AIDCNews – 22/08/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh iaitu kandang yang diduduki selama ini sebagai seorang tertuduh meliwat bekas pekerjanya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sebelum ini, Ram Karpal, salah seorang peguam Anwar memberitahu anak guamnya, sedang memikirkan salh satu daripada tiga kaedah dalam memberi keterangan iaitu berada di kandang saksi, kandang tertuduh atau berdiam diri.
Jika Anwar berada di kandang saksi, hujahnya lebih kredibel kerana mesti dimulai dengan acara bersumpah dan hujahnya boleh disoal balas oleh pihak pendakwa.
Sebaliknya jika memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, hujahnya dianggap kurang kredibel, tidak perlu bersumpah dan tidak perlu disoal balas oleh pihak pendakwa.
Dan akhirnya Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, yakni dia duduk di atas bangku peguamnya yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon dan tidak memberi peluang pihak pendakwa mencabar kesahihan keterangannya itu
Menurut Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tetapi beliau masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang tertuduh (dock).
Komen Isac;
Inikah pemimpin yang rakyaat dambakan??? Pepatah ada mengatakan, "berani kerana benar, takut kerana salah". Mengapa beliau "takut" untuk disoal-balas oleh pihak pendakwaraya???
Si Saiful yang dihina dan diinjak-injak maruahnya oleh media Pembangkang pun, tidak gentar untuk disoal di mahkamah. Mengapa seorang pemimpin "ulung" dan pakar pemidato dilihat ragu2 ???
Di mana letaknya ketelusan dan keadilan yang selama ini dilaung-laungkan oleh pembangkang?
Saksi-saksi pihak pendakwaraya mereka nak temuduga sebelum perbicaraan, diri tertuduh pulak "dihalang" untuk disoal-balas semasa peerbicaraan...Keadilan konon... Keadilan cara Anwar, semuanya putar-belit dan penuh dengan tipu muslihat!
Kepada penyokong2 Anwar, korang kena tipu ajelah.... Bila mata-hati dah tertutup, begitulah jadinya...