bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Sempit tapi muat - Tak perlu tambah meresahkan, tak perlu makin merisaukan. Saya sudah lama pencen dari menulis isu politik. Namun saya belum pencen daripada menulis sesuat...

30 Apr 2011

Siasat Anwar - Nurul Izah


Itulah yang sebaik-baiknya... Jika Anwar sememangnya tidak bersalah dan masih tidak mahu bersumpah mubahallah. Siasatan oleh pihak polis dilihat adalah opsyen terbaik dan akan dapat menjelaskan apa yang tersirat disebalik kip video lucah dan juga dapat membersihkan nama Anwar sekiranya beliau sememangnya difitnah..


Hanya Isu Peribadi - Pas Semakin Liberal???


Walaupun pendirian ia hanya pandangan peribadi tetapi memandangkan beliau dilihat bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas tak berapa lama lagi ianya mungkin bermaksud "suara parti".

Yang jelas, Pas dilihat semakin liberal....

Ini Bukan Majlis Akad Nikah!!! Anwar Bila Pulak Nak Bersumpah???



Berani kerana benar???

29 Apr 2011

Nasib Pas Jauh Lebih Penting Berbanding Nasib Anwar Ibrahim - Mat Sabu

Apa agaknya komen Azmin dan Shamsul Iskandar???

Artikel penuh, klik sini.

Yelah... Kalau Anwar sememangnya bersalah, mengapa perlu dipertahankan??? Yang lebih penting adalah survival Pas yang kononnya membawa agenda mendaaulatkan Islam.

Cuma satu yang penulis muskilkan bagaimana Pas nak duduk semeja dengan Parti anti Melayu dan Islam seperti DAP tanpa kehadiran Anwar???

Yang jelas walaupun siapa wajah sebenar Anwar, beliau berupaya menjadi pendamai di antara Pas dengan DAP.

Satu kelebihannya, mungkin kerana beliau dilihat agak Islamik di awal penglibatannya dengan politik dan kini beliau dilihat "rapat" dengan gadis-gadis Cina.

Tanpa Sokongan Pas, PKR Buat Solat Hajat "Fitnah" Bersendirian???


PKR mendirikan solat hajat "fitnah" DSAI di Masjid Amru Al As Sentul. Berita lanjut klik sini.

Nampak gaya masing-masing pihak seolah-olah "mempergunakan" agama untuk mendapatkan sokongan....

Yang bersumpah, tu bersumpah dan yang solat hajat, solah hajat...

Jangan ada yang dimakan sumpah dan dijatuhi bala kerana mempertahankan pesalah pulak nanti....

Inilah yang berlaku apabila agamapun mahu dipolitikkan....

Patutlah zaman Saidina Ali a.s. dan Muawiyyah a.s. dulu kecoh hinggakan berlaku perang saudara... Mungkin lebih kurang macam ini lah jugak agaknya keadaan masa tu...

Mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah s.w.t daripada mereka yang bermuka-muka dan bala akibat perpecahan sesama kita... amin...

Bagaimana Jika "China Doll" ini Anak Gadis Anda??? Anda Akan Hanya Berpeluk Tubuh???



Jika "China Doll" ini adalah anak gadis anda, pastinya anda mahukan bukan sahaja dia "diselamatkan" dari lembah pelacuran, tetapi pasti anda juga mahukan lelaki yang terlibat terutamanya jika beliau adalah seorang pemimpin yang disegani tidak akan lagi boleh berbuat sesuka hati meniduri mana-mana gadis tanpa ikatan.

Jika pemimpin sebegini dibiarkan lepas bebas, mungkin habis anak-anak gadis di Malaysia ini bakal menjadi mangsa nafsu serakah beliau.

Pelacur juga perlu diselamatkan jika tidak, akibat ramainya lelaki hidung belang ianya akan menjerumuskan lebih ramai gadis-gadis kekancah ini.

Jika dahulu heboh kerana kononnya polis "mendera" gadis Cina Tanah Besar Cina untuk ketuk ketampi dalam keadaan bogel, sehingga pembangkang mahukan pihak polis memohon maaf kepada kerajaan Tanah Besar Cina, mengapa dalam kes ini DAP tidak berminat untuk mengetahui identiti lelaki yang telah melanggan pelacur yang dipercayai rakyaat negara Cina itu???

Adakah ini secara tak langsung mengesahkan khabar-khabar angin bahawa lelaki pelaku seks ini adalah pemimpin pembangkang???

Senjata Makan Tuan....



Dahulu bila bercerita pasal kebejatan dan kemungkaran yang kononnya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umo/BN, pembangkang seolah-olah lupa bahawa sememangnya manusia tidak sunyi daripada membuat kesilapan.......Mereka sendiri juga seolah-olah terlupa bahawa Islam menuntut kita supaya "menyembunyikan" aib saudara kita...

Maka dalam ceramah-ceramah politik...Pemimpin-pemimpin Umno/BN dituduh sebagai mengamalkan rasuah, penipu, makan harta rakyaat, kaki betina, kaki minum arak, makan hasil judi dan banyak lagi.... Menuduh mereka yang kebanyakkannya tanpa disertakan dengan bukti...Sedangkan dalam dalam islam menuduh tanpa bukti adalah fitnah!!!

Untuk menguatkan hujah mereka maka selepas itu dikeluarkan pula fatwa, yang kononnya "menelanjangkan" pemimpin Umno/BN dibolehkan oleh Islam!!! Dalilnya kerana kononnya mereka adalah pemimpin-pemimpin yang zalim dan wajib bagi mereka menyedarkan rakyaat...

Hakikatnya... Itu semua adalah untuk mengaburi mata rakyaat dalam usaha untuk menempatkan diri mereka sebagai pemimpin untuk menggantikan Umno/BN sebagai pemerintah negara!!!

Sekarang apa sudah jadi??? Senjata dah makan tuan!!! Samada klip video lucah yang dikaitkan dengan Anwar itu benar atau sebaliknya, ianya dilihat tidak penting kerana pelaku dalam klip video berkenaan dilihat sememangnya seiras dengan beliau. Dan bagi kebanyakkan rakyaat ianya merupakan bukti bahawa selama ini pemimpin-pemimpin Pakatan hanya ibarat,"ketam mengajar anaknya berjalan lurus". Cakap tak serupa bikin....

Pastinya tanggung-jawab sekarang telah terletak di bahu Anwar untuk membuktikan bahwa beliau tidak bersalah. Tetapi jika penafian hanya dilakukan dengan kata-kata dan permainan sebegini dahulunya dipelopori oleh Anwar sendiri, bagaimana rakyaat mahu bersimpati dengan beliau. Yang jelas, senjata dah makan tuan???

28 Apr 2011

Beli dan Baca Utusan Malaysia Haram??? - Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Hari ini, Dr Haron Din yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya.



Komen Isac;
 
Apa yang Dr Haron cakap sebenarnya lebih mirip kepada Harakah dan Suara Keadilan...
 
Lihat sahaja macam mana Suara Keadilan "spin" kenyataan Datuk Dr Haron Din Al Hafiz...
 
Nasihat penulis kepada Datuk Dr Haron Din Al Hafiz, tinggalkan ajelah Pakatan "Haram" tu demi agama, bangsa dan negara.....Dengan "title" al-hafiz pastinya kaitan beliau dengan pakatan yang dilihat kurang manis.... 


Nik Aziz Bakal Setaraf Lim Kuan Yew???


LEE Kuan Yew mengangkat tangan kepada penyokongnya sejurus tiba di pusat penamaan calon hari ini. Menteri Mentor Singapura itu memenangi kerusi Tanjong Pagar tanpa bertanding selepas parti pembangkang gagal mengemukakan pencalonan untuk pilihan raya umum Singapura pada 7 Mei ini. - Foto AFP Apr 27, 2011 3:52 pm


Jadi otai politik di Nusantara... Tak ada perkatan "bersara" daripada kamus hidup mereka... Dulu nak mengata Tun Mahathir nak menongkat langit... Sekarang ni apa cerita???

Tanda-tanda Awal Pas Akan Meninggalkan Pakatan Rakyaat???

Semasa sidang video, penafian oleh Wan Azizah terhadap penglibatan Anwar dalam klip video lucah tempohari, tiada panglima-panglima besar Pas yang kelihatan.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dikatakan mengatakan bahawa, "Dia berasa “pelik” mengapa Azmin Ali pulak yang dilihat sangat tertekan dalam kes klip video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang dan bukannya tuan punya diri iaitu Anwar Ibrahim?

Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Yelah... Nak kata rupa Azmin ada mirip-mirip macam Anwar... Pun jauh panggang dari api.. Jadi, mengapa beliau perlu lebih tertekan berbanding Anwar yang dilihat berkelakuan seperti biasa dan menafikannnya perkara tersebut dengan gaya yang selamba. Seperti biasa jika perkara-perkara buruk yang dikaitkan dengan dirinya Anwar pasti akan mengatakan itu semua adalah konspirasi UMNO/BN...

Beliau langsung tak bersalah...Yang Jijik, busuk dan jahat semua adalah kerja UMNO/BN...

Adakah keberanian Datuk Mustafa Ali mempersoalkan tingkah-laku Azmin kerana Pas sememangnya telah muak dan jelak dengan tingkah-laku orang no. 2 PKR tersebut?

Adakah ini menandakan bahawa "kerjasama" mereka bakal berakhir???


27 Apr 2011

Bukti Seluar Dalam - Anwar Bukannya Lelaki Dalam Klip Video Lucah???



Besarnya seluar dalam???

Memang suka pakai seluar dalam longgar-longgar kot.... Supaya "power" dan sperma aktif?

Mungkinkah seluar dalam tersebut bakal membuktikan bahawa lelaki dalam klip video  lucah tersebut sememangnya bukan Anwar?

Apapun Wan Azizah, anak-anaknya dan orang gaji Anwar pastinya lebih mengetahui jenis seluar dalam yang dipakai oleh Anwar... Samada jenis brief, boxer, G-string dan lain-lain... Yang tu macam cap buaya aje..... Geng-geng "old timer" memang suka brand cap buaya ni...

Nampaknya seperti agak lucah dan merapu, tetapi jika difikir dalam-dalam seperti ada benarnya....

Mungkin Datin Sri Wan Azizah boleh bawa seluar-seluar dalam Anwar ke sidang-sidang media untuk membuktikan bahawa suaminya bukanlah lelaki yang dilihat dalam klip video lucah tersebut...

Yang jelas, kebenaraan perlu diketahui umum...Yelah kalau Anwar benar-benar tak pernah pakai seluar dalam jenis tu....Tak kanlah dia kot???

Video Klip Lucah - Mengapa DNA Datuk Eskay Pula Yang Diminta Oleh Pihak Polis???

Eskay beri sampel DNA kepada polis 2011/04/27

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata, beliau diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga memberi keterangan tambahan bagi membantu siasatan kes video seks itu.

Artikel penuh klik sini.


AHLI perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, menjawab soalan media selepas selesai memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Bukit Aman hari ini. - Foto Fariz Iswadi. Apr 27, 2011 3:02 pm
 
Komen Isac;
 
Mengapa DNA Datuk Eskay pula yang diminta oleh pihak polis??? Adakah kerana rupa beliau juga ada iras-iras Ketua Pembangkang???
 
Entahlah penulis pun belum ada idea...

Kes ini dilihat telah menjadi semakin rumit... Silap-silap kena buat kawat cam ni... Tapi si "China Doll" tu kenalah dicari untuk membuat pengecaman... Silap-silap kena buat pengecaman dalam keadaan berbogel....

Bukannya si "China Doll" tu lah yang perlu berbogel!!! Korang ni... Kalau bab-bab "XXX" suka betul ye??? Tetapi yang perlu berbogel adalah mereka yang perlu berbaris "kawat cam" yang ada iras-iras Anwar. Maklumlah dengan berbogel... Mungkin lebih jelas... Jadi pelaku sebenar mungkin akan lebih mudah untuk dikenal-pasti.

Jestru, sesiapa yang ada rupa iras-iras Anwar tu janganlah nak keluar rumah sebarang tak tentu pasal... Silap-silap haribulan, anda pula yang akan dibogelkan!!!


Juara Liga: MU Tundukkan Schalke 2-0, Selesa ke Final

Wayne Rooney meraikan golnya bersama-sama Hernandez dan JS Park, yang membolehkan MU mengatasi Schalke 04 2-0 pada pusingan pertama separuh akhir Liga Juara di Gelsenkirchen semalam. Foto Reuters.

GELSENKIRCHEN 27 April, Manchester United MU menamatkan pusingan pertama perlawanan separuh dengan selesa untuk melangkah ke final Juara Liga setelah mengatasi Schalke 04 2-0 di bandar Jerman Gelsenkirchen semalam awal pagi ini waktu Malaysia MU memperoleh sehingga 13 peluang untuk mendahului gol pada separuh masa pertama tetapi berjaya dinafikan oleh penjaga gol Jerman Manuel Neuer yang dilihat hero bagi Schalke.

Bagaimanapun bintang MU Ryan Giggs dan Wayne Rooney memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pada separuh masa kedua Giggs menjaringkan gol pertama pada minit ke-67 dan disusuli oleh Rooney sekali gus membuka laluan cerah untuk ke final MU akan menyambut Schalke di Old Trafford pada 4 Mei untuk menyempurnakan pusingan kedua dan memastikan wakil tunggal Britain dalam perlawanan akhir bulan depan.

Pengurus Sir Alex Ferguson telah memberi amaran awal agar tidak memandang mudah kehebatan Schalke sebelum perlawanan ketika pasukan tersohor yang menduduki tangga teratas Liga Inggeris musim ini dilihat mempunyai peluang cerah untuk ke final pada 28 Mei di stadium Wembley Jika MU berjaya mengatasi Schalke bermakna ia akan bertemu sama ada Real Madrid atau Barcelona di bumi sendiri.

Glory...glory.. Man United....

26 Apr 2011

Siapa Nak Jadi Kambing Hitam Untuk Mengaku Sebagai Lelaki Y???


Pihak pendakwaraya dah mengesahkan bahawa  DNA Anwar sama dengan DNA lelaki Y. Mungkinkah Prof Aziz Bari mempunyai satu nama lain yang mempunyai struktur DNA yang sama dengan lelaki Y ???

25 Apr 2011

Liwat II: Misteri Lelaki Y Terungkai???


Pendakwa dalam perbicaraan liwat II, buat pertama kalinya menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Lelaki Y'  iaitu pemilik DNA yang tidak dikenali sebelum ini, yang ditemui dalam dubur pengadu. "Ini mengesahkan bahawa "Lelaki Y" itu adalah Anwar. Ini menunjukkan ada prima facie," katanya sambil menambah bahawa kes tersebut telah 'melampaui keraguan yang munasabah'. klik sini.




Artikel penuh


Apa pula komen Pas???


Liwat II: Terbukti Satu Fitnah???



Mana tidaknya ianya samada satu fitnah terhadap Anwar atau sebaliknya satu fitnah terhadap Saiful???

Bila sebut Liwat II, pembangkang termasuk Pas mengatakan bahawa ianya adalah fitnah semata-mata! Liwat kononnya tidak pernaah dilakukan oleh Anwar!!!

Soalan penulis, jika Pas mengatakan sedemikian dan mempertahankan Anwar tanpa bukti dan semata-mata berdasarkan atas alasan beliau adalah sekutu mereka, tidakkah tingkah-laku mereka itu bermaksud Pas pula yang telah memfitnah Saiful sebagai pembohong dan bersubahat dengan aktiviti liwat yang dilakukan???

Dalam isu sebegini, ianya sememangnya rumit.... Mungkin Pas boleh menganjurkan sekali lagi Solat Hajat Perdana, kali ini jemput semua umat Islam di Malaysia dan niatkan serta doanya agar ditunjukkan oleh Allah s.w.t akan kebenaran dan bukannya untuk menyelamatkan seseorang?

Mungkin ianya boleh dijadikan sebagai titik-tolak untuk umat Islam di Malaysia bersatu!!! Mintak pulak Imam Masjid Masjidil Haram yang mengimamkan!!! Apa macam, ada berani??? Demi untuk kesejahteraan umat, ianya wajar dilakukan....



Liwat II: Gempar Karpal Tak Menafikan Saiful Diliwat???

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

Artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Apa yang Karpal nak sampaikan sebenarnya ni??? Saiful sepatutnya boleh menolak jika beliau tidak mahu diliwat???

Mahkamah hanya patut tentukan bahawa kejadian meliwat itu berlaku atau tidak.... Mengapa pula cerita boleh menolak ataupun melarikan diri?

Pastinya dengan keadaan pengikut-pengikut tegar PKR dan pakatan yang seolah-oleh mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin mereka, penolakkan atas sesuatu perkara yang diarahkan adalah begitu sukar untuk dilakukan...

Disuruh berdemo mereka berdemo... Disuruh merusuh, mereka merusuh.... Disuruh lawan polis dan dipenjarakanpun mereka sanggup.... Begitulah fanatiknya mereka...Nampak gayanya, "senjata dah nak makan tuan".









Sakit Belakang, Peluang Untuk Anwar Menangguhkan Keputusan Mahkamah???

Hari ini adalah hari hujah penggulungan di mahkamah yang bakal menyaksikan samada Anwar akan dipanggil untuk membela diri dalam  kes pertuduhan di mana beliau dikatakan telah meliwat Saiful.

Bila Anwar tiba-tiba sakit belakang... Semasa pergi ke "Thailand" merakam klip video , berkempen di Pilihanraya negeri Sarawak dan telah pergi ke beberapa buah negara baru-baru ini, tak pulak beliau menunjukkan tanda-tanda beliau sakit???

Mahkamah perlu bertegas, samada beliau hadir atau tidak perbicaraan perlu berjalan... Takut-takut apabila semua "auta" sudah habis digunakan sebelum ini maka ini adalah alasan terbaik untuk terus menangguhkan lagi perbicaraan...

Munginkah Karpal juga bersubahat??? Jika ya, adakah lesen guamannya mungkin akan terjejas???


24 Apr 2011

Lagi Cerita Pasal "China Doll" Klip Video Seks???


Korang ni kalau cerita pasal "China Doll" laju aje ye???

Ini lagi hebat!!! Kisah tentang "Hantu Cina" yang  cantik manis. Klik sini.

Khabarnya satu babak pelakon wanita Cina (Tanah Besar) yang cantik manis ni iaitu Crystal Liu Yi Fei dan  Louis Koo dalam filem berjudul "A Chinese Ghost Story" akan "hilang" dalam bilik suntingan sebelum cerita tersebut ditayangkan di panggung-panggung Malaysia dalam kategori 18Sx. Sekali pandang pastinya Crystal Liu Yi Fei ini lebih cantik, menawan, ayu dan berwajah lembut berbanding dengan pelacur wanita (China Doll) dalam klip video  seks yang dikaitkan dengan seseorang pemimpin anugerah tuhan. 

Yang jelas pelaku seks lelaki dalam klip  video seks yang heboh diperkatakan dewasa ini, tak kiralah walau siapapun gerangannya, memang mempunyai "selera" seks yang boleh dipertikaikan....Janji "barang muda" dan janji sempat aje kot??? Maklumlah... Kalau cantik seksi dan layanannya bagus sangat... Karang tak cukup dua jam pulak!!! Lagi susah nanti kalau orang tanya mengapa "tweeter" senyap lebih daripada dua jam....Bila difikir-fikirkan balik... Mungkin ada benarnya....Maklumlah...senyap 2 jam pun dah susah nak menjawabnya

23 Apr 2011

Pas Wajar Praktikkan Islam Bukan Setakat Dalam Parti!!!


Berita penuh klik sini.

Selari dengan amalan Islam, tetapi bukankah ianya sepatutnya tidak dihadkan dalam pemilihan parti sahaja??? Sewajarnya ianya juga dipraktikkan di PRU dan PRK juga.

Pas tidak wajar menyerang peribadi calon parti lawan!!!

Bukankah hukum tersebut adalah untuk semua? Bukan berpilih-pilih?

22 Apr 2011

Kambing Hitam Dah Ada... Siapa Pulak Nak Jadi "Cina Buta"???

TG Hj Hadi dah dikambing-hitamkan... Kononnya penyebab kegagalan rampasan kuasa 16 September 2008!!!

Siapa pulak yang nak jadi "Cina buta" untuk mengaku sebagai "lelaki Y" dan juga sebagai lelaki mirip Anwar dalam klip video lucah???

Cina sekarang dah panda-pandai... Dah tak buta....

Yang buta hanyalah ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin  Pas....

Cina-cina semuanya dah cerdik macam Cina DAP...

Melayu hanya layak kena "pijak"???


21 Apr 2011

Kegagalan 16 September Salah TG Hj Hadi - Lelaki Dalam Klip Video Seks Pula Telah Menyerah Diri???


Beruntung jadi Anwar!!! Ramai bermati-matian mempertahankannya ketika baru "dibuang" dari Umno dan kerajaan, sanggup merusuh dan berdemonstrasi di jalanan, sanggup ditangkap dan dipenjarakan, sama-sama menubuhkan PKR.... Mempertahankannya walau apapun tuduhan yang terpalit pada batang tubuh Anwar dan banyak lagi... 

Walaupun ramai di antara mereka ini telah tersedar dan meninggalkan beliau, terbaru ada pulak yang mempertahankan Anwar kerana "kegagalan" 16 September, klik sini

Lepas ini mungkin akan ada yang mengaku sebagai "lelaki Y" ataupun menyerah diri mengaku sebagai lelaki dalam klip video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Hebat....hebat... Nabi Allah Yusuf a.s. pun tak mempunyai kawan yang sebegitu akrab seperti mana yang Anwar ada....

Mungkin itulah sebabnya mengapa Datin Sri Wan Azizah menganggap Anwar sebagai anugerah Tuhan.....

Bertanding di 49 Kerusi Dun Sarawak Berbanding 71 Jumlah Keseluruhan - Bukti PKR Tamakkan Kuasa???

Tamak??? Itu sememangnya antara ciri utama PKR.

Jumlah ahli berdaftarnya sehingga ke hari inipun masih menjadi tandatanya!!! Walaupun PKR mencanangkan mempunyai 400 ribu ahli berdaftar, mereka yang mengundi pada pemilihan parti kurang dari 10%. Malah menurut bukti-bukti yang dikutip semasa pemilihan parti dan telah didedahkan kepada umum, ramai yang didapati telah mengundi lebih dari sekali.

Pas Bakal Kekal di Kelantan Sekurang-kurangnya 15 Tahun lagi??? Iaitu Lagi 4 Kali PRU???



Bijak!!! Memang betul-betul bijak... Setidak-tidaknya rakyaat Kelantan  akan hanya menyedari bahawa mereka telah "ditipu" selepas 15 tahun dari sekarang... Kalau nasib tak baik hanya selepas PRU 16.

Masalah air Kelantan hanya akan pulih pada 2027 klik sini.

Pada masa tu kalau pihak-pihak yang berjanji tu masih lagi hiduppun... Mereka semua sudah tidak lagi memegang tampuk pemerintahaan... Tak payah nak jawab kerana masalah tersebut sudah menjadi tanggung-jawab orang lain... Yang jelas kuasa mereka dapat dipertahankan di zaman mereka.

Hebat....

Mat Sabu - Calon Presiden Pas Masa Depan???


Sumber klik sini.

Jika benar, ke manakah Pas akan membawa kita selepas ini???

Islam liberal??? Islam kuat maki-hamun??? Islam boleh khalwat dekat hotel, kerana ia tempat awam???

Jika Islam sebegitu boleh bawa tuan-tuan ke syurga....Maka silakanlah....

20 Apr 2011

Prof Aziz Bari Juga Mungkin Terlepas Pandang???

Kecoh bila Prof Aziz ni melebel TG Hj Hadi sebagai liabiliti kepada Pas... Klik sini.

Pasti ramai yang beranggapan bahawa kenyataannya adalah untuk "menabalkan" Pressiden baru yang pro kumpulan "Erdogan" ataupun yang lebih tepat golongan yang pro-Anwar di dalam Pas.

Mungkin sokongan Hj Hadi di dalam mempertahankan Anwar berhubung klip video lucah tidak cukup kuat.... Ataupun sememangnya ketaatan beliau kepada Pakatan Rakyaat sememangnya diragui??? Ingat lagi cadangan kerajaan perpaduan???

Apa tidaknya jika kuat tidur dijadikan alasan.... Tg Nik Aziz pun sama, kalau takpun lebih kuat lagi....Di tambah pula beliau banyak mengeluarkan fatwa-fatwa yang meragukan...


Bubar Felda!!! Pakatan Rakyaat, Cadangan Membina Langsung Tak Ada - Menjahanam Nombor Satu!!!

Apa faedahnya satu syarikat gergasi dibubarkan? Masalah pekebun-pekebun kecil Melayu/Bumiputera sejak dahulu lagi, ialah mereka gagal untuk mentadbir-urus dan mengerjakan kebun-kebun mereka yang bersekala kecil dengan baik, ekonomikal dan memaksimumkan hasil daripada kebun-kebun mereka.

Itulah di antara sebab diwujudkan Felda di mana selain tanah-tanah baru dapat diagih-agihkan kepada rakyaat yang miskin dalam usaha menaikkan taraf-hidup mereka, kebun-kebun mereka ini akan disatukan dan ditadbir oleh pihak syarikat secara sistematik dan berkesan.

Berapa banyak kebun-kebun milik orang-orang Melayu/Bumiputera yang terbiar menjadi belukar yang tidak produktif? Antara sebabnya adalah tadbir-urus yang lemah, terlalu banyak pemilik, pemilik telah tua dan uzur, generasi muda tidak berminat menyambung usaha ibubapa, kos buruh yang mahal untuk mengerjakannya dan lain-lain lagi?

Ini belum lagi kita memperkatakan bagaimana peraih-peraih ataupun orang-orang tengah yang menekan pekebun-pekebun kecil ini dengan mempermainkan harga komoditi-komoditi tersebut!!!

Kemana Pakatan Rakyaat yang kononnya mahu membela rakyaat ini sebenarnya mahu membawa kita?

Adakah mereka mahu Felda, salah satu konglemerat besar yang diterajui oleh teknokrat dan bijak pandai Melayu berkubur? Adakah mereka mahu tanah-tanah milik para peneroka ini akhirnya tergadai kepada ladang-ladang dan syarikat konglemerat milik bukan Melayu/Bumiputera?

Adakah mereka mahukan agar bekas-bekas peneroka Felda ini nanti akan ditindas oleh peraih-peraih komoditi bukan Melayu???

Adakah mereka mahukan agar Melayu/Bumiputera terus-terusan melukut ditepi gantang???

Pada hemat penulis, Pakatan Rakyaat ini tak ubah, "seperti tikus membaiki labu".

Patutlah syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyaat banyak yang mengalami kerugian...Pastinya syarikat-syarikat ini nanti juga pastinya tergadai dan menjadi milik bukan Melayu/Bumiputera.

Apa lagi yang bakal tergadai? Apalah agaknya yang akan tinggal buat anak-cucu kita???

Kerana dendamkan peneroka-peneroka Felda selama ini memenangkan Umno/BN, Pakatan Rakyaat sanggup untuk menggadaikan masa depan negara khususnya masa depan orang-orang Melayu/Bumiputera!!!

Cara Kempen DAP - Letakkan Calon Muda & Tuduh Kerajaan Abaikan Kebajikan Orang Cina!!!


Cara mudah untuk mendapatkan undi... Letakkan calon muda untuk menonjolkan imej bahawa parti kononnya mengutamakan pandangan dan perjuangkan suara orang muda...

Menuduh kerajaan pusat mengabaikan dan menganaktirikan orang-orang Cina dan kaum-kaum lain....

Jangan nanti letakkan calon-calon budak-budak sekolah... Sudahlah...

Letaklah calon muda yang matang!!! Dalam lingkungan umur 35 - 42 yang telah terbukti cemerlang dalam bidang masing-masing dan telah menyumbang kepada massyarakat!!!

Kerana menghasut kaum Cina dan lain-lain kaum menentang kerajaan dengan menggunakan pendekatan perkauman, mungkinkah "Operasi Lalang II"  wajar dipertimbangkan???

Itu Menteri KDN kenalah jawab....

19 Apr 2011

Iklan Untuk Hilangkan Tompok Pada Muka, Hilangkan Buncit Dan Membuat Replika Jam Omega???

Ini boleh dapat juta-juta ni....

Kenapa gelak--gelak pulak?

Tak ada kena mengena dengan pemimpin PKR yang masih hidup maupun yang telah mati....

Amerika dan Nato Selamatkan Pemberontak - Hanya Lesen Untuk Membunuh Rakyaat Libya Yang Disokong Pembangkang Malaysia???

Muftah, 9, cedera akibat serpihan peluru di Misrata, Libya, minggu lalu tiba di Benghazi dengan menaiki kapal “Ionian Spirit” Greek untuk rawatan kemanusiaan, semalam. — Foto Reuters
Mengapa pembangkang Malaysia menyokong usaha untuk menjatuhkan Presiden Muamar Gadahafi, sangat mudah difahami. Bila dah jadi begini, satu lagi negara Islam bakal senasib dengan Iraq dan Afghanistan siapa yang nak jawab?
Pembangkang Malaysia perlu mendewasakan diri!!! Jangan sesekali diundang kuasa asing "menjajah" negara walau atas"nama" apa sekalipun!!!! Jadilah pembangkang yang membina dan bukannya, "bak tikus yang membaiki labu".
Jangan sesekali disuruh rakyaat merusuh dijalan-jalanraya seperti yang berlaku melalui pendekatan ala Reformasi di tahun-tahun 1998 dan 1999 yang lalu!

Seperti Ada Usaha Untuk Mengeruhkan Hubungan Sarawak Dengan Putrajaya???


Berita lanjut Klik sini.....

Bagamana hendak membuat persediaan peralihan kuasa jika tidak menubuhkan kabinet negeri???

Kalau terus hendak melantik KM baru, itu bukannya persediaan, itu peralihan kuasa!

Lagipun jika ada orang lain yang mahu menjadi KM, orang berkenaan sepatutnya mengetuai Pilihanraya Sarawak yang lalu dan bukannya Pehin Sri Taib Mahmud.

Penulis nampak seperti  ada pihak yang mahu mengeruhkan hubungan di antara kerajaan negeri Sarawak dengan Putrajaya. Mungkin kerana gagal "merampas" Sarawak dalam pilihanraya yang lalu, ini pula muslihat mereka. Bak kata pepatah, "tak dapat tanduk, telinga dipulas".

17 Apr 2011

Isyarat Daripada Rakyaat Sarawak - Mereka Tidak Rela "Diliwat"!!!

Keputusan penuh plihanraya Negeri Sarawak klik sini.


KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menerima pelukan kegembiraan daripada isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib setelah Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Sarawak ke-10, di kediamannya di Kuching, malam tadi. - Foto Shahrizal Md Noor. Apr 16, 2011 10:34 pm

 
Foto kat atas tu bukan takat DSAI tengok "jeolus"!!! Hampir kesemua lelaki kat luar sanapun jelous tengok.....
 
Syabas diucapkan buat rakyaat Sarawak!!!

16 Apr 2011

Keputusan Tak Resmi, BN 35 Kerusi, Pakatan 8 - Patutlah Pakatan Takut Dengan Taib Mahmud...


Patutlah pakatan bermati-matian menyerang Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, mereka sememangnya gerun dengan kehebatan beliau mengemudi pilihanraya DUN Sarawak.

Dalam kata lain, selagi beliau mengemudi Sarawak peluang mereka untuk merampas tampuk kekuasaan dilihat mustahil.

Takut Bini Tarik Telinga???



Siapa berani sangkal Anwar memang hebat berpidato???

Siapa berani sangkal ketrampilan Anwar sehingga hampir-hamir jadi PM ke 5 negara???

Siapa berani nafikan penglibatan Anwar dengan badan-badan dakwah???

Siapa berani sangkal Anwar hebat dalam memanipulasi???  Sehingga pengikut-pengikut dan orang ramaipun X sedar itu semua hanyalah ilusi???

Jestru satu ketika dahulu..... Begitu ramai yang meniru gaya beliau bercakap, gaya berjalan, gaya rambut, gaya misai dan janggut.... Sehingga ramai juga yang mahu kelihatan dan kedengaran seperti beliau ataupun dikatakan pelanduk dua serupa...

Tapi sejak klip video lucah tentang seseorang lelaki yang dikatakan mirip Anwar heboh diperkatakan.... Pasti mereka ini semua "terkedu" dan mungkin akan cuba menukar penampilan masing-masing... Manakan tidak? Silap-silap, haribulan masuk "ke dalam" pulak!!! Tak pun dipandang serong dek isteri kerana di salah-sangka orang dalam klip video tu sebenarnya suami sendiri.....

Apapun, tabik pada Kak Wan kerana sentiasa bersangka baik pada Anwar....

15 Apr 2011

Hasrat Pas Untuk Tegakkan Islam Hanya Mimpi di Siang Hari???

Bertanding DUN Sarawak pun takat 5 kerusi.... Apa yang Pas boleh buat???

Walaupun jentera pilihanraya Pas merupakan antara jentera "terkuat dan tersusun" milik pakatan pembangkang.... Tetapi sama ada mereka sedari atau tidak mereka hanya diperalat oleh DAP dan PKR.....

Sampai sekarang, bahkan seperti yang dibuktikan dalam pemilihan PKR  yang lalu, dakwa ahli PKR berjumlah 400 ribu orang...Yang datang cuma 10%.... Dasar kaki auta....

Takat jadi tukang kempen dan tukang pasang poster DAP/PKR  dapatkah Islam dimertabatkan???

Sayang....belajar tinggi-tinggi sampai jadi doktorpun tapi tak "cerdik".....

Wajah Gadis Manis Masuk Suratkhabar!!!


15 APRIL 2011: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ema Fatima Yaakob, 23, menunjukkan kertas undi bagi kawasan DUN Pending sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 yang akan diadakan esok, ketika meninjau persiapan SPR menjelang hari pengundian,di Dewan Majlis Bandaraya Kuching, di Kuching. - Utusan/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


Hanya sebagai selingan.....

Kepada pengundi-pengundi di Sarawak, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak!!!

Pendedahan RPK Semalam, Anwar Merestui Fitnah Alantunya Terhadap Najib Bukan Dibuat Oleh RPK???

Nafi jangan tak nafi....

Mana tidaknya....

Sesiapa yang menentang Umno/BN akan dijulang bak pejuang....

Bila mereka ini insaf dan kembali ke pangkal jalan....

Maka kalau tak telah "dibeli" itu mesti pelanduk dua serupa....

Contoh dah banyak disekeliling kita....

Terserah samada anda mahu melihatnya atau setakat membutakan mata dan memekakkan telinga....

Terimakasih Pas, Sebab Anjurkan Solat Hajat - Najib

Allah maha besar!!! Allah maha besar!!! Alhamdulillah......

Tidak lupa mengucapkan terimakasih kepada Pas kerana initiatif mereka untuk menganjurkan siri solat-solat hajat dan akhirnya kebenaran diketahui ramai....

"At last he truth is prevail". Berita lanjut klik sini.

Bukakan hati dan minda kita... Janganlah selepas Allah s.w.t. telah menunjukkan kebenaran di depan mata, kita berpura-pura tidak melihatnya.... 

14 Apr 2011

Teka-teki Lelaki Dalam Kelip Video Seks Bakal Terjawab???


Akhinya penantian berbagai pihak terjawab pada Khamis selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis sudah mempunyai cukup bukti untuk mengenal pasti identiti lelaki di dalam video seks yang heboh diperkatakan itu.

Bagaimanapun siasatan terhadap skandal yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka selesai minggu depan.

"Polis ketika ini sedang membuat pengesahan mengenai siapakah pemilik jam Omega yang diserahkan kepada polis,"katanya pada wartawan Khamis.

Ditanya samada perempuan di dalam video tersebut dapat dikesan dan disoal-siasat, kata Ismail, "Polis berjaya menemubual semua yang terlibat dalam video seks tersebut,".

Bagaimanapun, polis belum menamakan individu yang sudah dikenal pasti itu.  Artikel sepenuhnya klik sini.



Komen Isac;

Cakap banyak-banyakpun tak guna....Sama-samalah kita tunggu....



Lagi Satu Kejutan!!! Idea Kerajaan Perpaduan Kini Bertaut???

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Persiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) ketika bertembung semasa membuat tinjauan mesra di Pekan Pusa, Betong, hari ini. - Foto BERNAMA Apr 13, 2011 6:50 pm


Bukan sahaja RPK dah "berpaling tadah".... Dah kembali ke jalan yang benar!!!

Nampaknya idea kerajaan perpaduan juga semakin menjadi realiti???

Mungkin dua foto di bawah ini juga boleh menjadi saksi???



13 Apr 2011

Lagi Berkat Solat Hajat Pas??? RPK Pula Berpaling Tadah???



Siaran rakaman video yang disiarkan di Buletin TV3 jam 8:00 malam tadi, RPK menyalahkan Anwar yang dikatakan "menghalalkan" serangan mengaitkan Najib dengan Alantunya...

Kita tunggu sahaja berita selanjutnya nanti.... Bagi penulis RPK ini memang jelas persaksiannya "tak boleh dipakai".....

Hanya seorang penulis upahan.....

Apapun jika dakwaannya "diperdaya" Anwar adalah benar, maka satu lagi "topeng" beliau akan terbuka!!!

BN Tertekan!!! Semakin Ramai Orang Sarawak Hadir ke Ceramah DSAI!!!



Oh.....rupa-rupanya ramai yang datang kerana nak bandingkan DSAI dengan lelaki dalam klip video seks.... klik sini.

Kan bagus macam tu....Selama nipun Anwar yang "mengajar" rakyaat agar membawa perbicaraan ke jalan-jalanraya....

Biarlah rakyaat yang menilai...

12 Apr 2011

Mengapa Taib Perlu Bagi Tahu Bila Beliau Akan Berundur dan Jam Omega Jangan Ditanya ke Mana Perginya?


Setakat ini selain daripada janji untuk memajukan dan memakmurkan negara yang telah dikotakan...

Janji pemimpin-pemimpin besar BN untuk memberi laluan kepada muka-muka baru juga telah mereka kotakan....

Tun Mahathir, dah turun....

Tun Abdullah, dah turun...

Dato' Seri Samy pun dah turun....

Yang tak turun...

TG Nik Aziz dah 80 tahun...

Karpal Singh.... Dah uzur pun....

Lim Kit Siang... X payah cerita lah.....

Tuan punya jam Omega pun dan 65 tahun....

Begitulah "double standard" nya Pakatan....

Mana jam Omega?

11 Apr 2011

Bakar Rumah Ibu Gara-gara Menonton Wayang "Hantu Kak Limah Balik"???


Bukan!!! Tak ada kena mengena dengan wayang gambar "Hantu Kak Limah Balik".

Ini cerita anak "derhaka".... Waliyazubillah....

Mungkin gara-gara menagih dadah, dadah sintetik ataupun kurang siuman... Klik sini.

Lelaki Dalam Gambar Yang Menyokong 1 Malaysia ni Bukan Nik Aziz!!!





Jangan terperanjat, jika nanti pakatan menafikan bahawa lelaki di dalam foto-foto di atas adalah TG Nik Abdul Aziz....

Almaklum....Lelaki Y bukan Anwar.... Lelaki dalam klip video lucah juga bukan Anwar...

Justru apa yang nak dihairankan jika lelaki dalam foto di atas juga bukan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3