juga penulis mencari nama paparan untuk blog http://panggungopera.blogspot.com kerana ianya menggunakan nama paparan yang lain iaitu "Anak Seberang".

Jestru cara terbaik, anda cuba buka link yang dijangkiti itu dengan pelayar "Explorer" dan dapatkan nama "paparannya". Kemudian cari menggunakan nama paparan tersebut dan buangkan linknya dari blog anda. 

Selamat berjaya!!!


Raja Gopal Mahukan Senario 2010 Berulang Untuk Bangkit???

Penyerang Malaysia, Safee Sali dihalang pertahanan Singapura pada saingan Kumpulan B Piala Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. [ YAZIT RAZALI/ BH ]

Barisan perancang midfield negara perlu lebih memainkan peranan untuk mecorak permainan dan bukan setakat membuat hantaran2 yang mudah dibaca dan dipatahkan oleh pihak lawan. Perlu lebih banyak bola dihantarkan barisan depan agar penyerang2 dapat berfungsi dan menjalankan tugas mereka untuk menjaringkan gol dan bukannya turun ke bawah untuk mendapatkan bola.

Pertahanan negara juga perlulah membuat "man to man marking" dan jangan biarkan penyerang2 pihak lawan tanpa kawalan terutamanya dalam "set pieces".

Ye sememangnya kita kalah 5:1 dalam perlawanan pertama di kejohanan piala AFF 2010 dan mampu bangkit sehingga menjadi juara kejohanan tersebut, tetapi perlu diingat tuah tidak berlaku selalu!!! Serta pasukan2 lain juga mungkin akan lebih bersedia dan tidak memandang remeh terhadap pasukan kita seperti mana yang telah mereka lakukan pada 2010 iaitu selepas kita dibelasah 5:1 oleh pasukan Indonesia.

Dengan kemasukkan Mahali, Wan Zack dan Azamuddin pada malam semalam, jentera serangan dilihat mendapat lebih option dan bantuan yang agak baik. Pastinya mereka ini perlu dikekalkan dan pemain2 yang aggressive seperti Badrul Bakhtiar dan Hazuan juga mungkin wajar diberikan peluang lebih2 lagi pasukan Laos dilihat mengamalkan permainan yang aggressive. 

Harimau perlu bangkit sekarang!!! Jika tidak mahu berputih mata!!!


24 Nov 2012

Bangsa Israel Sebenarnya Bangsa Pengecut?



Takut kan bayang2....
Bila mereka tengok orang2 Palestin lepak2 berkumpul dekat pagar/tembok pemisah  aje pun mereka dah gabrah siap menghalakan meriam kereta kebal ke arah  khalayak tersebut.
l
Published with Blogger-droid v2.0.9

Lagi Pembangunan Buat Rakyaat Malaysia!!! - Hab Pengajian Tinggi Pagoh.


Berita penuh klik sini.


Ianya pasti akan menguntungkan dan memudahkan rakyaat di sekitar kawasan Pagoh dan negeri2 berdekatan seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang secara khasnya dan semua rakyaat Malaysia secara amnya kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di dalam negara akan bertambah...

Syabas kerajaan BN/Umno!!!

23 Nov 2012

Pas Kini Lebih Atokratik Berbanding Umno - Dr Maza


Tidak boleh ditegur???

Menakut-nakutkan dan memomokkan umat Islam dengan mengunakan alasan2 seperti, "melawan ataupun bercanggah pendapat dengan pemimpin tertinggi parti bermaksud mengundang amarah Allah s.w.t.!!!"

Mendoakan kehancuran buat mereka yang tidak sependapat dengan mereka!!!

Artikel penuh klik sini.

Jangan Saman Mazlan Alimin Sebab Beliau Miskin???


Kalau macam tu senanglah... Orang miskin boleh sewenang2nya memfitnah dan mentohmah orang sesuka hati....

Tun Mahathir Sokong Hadi Menjadi PM ke 7???


Walaupun Tun Mahathir mungkin benar, dari segi sejarah peribadi TG Hadi lebih layak untuk menjadi PM berbanding DS Anwar, tetapi "Amanat Hadi" yang menyebabkan orang Melayu/Islam berpecah-belah  sebenarnya menjadi faktor untuk tidak melayakkan beliau untuk menjadi PM. Kedua-duanya wajar ditolak oleh rakyaat Malaysia.


22 Nov 2012

Taktik Guna Doa Untuk Meraih Simpati dan Ugutan Ala Pas???


KUALA LUMPUR – Seorang penjaga sebuah tokong Cina di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya yang mengaku dirinya dukun tergamak merogol tiga wanita yang membantu menjaga rumah ibadat tersebut dalam tiga kejadian berasingan.


Lebih teruk lagi, dukun berusia 50 tahun itu mengugut akan berdoa supaya kesemua mangsa ditimpa musibah jika memberitahu kejadian itu kepada orang lain.



Kesemua mangsa berusia awal 20-an dan mereka dipercayai dirogol dalam tiga kejadian iaitu pada April, September dan minggu lepas. Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Dukun ini mungkin meniru dari kelakuan Tok2 Guru Pas agaknya.... Doa musnahkan BN, doa pecah perut, doa kononnya diserang dan ditindas dengan zalim dan bermacam-macam lagi....

Pas yang mendakwa sebuah parti Islam dan berjuang untuk memertabatkan undang2 Islam, kini dilihat telah semakin jauh menyimpang....Sewajarnya doa2 yang memohon pertolongan Allah s.w.t. kerana kononnya mereka berjuang untuk memertabatkan agama Islam, tidak boleh digunakan.... Apapun Allah s.w.t. Maha mengetahui, melihat dan mendengar... Semuanya ada dalam ilmu Allah s.w.t.....

Jangan2 ini semua hasil tarbiah Pas.....Yang diteladani daripada peristiwa2 di atas...

21 Nov 2012

Doa Musnahkan BN - Bukan Semua Doa Pas Dimakbulkan...


Doa kat atas tu... Masa kat PRK Tenang. Tak dimakbulkan....

Doa pecah perut royalti minyak Kelantan, tidak dimakbulkan....

Nak rampas pucuk pimpinan negara, dah lebih 50 tahun tak termakbul...

Sesungguhya Allah s.w.t. maha mendengar, maha melihat dan mengetahui akan setiap perkara..... Juga samada Pas benar2 memperjuangkan agamanya atau hanya mempergunakan agama untuk kepentingan politik..


Antara Doa Pecah Perut Royalti Minyak dam Kebas Derma Anak Yatim Memali!!!



Foto Sekadar Hiasan: Lawatan DS Najib ke Kelantan di sambut TG Dato Nik Aziz tidak berapa lama dahulu.



Tak lama dahulu Nik Aziz pernah membacakan doa pecah buat najib kerana mendakwa duit royalti minyak yang sepatutnya diserahkan kepada Kelantan tidak diberikan kepada kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas. Sebaliknya kerajaan pusat menyalurkan wang berkenaan melalui jabatan2 yang diterajui oleh jabatan-jabatan di bawah kerajaan pusat kepada rakyaat Kelantan dalam berbagai-bagai bentuk seperti pembangunan dan juga wang ikhsan.


Anehnya apabila wang kutipan untuk anak2 yatim akibat "Peristiwa Memali" yang dikutip Pas sehingga kini tidak kita ketahui kemana "lesapnya". Klik sini.

Pengeboman Palestine Oleh Israel - Satu Wake Up Call????


Apabila rakyaat negara2 Arab bangun memberontak dan menentang kerajaan2 yang memerintah mereka, parti2 politik pembangkang turut bersorak dan menyokong mereka. Harapan mereka cuma satu, agar kerajaan Umno/BN juga dapat ditumbangkan dengan cara yang sama. Jestru tidak hairanlah jika mereka sentiasa sahaja melakukan rapat-rapat umum untuk membangkitkan kemarahan rakyaat terhadap kerajaan yang memerintah.

Malah apabila kerajaan Syria juga diserang oleh pemberontak beberapa NGO termasuk Abim juga menyokong mereka. Alasannya kerajaan yang ada zalim. Kerajaan yang ada hanyalah minoriti yang berfahaman Syiah. Isu Syiah dan Sunni dipermain dan diperbesar-besarkan.

Adakah negara2 Arab yang telah menjatuhkan pemimpin2 mereka sebelum ini seperti Iraq, Mesir dan Libya lebih baik keadaan mereka berbanding ketika diperintah oleh kerajaan yang telah digulingkan???

Apa pula alasan NGO2 yang menyokong pemberontakkan2 ini terhadap peranan yang dimainkan oleh askar2 upahan yang dipercayai daripada A.S. yang sebenarnya memainkan peranan besar mencetuskan pemberontakkan bersenjata di Mesir, Libya dan Syria??? Bahkan Turki dan Arab Saudi dikatakan turut membekalkan senjata kepada pemberontak2 dan Iran pula di lihat menyokong kerajaan Syria. Dunia Islam semakin berpecah-belah!!!

Tidakkah kita terfikir polemik ini sengaja dicetuskan oleh pihak2 berkepentingan agar umat Islam sentiasa berbalah sesama sendiri sebagaimana pendekatan penjajah barat sejak dahulu lagi iaitu "pecah dan perintah" ?

Umum mengetahui dengan kejatuhan Iraq, Iran menjadi satu2nya negara Islam yang berupaya membina bom nuklear. Dengan sekutu rapatnya iaitu Syria yang kini diambang perang saudara, Israel serta pihak Barat akan dengan mudah dapat menewaskan Iran. Di tambah lagi dengan keadaan tidak stabil di kebanyakkan dunia Arab.

Kini bumi dan rakyaat Palestine dibom lagi oleh rejim Israel. Jika dahulu Iran dan Syria merupakan antara penyokong kuat rakyaat Palestine melalui Hizbullah, kini akibat masalah dalam negara sendiri bantuan tidak kunjung tiba. Tindakan serangan Israel terhadap Palestine sewajarnya dijadikan "wake up call???" untuk dunia Islam.

Mana sumbangan negara Turki yang kononnya didokong oleh sebuah parti Islam, terhadap dunia Islam??? Perlembagaan mereka sendiri yang tidak Islamik pun tidak mampu mereka tukarkan!!!

Hendak mengharapkan kepada Arab Saudi??? Pemerintah yang menjaga dua masjid suci Islam??? Arab Saudi adalah sekutu rapat Amerika dan Amerika pula adalah penyokong kuat dan pelindung segala tindakan dilakukan oleh Israel.

Perlu diingat pemerintah Arab Saudi yang ada sekarang adalah boneka yang dilantik Barat dari kalangan kaum nomad setelah menghalau pemerintah asalnya ke Jordan. Jestru mana mungkin mereka ini sanggup menongkah arus dan melawan kehendak Barat.

Jestru walaupun pembunuhan di Palestine begitu pahit untuk kita telan, sewajarnya kita jadikan iktibar untuk bersatu!!! Pengajaran dan harganya yang begitu mahal!!! Itulah yang bakal terjadi terhadap seluruh dunia Islam jika kita terus berpecah-belah!!! 





20 Nov 2012

Pas Biarkan Guan Eng Menjadi Jurucakap Mereka???


Di atas kapasiti apa??? Isu siapa bakal menjadi PM adalah isu besar!!!

Mungkin beliau boleh bercerita tentang hudud pulak selepas ini???

Jika selama ini Pas terikut2 mengaitkan DS Najib dengan isu Alantunya walaupun tanpa bukti syrie... Kini sanggupkah Pas "menabalkan" seorang yang belum dilepaskan daripada tuduhan liwat daripada "transkrip" mahkamah???

Bukti bahawa Pas telah semakin liberal!!!


Doa Pohon Hancurkan BN Bukan Arahan Sesiapa - Adik Nik Aziz.


Komen Isac;

Apa yang hendak diharapkan....

Abangnya (Nik Aziz) juga pernah membuat perkara yang sama...


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

19 Nov 2012

Doa Jatuhkan BN X Salah!!! - Doa Memohon Pas Kembali ke Pangkal Jalan Wajib???


Penubuhan Pas dan perpecahannya daripada Umno dulu kononnya untuk menegakkan hudud menurut Islam...

Kini demi mahu berkuasa Hudud bukan lagi matlamat utama...Pimpinan ulamak pelapis semakin dipinggirkan

Negeri2 di bawah pemerintahan Pas dilihat terkebelakang berbanding negeri2 diperintah BN. Secara tidak langsung bermaksud pengundi2 telah meletakkan "mereka yang tidak layak" untuk memerintah.

Tidakkah lebih wajar untuk rakyaat Malaysia beragama Islam mendoakan agar Pas kembali ke pangkal jalan???


18 Nov 2012

TG Hadi Awang Bakal Senasib Dengan Ghafar Baba???


Boleh bincang???

Sedangkan Allahyarhan Tun Ghaffar dulu pun boleh "diperdajjal" inikan pulak TG Hj Hadi yang mempunyai "cutting" yang sama, cuma lebih tinggi sedikit sahaja...

Kalau X percaya, tunggulah sahaja masanya nanti...Dah sememangnya "target" DSAI nak jadi PM, Tun Mahathir pun hendak dijatuhkannya....

Masa tu jangan kata penulis X bagi amaran pulak....

17 Nov 2012

Gempar!!! Hadi Seru Tolak "Pas" Dalam PRU 13 Kerana Menganggap Diri Maha Suci???


Kata hadi tolak parti yang telah disyaitani manusia yang menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan kelemahan. Kalau tanyakaan kepada penulis, itu bukannya Umno tetapi lebih menjurus kepada Pas.

Sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tetapi telah berevolusi menjadi yang sebaliknya. Kemaslahatan rakyaat seperti peluang pekerjaan, bekalan air tidak dapat dipenuhi, infrastruktur dan pembangunan yang terlalu mengharapkan kepada bantuan pusat  tetapi beranggapan, "mereka lebih baik" daripada orang lain.

Menegakkan hukum hudud bukan lagi menjadi matlamat utama, walhal itulah yang menjadi teras perpisahan mereka dengan Umno serta penubuhan Pas dahulu.

Antara perkara yang dahulunya ditolak kini mereka sendiri praktikkan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyampaikan ucaptama pada Muktamar Pas Kali Ke-58 pagi tadi, disambut dengan persembahan tarian singa di luar Pusat Tarbiah Islam Kelantan, pagi tadi. – Foto Sinar Harian

Apa perlunya naga ini dengan Muktamar Pas??? Sekadar mahu nenunjukkan Pas telah semakin liberal???

Bukankah patung/lepala naga itu haram di sisi Islam??? Jika ianya adalah sambutan perayaan tahun baru cina mungkin kita boleh terima logiknya (dilakukan oleh masyarakat cina yang bukan beragama Islam), ini Muktamar Pas. Atas alasan apa ianya diadakan???

TG Hadi wajar bermuhasanah diri dan merenung kembali kenyataan2 nya sendiri.

16 Nov 2012

Larangan Memancing di Jambatan X Adil?





Larangan memancing di jambatan selalu menjadi rungutan masyarakat kelas bawahan...Walaupun umum tahu ianya bahaya tetapi kerana kurangnya fisiliti dan tempat memancing di kawasan laut/kuala sungai ianya adalah suatu pemandangan yang biasa. Lihat sahaja jambatan2 seperti di bandar Muar, Batu Pahat, Endau, Kuala Rompin, Klang, dll.


Mungkin di masa hadapan pihak kerajaan perlu merekabentuk jambatan2 yang mempunyai tempat ataupun ruangan untuk para pemancing.

Pihak berkuasa tempatan juga mungkin boleh menggalakkan pemilik2 fisiliti persendirian maupun kerajaan seperti jeti, Marina, dermaga dll membuka tempat tersebut kepada pemancing di waktu malam dengan mengenakan caj minimum antara RM 5-10.

Antara rungutan pemancing2 di jambatan terutamanya penduduk berdekatan, mereka tidak mampu untuk pergi ke kelong, menyewa bot atau ke pulau2 berdekatan setiap kali ada masa terluang apalagi hobi memancing tersebut telah menjadi rutin harian mereka. 

Antara rungutan pemancing2 tegar yang penulis temui, jika kemudahan2 untuk aktiviti2 lain boleh di sediakan oleh pihak kerajaan  seperti padang golf, bolasepak, hoki, futsal, gelanggang badminton, sepak takraw dll, kenapa tidak fasiliti tempat memancing di laut/kuala sungai juga diberikan perhatian. 

Jestru aktiviti sihat sebegini wajar dibantu oleh pihak kerajaan agar ianya dapat digalakkan dan dilakukan dengan selamat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

15 Nov 2012

David Paterus Lebih "Baik" Daripada Kebanyakkan Pemimpin Malaysia?

Bekas ketua perisikan CIA ini meletakkan jawatan apabila skandal seks nya terdedah...Jeneral 4 bintang yang asalnya dilihat sebagai colon Presiden masa depan AS.

Di Malaysia, pemimpin yang mengaku berbuat kesalahan seperti ini akan dihukum & selalunya yang tidak mengaku terutamanya pemimpin pembangkang akan terlepas bebas walaupun ada bukti video yang disahkan 99.99% adalah mirip mereka! 

Published with Blogger-droid v2.0.9

14 Nov 2012

Rohinya Dibunuh Kerajaan Myanmar - Kita Juga Menyumbang Dosa?


Sekali lagi dunia bukan Islam cuba memalsukan fakta. Demi untuk menghalalkan pembersihan etnik Rohinya, mereka mendakwa bangsa tersebut adalah imigran dari negara Bangladesh.Apapun sejarah membuktikan fakta tersebut tidal tepat. Rohinya asalnya adalah bangsa yang memerintah kerajaan Aryan yang ditawan oleh bangsa Burma pada satu ketika.

Mereka telah dinafikan
hak di tanahair mereka sendiri.Tanpa kerakyaatan tanpa haka memerintah.
Ironinya
kita
di Malaysia
memberikan
pekerjaan kepada pembunuh2 bangsa ini.
Pembunuh m
ereka yang seagama dengan k
ita!
Published with Blogger-droid v2.0.9

13 Nov 2012

Harimau Malaya Sedia Untuk Mengaum!!!!!!


Dengan jersi baru, semoga HM akan meningkatkan momentum untuk dibawa ke Piala AFF.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Kutipan Derma Pas Untuk Buat Markas Membawa ke Syurga???


Pemandangan biasa jika membabitkan aktiviti2 Pas....

Duit derma kepada Pas boleh membawa anda ke syurga???

Dengar ceramah umpat keji orang.

Fitnah dan tohmah boleh membawa anda ke syurga???

Tok Guru mana yang ajar???

12 Nov 2012

Khalid Samad Perlekeh Hasrat 70% Rakyaat Selangor Yang Mahukan Pas dan Umno Bersatu???


Dato' Dr Khir Toyo pernah dihukum kerana dilihat tidak selari dengan hasrat rakyaat Selangor.

Bukankah adil sekiranya dengan bermacam-macam "karenah" tingkah-laku yang beliau telah lakukan sepanjang 5 tahun menjadi wakil rakyaat di Shah Alam cth. membiarkan DAP jual arak di kawasan Melayu, isu murtad, memperlekeh hasrat rakyaat Selangor mahukan Pas dan Umno bersatu dll, maka sudah tiba masanya untuk rakyaat Selangor menunjukkannya pintu "keluar" dalam PRU 13 nanti ???

Rosmah Tak Pakai Tudung Memang Salah!!! Tapi Bertudung Tunjuk Bontot???



Jangan sampai nanti orang kata atas tutup tapi yang kat tengah tu X tutup....

Ini pun bahana sokong LGBT ke????

11 Nov 2012

Kedudukan Felda Sebagai "Lubuk" BN Buatkan Mazlan Alimin/PR Semakin Gundah???



SHAH ALAM 10 Nov 2012 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalam dengan sebahagian warga Felda di program himpunan generasi baru Felda bertempat di UiTM, Shah Alam.- UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI


Sebab itulah tidak menghairankan apabila kita lihat Pakatan Rakyaat sentiasa cuba untuk memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan pusat pimpinan BN di mata peneroka2 Felda.

Ironinya rancangan pembangunan tanah anjuran kerajaan negeri pimpinan PR seperti "Ladang Rakyaat" di Kelantan dilihat langsung tidak boleh menyamai Felda di dalam membela nasib rakyaat.

Mereka ini hanya ibarat, "Ayam berkokok tapi ekor penuh tahi".

9 Nov 2012

Lagi Pemain Harimau Malaya Bakal Beraksi di Portugal???


Sumber klik sini.

Jika dilihatkan pada prestasi Fakri ketika mewakili Harimau Muda di Sukan SEA lepas, beliau terlalu banyak melepaskan peluang menjaringkan gol. Tetapi kesalahannya itu dapat ditebus ketika menjaringkan satu-satunya gol tunggal/kemenangan yang membawa skuad negara ke final dan akhirnya dapat mengulangi kejayaan skuad 2009 untuk memenangi pingat emas sukan SEA 2011.

Harapan penulis agar Fakri dapat menimba sebanyak mungkin pengalaman bila berkelana di Portugal dan akan dapat memberikan memanfaat berguna buat skuad negara apabila beliau kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Selamat maju jaya dan semoga lebih ramai pemain2 kita yang akan menyusul jejak beliau.

8 Nov 2012

Wan Azizah Meraih Simpati Dengan Menipu Lagi???


Umum melihat dengan jelas... Kenyataan Izzah sememangnya kenyataan populis seorang politikus yang cuba menampakkan dirinya seorang pemimpin yang lebih liberal di dalam meraih undi bukan Melayu/bikan Islam.

Ironinya beliau terlupa bahawa kenyataan tersebut seolah2 membenarkan orang Islam/Melayu di Malaysia untuk keluar agama Islam.

Ini telah mengundang kemarahan orang Melayu/Islam yang akidah dan keislaman mereka selama ini dilindungi oleh perlembagaan negara.

Sebab itulah penulis pernah menyatakan isu Izzah ini sebenarnya adalah kenyataan berbau politik yang telah dipolitikkan. Sebagai orang politik beliau sewajarnya bersedia untuk menerima akibat "permainan" beliau sendiri. Tak payahlah hendak "bawa" emak-bapak sekali untuk meraik simpati!!!

Jika kita imbau sejarah pada tahun 1998/99, bagaimana Wan Azizah telah memfitnah Tun Mahathir dan kerajaan Malaysia sedang meracun DSAI menggunakan racun Arsenik dan akan menyuntik beliau dengan virus Aids. Sehingga kini selepas 14 tahun DSAI masih segar-bugar....

Adakah anda masih mahu bersimpati dengan pembohongan2 Wan Azizah???

Anda masih terpedaya dengan lakonan beliau???

Ataupun adakah menipu sebegini dihalalkan dalam Islam??? Politik adalah tipu muslihat???

Apa Nak Dihairankan Jika Izzah Tidak Faham Islam???


Bapanya pun selalu tersilap langkah....

Adakah ini bermaksud, walaupun bersama Pas keislaman dan keimanan anda belum tentu terjamin???

7 Nov 2012

Harimau Malaya Terkulai 2:0 Kepada Thailand - Masih Belum Panik???


Sengaja penulis nak bakar semangat Harimau Malaya... Harap2 mereka akan bangkit tepat pada waktunya... 

Perlu diingat skuad yang menjuarai AFF 2010 dahulu juga tidak diberikan sebarang harapan tinggi apatah lagi apabila mereka terpaksa bergantung harap kepada trio Harimau Muda dibahagian belakang (Fazli Sas, Muslim Ahmad dan Mahali) kerana pemain2 utamanya mengalami kecederaan.

Jika pun belum mahu menekan "butang panik" tidak salah jika Datuk Raja Gopal melihat semula beberapa nama besar di liga M seperti Piya dan Farhan sekiranya diperlukan untuk memperbaiki kekuatan skuad negara yang beraksi longlai sebentar tadi.

Bolasepak Persahabatan - Harimau Malaya Ketinggalan 1 : 0 Kepada Thailand


Ikuti siaran langsung di saluran Arena 801 Astro.

Kenyataan Izah Adalah Kenyataan Politik Yang Dipolitikkan???


Buku bertemu ruas lah tu....

Bahana memberikan kenyataan yang tidak jelas... Menggunakan dalil Naqli akan pendirian Islam terhadap  orang bukan Islam tentang kebebasan agama buat mereka. Dikupas secara tidak telus...yang mungkin sengaja dilakukan untuk mendapatkan populariti dan sokongan dari kalangan orang bukan Islam....Tetapi telah membangkintkan kemarahan orang2 beragama Islam.

Jestru tidak salah rasanya penulis mengatakan bahawa kenyataan Izah sebenarnya adalah kenyataan politik yang telah dipolitikkan. Jadinya nak salahkan siapa???

Lagi Mahu Tipu Ke???


Sehingga ke hari ini semua kolej2 dan universiti2 milik kerajaan neger pembangkangpun masih mengenakan bayaran dan pelajar2 nya mendapatkan bantuan daripada PTPTN.

Jadi, tidakkah ini semua menipu namanya???

6 Nov 2012

Isu "Umat Islam Boleh Murtad" - Anak Bapak Nak Saman Akhbar???


Berita lanjut klik sini.

Bagus, samanlah.... Anak bapak memang macam gitu. Sikit2 saman!!!

Masa mengeluarkan kenyataan hari tu X nak pulak mahu fikir betul2....


Satu lagi kenapa bapaknya pulak masih tak nak saman2 lagi Dato' Eskay yang mengeluarkan video lucah yang dikatakan 99.99% adalah DSAI ???

Nik Aziz Akan Kekal Bertanding???


Yelah... Negara demokrasi.... Walaupun dah uzur dan kederatpun dah tak ada.... Beliau masih ada hak untuk bertanding. Begitulah juga halnya dengan sesiapa yang bercadang mahu mencabar beliau. Masing2 ada hak.

Ironinya... Dahulu Pembangkang seolah2 cuba untuk menafikan hak Tun M untuk terus menjadi PM Malaysia apabila mengelar Tun dengan bermacam-macam gelaran apabila beliau dilihat terus memegang tampuk kuasa.

Hakikatnya mereka berbuat demikian kerana "takutkan" akan karisma Tun kerana beliau tidak mampu untuk mereka kalahkan secara adil, walaupun "keadilan" buat semua kononnya adalah di antara matlamat perjuangan PR.

Membohong aje....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3