bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Nov 2011

Lagi Gambar Lisa Surihani??? Sisipan Tengah Malam Buat Tatapan Saudara IBM....


Buat tatapan Saudara IBM, :)

Bro kalau ada kontrak lebih boleh lah recomend kat kawan sikit....

Power sungguh kamera yang mengambil gambar Lisa ni.... Dah dipotong pun dpi nya masih jelas....

Gara-gara Lembu NFC - Wan Azizah Terpalit Sama???


Kata Sahrizat, jika beliau perlu meletakkan jawatan kerana syarikat suami beliau dikaitkan dengan dakwaan salah-guna dana Lembu Fidlot, NFC. Maka untuk berlaku adil Wan Azizah juga sewajarnya melepaskan jawatan yang disandang kerana Anwar bukan sekali pernah dikaikan dengan salah-laku seks, malah telah berkali-kali.

Bukan setakat perbicaraan Liwat I, perbicaraan Liwat II, video seks, malah ada ramai deretan "lelaki jambu" dan wanita cantik yang telah dikaitkan mempunyai hubungan intim dengan beliau.

Berita lanjut Klik sini.

Biasalah... PKR hanya tahu menghukum orang lain kecuali diri mereka sendiri.

Mari Pakat Ramai-ramai Ikut Lisa Surihani Masuk Umno???


Kalau dahulu... Dek dakyah Pakatan Rakyaat, orang ramai terutamanya golongan muda "malu" untuk menyertai Umno...

Macamlah... hina sangat parti Umno ini...

Walaupun hampir semua golongan professional dan kelas menengah yang kini menjadi penyokong tegar Pas "terhutang budi" kepada UMNO yang telah merobah nasib anak petani sehingga bergelar Profesor... Tuan Jurutera... Tuan Peguam... Tuan Guru...Tuan Pegawai Kerajaan....Malah ada yang menjadi Jutawan bak hikayat sebuah cerita dongeng!!!

Tetapi persetankan tu semua!!!   Mereka inilah yang kononnya lebih pandai!!! Lebih Islam!!!Yang kononnya mahu memartabatkan Islam!!! Sebaliknya mereka cuba untuk meracuni minda rakyaat untuk membenci dan mahu 'mengkuburkan" Umno... kalu DAP yang berperangai begitu, kita boleh terima dan faham!!!

Bak, "melepaskan anjing yang tersepit". Tapi salah siapa? Mungkin juga salah pemimpin-pemimpin Umno yang telah mencurahkan jasa tanpa mengharapkan balasan. Memberikan senjata kepada tentera tanpa "memberitahu" mereka sipakah sekutu yang perlu dipertahankan. Hasilnya budi yang dicurah tuba yang menjadi balasannya.

Penulis ucapkan tahniah buat Lisa kerana berani merobah persepsi...

Semoga selepas ini akan lebih ramai yang mengikuti jejak beliau. Sebagai umat Melayu beragama Islam kita seharusnya berbangga dengan apa yang telah diperjuangkan oleh Umno selama ini.

Bagi mereka yang belum mahu menjadi ahli parti, tidak mengapa... Yang penting orang Melayu/Bumiputera perlu bersatu!!!

Penulis pun bukannya ahli Umno, bahkan pernah menjadi ahli Pas. Tetapi kerana tuntutan semasa telah 3 tahun penulis menghambakan diri di laman blog untuk mempertahankan parti keramat orang Melayu ini.

Mudah-mudahan perjuangan kita akan diberkati Allah s.w.t.dan semoga ditunjukkan jalan kebenaran!!! Amin....

Sumber foto klik sini.

Ayoh!!! Kita Pilih Pas Dan Biarkan DAP Mentadbir Negara!!! Persetan Dengan Umno???



Ayoh mari kuburkan Umno!!!
Kita undi Pas untuk gantikan Umno!!!
Kita undi Pakatan untuk menangkan Pas!!!
Kita undi Pakatan untuk memartabatkan Islam!!!
Kita undi Pakatan untuk memartabatkan Melayu!!!
Kita undi Pakatan untuk membentras penyelewengan!!!
Kita undi Pas untuk membasmi masalah moral!!!

Ironinya:

Kuburkan Umno!!! Bermaksud hilanglah parti yang telah 54 tahun berjuang untuk memertabatkan nasib mereka yang tertindas di bawah penjajah. Parti yang telah memberikan kita kehidupan yang lebih baik yang kita miliki sekarang. Parti yang telah memberikan peluang pelajaran kepada generasi sekarang. Parti yang telah menghasilkan professor, doktor, jurutera, saintis, hakim, peguam, jutawan dan kelas menengah Melayu/Bumiputera dari kalangan ibu-bapa yang bekerja sebagai penoreh getah dan petani yang miskin.

Kita undi Pas untuk gantikan Umno!!! Bermaksud membiarkan DAP bersemayam mentadbir negara. Kerana apabila Melayu/Bumiputera terpecah dua, majoriti kerusi di parlimen bakal dikuasai DAP!!! Sanggupkan anda membiarkan mereka "beraja di mata dan bersultan di hati"???

Kita undi Pakatan untuk menangkan Pas!!! Dengan kerusi minoriti Pas akan menjadi bacul sebagaimana isu murtad di Selangor!!! Isu pengamalan seks bebas!!!

Kita undi Pakatan untuk memartabatkan Islam!!! Langkah mayat Karpal Singh dahulu!!! Dengan kerusi minoriti di DUN dan parlimen, apa yang Pas mampu buat??? Memepertahankan akidah sahaja tidak bisa!!! "Allah" untuk semua tuhan???

Kita undi Pakatan untuk memartabatkan Melayu!!! Apa yang Pas dah buat untuk Melayu/Bumiputera di Kelantan??? Terutamanya dengan kerusi minoriti di DUN dan Parlimen?

Kita undi Pakatan untuk membentras penyelewengan!!! Lihat sahaja koholal!!! Projek kambing boer Kelantan!!! Peruntukkan air bersih bernilai RM 600 juta yang diberikan oleh kerajaan pusat apa yang terjadi???

Kita undi Pas untuk membasmi masalah moral!!! Menyokong amalan homoseks??? Menyokong amalan lesbian, biseksual dan transeksual???


















29 Nov 2011

"Lelaki Y" Mendapat Sokongan Majlis Peguam???




MajlisPeguam - Bukan untuk menjaga kepentingan dan etika guam ahlinya???

Sebaliknya untuk menyokong "Lelaki Y".

Menyokong amalan homseksual.

Menyokong amalan lesbian.

Menyokong transeksul.

Menyokong amalan biseksual.

Anda menyokong mereka?

Menyokong untuk mengundang murka Allah s.w.t.???

Harimau Muda - Juara Yang Kecundang???


Simpati.... Hanya bergelar juara selama 6 hari.... Tidak sempat nak meraikan kemenangan sebagai jaguh pasukan bawah 23 tahun Asean.

Apapun FAM dan Kim Swee sepatutnya boleh meramalkan keadaan ini...

Rasanya cadangan pernah  diutarakan oleh peminat dan para wartawan agar dua pasukan ditubuhkan satu bagi menyertai sukan SEA dan yang kedua untuk menyertai kelayakkan Olimpik London. Ini kerana para pemain akan "burn out" jika menyertai kedua-dua kejohanan dalam jadual yang begitu padat.

Rasanya kita tidak ketandusan pemain-pemain. Kita ada pemain-pemain pasukan negeri di bawah umur 23 tahun seperti Baddrol Bakhtiar, Asaruddin Putra, Zubir Ali, Apek dan lain-lain. Kita ada pemain-pemain Harimau Muda A dan B yang telah diberikan pendedahan di Liga Malaysia.

Jestru mengapa kita masih bersandarkan kepada pemain-pemain yang "pincang" dek kecederaan seperti Wan Zack, Irfan Fazail, Fandi, Muslim dan lain-lain. Adalah lebih baik untuk menurunkan pemain-pemain yang cergas 100% daripada pasukkan Harimau Muda B ataupun pemain-pemain Piala Razak ataupun Piala Rahman berbanding pemain-pemain "bintang" yang telah tempang disebabkan oleh kecederaan.

Penulis juga berharap pemain-pemain kita seperti Najmi, Nafizi dan lain-lain dapat meningkatkan tahap kecergasan mereka kerana bolasepak moden memerlukan pemain untuk mampu cergas bagi tempoh 120 minit atau lebih. Ini kerana jika kita alpa, kekalahan seperti yang dialami ketika menentang Bahrin bakal berulang selain pemain juga perlu bersedia untuk bermain dalam masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.

Apapun tahniah buat pemain, jurulatih dan FAM kerana mampu memterjemahkan tentangan pasukkan negara dengan baik. Semoga salah perancangan ini akan dijadikan iktibar untuk pasukan kita lebih berjaya di masa hadapan!!!

28 Nov 2011

Watak Tokoh Islam Dalam Pirates Of The Caribbean


Dalam artikel Captain Jack Sparrow Lanun Melayu? yang lalu, saya pernah menyentuh berkenaan inspirasi nama Barbossa dalam filem Pirates of The Caribbean (POTC) yang mempunyai kaitan dengan seorang ganeral (juga lanun) Islam terulung zaman silam. Tahukah anda sebenarnya "Barbossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala - Hayreddin Barbarossa. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah,  iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan  dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Laksmana Hayreddin Barbarossa Pasha




Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu. 

Apa Khabar Projek Kambing Boer dan Black Bengal Kerajaan Pas Kelantan???


Dalam pada sibuk dan kecoh pembangkang memperkatakan projek Lembu Feedlot di bawah NFC, apa agaknya perkembangan projek penternakkan kambing Boer anjuran kerajaan Pas Kelantan ye?

Rasanya dahulu, pelaborannya juga berjuta-juta....


Captain Jack Sparrow : Lanun Melayu?

Ketika mula-mula menonton filem terbitan Walt Disney Pictures ini, saya sedikit tertarik pada beberapa corak yang terdapat pada senjata dan juga ukiran pada dinding kapal dalam filem ini. Ada sesetengah darinya hampir menyamai ciri-ciri Melayu. Namun, semua perhatian saya ini hilang begitu sahaja tidak lama selepas itu, hinggalah saya terjumpa artikel dari sebuah forum.

 
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Ia juga tergolong diantara Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Sejarah. {1} Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silam Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

 
Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

 
Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy".

Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British.
19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dll) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat individu bernama Captain John Davie (Davvy Jones?)

 
Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny ("pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa di kalangan British.
Mereka telah merampas 12 buah kapal laut Royal Navy, mereka kemudiannya berpecah ke Britain, laut Arab dan benua Amerika.

Selepas itu, dari tahun 1813 hingga ke tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.

 
Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga telah diambilalih oleh Napolean Bonaparte untuk berperang melawan British.

 
Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity...

"Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan, akan tetapi ia adalah satu pilihan...

These Cursed Regiments.. selepas mutinied menentang British India, kesemua mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana orang kampung, pembesar dan sultan akan membunuh atau menghukum mereka atas alasan 'bersubahat' dengan penjajah - dalam makna kata  lainnya, mereka akan dianggap sebagai pembelot/ talibarut penjajah. {2}
Tidak hairanlah jika karekter Captain Jack Sparrow ini diinspirasikan daripada nama Raja Lanun Dunia yang berketurunan Melayu suatu ketika dahulu, kerana nama karekter Barbossa juga dikatakan diinspirasikan daripada seorang lanun asal Turki, Barbarossa. {3} Trivia, dalam filem Pirates of the Carribean : At World End (Di Penghujung Dunia), watak-watak lanun dalam siri kali ini dibawa menuju ke Selat Melaka (pangkalan Sao Feng - dalam filem ini, nama Selat Melaka tidak disebut, malah nama Temasik yang sepatutnya digunakan juga telah ditukar kepada sebutan 'Singapore'.

Nukilan dari blok, klik sini.






27 Nov 2011

Gempar!!! Kenapa Anwar Dah Tak Pakai Baju Kemeja Ini Lagi???


Mengapa Anwar dah lama tidak memakai kemeja di atas?

Kemeja yang sama ketika dia dikatakan berada di sebuah Kondominium bersama Datuk Eskay.

Kondominium yang dikaitkan dengan video seks lelaki mirip Anwar.

Dengan Datuk Eskay yang kononnya Anwar sendiri tidak mengenali beliau?

Warna dalam video cc TV dengan kamera wartawan sememangnya agak berbeza. Untuk kepastian, sapina baju kemeja tersebut dan gunakan kamera cc TV yang berkaitan untuk dibuat perbandingan....

Lagak Anwar Umpama "Bintang Filem" ???


Dari kiri: Lim Kit Siang, Saifuddin Nasution, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail, Mohamed Azmin Ali and Abd Hadi Awang pada Kongres Nasional PKR Ke-8 di Johor Bahru. Foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN EMBONG.


Beriaya-iya beliau melambaikan tangan.... Pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain, tak kisah pun.... Nak kata "bintang filem" tak pernah pulak melihat filem lakonan beliau ditayangkan kat mana-mana panggung wayang...

Nak kata pernah berlakon dalam video "dot dot dot dot", dia menafikan lelaki dalam klip video  tu adalah beliau, hanya mirip beliau tetapi bukan beliau, katanya...

Apapun yang jelas beliau sememangnya "hari-hari" berlakon depan rakyaat untuk menonjolkan dirinya yang kononnya pemimpin yang terbilang dan wajar diangkat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, walaupun pada hakikatnya hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu duduk perkara yang sebenar.................

Belum Lagi Memerintah - AMK Dah Ugut Mahkamah???


Sebelum ini sering kita dengar Pakatan Rakyaat menunding jari menuduh kerajaan Umno/BN mempengaruhi keputusan Mahkamah.

Tetapi yang jelas, mereka yang "belum memegang tampuk" pemerintahan negara yang selalu cuba untuk memperngaruhi keputusan mahkamah.

Bayangkan apa akan mereka perbuat jika kelak Pakatan yang memerintah negara ini???

Wal iya zubil lah.... Na u zubillah..hi min zaliq.

26 Nov 2011

.Nujum 16 September Telah Kembali???


Klik sini.

Umum tahu, banyak ramalan Anwar sebelum ini tersasar!!!

Ramalan 16 September juga hanyalah suatu ramalan "syok sendiri"....

Biarkan rakyaat yang membuat pilihan dalam PRU 13 nanti!!!

Kembalikan kuasa ditangan rakyaat!!! Dan bukannya pada ramalan-ramalan Nujum Pak Anwar

Azmin: Umno Muflis Moral!!!

Berita penuh klik sini.


Memang senang hendak menunding jari kepada Umno/BN.

Tetapi persoalannya, bolehkah "Lelaki" di atas ini dipercayai untuk memberikan yang terbaik untuk rakyaat???

Lelaki yang "nampak baik" tetapi peribadinya "diragui"???

Tepuk dada tanya lah selera....

24 Nov 2011

Gempar!!! Lelaki Mirip Anwar Dilihat Bersama Wan Azizah???



Maaf... X tahu lah betul ke tidak.... Tetapi dalam foto di atas, seorang lelaki "mirip Anwar" kelihatan bersama Wan Azizah....

Anwar dan "lelaki mirip" Anwar dalam video seks yang hangat diperkatakan sedikit masa lalu tu kelihatan mempunyai begitu banyak persamaan.... Tidak dapat dipastikan samada dalam foto di atas tu adalah Anwar ataupun lelaki mirip Anwar daripada "klip video lucah" tu....

Pening... pening....

Seksyen 15 AUKU Dipinda, Penuntut IPT Boleh Sertai Politik!!!


Foto (Gambar Fail)

Artikel penuh klik sini.

Jangan nanti Pakatan Rakyaat menuntut pula pelajar sekolah di bawah umur 21 tahun pun mahu dibenarkan berpolitik , sudahlah....

Al maklum..... Lebih muda lebih senang untuk  "meracuni" fikiran mereka....

Pakatan Rakyaat Gusar!!! Sebuah Markas Tentera Laut Bakal Didirikan di Kawasan Parlimen Pasir Mas???



Memang ada logiknya. Ini kerana selain di Tanjung Pengaleh, Johor, kita tiada mempunyai markas tentera laut di negeri-negeri pantai timur semenanjung Malaysia.

"Markas-markas" Pas tu banyak lah... Tapi setakat ni, nak menghulurkan bantuan banjirpun belum tentu berkesan apa lagi untuk menangkis serangan musuh.

Artikel penuh klik sini.

Bagi Datuk Ibrahim Ali, projek ini akan menjadi serampang dua mata.... Yang jelas akan menggusarkan Pakatan Rakyaat...

23 Nov 2011

Masalah "Bekalan Air" di Kelantan Selesai???


KOTA BHARU: Berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, jumlah mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam.

Dua daerah di negeri itu kini dilanda banjir iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam. "Di Kota Bharu, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran. - BERNAMA


Gambar (Fail)


Komen Isac;

Memang simpati....Isnin dan Selasa semasa penulis berada di Kelantan, hujan memang turun menggila...

Jika hujan sebegini berterusan penulis pasti, banjir besar tidak dapat dielakkan. Semoga Kerajaan Pas Kelantan telah bersedia untuk membantu rakyaat Kelantan dan menghadapi apa jua kemungkinan yang timbul.

Juga buat seketika Kerajaan Pas mungkin tidak akan risau dengan kekurangan bekalan air yang dihadapi penduduk, kerana air ada di mana-mana....

22 Nov 2011

Perak Bakal Bankrap??? Juga Selangor dan Pulau Pinang???


Itulah antara dakyah Pakatan Rakyaat walaupun secara realitinya Selangor  dan Pulau Pinang juga mempraktikkan perkara yang sama. Klik sini.

Skuad Harimau Muda Selamat Kembali ke Tanahair, Disambut 1000 Peminat.



KETUA jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee dan anak-anak buahnya bersalaman dengan peminat yang membanjiri Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bagi menyambut ketibaan skuad Harimau Muda pada kira-kira jam 8 pagi tadi. Malaysia kekal emas bola sepak Sukan SEA selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti. - Foto Mohd Fadli Hamzah. Nov 22, 2011 10:34 am (Berita Harian)



22/11/2011

SEPANG: Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT, di sini, hari ini.

Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada jam 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta. Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam tadi. Kejayaan itu sekali gus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos, dua tahun lalu.



JURULATIH pasukan Harimau Muda, Ong Kim Swee diserbu media tempatan sejurus tiba dari Jakarta di Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang awal pagi Selasa. Foto: Rohaizat Md Darus/THE STAR
Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata, walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawai menyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang. - BERNAMA

Detik "Gumbira" bolasepak negara sebaik sahaja Baddrol Bakhtiar berjaya menjaringkan penentuan penalti terakhir.




 

Merafak Sembah Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Ismail Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang ke 53.


Diputerakan pada 22 November 1958 dan telah dimahsyurkan sebagai Sultan Johor pada 22 January 2010. Daulat Tuanku!!!

21 Nov 2011

Bolasepak Sukan Sea: Malaysia Kalahkan Indonesia 5:4. Jutaan Tahniah!!!



Ketua pasukan Harimau Muda, Badrol Bkhtiar yang menyempurnakan sepakan terakhir Malaysia (gambar fail).




PEMAIN Malaysia, Asraruddin Putra Omar (penjaring gol yang menyamakan kedudukan 1:1) cuba melepasi dua pemain Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Perlawanan kini berlarutan ke masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1 selepas tamat masa perlawanan sebenar. - Foto Imran Makhzan. Nov 21, 2011 10:34 pm (Berita Harian)


KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan 1:1 menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35. Permainan masa tambahan berlangsung tanpa jaringan. Kemenangan ditentukan oleh penentuan sepakan penalti dan Malaysia menang menerusi jaringan Mahali Jasuli, Fandi Osman, Fadzli Sas dan Badrol Bakhtiar.
Suatu perjuangan yang begitu berbaloi. Malam ini pasukan bolasepak kita akan pulang ke tanahair menggunakan kapal terbang charter khas, untuk memberikan mereka peluang berehat selama dua hari sebelum meneruskan cabaran kelayakan Olimpik London menentang Syria pada hari Khamis nanti.  Syabas dan teruskan perjuangan!!!



20 Nov 2011

Zul Kulim Antara Memperjuangkan Orang Yang Dizalimi atau Pejuang Taraf Paria???



Lebih sepuluh tahun memperjuangkan Anwar... Yang kononnya "terinyaya"..."difitnah"....

Tanpa bayaran guaman.... Yang kononnya lillahhitaala kerana menolong orang yang dizalimi....

Sanggup terlibat di dalam menyerang peribadi DS Najib....

Terlibat dengan fitnah bahawa Anwar diracuni racun arsenik.... Bakal disuntik virus HIV....

Terlibat dalam memanipulasikan kenyataan Seikhul Al Azhar yang kononnya Anwar difitnah....

Samada beliau tertipu oleh lakonan Anwar, ataupun Zul hanyalah hulubalang tahap "paria" kerana perkhidmatannya hanyalah percuma. Kilk sini.


19 Nov 2011

"Bunuh" Felda, Bunuh Projek Lembu Negara Satu Usaha Untuk Kenyangkan Pemborong-pemborong Cina???

Kalau diimbau sejarah, di mana Felda, Felcra dan Risda belum kuat seperti sekarang, harga komoditi negara seperti getah dan kelapa sawit bergantung kepada "belas-ikhsan" peraih-peraih dan pengilang-pengilang rata-rata dimonopoli oleh kaum Cina.

Walaupun, mungkin tindakan mereka bukan atas sebab perkauman dan sebaliknya  kerana motif perniagaan semata-mata dan pendekatan monopoli pasaran, yang ruginya tetap orang-orang Melayu/Bumiputera kerana mereka adalah terdiri daripada pekebun-pekebun kecil dan tiada persatuan yang kuat untuk melindungi kepentingan dan hak mereka. Sekarang harga getah dan kelapa sawit di negeri Johor jatuh merudun walaupun pasaran luar negara di lihat masih berada pada paras yang tinggi.

Begitulah juga bila kerajaan memperkenalkan stesen minyak Petronas, sistem AP dan cukai import kenderaan yang tinggi  dan penubuhan Proton, golongan ini juga cuba mensabotajnya kerana dilihat megancam "monopoli" mereka. Itulah satu-satunya cara untuk kerajaan memecah monopoli mereka dan membantu ushawan Melayu agar mendapat peluang berniaga dalam sektor-sektor yang dimonopoli oleh golongan ini..

Terbaru, mereka cuba mensabotaj projek ladang Fedlot, konsep penternakkan lembu yang diharap akan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada lembu import yang dimonopoli oleh saudagar-saudagar Cina dan di dalam masa yang sama ushawan Melayu?Bumiputera dapat peluang berniaga.


Yang sedihnya, seperti biasa sebilagan orang Melayu jugalah yang mensabotaj usaha murni dan inisiatif kerajaan.

18 Nov 2011

Kejadian Aneh Kapal Selam Bisa Terbang???



KERJA memindahkan kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 dari kapal Jumboship mengambil masa tiga jam untuk diletakkan di atas kapal Ponton dan dibawa ke Dataran 1Malaysia, Klebang Melaka, hari ini. Kapal selam buatan Perancis yang dibina pada 1979, sepanjang 67.57 meter dan ketinggian 11.75 meter serta lebar 6.5 meter akan dijadikan muzium dan menjadi satu lagi mercu tanda pelancongan di negeri Melaka. - Foto Rasul Azli Samad (Berita Harian) Nov 16, 2011 4:08 pm.

Kenapa Izah tak bising-bising bila kapal selam "bisa terbang" dari Perancis ke Melaka? Tak boleh menyelam, sampai ke Indonesia dia canangkan...


Nampaknya Tok Ali mempunyai kapal selam "peribadi" untuk anggota exco Kerajaan Negeri Melaka. Kalau jadi apa-apa mereka semua boleh sembunyi dalam kapal selam. Kalau banjir besar benar2 berlaku seperti cerita filem 2012 nampaknya mereka lah di antara  manusia yang bakal terselamat... :)

17 Nov 2011

Bola Sepak Sukan Sea : Keputusan Penuh Malaysia Mengalahkan Indonesia 1:0


Foto Fail, Malaysia Melawan Kemboja. 


Mengalahkan Indonesia di "kandang" mereka sendiri bukan suatu tugas yang mudah. Syabas Harimau Muda!!! Mereka bakal bertemu pasukan Myanmar di separuh akhir nanti. 

Jika Malaysia berjaya mengalahkan Myanmar di separuh akhir nanti, pasukan kita akan bertemu pemenang perlawanan antara Vietnam dan Indonesia. 

Sukan Sea - Separuh Masa Pertama Malaysia 1, Indonesia 0


Hasil jaringan Sharul Azuwairi, gambar atas.  (Foto Perlawanan Malaysia Menentang Kemboja)

Bercuti di Kelantan Darul Naim....


Jom ramai-ramai bercuti di Kelantan sempena cuti sekolah...

16 Nov 2011

Bagaimana Jika Rakan Sekelas Anda Merupakan Bekas Bintang Video Porno/Seks???

Wajah ayu menggoda...Renungan menusuk kalbu.. Bibir bak delima merekah... Itu belum terlihatkan punggung yang lentik dan peha yang putih gebu...

Lepas tu dapat tahu pula bahawa rakan sekelas anda tu adalah bekas pelakon filem porno. Maklumlah sekarang ni ramai yang telah bekerja sambung belajar secara "part time". Macam-macam orang yang kita boleh jumpa.

Bagaimanalah agaknya ye??? Walapun kita menentang Seksualiti Merdeka tapi bila dalam situasi sebegini... Cuak juga rasanya... Pulak tu cantik bak bidadari... Kacau-kacau... Kisah benar klik sini. Kalau belajar dalam kelas gadis di atas ni duduk kat sebelah kita, macam manalah agaknya... Mesti tumpuan kepada pelajaran pun tah ke mana? Fikiran pun "merayap" ke mana-mana...

Jestru penulis tertanya2, bagaimanalah agaknya perasaan Ahli Parlimen kaum Hawa yang terpaksa duduk disebelah Ahli Parlimen laki-laki yang pernah dikaitkan dengan video seks ataupun yang digosipkan dengan hubungan "terlarang" dalam gerabak keretapi dalam bilik hotel dan macam-macam lagi....


Harga Getah Sekerap dan Kelapa Sawit di Selatan Tanahair Jatuh Merundun!!! - Satu Usaha Halus Pembangkang Mensabotaj Kerajaan BN???


Sejak dua minggu yang lepas, harga getah sekerap di beberapa tempat di negeri Johor jatuh merundun dari sekitar RM 5.30 sekilo kepada hanya sekitar RM 3.50 sekilo.

Khabar-khabar angin yang bertiup kencang, harga yang rendah ini "didalangi" oleh kerajaan pimpinan Umno/BN yang mahu mengambil keuntungan sebagai ganti-rugi terhadap imbuhan RM 100.00 yang diberikan kepada setiap pelajar sekolah bermula minggu ini. Harga kelapa sawit juga diberitakan jatuh menjunam.

Anehnya harga getah dan kelapa sawit dunia masih berada pada paras yang tinggi. Adakah ini suatu usaha halus oleh pihak pembangkang terutamanya DAP yang menguasai pemborong-pemborong kedua-dua komoditi ini??? Pastinya mustahil untuk pihak kerajaan mengatur kenaikkan ini disebabkan tiada satupun agensi kerajaan yang mampu berbuat demikian kerana tiada peruntukkan dana dan juga perundangan. Nak kawal harga ayampun kementerian yang berkaitan tidak upaya, apalagi mengawal ataupun menurunkan harga barangan komoditi yang memerlukan dana yang banyak.

Saranan penulis, mungkin telah tiba masanya pihak kerajaan mengerahkan supaya agensi-agensi seperti Felda, Felcra dan Risda untuk campur tangan dan memecahkan monopoli yang tidak sihat ini, sebelum nasi menjadi bubur.

Bukan sahaja nasib kerajaan BN bakal menhadapi situasi, "seperti telor dihujung tanduk", bahkan pekebun-pekebun kecil terutamanya orang-orang Melayu/Bumiputera pasti akan ditindas oleh mereka yang tidak bertanggung-jawab ini. Cegah sebelum parah!!!

Patutlah pembangkang cuba sedaya-upaya untuk merosakkan imej Felda, Felcra dan Risda??? Tanpa ketiga-tiga agensi ini sudah pasti para pemborong getah dan kelapa sawit akan bermaharajalela menindas rakyaat khususnya orang-orang Melayu/Bumiputera!!!

Siapa Yang Bakal "Melahap" Tanah Bekas Istana Negara Yang Lama???


SKUADRON Istiadat Berkuda daripada Kor Armor Diraja berarak dari pekarangan Istana Negara baru apabila selesai istiadat menaikkan bendera di Istana Negara lama, hari ini. Antara pelancong yang berada di situ tidak melepaskan peluang mengambil gambar di pintu hadapan Istana Negara yang baru. - Foto Sairien Nafis (Berita Harian) Nov 15, 2011 5:31 pm



 
Foto atas Istana Negara yang lama  cerita asal usul istana ini sila klik sini.
 
Istana Negara Yang Baru bakal menjadi mercutanda baru negara. Kalau difikirkan secara logik perpindahan ini dikira sebagai sesuatu yang membazir, apa lagi menurut kebiasaan sesebuah Istana raja akan menjadi lebih nostalgik apabila semakin "tua" umurnya. Walau bagaimanapuni jika dilihatkan kepada sejarah istana yang asalnya didirikan lelaki kaya Cina kaum pendatang, pernah menjadi rumah gabenor Jepun semasa pendudukan mereka dan menjadi mess pegawai-pegawai tinggi British semasa dibawah jajahan British sudah pasti Istana ini kurang sesuai untuk dijadikan istana pemimpin tertinggi negara.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3