bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

15 Feb 2011

Nik Aziz Kata Mubarak Jatuh Kerja Allah, Bagaimana Pula Dengan Anwar???


Kalau di zaman 1998 penulis pun sama-sama menentang pemecatan DSAI, tetapi kini penulis  berpendapat ianya mungkin kerana Allah s.w.t. sememangnya tidak izinkan beliau memerintah Malaysia... Sebabnya hanya Allah yang tahu...

Kini seorang-demi seorang yang dahulunya penyokong kuat dan sanggup menjadi "perisai" buat Anwar pergi meninggalkan beliau.... Pemergian mereka selepas banyak bekorban untuk beliau bukan diucapkan dengan ucapan terimakasih dan selamat maju jaya, tetapi dilontar dengan ucapan dan kata-nista seolah-olah mereka itu semuanya tidak pernah berjasa dan "jahat-jahat" belaka....

Tidakkah ini juga antara pentunjuk daripada Allah s.w.t.???

Tidakkah usaha murni kerajaan pimpinan Umno/BN yang telah bersusah-payah mengeluarkan hampir 9 ribu pelajar Malaysia dari Mesir yang dilanda huru-hara tanpa memperdulikan latar belakang politik mereka membuktikan sesuatu???

Bagaimana jika penulis katakan itu juga adalah satu ketentuan Allah s.w.t. yang mahu memuliakan hambanya (Umno) untuk membuktikan kepada rakyaat Malaysia bahawa Umno tidaklah seburuk yang disangka???

Sebagai manusia janganlah sesekali kita merasakan bahawa kita lebih Islam dari orang lain... Jika itu berlaku ingatlah itu juga salah satu daripada sifat orang yang riak dan takabur...

0 comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

My Blog List 3

My Blog List 4