bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Sep 2010

Tanah Melayu Negeri Kelantan Untuk Dilelong???

Blog MIM - klik sini.




Seperti yang ditulis oleh rakan blogger Empayar Pemuda :-

"Apa yang kita ketahui, pemilikan tanah di Kelantan hanya terhad kepada rakyat negeri Kelantan sahaja. Kalau mengikut Enakmen Tanah Kelantan 1938 :


Sila rujuk Enakmen penuh klik sini

Penama Syarikat boleh memohon untuk memiliki tanah di Kelantan. Beberapa prosedur yang wajib perlu dilaksanakan. Permohonan tersebut akan melalui beberapa saringan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk mendapat kelulusan. Tiada jaminan kelulusan akan dikeluarkan.

Undangan-undangan ini dibuat untuk menjaga kepentingan orang Melayu di Kelantan. Berbeza di Pulau Pinang. Habis tanah di Pulau Pinang dimiliki oleh orang cina akibat dari tiadanya kawalan. Hanya 18 peratus sahaja tanah dimiliki oleh orang Melayu.

Juga ikuti blog Media Permatang Pauh

Komen Isac;

Kerajaan negeri Kelantan perlu menyasat perkara ini. Sekiranya benar, mereka perlu membetulkan kesilapan ini dan sekiranya disengajakan rakyaat Kelantan berhak mendapatkan penjelasan kerajaan negeri.

Apa yang penulis hairankan bagaimana Melayu negeri lain tidak boleh membeli tanah di Kelantan tetapi "ada pihak" yang dilihat sewenang-wenangnya boleh mewujudkan "Chinese freehold" di negeri tersebut???

Ulamak Pas Boleh Pakai Mercedes Baru - Bukti Umno Tak Zalim Seperti Yang Didakwa!!!

Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Rasulullah s.a.w bersabda; dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”

Pas selalu kata Umno Zalim, Thorouut, agen Yahudi dan lain2... tapi jika berpegang pada hadis nabi di atas bolehkah ulamak2 di Malaysia ni terutamanya dari pembangkang memiliki dan menaiki Mercedes Benz, BMW, Aplhard dll?

Takkan nak kata hadis di atas tu X betul pulak??? Jadi jawapannya, samada Umno sebenarnya tidaklah sekejam dan sejahat yang diperkatakan ataupun "ulamak-ulamak" Pas sebenarnya bukanlah muslim yang mukmin seperti yang disangkakan...
 
Bukan nak suruh ulamak dan tok-tok guru sentiasa hidup susah, tetapi sebagai panduan untuk kita sama-sama bermuhasabah diri. Nabi dan para sahabat hanya duduk beralaskan pelepah tamar... Adakah kita lebih baik dan lebih hebat dari Nabi Muhammad s.a.w. ???

Bersyukurlah di atas nikmat yang diperolehi...

29 Sep 2010

PRK Galas - Demi Perpaduan Melayu, Umno Patut Menarik Diri???

Galas: PAS minta BN tak tanding demi perpaduan Melayu

KOTA BARU, 28 Sept – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri di sini, hari ini.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. – Bernama


Komen Isac;

Jika permintaan Datuk Takiyuddin Hassan ini dibuat dengan ikhlas dan ianya adalah pendapat majoriti pemimpin-pemimpin Pas yang "Pro-Perpaduan", penulis percaya ianya adalah suatu yang patut dipertimbangkan.

Walaupun bagaimanapun Datuk Takiyuddin Hassan haruslah mempastikan "ayam-ayam" sabung Pas seperti Khalid Samad, Ahmad Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain agar "tutup mulut" dan "jaga tingkah-laku".

Tidak guna jika Umno sahaja yang beriya-iya disuruh menunjukkan contoh yang baik ke arah perpaduan Melayu dan Islam tetapi dalam masa yang sama Pas gagal bukan sahaja untuk mempastikan anak-anak buahnya menjaga "tingkah-laku", bahkan Mursyidul Am nya juga di lihat mempunyai fikiran yang "bertentangan"...

Apapun jika perkara di atas dapat Datuk Takiyuddin Hassan mengawalnya penulis percaya ianya pasti akan menjadi titik bersejarah kepada perpaduan Melayu/Islam di alaf baru.

Jika mereka yang berketurunan Cina dan India boleh bersatu demi untuk mempertahankan dan mempertingkatkan hak mereka, mengapa orang Melayu/Islam tidak boleh berbuat yang sama demi survival kita?

Alibi/Saksi Saksi Terbaru Bahawa Anwar Tidak Meliwat Saiful???


Gambar-gambar lain klik sini. Penulis tak tergamak nak postingkan di "bumiyang". Orang yang mempunyai peribadi sebegini, bolehkah persaksiannya dikira ataupun diterima??? Suka hati korang lah...

Kenyataan Wang Ikhsan Judi Dr Asri - Rupanya Kena Spin???

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan di negeri itu sama ada untuk masyarakat bukan Islam dan Islam adalah tidak wajar.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, walaupun miskin, golongan tersebut mempunyai maruah dan seharusnya bantuan untuk membasmi kemiskinan itu diperoleh daripada sumber yang halal.

“Jangan kita menjadikan sumber kewangan daripada aktiviti judi sebagai amalan untuk membantu masyarakat miskin kerana dibimbangi ia menimbulkan suasana kebanggaan di kalangan syarikat judi kelak".
“Kita tidak mahu suatu hari nanti, masyarakat pun ‘terdidik’ dengan pandangan bahawa judi pun halal kerana sudah terbiasa mendapat bantuan daripada sumber judi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari kelmarin.

Mengenai kenyataannya dalam sebuah akhbar tabloid bahawa bantuan daripada sumber judi yang diterima rakyat miskin sebagai tidak haram, Mohd. Asri menjelaskan, beliau tidak mahu golongan berkenaan gusar.

Katanya, memang benar rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak berdosa kerana yang menanggung dosa berkenaan adalah kerajaan negeri dan dalam konteks Pulau Pinang, exconya yang beragama Islam.

“Rakyat tidak mengetahui daripada sumber mana sumbangan itu diperoleh jadi mereka tidak berdosa, pihak yang berdosa adalah kerajaan negeri  (si Mansor Othman, Malik Kassim dll)
kerana mereka ini mengetahui daripada mana duit tersebut diperoleh,” jelasnya.


Komen Isac:

Selalu yang penulis dengar, PR kata Utusan Malaysia "kaki spin" berita, sekarang ni macam mana pulak??? Siapa pulak yang salah???  Media-media yang "spin" berita semalam tu adalah "milik" atau "dipengaruhi" Pakatan Rakyaat ke??? Mengata dulang paku serepih rupanya...

- Sumber blog MIM.

Jika Tidak Dicegah, Bencana Besar Bakal Melanda Kelantan!!! Rakyaat Kelantan Berkemungkinan Pupus???


KUALA LUMPUR 27 Sept. – Masalah bekalan air bersih di Kelantan yang semakin buruk khususnya di musim perayaan baru-baru ini membuktikan selama ini kerajaan Pas Kelantan gagal menyelesaikan masalah tersebut biarpun diberi peluang selama 20 tahun mentadbir negeri itu.

Masalah ini bukan masalah baru malah masalah berkenaan dapat diselesaikan sekiranya kepimpinan negeri memberi tumpuan kepada masalah rakyat kerana air adalah keperluan utama penduduk.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Mohd Rosdi Ab Aziz berkata, masalah air Kelantan ini sudah terlalu lama, malah ia lebih buruk lagi ketika musim perayaan, memandangkan anak-anak Kelantan akan balik beraya di kampung halaman sendiri.

“Masalah air di negeri Kelantan ini sudah berlanjutan sejak sekian lama. Tapi sebenarnya, dalam masa yang sama Kementerian Persekutuan telah pun menyediakan dan memberikan peruntukan kepada kerajaan negeri sebanyak RM 600 juta dalam usaha menaik taraf bekalan di negeri Kelantan kepada rakyat Kelantan.

Tetapi apapun, tugas membekal air bersih kepada rakyat Kelantan ini tetap menjadi tanggungjawab kepada kerajaan negeri. Kita tengok akhir-akhir ini, betapa masalah bekalan air kepada rakyat Kelantan ini begitu serius sekali. Dari segi masalah kekurangan air, yang keduanya air yang tidak bersih,” ujarnya yang ditemui UMNO-online.

Sehubungan dengan itu, Rosdi berharap kerajaan negeri tidak lepas tangan dalam hal ini, malah kerajaan negeri sepatutnya mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini dengan lebih serius, dengan menyediakan peruntukan dan tindakan-tindakan segera.

“Saya dapati, bukan sahaja membekalkan bekalan air bersih, mencari punca-punca baru bekalan air bersih dengan lebih segera. Sekarang ini, kerajaan negeri untuk membaiki paip-paip yang bocor atau menukar paip-paip yang lama, bekalan dari ke rumah ke rumah pun kerajaan negeri tidak member perhatian yang serius kerana sekiranya dibelanjakan peruntukan yang besar bagi menyediakan paip-paip yang baru ataupun membaiki paip-paip yang bocor dengan segera, ianya sekali lagi melibatkan kos yang agak tinggi yang memperlihatkan kesan kepada kewangan serta gambaran untung rugi kepada Syarikat Bekalan Air Kelantan.

Sukar untuk kerajaan negeri untuk membelanjakan duit atau peruntukan kepada perkara-perkara yang tidak memberikan hasil yang segera, pulangan segera kepada mereka yang memberikan keuntungan kepada syarikat kerajaan negeri atau kerajaan negeri itu sendiri,” tambahnya.

Dalam erti kata lain, sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak membantu kerajaan negeri dalam usaha menyelesaikan bekalan air, Rosdi yakin kerajaan negeri tidak mampu untuk memberi bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, satu kajian telah dibuat oleh sebuah universiti, sekarang ini cabaran besar pula kepada rakyat Kelantan ialah masalah air bersih kerana bekalan air bawah tanah hari ini menghadapi tahap keracunan yang agak tinggi.

“Sedangkan sebahagian besar dari negeri Kelantan punca air utama masih lagi punca air bawah tanah. Termasuk Syarikat Air Kelantan sendiri, sebahagian dari punca air ialah punca air bawah tanah, bukannya punca air dari sungai.

Tahap keracunan tinggi ini kerana di negeri Kelantan, kerajaan negeri Kelantan sendiri gagal menyediakan konsep pembentongan atau proses membersih air buangan dari rumah , kebanyakannya disalirkan terus kepada saliran ataupun sepatutnya kawasan perumahan, kerajaan mesti menyediakan kawasan pembentongan atau pembersihan daripada air yang telah diproses bersih itu baru boleh disalurkan kepada saliran, kepada parit dan sistem saliran yang lain,” ulasnya lagi.

Namun apa yang berlaku hari ini, air yang digunakan untuk di rumah-rumah tidak kiralah untuk membasuh termasuk air dari tangki najis sendiri pun, air limpahan  disalirkan terus ke sistem saliran, menyebabkan tahap air tersebut, keracunan air itu diserap masuk ke dalam bumi.
“Tugas membekal air bersih kepada rakyat Kelantan ini tetap menjadi tanggungjawab kepada kerajaan negeri. Kita tengok akhir-akhir ini, betapa masalah bekalan air kepada rakyat Kelantan ini begitu serius sekali. Dari segi masalah kekurangan air, yang keduanya air yang tidak bersih,”
Apabila diserap ke dalam bumi, maka air di bawah bumi itu sendiri mempunyai air yang tidak bersih dan mempunyai tahap keracunan yang agak tinggi.

“Dalam sistem  bekalan air di negeri Kelantan khususnya, sistem rawatan air hanya  berlaku untuk membunuh kuman-kuman atau bakteria sahaja, dengan sistem klorin. Tidak ada rawatan untuk meneutralkan tahap keracunan. Maknanya, air yang dibekalkan ke rumah-rumah sekiranya air Kelantan diperolehi di bawah tanah ianya perlu disemak kerana tahap keracunannya tinggi.

Oleh itu, besarlah harapan agar kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah ini segera. Bukan sahaja dari segi air bersih dan punca air bersih, malah masalah keracunan air bawah tanah ini. Kita lihat sahaja sambutan Aidilfitri baru-baru ini, masalah air semakin meruncing malah ada yang terpaksa bangun seawal jam 2 pagi, baru ada sumber air untuk memenuhkan tangki untuk digunakan,” ujarnya lagi.


Komen Isac

Dengan sumber air bawah tanah yang semakin tercemar, bencana besar bakal menimpa rakyaat Kelantan sekiranya tiada langkah-langkah yang tegas diambil untuk menaik-taraf dan menyelenggara air kumbahan, sisa kumbahan dan sistem pembentung dengan baik agar ianya tidak tambah mencemarkan sumber bekalan air di Kelantan.

Ini adalah kerana dengan kegalan Syarikat Air Kelantan untuk membekalkan air yang mencukupi, rakyaat Kelantan telah semakin ramai yang menggunakan sumber air bawah tanah sebagai sumber alternatif. Bayangkan apa akan berlaku sekiranya sumber air bawah tanah ini dicemari oleh air kumbahan, sisa kumbahan dan sistem pembentungan tidak teratur.

Mungkin satu Kelantan akan keracunan, diserang wabak cerit-berit, taun, hepetitis A, B & C dan lain-lain wabak yang disebabkan oleh air dan kekotoran lain!!! 

Apa pun fahaman politik, sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan bencana ini menjadi kenyataan!!!

Tajuk tu agak mengerikan, harapan penulis ianya dapat membuka mata semua pihak...

28 Sep 2010

Sebab Utama Mengapa PKR Suka Menyalahkan Orang Lain???



Komen Isac;

Orang tua-tua selalu kata, "jangan pandang orang sebelah mata". Tapi itulah yang dilakukan oleh PKR. Orang lain semuanya tak betul... Nepotiseme, kronisme dan macam-macam bahasa "bobrok" yang lain hanyalah untuk orang lain.... Walaupun sebenarnya diri mereka sendiri yang mengamalkan benda-benda tu, tetapi sengaja pulak menuduh orang lain demi untuk mengalih perhatian dan menonjolkan diri lebih hebat!!!.

Jika dilihatkan logo parti mereka pun dah tahu... Parti pandang orang sebelah mata.... :)

Islam Agama Resmi Tetapi Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dihina Oleh Paderi Kristian Seenaknya




Jawapan kepada Paderi Benjamin;




Sebagai agama resmi negara ini pihak KDN sepatutnya dapat menjaga kesucian agama Islam dan maruah junjungan Nabi Muhammad s.a.w daripada menjadi bahan cacian dan sendaan pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab.

Keseluruhan video klip Paderi Benjamin Stephen boleh didapati di dalam utube.

Wang Ikhsan Sumbangan Judi Kuda - Nasruddin Bagi Warning Kat LGE!!!

Hasil Judi: PAS Mahu Guang Eng Beri Penjelasan Kepada Umat Islam

PETALING JAYA: PAS meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi penjelasan sewajarnya kepada umat Islam di negeri itu berhubung dakwaan kerajaan negeri menggunakan wang hasil judi bagi memberi bantuan kepada golongan miskin.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, parti itu tetap berpendirian bahawa wang hasil kutipan judi adalah haram dan ia tidak boleh digunakan bagi membantu penduduk miskin terutamanya umat Islam di negeri itu.

“Perkara tersebut, memamg telah diakui oleh Ketua Menteri (Guan Eng) bahawa hasil judi tersebut telah diasingkan dan ia disalurkan untuk membantu masyarakat bukan Islam di negeri itu. Oleh itu, kita berpuas hati dengan penjelasan beliau mengenainya.

“Bagaimanapun, ingin kita tegaskan sekali lagi bahawa PAS tidak akan berkompromi sekiranya wang hasil judi diberikan kepada orang Islam di negeri itu. Ini kerana hasil judi tetap haram dan ia tidak boleh diberikan atas alasan apa sekali pun,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, pada Isnin.


Komen Isac;

Itu lah yang semolek-moleknya, walaupun satu "kapal" yang hak perlu ditegakkan. Jika kerajaan negeri Pulau Pinang benar-benar telah mengkhususkan sumbangan daripada syarikat judi kuda tu khas untuk orang-orang bukan Islam, tak apalah...

Apa yang nak dirisaukan.... Kepada LGE beliau hanya perlu kemukakan bukti-bukti seperti "bank in slip" yang menunjukkan bahawa duit sumbangan judi kuda tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun lain dan bukannya akaun wang ikhsan yang dikhaskan untuk mereka yang beragama Islam. Hah boleh ke?

27 Sep 2010

Parti "Dajjal" Kata Orang "Dajjalkan" Pemilihan Parti Dia Orang???

'Kami buat yang terbaik tangani masalah'
Joseph Sipalan
Sep 27, 10
12:19pm

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mengakui berlakunya beberapa kes 'tidak tertib' dalam proses pemilihan, sehingga terganggunya prosiding di beberapa cabang hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, tegasnya, mesyuarat agung (AGM) dan proses pemilihan di majoriti cabang PKR, berjalan lancar.

Katanya, keputusan di 159 daripada 166 cabang yang selesai bermesyuarat sejak 17 September adalah mengikut peraturan walaupun berdepan dengan isu-isu seperti tidak cukup kotak undi.

Saifuddin mengesahkan AGM dan proses pemilihan di sekurang-kurangnya tujuh cabang terpaksa ditangguhkan kerana pelbagai isu, termasuk dakwaan perbuatan merosakkan kotak undi oleh orang luar.

Katanya, pihak parti telah mengenal pasti beberapa individu melalui rakaman video dan foto yang terlibat, yang didakwa terbabit dalam perbuatan vandalisme.
Perkara itu, tambahnya, mendorong kepimpinan parti mempercayai kemungkinan ada anasir yang mahu mensabotaj bagi mencemarkan imej PKR.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Saifuddin berkata, "modus operandi" mereka ialah memecah membuka kotak-kotak undi, menabur kertas undi dan beredar.



Komen Isac;

Proses Pemilihan Cabang PKR Kecoh - "Umno" Pula Dipersalahkan??? DSAI kata "Trojan Horse" Umno???

Biasalah puak-puak ni... Kalau mereka memang tak betulpun, mana nak mengaku!!! Semuanya salah orang lain... Orang lain ni semuanya pendengki... Macam orang lain ni tak ada kerja lain, asyik nak mendajjal dia orang aje...

Tapi yang jelas sebenarnya, lambang parti sendiri pun dah lambang mata "dajjal".... Itu korang fikir sendirilah...Nak percaya ke tidak....Hidup-hidup kena jual...

Guna Wang Ihsan Hasil Judi - Dr Asri Kata Boleh???

September 27, 2010

Asri: Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.

“Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.

“Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

“Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan,” kata beliau lagi.


Komen Isac;

Dari apa yang penulis belajar dulu setakat di sekolah Agama negeri Johor, jumhur ulamak berpendapat duit cukai dari hasil judi dan arak hanya boleh digunakan untuk kegunaan membiyayai kemudahan awam seperti membina jalanraya, jambatan, hentian bas, jambatan dan lain-lain yang seumpama dengannya dan tentulah bukan sama sekali untuk membeli makanan kerana barang makanan akan menjadi darah daging.

Semasa isu Judi bolasepak heboh diperkatakan dan pihak Pakatan Rakyaat menghentam Kerajaan BN dengan begitu hebat, lain pula nada Dr. Asri ketika itu... Sekarang dah lain pulak ya???

Apa pun daripada pemerhatian penulis, judi bolasepak masih dijalankan secara haram hingga kini, dan yang mendapat faedahnya tentulah pihak yang menjalankkannya, kongsi gelap dan mereka yang bersengkokol dengan kongsi gelap termasuklah sesetengah ahli politik yang berkawan dengan konsi gelap.

Penulis merasakan keputusan jumhur ulamak adalah lebih tepat kerana ianya dibuat bukan oleh seorang individu tetapi oleh sekumpulan (majoriti) ulamak dan yang datang dari berbagai bidang/cabang ilmu. Kepada pembaca budiman tepuk dada tanya selera... Walaupun kita boleh bertaklik kepada ulamak, jangan pulak kita bertaklik secara membabi buta. Yang pasti di akhirat kelak kita akan dipertanggung-jawabkan atas apa yang kita perbuat di dunia. Jika seorang ulamak mahu beritihaj seorang diri, biarlah dia guna untuk dirinya sahaja...


Jangan Gadai Hak Melayu!!! - TG Nik Aziz Bersetuju Dengan Saranan Tun Mahathir..

Nik Aziz: Saya tidak tamak kekal MB Kelantan

September 26, 2010
KOTA BARU, 26 Sept — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak menyimpan sedikit pun perasaan tamak untuk terus kekal memegang jawatan itu yang telah disandangnya sejak 1990.

Nik Aziz (gambar) berkata ia bukan kehendaknya tetapi adalah keputusan pucuk pimpinan PAS sendiri yang mahukan beliau terus memegang jawatan itu.

“Saya sendirilah jadi Menteri Besar ini tak ada tamak sikit habuk tapi telah dipilih oleh parti. Jadi Menteri Besar, kalau boleh nak suruh orang lain (ganti) tapi lepas setahun, setahun, lepas sepenggal, sepenggal (terus memegang jawatan itu),” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Mursyidul Am PAS itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pasir Mas semalam yang mengingatkan pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Menurut Mahathir keadaan itu jika dibiarkan tidak mustahil suatu hari kelak negara ini akan menjadi seperti Singapura dimana bangsa Melayu dan umat Islam tidak lagi bebas bersuara.

Mengulas perkara itu, Nik Aziz berkata apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu diterimanya dengan baik dan boleh dijadikan sebagai peringatan kepada semua pihak termasuk daripada parti pembangkang. — Bernama


Komen Isac;

TG Nik Aziz pun bersetuju dengan Tun Mahathir dalam isu hak keistimewaan orang Melayu, anda semua bagaimana???

Sambutan Kepada Tun Mahathir & Perkasa di Pasir Mas - Amat Menggalakkan...



Komen Isac;

Jika kehangatan sambutan ini boleh dijadikan ukuran sebagai sokongan orang-orang di Pasir Mas kepada Tun Mahathir dan Perkasa, mungkin tidak salah jika penulis cadangkan Tun bertanding di Pasir Mas Dalam PRU 13 nanti.

26 Sep 2010

Zaid Baru Kenal Siapa DSAI???



Berita penuh klik sini. wawancara Datuk Zaid di Mingguan Malaysia 26 September 2010.


Komen Isac;

Kalau sekarang baru nak sedar, walaupun agak terlambat... Datuk Zaid masih boleh berpatah balik. Maaf, orang politik mana tahu "malu".... Kalau malu nak masuk Umno balik masih boleh join Tok Berahim.

Tetapi jika Datuk Zaid mahu menempa sejarah, binalah asas yang kuat dalam PKR walaupun terpaksa merempuh onak dan duri. Apabila telah berjaya "merampas" pucuk pimpinan PKR nanti, bubarkan sahaja parti tersebut dan bawa semua ahli untuk bergabung dengan Umno/BN. PKR umpama "duri dalam daging" kepada perpaduan Melayu.

Jika itu dapat dilakukan siapa tahu nama Datuk Zaid akan dikenang sebagai "Bapa Penyatuan" dalam era Moden negara dan nama beliau akan diletakkan sebaris dengan nama-nama negarawan yang terdahulu...

Pertandingan Timbalan Naib Presiden PKR - Bukti Zaid Bakal Diratah Hidup-hidup Oleh Azmin???

Inilah sahaja ahli PKR yang mampu dikumpul semasa perasmian Mesyuarat Agung Cabang Wangsa Maju, iaitu mesyuarat cabang (mesyuarat bahagian), bukannya mesyuarat ranting (cawangan).

Sumber blog "RBF", klik sini. dan "minag_jinggo", klik sini.



 
 


Komen Isac;

Samada ini adalah sebagai petunjuk bahawa sambutan rakyaat terhadap PKR telah semakin merudun, ataupun ahli-ahli PKR sememangnya menolak Datuk Zaid berbanding YB Azmin.

Nampak gaya jika Datuk Zaid gagal untuk mensesuaikan diri dengan fenomena ini, cakap-cakap politik bahawa beliau akan "ditalkinkan" dalam PKR bakal menjadi kenyataan...

Lokasi Mayat Pula Dijumpai di Ladang Milik Suspek Utama Kes Bunuh Sosilawati???

Lokasi mayat ditanam ditemui di ladang milik suspek utama kes Sosilawati

September 25, 2010
 
Foto: Dari Fail (Berita Harian).

KUALA LANGAT, 25 Sept — Dua lokasi baru dipercayai merupakan tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam manakala satu lagi di bahagian luar.

Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira pukul 4 petang tadi.

Tinjauan juga mendapati sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut.

Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi esok berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira pukul 6.45 petang.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Suspek utama kes tersebut yang merupakan seorang peguam turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, dan seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas dan Shafik serta rakannya dilaporkan hilang sejak lima bulan lepas.

Kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berjumpa dengan suspek utama itu. — Bernama


Komen Isac;

Begitu banyak kes yang dikaitkan dengan suspek. Semoga mereka yang bersalah akan mendapat balasan yang setimpal.

25 Sep 2010

Pemuda Pas Cadangkan Gunakan Hudud Untuk Kes Bunuh Sosilawati dan Tiga Rakan....

Susulan kes Sosilawati: Pemuda PAS desak hudud atasi jenayah serius

September 25, 2010
KUALA LUMPUR, 25 Sept — Di sebalik pembunuhan kejam yang terbaru, Dewan Pemuda PAS ulangi desakan agar undang-undang jenayah Islam digubal bagi mengatasi masalah sosial serius - perkembangan terbaru yang kemungkinan akan membuka semula kontroversi lama melibatkan komponen pembangkang. 

Undang-undang jenayah Islam yang turut dikenali sebagai hudud, yang membolehkan peruntukan memotong dan direjam sehingga mati bagi jenayah-jenayah serius, pernah membawa kepada 'keruntuhan' ikatan pembangkang hampir dua dekad lalu. 

Bagaimanapun Pakatan Rakyat (PR) telah menggugurkan soal undang-undang itu dalam Dasar Bersama dicapai Disember lalu. “Sistem perundangan semasa tidak berjaya, jadi perlu ada satu sistem alternatif,” kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pada sidang media hari ini. 

Sayap muda PAS mengambil pendirian ini ekoran pembunuhan kejam jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain baru-baru ini. 

Mereka dilaporkan dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai di Banting. “Kami telah membuka pintu kami kepada sesiapa sahaja termasuk rakan-rakan kami di Pakatan untuk perbincangan. 


Komen Isac;

Satu niat yang sangat mulia dan pastinya merupakan kewajiban yang perlu dipikul di bahu setiap umat Islam.


Satu soalan penulis, adakah kita benar-benar telah bersedia untuk menggunakan Hudud? Lebih-lebih lagi dalam kes Sosilawat? Kes ini berat dan sangat rumit. Adakah Hukum hudud yang dikemukakan Pas itu telah 100% lengkap? Janganlah nanti hanya umpama melepaskan batuk di tangga. Jangan nanti disebabkan kebodohan kita penjenayah terlepas begitu sahaja....

Selari dengan kemajuan teknologi forensik dan CSI di dunia dewasa ini penulis berpendapat undang-undang hudud juga perlulah diperhalusi dengan lebih mendalam dan disesuaikan dengan bukti-bukti saintifik.


Pastinya jenayah yang dilakukan di zaman moden juga begitu kompleks dan merupakan jenayah yang amat-amat terancang. Penjenayah-penjenayah ini bukan setakat cuba untuk menghapuskan bukti-bukti malah jika perlu, semua saksi-saksi juga tanpa teragak-agak akan mereka hapuskan waima pihak berkuasa.
Jestru itu empat orang saksi untuk jenayah-jenayah berat pastinya hampir mustahil sama-sekali untuk diperolehi!!!! Oleh itu pastinya para ulamak dengan dibantu oleh mereka yang ahli dalam bidang sains forensik dan CSI ini perlu bergabung fikiran dan tenaga untuk beritihad tentang bolehkah atau tidak dan bagaimana untuk mengambil kira bukti-bukti yang dianalisa oleh pakar-pakar forensik dan CSI sebagai saksi di mahkamah. Adakah ulamak kita mempunyai kepakaran untuk berbuat demikian?

Berikut adalah di antara persoalan-persoalan yang bakal timbul dan di antaranya, adakah bukti-bukti ini akan dibiarkan untuk "bercakap sendiri"? Ataupun adakah pakar-pakar yang menganalisa bukti-bukti ini nanti boleh dikira sebagai ganti kepada empat saksi yang diperlukan syarak? Bagaimana pula jika tidak cukup empat saksi seperti yang telah ditentukan oleh syarak?

Bagaimana jika ada di antara saksi-saksi ini bukan Islam? Bagaimana jika ada di antara saksi-saksi ini bukan seorang Muslim yang Mukmin? Apa yang penulis tahu saksi-saksi untuk kes bunuh perlulah;

1.  4 orang saksi lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal.
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri pembunuhan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).

Tanggung-jawab melaksanakan hukum Islam adalah merupakan fardhu kifayah atas semua umat Islam. Setakat hari ini tiada satupun negara Islam di dunia ini yang menjalankan 100% baik hukuman Hudud, Qisas maupun Ta’zir.

Sejauh mana kesempurnaan hukum hudud yang disediakan oleh Pas wajar mendapat komen dan review daripada ulamak-ulamak Islam seluruh dunia.

Gempar!!! Pakatan Rakyat Akan Membentangkan Usul Tergempar di Dewan Rakyat Pada 11 Oktober Ini Agar Kes Liwat DSAI Yang Telah Lama Tertangguh, Dipercepatkan???

Pada pandangan penulis isu ini yang patutnya disegerakan. Kes kononnya pengetua rasis, jikapun benar bukankah mereka ini berhak untuk membela diri??? Bagilah masa banyak sikit...

Jika pembunuh bersiri yang kejam waima tidak berhati-perut pun diberikan peluang untuk membela diri, mengapa pula para pengetuapengetua ini mahu terus dihukum hanya berdasarkan kepada cakap-cakap penyokong-penyokong pembangkang???


Klik sini http://www.malaysiakini.com/news/143518

Sepatutnya Pakatan Rakyaat membuat usul tergempar untuk menyegerakan perbicaraan kes liwat DSAI, itu lebih baik kerana penangguhan demi penangguhan hanya akan memberikan pandangan negatif bahawa DSAI memang benar-benar bersalah!!!!! Kalau sememangnya beliau tidak bersalah apa yang nak ditakutkan??? Kes dah berlanjutan dan tertangguh lebih 2 tahun...

Selesaikan kes ini dan imej PR juga akan kelihatan lebih bersih!!!!!

Hilang Penaja - RPK Baru Tahu Nak Balik ke Malaysia???

http://m.themalaysianinsider.com/home.php


Komen Isac;

Dia sendiri yang melarikan diri, kenapa bila nak balik perlu dijemput??? Lepas tu pulak siap letak bermacam-macam syarat. Nak pasport barulah, nak tiket kapal terbang untuk balik ke Malaysia lah dan macam-macam lagi....

Yang sebenarnya RPK dah kehilangan "penaja". Ibarat pemain bolasepak professional, masa hebat pastinya ada banyak penajaan, tapi apabila masa populariti merudun hanya tinggal gigi dan lidah aje lah....

Kos sara hidup di kota Landon pula pastinya 5 kali ganda dangan nilai tukaran 1.00 pound = RM 5.00. Upah potter angkat bag pun dah 5-6 paun. Makan kebab tepi jalan pun dah 5-6 paun. Satu perkara pulak tentang UK ni, kalau pelancong yang tak berduit, tak ada tempat tinggal, tak ada kad kredit, tiada tiket kapal terbang untuk balik dah tentu-tentu kena halau balik dari hari pertama menjejakkan kaki kat airport.

RPK tahukan hal ini, jadi apabila penajanya dah tak nak tanggung beliau lagi... terpaksalah beliau membuat percaturan lain... Nak menyerahkan diri tentunya malu, jadi cuba-cuba lah "bargain" apa yang kerajaan Malaysia boleh bagi pada beliau... 

Pada pendapat penulis, biarkan sahaja RPK ni, tanpa pembiayaan sudah tentu pihak kerajaan UK nanti akan menghantar beliau pulang ke Malaysia. Pertama kerana dah pokai keduanya kerana pasport dah tamat tempoh serta tiada visa dan permit.

RPK ni selalu ingat bahawa dia tu pandai sangat....

Gempar!!! Bukti Tun Mahathir Mengamalkan Nepotisme & Kronisme!!!

-
- sumber The Malaysian Insider


Komen Isac;

Bila gagal jadi PM, tiada satu yang baikpun tentang Tun Mahathir dicanang satu dunia!!! Tapi suatu yang jelas, Tun melarang anaknya bertanding mana-mana jawatan penting dalam parti, semasa beliau berkuasa.

Tapi sekarang orang yang kononnya telus, tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme,  bini dan anaknya dilihat sedang meletakkan diri dalam jawatan tertinggi parti demi untuk mengukuhkan  monopoli keluarga, itu belum lagi dikira rakan terdekat, saudara-mara dan "kekasih gelap"...

Jadi sekarang ni siapa yang mengamalkan nepotisme dan kronisme???

Masih ingat dulu sekitar hujung 90an, gerakan "Reformasi" telah merusuh di Jalan TAR & Jalan Raja Laut sambil melaungkan "Reformasi" ???Hidup-hidup kita semua kena jual!!!

Itu pun masih ramai yang percaya???

Satu perkara tentang DSAI ialah hampir kesemua tuduhannya pada Umno/BN tidak diikuti dengan bukti. Setelah beberapa lama pula kita akan dapati, beliaulah sebenarnya yang telah melakukan dan mengamalkan apa juga tuduhan yang beliau lemparkan kepada orang lain....

Ibarat pepatah, "anjing berak tepi jalan, mana nak mengaku". Tapi ini lebih teruk dari itu, sampai memfitnah orang lain!!!

24 Sep 2010

Terbaru!!! Sah Bukti Wang Ikhsan Pulau Pinang Dari Sumber Judi???


Sumber blog Pisau" klik sini.


Komen Isac;

Bukti dah ada, nak cakap apa lagi... LGE kena lah jawab... Laporan polis terhadap blog "Pisau" pulak macam mana??? Mohon polis buat siasatan untuk menjelaskan lagi kes ini. Nanti jika surat di atas terbukti benar dan pemberian wang ikhsan sumbangan syarikat judi juga terbukti benar apalah pulak LGE nak spin....

Pas nak cakap apa pulak lepas ni??? tak keluar fatwa ke???

Nasib Penjenayah Sekarang Lebih Baik Daripada Nasib Guru???



Komen Isac;

Zaman profession guru  begitu dihormati telah berlalu... Zaman ini cakap dan teguran guru bukan sahaja tidak didengari malah mereka juga menjadi mangsa "fitnah" sekumpulan puak politik yang "sanggup" menjual apa sahaja demi populariti dan kuasa...

Jika suspek pencuri kereta yang sememangnya terlibat dalam jenayah ini dijulang bagai pahlawan!!!

Jika suspek pembunuh bersiri lagi kejam berpeluang melantik peguam-peguam handal untuk untuk "membebaskan" diri dan dalam masa yang sama menuduh pula pihak polis yang bukan-bukan demi untuk mengalihkan perhatian orang ramai!!!

Jika tertuduh kes liwat boleh menangguh-nangguhkan kes sehingga bertahun-tahun lamanya!!!

Mengapa pula dua orang pengetua ini tidak dilayan seadilnya??? Selayaknya??? Mengapa mereka dihukum sebelum dibicara???

Tajuk artikel Malaysiakini di atas "Guru Rasis" sudah cukup menceritakan bagaimana "golongan" ini melayan guru-guru lebih teruk daripada "binatang ternakkan".

Pemimpin-pemimpin beginikah yang anda mahukan??? Media sebeginikah yang dikatakan telus dan adil???

Jangan sampai Malaysia menjadi syurga penjenayah!!!

Suspek....suspek, awak ke yang suruh pukul, bunuh, bakar dan buang abu mayat-mayat mangsa tu??? Auww...

SUSPEK utama (belakang empat dari kiri) kes bunuh Sosilawati dan tiga individu dibawa polis ke kunci air sungai berhampiran Pasar Besar Banting untuk mencari bahan bukti.



Salah seorang SUSPEK (dua dari kanan) dibawa oleh anggota polis ke lokasi senjata yang dibuang dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Tebing Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah. - Foto Abdullah Yusof


Komen Isac;

Suspek utama kes mendakwa teruk dipukul oleh polis???

Bukan nak menuduh... Tapi rasa-rasa lah, kalau cakap lembut-lembut macam kat atas tu, pembunuh bersiri lagi kejam tu nakk ke mengaku ke bahawa mereka yang pukul, bunuh, bakar dan buang abu mangsa-mangsa??? Dan yang paling mahal sekali, mahu ke dia orang ni tunjukkan tempat mereka cuba nak "hapuskan" semua bukti-bukti kes tu????

Alangkah bagus jika ada di antara mangsa bunuh "pembunuh-pembunuh bersiri" ini adalah keluarga peguambela-peguambela tu sendiri ataupun mereka yang rapat dengan mereka??? Barulah kita dapat lihat samada mereka ni sanggup atau tidak untuk membela para tertuduh atau sebaliknya!!!!
Orang ramai dan para peguambela sepatutnya bersyukur kerana pihak polis sangat professional, bertindak pantas dan tahu apa yang mereka lakukan.

Jangan "dimua...kan" para penjenayah ni!!! Hari ini orang lain yang jadi mangsa, siapa tahu esok-lusa mungkin anda pula??? Kalau anda sanggup, tak apa!!!

Apakah para peguambela-peguambela ini tiada "hati perut"?????


23 Sep 2010

Gempar!!! Suatu Cubaan Untuk "Membebaskan" Pembunuh Dato' Sosilawati dan Tiga Rakan???


Sumber blog GAP - Klik sini.
Tajuk pun tajuk saiko. adakah polis pembela rakyat ? persoalan yang sengaja dilontarkan kepada audience yang berat sebelah diikuti dengan panelis yang sememangnya anti polis..

takkan nak harap jawapan yang diterima semasa forum ini adalah 100% memuji polis.

Panelis:
1. Y.B. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena, Naib Presiden PAS Pusat)
2. Y.B. Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah, Naib Ketua AMK Pulau Pinang)
3. Y.B. Wong Hon Wai (EXCO Kerajaan Pulau Pinang, ADUN Ayer Itam, Pengarah Pendidik Politik DAP Negeri Pulau Pinang)
4. Sdr. Arutchelvan (Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM)
Moderator:

Nora Murat (Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia)
Anjuran bersama:
1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Negeri Pulau Pinang
2. Amnesty International Malaysia (AIM)
3. Sembang-sembang Forum
4. Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang (PERMUAFAKAT)
5. Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang
6. Angkatan Pemuda KEADILAN Negeri Pulau Pinang
7. Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Pulau Pinang

Komen Isac;
Apa motif mereka? Dengan air mata keluarga mangsa masih lagi belum kering, tidakkah hujah-hujah mereka ini nanti mungkin akan diguna-pakai oleh peguambela-peguambela suspek untuk menyerang kredibiliti pihak polis dan mungkin akan menyebabkan "penjenayah-penjenayah" ini terlepas???

Jangan sampai nasib yang sama menimpa kepada empat orang penceramah di atas, masa tu barulah nak cari pihak polis.... Masa tu dah tak guna beb....
Hati-hati bro!!! Politik-politik jugak, jangan jadi YB "terlampau!!!!". Jangan sampai, "nasi menjadi bubur".

Keselamatan dan ketenteramaan negara adalah tanggung-jawab kita bersama... Bukan hanya terletak di bahu kerajaan dan pihak berkuasa sahaja!!!

Etika Mulia Guaman Kelihatan Kian Terhakis???

TIGA peguam bela suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati, V. P. Vijandran (tengah) bersama dua lagi peguam, Puspha Ratnam (kiri) dan Ravi Nekoo hadir ke IPK KL untuk bertemu dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah. 21 Sept. - Utusan/ABDUL NAZIR MOHAMED.


Komen Isac;

Majlis Peguam sepatutnya perlu memantau setiap kes ahli-ahlinya untuk mengelakkan mereka yang "benar-benar" bersalah "terlepas" ataupun mereka yang tidak bersalah "terinyaya".

Jangan nanti profession mulia ini "diludah" oleh khalayak, kerana para peguam "bergaji" besar membelakangkan etika guaman dengan melepaskan mana-mana suspek melalui "pintu belakang" iaitu atas sebab "teknikal", semata-mata kerana wang dan nama!!!

Kelihatannya, penyakit seperti di filem-filem Hollywood, di mana peguam-peguam handal "dibela" oleh ketua-ketua penjenayah dan "mafia" telah terjangkit kepada peguambela-peguambela di Malaysia!!!

Apakah peranan Majlis Peguam di dalam membersihkan "persepsi" negatif ini???




22 Sep 2010

Betapa Beruntungnya Ulamak di Akhir Zaman....

Munajat royalti di Mekah perlu RM400 ribu

http://www.malaysiakini.com/news/143287
Sep 22, 10 2:05pm

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.


Komen Isac;

Walaupun secara peribadi, penulis suka jika Kelantan mendapat royalti minyak demi untuk memakmurkan rakyaat dan negeri, mengetahui bahawa tanah haram Mekah dan Madinah adalah di antara tempat bermunajat yang "paling makbul"... tetapi sehingga perlu untuk mengutip derma untuk menghantar kumpulan ulamak ini ke sana, nampak macam ada sesuatu yang tak kena.... Dah macaam "Upah Umrah" lah pulak???

Bukankah dalam perjuangan ni bukan setakat rakyaat sahaja yang dituntut agar berkorban harta dan nyawa??? Bahkan Para pemimpin-pemimpin juga dituntut untuk berbuat perkara yang sama.... Bukankah lebih "molek" jika para ulamak dan tok-tok guru ini membuat rombongan menunaikan umrah atas belanja sendiri dan dalam masa yang sama sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t. agar royalti minyak diperolehi oleh kerajaan negeri??? Yang akan mendapat manfaatnya pun nanti adalah orang Melayu dan Islam. Jika kena gayanya besar pahalanya tu...

Penulis teringat, para abid (ahli ibadat) di zaman dahulu kebanyakkan mereka adalah miskin. Untuk membayar tambang sampan menyeberang sungaipun tidak termampu. Tetapi dek amalan mereka diterima Allah, sebaik selepas solat sunat dan bermunajat kepada Allah s.w.t., seorang abid telah dianugerahkan selonggok kepingan wang emas sebaik sahaja beliau selesai berdoa. Tetapi abid tersebut hanya mengambil duit sekadar cukup untuk membayar upah sampan menyeberang sungai tersebut, Subhanallah.... Itu cerita dulu, ulamak sekarang dah naik kereta mewah, Alhamdulillah....

Mungkin selepas solat hajat di stadium, doa bala, doa pecah perut tidak mustajap kini strategi telah ditukar... Mengapa tak duduk berbincang molek-molek, kitakan sebangsa dan seagama???

Adat orang merayu janganlah pula datang dengan hidung dan dada yang tinggi...



Pengumuman!!! Blog "Bumiyang" Kini Telah Bebas "Malware Virus"!!!!

Kepada pengunjung-pengunjung maaf dipinta di atas segala kesulitan... Segala "iklan-iklan" telah dikeluarkan. Buat blog !! Aku Pemikir!! sila bersihkan blog anda!!! Anda juga adalah penyumbang kepada "malware attact" ini, sila lihat keratan amaran di atas..... (hanya untuk mereka yang menggunakan web pencari "google chrome")

Siapa Kata Kak Wan "Benci" Azmin???


Lihatlah betapa "rapatnya" mereka berdua.... Tapi dua kali pandang, macam Azmin tu sebenarnya tengah kena "sound" aje dengan Kak Wan.

Selepas 20 Tahun Pemerintahan Pas - Tumpat, Kelantan Bakal Pesat Membangun???


Adik Nik Aziz Akui Terima Replika Cek Atas Sifat Peribadi 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/21/mstar_berita/20100921185327&sec=mstar_berita%20
KOTA BARU: Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I'Da World Group Sdn Bhd, bagi membantu PAS Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.

Nik Din Nik Mat berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik untuk menerima replika cek itu di suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sebuah syarikat Bumiputera, I'Da World Group Sdn Bhd yang menimbulkan misteri dan kejutan banyak pihak kerana bermurah hati untuk menderma kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hettar melibatkan kos RM313.71 juta.

Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.

Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara. BERNAMA


Komen Isac;


Penulis berpeluang menghabiskan hampir lima hari di negeri Kelantan semasa cuti sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. 


Pada pengamatan penulis negeri Kelantan kini sedang menikmati pembangunan yang agak pesat. Pastinya tidak boleh dinafikan sebahagian besarnya telah disumbangkan oleh projek-projek kerajaan Persekutuan yang bernilai lebih RM 7 Billion daripada RMK ke 9. 


Walau bagaimanapun, pada pandangan penulis, kerajaan negeri Kelantan juga telah semakin berjaya menunjukkan kematangan mereka di dalam usaha untuk membangunkan negeri Kelantan. Banyak projek-projek pembangunan yang siap/hampir siap umpamanya di Wakaf Chek Yeh, Pasir Pekan, Pengkalan Chepa, Gua Musang, kawasan berdekatan Tesco dan lain-lain lagi telah sedikit sebanyak "merubah" landskap bandar-bandar dan pekan-pekan di negeri Kelantan yang dahulunya serba daif dan kekurangan, tetapi kini dilihat sedang pesat membangun menyaingi negeri-negeri lain di Malaysia.

Pembangunan projek-projek perumahan dan kawasan banglo-banglo oleh pemaju-pemaju kecil juga di lihat telah merancakkan lagi pembangunan oleh kerajaan negeri. 

Penulis percaya jika projek yang bakal diusahakan oleh  I'Da World Group Sdn Bhd dapat direlisasikan maka pembangunan di negeri Kelantan pastinya akan lebih berkembang pesat dan rancak terutamanya di bandar Tumpat yang berdekatan dengan tapak cadangan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7). Mungkin selama ini Ir Arif Fahmi (menantu TG Nik Azizi) sememangnya pandai buat kerja.... Ini hanya merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya dibuat hanya berdasarkan pemerhatian sepintas lalu. Apapun pastinya ada pihak yang patut diberikan sedikit pujian di atas perkembangan positif ini.


Selama ini kita asyik membangunkan kawasan-kawasan yang didiami oleh majoriti orang-orang berketurunan Cina seperti di Pulau Pinang, Johor Baharu, Selangor dan lain-lain apa kata jika kerajaan Persekutuan kali ini lebih menumpukan kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera kerana selain akan dapat menaikkan taraf hidup mereka dan rakyaat keseluruhannya, kita juga akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber asli dan kegunaan tanah yang masih belum dieksploitasikan sepenuhnya.


Jika rayuan Kerajaan Negeri Terengganu untuk mengembalikan "Royalti Minyak" kelak dipenuhi oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kelantan juga mungkin berpeluang untuk memperolehinya, tetapi saranan penulis, gunakanlah pendekatan yang lebih bijak dan berhemah kerana tuntutan di mahkamah pastinya tidak akan ke mana...Lebih-lebih lagi dengan adanya "klausa" hasil minyak/gas 3 batu nautika di luar perairan mana-mana negeri adalah milik Kerajaan Pusat sepenuhnya.


Jika perlu apa kata Pas sengaja untuk "kalah" di dalam PRU 13 dalam usaha untuk memperolehi "royalti minyak" sebagaimana yang bakal diterima oleh negeri Terengganu. Apa salahnya Pas berkorban untuk rakyaat Kelantan? Mungkin apabila semuanya berjalan lancar, Pas boleh menawannya semula dalam PRU 14 ataupun PRU ke 15 nanti. Bukankah kepentingan rakyaat Kelantan adalah lebih utama???

 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3