bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Sept 2012

Belanjawan Najib Banyak "Gula", Kurang Rohani - Nik Aziz


Komen Isac;

Apakah bajet kerajaan negeri Kelantan yang telah 21 kali dibentangkan di bawah pemerintahan Nik Aziz dapat mengurangkan masalah penagihan dadah oleh belia Kelantan, masalah rogol, rompak, dan lain-lain jenayah di Kelantan???

Memang mudah untuk mengata orang lain apabila kita sendiri jarang mencerminkan diri sendiri...

Karpal Singh Hanya "Boneka" Dalam DAP - Tunku Aziz


KEMESRAAN jelas terpancar pada air muka TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM semasa menyambut ketibaan kami pada petang Khamis lalu di kediamannya.


Kehadiran kami pada petang itu juga menamatkan penantian sekian lama iaitu sebelum beliau bertindak keluar DAP lagi, dalam usaha mendapatkan mewawancara eksklusif bersamanya.

Namun sosok tubuh yang dilahirkan pada tahun 1934 di Alor Setar ini nyata bersikap terbuka dalam banyak perkara tetapi apabila melibatkan beberapa pemimpin dalam DAP sikapnya bertukar sinikal.

Pengalaman hidupnya penuh integriti dan karisma. Pernah menjadi penasihat di Bank Negara, Pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Penal Penasihat Program Pembangunan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Anan dalam membantu menubuh Pejabat Etika (Office Ethics) di sana.

Namun beliau mengakui akhirnya adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai politik apatah lagi DAP.

“Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik.

“Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar," katanya kepada wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID dan KASTHURI JEEVENDRAN.

Selain itu beliau turut mencurah segala isi hatinya tentang DAP sejak awal kemasukannya hinggalah peranannya yang dilihat tidak lebih seperti simbol untuk menunjukkan bahawa orang Melayu yang juga berketurunan raja juga boleh menyertai DAP.

“Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP," kata beliau sambil merenung jauh memikirkan sesuatu.

Artikel lanjut klik sini.

28 Sept 2012

Pilihanraya Kampus - Pro Pakatan Rakyaat Hanya Tinggal "Seluar Dalam" ???


Rasmi: Pro-Aspirasi Menang Pemilihan Di UM Dengan Kelebihan Satu Kerusi

PETALING JAYA: Pengundian semula dua buah kerusi pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti Malaya (UM) Jumaat menyaksikan setiap seorang calon dari kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa menang.

Keputusan ini sekaligus membolehkan Pro-Aspirasi memenangi pilihan raya kampus di UM dengan kelebihan satu kerusi.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan pada jam 1.15 tengah hari tadi menjadikan Pro Aspirasi memenangi 22 kerusi keseluruhannya manakala Pro-M, 21 kerusi.
Kesemuanya 43 kerusi dipertandingkan di UM.

Calon Pro-Aspirasi yang menang pada pemilihan semula itu ialah Neo Yew Boon bagi kerusi Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat manakala calon Pro-M yang menang ialah Maiyamin Md Nor bagi Fakulti Pendidikan.

Pemilihan di UM diadakan semula apabila dua kerusi fakulti berkenaan memperoleh keputusan seri pada pemilihan Selasa lalu.

Kemenangan ini juga menjadikan Pro-Aspirasi menguasai 18 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam dalam pilihan raya kampus yang telah pun selesai Selasa lalu.

Satu-satu kampus yang dikuasai oleh Pro-M ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pro-M kini bukan sahaja kehilangan penguasaan di UM tetapi juga Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan kubu kuat mereka.

Kini Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi satu-satunya universiti yang masih belum lagi selesai dengan pemilihan MPP. Pemilihan terpaksa diadakan semula ekoran kerosakan pada sistem e-undinya.


Komen Isac;

Mak ai.... Daripada 20 IPTA cuma satu sahaja yang perwakilan pelajarnya di menangi oleh pro Pakatan Rakyaat.

Habis semua kubu2 kuat mereka pun turut kecundang....

Mungkin dalam tahun2 uang mendatang nanti pemimpin2 pelajar pro Pakatan Rakyaat boleh berkempen menggunakan bas eskpress atupun jet peribadi.

George Soros pasti mahu menghulurkkan dana!!!

26 Sept 2012

Majlis Peguam dan Nik Aziz Sama2 Cetek Ilmu???

Majlis Peguam peguam kata bantuan dana asing jika pemberiannya mengikut lunas undang2  tak ada salahnya..... 

Motif pemberi dana tak perlu disoal-selidik... Begitulah "ceteknya" pemikiran mereka.... Mereka langsung tidak peka akan sensitiviti orang Melayu/Islam terhadap tipu-muslihat Yahudi.




Nik Aziz pula pernah berkata bahawa jika syaitan mahu bekerja-sama dengan Pas untuk menegakkan Islam pun beliau akan terima, jsertu beliau nampak tiada masalah untuk bekerja-sama dengan DAP untuk menumbangkan BN. Ini juga suatu kenyataan "dangkal" yang tidak peka akan sensitiviti orang Melayu/Islam.

Jika kita kaji kepada sejarah, Syaitan telahpun diberikan peluang kedua oleh Allah s.w.t. apabila baginda Rasullullah  s.a.w. memohon kepada Allah s.w.t. 

Malangnya syaitan tetap angkuh dan sombong dan langsung tidak mahu menghormati kubur nabi Adam a.s. Dengan sombongnya Syaitan berkata, "Semasa Adam hiduppun aku tidak mahu menghormati baginda walaupun telah diperintahkan oleh Allah s.w.t., apabila sekarang setelah baginda wafat". Maka kekallah Syaitan dalam kekufuran kerana derhaka kepada perintah Allah s.w.t. , waliyazubillah....

Jika dengan Muhammad s.a.w,. penghulu segala nabi dan rasul pun Syaitan tak endah....Juga perentah Allah pun dia berani derhaka.... Siapa lah Nik Aziz sehingga Syaitan boleh mahu menyokongnya menegakkan Islam??? 


.

Sekitar Keputusan Pilihanraya Kampus


25 Sept 2012

Kemenangan Pro Aspirasi di UUM - Bukti BN Diterima Golongan Muda???


Adakah ini petanda yang menunjukkan golongan mahasiswa kini telahpub sedar dan tidak mahu terus-terusan ditipu oleh Pakatan Rakyaat???

Anwar Kata Jet Peribadi Ditaja, Pemilik Kata Anwar Sewa - Siapa Menipu?



Adakah ini semua termasuk dalam "package" pembiyayaan oleh Yahudi/Soros???


Mungkin Tian Chua ada jawapannya...


Penafian pemilik jet, klik sini.

Lagak Kempen Penasihat Ekonomi Bergaji RM 1

Beberapa mingglu lalu...Anwar berkempen menggunakan bas ekspress....



Kini, berkempen gunakan jet peribadi....


Semua ini percuma???

Tidak melibatkan duit rakyaat???

24 Sept 2012

Anwar Mula "Pamerkan" Kemewahan???



Selain pendedahan Dato Murad tidak lama dahulu bahawa Anwar menguasai dana bernilai RM 3 billion, terdapat banyak lagi dakwaan2 lain yang mengaitkan Anwar dengan dana2 sumbangan Yahudi misalnya.

Dakwaan bahawa beliau memperoleh berbillion ringgit hasil pemberian kontrak2 kepada kawan2 beliau semasa manjawat jawatan TPM dan Menteri Kewangan juga tidak kurang hebatnya.

 Malah ada juga  dakwaan yang mengatakan kawan2 beliau hanyalah merupakan  proksi2 dan pemilik sebenar syarikat2 ini adalah Anwar sendiri.

Jika dakwaan2 ini benar, tidak mustahil jet peribadi tersebut juga sebenarnya adalah "milik" beliau yang diletakkan di bawah syarikat2 proksinya.

Sejauh mana kebenaran dakwaan2 ini hanya Anwar yang lmengetahuinya...

Pasar Malam Ditutup 20 Minit Ketika Waktu Maghrib???



Memang bagus dan wajar dicontohi...Klik sini.

Jestru pihak penguasa tempatan dan pihak berwajib yang lain juga perlu menyekat dan mengawasi pertumbuhan pusat2 maksiat yang bak "cendawan tumbuh" di Selangor.

21 Sept 2012

Yahudi Tidak Mahu Islam Berkuasa !!! Siapa Proksi Yahudi di Malaysia???


Soalan "cepu emas", antara kerajaan BN yang mengajikan Yahudi dan Pakatan yang mendapat dana daripada Yahudi, yang manakah lebih merbahaya???

Umum menetahui Yahudi sememangnya terkenal dengan kepandaiannya mereka.

Pembangkang melebel kerajaan BN yang pernah menggunakan khidmat APCO, sebuah syarikat perunding imej yang dikaitkan dengan pemilik berbangsa Yahudi. APCO digunakan untuk memperbaiki imej kerajaan yang ketika itu tercalar teruk angkara Pakatan Rakyaat yang tidak henti2 menabur fitnah dan tohmahan di dalam dan luar negara. Secara teori, pastinya Yahudi yang dibayar gaji mereka akan taat dan menurut kata kita, walaupun tidak dinafikan ada kemungkinan mereka juga akan menjalankan kerja2 pengintipan secara senyap, sekiranya mereka memang ada kaitan dengan gerakkan fanatik Yahudi.

Tetapi bagaimana pula dengan Pakatan Rakyaat yang selalu dikaitkan telah mendapat sumbangan dana2 daripada gerakkan2 Yahudi melalui Ketua umumnya yang menjawat banyak jawatan2 penting dalam agensi2 milik Yahudi? Terbaru Suaram telah terbukti mendapat dana daripada George Soros!!!

Bak kata pepatah, "Kalau tidak berada2 masakan Tempua bersarang rendah???"

Adakah gerakan2 Yahudi yang jelas memusuhi Islam, memberikan dana mereka kepada Pakatan Rakyaat tanpa mengharapkan apa2 balasan???

Anda pasti Yahudi memihak kepada Anwar dan Pakatan Rakyaat kerana mahu memertabatkan Islam???

20 Sept 2012

Demo Bantah Filem "Innocence of Muslims" - Ngeh Yang Menang???


Takut "lawan" masing2 akan dapat manfaat politik yang lebih, pemuda Umno dan Pas bersetuju untuk melakukannya secara berasingan...

Mungkin juga disebab sindrom takutkan komponen parti2 politik dalam "Barisan" ataupun "Pakatan" masing2, maka ianya terpaksa dilakukan secara berasingan....

Yang jelas 'Ngeh" dapat tersenyum puas!!!


Fatwa Tan Sri Harussani - Apa Pula Komen Dr MAZA???


Sumber klik sini.

Bukannya saja nak tahu apa pula komen Dr MAZA berkaitan "fatwa" terbaru ini...

19 Sept 2012

Fatwa Demo Bantah Hina Nabi s.a.w. - Macam Inilah Tok Guru!!!



Ini tidak... Datuk Ambiga yang menyokong LGBT dan gerakkan murtadkan Melayu pun hendak disokongnya...


Apa Pula Komen Dr MAZA Pasal "Fatwa" Nik Aziz Ini?


Baru2 ini Dr MAZA menemplak Umno yang kononnya memperhunakan Islam...

Bagaimana pula dengan "fatwa2" politik yang dikeluarkan oleh Nik Aziz?

18 Sept 2012

Ngeh Sebenarnya Lebih Suka Pemuda Melayu Menentang Kerajaan Melayu Yang Memerintah???


Ngeh DAP tanya adakah orang Islam membuang banyak masa dan tenaga kerana membantah filem Innocense of Muslims  klik sini. Beliau sebenarnya gerun kerana orang Islam/Melayu sudah mempunyai suatu persamaan untuk membolehkan mereka bersatu.

Ini merusingkan beliau kerana takut nanti orang Islam/Melayu tidak lagi boleh digunakan untuk menentang "Kerajaan Melayu" yang memerintah negara ini.


Demonstrasi Membantah Filem Innocense of Muslims - Ngeh Tunjukkankan Perangai Sebenar DAP???


DAP sebenarnya takut jika pemuda Pas benar2 mengikuti demonstrasi yang dianjurkan oleh pemuda Umno itu nanti mungkin akan menjadi titik tolak kepada 2 parti terbesar Melayu itu untuk meluaskan kerja-sama dan persaudaraan mereka dalam konteks yang lebih besar..

Pas dan Umno Akhirnya Bersatu???


Itulah yang semolek2nya....

Takkanlah bila isu Islam dan Melayu dihina dan diinjak-injakpun kita mahu berdiam diri dan masih nak berpecah???

Siapa lagi yang hendak kita harapkan untuk membela nasib agama dan bangsa kita sendiri???

Nak harapkan orang lain??? Tak payah mimpi lah.....

Setidak2nya walaupun dalam banyak hal terutamanya politik kita masih nak bertelagah...

Dalam bab mempertahankan akidah, agama dan nasib bangsa kita wajar bersatu!!!

17 Sept 2012

SAPP Memfitnah Kakitangan Awam Anak Sabah di JPN Sebagai Pengkhianat???


Semangat 1 Malaysia yang dibawa oleh Pakatan Rakyaat ke Sabah??? Memecah-belahkan rakyaat Malaysia!!!SAPP 

Menunding jari seolah-olah masalah kebanjiran pendatang tanpa izin semata-mata adalah salah Kerajaan Pusat....

Kononnya dengan mengeluarkan kad pegenalan khas untuk penduduk Sabah oleh kerajaan negeri akan dapat membezakan anak negeri Sabah dengan pendatang asing yang kononnya juga memperolehi Mykad melalui Kerajaan Pusat.

Suatu dakwaan semborono kerana walaupun secara zahirnya Mykad dikeluarkan oleh agensi kerajaan pusat, kakitangan yang memproses dan mengeluarkannya  pastilah majoritinya adalah anak negeri Sabah dan juga dilakukan di Sabah. Jestru pastinya bukan mudah sekiranya kerajaan pusat  mahu memberikan hak kerakyaatan kepaada pendatang2 tanpa izin secara besar2an tanpa disedari oleh kakitangan awam anak2 negeri Sabah.

Jika ini diambil kira dakwaan DS Yong pastinya hanyalah tuduhan liar yang bersifat fitnah bukan sahaja terhadap kerajaan pusat malah juga ke atas anak negeri Sabah yang bekerja dengan JPN!!!

Lambaian Haji Telah Tiba Lagi!!!


320 Kumpulan Pertama Jemaah Haji Berlepas

SEPANG: Seramai 320 jemaah haji pertama berlepas ke tanah suci pada pukul 1.30 pagi Isnin dengan penerbangan Saudi Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Pengerusi KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS) Datuk Abdul Mutalib Muhamed Razak berkata untuk tahun ini, 61 penerbangan pergi jemaah haji dikendalikan KLAS menerusi Saudi Airlines.
"Kira-kira 14,000 jemaah haji menggunakan penerbangan Saudi Airlines tahun ini, separuh daripada jumlah keseluruhan jemaah iaitu seramai 28,000," katanya kepada pemberita di sini
Terdahulu pada satu majlis ringkas, beliau menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman kepada jemaah penerbangan pertama itu.

Seramai 600 pegawai dan petugas Tabung Haji kini berada di Madinah dan Mekah bagi menguruskan jemaah haji negara ini.

Penerbangan terakhir ke tanah suci yang dikendalikan KLAS ialah pada 18 Okt manakala penerbangan pertama pulang ke tanah air pula dijadual 1 November. BERNAMA. Sumber klik sini.


Komen Isac:

Semoga jemaah haji Malaysia dan semua jeaah haji akan mendapat haji yang mabrur. Amin...

14 Sept 2012

Terbukti Anwar Semakin Ditolak Oleh Rakyaat???


Kalau benar "serangan cat" terhadap bas jelajah Anwar bukan perbuatan "PKR" sendiri, itu bermaksud rakyaat sebenarnya telah semakin meluat dan jelak dengan pendekatan politik Anwar. Jadi sendiri mau ingat lah!!!

Pakatan Rakyaat Proksi Yahudi Untuk Tumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyaat???


Memandangkan Suaram pun dah mengaku ditaja oleh Soros, sudah pasti Pakatan Rakyaat tidak boleh lagi hendak menafikan peranan Soros sebagai "penaja" gerakan mereka untuk menumbangkan kerajaan pilihan rakyaat Malaysia.

Kroni ??? Siapa Yang Lebih Kroni???


Manusia....

Bila mereka gagal untuk berkuasa... Orang yang berkuasa dituduh dengan berbagi-bagai tuduhan...

Lebih teruk fitnahpun sanggup dilemparkan....

Dah namanya juga manusia....

Bila sendiri dah berkuasa... Belum tentu akan lebih baik daripada yang selama ini "dikata".

13 Sept 2012

Kertas SPM Bocor??? Masak!!!


Sumber klik sini.

Jika terbukti benar, dalangnya wajar dikenakan hukuman.

Malaysiakini Fitnah Muhyiddin Menyokong Gaya Hidup Gay dan Lesbian !!!


Tajuk berita yang tidak bertanggung-jawab.

Ianya seolah2 menunjukkan kerajaan menyokong golongan gay dan lesbian.

Sumber klik sini.

Kerajaan mana yang mahu "difitnah" oleh Malaysiakini, tidak pula mereka sebut...


Walau bagaimanapun artikel tersebut berkaitan dengan Menteri Pelajaran Malaysia. Secara tak langsung Malaysiakini dilihat seperti sengaja mahu memfitnah Tan Sri Muhyiddin dan Kerajaan Malaysia.

Apapun penulis percaya rakyaat sedia maklum "kerajaan: mana yang sebenarnya menyokong gaya hidup seks bebas sebagaimana yang "mereka" ini berikan sokongan kepada LGBT termasuklah Malaysiakini sendiri.

12 Sept 2012

Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Saiful - Kenapa Anwar Konfiden Sangat???





Kenapa konfiden sangat ya???

Keputusan rayuan Saiful pun belum masuk mahkamah lagi...

Nak settle luar mahkamah ke???

Sumber klik sini.

Gempar!!! PKR Mahu Berkuasa di Selangor Secara Haram???


Komen Isac;


PKR  sebenarnya takut kehilangan Selangor  sebab itulah plihanraya DUN Selangor akan mereka adakan berasingan dan sengaja mahu menyalahkan pihak SPR....

Takut kalah.... Saja lah bagi alasan....

Kalau isu pengundi2 yang tidak dapat dijejaki di Selangor masih tidak selesai walaupun sehingga tamat tempoh sah DUN  yang ada sekarang... Adakah PKR masih mahu terus memerintah???

Lain macam aje bunyi nya??? Hendak memerintah tanpa memperolehi mandat rakyaat lah tu!!!

Ulamak Leka Berpolitik - Selepas Selangor, Pahang Pula Jadi Sasaran Mubaligh Kristian???



Perlembagaan negara yang menegah agama2 lain menyampaikan dakyah mereka terhadap penganut2 agama Islam sewajarnya dihormati dan dipertahankan.

Perkara ini sebenarnya telah lama berlaku dan percakaran sesama orang2 Melayu/Islam telah memudahkan gerakkan ini.

Pendakwah2 dan ulamak Islam juga sewajarnya lebih aktif di dalam menyampaikan dakwah dan bukannya hanya leka berpolitik....

11 Sept 2012

Walaupun Telah Lanjut Usia, Nik Aziz Dilihat Lebih Berani Daripada Guan Eng!!!


Nik Aziz Ulangi Mahu Adakan Pilihan Raya Serentak

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa mengulangi pendirian PAS Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Sebaliknya Mursyidul Am PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusat sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen.

"Tidak..tidak..tidak (untuk membubarkan DUN sendirian), kita buat serentak dengan Pusat," katanya ringkas kepada pemberita di pejabatnya di sini. BERNAMA.


Komen Isac;

Cayalah Tok Guru!!! Bukan macam Guan Eng yang masih belum mahu membuat keputusan... Dia kata masih nak tunggu Parlimen dibubarkan baru nak buat keputusan...

Sebelum ini pun beliau pernah membuat kenyataan baha Pulau Pinang akan mengadakan pilihanraya peringkat negeri secara berasingan sekiranya PRU 13 dijalankan pada tahun lepas...

Belum puan menjawat jawatan KM barang kali.....

Gempar!!! SUARAM Akhirnya Akui Terima Dana Daripada Yahudi???



Kalau dilihatkan kepada kenyataan Kua Kia Soong, beliau sememangnya tidak menafikan SUARAM menerima dana daripada Soros.

Mana tidaknya apabila mereka telah ditangkap "red handed" oleh oleh pihak yang berwajib...

Apa yang pasti, walaupun Soros sememangnya bebas untuk membelanjakan wang yang diperolehi daripada hasil menyangak matawang banyak negara, bantuan yang dihulurkan itu bukannya "percuma" dan pastinya "ada udang di sebalik batu".

Yang jelas entiti Yahudi pastinya tidak akan senang melihat ada sebuah negara Islam yang maju dan makmur seperti Malaysia. Jestru cara paling mudah untuk memusnahkannya adalah dengan membiyayai anak negeri yang belot untuk merosakkannya daripada dalam.


Janji Manifesto Tidak DiTepati - Kerajaan Negeri Selangor Disaman!!!


Banyak lagi saman yang bakal menyusul....

Patutlah mereka takut bila tema Hari Kebangsaan yang baru lepas adalah, "Janji Ditepati".


Di Kedahpun Pondan Tak Selamat???

30 Pondan  Lari Bertempiaran.


Sebahagian pondan yang menyertai pertandingan ratu cantik di sebuah hotel di Taman Ria Jaya, Sungai Petani ditahan malam kelmarin.


Pondan sertai ratu cantik diserbu penguat kuasa

Sungai Petani: Lebih 30 pondan bertempiaran lari selepas dewan hotel yang menjadi lokasi pertandingan ratu cantik mak nyah diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin. 

Kumpulan pondan yang masing-masing melaram dengan pelbagai fesyen itu bertempiaran lari menuju padang golf serta tasik berhampiran hotel di Taman Ria Jaya, di sini, ketika premis terbabit diserbu jam 8.30 malam. 

Berpakaian ala ratu cantik

Ada di antara mereka yang berpakaian ala ratu cantik dilihat terjun dari anak tangga selepas menanggalkan kasut tumit tinggi untuk mengelak dicekup pihak berkuasa. 

Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin, berkata dalam serbuan berkenaan lapan pondan ditahan selepas dikesan menyertai pertandingan ratu cantik mak nyah terbabit. 

Katanya, tidak kurang 30 pondan dikesan berada dalam dewan berkenaan yang dipercayai disewa khas untuk Pertandingan Ratu Antarabangsa 2012. 


Asyik peraga pakaian

Malah, ketika intipan dilakukan, semua peserta dilihat asyik memperagakan pakaian masing-masing untuk merebut juara bagi kategori Ratu Favourite, Rambut Tercantik, Pakaian Kebangsaan Terbaik, Badan Tercantik, Solekan Terbaik dan Catwalk. 

Bagaimanapun, katanya serbuan itu dipercayai dibocorkan oleh pengawal keselamatan yang memaklumkan kepada peserta, menyebabkan semua mak nyah bertempiaran lari. 

“Ada yang terjun tangga dengan memakai pakaian perempuan ketat, manakala ada lari berkaki ayam ke arah padang golf dan kolam, sebelum hilang. 

“Lapan yang ditahan dibawa untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1948 kerana berpakaian perempuan. 

“Jika sabit kesalahan semua mak nyah terbabit boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. 

Zaiferi berkata pihaknya kesal dengan tindakan penganjur menganjurkan acara berkenaan kerana umum mengetahui Islam melarang lelaki berpakaian atau menyerupai wanita.

Nilai Penasihat Ekonomi RM 1, Negri Selangor...


Nak cakap apa lagi... Sendiri mau ingatlah....

Ini belanja guna Bas Mewah ke sana-sini, pakai duit siapa??? Rakyaat Selangor X marah ke???

10 Sept 2012

Bukti Anwar Adalah Pejuang Islam Tulen dan Wajib Kita Berikan Sokongan???





Bukti bahawa Perjuangan Anwar mendapat simpati dan sokongan Yahudi telah semakin jelas. Sumber klik sini.

Anda fikir Yahudi menyokongnya kerana mereka menyokong Islam???

Adakah anda fikir Yahudi kini telah "bertaubat" ???

Anda fikir ayat2 Al-Quran yang mengatakan Yahudi dan Nasrani akan tetap memusuhi Islam cuma cakaap2 kosong???

Fikirlah sendiri mengapa Yahudi memberikan sokongan dan dana kepada Anwar!!!

Gempar!!! Pas Akhirnya "Bergabung" Dengan Umno???




Bukan kah bagus jika Umno dan Pas boleh "bersama" demi kepentingan agama, negara dan bangsa.

Sumber klik sini.

DYMM Sultan Johor Murka Lagi - Kali Ini Isu Penipuan Pembelian Kelengkapan Tentera???





Baginda yang merupakan Kolonel Komandan pasukan elit Rejimen Gerak Khas bertitah demikian semasa majlis ulang tahun ke-47 pasukan itu di Kem Iskandar, Mersing, semalam.

Pastinya jika ini benar2 berlaku ianya boleh memudaratkan keselamatan negara.

Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan perlulah  memandang berat isu ini!!! Dan pastikan ianya tidak berulang. Pihak yang bersalah wajar dikenakan tindakan!!!



Pas Tidak Berani Pecat Nasha???


Kata nak buat keputusan pada 9 September, tapi kenapa bila bermesyurat X bincang pun isu ini ???

9 Sept 2012

Harimau Muda Jinakkan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Jemputan Piala SCTV, Indonesia. 

Ruben Thayaparan Kathiripillai pemain bek kanan yang merupakan penjaring tunggal perlawanan.

Skuad Ong Kim Swee yang tidak menyenaraikan 8 pemain utama kerana mereka terlibat dengan skuad senior untuk perlawanan  persahabatan menentang Vietnam pada Selasa dan juga kerana kecederaan di lihat tidak terlalu merasai kehilangan mereka. Merupakan berita baik buat negara kerana kita  tidak kekurangan pemain yang boleh diketengahkan.

Anwar Sakit Tenat Sehingga Tidak Mampu Mengangkat Tangan???



Mungkin itulah sebabnya mengapa Anwar tidak mengangkat tangan ketika ikrar Rukun Negara dibacakan ketika Kerajaan Negeri Selangor menyambut malam menjelang kemerdekaan baru-baru ini.

Jika tidak masakan nak mengangkat tangan semasa  ikrar Rukun Negara diikrarkan pun X mampu hendak mengangkat tangan...

Sumber klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3