bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Sempit tapi muat - Tak perlu tambah meresahkan, tak perlu makin merisaukan. Saya sudah lama pencen dari menulis isu politik. Namun saya belum pencen daripada menulis sesuat...

28 Jun 2011

Akhirnya Ambiga Mengaku Bersih 2.0 Ditaja Amerika Syarikat???





Ambiga Akui Terima Dana Dari NDI & OSI



AIDCNews – 28/06/11 – Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan akhirnya mengakui BERSIH 2.0 pimpinannya menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) tetapi bagi projek-projek lain, dan bukannya untuk perhimpunan bulan depan.

NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang bertopeng demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat.

OSI pula adalah yayasan yang juga bertopeng demokrasi yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

Difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan yang rapat dengan kedua-dua yayasan tersebut kerana Albright dan Soros merupakan dua tokoh Yahudi yang menaungi politik Anwar sejak dari akhir tahun 1990-an.

“Perhimpunan bulan depan akan disponsor oleh kerajaan negeri Selangor”, kata Ambiga seperti dilaporkan portal pro Anwar, The Malaysian Insider. Klik di sini



Ambiga berkata demikian kepada pemberita semalam selepas beliau disoal siasat oleh polis berhubung Himpunan Bersih 2.0 anjuran pihaknya.

Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah mengakui NDI dan OSI memberi dana kepada BERSIH khusus untuk kerja-kerja pemantau pilihan raya berkaitan projek persempadanan bahagian pilihan raya.

“Dana datang daripada sumbangan awam. Kebanyakan adalah dari rakyat Malaysia di luar negara. Ramai yang memberi sumbangan tanpa memaklumkan identiti mereka ke dalam akaun bank kami”, katanya.

Sumber AIDC.


Komen Isac;

Jadi sekarang siapa yang lebih "APCO" ???

Kos Lawatan PM & Isteri ke Luar Negara 2008 hingga Jun 2011 Menjangkau RM 17 Juta???



Pertama sekali, harus diakui bahawa lawatan-lawatan sebegini adalah bertujuan untuk menarik pelaburan dan juga mengeratkan perhubungan dengan negera-negara yang dilawati untuk faedah rakyaat dan negara. Mana ada berniaga tak pakai modal?

Yang kedua, kos lawatan sepetutnya perlu lebih terperinci.

Secara logiknya lawatan PM pasti akan diiringi oleh beberapa orang menteri, timbalan menteri, ketua-ketua pengarah dan beberapa orang setiausaha kementerian. Adakah kos RM 17 Juta ini telah termasuk kos kesemua pegawai-pegawwai tinggi kerajaan yang disebutkan tadi?

Adakah ianya juga termasuk kos minyak, kakitangan, penyelenggaraan dan sewaan jet milik kerajaan Malaysia atau "tempah khas", bayaran lapangan terbang dan lain-lain?

Sewajarnya kementerian dan jabatan yang menyediakan jawapan untuk soalan-soalan sebegini perlu lebih berhati-hati janganlah ianya dibuat sekadar seperti melepaskan batuk di tangga agar tidak dilihat seperti sengaja mahu "mensabotaj" pihak pemerintah, lebih khusus PM dan isteri.

Apa Persamaan Penganjur Bersih 2.0 Dan Gajah Yang Merosakkan Tanaman dan Harta Benda Manusia???



GAJAH jantan yang memusnahkan tanaman serta mengganggu penduduk Kampung Tawai, Gerik, ditangkap anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak semalam. Gajah liar seberat satu tan itu ditembak dengan ubat pelali dan dirantai sebelum dipindahkan ke Hutan Simpan Papulut, Gerik. - Foto D J Dolasoh. Jun 27, 2011 8:18 pm
 
Persamaan di antara gajah-gajah yang naik minyak dan penganjur Bersih 2.0 ialah mereka tidak mewakili majoriti kelompok masing-masing!
 
Suka merosakkan harta-benda awam...
 
Sama-sama "tak ada otak" ??? :)
 
 



27 Jun 2011

Inilah Mereka Yang Kononnya Mewakili Rakyaat Malaysia???



Mungkin saranan Pemuda Umno dan Perkasa yang menyeru majoriti rakyaat Malaysia (the silent majority) agar sama-sama berhimpun untuk menentang Bersih 2.0 ada benarnya....

Jangan biarkan dunia melihat kononnya mereka Bersih 2.0 mewakili majoriti rakyaat negara ini!!!

Jangan biarkan kepentingan dan kebajikan rakyaat neger ini diketepikan hanya oleh "golongan" yang mahu menangguk di air yang keruh.

26 Jun 2011

Anwar Dirakam Berada di Lobi di Sebuah Pangsapuri Pada Hari Yang Sama di Mana Klip Video Seks Dirakam???



Artikel penuh klik sini.

Itu Anwar kena jawablah....Mengapa beliau ada di sana??? Pada waktu yang sama???

Mungkin Anwar sendiri berpeluang bertembung dengan lelaki yang didakwa mirip wajah beliau tu...

Apabila Peguam Setahun Jagung Mencabar Kewibawaan Mahkamah...



Bagaimana peguam dan Presiden Majlis peguam boleh mempersoalkan cara Majistret Aizatul Akmal Maharani  mengadili kesnya di dalam mahkamah kepada umum??? Berita lanjut klik sini

Apabila salah atau benar tidak dipedulikan lagi dan apa yang penting hanyalah untuk "menyelamatkan" Anwar... Bukankah ini sebenarnya suatu cubaan untuk memperlekeh keputusan mahkamah dan wajar dikenakan tindakkan "menghina" mahkamah?

Inilah wajah sebenar Pakatan Rakyaat!!!

Selepas Datuk Dr Masitah membuktikan bahawa Hj Hadi dari parti Islam Pas "tersilap" apabila mengatakan Islam menolak bukti video... Kini Anwar yang dahulu  kononnya seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam kini terpaksa bergantung harapan kepada sokongan dan pembelaan daripada peguam-peguam bukan Islam untuk "menentang" hukum Islam, demi kepentingan peribadi beliau....

24 Jun 2011

Video Seks - Anwar Berlindung Disebalik Pas, Pas Berlindung Disebalik "Islam"???

Kenapa membisu?. Itu pertanyaan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkifli Noordin kepada pimpinan PAS terutama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas penjelasan Timbalan Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Dr Marsitah Ibrahim bahawa video boleh jadi bukti dalam kes zina.

Menurutnya, PAS kena nyatakan pendirian mereka berhubung isu tersebut kerana selama ini mereka memutarbelit isu video seks babitkan lelaki menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hadi sebelum ini anggap video tidak boleh jadi bukti atau saksi kerana tiada mata dan telinga.
Malah katanya, itu tidak lebih sebuah ‘besi’ sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi sebab video ini besi, dia tiada mata dan telinga,” itu ditegaskan Abdul Hadi ketika muktamar PAS baru-baru ini.

Kenyataan itu bagi mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terbabit video seks dengan pelacur Cina mencetuskan macam-macam anggapan malah ada yang mempertikai ‘fakwa’ Presiden PAS itu.

Namun, jawapan  Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat petang Selasa cukup jelas bahawa video boleh dijadikan bukti. Katanya, dalam kes menuduh orang lain berzina memang perlu empat saksi yang adil sebgai bukti.

“Jika tak dapat kemukakan empat saksi, penuduh boleh beri bukti lain sama ada laporan DNA, laporan perubatan oleh doktor dan rakaman audio serta video,”.“Sama ada bukti ini diterima atau tidak, perlulah disiasat terlebih dahulu. Dan terpulang kepada mahkamah untuk menilai kesahihan bukti tersebut,” katanya.

Zulkifli berkata, kenyataan Dr Mashitah itu menunjukkan bahawa bukti-bukti DNA boleh digunakan  dalam kedua-dua kes. “Kenapa dalam kes Saiful, PAS kata kena Qazaf tetapi kes video seks pula tidak boleh sebaliknya perlu empat saksi atau bukti Sahadah,?”.

“ Sedangkan jika tiada empat saksi, boleh dibuktikan secara Qarinah iaitu dengan bukti-bukti berkaitan seperti video dan laporan perubatan,” katanya kepada Agendadaily

Bagaimanapun kata beliau, pembuktian cara itu tidak boleh dijatuhi hukuman hudud tetapi hukuman takzir.

Sehubungan itu menurut Zulkifli, isu Qazaf tidak timbul dalam kes Saiful (liwat –serangan seksual) atau zina sebab boleh dibuktikan dengan cara tersebut.

“Kalau tidak boleh, barulah boleh Qazaf yang boleh dikenakan hukum hudud,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, PAS bukan sahaja perlu menyatakan pendirian mereka selepas jawapan Dr Mashitah tetapi kena memberi penjelasan kepada ahli-ahli parti itu selepas dikelirukan dengan isu Qazaf dan empat saksi.-22/6/2011-  OLEH ROSLAN BIAN


Komen Isac;

Bangkai gajah tidakkan boleh ditutup dengan nyiru....

23 Jun 2011

Keputusan Penuh - Skuad Olimpik Harimau Malaya 2 : Lubnan 1


Bermain dengan 10 prang pemain selama 40 minit apabila Gary dibuang padang pada minit ke 50 begitu menguji pemain-pemain kita.

Lubnan berjaya memanfaatkan kelebihan seorang pemain untuk mencuri satu gol di atas kekurangan Malaysia.


Gary yang sebelum ini bermain baik dan telah melorongkan bola yang cantik sehingga Wan Zack Haikal dapat menjaringkan gol kedua haruslah belajar dari kesilapannya ini dan diharap dia akan bangkit untuk menjadi pemain yang lebih baik di masa hadapan.

Walau bagaimanapun Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan satu gol sehingga ke minit terakhir.

Tahniah buat semua pemain-pemain Skuad Harimau Malaya!!! Syabas di atas semangat yang ditunjukkan!!!

Skuad Olimpik Harimau Malaya Mendahului Lubnan 2:0 - Separuh Masa Pertama


Hasil jaringan minit ke 7 oleh Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal di minit ke 41.

Bakal MB Kelantan Yang Baru???



Pendedahan Pas untuk menggugurkan perjuangan membentuk negara Islam sewajarnya akan menjadikan perjuangan "menawan" semula Kelantan oleh BN sebagai bukan lagi suatu "peperangan" terhadap Islam. Rakyaat Kelantan harus sedar tentang perkara tersebut.

Sejarah telah membuktikan siapakan yang sebenarnya telah membela dan memartabatkan maruah Islam, penganut-penganutnya dan juga nasib golongan bumiputera di negara ini.

Artikel lanjut klik sini.

WOW!!! Lebih Hebat Dari Artis Salleh Yaakob???

Mak ai...., kalau bini termuda Salleh Yaakob berumur 24 tahun... Ini lagi hebat!!! Bini muda umur 16 tahun!!!

Kalau kahwin kat Malaysia sah kena dapatkan surat kebenaran daripada pejabat agama kerana pengantin perempuan masih di bawah umur....

Nak kahwin tu kahwinlah... Tapi kena lah amanah dengan pasangan masing-masing... Jangan cari juga "China Doll" sudah lah.... Lepas tu bila dah tertangkap... Salahkan pulak orang yang mengemukakan "bukti"....

Zaman sekarang... Penjenayah diangkat sebagai "hero" orang yang mencegah pula dilayan umpama "penjenayah"...

Subsidi Kerajaan Untuk Rakyaat dan Peranan Kita Sebagai Rakyaat Negara Ini!!!



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninjau kedai rakyat 1Malaysia di stesen LRT Kelana Jaya, hari ini. - Foto Yazit Razali (Berita Harian Jun 22, 2011 6:54 pm)

 
Komen Isac;
 
Seperti pemberian subsidi terhadap barangan kawalan termasuk petrol dan dieesel ianya sememangnya suatu usaha yang murni.
 
Ianya suatu lagi bukti bahawa kerajaan BN sememangnya perhatin nasib rakyaat dan berbanding Pas yang baru nak "mula", BN telah mengamalkan konsep "Kerajaan Berkebajikan" sejak merdeka lagi...
 
Apapun seperti subsidi barangan kawalan dan produk keluaran tempatan kerajaan juga perlu pastikan sasaran bantuan seperti ini akan dapat sampai kepada golongan yang ditujukan.
 
Bukan setakai itu sahaja, sebagai rakyaat negara ini, kita juga wajib memainkan peranan agar hasrat murni kerajaan dapat direlisasikan dan golongan berpendapatan rendah dan miskin dapat dibantu dengan sewajarnya.
 
Janganlah hanya disebabkan berlainan parti politik, sesetengah dari kita akan mensabotaj ataupun sengaja membiarkan sesuatu program bantuan kerajaan seperti ini gagal demi untuk "merampas kuasa".
 
Jadilah rakyaat yang bertanggung-jawab dan pertahankan hak kita!!! Jangan dibiarkan ada golongan yang "menjadi kaya" kerana "mencuri" subsidi!!!

22 Jun 2011

Terbukti!!! Ulamak Pas Pekak dan Buta???



Seperti yang penulis pernah katakan, Islam perlu seiring dengan teknologi!!! Jestru para ulamak juga perlu mempertingkatkan ilmu duniawi agar Islam tidak terus diperkotak-katikkan oleh "mereka" yang cuba melindungi kesalahan peribadi mereka di atas "kelemahan" para ulamak....

Islam tidak menolak bukti video??? Berita lanjut klik sini.

Nampaknya Hj. Hadi terpaksa menelan kenyataannya dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas baru-baru ini di mana beliau ada mengatakan bukti video tidak boleh diterima kerana ianya tiada mata dan telinga....

Yang jelas buta dan pekak sekarang ini nampaknya adalah beliau sendiri....

Jangan sampai nanti orang kata Pas memutar-belitkan hukum untuk kepentingan diri dan kroni....

DAP Samakin Menunjukkan Belang???

Tak hormat sidang DUN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Wong Ho Leng (dua dari kiri) mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat pada pembukaan Sidang DUN, semalam dengan mendakwa pakaian berkenaan mempunyai songkok bercirikan Islam. Tindakan itu dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat negeri ini sedangkan empat lagi ADUN PKR dan BEBAS, memakainya. - Foto Radzi Bujang. Jun 22, 2011 6:06 am


Komen Isac;

Sudah lama songkok diterima sebagai sebahagian daripada pakaian istiadat resmi sidang DUN, mengapa baru sekarang ianya mahu dijadikan isu?

Budaya Melayu juga merupakan tonggak budaya masyarakat di negara ini. Apakah salah pakaian "resmi" diambil daripada pakaian tradisional penduduk majoriti negara???

Beginilah caranya DAP mahu menyingkirkan pengaruh orang-orang Melayu/Bumiputera secara berperingkat-peringkat...

Sayangnya pemimpin-pemimpin kita lebih sibuk nak bercakaran sesama sendiri...



21 Jun 2011

Perhimpunan Bersih 2.0??? Bersihkan PKR Dulu!!!


Masih ingat foto-foto di atas??? Ya... Sekitar pemilihan PKR...

Buat pemilihan kepimpinan parti pun sampai pecah-pecah kepala!!! Siap pakai pengundi-pengundi hantu!!! Itupun ada hati nak menegur SPR!!!

Umpama bapak ayam, "berkokok berdegar-degar, tapi ekor penuh tahi".

Ahli yang kononnya seramai 400,000 pun tak terjaga... Yang aktif pulak kurang 40,000.....Jumlah yang keluar mengundi... Itupun entah betul atau tidak kerana ramai yang didakwa mengundi lebuh dari sekali....

Tapi itulah PKR....


19 Jun 2011

Harimau Malaysia - Menang 2:0 Dengan Myanmar


PERCUBAAN Baddrol Bakhtiar (depan) berjaya dihalang pemain pertahanan Myanmar dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mohamad ke IV, Kota Bharu, malam tadi. Pasukan negara menang 2-0. - Foto Zaman Huri Isa



Sebagai persediaan untuk bekalan melawan Liverpool, Chelsea dan Arsenal??? Selepas itu saringan kelayakkan Piala Dunia pastinya lebih hebat... Apapun berbanding skuad Olimpik, skuad Abang Long kita ni, bermula dengan langkah kanan... Berita lanjut klik sini.

17 Jun 2011

Islam Menolak Bukti Video, Atau Pas???


Antara sebab Islam mewajibkan menuntut ilmu dunia (fardhu kifayah) adalah agar umatnya tidak ketinggalan menguasai teknologi.

Yang hairannya mengapa bila terkena batang hidung "sendiri" ataupun "kroni",  sibuklah mereka mahukan empat saksi? Tetapi bila kena pada orang lain, kekadang mereka yang menjadi "nasi tambah".

Dalam hukum lain samada sedar atau tidak, Islam telah lama menerima kehadiran teknologi di dalam melaksanakan kewajipan harian kita.

Sebagai contoh, ulamak telah lama menerima penggunaan hisab disamping rukyah di dalam penetapan permulaan puasa dan hari wukuf???

Ulamak dahulu juga telah lama menerima penggunaan jam untuk menentukan waktu solat lima kali sehari bagi menggantikan cara sunnah iaitu merujuk kepada kedudukan matahari dan bayang-bayang?

Pada pandangan penulis yang setakat sekolah atap ini... Kita sebenarnya "bodoh" dan kurang arif di dalam mentafsir sesuatu ilmu... Inilah yang menyebabkan Islam dipandang serong...

Jadi tidakkah Utusan sebenarnya cuba membuka "minda" kita bahawa dek "kebodohan" kita mentafsir dan mengungguli ilmu (fardhu kifayah) Islam telah dipandang hina dan rendah!!! Ironinya, kartun Utusan hanya mengulangi apa yang telah disampaikan oleh TG Hj Hadi dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas yang baru lalu. Jestru siapakah  yang sebenarnya menghina Islam???

Adalah menjadi kewajiban kita memperbetulkan keadaan ini dan setiap umat Islam akan kekal di dalam dosa sehingga ada yang memperbetulkan keadaan ini!!!

Jangan terlampau dikaburi oleh kepentingan politik semata-mata...




16 Jun 2011

SPR Hanya Diakui Bersih Bila Pakatan Yang Memerintah???



Itulah maksud sebenar disebalik selogn-selogan "transparent", "good governance", "equal right" dan bermacam-macam lagi...

Tak adil hanya bila kemenangan tidak menyebelahi mereka...

Mengapa sahaja Pakatan tidak menyerahkan semula kempat-empat negeri yang mereka menangi kerana kemenangan mereka tersebut tidak "bersih" ???

Bagaimana pula dengan dakwaan mereka untuk menubuhkan kerajaan 16 September 2008??? "We have the numbers!!!.............."

Itukah "Good governance" Yang dilaung-laungkan???

15 Jun 2011

135 Murtad, Pas Jangan Salahkan Kerajaan Sebaliknya Cerminlah Muka Pakatan Dulu!!!

Klik sini.







Pendirian ketua Pembangkang, menyokong isu Lina Joy

Denda RM 10,000 atau Penjara Lima Tahun atau Kedua-duannya Sekali???



Berita lanjut klik sini.

Disebalik hukuman yang boleh dikenakan, kedua-dua wanita warga Singapura tersebut telah dilepaskan selapas 48 jam. Itupun masih nak komplen dan buat berbagai-bagai tuduhan jahat...

Memang dasar manusia yang tidak pernah puas!!!

14 Jun 2011

Layanan Buruk Kepada Pendatang Tanpa Izin Dari Singapura???

Berita lanjut klik sini.

Agak-agaknya apa pula yang bakal dialami oleh rakyaat Malaysia jika kita ditangkap kerana melawat negara tersebut secara haram???

Tidak melaporkan kedatangan kita ke mana-mana negara adalah dikira sebagai pendatang tanpa izin.

Sudah pasti kita juga akan disoal-siasat dan ditahan dalam lokap bukan?

Apa lagi negara jiran tersebut  (Kota Singa) sememangnya dikenali sebagai negara yang begitu tegas didalam menguatkuasakan undang-undang.

Membawa rokok lebih se kotak sahaja telah dikira sebagai menyalahi undang-undang...Penyeludup!!! Apa lagi memasuki negara terseebut secara "haram".

Sememangnya disuruh berbogel dan ketuk ketampi adalah agak keterlaluan, tetapi banyak kes di mana suspek "pengganas" akan disuruh berbogel oleh mana-mana pihak berkuasa di dunia atas tujuan keselamatan. Bahkan negara "polis dunia", Amerika Syarikat juga melakukannya.

Rungutan lain seperti baju lokap berbau, sel lokap yang sempit, padat, berlipas dan lain-lain hanyalah alasan untuk menyedapkan cerita.

Lihat sahaja remaja Malaysia yang sedang menunggu hukuman mati di negara Kota Singa tersebut.... Ada kah pihak berkuasa mereka bersimpati???

Mengapa pula kita mesti bersimpati kepada "penjenayah" dan memberikan tekanan kepada penguatkuasa undang-undang kita sendiri?

Alasan sebenarnya mungkin agak berbau perkauman.... Kerana mereka (pegawai-pegawai ini) adalah berbangsa Melayu.... Ini semua permainan DAP, untuk memalukan bangsa Melayu di tanahair mereka sendiri... Agar Melayu malu dengan bangsa sendiri... Agar Melayu sendiri yang menghukum bangsa sendiri...Sementara mereka "cuci tangan"....

Ironinya setiap kali perkara sebeegini berlaku, ada 2-3 kerat orang Melayu yang bersama-sama terkinja-kinja menghentam bangsa sendiri!!!!!

Lu fikir lah sendiri!!!

Syurga dan Neraka Hanya Mainan Buat Pas???


Macamlah jugak dengan negara Islam... Sekejap ada sekejap tak ada... Dah macam biskut...

Sekarang sokong Anwar bermaksud "menempah bilik" di Syurga? Hanya Allah s.w.t. yang maha mengetahui...

Sudahlah Menjadi Hero Tidak Didendang!!! Layanan Pulak Umpama Anjing Kurap!!!



PENOLONG Kanan Penguasa SPRM, Cawangan Perisikan Khas, Putrajaya, Mhd. Yussof Zakaria menjadi mangsa simbah cat, hari ini, apabila kereta pacuan empat roda miliknya disimbah dengan cat merah oleh pihak yang mungkin tidak berpuas hati terhadap tindakan SPRM. - Foto Afendi Mohamed (Berita Harian). Jun 13, 2011 2:29 pm

 
Komen Isac;
 
Zaman sekarang, pihak penguatkuasa pulak yang seolah-olah pihak yang bersalah...
 
Angkara "tarbiah" Pakatan Rakyaat, penjenayah jadi "hero" rakyaat dan pihak penguasa pulak yang dilebel sebagai "penjenayah".
 
Hasilnya, penzina, peliwat, pemimpin penipu, pengkhianat, petualang negara, kaki fitnah, pengumpat, kaki caci dan lain-lain dijadikan idola rakyaat dan kononnya hero sebenar dan sebaliknya pejuang "tulen" menjadi mangsa sumpah-seranah dan caci-maki!!!

Natijahnya agama, bangsa dan negara bakal tergadai!!!

13 Jun 2011

Kemenangan Mat Sabu Anugerah Allah - Normah


Berita lanjut klik sini.

Nampaknya Normah ni pun sama-sama dalam kategori isteri yang "taat" macam Dr Wan Azizah yang pernah menggelar suaminya "Pemimpin Anugerah Tuhan".

Bertuahnya badan....mereka ni semua...

Penulispun sememangnya kurang bersetuju dengan strategi mengaibkan musuh politik apa lagi jika ianya fitnah.

Tetapi masalahnya, mereka yang mendabik dada mendakwa dari part Islam (kini dah tukar kepada Negara Berkebajikan) pun sama 2 x 5!!!

Siap keluarkan pulak dalil kononnya imam Shafie menghukumkan sebagai harus jika mendedahkan perihal pemimpin yang zalim.... Sampai menuduh mereka berzina, membunuh, rasuah dan macam-macam lagi....

Mungkin inilah yang dimaksudkan sebagai, "menjual ayat-ayat Al-Quran dengan harga yang murah"....

12 Jun 2011

Antara 'Lu Apa Kuasa Ambil Gua Punya IC?' dan Besar Kepala???

Hazlan Zakaria 

Jun 11, 11
12:20pm
http://www.malaysiakini.com/news/166601

Pengurus bank Hiew Kok Ming, ditahan, digari dan ditahan tiga hari di lokap ibu pejabat trafik Melaka Tengah akhir bulan lalu hanya kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Bagaimanapun, beliau dituduh menghalang polis daripada menjalankan tanggungjawabnya.

Hiew Kok Ming press conferenceHiew, 26, didakwa mempersoalkan tindakan seorang anggota berpangkat sarjan yang cuba menghentikannya dengan berkata: "Lu apa kuasa mahu ambil gua punya lesen dan IC?"

Kata-kata itu membuatkannya bermalam di lokap.

Hiew (kiri) hari ini bagaimanapun dengan bahasa Melayu yang lancar menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Menurutnya, sarjan tersebut naik angin apabila beliau mengambil gambarnya dan dengan segera menghubungi kereta peronda dan empat lagi pegawai untuk menahannya.

Hiew juga mendakwa semasa ditahan, beliau tidak dimaklumkan haknya oleh pihak polis dan tidak membenarkannya memnghubungi keluarha dan kawan-kawannya.


 
Komen Isac;

Budi bahasa budaya kita...

Apalah salah bila dah buat salah tu cakap baik-baik dengan polis....

Mentang-mentang umur baru 26 tahun dah jadi Pengurus di sebuah Bank.... Ingat semua orang dia boleh tengking.

Kalau berani nak cakap kasar dan tengking-tengking orang buatlah macam tu bila berada dalam mahkamah, baru tahu langit tu tinggi ke rendah!!!

Kalau tak kena perli dengan Hakim harus kena penjara sebab menghina mahkamah...

Kalau pihak polis tak boleh tengok kad pengenalan pesalah atau suspek.... Makin ramailah pendatang tanpa izin di Malaysia ni...

11 Jun 2011

Lagi Kisah Dot..dot..dot... Dengan Wanita Cina? Sendiri Mau Ingat Lah!!!

PAKAIAN aktres China, Gao Yuanyuan kelihatan seperti boleh dimakan kerana diperbuat daripada daun salad. Gao menggayakannya sebagai usaha kumpulan memperjuangkan hak haiwan, PETA untuk menggalakkan orang ramai makan lebih sayur berikutan peningkatan pengambilan daging di China. - Foto Reuters. Jun 11, 2011 6:53 am
.

Komen Isac;

Lawa akteres China ni, ini mesti ramai yang berharap "baju salad" tu terkoyak... Jangan nakal2 hah! Nanti video masuk dalam blog, jangan tak mengaku pulak!

Tapi yang jelas, wanita-wanita China ni memang ramai yang comel-comel patutlah sesetengah ramai lelaki-lelaki hidung belang tak menolak "peluang"....


10 Jun 2011

DAP Akan Perjuangkan Sekolah Satu Aliran???



Mahukan anak berbangsa 1 Malaysia... Tapi takut nak hantar anak ke sekolah aliran Melayu...Klik sini.

Bukan setakat aliran Melayu, tetapi bila ada cadangan agar semua sekolah berbagai aliran diletakkan di dalam satu kawaran berpagarpun mereka tak mahu...

Itupun masih ramai orang Melayu/Bumiputera yang masih terpedaya dengan mereka...

9 Jun 2011

Gempar!!! Artis Landskap Dibayar RM 6 Juta Untuk Mereka-bentuk Rumah Khir Toyo???



Klik sini.

Pada kebiasaannya, mereka-bentuk rumah sepatutnya diberikan kepada arkitek dan bukannya artis landskap. Ini suatu fakta! Adakah saksi tersebut menipu???

Kos firma arkitek pula adalah di antara 2-3% untuk kontrak kerajaan dan 5-7% pula untuk rekabentuk lebih mewah dan eklusif....

Untuk mereka-bentuk struktur pula, biasanya syarikat jutera perunding kejuruteraan civil akan mengenakan bayaran sekitar 3-4%, firma QS 1% dan M & E pula 1% lagi terhadap kerja-kerja mereka.

Maksudnya, untuk mendapatkan bayaran setinggi RM 6 Juta bagi mereka-bentuk rumah bunglo Khir Toyo, kos pembinaan bunglo tersebut mestilah sekurang-kurangnya bernilai sekitar RM 50Juta. Di mana kos perkhidmatan keseluruhan firma arkitek dan perunding-perunding adalah sekitar 12% daripada kos pembinaan.

Bagaimana pula artis landskap tersebut boleh dibayar sehingga RM 6 Juta untuk perkhidmatannya??? Adakah kos pembinaan bunglo Khir Toyo sememangnya semahal itu ataupun ini suatu lagi permainan fitnah PKR???

Tahukah anda, dengan nilai RM 50 Juta tersebut kita boleh membina sebuah hotel 3 bintang dengan kapasiti 600 buah bilik Lengkap dengan dewan tarian untuk 500 tetamu? Dengan kos sekitar 83,000 sebilik?

Nak menipupun agak-agak lah... Kalau kena tangkap kerana menghina mahkamah ataupun memberikan kenyataan palsukan ke sendiri yang susah???



6 Jun 2011

Pas Kejar Pengundi Cina dan Ketepikan Pengundi Melayu???


Mungkin Pas terlupa... Yang memenangkan Pas dalam PRU 12 yang lalu adalah pengundi-pengundi Melayu... Jika Pas begitu yakin dengan pengundi-pengundi Cina apa kata jika Pas bertanding di beberapa kerusi yang majoriti pengundi-pengundi orang Cina dalam PRU 13 nanti?

Baru tahu langit tinggi ke rendah...

Jangan jadi pepatah, "yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran", sudahlah...

Apabila Islam bukan lagi menjadi matlamat perjuangan mereka apa lagi yang perlu kita pertahankan mereka (Pas)???

Jika dahulu menolak mereka (Pas) kononnya boleh jatuh kufur... Kini siapa lagi yang berani mengeluarkan fatwa sebegitu???

Masa Depan Pas Terletak Ditangannya?



Macam tak percaya... Tapi beitulah nampaknya... Mungkin dunia ini sudah mahu kiamat agaknya....Kalau takpun Pas yang dah nak berkubur gamaknya...

Masa depan sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, kini di tangan seorang pemimpin yang "sejarah" peribadinya diragui....

Yang sumpah dan seranah serta fitnah dan tohmahan sering meniti di bibir....

5 Jun 2011

Dengan Barisan Pemimpin "Baru" Ini, Ke Mana Pas Mahu Membawa Kita Semua???


Dengan barisan kepimpinan yang baru ini nampak gayanya....Cara berpolitik Pas yang lebih banyak menggunakan caci-maki, umpat keji, fitnah dan tohmahan akan semakin berleluasa dan diterima oleh kebanyakkan ahli-ahli mereka... Jika ini yang ahli-ahli Pas mahukan... Biarlah mereka "terjun dengan labu-labu mereka, biarkan...biarkan...".

Jika dahulu selalu diperkatakan pemimpin bukan sahaja perlu "baik" tetapi juga perlu "kelihatan baik" nampaknya itu tidak penting bagi Pas.

Walaupun mereka selalu menuduh pemimpin-pemimpin Umno/BN dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah yang tanpa disertakan dengan bukti mengikut syariat....

Tetapi ada di antara kepimpinan baru mereka ini yang pernah dipalitkan dengan kes khalwat, kes zina, membiayai propaganda  melalui blogger sehingga berjumlah jutaan ringgit dan gemar menyebar fitnah dan tohmahan dilihat masih menjadi pilihan para perwakilan Pas. Berselindung daripada kesalahan disebalik hukum agama tetapi melakukan fitnah terhadap orang lain?

Kepada mereka ini dan semua ahli-ahli Pas tahniah penulis ucapkan dan hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui segalanya. Juga semoga Allah s.w.t melindungi kita daripada apa juga bencana yang mungkin akan berlaku dek kebodohan ini... Amin.


4 Jun 2011

60 Tahun Pas Berbohong ???

Ditanya sama ada PAS sudah melupakan konsep negara Islam yang menjadi asas perjuangan parti itu sebelum ini, Abdul Hadi bagaimanapun berkata kedua-dua konsep berkenaan hanya disifatkan sebagai label atau jenama.

"Dalam al-Quran tak sebut tentang negara Islam, tapi ada menyebut tentang negara kebajikan," katanya.

Malah Abdul Hadi turut menyatakan bahawa masih belum tiba masa bagi PAS untuk melaksanakan agenda negara Islam.

"Belum tiba masanya (laksana negara Islam). Apa yang penting ialah pelaksanaan.
"Kalau letak jenama sahaja tapi tak laksana tetap tak ada faedah," katanya.

Artikel penuh klik sini. 


Komen Isac;

Jika selama ini Umno dilebelkan sebagai tidak Islamik kerana kononnya menolak penubuhan negara Islam, kini apa bezanya Pas dengan Umno?

Apakah gunanya serpihan ahli-ahli Umno keluar dan menubuhkan Pas 60 tahun dahulu???

Tidakkah penubuhan Pas sejak sekian lama hanya memecah-belahkan umat Melayu dan penganut agama Islam di negara ini???

2 Jun 2011

Cara Paling Berkesan Untuk Memerangkap Pelaku Dalam Klip Video Seks???


Ya.... Kalau setakat jam tangan Omega sebagai bukti..... Itu orang tak percaya dek... Orang kaya macam dot dot dot bukan setakat satu! 100 pun boleh beli beb.... Maklumlah bekas Menteri Kewangan yang memberikan kroninya berbilion-bilion projek ... Takkan kosong aje dek....

Kalau setakat video? Nanti Nik Aziz pun tak mahu tengok... Kononnya tak mahu bersubahat.... Yang hairannya bila menangkap khalwat boleh pulak...

Teknik paling mudah.... klik sini. 

Itu macam kalu....Kalau sudah kasi potong.... Bawak pergi balai polis....

Kita tengoklah samada boleh beli "lain" atau samada boleh menidakkan kehilangan "barang" itu atau tidak???

1 Jun 2011

Khairy, Nasruddin dan Dr. Asri - Antara Niat Murni atau Hipokrasi???


Berita klik sini.

Niat yang sekiranya ikhlas sememangnya mulia dan selari dengan syariat....

Tetapi mengapa apabila "pemfitnah" samada difitnah atau keaibannya dipertontonkan kepada khalayak, barulah "jaguh-jaguh" ini keluar menonjolkan diri???

Di manakah mereka tatkala Najib dan Rosmah difitnah oleh "lelaki Y" ?

Kononnya Alantunya sebagai rakan "seks" Najib ??? Rosmah mengarahkan pembunuhan Alantunya??? Tidakkah dalam Islam pertuduhan tanpa bukti dikira sebagai fitnah?

Tidakkah dalam konteks ini bukan setakat Najib dan Rosmah yang telah difitnah.... Malah mendiang Alantunya yang telah meninggal dunia juga telah turut difitnah sebagai telah berzina??? Astargfirullah.... Macam mana nak mintak maaf tu?

Di manakah mereka  ini tatkala lelaki yang mirip "pelaku lelaki dalam video seks" menuduh Umno/BN mengarahkan SPRM membunuh mendiang Teoh Beng Hock???

Itu baru dua contoh... Banyak lagi yang "lelaki Y" ni dah buat.....

Hidup jangan hipokrit... Hukum Islam adalah buat semua, bukan ambil suku dan buang suku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3