bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Oct 2011

Gempar!!! Keadaan Anwar Kritikal??? Solat Pun Kena Pakai Kerusi???












Tak boleh nak rukuk dan sujud??? Eh... Elok aje tu???

Kena kencing lagi lah tu.... Tapi orang Umno tak akan kena kencing lagi dengan Anwar!!!

Kalau Dr. Hoogland kena kencing sampai basah kuyup...

Pas Wajar Halang Orang Islam Sertai PKR??? Juga Wajar Keluar Pakatan???

Dr Maza menegur Pas supaya cukuplah menghalang orang-orang Islam daripada mengikuti kosert Elton John dan tidak perlulah menghalang kedatangannya ke Malaysia serta menceritakan keburukkannya. Klik sini.

Jika Pas konsisten dengan desakkan tersebut, adalah wajar Pas menghalang orang-orang Melayu menyertai PKR dan Pas juga wajar keluar Pakatan demi untuk menolak pimpinan DSAI.

Dah Tua Dah...Tak Larat Lagi Dah....Cukup Cukup Lah. Koleksi Gambar Tidur Nik Aziz.

















Mungkin TG Guru ni nak mengikut sunnah... Rasulullah s.a.w. dan para Khalifah Khurasyidin semuanya wafat ketika masih memegang tampuk kuasa...

Apapun umur TG agak lanjut berbanding Rasulullah s.a.w.

Jika dah tak larat dan asyik tertidur sahaja ditakuti ada amanah yang tidak dapat ditunaikan... Ataupun tidak dapat dijalankan dengan baik...

Gempar!!! Gambar-gambar Bukti Bahawa DSAI Boleh Membongkok???

Membongkok keluar dari kereta sambil tersenyum... Tak nampak sakitpun???


Lagi membongkok sambil tersenyum... Tak nampak Sakit pun???


Doktor pakar yang hebat dari Jerman seperti Dr Hoogland itupun "ditipu hidup-hidup" oleh DSAI, hebat...memang hebat...

30 Oct 2011

Jika Pakatan Rakyaat Menang PRU 13, Teresa Kok Akan Dilantik Pengerusi "Halal" JAKIM???


Bagi bukan Islam seperti Teresa, asal tak ada babi kira halal. Samada ayam disembelih atau tidak, itu tak jadi soal. Mungkin jika Pakatan menang PRU 13 nanti, Teresa boleh dilantik sekurang-kurangnya sebagai pemeriksa label Halal JAKIM.

Ironinya sebelah malam mungkin Teresa sibuk memanggang babi.

Menu "halal" Teresa Kok.


Bangkok Bakal Jadi "Atlantis" Abad ke 21 ???



PESAWAT dan kereta di Lapangan Terbang Domestik Don Mueang di Bangkok, Thailand ditenggelami air, hari ini. Banjir itu memaksa Pusat Bantuan Banjir Kerajaan dipindahkan dari Don Mueang. Sekurang-kurangnya 373 terkorban dan lebih 2.4 juta rakyat negara itu terjejas. - Foto EPA.Oct 29, 2011 5:54 pm

Cadangan Mahathir Sepatutnya Dicadangkan Oleh Pas, Sebuah Parti Yang Dibarisi Oleh Ulamak!!!


Artikel penuh klik sini.

Walaupun pernah dilebel sebagai "terkeluar dari Islam" kerana menolak hudud Pas, hakikatnya Tun Mahathir lebih banyak 'berjasa" kepada Islam.

Bank Islam, Pusat Islam, Universiti Islam, cadangan dinar emas sebagai mata wang dunia Islam, menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahannya dan lain-lain telah membuka mata dunia bahawa sebuah negara Islam tidak semestinya akan mundur.

Terbaru cadangan agar zakat daripada negara-negara Isam yang lebih kaya diaggihkan kepada negara-negara Islam miskin wajar dipertimbangkan oleh para ulamak.

Secara dasar ianya suatu cadangan yang baik. Perlu diingat tiada sempadan dalam Islam, semua umat Islam adalah bersaudara dan adalah menjadi suatu tanggung-jawab untuk kita membantu saudara-saudara kita.




29 Oct 2011

Ibrahim Ali (Perkasa) Lawan Pas (Dah Tak Berapa Nak Islam) Siapa Pilihan Rakyaat Pasir Mas???


Suatu perkara yang sukar buat pengundi-pengundi Pasir Mas, adakah sanggup mengorbankan Ibrahim Ali pejuang hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan ataupun mahu terus-terusan dimomokkan oleh perjuangan Pas yang kononnya mahu menegakkan Hudud...

Jika pengundi-pengundi berketurunan Cina mempunyai hampir semua parti-parti Cina yang memperjuangkan kepentingan mereka, wajarkah Presiden Persaka yang memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu dikorban demi memenangkan Pas yang perjuangan Islamnya juga hanya ibarat, "hangat-hangat tahi ayam" ataupun cuma seperti, "melepaskan batuk ditangga". Buktinya perjuangan Hudud mereka juga cuma bermusim... Tersentak nak pilihanraya dan apabila menyedari sokongan orang Melayu terhadap negara berkebajikan Pas merundun, barulah nak cerita balik pasal hudud...

Itu belum lagi diceritakan "halal meliwat isteri". Itu belum lagi diceritakan tentang bagaimana Islam agama syumul telah diberikan imej sebagai agama yang berat sebelah oleh Hudud Pas, apabila dua orang mencuri, yang Islam kena potong tangan yang bukan Islam pula cuma kena penjara beberapa bulan.

Dua pasangan yang telah berkahwin berzina, yang Islam kena rejam sampai mati dan yang bukan Islam pula bebas begitu sahaja...

Jestru pengundi-pengundi Pasir Emas, jangan biarkan diri anda ditipu!!!

Aziz Bari Terima Peluru Hidup - Tak Apa Karpal Singh pun Belum Mati Lagi!!!



Apa nak dipelikkan... Karpal Singh pun pernah terima "ugutan" berupa peluru hidup...

Tapi sampai sekarang tak mati-mati lagi...

Yang bahayanya yang tak dapat amaran... Tup tup terus tembak aje... Macam kes Allahyarham wartawan yang ditembak mati oleh tentera pengaman dari Brundi ketika arwah mengikuti misi bantuan ke Somalia baru-baru ini...

Tapi yang dapat peluru hidup ni mengapa semuanya yang berkaitan dengan Pakatan???

Dia orang ni ada gudang peluru ke?

Nik Aziz pun Makan Besar Jugak???



Wah makan besar ni??? Majlis Makan anjuran HPA Titi Serong.

Takkan nak makan nasi bungkus aje hari-hari, ye tak? Lagipun panggil MB, takkan lah nak jamu makan nasi bungkus??? Mana ada standard, walaupun MB hari-hari bersarapan nasi bungkus berlauk dekat warung depan pejabat MB. :D

28 Oct 2011

Koleksi Foto-foto Nik Aziz Sedang Makan, Asyik Makan Sahaja Bila Pulak Nak Mentadbir Negeri???



Nik Aziz makan dekat warung dengan tangan.


Nik Aziz makan Laksa Kelantan di Warung???


Nik Aziz makan semasa rehat selepas bermesyuarat???


Nik Aziz berbuka puasa di Masjid??? Agak penulislah, cuma jumpa gambar tak ada apa-apa komen.


Nik Aziz menghormati makanan, menghabiskan setiap biji makanan adalah salah-satu sunnah Rasulullah s.a.w. Jika ikhlas, menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. di akhir zaman akan mendapat 100 pahala syahid.


Nik Aziz makan sambil bersantai dengan kawan-kawan? Sempat baca akhbar lagi, nak ikuti perkembangan politik semasa???


Makan kat rumah kenduri sambil bersila... Bagus, berjiwa Melayu...Walaupun mengaku tidak berbangga lahir sebagai orang Melayu. Ye lah sebagai hamba kita tidak sepatutnya berbangga diri.


Nik Aziz makan dengan rombongan ulamak dari Yaman.



Nik Aziz dijamu ketika meresmikan Restoran masakan Cina milik Amy Search. Banyaknya lauk??? Tuan rumah dah jamu, takkan nak tolak pulak, tak manis pulak nanti. Lagipun rezeki jangan ditulak.



Dato' Nik Aziz makan dengan Dato' Hishammuddin.Hebat!!! Makan kat hotel??? Yelah Menteri Persekutuan dan Menteri Besar Kelantan.

 

Nik Aziz sedang makan di Mekah/Madinah. Orang dah bagi kerusi dangan meja, guna ajelah takkan nak kufur nikmat pulak...Guna sudu pulak??? Samalah tu....Benda dah ada...


Itulah semua senario Nik Aziz semasa makan yang ada dalam simpanan penulis. Jestru mengapa hendak diheboh-heboh dan digunakan untuk meraih simpati??? Mempolitikkannya demi untuk menonjolkan sifat zuhud beliau??? Untuk tujuan politik??? Demi undi??? Itu nanti jadi tak ikhlas dik??? Semua tu dunia aje tu....Kena ingat kita hidup untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. dan bukan semataa-mata mencari redha manusia...

Sebagai mana teguran agar jangan diheretkan "ahli keluarga" ke dalam permainan politik, penulis juga berharap janganlah "kezuhudan" seseorang juga dipolitikkan...

Semua ada kat atas tu... Yang zuhud, zuhudlah... Yang gaya hebat macam raja pun ada... Apa nak dihairankan??? Kita ni semua hanya manusia biasa.....Ada masa iman kita tebal ada masa susut sikit... Wallah hu alam...



Hadi - Bersih Halal??? Himpun Tentang Murtad Subahat???


Artikel penuh klik sini.

Seru umat Islam berdemo sokong Datuk Ambiga dan Bersih 2.0, boleh lah pulak???

Macam mana "itihaj" Tok Guru pun boleh tidak konsisten??? Double standard???


Selepas 54 Tahun Merdeka!!! Selepas RM 600 Juta Peruntukkan Diberikan Oleh Kerajaan Pusat!!! Tetapi Berwuduk Masih Pakai Air Sungai???


Sekeping gambar menceritakan 1000 cerita... Sekali pandang, memang nampak tawaduk...Dua kali pandang, nampak pula kegagalan kerajaan negeri untuk memberikan kemudahan air bersih kepada rakyaat Kelantan walaupun telah menghabiskan RM 600 Juta peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan pusat bagi menaik-taraf kemudahan bekalan air bersih untuk negeri tersebut.

Mungkin kerajaan negeri ada sebab yang tersendiri... Mungkin rakyaat kelantan redha...
Tetapi adakah alasan tersebut akan diterima di akhirat kelak???

Sisipan Malam - Panas!!! Lagi Cerita Pasal Ramas Buah Dada???



Cerita penuh klik sini.

Mungkin lebih ramai gadis-gadis yang nenen nya telah disuntik silikon patut dihantar ke sebuah pulau di utara tanahair, yang sedang hangat dengan kes cabul buah dada.. Kalau ada sesiapa yang nak cabul mereka, suruh mereka tu "geget" aje "nenen" gadis2 tu...

Bila dah "kojol" disebabkan keracunan silikon, sah lah simati tu kaki cabul!!! Tutup kes!!!

Tak payah nak dakwa-dakwi dan tak payah nak nafi-menafi...

Tak payahlah nak salahkan pihak sekolah!!! Tak perlu dibuang atau ditukarkan sekolah sebab dah kojol!!! :)

Tak perlulah bapa dan datuk sipelaku susah-susah untuk "cover line"... Dah terbukti benar...


27 Oct 2011

Demo di UIA Untuk Bebaskan Mat Sabu Daripada Dakwaan Memfitnah Polis???


Dah macam sarkas pulak pembangkang di Malaysia ni... Asyik-asyik demo... Kalau macam tu kita buang ajelah hakim-hakim yang ada... Tutup sahajalah mahkamah... Tak payah pakai undang-undang...  Buat salah bila didakwa buat demo... Undang-undang jalanan...

Kononnya mahu tegakkan hudud...

Setahu penulis dalam Islam selain hudud yang lebih tertumpu kepada jenayah had dan qisas...Taatkan pemimpin dan undang-undang negara juga adalah wajib...

Terimakasih Kepada Semua, Namewee Kini Bergelar "Jutawan"???

25 Okt - Walaupun dilanda banyak kontroversi sejak mula produksi sehinggalah selepas ia ditayangkan di pawagam, ia tidak sedikit pun menghalang filem "Nasi Lemak 2.0" hasil karya pengarah kontroversi Namewee melakukan kejutan dengan meraih kutipan sebanyak RM7 juta.

Namewee ketika ditemui di Geographer, Puchong sempena majlis meraikan kejayaan "Nasi Lemak 2.0" semalam memberitahu, "Sememangnya saya menaruh harapan yang cukup tinggi terhadap filem ini. Namun saya tidak menyangkakan ianya akan mendapat sambutan baik seperti ini di kalangan rakyat Malaysia.

"Saya berasa gembira kerana ia bukan sahaja ditonton oleh kaum Cina, bahkan kaum Melayu, India, Iban, Kadazan dan bangsa asing turut menghayati filem yang dihasilkan untuk rakyat Malaysia," ujar Namewee lagi.

Berita penuh klik sini.

 
Komen Isac
 
Sebagaimana yang penulis pernah katakan cerita Nasi Lemak 2.0 memang agak menarik terutamanya dari aspek sinematografinya.
 
Walaupun hanya dirakam menggunakan kamera DSLR tetapi hasilnya memang mengkagumkan.
 
Melihatkan kepada sedutannya di Utube, kelihatan agak menarik cuma pastinya ramai yang akan terkilan mengapa gadis-gadis Melayu ditampilkan menari sambil berkemban di dalam filem tersebut.
 
Yang jelas, Namewee telah mendapat faedah daripada kontroversi demi kontroversi yang beliau timbulkan sebelum ini di mana beliau telah berjaya menarik khalayak untuk menonton filemnya di panggung-panggung.
 
Harapan penulis agar kejayaan filemnya ini tidak akan menjadikannya "lebih besar kepala".


Gerakkan Hak Asasi - Alat Baru Barat Untuk "Menjajah" Dunia???


Lihat sahaja kepada negara-negara di rantau Arab??? Bagaimana sebuah negara yang begitu mengambil berat tentang rakyaatnya seperti Libya ditumbangkan atas nama demokrasi???

Barat telah lama "menjual" nama demokrasi untuk memecah-belahkan negara-negara Islam. Sebagai contohnya bayangkanlah bagaimana wilayah Kurdish telah mereka agih-agihkan kepada wilayah Turki, Iraq dan Iran semata-mata kerana dendam mereka terhadap Salahuddin Al- Ayubi...

Pastinya kejatuhan lepas satu satu negara-negara Arab kepada apa yang dipanggil sebagai "kebangkitan" rakyaat wajar kita teliti dan perhatikan dengan curiga kerana Iraq yang telah mereka "bebaskan" sebelum ini masih lagi belum mampu bangkit dan aman seperti sediakala!!!

40 Tahun Cubaan Amerika Syarikat Untuk Membunuh Gadafi Akhirnya Berjaya!!!





Komen Isac;

Selain pernah menjadi hero perang Arab - Israel, dikaitkan dengan rampasan/pengeboman kapalterbang Pan Am, melindungi PLO dan membiarkan PLO mempunyai pengkalan tentera di Libya, dituduh Amerika sebagai salah-satu negara paksi keganasan kerana dikaitkan sebagai membantu pejuang-pejuang pebebasan Islam di seluruh pelusuk dunia, anak perempuannya berusia 2 tahun syahid ketika tentera Amerika melancarkan peluru berpandu   ke atas rumahnya, bahkan beliau berkuasa setalah merampas kuasa daripada Sultan Idris yang ketika itu menjadi boneka Amerika Syarikat....

Tapi apa boleh buat, anak muda hari ini "buta sajarah" lihat sahaja bagaimana di Malaysia, Pengganas Komunis pula yang mereka angkat sebagai pejuang kemerdekaan!!!

40 tahun Amerika cuba untuk membunuh dan memfitnah Gadafi Gagal, akhirnya Gadaffi dibunuh oleh belia Libiya sendiri.

Hebat!!! Memang hebat!!! Mungkin inilah yang dikatakan, "Pelanduk mungkin akan terlupakan jerat, tetapi jerat tidak akan sesekali melupakan pelanduk".

Ironinya Amerika berjaya membunuh Gadafi ketika negara "Uncle SAM" itu dipimpin oleh seorang Presiden yang datuk dan nenek moyangnya beragama Islam....

26 Oct 2011

Lynas - Rambut Datuk Marshal Ahmad Gugur Sebab Terkena Rediasi???


Menurut dakyah yang dibawakan pembangkang, rambut pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Marshal Bin Ahmad gugur disebabkan terkena rediasi nadir bumi.

Yang peliknya kilang Lynas tu masih lagi dalam pembinaan dan bahan mentah nadir bumi dari Australia masih lagi belum diimport ke Kuantan.

Ironinya sesetengah rakyaat Malaysia terutamanya golongan muda dilihat begitu mudah diperdaya oleh tipu-daya Pakatan Rakyaat.

Wajah Bakal PM Malaysia ???

Bila beliau memperlekeh DS Najib yang kononnya sebagai seorang PM paling lemah negara, teringin rasanya melihat bagaimana beliau "beraksi" bila menjadi PM. 

Walau apapun harapan penulis "keinginan" itu tidak akan terjadi kerana ianya pasti akan menjadi mimpi ngeri dan malapetaka kepada rakyaat dan negara sekiranya seorang seperti beliau dilantik menjadi PM.

Apapun sekiranya Pakatan ditakdirkan berjaya merampas tampuk pentadbiran negara suatu hari nanti, yang pasti pemimpin-pemimpin kanan mereka juga tidak akan membenarkan perkara seperti itu berlaku kerana bagi mereka Samsul cuma diperlukan sebagai "anjing" buruan untuk menggigit dan memaksa binatang buruan keluar. Yang pasti anjing pemburu tidak akan sesekali boleh menjadi tuan bahkan selalunya tidak akan dapat memakan dagit buruannya.... 

25 Oct 2011

Hudud Pas, Selepas 20 tahun Diluluskan dan Tidak Henti-henti Menyalahkan UMNO, Baru Sekarang Pas Nak Buat Kajian???


Kerajaan Kelantan tubuh Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah 2 bagi mengkaji samada undang-undang itu boleh dilaksanakan tanpa meminda perlembagaan negara.

Selepas 20 tahun Enakmen tersebut diluluskan, gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri, setelah puas menyalahkan UMNO/BN, baru sekarang Pas  nak buat kajian samada ianya boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri tanpa meminda perlembagaan negara ataupun tidak???
Itulah dek kerana suka sangat menyalahkan orang lain....

Kalau 20 tahun lalu perkara tersebut sudah dikaji, mungkin hukum Hudud telahpun dijalankan di Kelantan dan jika terbukti ianya sememangnya selari dengan syariat mungkin kerajaan persekutuan juga telah mempraktikkannya juga.

Itulah lain kali, "jangan disebabkan tidak tahu menari, kita katakan lantai papan jongkang-jongkit".


Malaysia Kini di Bawah Kuasa Pembangkang???

Bagaimana pula seorang Sultan, malah DYMM SPBYD Agong sebagai simbol ketua negara boleh "ditegur" oleh orang kebanyakkan, tetapi orang kebanyakkan itu pula tidak boleh dikenakan tindakkan atau "dijentik telinganya" kerana berbuat demikian??? 

Bagaimana individu-individu yang mewakili ataupun menzahirkan pemikiran menyebelahi pembangkang dilihat begitu "kebal"???

Negara kita sekarang terlalu jauh dibuai dan dikawal oleh perspektif dan bukan lagi oleh kewarasan akal!!!

Ironinya kebanyakkan perspektif yang dilontar dan dipegang sebagai "sesuatu yang benar" hanyalah fitnah-fitnah jahat yang akan menjuruskan rakyaat dan negara ke dalam lubang kemusnahan!!!

Hanya ucapan "wayiyazubillah..." yang penulis mampu ucapkan...

Lagi Bukti Sakit Belakang Anwar Cuma Sandiwara???


Masa berdemo "Bersih", tak nampak macam sakit pun.... Nampak macho macam "gengster" adalah!!!

24 Oct 2011

Saman RM 30 Juta Terhadap Guan Eng Cuma Permulaan???



Kalau Guan Eng tak jaga mulutnya... Mungkin banyak lagi saman yang bakal diterima..

Sekiranya kenyataannya memburukkan tahap keselamatan di negeri Johor terbukti benar dia juga boleh disaman kerana menyebabkan kehilangan pendapatan kepada negeri Johor dari segi pelaburan mahupun jumlah pelancong yang semakin berkurangan  ke negeri tersebut.

Demo di UIA Menyambut DS Najib - Sokong Gerakkan Murtadkan Melayu???


Bila DYMM Sultan Selangor bertitah bahawa sisatan JAIS terhadap kegiatan sebuah gereja di Selangor yang dipercayai menjadi dalang memurtadkan orang-orang Melayu adalah berasas, Prof Aziz Bari membuat kenyataan bahawa titah DYMM Sultan itu dilihat tidak konsisten.

Apabila Aziz Bari digantung tugas sementara menunggu jawapan surat tunjuk-sebab beliau, mahasiswa yang didalangi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan, berpiket menuntut supaya penggantungannya ditarik balik.

Bila dianjurkan "Himpun" untuk melahirkan kegusaran umat Islam terhadap gerakkan memurtadkan Melayu, tidak pulak mereka yang kononnya pemimpin-pemimpin pelajar ini turut serta...

Harapan penulis jangan sampai nanti, tidak-tanduk golongan ini akan disalah-tafsir sebagai "menyokong" gerakan memurtadkan orang-orang Melayu, waliyazubillah....

Lynas - Pertandingan Dua Penjuru di Parlimen Kuantan (PRU13)


Beri rakyaat Kuantan untuk memilih samada mereka mahukan pembangunan dan peluang pekerjaan ataupun lebih suka dimomokkan Pakatan, Kilang Nadir Bumi milik Lynas kononnya merbahaya.

Antara syaratnya Datuk Karam Singh Walia pun kenalah tinggal bersebelahan dengan kilang Lynas bagi membuktikan bahawa segala rencana berkaitan Lynas bukanlah suatu omong kosong, dan Lynas sememangnya benar-benar selamat!!!

Jasa Lynas - Karam Singh Walia Kini Bergelar Datuk???


Mungkin kerana jasanya membongkar masalah rakyaat...

Yang terbaru beliau juga telah mendedahkan bagaimana Kilang Lynas yang bakal beroperasi di Kuantan sebenarnya tidak merbahaya, sebaliknya bakal merancakkan ekonomi Gebeng dengan pelaburan secara langsung RM 2.3 Billion dari Lynas dan beberapa ratus juta lagi oleh sektor industri hiliran hasil daripada kilang Lynas.

Di mana kawasan yang dahulunya terbiar bakal memberikan beribu-ribu peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar.

Mungkin telah sampai masanya untuk penduduk Kuantan menukar AP nya dalam PRU 13 nanti, kerana YB Fauziah Saleh seolah-olah "menabur pasir, ke dalam periuk nasi mereka".

Najib - Jangan Heret Keluarga Dalam Politik!!!


Komen Isac:

Sendiri mau ingatlah.... Selama ini mengapa batang tubuh DS Rosmah sentiasa diserang??? Sebagaimana isu cincin, terbukti fitnah tetapi masih lagi dicanang setiap pelusuk negara....

23 Oct 2011

Pulau Pinang Semakin Tak Selamat??? Lagi Wanita Kena Raba???

Kalau sejak hujung minggu lepas kecoh disebabkan anak VVIP di Pulau Pinang dikatakan telah meraba buah dada rakan sekolahnya, tetapi telah dinafikan dengan keras olah ayah dan datuk pelajar terbabit, ini pula kisah seorang wanita yang bontotnya kena raba pulak...

Adakah di Pulau Pinang semakin ramai didiami oleh lelaki atau remaja lelaki gila seks???

Masih lagikah Pulau Pinang lebih selamat berbanding Johor Baharu sebagaimana dakwaan KM LGE???

Berita penuh klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3