bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

31 Aug 2012

Gempar!!! Lagi Bukti Polis Menzalimi Peserta Bersih!!!



Korang fikir lah sendiri!!!

Bila Cina Penyokong Pembangkang Semakin Kurang Ajar - Dr Maza Masih Mahu Berpeluk Tubuh???

Bila Perkauman Cina memijak gambar Pemimpin Utama negara,  Melayu/Pas masih mahu terus menyokong DAP???



Bila perkara sebegini berlaku, pemimpin popular dan intelek seperti Dr MAZA masih boleh dengan sinis mengatakan walaupun Umno/BN kalah dalam PRU 13 nanti. nasib Melayu, Bumiputera dan Islam masih akan tetap terbela kerana Melayu/Bumiputera/Islam masih merupakan majoriti mudah???

Siapa yang akan membela nasib kita jika Melayu/Bumiputera/Islam berpecah belah???



Apabila "Cina" beragama Islam sendiripun sebagaimana Dr Riduan Tee sendiri tidak mempercayai kaum Cina yang cauvanis apa lagi DAP, bagaimana pula intelek Melayu/Islam seperti Dr Maza, Nik Aziz dan lain2 pemimpin Pas boleh mempercayai mereka???

Adakah semua tokoh2 Intelek dan Agamawan ini bodoh ataupun sebenarnya mereka mahu "menjual" agama dan bangsa???

Sumber foto2 klik sini.

Cadangan Pertukaran Bendera Jalur Gemilang - Percubaan Untuk Membawa Malaysia Dijajah Oleh Singapura???


Atas - Bendera Singapura. Bawah Jalur Gemilang yang mahu "diSingapurakan".


Begitu halusnya perancangan mereka!!!!



Sebagaimana mereka menjadikan DAP "adik" kepada PAP ???

Rakyaat Malaysia perlu memerdekakan minda!!!

Jangan tertipu oleh mainan DAP!!!

Pembangkang Guna Taktik Teragedi 13 May Menggangu-gugat Keamanan Negara???


Jangan buat pasal dek!!!

Jangan sebab tindakan tidak 'berakal" sesetengah daripada kita, kemakmuran dan keamanan yang kita kecapi ini tergadai begitu sahaja...

Sumber klik sini.

30 Aug 2012

Datuk Nooh Gadot Sependapat Dengan Mahathir Tolak Hudud Pas Sebab Ianya Bersifat Zalim???


noohTUNJONG - Undang-undang hudud sepatutnya dilaksanakan untuk semua termasuk kepada golongan bukan Islam demi memberi keadilan kepada semua pihak.

Perkara itu dinyatakan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.

"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya.

Bagaimanapun Pas selama ini menekan hudud itu untuk muslim, manakala bukan Islam dikecualikan.

Ini menunjukkan Pas melaksanakan satu sistem perundangan hudud ala Pas, yang berat sebelah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.

Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.

"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.

Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam. Sumber klik sini.

Komen Isac;
Datuk Nooh Gadot  nampaknya sependapat dengan Tun Mahathir. Itu belum dimasukkan lagi suatu fakta yang mengatakan hudud Pas di Terengganu "menghalalkan" suami meliwat isteri.

Mengapa Anwar dan Nik Aziz Suka Minum/Makan Sorang2 ???

Bersama rakyaat tapi minum sorang2...


Najib bermesra dan minum di warung bersama rakyaat.


Muhyiddin pun sama, bila makan/minum bersama2 rakyaat.



Nik Aziz pulak, mempunyai "style" yang sama dengan Anwar. Makan sorang2...


Mengapa pemimpin2 pembangkang ni macam tu.... Kena tanya dia orang sendiri lah...

Apa pun kan tak manis macam tu....

Lagi Bukti Konspirasi???


Itu kalau tanya pada Azmin dan DS Anwar lah....

29 Aug 2012

Mat Sabu X Gentar 1000 Laporan Polis Isu Bukit Kepong - Isu Hudud Kenapa Takut ???


Tak takut dengan 1000 laporan polis!!!

Tak takut dengan PERKASA!!!

Tak takut orang Melayu marah!!!

Tapi bila DAP bersin, isu Hudud, terus bertukar kenyataannya... Klik sini.

Hilang Kisah Isu Tamrin, Tun Mahathir Pula Bakal Menyertai Pas???


Isu Tamrin, anak kepada mantan TPM Allahyarham Tun Ghaffar yang "digulingkan" oleh DS Anwar menyertai Pas cuma "suam-suam kuku".

Sekarang bakal "MB Johor Pas", pula bersuara seolah2 beliau S/U sulit Tun Mahathir...

Antara sebabnya iailah mungkin mereka (Pas) berharap benar, agar Tun Mahathir akan menyertai mereka kerana maklum akan "fenomena" yang bakal berlaku jika "angan2" tersebut dapat direalisasikan.

Semuanya kerana politik....dan kuasa.... Benar atau salah... belakang kira....

Dr Haron Din, Mahathir dan Nik Aziz Dua2 Wajib Bertaubat!!!


Dr. Haron Din Al Hafiz menasihatkan Tun Mahathir supaya bertaubat gara2 menggunakan peribahasa Inggeris yang berbunyi,"Better the devil you know than the angel you don’t". Klik sini.

Walaupun ianya sebenarnya tidak mengelirukan buat orang dewasa dan yang mempunyai pengetahuan agama, penulis bersetuju bahawa ianya akan mengelirukan orang ramai terutamanya golongan yang kurang pengetahuan agama dan kanak2.

Apapun apa bezanya kenyataan Tun Mahathir dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas ???

Bukankah atas dalil yang sama, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga perlu bertaubat???

Gempar!!! Mengapa Mahathir Menolak Hudud Pas!!!


Klik sini.

28 Aug 2012

Posing "Maut"!!!


Mungkin foto lama.... Bagi peluang lah.....

Tapi gaya "posing" mengalahkan "James Bond"....

Itu belum lagi bawak kereta "Austin Martin"....

Sesetengah orang tu bawak "Ferrari"....

Amerika Syarikat Mengistiharkan Darurat Gara-gara Ancaman Serangan "Isac"???


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama hari ini menisytiharkan darurat bagi Louisiana apabila Ribut Isaac meningkatkan kekuatan membadai negeri itu serta merebak ke New Orleans, iaitu tujuh tahun selepas tragedi Taufan Katrina. 

Obama memberitahu Gabenor di negeri perairan Gulf, Bobby Jindal, bahawa beliau mengambil tindakan itu bagi membolehkan penggunaan dana Kerajaan Persekutuan dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke negeri terbabit.


   
Beliau turut meminta pegawai tempatan membuat persediaan sewajarnya bagi menangani kesan ribut kuat yang melanda itu. - AFP  


Komen Isac;

Dia orang ni selalu buli manusia lain....

Sesekali Allah s.w.t nak tunjukkan kuasa dia....

27 Aug 2012

Gempar!!! Penganalisis Politik Terkenal Masuk DAP!!!


Nak hairan apa????

Dr Ong Kin Ming ni sememangnya dilihat sejak dahulu lagi memang "bias" kepada pembangkang!!!

Yang peliknya dari gaya tajuk artikel "Malaysiakini"  ditulis, macamlah beliau tu terkenal sangat... Sampai boleh "menggoncang" negara....

Mungkin kepada masyarakat Cina.... Tetapi penulis percaya kebanyakkan pengundi2 berketurunan Melayu, tak kenal pun mamat ni....

Saja nak buat gempak aje ni....

Bagi penulis lebih baik lah beliau masuk politik dan menyertai DAP/Pembangkang sebagaimana Dr. Aziz Bari menyertai PKR, dan jangan cuma pandai bercakap dan menunding jari aje...

Tokong Cina Sambut Hari Raya???


"Tokong Cina" dan Timbalan mcm "Tak Kawan" aje...

Artikel penuh klik sini.

26 Aug 2012

Karpal Yang Terjerat Oleh Kebodohan Sendiri, Cuba "Menjerat" Mahathir Pula???



Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan petikan daripada hansard Parlimen yang didakwanya sebagai bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja semasa perbahasan di Parlimen yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1993 ke atas kekebalan Raja-Raja.

Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan.

Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya.


Perbicaraan berkenaan adalah berhubung kenyataan MP Bukit Gelugor itu dalam satu sidang media pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Sultan Perak atas peranan dalam krisis perlembagaan di negeri itu pada tahun berkenaan.

"Saya cabar Mahathir supaya datang ke mahkamah secara sukarela di perbicaraan saya dan mengakui serta menjelaskan apa yang dinyatakan di Parlimen pada 18 Januari 1993.

Sumber Klik sini.


Komen Isac;

Apalah Karpal ni.... "Bodoh" tahap piang!!!! Nama aje peguam berpengalaman....

Bukan kah ahli parlimen Pembangkang selalu menggunakan Dewan Rakyaat untuk melontarkan fitnah2 jahat ke atas pemimpin2 kerajaan kerana mereka tahu, segala kenyataan di dalam dewan tersebut tidak boleh dikenakan tindakan di mahkamah.

Semua fitnah yang dilontarlkan tidak perlu dipertanggung-jawabkan, tak perlu kemukakan bukti dan tidak boleh didakwa di mahkamah...

Itulah cara mudah mereka untuk "menyerang" pihak lawan....

Bagi penyokong2 yang bodoh, mereka akan terus percaya dengan dakwaan yang dilontarkan....

Jika "hansard" boleh dijadikan bukti.... Dakwaan Karpal bahawa DS Anwar Ibrahim telah melakukan liwat, seks luar tabii dan seks bebas sebagaimana yang didakwa beliau dan tercatat dalam hansard Dewan Rakyaat pada tahun 1998 boleh digunakan untuk mensabitkan salah-laku DSAI.....

Neil Armstrong Manusia Pertama Mendarat di Bulan Telah Kembali Kepada Penciptanya...


GAMBAR fail tahun 2005, mendiang Neil Armstrong, Angkasawan Amerika Syarikat (AS) bergambar di hadapan gambar beliau sewaktu beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969.AFP


WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini. 

Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia. - AFP 

25 Aug 2012

Nik Aziz X Laksana Hudud di Kelantan Kerana Takutkan Kerajaan Pusat!!! Taja Bersih 3.0 Berani Pulak???






Sumber klik sini.

Mmmm.. Dah sah-sah ada halangan "perintah mahkamah", berani pulak dia lawan....

Siapa yang beliau mahu tipu sebenarnya???

Guan Eng Gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz, Tokong Cina - Apa Pula Selepas Ini???


Mmmmm....Pssst.... Jangan nanti ada yang puja gambar beliau mintak "nombor" pulak....

Sumber klik sini.

Bukti2 Nik Aziz Memang Tidak Dapat Dipisahkan Daripada Umno???


Nik Aziz yang mendapatkan raawatan di HUKM baru2 ini mengisi masa lapang dengan membaca Utusan Malaysia...


Apa nak dihairankan.....Dalam kereta Mercedesnyapun memang Utusan/Mingguan Malaysia sentiasa tersedia....


Masuk mesyuaratpun bawak Utusan Malaysia.....


Mungkin TG masih terkenangkan nostalgia semasa beliau berada di dalam BN....Ataupun barangkali beliau nak tengok apa yang Utusan "mengutuk" perilakunya .....

24 Aug 2012

Timbalan Ketua Menteri I, Pulau Pinang "Mengagongkan Tokong Cina"???


Daripada petikan akhbar, TKM 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Guan Eng.

Adakah ini bermaksud beliau juga menyanjung tinggi dan menghormati "Tokong Cina" ??? Lain macam aje bunyinya ni.... Silap2 haribulan boleh membawa kepada syirik....

Nasihat penulis kepada DM, politik tu politik juga.... Pusing tu pusing juga.... Tapi jangan sampai aqidah tergadai!!!!

Sumber klik sini.

Guan Eng Kini Bergelar Dr. Phd???

Taniah Guan Eng di atas penganugerahan "Ijazah Kedoktoran Kehormat"....

"Pembohong" tahap "GABAN" beliau ni rupanya....

23 Aug 2012

Gempar!!! Minit Mesyurat PKR Bocor!!! Bersedia Tandingi DAP Dalam PRU 13???


Nampaknya PKR sebenarnya memang tidak mempercayai DAP...

Jika tidak mengapa mereka perlu sediakan calon2 berbangsa Cina untuk bertanding dengan calon2 DAP???

Walaupun sebagai "Pelan B" tetapi itu menunjukkan mereka mempunyai perasangka terhadap pemimpin2 DAP...

Sumber klik sini.

Ambiga Ikut Anwar, Akan Bersara Selapas PRU 13 ???


Kenapa tak bersara sekarang aje.... Supaya negara menjadi lebih aman???

Ini semua main wayang aje....

Maklumlah orang politik....Lebih2 lagi yang "berkait rapat" dengan Anwar...

Datuk Nazri dahulupun semasa menjadi "orang kuat" Anwar, ketika beliau begitu galak "menyerang" Tun Mahathir atas arahan "imamnya" ketika itu, juga pernah berkata kononnnya mahu bersara daripada politik jika beliau tidak lagi mendapat sokongan akar-umbi dan dakwaanya terhadap Tun M berkaitan kronisme terbukti tidak benar....

Tapi selepas Anwar dipenjarakan dan beliau telah berpindah "imam", dilihat sehingga ini masih lagi belum menunjukkan tanda2 mahu bersara saripada politik...

Artikel berkaitan klik sini.

20 Aug 2012

Di mana Salahnya Ustaz Nasha Bergambar Dengan Najib???

Setakat tumpang bergambar dengan Najib yang disertai oleh ulamak2 besar Islam pun salah???

Nik Aziz bergambar dengan Najib siap sokong Satu Malaysia lagi... Tak siapapun marah???

Guan Eng pun pernah bergambar bersama Najib siap pakai lencana  Satu Malaysia lagi tu....

19 Aug 2012

Nasha Tidak Akan Sertai Umno Juga Tidak Sanggup Jadi Syaitan-syaitan Bisu Sebagaimana Sesetengah Pemimpin Pas!!!



Kata Ustaz Nasha, dia ke Mekah kerana memenuhi jemputan untuk membicarakan masalah umat Islam di dunia yang sedang bergolak dan tertindas....

Suatu tanggung-jawab besar yang melangkawi kepentingan politik kepartian...

Apapun dalam soal agama, beliau tidak boleh berdiam diri apabila orang bukan Islam menghina dan memperkecil2 kan Islam...

Artikel penuh klik sini.

18 Aug 2012

Dalam Pada Ada di antara Kita Yang Sedang Sibuk Memfitnah Najib dan Rosmah, Mereka Sempat Membuat Umrah Lagi...


Najib dan Rosmah mengambil kesempatan mengerjakan Umrah ketika menghadiri persidangan OIC berkaitan Isu Pembunuhan Ethnik Rohinya dan Perang Saudara di Syria.

17 Aug 2012

Patutlah Khalid "Bela" Faekah...


Faekah sorang aje lah yang sanggup bela Khalid... Patutlah masa Faekah mahu "disingkirkan" oleh ADUN PKR yang lain beriya2... Khalid mempertahankan Faekah...

Apapun saranan Faekah agar Chua lebih menitik-beratkan isu NFC mungkin agak ketinggalan kerana kes tersebut telahpun /sedang dibicarakan di mahkamah...

Manakala isu penyelewangan RM 1 Billion "penebusan Talam" menggunakan duit rakyaat Selangor seperti sedang cuba "ditutup" oleh oleh kerajaan Khalid.

16 Aug 2012

Pembersihan Geng "Ulamak" Dalam Pas Akan Terus Berterusan???


Agak2 selepas Ustaz Nasha, siapa pulak selepas ini???

Dato' Mustafa?

Hj Hadi?

Nasrudin Tantawi???

Tukang Basuh "Berak" Karpal pun Tumpang Sekaki Nasihatkan Ustaz Nasha???


Dia sebenarnya tidak sedar... Kepimpinan baru Pas sedang menolak/menyingkirkan  seorang demi seorang daripada kepimpinan Ulamak dalam Pas....

Siapa tahu, siapa pula selepas ini....

15 Aug 2012

Ustaz Nasharudin Bakal Menteri Agama Jika BN Kekal di Putrajaya???


Molek juga tu...

Nama beliau pun katanya telah digugurkan daripada senarai calon Pas untuk PRU 13 nanti...

Pas pun telah terbukti tidak serius di dalam menegakkan hukum Hudud dan negara Islam....

Sumber klik sini.

Benarkah Anwar Dijemput ke Majlis Perkahwinan Paderi Gay???



Wah... macam rapat aje....

Kalau dihadiri maka ianya seperti "meredai" aja perlakuan sumbang mereka ni...

Adakah ini juga suatu Fitnah???

13 Aug 2012

Kucing pun Pandai Senyum???


Mengambil sempena bulan Ramadhan yang berkat ini agaknya....

Kucing pun tahu  senyum itu merupakan sedekah???

Kita bagaimana pula???

11 Aug 2012

21 Tahun Pas Perintah Kelantan, Negeri Dilanda Kemarau Berpanjangan???

Mmmm....

Kalau berikan alasan air tak dapat disalurkan kepada rakyaat disebabkan kemarau,  X kanlah sepanjang tahun X ada air dan selama 21 tahun???

Nak bagi alasan pun agak2 lah...

Mungkin inilah yang dikatakan  zalim, iaitu apabila kita meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya... Maka bersedialah untuk menghadapi kehancuran...

Memberikan kuasa kepada orang yang tak pandai mentadbir negeri, maka inilah jadinya...

Sumber klik sini.

SEBANGSA,SENEGARA,SEJIWA TAPI MUNAFIK NAK BUAT APA?



Sebab utama mereka tidak mahu gunakan selogan "JANJI DITEPATI" ialah kerana mereka selalunya hanya pandai menabur janji2 retorik dan bersifat populis tanpa ada perasaan bertanggung-jawab untuk menepatinya.

Itu adalah di antara ciri2 munafik tu...Perlu hati-hati ...

Cuma pandai "menanam tebu di tepi bibir"...

Gara2 Pandalela Menangi Gangsa, Seorang Pemuda Bakal Dikerat "Anunya"???


Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.

Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.

Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.

Johari antara lain menulis: "Gua berani kerat xxxx laa kalau Pandelela menang pingat malam nih.. (saya berani memotong anu kalau Pandalela menang pingat malam ini...)."

Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung, yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.

Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf berkata, "saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen... siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi."


"Sedangkan Nabi boleh ampunkan umat, takkanlah manusia biasa tidak boleh memaafkan orang lain... saya sedihlah," katanya dalam mesej Twitter berikutnya.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian Online mendapati laman sosial itu telah pun ditutup sejak tengah hari tadi.


Pemegang akaun itu juga telah memohon maaf atas keterlanjuran.

Sumber klik sini.


Komen Isac;

Sebab tu orang tua2 dah kata, "sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana"

10 Aug 2012

Langgar Perintah Mahkamah - Blogger PKR Bakal ke Penjara!!!


Nak buat macam mana...

Sendiri yang cari penyakit...

Mahkamah dah keluarkan keputusan, bicara dah kalah... Larangan tidak dihirau.....

Besar sangat kepala tu....

"Kepala Batu"....

Sendiri jawablah....

Adakah duit rakyaat Selangor akan sekali lagi digunakan untuk mempertahankan orang2 yang "bodoh sombong" macam Rafizi???

Sumber klik sini.

Olimpik - "Puteri Sarawak", Pandelela Raih Gangsa Dalam Aksi Terjunan 10m!!!


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pandelelamahukejayaannyaberiinspirasikepadapenerjunmuda/Article/


LONDON: Penerjun negara Pandelela Rinong berharap pencapaian pingat gangsanya dalam acara 10m platform wanita pada Sukan Olimpik 2012 akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan berkenaan. 


Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia. 



"Kejayaan inimerupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik," katanya anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik di sini, lewat malam tadi.


Selepas bermula dengan hambar pada terjunan pertama, Pandelela bangkit semula dalam empat lagi percubaan untuk mengumpul 359.20 mata, di belakang juara bertahan Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata. 

"Ketika itu, saya tidak memikirkan mengenai pingat. Saya cuma mahu meminimakan kesilapan dalam terjunan seterusnya," katanya. 

Jurulatihnya Yang Zhuliang dari China berkata beliau bimbang dengan keadaan fizikal Pandelela yang agak lemah ketika tiba di sini selepas menjalani latihan di China. 

"Sebelum sesi latihan di Chiba, beliau nampak mantap dan memiliki keazaman tinggi untuk melakukan persembahan terbaik pada Sukan Olimpik. 

"Saya sedar, beliau mengalami masalah tidor dan semalam saya memberitahunya supaya relaks. Mungkin beliau bertekad mahu menyumbang sebutir pingat kepada negara sehingga mengganggu tidornya," katanya. - BERNAMA 


Komen Isac;

Tahniah dan syabas!!!

Siapa kata orang kampung X boleh berjaya???

Semoga kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada generasi pelapis!!!

Bahawa dengan usaha dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan tiada sebab kita tidak boleh berjaya!!!

9 Aug 2012

Krisis air Selangor: Auta Lawan Fakta


Oleh ZULKIFLI JALIL
WAKTU ini di Hulu Langat terdapat sebuah loji pemprosesan air utama (Loji Sungai Langat) yang membekalkan air untuk kegunaan pengguna di kawasan Hulu Langat, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Cheras , Kajang dan Balakong.

Loji Sungai Langat yang ada sekarang dibina pada 1971. Ia direka bentuk untuk memproses dan merawat 386 juta liter air sehari.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini loji tersebut terpaksa merawat sebanyak 460 juta liter air sehari. Peningkatan itu disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat daripada pengguna saban hari. Jumlah 460 juta liter sehari yang diproses akan keluar dari loji untuk disalurkan kepada pengguna tanpa meninggalkan seliter pun bakinya.

Akibat dari pemprosesan yang melebihi kapasiti yang direka bentuk membuatkan pihak Puncak Niaga berada dalam keadaan tertekan kerana mereka perlu menggunakan kesemua 15 mesin yang ada. Tidak ada satu mesin pun tidak digunakan melainkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana pada masa itu ramai penduduk Lembah Klang pulang ke kampung halaman. Itu pun sekadar dua mesin yang boleh dihentikan untuk tempoh beberapa hari sahaja....

Artikel penuh, sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Sumber klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3