bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Jul 2012

Bakal "MB Johor" Tohmah Ning Nak Masuk Pas???


Kantoi habis... pembohongan PAS selama ini mengenai sokongan artis-artis hendak sertai parti itu, siap berani sebut nama lagi terbongkar.Ini berikutan tersebarnya tweet 'amukan' penyanyi terkenal NING BAIZURA balun PAS.Beliau 'angin satu badan' berikutan dakwaan kononnya merupakan sebahagian artis yang berkenaan.

Serentak dengan itu, Ning Baizura turut memberitahu bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambarnya bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.

Menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata "PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi saya!," tulisnya pagi Rabu.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar harian yang memetik kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kononnya beliau antara artis yang dijangka menyertai parti tersebut.

Sambil melepaskan paku buah keras kepada PAS, kata Ning, "Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?"

Menurutnya, beliau suka memakai tudung dan akan memakainya satu hari nanti, tetapi tidak mahu tindakannya itu dijadikan satu bahan untuk meraih keuntungan politik. Artikel penuh klik sini.

1 comment:

  1. Din Puduraya saje nak test market tu..... nak umpan betul ke tak. Kalau diam tanda setuju... hehe..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3