bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Sept 2011

Hudud Kelantan - Bukti PAS Sendiri Yang Sebenarnya Menolak Hudud???


Itu yang penulis faham terhadap tulisan Prof Aziz Bari, klik sini.

Mungkin ada benarnya... Undang-undang syariah tertaluk dibawah kuasa DYMM Sultan sesebuah negeri. Jestru pindalah undang-undang Mahkamah Syariah sediada supaya selari dengan Hudud/Qisas. Selepas itu kuat-kuasakannya.

Apa ada kena-mengena dengan larangan oleh kerajaan Pusat ataupun Umno/BN??? Mengapa pula nak salahkan Umno???

Adakah PAS yang tak faham undang-undang dan perlembagaan ataupun mereka sendiripun tidak mahukan Hudud/Qisas???

Sabotaj Negeri Johor, Guan Eng Minta Maaf - Bagaimana Pula Dengan Saman Terhadap Bernama???

Inilah dia standard pembangkang di Malaysia.... Menggunakan mahkamah untuk "menakut-nakutkan" media dan musuh-musuh politik...

Bila sudah "tertangkap" dah tak boleh nak spin...Buat muka bodoh dan minta maaf....

Mengambil kesempatan di atas kebaikan orang-orang Melayu...

Cet!!! Bernama sepatutnya saman balik!!! Kasi Bankrap sama dia!!!


Hudud - Semalam Ajak Muzakarah, Hari ni Dah Ajak Gaduh Pulak???

Yang jelas bagi penuliswartawan Malaysia Insider ni yang saja nak bagi panas, sebab nak jual "berita".

Takpun sebab dengki kerana takut orang Melayu/Islam bersatu atas isu Hudud!!!

Sebenarnya jika kita orang Islam yang "bijak" kita sepatutnya gunakan isu ini untuk bersatu dan bukannya untuk bergaduh sesama kita.

Sebagai titik persamaan untuk kita bermuzakarah dan mencari penyelesaian.

Jika Pas ikhlas, untuk menegakkan sebuah negara yang 100% menjalankan tuntutan Islam, semua pihak perlulah memainkan peranan. Sejak 54 tahun kita merdeka, tidak boleh hendak dinafikan bahawa Umno telah banyak menyumbang ke arah mengislamisasikan negara!!!

Perlu diakui bahawa Hudud adalah sebahagian kecil dari keseluruhan cara hidup Islam, untuk melaksanakannya banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan Hudud sendiri perlu difahami dan diperbincangkan tentang bagaimana undang-undang civil hendak diadun supaya saling melengkapi.

Yang jelas tanpa kerjasama dan muafakat semua umat Islam di Malaysia Hudud tidak akan boleh terlaksana. Jangan politikkan Hudud!!! Kenapa tidak kita buat hudud secara muswarah dan muzakarah sebagaimana kita wujudkan Tabung Haji untuk memudahkan umat Islam menunaikan Haji dan Umrah, sebagaimana kita membebaskan umat Islam dari sistem riba dengan tetubuhnya sistem kewangan Islam iaitu Perbankan Islam dan Gadaian Islam, menubuhkan Universiti Islam, Pusat Islam, membantu menaikkan syiar Islam dengan menaikkan ekonomi orang-orang Islam dan lain-lain lagi???

Ianya juga adalah suatu perjuangan fisabililah!!! Jestru buatlah dengan Ikhlas, semata2 untuk mendapat keredhaan daripada Allah azawajalla...

29 Sept 2011

Hudud Perlukan Muzakarah??? Itulah Yang Sebaik-baiknya!!!


Komen Isac;

Ia adalah wajib fardhu kifayyah. Selagi tidak dilaksanakan, semua umat Islam berdosa. Jestru bermuzakarah adalah yang paling baik.

Perlaksanaan Hudud di Kelantan, Nik Aziz Tak Faham Atau Dah Nyanyuk??? Asyik Nak Salahkan BN???

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menerima baik dan bersyukur dengan keputusan dibuat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu hukum hudud malam tadi.

 Sehubungan itu kata Nik Aziz beliau menerima baik pendirian perikatan tersebut yang menghormati hasrat kerajaan negeri dalam isu berkenaan hukum hudud.

Bismillah saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. Alhamdulillah saya menerima baik dan bersyukur sangat-sangat kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan, kata beliau sambil menambah pelaksanaan undang-undang itu tidak akan memberi kesan ke atas masyarakat bukan Islam.

Malangnya kata beliau (gambar) undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan buat masa sekarang sebab kerajaan pusat didukung oleh Umno menghalang kami daripada berbuat demikian.

Malam tadi Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati. Ya ya Sangat jelas ia perlu bersama, kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan.


Komen Isac;

Nik Aziz samada sememangnya dah nyanyuk atau terkena sindrom asyik menyalahkan Umno/BN??? Beliau seperti tak faham apa yang DSAI telah katakan....

Liwat II - Siapa Yang Dibicarakan dan Siapa Yang Meliwat???



10 kali konspirasipun kalau kita tak buat perkara tu, kenapa nak takut??? Persoalannya jika Anwar tak meliwat Saiful buktikan lah... Mengapa nak timbulkan pula pasal konspirasi yang entah betul ataupun tidak???

Seorang Pejuang Bangsa dan Agama Yang PAS Harus Contohi!!!

Semasa saya memasuki UTM tahun 1985, kami cuma perlu bayar RM 80.00 semasa pendaftaran. Dah tu pulak RM 10.00 daripadanya diperuntukkan untuk membuka buku ASN (kini dinamakan ASB).

Nak sedap lagi, makan dan sewa asrama selama hampir dua semester, hutang dulu. Dapat biasiswa baru tolak.... Bagi pelajar yang tinggal di kolej-kolej yang jauh, khidmat bas disediakan. Bahkan ada pensyarah (yang mungkin tidak senang dengna beliau) dengan nada sinis mengatakan UTM mempunyai bas sama banyak dengan syarikat bas Seri Jaya (syarikat bas besar di KL pada masa itu).

Begitulah Tan Sri Ainuddin dan UTM membantu pelajar2 kampung suatu ketika dahulu...

Ironinya bila dah naik tahun 2, 3, 4 & 5, bila biasiswa terlewat, ada pulak di antara pelajar yang berlagak pandai kononnya mereka telah merujuk kepada pihak JPA dan diberitahu bahawa biasiswa telah pun dilkreditkan ke dalam akaun UTM, cuma pihak UTM yang menyimpannya untuk mendapatkan faedah. Lepas tu buat demonstrasi dan piket di depan pejabat bendahari...

28 Sept 2011

Hudud Pas Tak Selari Dengan Islam???


Artikel penuh klik sini. Di zaman Rasulullah s.a.w., ada suatu kejadian di mana sepasang orang Yahudi telah ditangkap kerana berzina.

Dari Bara' bin Azib :

Suatu ketika lewat di depan Nabi SAW seorang yahudi yang dihitamkan dan didera kerana zina.

Nabi SAW bertanya ;

Beginikan hukuman Zina dalam Taurat?

Jawab pendita mereka :

Ya.

Nabi SAW berkata kepadanya :

Aku mahu kau bersumpah dengan Allah, bahawa inilah cara hukuman Zina dalam Taurat.

Pendita itu menjawab ;

Tidak. Seandainya engkau tidak menyuruhku bersumpah dengan Allah, pasti aku tidak mengatakan hukuman zina adalah rejam.

Namun hukuman ini kami tidak jalankan kepada pembesar2 kami. Jika pembesar kami tertangkap kami biarkan sahaja. Jika rakyat biasa yang tertangkap, pasti ia direjam. Lalu kami menetapkan hukum menghitamkan muka dan dera bagi pembesar2 kami.

Lalu Nabi bermunajat :

Ya Allah, Sesungguhnya akulah orang yang pertama menghidukan kembali perintah mu, setelah mereka mereka menghapuskannya.

Nabi SAW memerintahkan hukuman rejam.

Maka Allah SWT menurunkan ayat 5:41.

Maka berkatalah orang2 Yahudi :

Datangilah Nabi SAW sekiranya dia memutuskan hukuman menghitamkan badan dan dera.

Berwaspadalah kepadanya Nabi SAW, sekiranya dia Nabi SAW menghukum rejam.

Lalu Allah SWT menurunkan ayat 5:44,45,47

[5.44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang TIDAK menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang KAFIR.

[5.45] Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang TIDAK menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang ZALIM.

[5.46] Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

[5.47] Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang TIDAK menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang FASIK.
Jadi adakah Hudud hanya untuk orang-orang Islam???

Bahkan jika ada bukti video daripada c.c. TV misalnya adakah pelaku kesalahan, perompak, pembunuh, penzina dan lain-lain akan dibebaskan kerana tidak mempunyai 4 saksi???

Dengan Tarbiyyah Pas Hudud Juga Bakal Diterima Bukan Islam???


Sesuatu yang mungkin diterima jika ianya hanya dilaksanakan ke atas orang-orang Islam....Tetapi adakah itu adil? Adakah itu yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.???

Hudud yang dibentangkan oleh Pas wajar diperhalusi,  diperbaiki dan diberi penambah-baikan. Sewajarnya umat Islam perlu bersatu demi untuk menghasilkan undang-undang yang baik dan adil kerana ianya adalah wajib fardhu kifayah..

Perlu diingat, hukum Hudud di zaman Rasullullah s.a.w masih banyak yang perlu diperhalusi kerana apa yang diberlaku di zaman kita banyak yang tidak terdapat di zaman baginda. Dengan kemajuan teknologi, bukti-bukti seperti DNA, audio dan video juga patut diberikan laluan. Jestru ulamak bukan sahaja perlu arif dalam ilmu agama bahkan perlu juga tahu akan ilmu-ilmu dan teknologi semasa.

Para penggubal undang-undang dan majlis Syura juga perlu mempastikan agar pesalah bukan Islam tidak terlepas begitu sahaja. Sebagai contohnya dalam kes mahkamah Syariah sekarang ini jika seorang gadis/wanita Islam didapati berzina (bukan setakat khalwat) dengan seorang atau lebih lelaki bukan Islam, yang didakwa dan dihukum hanyalah gadis/wanita Islam itu sahaja sementara lelaki bukan Islam terlepas bebas begitu sahaja!!!

Ini sama sekali bersalahan dengan apa yang dipraktikkan pada zaman Rasullullah s.a.w.

Boleh Cabar Pengharaman - Bukti Badan Kehakiman Malaysia Bebas!!!

Satu hakikat yang perlu diterima oleh setiap rakyaat Malaysia!!!

Jestru tak payah lah lagi nak berdolak-dalik dan menohmah kerajaan BN!!!

Ainuddin Wahid - Melahirkan Ramai Teknokrat Melayu...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) menurunkan tandatangan simbolik pelancaran buku Ainuddin Pejuang 'Degil' Melayu di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Naib Canselor UTM, Datuk Dr Zaini Ujang. - Foto BERNAMA

Beliau telah melahirkan ramai teknokrat Melayu, bermula dari Maktab Teknik di Jalan Gurney (sekarang dikenali sebagai Jalan Semarak). Kemudian Maktab Teknik telah dinaikkan ke taraf universiti dengan nama baru iaitu Universiti Teknologi Malaysia.

Tan Sri Ainuddin bin Abdul Wahid pernah diberikan anugerah Tokoh Maal Hijrah untuk tahun1421H.

27 Sept 2011

Lagak Penyokong Pakatan Rakyaat Tak Ubah Seperti Penganut Fahaman Syiah???


Forum "Wajarkah sejarah ditulis semula?"Berikut pula adalah komen seorang pengomen "tegar" dipercayai pengomen "berbayar" Pakatan;



Terimakasih kepada DSAI kerana kini rakyaat lebih percaya kepada fitnah, teori konspirasi dan andaian-andaian yang mereka buat sendiri...

Maka apa bezanya pengikut-pengikut Pakatan dengan penganut-penganut sesetengah ajaran Syiah yang diakui terkeluar dari ajaran Islam (bukan semua!!!).

Sebahagian penganut-penganut Syiah yang telah tersasar akidah mempercayai Malaikat Jibrail  telah terhilaf di dalam memberikan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Menurut kepercayaan mereka sepatutnya Saydina Ali a.s. yang sepatutnya dilantik menjadi penghulu segala Nabi dan Rasul terakhir.

Teori terlampau banyak percayakan "kalau". Kalau Malaikat Jibrail terhilaf? Apakata kalau sebenarnya Ali yang sepatunya menjadi Nabi/Rasul?

Samalah jugak macam pengomen Pakatan ni, "Tunku yang buat deal entah apa ntah kita pun tak tau dengan British, sampai dia boleh jadi PM samapi UMNO boleh memerintah".

Terlampau percayakan sangat kepada andaian-andaian dan fitnah ciptaan sendir!!! Asyik sibuk memfitnah orang, sampaikan sejarah yang ditulis dengan terang dan dapat dilihat dengan mata sendiri tidak mahu dipercayai.

Hakikat kehidupan di dunia ini walaupun mungkin ramai pejuang kemerdekaan tetapi pejuang yang tidak gugur dan akhirnya mengecapi kemenangan dan berkuasa akan lebih diingat berbanding pejuang yang gugur. Yang pasti, jasanya akan berterusan...

Begitu juga sepertimana pemain bola, pastinya kehebatan seorang penyerang yang berjaya menjaringkan gol sehingga pasukannya mencapai kemenangan akan lebih diingati berbanding penjaga gol yang sangat tangkas tetapi akhirnya pasukannya tetap seri apa lagi jika kalah.

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi - Semoga ianya Dapat Menutup Mulut Pembangkang!!!

TERKINI Tentera Pengaman Kesatuan Afrika (AU) yang berperanan melawan pemberontak Islam di ibu negara Somalia, Mogadishu, mengakui  anggotanya secara tidak sengaja menembak mati seorang wartawan Malaysia pada awal bulan lalu, lapor Reuters. Noramfaizul Mohd Nor bertugas sebagai jurugambar Bernama TV terkorban apabila tentera AU rakyat Barundi melepaskan tembakan ke atas kenderaannya pacuan empat rosa yang dinaikinya bersama sekumpulan wartawan lain.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang lagi wartawan TV3, Aji Serigar cedera dalam kejadian pada 4 September itu.

"Lembaga siasatan yang ditubuhkan mendapati empat orang tentera Barundi terbabit dan mengesyorkan mereka, dibawa ke mahkamah mengikut proses ketenteraan dan kehakiman negara mereka, "kata kenyataan yang dibuat oleh pasukan pengaman Amisom.

Kesemua mereka telah digantung daripada tugas sejak kejadian tersebut, kata kenyataan itu.-27/9/2011.


Komen Isac;

Terbukti apa yang diberitakan oleh blogger-blogger pro BN sebelum ini bahawa kematian allahyarham Noramfaizul Mohd Nor  bukannya angkara pemberontak terbukti benar.

Jestru tuduhan-tuduhan liar sebelum ini yang menyalahkan Datu Aziz dan Umno yang kononnya sengaja menempah maut dan tidak menghiraukan tentang keselamatan anggota-anggota misi bantuan, terbukti meleset.

Yang pasti, kadang-kadang sesuatu teragedi merupakan suratan takdir. Siapa sangka askar2 AU yang sepatutnya menjaga keselamatan mereka bertindak seperti "pagar makan padi"???

Kalaupun kita memakai 7 lapis jaket kalis peluru, kalau ditembak menggunakan mesingun dengan peluru sepanjang hampir 150mm pastinya "tak dapek nak menolong".

Terbukti bahawa ramai di Malaysia ni yang lebih suka mencari salah orang lain....

Memburuk-burukkan Negeri Johor - Guan Eng Kantoi???



Persoalannya ada atau tak ada??? Dekat mana? Bila ? Dan Majlis apa ianya tidak penting, persoalannya adakah beliau melakukannya???

Adakah beliau berani untuk menyaman TV3 pula selepas ini???

Hudud Bagi Pas Hanya Satu Isu Bukan Hukum Yang Wajib Ditegakkan???


Dalam politik apapun boleh "diperniagakan", janji "masuk"...

Samada "hudud" yang diperjuangkan lengkap atau tidak, mengambil kira keadilan untuk semua atau tidak, itu cerita lain....

Usaha untuk menegakkannya pun dilihat hanya umpama melepaskan batuk ditangga...

Dapat sedikit teguran.... Terus senyap dan terus-menerus menyalahkan Tun Mahathir yang kononnya menghalang perlaksanaan Hudud. Ironinya Tun telahpun bersara sejak 8 tahun yang lalu...

26 Sept 2011

Kepada Para Isteri Twitter dan FB Bukan Bermaksud Suami Anda Tidak Bersama Perempuan Lain???

Ya sedang bertwit dan ber FB tidak bermaksud suami anda bukan sedang "mengerjakan" perempuan lain!!!

Nampaknya manusia memang selalu menyalah-gunakan teknologi...

Pendedahan terbaru, seorang pemimpin terkemuka pembangkang dikatakan tidak henti-henti ber twit dan ber FB walaupun beliau sebenarnya sedang melanggani pelacur demi untuk menggunakannya teknologi sebagai alibi...

Bijak memang bijak, tapi tembelang dah pecah!!!

Kepada para isteri, berhati-hati kerana suami anda yang kononnya sedang bertwit dan ber FB, mungkin juga sedang bersama gadis cantik seperti di atas...

Bukti Penduduk Pulau Pinang Menolak Bersih???






5,000 pelajar sekolah menyertai Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengayuh basikal sejauh 7 kilometer di P.Pinang awal pagi ini. Perdana Menteri dilihat begitu dekat dengan rakyat apabila menyertai Program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjung Tokong tersebut.

Kehadiran Perdana Menteri seawal jam 7.30 pagi itu disambut oleh puluhan ribu pelajar sekolah dan juga Pengerusi Badan perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman. Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon bersama Ketua Menteri P.Pinang juga turut kelihatan.

Program yang bertujuan untuk mengumpul dana berjumlah RM15 juta bagi membangunkan 15 Sekolah Menengah Cina termasuk lima Sekolah Menengah persendirian Cina di P.Pinang ini dipuji oleh DS Najib sebagai satu usaha yang amat baik. Ia dapat membantu generasi muda negara didalam soal menyediakan kemudahan pembelajaran.


Komen Isac

Cubaan Guan Eng untuk mem"Bersih"kan program Najib ini nampaknya tidak berjaya dan majoriti rakyaat Pulau Pinang menolak politik sempit beliau.

Ini boleh dilihat kepada betapa kecilnya jumlah mereka yang memakai baju kuning seperti mana Ketua Menteri Pulau Pinang.

Artikel penuh klik sini.

Hudud - Kebebasan Bersuara Cara Pakatan Rakyaat???

Kalau dahulu, bila BN yang keluarkan arahan sebegini, dikatanya BN tiada semangat kebebasan bersuara. Ada OSA, ordinan rahasia resmi kerajaanpun, dikatanya menghalang kebebasan bersuara.

Tetapi bila mereka yang berkuasa... Eh eh... sama aje 2 X 5???

Jangan esok bila laksanakan Hudud pun pendakwaan dan hukuman secara berpilih, sudahlah...

25 Sept 2011

PAS Parti Yang Cakap Berbelit-belit, berpusing-pusing?



Rujuk sini

Nampaknya Hudud hanya "mainan" buat PAS.

Yang jelas, kali ini isu ini dimainkan kembali hanya kerana motif politik...

Untuk menenggelamkan semua isi-isu yang dilihat tidak menyebelahi Pakatan Rakyaat terutamanya pendedahan-demi pendedahan yang melibatkan moral DSAI. Sewajarnya jika PAS ikhlas mereka sewajarnya membantu agar kas Liwat II DSAI dapat dibicarakan dengan lancar tanpa penangguhan demi penangguhan seperti yang berlaku sekarang...

Penyokong Pas dan Perkasa Bertembung di Seremban???




Nasib baik lah tak ada pulak yang "berlakon" sampai macam mamat kat atas tu...

Tapi setakat yang berdarah sikit-sikit kerana mendakwa kena baling botol air mineral tu adalah yang pergi buat report.

Parti-parti politik sekarang ni begitu pandai meraih simpati dan menarik perhatian orang ramai... Setiap kali PRK, selepas memprovokasi di antara satu sama-lain, pasti ada yang akan membuat laporan polis mendakwa mereka dikasari dan dicederakan oleh pihak lawan. Kadang-kadang sampai kita naik meluatpun ada.

Apapun insiden semalam tercetus apabila wakil Perkasa Negeri Sembilan yang mahu menyampaikan bantahan terhadap isu Komunis diangkat sebagai pejuang sebenar oleh Mat Sabu telah dihalang oleh ahli-ahli Pas. Jestru bantahan menjadi tidak terkawal apabila ahli-ahli Perkasa mara ke pentas ceramah sebaik sahaja Mat Sabu memulakan ceramahnya.

Berita lanjut klik sini.

Apapun Mat Sabu mungkin berbangga kerana telah semakin dikenali ramai...

Penemuan Terhebat Abad Ini??? Lanskap Fizik, Teknologi dan Kehidupan Manusia Bakal Berubah???



GAMBAR menunjukkan bangunan Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah pada 30 Mac 2010.




PARIS, Perancis - Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya.

Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom.

Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein.

Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.

Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.

Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya. "Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.

"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya. - AFP


Komen Isac;

Bayangkan kemungkinan sistem telekomunikasi yang kini menggunakan fiber optik (menggunakan cahaya) bakal ditingkatkan kelajuannya dengan penemuan terbaru ini???

Kelajuan jet2 pejuang masa kini berbanding kelajuan bunyi (supersonic) boleh mencecah sehingga Mach 2.4 atau lebih (1 Mach = 1,236 Km/jam). Sumber klik sini.

Bayangkan jika kelajuan pesawat2 udara dan roket di masa hadapan mempunyai kelajuan melebihi kelajuan cahaya!!! 1,080 million Km/jam. Sumber klik sini. Perjalanan dari bumi ke bulan cuma akan mengambil masa 1.3 saat??? Wow!!!

Pembohongan Tentang Kewujudan Pengundi-pengundi Bangla Oleh Pakatan Rakyaat, Kenapa KDN Tak Saman Lagi???


Dah terbukti semua tu adalah pembohongan, wahai Menteri KDN apa lagi? Samanlah!!!

Salam masalah sebegini, jika kerajaan gunakan ISA, pembangkang akan kata zalim!!!

Bila dakwa mereka gunakan undang-undang, mereka akan kata zalim juga, kononnya  pendakwaan berpilih!!!

Dasar kaki putar-alam macam Yahudi!!! Orang lain semua salah, dia aje yang betul!!!

24 Sept 2011

Siang Panggang Babi, Malam Masuk Surau/Masjid

Korang tengok sendiri lah... Tingkah-laku DAP...








Cubaan Burukkan Imej dan Sabotaj Ekonomi Negeri Johor - Guan Eng Wajar Disaman!!!



Sebagai anak jati Johor, penulis berharap agar Guan Eng mendapat balasan yang setimpal sekiranya beliau sememangnya melakukan perkara tersebut!!!

Tembelang DAP sebagai sebuah parti "Kiasu" seperti abangnya PAP akhirnya terbongkar juga!!!

Sebab itulah orang tua-tua selalu kata, peribadi kita adalah apa yang kita makan...

Mungkin kerana terlampau banyak makan babi, perangainya Guan Eng pun dah sama dengan babi....

Yang peliknya ada diantara tokey2 babi yang mempunyai pekerti yang baik tak seperti Guan Eng.

Samada tokey babi tu tidak/kurang makan babi, atau Guang Eng yang sebenarnya lebih lebih buruk perangai daripada  babi. Klik sini  dan sini lagi pasal Guan Eng burukkan negeri Johor.

23 Sept 2011

HUDUD, MCA Keluar BN dan DAP Keluar Pakatan - Suatu Rahmat???


Menarik juga idea tu... Mungkin telah sampai masanya untuk orang Melayu/Islam dan bumiputera di Malaysia bersatu untuk membina negara yang lebih kuat. Bagi membolehkan kerajaan perpaduan ditubuhkan.

Yang jelas, tanpa DAP dan MCA rakyaat Malaysia berketurunan Tionghua dan keturunan India Malaysia masih boleh mengharapkan parti-parti lain untuk mewakili dan memperjuangkan mereka kerana DAP dan MCA bukan satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib golongan ini.

Kita ada , MIC, Gerakan, PPP, Makkal Sakti dan bermacam-macam lagi parti yang mewakili kaum Tionghua dan keturunan India Malaysia.

Lagipun apa sangatlah yang hendak diharapkan daripada parti yang berbau perkauman seperti DAP dan parti yang dipimpin oleh pemimpin yang rendah moral seperti MCA.

Drama "Perang" Nik Aziz Vs DAP Tentang Hudud - Hanya Sandiwara???

Mana tak main drama.... Hari tu kata PAS dah tak perjuangkan penubuhan negara Islam dan Hudud. Dah tukar kepada Negara Berkebajikan... Hj Hadi pun dah kata dalam Al-Quran pun tak ada sebut negara Islam....

Tut...tup... tiba-tiba cerita pulak pasal hudud, hanya selepas 8 tahun Tun Mahathir bersara.... Sebelum ni Nik Aziz hanya menyalahkan Tun yang kononnya menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan....

Bila "Pakar DNA" yang diimport dari luar negara "terkantoi" di mahkamah, keluar pulak kononnya PAS akan tolak DAP jika mereka menolak Hudud....

Ini tak lain satu lagi "bom asap" yang sengaja dilepaskan untuk menutup malu dan mengalih perhatian masyarakat Malaysia daripada mengikuti kes Liwat II dan supaya "temberang" Anwar tidak "pecah" dan diketahui umum!!!

Liwat II - Sah Dr Mc Donald Bukan Pakar DNA???

Dr Brian McDonald berkata, beliau melakukan kesilapan dan sudah tersalah baca bukti yang dikemukakan ahli kimia, Dr Seah Lay Hong, kerana menyangka doktor itu membuat ujian asid fosfet (AP tests) pada palitan yang diambil daripada bahagian atas dan bawah rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Dr Seah hanya melakukan ujian itu terhadap seluar dan seluar dalam Mohd Saiful.

"Saya tersilap baca bukti itu. Saya menyangka Dr Seah melakukan ujian AP terhadap palitan yang diambil daripada bahagian atas dan bawah rektum Mohd Saiful," katanya apabila menjawab soalan peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Anwar pada pemeriksaan balas sama ada beliau melakukan kesilapan tentang ujian AP yang dibuat Dr Seah.

Berita lanjut Klik sini.


Komen Isac;

Mengaku seorang pakar, tapi boleh main "tersilap", "tersalah" nanti pulak "terlupa", "tertipu" dan macam-macam "ter" lagi...

22 Sept 2011

Najib Yang Bacul Ataupun Anwar Yang Penakut???



Perdana Menteri dan isteri telah memfailkan permohonan di mahkamah untuk membatalkan sapina supaya mereka hadir di mahkamah sebagai saksi dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim. Berita ini disambut dengan pelbagai cacian dan makian oleh penyokong Pakatan yang memfitnah kononnya PM dan isteri penakut, bacul, tak sempoi dan lain-lain.

Tetapi sekiranya anda mengikuti perbicaraan kes Liwat II, sebenarnya Anwar yang enggan memberi keterangan bersumpah di kandang saksi kerana takut disoal oleh pasukan pendakwaan adalah "terang lagi bersuluh" sebagai bacul. Bak kata pepatah, "berani kerana benar dan takut kerana salah". 

Usaha Menegakkan Hukum Hudud Oleh PAS Hanya Ibarat Biskut???


Selama lebih 50 tahun mencanangkan akan menegakkan hukum hudud dan negara Islam, tetapi kini tidak lagi demi sokongan bukan Islam.

Mereka juga meletakkan kesalahan tersebut kepada Tun Mahathir kononnya kerana mantan PM tersebut menolaknya pada tahun 1994.

Ironinya setelah Tun Mahathir melepaskan jawatan sejak 8 tahun lalu dan kita telahpun mempunyai dua orang PM sejak 2004, tiada lagi percubaan PAS di bawah pimpinan Nik Aziz untuk mengusulkan semula Hukum Hudud PAS yang dikemukakan sebelum ini kepada PM-PM yang baru apa lagi memberikan penambah-baikan terhadap Hukum Hudud tersebut setelah ditegur oleh Tun Mahathir.

Adakah dengan hanya sekali percubaan maka sudah cukup buat PAS untuk berpeluk tubuh dan menyalahkan Tun Mahathir sehingga kiamat???

Mengapakah saranan dan teguran Tun Mahathir tidak diperhalusi dan dipergunakan untuk penambah-baikan???

Saranan PAS bagi penulis bukan sahaja seperti biskut, "sekejap ada sekejap tak ada" (dulu memperjuangkan hududt, sekarang tidak lagi), bahkan juga, "mula-mula keras, direndam air jadi lembik" (baru kena tegur dan patah semangat).

Seperti kata Tun Mahathir, sekarang setelah beliau sudah tidak lagi berkuasa, mengapa PAS pula yang diam seribu bahasa???


Perbezaan Antara Rumah Bekas Mejar Jeneral dan Rumah Bekas Banduan???

Rumah Bekas Mejar Jeneral (Jamil Khir)


Rumah Bekas Banduan (DSAI)


Sekali imbas ini menunjukkan kemakmoran negara yang diperintah BN. dimana rumah pemimpin pembangkang lebih besar dari mewah berbanding rumah menteri kerajaan yang memerintah.

Apapun kita pastinya akan tertanya-tanya dari mana DSAI menperoleh kekayaannya.

Kalau rumah Jamil Khir yang dikatakan besar, besar lagi rumah DSAI.

Kalau rumah Jamil Khir tak ada halaman yang luas, rumah DSAI pagar ajepun dah mahal. Kawasannya luas. Daripada pagar hadapan kita cuma boleh nampak bumbung rumahnya aje.

Rumah Jamil Khir pula, parking "bay" pun tak cukup, rumah DSAI semua kereta boleh masuk dalam garaj ataupun paling tidak boleh "parking" dalam kawasan pagar rumah.

Rumah Jamil Khir dan DSAI ada banyak kereta? Rumah Jamil Khir setakat satu Alphard, Aviva dan Perdana, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan kereta-kereta yang digunakan Anwar semasa menghadiri kes liwatnya, ada Mercedes S class, Alphard, Toyota Land Cruiser dan lain-lain.

Kalau anda masih ingat, semasa DSAI baru menjawat jawatan TPM, DAP dan pembangkang pernah membuat piket meminta agar DSAI disiasat kerana walaupun baru beberapa tahun berada di dalam kabinet, beliau telah mampu membina rumah berharga RM 2 Juta di Damansara (sekitar tahun 90an).

Jika dahulu penulis juga membelanya tetapi kini penulis terfikir mungkinkah dakwaan seorang pegawai tinggi Bank Negara bahawa Anwar mempunyai kekayaan sehingga RM 3 Billion mungkin ada benarnya. Tapi persoalannya dari mana dan bagaimana beliau memperolehi kekayaan tersebut???


Rumah Mat Sabu Kena Bakar!!! - Umpama Cerita Budak Gembala Dengan Serigala???



Cuba ingat balik kisah kat bawah ni.... Lagi mau percaya ka???


21 Sept 2011

Desak Gugur Dakwaan Terhadap Mat Sabu - Bukti Pakatan Tidak Telus dan Salah Guna Kuasa???



Guna ISA, kata tak bertemadun....

Dakwa guna undang-undang suruh gugurkan pulak???

Pakatan Rakyaat kebal???

Dakwaan berpilih???

Gempar!!! Bukti Mahathir Mahu "Jatuhkan" Najib???


Komen Isac;

Nampaknya PAS umpama bermimpi disiang hari.... Apa yang Najib buat, Tun Mahathir tetap sokong...

Kerajaan BN Berikan Rakyaat Bagladesh Kerakyaatan Malaysia dan Hak Mengundi Terbukti Fitnah!!!

Ramai blogger Pakatan termasuk dari PAS yang telah memainkan isu fitnah ini....

Kat mana lah mereka nak letak keislaman dan kupiah mereka kerana ternyata, apa yang mereka gembar-gemburkan tersebut terbukti adalah fitnah!!!

Yang jelas mereka ni memang jenis muka tak malu dan suka buat2 bodoh....

Kerana apa? Sebab penyokong2 mereka sememangnya bodoh dan akan menerima bulat2 apa yang pemimpin2 Pakatan dakwa dan fitnahkan...

Bagi pemimpin2 tersebut pula, betul atau tidak itu tak penting, yang penting Umno/BN dapat ditumbangkan dan mereka dapat memerintah negara ini. Sebab apa? Bagi pemimpin2 ini politik hanyalah "tipu-muslihat" dan yang penting mereka berjaya mencapai matlamat memperbodohkan rakyaat Malaysia!!! Sumber klik sini.

20 Sept 2011

Pakar DNA Awar Berpaling Tadah??? Sampel Air Mani Boleh Bertahan Sehingga 113 Jam!!!

Nampaknya kem peguambela yang membela Anwar bakal kehilangan punca, setelah pagi tadi, kepakaranan "Pakar DNA" ini dipertikaikan, kini pada sebelah petang, beliau pula telah bersetuju dengan pandangan pihak pendakwaan bahawa sampel air mani di dalam dubur seseorang mampu bertahan dan berkeadaan baik sehingga 113 jam.

Nak buat macam mana.... Ilmu DNA telah berkembang pesat dan semakin "established" jestru banyak journal-journal ilmiah yang boleh dirujuk dan dijadikan sandaran.

Untuk menolak ketetapan-ketetepan yang telah dipersetujui dalam journal-journal ilmiah tersebut anda perlulah melakukan kajian2 yang lebih mendalam dan membentangkannya di seminar2 pada peringkat antarabangsa untuk dibincang dan dibidas oleh pakar2 dalam bidang tersebut, jika itu tidak dilakukan itu bermaksud anda cuma syok sendiri.....

Nampaknya "Pakar DNA" ini telahpun tersedar dari mimpi terutama apabila beliau dikejutkan oleh barisan peguam pendakwaan pagi tadi.

Jangan kata Umno sudah "beli"  Pakar DNA mereka ini sudah lah....

Wakil dewan Pemuda PAS Pusat Yang Masih Berotak???

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Dewan Pemuda PAS pusat menegur Majlis Presiden Pakatan Rakyat tidak memberi perhatian ke atas ucapan dan pandangan diberikan pemimpin mereka sehingga mencetuskan kontroversi lalu merugikan perikatan itu.

Naib Ketuanya Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya berharap Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan lebih tegas dan berhati-hati dalam mengamalkan sikap memberi pandangan atau keputusan masing-masing.

“Kami melihat Majlis Presiden Pakatan Rakyat kurang memberi keprihatinan terhadap ucapan-ucapan dan pandangan-pandangan samada pimpinan dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya selari dengan dasar Pakatan Rakyat dan parti masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Raja Ahmad merujuk kepada pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mengatakan akan mengubah Jalur Gemilang jika Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negara.

“Bagi kami, tulisan tersebut keterlaluan dan tidak pernah sekali-kali dibincang mahupun terlintas difikiran Pakatan Rakyat untuk dilakukan. Artikel lanjut klik sini.



Komen Isac;

Itulah yang sebaik-baiknya...Bila buat salah, mengaku ajelah dan mintak maaf. Mengapa perlu pusing-pusing contohnya seperti isu "Komunis cetusan Mat Sabu"???

Sebagai parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, Pas sewajarnya mempamerkan imej Islam dalam segala tindakkan mereka, jangan sampai memalukan dan mempersenda imej Islam yang sebenar!!!

Penjara Kamunting Bakal Ditutup??? Pindah ke Guantanamo???



Kasik gempak....Klik sini.

Itulah orang kita ni apa yang kita punya semua buruk...Tak bagus... Yang kat seberang laut tulah yang kononnya bagus dan lagi baik....

Kalau kena hantar kat Guantanamo, baru tahu langit tu tinggi ke rendah!!!

Liwat II - Kantoi!!! Pakar DNA Anwar Bukan Pakar DNA???



Macam tu pulak.... Dok komen-komen pasal analisis DNA yang dilakukan oleh pakar DNA tempatan, rupa-rupanya beliau bukan seorang pakar DNA??? Klik sini.

Buang karen aje da.....

Mercedes KCX 8 Kereta MB Azizan Hanya Fitnah???


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3