bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jul 2012

Azamudin Akil Hero Baru - Bedil Gol Manchester City???

Hanya pada 20 minit terakhir, kemasukan beberapa pemain yang masih segar mengubah sedikit corak permainan negara dan akhirnya gawang City berjaya ditembusi menerusi Azamuddin Akil yang meledak gol sagu hati pada minit ke-88. 

Walaupun pada perlawanan persahabatan menentang Arsenal ramai yang beranggapan pemain tidak perlu ditukar sebegitu ramai pada separuh masa kedua, penulis beranggapan sebaliknya. Skuad untuk manghadapi kejohanan Piala AFF ini besar, mengandungi 28 pemain.

Itu belum lagi termasuk beberapa pemain Harimau Muda yang sedang berlatih di Jepun seperti Wan Zack dan Kecik, juga lain2 yang sedang menghadapi "Piala Jawa" di Indonesia.

Jestru keputusan perlawanan sebenarnya adalah perkara kedua. Sewajarnya daripada 28 pemain dalam skuad sediaada, Datuk Raja Gopal perlu menyediakan dua buah skuad mantap yang langkap disetiap bahagian. Turunkan mereka melawan Arsenal dan Mancester City pada setiap babak. Pastinya pemain2 akan lebih "fresh" dan bersemangat untuk memperlihatkan pasukan mana lebih hebat. Ianya juga pastinya akan membantu pemain2 supaya cepat "recover" terutamanya dalam bulan puasa ini. Perlu diingat mereka bermain hanya selang 5 hari, dengan keadaan letih berpuasa dan fizikal lawan yang lebih sasa dan bertenaga pastinya semangat sahaja tidak mencukupi.

Jestru, strategi sebegini juga penting kerana kita juga akan berpeluang untuk memberikan setiap pemain dalam skuad kesempatan untuk beraksi.

30 Jul 2012

Hudud - Samada Pas Sememangnya Menipu Atau Bermimpi di Siang Hari?


Nampaknya DAP sememangnya konsistent dengan pendekatan mereka untuk menolak Hudud, cuma pas yang bermimpi di siang hari dan dalam masa yang sama cuba mengabui mata pengundi2 Melayu!!!

Anwar Menuju 16 September Penuh Bergaya???


"Rampasan Kuasa" 16 September yang baru???

Yang peliknya, mengapa Pakatan menjadi "tempat buangan" pemimpin2 yang terpinggir dan bakal "dipinggirkan"???

Berbanding Pakatan yang telah ramai kehilangan pengasas2 Parti Keadilan Rakyaat yang telah berpaling tadah semula kepada BN, cerita PKR/Pakatan pula berlainan sama-sekali...

Menurut khabarnya kedua2 pemimpin yang baru menyertai Pakatan sebanarnya telah tidak tersenarai dalam calon BN untuk PRU 13.

Sekiranya benar, rakyaat perlu pandai membuat penilaian akan apakah yang "mereka" ni perjuangkan sebenarnya!!!

Berjuang untuk rakyaat ataupun demi survival politik peribadi???

Bekas2 pengasas Parti Keadilan yang telahpun meninggalkan Anwar;


Itupun ramai lagi nama yang belum dikemas-kini...

Pas Sibuk Sokong Arab Spring - Rohingya Kena Sembeliah Ada Mereka Kisah???


Bila memperjuangkan saudara seislam pun dilakukan sebab politik dan kepentingan peribadi, maka inilah yang berlaku.

29 Jul 2012

DS Anwar Tak Senang Hati - DS Najib Pemimpin ke 6 Popular di Dunia???





KUALA LUMPUR 28 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai pemimpin keenam paling popular di dunia oleh sebuah firma perhubungan awam dan komunikasi antarabangsa yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Burson-Marsteller. 

Menurut kaji selidik *Twiplomacy *yang telah dijalankan oleh firma nombor satu dunia itu, Najib merupakan antara pemimpin dunia yang aktif menggunakan akaun Twitter secara tulen. Jelas kaji selidik tersebut, Perdana Menteri ketika ini mempunyai lebih 750,000 pengikut dan jumlah itu bertambah setiap hari.

Komen Isac:

Mungkin selepas ini kem DS Anwar juga akan mendakwa kajian yang dilakukan ini bias sebagaimana dakwaaan yang telah mereka lemparkan terhadap kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti tempatan baru2 ini.

Sumber Blog "1 Malaysia", MAAF penulis X boleh nak linkkan blog berkenaan kerana ianya telah dijangkiti virus "Malware". Kalau X percaya gunakan software pencari "Google Chrome" untuk melayari blog berkenaan. Buat pentabir blog "1 Malaysia" sila ambil perhatian!

Jika anda gunakan "pencariGoogle Chrome"  untuk melayari blog anda ianya akan memberitahu anda link blog yang dijangkiti virus "Malware"!!! Delete ling berkenaan dan anda akan "sembuh" sepenuhnya!!!

Lama dah bro, blog tuan dijangkiti!!! Sebab itulah ianya telah dinyahkan dari senarai blog di blog "Bumiyang".

28 Jul 2012

Gempar!!! Air Percuma - Berlaku Ketirisan Hampir RM 1 Billion Setahun Oleh Kerajaan Selangor ???


Sumber klik sini.

Cuma 20 m3 air yang diberi percuma sebulan dan 240 m3 setahun, macam mana boleh rakyaat boleh menikmati penjimatan antara RM 900 - RM 1200 setahun???

Menurut apa yang penulis dengar setiap isi rumah, cuma menikmati rebate sejumlah RM12 sebulan, iaitu RM144.00 setahun.

Jestru RM900 - RM144 = RM766,  jadi lagi RM766 tu pergi mana??


Jangan pulak nanti orang menuduh Kerajaan Selangor "merompak" RM766 setahun daripada setiap isi rumah di Selangor!!! 

Itu baru satu isi rumah, kalau ada 1 juta isi rumah di Selangor, maksudnya RM766 Juta telah "hilang"!!! 

Soalan seterusnya duit tu masuk kocek siapa???

Jestru Khalid perlu lebih transparent dan tidak memberikan angka2 yang mencurigakan!

Ataupun SELCAT dan SPRM perlulah menyiasat perkara ini!!!

Lagi Penolakkan DAP Terhadap Hudud!!! - Terbukti Pakatan "Munafik" ???



Mengulas mengenai pendirian DAP itu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Chandra Muzaffar berkata pendirian Pas untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak mendapat restu DAP menunjukkan kedua-dua parti tersebut banyak perbezaan dan tidak sealiran.



Beliau yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (Just) berkata kedua-dua parti berkenaan hanya berpakat kerana mereka mempunyai 'musuh' tertentu yang menghalang hasrat untuk merampas kuasa di peringkat persekutuan dan negeri. 

"Ini menunjukkan hubungan mereka satu hubungan yang beroportunis kerana mereka nak berkuasa, tak ada sebab lain," katanya.

Dr Chandra juga berkata tindakan Pas yang memberi keutamaan kepada hudud apabila berkuasa menunjukkan seolah-oleh bahawa hukuman tersebut mencermikan tamadun Islam.

"Ini tak betul kerana yang mencerminkan kegemilangan Islam adalah ilmu pengetahuan dan keadilan," jelasnya. - Bernama. Sumber klik sini.

Ini memebuktikan matlamat mereka bukanya mahu membela rakyaat dan menegakkan hudud... Sebaliknya mereka adalah pencinta2 "kuasa" yang masih gagal mendapatkannya walaupun telah berjuang sejak sebelum kemerdekaan...

Jestru apa sahaja cara yang boleh digunakan untuk mencapai cita2 mereka akan digunakan walaupun cara yang paling licik dan kejam.


27 Jul 2012

Patutlah Skuad Harimau Muda Kita Gagal ke Olimpik???


Mereka memang berada dalam kelasnya tersendiri.

Patutlah skuad Harimau Muda kita tidak berpeluang untuk menyaingi mereka di peringkat kumpulan tempohari.

26 Jul 2012

Pas Pendang Tolak Pencalonan Mat Sabu Untuk PRU 13???



Mainan politik dalaman???

Strategi adu-domba Umno???

Kalau diikutkan kepada kebiasaan Pas, apa juga yang berlaku yang akan dituduh menjadi dalangnya pastinya adalah Umno....

Artikel penuh klik sini.

25 Jul 2012

Hudud Pas Tiada Hukuman Mati? Tapi Boleh Meliwat Isteri?


Betul ke kenyataan ni Nik Aziz yang keluarkan??? Sumber Website Sinar klik sini.


Tapi sebagaimana yang Dato YB Zul pernah dedahkan tidak lama dulu, hukum hudud Pas ada membenarkan liwat ke atas isteri. Jadi apa yang hendak dihairankan...

Siapa Kata Lelaki Berumur 65 Tahun Tak Boleh Merogol/Meliwat???



Sumber klik sini.

Kalau ada mana2 lelaki tertuduh yang mendakwa kononnya disebabkan faktor umur mereka tidak mampu untuk menggagahi perbuatan rogol dan liwat terhadap mangsa... Kenalah selidik betul2... Betul ke???

Ini adalah contoh terbaik... Mangsa yang merupakan menantu perempuan kepada perogol pastinya tiada apa2 perasaan curiga terhadap perogol kerana sebagai bapa mertua, beliau sememangnya mahram.

Walau bagaimanapun memang bahaya tinggal berdua sahaja walaupun menantu dan mertua haram hukumnya untuk berkahwin pun.... Tetapi manusia yang dirasuk iblis mampu berbuat apa sahaja.

Memang banyak terjadi mereka yang berkuasa, pemimpin uang menjadi idola dan berkedudukan tinggi merogol/meliwat mangsa yang berada bi bawah, samada pengikut, pekerja bawahan (pembancuh kopi misalnya) dan juga menantu perempuan. Ianya mudah terjadi sebab mangsa selalunya mempercayai 100% perogol dan menyebabkan mereka terdedah ke arah perlakuan rogol/liwat kerana tidak menolak dan berasa curiga apabila diajak tinggal berdua. 

Mereka juga akan susah  untuk "menolak" dengan kasar apabila perogol mula merapati mereka dan apabila mereka mahu bertindak, segala2nya telah terlambat dan diluar kemampuan untuk memberhentikannya.

Dalam kes di atas, pasangan di atas tak pasal2 telah terpaksa berpisah/bercerai, kerana dalam Islam seorang wanita tidak boleh ditiduri oleh mana2 lelaki dan anaknya.... Sila rujuk ustaz anda untuk makluman lanjut.

Khairul Fahmi - Penjaga Gol Termahal Negara???



Tahniah buat beliau!!! Walau bagaimanapun perjalanan kariernya masing panjang. Pertingkatkan lagi prestasi!!!

Apapun dengan ketangkasan seorang lagi penjaga gawang negara iaitu Farizal Marlias yang beraksi begitu cemerlang menentang Arsenal semalam, pastinya persaingan merebut jersi no. 1 sebagai penjaga gol pertama negara bakal sengit!!!

Suatu persaingan yang sihat dan di harap akan semakin mempercepatkan kebangkitan prestasi skuad harimau Malaya, setidak2nya di pentas Asia.

Somoga kita akan kembali menjadi saingan kepada pasukan Jepun dan Korea sebagai mana di tahun2 60an dan 70an.

24 Jul 2012

Keputusan Perlawanan Persahabatan Arsenal Tewaskan Harimau Malaya - 2 : 1


Walau bagaimanapun keseluruhan pemain2 negara telah bermain dengan baik. Satu berita baik buat Dato' Raja Gopal yang sedang menyiapkan pasukan negara untuk Kejohanan Piala AFF..

Dua "hero" negara ini juga wajar diberikan lebih kredit berbanding pemain2 yang lain;

Penjaga gol yang berjaya menepis banyak cubaan2 bahaya Arsenal iaitu Farizal Marlias.

Azmi Muslim penjaring gol pertama negara.

Semoga skuad negara dapat mengambil iktibar daripada kekalahan ini yang diakibatkan oleh gol2 di lewat babak permainan.


Gempar!!! Harimau Malaya Mendahului Arsenal 1 : 0



Jaringan oleh bek kiri Azmi Muslim dari luar kotak penalti di masa kecederaan pada separuh masa pertama cukup buat Harimau Malaya mendahului Arsenal.,

Kereta Akan Murah Jika Pakatan Berkuasa???


Jika pada harga sekarangpun 72% isi rumah di Malaysia mampu untuk memiliki kereta, maksudnya jika Pakatan memerintah nanti... 100% rakyaat akan mampu memiliki kereta sendiri...

Adakah kita telah bersedia untuk menghadapinya? Bagaimana dengan jalanraya2 yang telah sedia sesak???

Adakah rakyaat selepas ini akan dibebani dengan kos pembinaan jalanraya seperti di Kelantan?

Secara dasarnya cukai yang diperolehi akan dikembalikan kepada rakyaat di dalam membangunkan infrastruktur yang lebih baik untuk kemaslatan rakyaat dan negara. Lihat sahajalah di mana-mana di negara ini, stesen2 pengangkutan awam bersepadu yang baru telahpun dibina ataupun dinaik taraf... Suasana Sentral, Melaka Sentaral, JB Senteral, MRT dan lain2...Banyak lagi akan dibina...

Adakah pendekatan Pakatan ini bijak? Ataupun satu lagi pendekatan populis untuk memenangi undi???

Foto Yang Pok Nik X Boleh Tahan Nak Tengok ???


Besarnya kek??? Al maklum PM.... Pengikut2 ramai... Jadi kenalah beli kek yang besar sikit.. supaya semua yang hadir dapat merasa...




Yang pasti, kek2 yang pernah dipotong Datuk Nik Aziz X lah sebesar kek harijadi DS Najib.


Mufti Kelantan Bias???


Sewajarnya teguran Datuk Muhamad Shukri ini ditujukan kepada semua ulamak....

Mengapa beliau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut ketika Umno tidak berura2 menubuhkan sayap ulamaknya???

Pada pandangan penulis, walaupun dalam Umno nanti, sayap ulamak dilihat berada di bawah suara majoriti, apa bezanya dengan Pas kini???

Selain Tuan Guru Nik Aziz yang selalu mengeluarkan kenyataan2 yang mengelirukan,kerana  ianya juga dilihat seperti kenyataan yang dikeluarkan untuk "memenangkan" puak politiknya sahaja yang kadang2 bersalahan dengan ajaran agama dan budaya sebagaimana amalan penganut Islam menurut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah...

Tambahan pula, Pimpinan atasan Pas juga kini telah ramai yang datangnya daripada mereka yang bukan berlatar-belakangkan pendidikan agama, jestru apa bezanya Pas dengan Umno???

Untuk memberikan rakyaat pilihan, penulis percaya pengwujudan sayap ulamak dalam Umno adalah suatu cadangan yang baik terutamanya di dalam "mentramformasikan" Umno dari dalam. Selepas itu bolehlah rakyaat membuat pilihan, parti mana yang lebih dekat dengan syariat Islam.

23 Jul 2012

Kerajaan Pas kelantan - Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran???


Seboleh2nya mereka tetap mahukan wang royalti minyak & gas walaupun secara teorinya tapak eksplorasi tersebut berada di dalam kawasan bertindih dengan sempadan Thailand dan di luar perairan Kelantan.

Anehnya... Lombong emas di hadapan mata yang merupakan hasil-bumi milik Kelantan secara terang-terangan dibiarkan sahaja untuk "dirompak" oleh tokey2 tertentu....

Mengapa mereka bersusah payah mahukan hak dalam royalti minyak yang secara perundangan jelas bukan milik mereka, tetapi dalam masa yang sama emas2 milik kerajaan negeri "dirompak" di depan mata mereka sendiri???

X Payah Pinjam PTPTN!!! Cara Mudah Untuk Bergelar Graduan???


Wow!!! RM 7,500 aje???


Tak payah pinjam PTPTN!!!


Terutamanya kepada mereka yang mahir dan bijak berpidato....


Cakap "orang puteh berbuk".... Siapa akan percaya jika anda adalah 'Graduan Terbang"???


Dunia...dunia.... apapun boleh "dibeli"!!!

22 Jul 2012

Sebab Abby Masuk Pas Terbongkar???


Bulan puasa... Nak kurangkan menulis.... Tulis pendek2 aje...Nak kurangkan syubahaat... 


Cuba lihat apa yang penulis dah "kotakkan" dengan garisan warna merah...


Harapan Abby, jika Pas merampas Putrajaya, nanti beliau akan mendapat "habuan"....



21 Jul 2012

Muslimah Nusantara Memang Hebat.....



Menjadi kebiasaan.... Muslimah di Nusantara mengenakan telekung dan hanya yang berwarna putih ketika bersolat...Berbanding dari negara2 lain yang sekadar memakai apa sahaja baju menutup aurat tanpa mengira warna pakaian tersebut...

Telekung merujuk kepada kain selubung untuk menutup aurat dan tubuh perempuan Muslim ketika bersolat. Ia meliputi seluruh tubuh badan, kecuali muka. Warna telekung yang hendak dipakai terpulang pada diri individu itu sendiri, tetapi adalah sunnah menggunakan warna putih, kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian yang warna putih (Tirmidzi, Ibnu Majah). 


Begitulah hebatnya wanita/Muslimah  Nusantara. Gadis/wanita Melayu....


Selamat berpuasa!!!

20 Jul 2012

Juara Liga Super Senasib Dengan Pilihan Sabah - Tewas 5 : 0 Kepada QPR.



Mmmm....

Nampaknya taraf permainan kita masih terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan pemain2 dari kelab2 Eropah...

Pas Cuma "Perkuda" DAP untuk Kuasa Politik??? - Nasrudin


Adat politik....


Tiada kawan dan musuh yang kekal....


Demi pengaruh dan kuasa semuanya akan jadi "HALAL".... Walaupun oleh parti politik yang mendakwa lebih Islam berbanding yang lain...

Habislah Pas, Nik Aziz "Masuk" Umno???



KOTA BHARU 18 Julai 2012 - Datuk Nik Aziz Nik Mat berbual mesra bersama Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam majlis pelancaran "Kibar Jalur Gemilang: Sambutan Ulantahun Hari Kemerdekaan ke 55 Tahun 2012" peringkat negeri Kelantan yang diadakan di Stadium Muhammad IV, di sini semalam. 
- UTUSAN/AIZZUL A.MAJID


Kalau ditengokkan kepada senyum-simpul TG Nik Aziz ketika sedang berborak dengan Tok Pa... Tidak dapat dinafikan beliau kelihatan begitu senang dengan Tok Pa...

Itulah kelebihan Tok Pa, seorang pemimpin yang bukan sahaja baik tetapi juga kelihatan baik, sehinggakan TG Nik Aziz pun kelihatan begitu selesa dengan beliau....

Melihatkan foto di atas mungkin akan ada ahli2 dan penyokong2 Pas yang merasakan Nik Aziz mungkin nak masuk Umno???

19 Jul 2012

Bakal "MB Johor" Tohmah Ning Nak Masuk Pas???


Kantoi habis... pembohongan PAS selama ini mengenai sokongan artis-artis hendak sertai parti itu, siap berani sebut nama lagi terbongkar.Ini berikutan tersebarnya tweet 'amukan' penyanyi terkenal NING BAIZURA balun PAS.Beliau 'angin satu badan' berikutan dakwaan kononnya merupakan sebahagian artis yang berkenaan.

Serentak dengan itu, Ning Baizura turut memberitahu bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.

Menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata "PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!," tulisnya pagi Rabu.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian yang memetik kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kononnya beliau antara artis yang dijangka menyertai parti tersebut.

Sambil melepaskan paku buah keras kepada PAS, kata Ning, "Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?"

Menurutnya, beliau suka memakai tudung dan akan memakainya satu hari nanti, tetapi tidak mahu tindakannya itu dijadikan satu bahan untuk meraih keuntungan politik. Artikel penuh klik sini.

18 Jul 2012

Pemberontak Istihar Perang di Syria - Siapakah di Pihak Yang Benar???



Dalam undang2 Islam, pemberontak yang menentang kerajaan tanpa sebab yang munasabah akan dihukum bunuh.

Apa yang boleh disimpulkan dari isu ‘taat kepada pemimpin’ yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program "Fiqh Mentaati Pemimpin" baru-baru ini, mana-mana pemimpin Islam, yang syahadahnya masih kukuh, solatnya terjaga,   tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran,  jikapun mereka mempunyai kelemahan dan jika pemimpin ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T.  Selagi pemimpin mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan dan tidak menyekat syariat Islam maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam.

Penulis rasakan umat Islam wajar berhati-hati dalam menyokong pihak rakyaat yang bangun memberontak. Adakah mereka ini memberontak karana kerajaan mereka sememangnya zalim dan layak dijatuhkan ataupun pemberontakkan berlaku kerana anasir luar!!!

Belajarlah daripada pengalaman sahabat2 Rasulullah s.a.w., apabila penduduk Mesir bangun memberontak, ada yang mengambil peluang sehingga Saidina Usman  r.a. terfitnah dan dibunuh, apabila Saidina Ali r.a. pula dilantik oleh para pemberontak, dan ditentang oleh puak Muawiyyah r.a. yang kononnya mahu membela kematian Saydina Usman r.a. dan akhirnya membina pemerintahan beraja Bani Ummayyah, umat Islam terpecah tiga dengan wujudnya puak Khawarij, siapakah yang beruntung???

Adakah Islam terbela??? Ramai para sahabat yang hafiz, warak dan alim terbunuh dan manjadi mangsa mata pedang sesama umat Islam...Itukah kejayaan???

Saydina Husein r.a. dan keluarganya disembelih di Karbala. Siapakah  yang untung???

Semoga kita menjadi zuhud sebagaimana Syaidina Hasan r.a., yang sanggup melepaskan jawatan Khalifah dan dihina demi perpaduan dan kemaslatan umat Islam keseluruhannya, amin.


Papa Gomo Bakal Berikan "Tamparan Maut" Buat Izzah - Minggu Ini???



Adakah "tamparan maut" itu betul2, atau satu lagi "GEMPAK" atau "GIMIK" untuk mencabar Anwar menyaman Datuk Eskay, sama2 lah kita nantikan...

Artikel berkaitan klik sini.

17 Jul 2012

Lagi "Dakwaan" Liwat Dilakukan Oleh Anwar???


Masak....


Kalau betul dakwaan tersebut, nak buat apa pulak kali ini???


Liwat I, buat rapat umum di Masjid Negara, tarik simpati rakyaat yang tak tahu apa2...


Liwat II, menyorok di rumah Diplomat Turki kerana mendakwa nyawanya terancam...


Liwat III, apa pulak skripnya ya???


Sumber klik sini.


Walau bagaimanapun Nurul Izzah telah mebuat dakwaan yang sebaliknya dan mendakwa tiada laporan polis telah dibuat berkaitan dengan Liwat III. Klik sini.

Pemimpin Pakatan Lebih Berjiwa Rakyaat Berbanding Pemimpin Umno!!!


Itu yang mereka tunjukkan kepada rakyaat.... Nu kat atas, kat bawah... Dahsyat...


Mereka sebenarnya pandai makan pandai simpan.... Makan sedap, mewah nampak???







16 Jul 2012

Ceramah Hasan Ali Telah Semakin Lengang - PAS



Itu dakwa Pas, hakikatnya perkara tersebut tdak benar samalah seperti dakwaan2 Pas yang lain. Klik sini.

Mungkin pemimpin2 Pas juga telah semakin senada dan selari dengan "lidah rasmi" mereka Harakah untuk sentiasa menabur fitnah.

Apa Bezanya Pakai Kemeja T Hard Rock Cafe ke Masjid dan Pakai Kemeja T Bersih Buat Umrah di Tanah Haram???



Memang pedas...

Yelah... Macam "fatwa politik" yang dikeluakan oleh Pas jugak....

Jika memakai kemeja T, berjenama Hard Rock Cafe, satu rangkaian restoran yang jatuh hukumnya sebagai "syubahat" jika kita mengunjunginya kerana ada menjual minuman berakohol dan juga mengadakan persembahan nyanyian yang bercampur lelaki dan perempuan dengan berasak-asak.... Pastinya jika tidak tidak jatuh hukum sebagai haram kerana memakai Kemeja T berjenamanya ke masjid, pasti sekurang2nya jatuh hukum sebagai syubahat juga....



Bagaimana pula dengan memakai kemeja T Bersih untuk pergi mengerjakan umrah ke Tanah Haram? Suatu gerakan yang dipimpin oleh seorang wanita yang juga menyokong gerakkan memurtadkan umat Islam di Malaysia dan juga gerakkan menyokong fahaman LGBT???

15 Jul 2012

Pesara Pegawai Tinggi Menyertai Pas, Sebab Insaf Atau Sebab Kecewa?


Komen Isac;

Kalau dilihatkan kepada pemimpin2 politik BN yang menyertai Pakatan malah Pas pun, mereka ini adalah terdiri daripada mereka yang "kecewa' kerana samada "diketepikan" ataupun ada "benda" yang mereka mahukan tidak diberikan oleh pucuk kepimpinan.

Rasanya tak payahlah penulis mahu berikan contoh, lihat sahajalah disekeliling anda... Pastinya para pengunjung akan mendapati apa yang penulis katakan terbukti benar.

Begitulah juga halnya dengan para artis yang menyertai Pas mahupun Pakatan, rata2 mereka yang menyertainya apabila populariti telah suam-suam kuku.... Pernah ditangkap khalwat mahupun mempunyai rekod peribadi yang buruk. Walaupun mungkin bukan semua, tapi majoritinya begitu.

Jestru tidak menghairankan sekiranya para pesara pegawai tinggi kerajaan ini juga mempunyai trend yang sama ataupun mereka sememangnya penyokong Pas/Pakatan sejak masih menjawat jawatan dalam kerajaan. Bukan sesuatu yang menghairankan dan ini lah buktinya demokrasi sememangnya diamalkan di negara ini.

Peneroka Felda Tolak OREN - Ahli Pas Ganti Peneroka???


Tapi katanya yang datang bukanya peneroka Felda....


Yang datangnya pemimpin2 dan ahli2 Pas....


Lihat bawah ni, sejak bila Mat Sabu dan Datuk Ibrahim Man jadi peneroka Felda???




Sumber klik sini.

14 Jul 2012

Wan Azizah Sokong Musa Pertikai Statistik Jenayah - Sebaliknya Musa Salahkan Anwar?


Ha..ha....

Apa DS Wan Azizah ingat dengan menyokong dakwaan TS Musa Hassan mempertikai statistik jenayah negara akan membuatkan TS akan menyokong PKR?

Kalau diikutkan kenyataan di atas, TS Musa pastinya masih tidak dapat menerima gaya berpolitik DS Anwar yang suka mencetus huru-hara dan kacau-bilau demi untuk menampilkan dirinya hebat dan menarik sokongan orang-ramai.

Ini dapat dibuktikannya jika kita teliti bagaimana beliau mempengaruhi golongan muda untuk mengadakan rusuhan dan demonstrasi yang selalunya sehingga minimbulkan kekacauan dan ketegangan dalaam masyarakat.

13 Jul 2012

Dalang Penyerang2 Pejabat PM di Putrajaya Telah Dikenal-pasti???


Bukt-bukti Pulau Pinang Lebih Selamat Dari Negeri Johor???

Sebelum ini Guan Eng dengan bongkak mendakwa, lebih selamat untuk rakyaat Singapura berada di Pulau Pinang berbanding di Johor Bahru, mungkin dua insiden ini adalah buktinya;


Foto (atas) Tan Kim Chuan (60), dibiarkan kesakitan dan akhirnya mati setelah menjadi mangsa ragut. Ironinya penduduk2 di negeri di bawah pemerintahan pembangkang seperti tidak mempunyai sifat perikemanusiaan kerana membiarkan mangsa tanpa diberikan pertolongan.


Foto (bawah) Ibu YB Yusmadi dirompak baru2 ini di rumahnya di Balik Pulau, Pulau Pinang...


12 Jul 2012

Nik Aziz Baru Sedar Pejuangan Pas Menyebabkan Keluarga Cerai-berai?


Tapi dia masih belum sedar, bahawa kerajaan pusat terpaksa mentadbir projek-projek anjuran Persekutuan di negeri2 yang diperintah oleh Kerajaan2 Negeri yang diterajui pembangkang kerana tidak mahu kerajaan2 negeri ini memfitnah dan membohongi rakyaat kononnya projek2 tersebut adalah usaha dan anjuran mereka.

Bahkan parkara ini juga diaplikasikan di negeri2 Malaysia Timur dan berjalan dengan jaya. Perlu diingat para pegawai projek2 persekutuan ini rata-rata juga adalah daripada anak2 negeri yang terlibat dan juga perlu bekerjasama dengan agensi2 tempatan di bawah kelolaan kerajaan negeri. Selain daripada itu mampukah agensi2 di bawah kerajaan2 negeri untuk mengawal-selia projek2 persekutuan yang bernilai ratusan dan ribuan juta?

Jestru dakwaan Nik Aziz, bahawa kerajaan pusat sengaja mempolitikkan bantuan2 ini sama-sekali tidak boleh diterima. Yang jelas, parti2 pembangkang tidak lagi boleh "menipu dan membohongi" rakyaat kononnya projek2 besar yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan dilakukan atas hasil-usaha kerajaan negeri semata2.

Jika dilihat pula kepada bantuan pembiayaan untuk kerja2 penyelengaraan jalanraya, parit dan lain2 yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan2 negeri , peruntukkan2 ini yang bernilai puluhan dan ratusan juta diberikan dan diaggihkan secara terus kepada agensi2 kerajaan yang berkaitan. Walaupun projek2 ini hasil peruntukkan Kerajaan Persekutuan, ianya selalu disalah-tafsirkan sebagai usaha kerajaan negeri pembangkang.


Begitu Hina Orang Melayu di Mata Lim Kit Siang???


Jika benar apa yang dikatakan di blog sini. memanglah LKS kurang ajar ...

Hari tu nak "rasuah" Tunku Aziz pun cuma dengan RM 50,000.00. Ingat maruah orang Melayu boleh dibeli serendah itu.

Hari ini pulak mendakwa artis2 Melayu bertaraf "superstar" negara ini, seperti Jamal Abdilah dan Amy Search "gelap mata" cuma dengan umpan sebanyak RM 10 ribu.

Dia ingat maruah orang Melayu semurah itu???

Rasanya Jamal dan Amy, kalau buat persembahan, satu lagupun dah dapat lebih RM 10 ribu....

Lagi Cerita Pasal Taksub - Ceraikan Isteri Kerana Mengikuti Ceramah Dr Hasan Ali???


Dua hari lepas kita dikejutkan dengan berita "Imam Mahadi" dan pengikut perempuannya melibas pedang Samurai di Bangunan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Ini pulak di Kelantan, seorang isteri diceraikan gara2 mengikuti ceramah Dato' Dr Hasan Ali. Suatu perkara yang didakwa banyak terjadi sedikit masa dahulu, tetapi telah dinafikan oleh Pas. Begitu juga dengan solat dua imam...

Nampaknya titah dan saranan DYMM Sultan Kelantan supaya orang Melayu/Islam bersatu, juga tidak diendahkan oleh pengikut2 taksub Pas???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3