Nik Aziz akui kebanyakan tandas masjid di Kelantan kotor
February 11, 2011
KOTA BARU, 11 Feb — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kebanyakan tandas masjid di negeri ini masih kotor kerana tiada peruntukan untuk menyelenggarakannya.
Mursyidul Am PAS itu turut kesal dengan tindakan umat Islam di Kelantan yang mengabaikan aspek kebersihan di tandas masjid, kerana keadaan tersebut memberi gambaran negatif kepada pelawat sekali gus menjejaskan imej agama Islam yang mementingkan kebersihan.
“Kita akui tahap kebersihan kebanyakan tandas di masjid-masjid di negeri ini masih rendah kerana jawatankuasanya tidak mengendalikannya dengan baik disebabkan tiada peruntukan khusus untuk penyelenggaraan,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz seterusnya meminta jawatankuasa masjid agar menyediakan peruntukan khas bagi memastikan tandas dan bilik air di masjid-masjid di negeri itu sentiasa bersih dan memberi keselesaan kepada jemaah dan pengunjung.
Beliau turut meminta umat Islam menjimatkan peruntukan untuk sambutan seperti Maulidur Rasul dan menyumbangkan sebahagian daripadanya ke masjid bagi tujuan penyelenggaraan tandas.
“Masalahnya sekarang tiada peruntukan khusus untuk membayar gaji kakitangan untuk menjaga kebersihan tandas di masjid, menyebabkan masalah kekotoran tandas masjid tidak dapat diatasi sejak sekian lama,” katanya.
Nik Abdul Aziz sebelum ini pernah meluahkan kekecewaannya berhubung tahap kesedaran masyarakat Kelantan yang masih rendah dalam menjaga kebersihan persekitaran mereka. — Bernama
Komen Isac;
Rakyaat kelantan harus berubah sikap... Tidak sesuai rasanya jika gelaran "Serambi Mekah" tetapi pemikiran rakyaatnya "kotor dan busuk"....
Jika mindanya bersih sepatutnya tandasnya juga bersih!!!
Sekiranya mentaliti ini tidak diubah, ianya secara tidak langsung juga bermaksud rakyaat Kelantan mahu "memperbodohkan" TG kerana terus-terusan memenangkan beliau sebagai MB, yang antara lain tujuannya supaya TG turut terbabit dalam hal menjaga tandas
Rakyaat Kelantan perlu memikirkan maksud yang tersirat...


Benda mudahpun jadi payah kerana tak nak berubah dan tak nak bersusah payah.
ReplyDelete