bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Testimonial 7 naga - Salah satu rahsia dalam ilmu rawatan mahupun perubatan Islam berasaskan Kitab At-Tabib Wal Hikmah oleh Sheikh Abdul Hamid (Kedah) telah menghasilkan ramu...

31 Aug 2010

20 Tahun Pas Memerintah Kelantan - Apa Persamaannya Dengan Pemerintahan Umar Abd Aziz???

Banyak yang perlu dipelajari oleh pimpinan Pas di Kelantan daripada gaya dan cara pemerintahan Khalifah Umar  Abdul Aziz.

Suatu yang jelas telah gagal dicapai oleh kerajaan Pas di Kelantan ialah untuk membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyaatnya.

Bercakap tentang Islam dan mendakwa diri sendiri lebih Islam dari orang lain sememangnya mudah, tetapi untuk mempraktikkan dan mencapai kejayaan yang sepatutnya bukan setakat perlu pandai bercakap dan "mengkafirkan" orang lain tetapi ia perlukan iltizam dan juga ilmu. Untuk menjadi pemerintah yang baik, selain ilmu agama, ilmu pentadbiran, ekonomi, sasiah dan lain-lain ilmu juga sama pentingnya.

Jika di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang hanya sepanjang 2 tahun 10 bulan, baginda telah berjaya "menghapuskan" fakir dan miskin di dalam jajahan takluknya, sehingga ke Afrika Utara, tetapi pemerintahan Pas di Kelantan yang telah menjangkau ke usia 20 tahun, jangankan masalah kemiskinan dapat diatasi, masalah keperluan asas seperti bekalan air bersih buat rakyaat Kelantan pun, masih gagal mereka tangani.

Bukan bertujuan untuk mencari salah pemerintahan "ulamak" tetapi sebagai manusia dan saudara seagama kita wajib nasihat-menasihati dan kita tidak boleh hidup berseorangan kerana manusia sememangnya saling perlu-memerlukan. Kita perlu banyak bermuhasabah diri. Pas juga perlu bertanya kepada diri sendiri, apa kesilapan mereka selama 20 tahun lalu. Jangan terlalu gemar menunding jari dan sentiasa menyalahkan orang lain.

Cabaran umat sekarang telah semakin mencabar, bila kita bercerita berkenaan nasib orang Islam terutamanya di Malaysia, kita tidak boleh ketepikan bercakap pasal orang Melayu kerana di tanah bertuah ini tidak keterlaluan jika kita katakan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Ini adalah kerana orang Melayu mewakili 90% penduduk Islam Malaysia.

Jika dahulu Umno boleh hidup tanpa Pas dan begitu juga sebaliknya, "kemewahan" itu tidak lagi kita perolehi sekarang. Jestru Umno dan Pas perlu bersatu!!! Lupakan sengketa lama dan dendam kesumat, ingatlah, "sesungguhnya solatku, ibadat ku, hidup dan matiku semata-mata kerana mahu mendapat keredhaan dariNya (Allah s.w.t.)" ... Itulah "akujanji" yang kita ikrarkan dihadapan Allah s.w.t, lima kali sehari, jika maksudnya dapat difahami dan diyakini, perkara yang lain sudah tidak penting buat kita....


Penduduk Kelantan 10 Tahun Menderita - Jom Saman Kerajaan Negeri & Air Kelantan???



Jangan alihkan masalah rakyaat Kelantan dengan menyaman Petronas..... Jika tak mampu mentadbir negeri, serahkan sahaja kepada mereka yang berkemampuan!!! Klik sini.

Hayatilah Titah Raja Dr. Nazrin...Pencerbohan Musuh Islam, Umat Islam Wajib Bersatu!!! Pemimpin Perlu Berjiwa Rakyaat!!!

Pemimpin Bertelagah Menyimpang Prinsip Islam : Raja Nazrin

IPOH: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah bahawa pemimpin Islam yang memilih untuk bertelagah dan bersaing mencari pengaruh, sehingga tergamak melakukan perkara-perkara ekstrem yang mencemar agama dan maruah ummah, sebagai golongan yang telah menyimpang dari prinsip asas Islam.

Ini kerana prinsip asas Islam sentiasa menyeru kepada perpaduan ummah, titah baginda sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeim) peringkat negeri serta sumbangan Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) di sini.

Menurut baginda, penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di dunia terutama contoh-contoh ketara di Palestin, Afghanistan dan Iraq, bermula dari pemesongan yang berlaku di kalangan pemimpin hingga mereka sendiri membuka laluan yang membolehkan bukan Islam melakukan pencerobohan dan kemusnahan.

"Pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar.

"Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam," titah baginda.

"Umat Islam di negara ini kini berada dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca, bagaikan bersedia berpaut kepada apa sahaja yang dapat dicapai untuk terus timbul dalam arus yang mungkin membawa mereka menuju kepada penghujung yang amat membimbangkan," titah baginda.

Umat Islam wajib mengambil pengajaran sebelum nasi menjadi bubur, tegas baginda.

"Ingatlah! Sedarilah! Insaflah! ketika umat Islam jatuh dan menjadi lemah, janganlah diharap ada pihak yang akan bersimpati untuk membela nasib mereka. Masa hadapan dan penentuan nasib umat Islam berada di tangan umat Islam. Selagi umat Islam kekal bersatu dan teguh berpadu, tidak ada pihak yang boleh meruntuh atau menjatuhkannya.

Kejatuhan umat akan berlaku apabila umat memilih untuk tidak bersatu malah saban hari terus menghakiskan kekuatan di antara satu sama lain," titah baginda.

Baginda bertitah jika para pemimpin di peringkat tertinggi organisasi memperlihatkan contoh teladan bersefahaman, saling membantu dan saling bekerjasama, pengikut di bawah tentunya akan dapat bertaut erat.

"Bahawa pemikiran, perkataan dan tindak laku pemimpin itu akan dijadikan teladan ikutan dan menjadi penentu arah kepada pengikut, kerana itu, jika pemimpin bertelagah maka pengikut akan turut berpecah," titah Raja Nazrin.

"Berbahagialah ummah, jika barisan pemimpin Islam dan organisasi berteraskan Islam senantiasa berusaha menjalinkan semangat persefahaman serta senantiasa bergerak ke arah membina jambatan kerjasama; tentunya pemikiran, tenaga dan sumber umat Islam akan menjadi lebih produktif dan ukhuwah di kalangan ummah akan menjadi lebih teguh," titah baginda.

Raja Nazrin turut mengingatkan para pemimpin bahawa selagi golongan fakir miskin wujud di negara ini, mereka masih berdepan cabaran dan tanggungjawab besar untuk memastikan pengagihan sumber kekayaan negara berlaku secara adil dan saksama.

"Kewujudan fakir miskin harus juga menginsafkan warga yang telah hidup senang, warga yang telah mendapat banyak nikmat serta kemudahan, untuk tidak bersifat tamak, bernafsu membolot seluruh kekayaan tanpa menghiraukan penderitaan golongan yang masih miskin dan susah.

Usaha membantu fakir miskin - usaha membasmi kemiskinan adalah satu jihad. Agihan pendapatan yang lebih saksama merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh para pemimpin yang memegang amanah pemerintahan," titahnya.

Baginda bertitah keadilan sejati masih belum tercapai sepenuhnya selagi agihan kekayaan yang saksama tidak dapat dipenuhi, sehingga menyebabkan jurang pendapatan yang ketara antara orang miskin dan kaya.

"Apatah lagi jika cara kekayaan terhimpun kepada kumpulan tertentu yang diperoleh melalui pemberian yang tidak mematuhi amalan pengurusan yang telus lagi teratur, titah baginda. - BERNAMA


Komen Isac;

Biasanya orang yang buat salah mereka tiadak akan sedar walaupun diberi seribu nasihat... Seperti kata arwah emak penulis, "kalau guru turun dari langitpun nescaya tak akan dapat mengubah mereka".

Kita berdoalah sahaja agar orang-orang Melayu di negara ini akan akan terbuka pintu hati mereka agar mencari suatu titik pertemuan agar dapar bersatu dan berpadu agar tiada anasir daripada luar yang dapat menyusup masuk...Sebagai kaum terbesar, jika Melayu bersatu maka negara akan lebih aman dan negara akan sejahteraa.

Marilah juga kita berdoa agar rakyaat Malaysia dari segenap kaum dapat hidup saling hormat-menhormati dan saling bantu-membantu serta mempertahankan perlambagaan yang telah dipersetujui sejak Merdeka...

Parti Yang Selama Ini Menentang "Melayu" & Islam, Kini Dipuja & Dijadikan "Hero" Melayu???

Isu masjid: Puak ‘sosialis’ mahu beli jiwa Muslim

August 30, 2010
PUTRAJAYA, 30 Ogos — Umat Islam perlu tahu membezakan konteks lawatan ke masjid atau surau berbanding mempergunakan masjid bagi tujuan politik dalam keadaan tidak beradab, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang terkilan dengan perkembangan politik di Selangor baru-baru ini, berkata dalam kejadian itu, mereka yang memberi sumbangan datang daripada latar belakang parti sosialis yang selama ini semua maklum dan sedar tujuannya mahu membeli “jiwa” umat Islam supaya menyokong perjuangan dan pemerintahan mereka.

“Langkah ini tidak akan menjadi begitu menghiris jiwa orang Melayu jika majlis itu diadakan di pekarangan surau atau masjid berkenaan.

“Jika kariah masjid atau surau itu beria-ria sangat hendak terima sumbangan daripada pihak sosialis, kenapa perlu langgar titah Sultan. Mereka yang hendak memberi sumbangan tidak perlu pun hadir hingga ke ruang solat untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan yang dipetik dari laman blog Selangordaily bahawa Anggota Parlimen Selayang, William Leong dibenarkan masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberi bantuan.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching “bertazkirah” di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat.

Mengulas lanjut, Hishammuddin (gambar) yang juga Naib Presiden Umno, berkata perkembangan perkara itu amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam.

“Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata ‘kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil’, lepas ini apa lagi “bala” nak datang?

“Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam.

“Saya kira dalam perkara yang menyentuh soal pegangan agama, pemimpin parti politik perlu berani menyatakan perkara sebenar dan mengambil tindakan jelas dan nyata serta mengelakkan kenyataan-kenyataan yang boleh terus menerus mengelirukan orang Islam,” katanya.

Hishammuddin berkata agenda yang dibawa oleh DAP amat jelas dan mereka tanpa henti terus mengambil pendekatan ekstrem, mempertikai hak yang selama ini dipertahankan oleh pemimpin Melayu dan Raja-Raja Melayu.

“Namun, mengapa ada pemimpin daripada parti yang mengaku memperjuangkan Islam enggan mengakui apa yang dibawa oleh DAP ini sebagai menghakis sedikit demi sedikit kekuatan orang Melayu?” soalnyanya.

Pada masa ini, Hishammuddin dalam rangka lawatan tugas rasmi di Bandar Seri Begawan, Brunei bagi membincangkan soal-soal berkaitan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. — Bernama


Komen Isac;

Melayu mudah lupa... Berpuluh tahun mereka ini "memerangi" "Melayu", kini apabila mata kita dikaburi dengan senyuman dan kata-kata manis berserta sumbangan "RM 500.00", sampai sesetangah "Ulamak" kita pun mampu "mereka" beli!!!

Apa komen TG Haji Hadi yang dahulu begitu menentang kerjasama Umno, MCA, Gerakan dan MIC kerana kononnya bersengkokol dengan kufar??? Apa pula kata Datuk Harun Din Al Hafiz dan Datuk Ibrahim Man?

Atas dasar keterbukaan, hak sama-rata dan ketelusan, kita sanggup "gadaikan" dan berkongsi apa sahaja milik kita tetapi yang pasti "mereka" terus "menggemgam" erat semua "milik mereka".

Kini bukan sahaja  masjid dan surau sanggup digadaikan...Bahkan nama Allah pun sesetengah dari kita sanggup "jualkan" demi faedah duniawi...

30 Aug 2010

Kebenaran Yang Kita Mungkin Terlepas Pandang??? Posting Khas Buat Blogger "Bila Harimau Sudah Menaip"...




Klik sini.

Pas selalu menonjolkan diri mereka lebih Islam berbanding Umno, tapi mereka terlupa sebagai orang Islam orang-orang Umno juga tahu sedikit sebanyak hukum-hakam dan tidak menurut secara membuta tuli sebagaimana pengikut-pengikut mereka.. (Bertaklik)

Isu di atas sebenarnya adalah isu aurat dan juga haid (didalam hadas) kerana sememangnya ada dalil yang jelas melarang  wanita-wanita yang didatangi haid daripada memasuki surau dan masjid bahkan lalu di tanah perkuburanpun dilarang jika dikhuwatiri menitis darah haid.

Aurat sesama wanita Islam pula hanyalah di antara pusat dan lutut... Sebaliknya aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram adalah keseluruhan anggota kecuali muka dan kedua pergelangan tangan....

Tidak bermaksud untuk menunjuk pandai, tetapi adalah menjadi tanggung-jawab sesama Islam untuk saling ingat-mengingati.....


Terbaru YB Hanah Yeo di Masjid Al Falah, USJ Taipan. Walaupun Meniru Tudung Ala Rosmah, Masih Dikira X Menutup Aurat Kerana Kehadiran Jemaah Lelaki. Bagaimana Pula Dengan Haid???


Sumber gambar YB Hanah Yeo, klik sini.




Psst....yang pompuan masuk body builder  pulak, hukumnya sama aje sebagaimana lelaki memasuki pertandingan body builder dan bolasepak, kedua-duanya tak menutup aurat...

Selepas Mendapat "Restu" TG Nik Aziz, Teo ke Surau Muhajirin Pula...

Teo Ketika Berjumpa TG Nik Aziz.


Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

 
Komen Isac;
 
Penulis tiada masalah dengannya... Bahkan YB Teresa Kok pun selalu menghadiri majlis-majlis berbuka puasa di kariah di dalam kawasan beliau, cuma bezanya ia terhad di perkarangan masjid/surau.
 
Islam begitu menitik-beratkan bab Toharah dan ianya tidak sepatutnya terhad kepada mereka yang beragama Islam sahaja terutamanya ketika mengunjungi rumah Ibadat.  Kita mempunyai kuasa untuk menguat-kuasakannya, jadi salahkah kita jika kita menasihati mereka???
 
Samada ianya dikira sebagai menggunakan surau dan masjid untuk berpolitik... Itu penulis serahkan kepada budi-bicara Tuanku Sultan Selangor.... Apapun kalau setakat menyampaikan sumbangan dan tidak diiringi dengan sumpah-seranah dan memaki-hamun pihak lawan politik masing-masing, penulis rasa tiada silapnya.
 
Bukankah bagus jika semua pemimpin-pemimpin politik tidak kira parti berlumba-lumba menyumbangkan sumbangan kepada semua rakyaat, rakyaat berhak memilih mana yang terbaik.... Pastinya rakyaat yang beruntung...

Tuntutan Royalti Minyak Kelantan - Suatu Usaha Mengalih Pandangan Masyarakat Terhadap Kegagalan 20 Tahun Pemerintahan Pas Tanpa Membawakan Apa-apa Perubahan???


http://www.malaysiakini.com/news/141434


Komen Isac;

Ianya tak ubah sepertimana taktik Bung Sukarno "Ganyang Malaysia" (1962-1966), untuk mengalihkan masalah sebenar yang di alami oleh Indonesia ketika itu iaitu masalah ekonomi dan pengangguran yang teruk sebaik tamat peperangan di Timur-timur.

Apa kemajuan yang telah dibawakan oleh Pas sejak 20 tahun pemerintahan mereka? Bina masjid, 3 buah. Masalah bekalan air bersih, masih seperti 20 tahun dahulu. Pembangunan ? Adalah projek-projek sumbangan Kerajaan Pusat.

Masalah penagihan dadah di Kelantan, di antara tertinggi di Malaysia walaupun rata-rata penduduk adalah miskin. Nama jolokkannya "Serambi Mekah", tetapi kadar jenayah masih tinggi. Peluang pekerjaan begitu kurang. Anak-anak negeri terpaksa merantau dan bermaustatin di luar Kelantan untuk mencari peluang pekerjaan.

Duit hasil balak, telah hampir habis... Cara terbaik agar rakyaat Kelantan tidak menyalahkan kerajaan Pas ialah dengan mengalihkan semua kemarahan dan rasa tidak puas-hati rakyaat kepada Kerajaan Pusat dan Petronas!!!

Bila kebencian, amarah dan rasa tidak puas-hati rakyaat dapat ditujukan kepada Kerajaan Pusat dan Petronas, cengkaman Pas di Kelantan akan terus dipertahankan. Rakyaat Kelantan akan bersatu menentang Kerajaan Pusat/Petronas dan akan terlupa masalah utama mereka dan apakah tanggung-jawab Pas kepada mereka.....

Licik juga cara "Tok-tok Guru" ni berpolitik rupanya ya....

Pemimpin-pemimpin Bukan Islam Pakatan Rakyaat ke Surau/Masjid Bukan Perkara Baru, Cium Tangan Teresa Kok, "Masuk Syurga"??? Kalau Tangan Eli Wong???

Pemimpin-pemimpin Bukan Islam Pakatan Rakyaat ke Surau/Masjid Bukan Perkara Baru, Tapi Apakah Motif Mereka???

Teresa Kok Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Dewan JKKK di Kg Tengah di Batu 13, Puchong (25 September 2008). Siap Cium Tangan Lagi... Sib baik X Cium Tangan Eli Wong....Bukan Apa, Takut2 Mengikut Perangai Yang X baik.... Ustaz Aku Dulu Pesan... Kita Cuma Boleh Cium Tangan Emak Bapak dan "Guru2" Kita Sahaja.  Macam nipun X Menjadi Suatu Kesalahan??? Dalil Apa Pulak Nak Dikeluarkan???





Sekejap Bantah Bina Masjid... Depan Orang Melayu, Pandai Pulak "Bodek"...




Teresa Kok Dengan Skirt di Perkarangan Masjid Nurrusaadah di Kg Cheras Baru (19 September 2008).



Teresa Kok Berbuka Puasa Bersama Dengan Umat Islam di Perkarangan Surau An-Najah di Kawasan DUN Kinrara (24 Sep 2008).



YB Tian Chua (PKR Parlimen Batu) - Surau Al-Hijrah, Intan Baiduri Kepong. 



YB Teo Nie Ching sedang berucap dalam surau Al Huda, Kajang (22hb Ogos 2010).



YB Xavier (PKR) Berucap di Masjid Lipat Kajang.



YB William Leong Jee Keen (Ahli Parlimen Selayang DAP), Masjid At-Taqwa Selayang Baru (26 Ogos 2010).



Komen Isac;

Selepas mempertikaikan pembinaan masjid-masjid dan surau-surau oleh kerajaan BN, apa motif mereka apabila "cuba membeli" sokongan orang-orang Melayu?

Adakah salah, orang Islam yang merupakan penduduk majoriti negara, penduduk asal dan Islam sebagai agama resmi negara ini, untuk agama Islam diberikan sedikit kelebihan???

Mungkin selepas ini, tok-tok sami di kuil-kuil Budha, Tokong-tokong Cina, Paderi-paderi Kristian, Sami-sami Hindu juga akan meminta elaun-elaun yang dinikmati oleh Tok-tok Imam, Tok-tok Bilal, Tok-tok Siak kita...

Bila Melayu telah menjadi terlalu Liberal....

29 Aug 2010

Apa Beza Penunjuk-penunjuk Perasaan Warga Indonesia Dengan Mereka Ini???






Dengar kata.... Dalang "ganyang Malaysia" dan "ganyang Najib" ni orang yang sama.... Anda komen anda???

Sejak Bila Wanita "Dalam Haid" Boleh Masuk Surau/Masjid???


Klik sini.

Demi Survival - Pakatan Rakyaat Asik Memfitnah???

Jangan termakan hasutan pembangkang – PM

28/08/2010 10:02pm

PEKAN 28 Ogos— Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak termakan hasutan pembangkang yang cemburu dengan pelbagai pembaharuan dan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka.

Beliau berkata, pembangkang sebaliknya hanya pandai menabur fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan dengan bermotifkan politik.

"Jangan termakan hasutan pembangkang kerana kita adalah sebuah kerajaan yang komited membuat pembaharuan dan pembangunan untuk rakyat dan kita sentiasa menambah baik pembaharuan supaya tidak berada di takuk lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan berpenyakit kronik Felcra Sri Makmur di Masjid Al Fatah Kampung Sri Makmur, Pulau Manis di sini malam ini.

Najib berkata walaupun komitmen kerajaan kepada rakyat adalah berterusan dan baik, perkara itu sentiasa dicacatkan oleh pembangkang dengan pelbagai fitnah yang ditaburkan.

"Pembangkang tuduh Felda bankrap dan selepas ini mungkin akan tuduh Felcra juga bankrap walaupun kita tidak bankrap sebab Felcra ada 330,000 hektar tanah di seluruh negara yang memberi keuntungan RM1.1 bilion setiap tahun jadi bagaimana mereka boleh kata kita bankrap,” katanya.



Komen Isac;

Mereka yang "hatinya celik" sahaja yang dapat melihat disebalik perkara yang tersirat. Cukuplah buat penulis menjadi "buta" dari tahun 1998 sehingga 2004..... Cukuplah jika penulis katakan DSAI bukannya pilihan yang baik!!!

Mungkin hari ni ramai di kalangan pembaca yang marah dan tidak bersetuju dengan penulis, tetapi percayalah, masa akan membuktikan bahawa apa yang penulis katakan ini benar!!! Berubahlah sebelum Melayu/Islam hilang di Tanah Melayu!!!

Safety??? Never Heard... The Most Important Thing, Problems are Solved....

Workers hold their colleague to install underground electric cables on a roadside at Noida in the northern Indian state of Uttar Pradesh yesterday, August 27, 2010. — Reuters pic


How lucky we are in Malaysia!!! May our indenpendance last forever!!!

28 Aug 2010

Harga Rendah Sempena Bulan Ramadhan???

Enam belas pelayan perhubungan pelanggan (GRO) dicekup polis di sebuah pusat karaoke di Mentari Court, Petaling Jaya, awal pagi ini.

Irama lagu Aidulfitri yang berkumandang pada telefon bimbit milik seorang GRO tempatan ketika mereka disoal-siasat menggamankan suasana seketika.


Pada serbuan bermula jam 11 malam semalam hingga 12.30 awal pagi ini, selain 16 orang GRO warga Indonesia, China dan Vietnam berusia 20-an hingga 30-an ditahan, turut ditahan adalah lima wanita tempatan.

Serbuan dilakukan oleh tiga pegawai dan sembilan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hasil maklumat awam dan intipan selama seminggu.

Ketua operasi, Asisten Supritendan Mohd Nazri Daud berkata pihaknya pernah menyerbu di lokasi ini yang dahulunya beroperasi sebagai pusat hiburan sebanyak tiga kali atas kesalahan melebihi masa operasi ditetapkan pada 2007.

Bagaimanapun,setelah tiga tahun pusat hiburan itu tutup, pihaknya menyerbu semula premis ini tetapi menjalankan aktiviti perniagaan berlainan iaitu pusat karaoke.


Mengulas lanjut, katanya lagi, difahamkan pusat karaoke ini telah beroperasi sejak tiga bulan lalu tanpa lesen sementara menunggu kelulusan daripada Majlis Daerah Petaling Jaya (MBPJ).

“Kami akan menghubungi pegawai agensi penguatkuasaan dalam jangka masa terdekat untuk mengetahui sama ada premis tersebut membuat permohonan lesen atau tidak,” ujarnya.

Mohd Nazri berkata, menerusi maklumat diterima, pengunjung hanya perlu membayar RM80 untuk mendapat layanan istimewa dari GRO tempatan manakala GRO warga asing pula mengenakan bayaran RM100 bagi setiap jam.

Namun setiap pengunjung diwajipkan menyewa bilik karaoke untuk sekurang-kurangnya dua jam dan layanan istimewa yang diberikan itu dipercayai termasuk perkhidmatan seks.


Tambahnya, siasatan mendapati semua wanita-wanita itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Turut ditahan bagi tujuan pemeriksaan ialah seorang penjaga premis, 10 pengunjung berusia antara 19 hingga 50 tahun yang berada di bilik karaoke itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nazri berkata, pihaknya turut menyerbu sebuah premis menawarkan perkhidmatan seks tidak jauh daripada pusat karaoke itu.

Menurutnya, dua lelaki dipercayai penjaga premis termasuk dua orang warga Indonesia, seorang China dan seorang Vietnam berusia awal 20-an ditahan.

Beliau mendapati, premis yang dipercayai baru beroperasi enam bulan lalu turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan pemantauan dilakukan apabila diserbu pihak berkuasa

Katanya, semua yang ditahan itu dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, pemilik premis akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit,” ujarnya.



Komen Isac;

Mungkin disebabkan bulan Ramadhan, pelangan-pelangan kurang maka di buat "jualan murah"...

Sesuatu yang drastik perlu dilakukan. Dalam bab ini saya kira hukum hudud sememangnya perlu dikuatkuasakan. Jangan sesekali menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Niatnya murni tetapi, kepimpinan yang baik perlu melalui teladan yang baik.

Sebab itulah orang Melayu/Islam dan bumiputera perlu bersatu!!! Jika itu gagal dihayati dan dilakukan, percayalah selogan untuk menegakkan hukum hudud dan negara Islam bukan setakat retorik politik!!! Tetapi ianya adalah suatu pembohongan yang nyata!!!

Siapa Dalang Yang Mengupah Penunjuk-penunjuk Perasaan di Indonesia???

Tunjuk perasaan di indonesia dilakukan kumpulan upahan


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tunjuk perasaan yang diadakan di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia baru-baru ini dilakukan oleh kumpulan-kumpulan upahan.

Perdana Menteri berkata, kumpulan-kumpulan itu diupah pihak tertentu untuk melakukan demonstrasi dengan tujuan merenggangkan hubungan antara kedua-dua negara.

"Itu tujuan dia supaya kita marah, kita bertindak balas dan renggang hubungan dengan Indonesia. Jadi kita jangan terperangkap dengan mainan ini,” katanya dalam satu persidangan akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Semalam kira-kira 600 penunjuk perasaan bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang dan berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara.

Najib berkata, beliau tidak menganggap tindakan tunjuk perasaan itu mencerminkan pendirian pemerintah Indonesia kerana kedua-dua negara mempunyai hubungan yang sangat baik.

Beliau berkata, Duta Indonesia di Malaysia Tan Sri Da’i Bachtiar juga sudah dipanggil untuk meminta pihak berkuasa Indonesia melakukan kawalan yang lebih ketat supaya perkara berkenaan tidak berlaku lagi. – Bernama


Komen Isac;

Apa yang nak dihairankan.... Sememangnya ramai yang "dengki" dengan kemakmuran negara dan hubungan baik dua negara "Melayu" yang begitu dominan di Nusantara ini.

Jika wakil rakyaat sendiri yang baru berumur setahun jagung dan masih mentah" baru-bari ini telah cuba untuk mensabotaj imej dan keselamatan negara, sementara bapanya pula  terdahulu dari itu pernah menyebabkan negara "kehilangan"FDI" yang banyak  gara-gara oleh projek 16 Septembernya.

Jestru itu apalah yang nak dihairankan jika siri tunjuk perasaan yang berlaku di Indonesia juga adalah angkara "mereka" yang cuba "merampas" tampuk pemerintahan di negara kita ini. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas, ye tak?

Perlaksanaan Hukum Hudud - Selama Ini Ahli dan Penyokong Pas Kena Tipu???

Hudud Pas hanya sekadar impian
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8109517.asp

 
KOTA BHARU – Impian Pas untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai tidak akan tercapai berdasarkan perjanjian yang pernah dimeterai di antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) pada Disember 2009.

Penyelaras PR, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Pas juga perlu bergantung kepada kerusi dua pertiga di Parlimen selain sokongan Ahli Parlimen lain sekiranya ingin melakukan sesuatu perubahan berkaitan undang-undang.

Komen Isac;

Itu kata Datuk Zaid. Jadi selama ini cakap-cakap Pas kononnya mereka mahu menegakkan hudud dan negara Islam hanyalah "Retorik Politik"???

Jadinya DS Egr Nizar tidak berbohong apabila beliau mengatakan tiada dalam mana-mana transkrip ataupun Perlembagaan Pas yang mengatakan Pas akan menegakkan negara Islam??? Kalau begitu apa bezanya Pas dengan Umno sehingga kita orang Melayu/Islam berpecah, terpatah arang dan berkerat rotan kerana mempertahankan parti masing-masing?
Bukankah lebih baik untuk kita semua bersatu???

Tahniah Buat 354 Peneroka Felda!!! Tetapi Benarkah Felda Kalah Perbicaraan Kerana "Disabotaj" Peguambela ???

Peguam gagal hadir ke mahkamah punca Felda tewas

The Malaysian Insider
August 26, 2010
BANDAR SERI JEMPOL, 26 Ogos – Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

“Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Baharu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil. Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan. – Bernama


Komen Isac;

Pertama sekali tahniah buat 354 peneroka yang telahpun memenangi kes saman bernilai RM 11 Juta terhadap Felda. Jika sememangnya Felda telah "menipu" para peneroka tersebut sememangnya "padan" dengan muka Felda. Tetapi jika sebaliknya, apalah gunanya wang belasan juta ( seorang dapat lebih kurang RM 30 ribu) jika ianya bukan "hak" kita....

Dari apa yang penulis ketahui sememangnya Felda membeli hasil peneroka lebih rendah daripada nilai pasaran kerana mereka telah mengeluarkan belanja yang begitu banyak untuk membuka tanah-tanah rancangan tersebut. Walalupun ianya milik kerajaan perlu diingat bahawa sebagai sebuah syarikat ia juga berorientasikan keuntungan.

Telah menjadi lumrah berniaga, siapa yang mahu rugi. Jika itu yang dimaksudkan sebagai "menipu" para peneroka, apa yang dilakukan oleh para peneroka tersebut sebenarnya adalah salah. Tetapi begitulah sikap kebanyakkan orang Melayu, pantang lihat bangsa sendiri membuat keuntungan. Sebaliknya jika para nelayan yang meminjam dengan taukey peraih ikan untuk membeli bot, injin bot dan jaring, mereka dengan rela hati menjual ikan-ikan mereka kepada taukey peraih tersebut walaupun harganya begitu murah. Kerana itu sememangnya suatu perjanjian.

Tetapi dalam kes Felda, penulis tidak tahu ceritanya yang sebenar.

Sekiranya firma peguam yang mewakili Felda sengaja tidak hadir kerana sememangnya Felda bersalah, penulis mengucapkan tahniah!!! Kerana telah bersifat jujur, walau bagaimanapun dari segi etika mereka sepatutnya memaklumkan kepada pihak klien mereka sekiranya tidak mahu lagi mewakili mereka.

Walau bagaimanapun sekiranya Felda tidak bersalah dan firma guaman tersebut telah "mensabatoj" Felda, mereka sebenarnya telah melakukan satu kesalahan terhadap rakyaat Malaysia kerana Felda adalah milik negara. Jestru itu satu siasatan perlu dilakukan kerana ianya telah menyebabkan Felda terpaksa membayar RM 11 Juta di mana ia adalah suatu pembaziran wang rakyaat. Sekiranya firma guaman tersebut bersalah, Felda juga berhak untuk menyaman mereka kerana telah mengakibatkan Felda bukan sahaja kerugian dari segi wang ringgit bahkan imejnya juga kini telah tercalar.

27 Aug 2010

Belum Reda Dengan Isu "Taskirah" Nie Ching, Kini Masjid Selayang Pula Mengundang Kontroversi!!!

'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau
Ogos 27, 10 6:15PM
dikemaskini 6.34pm


Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengambil alih pengurusan Surau Al-Huda, Kajang Sentral serta-merta kerana insiden itu bertentangan dengan titah Sultan Selangor.


Setelah semalam kita disajikan dengan berita pembongkaran majlis mencemarkan Surau Al-Huda di Kajang oleh wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching, masih ada lagi wakil rakyat bukan islam diajak masuk kedalam tempat solat orang islam..!

Kali ini giliran Masjid At-Taqwa Selayang Baru pula apabila Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen membuat penyampaian  sumbangan. YB William Leong dikatakan turut diberikan ruang untuk “bertazkirah” diimana beliau telah berpesan agar isu agama tidaklah dimainkan semata mata untuk kepentingan politik…..

Gambar-gambar dan sebahagian posting nukilan dari blog Medan Info, klik sini.



Komen Isac;

Mengapa perlu mengundang murka Sultan? Walaupun kali ini pemimpinnya adalah orang lelaki tetapi cukuplah jika ianya dibuat di luar dewan solat.

Blog GAP & Bumiyang Masuk Utusan Malaysia!!!



Komen Isac;

Mungkin buat GAP iaitu sebuah blog yang Ternama dan telah menjadi "Otai" di arena berblogging ia adalah perkara biasa... Tapi buat "bumiyang" ia sesuatu yang diluar jangka.

Mudah-mudahan selepas ini lebih ramai yang akan membaca http://bumiyang.blogspot.com/


Jika Benar Sebagaimana Yang Dilaporkan Jenice (DAP) Bakal "Mengalahkan" Populariti" Elizebeth Wong (PKR)???

Laporan Adun Dap Seleweng Ke SPRM


PUTRAJAYA, 25 Ogos – Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Teratai, Jenice Lee daripada Dap di ibu pejabat suruhanjaya itu, di sini, hari ini.

Ia berhubung status kutipan derma hasil penjualan kipas bagi pembinaan sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) di Pandan Perdana pada kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu.

Laporan dibuat oleh beberapa pengerusi persatuan penduduk dalam Parlimen Pandan itu bagi membolehkan siasatan dilakukan ke atas Jenice dan mengetahui status wang hasil kutipan derma itu. Ini kerana, dakwa mereka, sehingga sekarang sekolah yang dijanjikan pembinaannya di atas tapak seluas 2.12 hektar masih gagal dikotakan.


 
Ini Pula Kawan dia YB Teo Nie Ching  Melawat Sebuah
Surau Baru-baru ini.


Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai berkata, beliau telah menyerahkan kipas yang tertera gambar dan manifesto PRU wakil rakyat itu kepada SPRM untuk tujuan siasatan. “Kipas tersebut dijual pada harga antara RM5 hingga RM100 dan wang itu sepatutnya digunakan bagi membina sebuah SRJKC tetapi kelmarin Jenice Lee menafikan bahawa kutipan derma untuk membina sekolah.

“Beliau sebaliknya berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan bagi menutup kelemahannya dengan mendakwa pakatan pembangkang enggan menukar status tanah tersebut kononnya tidak percaya kepada Kerajaan Pusat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ah Chai membuat laporan kepada SPRM bersama-sama Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Putra, David Kow; Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Glades, Terance Ee dan Petugas Khas kepada Ahli Parlimen Pandan, Cindy Leong Siew Kam.

Beliau yang mengaku telah memberi idea kepada Jenice semasa PRU lepas untuk membina sekolah bagi meraih sokongan pengundi, kini menyesal kerana sehingga sekarang tiada sebarang inisiatif diambil oleh ADUN itu untuk membina sekolah tersebut.

Sementara itu, Siew Kam berkata, perkara pokok yang berbangkit adalah ke mana perginya semua kutipan wang yang didakwa dibuat atas nama pembinaan sebuah sekolah rendah Cina di Pandan Perdana.

“Untuk makluman umum, Pusat Khidmat Rakyat Datuk Seri Ong Tee Keat (Parlimen Pandan) tidak pernah terbabit dalam sebarang aktiviti anjuran DAP berkaitan dengan projek pembinaan sekolah.“Isu ini tanggungjawab mutlak beliau (Jenice) untuk menjawab segala persoalan mengenai kedudukan sebenar kutipan derma awam yang dibuat semasa kempen PRU lalu,” katanya.

Beliau turut meminta SPRM menyiasat kemungkinan wang derma itu diselewengkan untuk kegunaan politik.



Komen Isac;

Nampaknya populariti Eli Bkt Lanjan bakal tengelam dengan populariti yang bakal dinikmati oleh Jenice...

Mana pulak duit2 yang dikutip untuk buat pembinaan sekolah tu yek? Kurang-kurang tu setengah juta....Takpun silap-silap sampai berjuta-juta.... Jangan lepas ni ada pulak yang "terjun" daripada bangunan SPRM sudahlah...

Kepada yang dah menderma tempohari silalah buat laporan kepada pihak polis... Jika benar "penyelewengan" dana tersebut berlaku, kita mahukan "pelaku" dihadapkan ke muka pengadilan!!!

26 Aug 2010

Katanya Pas Lebih Islam Dari Umno, Tapi Lebih Islamnya Dekat Mana???

Kilang arak: Umno ludah ke langit, kata Khalid Samad
http://www.malaysiakini.com/news/141192
Ogos 26, 10 5:35pm

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagai meludah ke langit, apabila mendakwa PAS takutkan DAP berhubung penutupan kilang arak di Selangor, lapor HarakahDaily.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Noh yang juga menteri pertanian tidak sedar bahawa perkara dibangkitkan tersebut seperti meludah ke muka sendiri.

"Saya nak tanyalah, kalau kilang Carlsberg itu tak tutup sebab PAS takutkan DAP, maka Umno waktu buka kilang tu diorang melutut pada siapa?" soalnya.



Komen Isac;

Parti Pas sebenarnya adalah serpihan parti Umno. Ramai di antara pengasas-pengasas dan ahli-ahli parti ini asalnya pun daripada Umno.

Jestru itu tidak hairanlah jika walaupun menamakan mereka sebagai parti Islam, dan beranggapan Umno "kurang Islam" tetapi dalam banyak perkara yang "mereka" masih merujuk kepada apa yang dilakukan Umno.

Salah satu contoh ialah perkara di atas. Walaupun bergelar parti Islam, Ir Khalid masih mahu merujuk kepada perilaku Umno!!!

Bahkan Pas pernah beberapa kali "mengkafirkan" Umno tetapi akhirnya mereka sendiri yang mempraktikan apa yang diamalkan oleh Umno itu. Klik sini.

Bila kecoh isu Khatib Zakaria mendoakan Lim Guan Eng pada khutbah Jumaat dan sebaliknya telah menggugurkan doa yang sepatutnya ditujukan buat DYMM SPB YD Agong dan TYT YD Pulau Pinang, selain daripada menafikannya, mereka sebaliknya menyalahkan Umno yang dikatakan pernah membuat majlis bacaan Yaasin dan solat hajat untuk memohon kemenangan Kamalanathan dalam PRK Hulu Selangor lalu. Klik sini.    

Malah mereka juga kelihatan bersengkokol dan membiarkan pemimpin-pemimpin kafir berucap dalam masjid dan surau. Bahkan ada di antara mereka adalah wanita muda yang cantik dan tidak menutup aurat. Klik sini.              

Jika setiap apa yang mereka buat mahu dirujuk kepada Umno, parti mana yang lebih Islam sebenarnya. Pas atau Umno???




Nak Panggil Bidaah Atau Apa Ni???



YB Teo Nie Ching sedang berucap dalam surau kat Selangor sebelum menyampaikan sumbangan
dari kerajaan negeri Selangor. X tutup aurat dalam rumah Allah s.w.t.



Ini pulak Xavier tengah bagi "taskirah" kat dalam Masjid Selangor...



Khatib yang mendoakan Guan Eng pada Khutbah Jumaat.




Lagi satu ni suka bacakan doa "pecah perut".....(Gambar X ada, sebab sensitif)



Jawapan buat Anonymous, 26 August 2010 14:57  sila klik sini.

Surau Disimbah Cat... Mintak Maaf tu Bagus.....


Keluarga 4 remaja simbah cat di surau minta maaf

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Keluarga4remajasimbahcatdisuraumintamaaf/Article

2010/08/26

SEREMBAN: Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di sini, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.


Komen Isac;

Pertama tahniah kepada pihak polis kerana berjaya "menutup" kes ini dengan cepat. Walau bagaimanapun mereka tidak boleh "dilepaskan" begitu sahaja. Mereka perlu bertanggung-jawab dan dikenakan hukuman yang sewajarnya.

Walaupun kesalahan yang dilakukan tidak mengakibatkan kerugian yang besar ataupun kehilangan nyawa, "pengajaran" wajar diberikan. Mungkin tidak perlu sampai ke penjara, tetapi mereka ini sewajarnya diarah mengikuti beberapa siri ceramah anjuran "biro tatanegara" agar lebih menghormati adat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Mereka juga sewajarnya perlu menjalani khidmat kemasyarakatan seperti bekerja secara suka-rela selama beberapa bulan di rumah-rumah kebajikan dan orang tua untuk komuniti Melayu agar hati mereka dapat lebih memahami.


Isu khutbah: Khatib Zakaria Mengaku Salah Tapi Mahu Saman!!!

Isu khutbah: Khatib Zakaria mahu saman

August 26, 2010

Mengikut Zakaria, isu khutbah di Pulau Pinang merupakan hal kecil yang sengaja
 diperbesarkan oleh ahli politik. . — Foto Bernama


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Khatib Zakaria Ahmad memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
Jelas Zakaria, beliau dan peguamnya sudah mengenal pasti dua akhbar arus perdana, sebuah stesen televisyen dan beberapa individu yang mungkin dikenakan tindakan undang-undang berhubung perkara itu.
“Kalau dalam sehari dua ini mereka tidak meminta maaf, saya akan bertindak,” kata beliau.

Zakaria mendakwa pihak-pihak berkenaan telah memutarbelitkan fakta berkaitan doa khutbah ke dua solat Jumaat yang dibacakannya di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang.

“Terdapat sebilangan pihak cuba menjatuhkan reputasi saya seolah-olah saya jahil dalam agama Islam. Ini soal maruah.

“Mereka mengeluarkan kenyataan dan berita yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai,” kata Zakaria.

Zakaria berkata beliau mengambil keputusan mahu saman demi menyedarkan pihak terlibat supaya tidak mengulangi kejadian sama membabitkan orang lain.

“Lebih-lebih lagi sekarang kita berada dalam bulan Ramadan,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Ketika ditemui wartawan kelmarin, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan ia tidak salah di sisi agama.

“Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

“Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain,” katanya.


Komen Isac;

Penulis tak beranilah nak komen banyak-banyak, takut nanti kena saman pulak......Cuma mungkin dari segi hukum tak salah, tapi "tak pernah dibuat orang". Dalam khutbah Jumaat pulak tu...

Bila Rasullullah s.a.w. pun tak pernah buat.... Bukankah itu suatu bidaah? Bidaah yang meragukan lebih baik jangan buat.... Kecualilah bidaah tu yang boleh memberikan manfaat pada umat Islam, contohnya supaya supaya bersatu, seperti membuat aktiviti agama secara berkumpulan dengan bacaan tahlil, bacaan Yaa sin pada malam Jumaat dan Nisfu Shaaban juga Berzanzi yang itupun bagi sesetengah dari kita menentangnya.... Bukankah hairan apabila tiba-tiba bidaah  yang macam ni boleh pulak?????

Sebab itulah kita sebagai orang Islam ni walaupun ilmu agama setinggi mana pun... Perlu selalu bermusahabah diri... Kadang-kadang tanpa sedar kita "terpesong". Memang bagus kerana Khatib Zakaria ni mengaku kesalahannya... Tetapi tak perlulah Khatib Zakaria mempertikaikan teguran yang diterimanya. Mana ada dalam dunia ni mengaku salah tapi tak salah? Buangkan sikap sombong dan takabur jauh-jauh...

Sememangnya pahit bila kita ditegur, apa lagi bila kita rasa ilmu kita lebih tinggi dari orang yang menegur. Tapi itulah lumrah kehidupan.... Manusia sememangnya tidak sempurna... Lapangkan dada dan bukakanlah minda, ambillah iktibar dari kesilapan yang telah dilakukan..... Begitulah juga perasaan orang lain yang ditegur dalam ceramah-ceramah agama, jika ianya tidak dilakukan dengan berhemah dan sopan.




25 Aug 2010

Isu Pengetua - Jika Terbukti Fitnah, Pelajar & Bapa Sepatutnya Dipenjarakan!!!!!




Bukti dah ada dan laporan polispun dah dibuat, sekiranya laporan tersebut ternyata palsu, penulis berharap agar semua pihak yang bertanggung-jawab perlu mendapat hukuman yang setimpal. Jangan bagi muka kerana ianya telah menimbulkan ketegangan antara kaum. KDN perlu tegas!!!!!!!!!!

Komen Pembaca-pembaca Blog "Malaysia-Today" Terhadap Hudud - Menunjukkan Mejoriti Mereka Bukan Islam Atau Tak Faham Islam!!!

Dzulkefly says hudud law proposal goes against ‘spirit’ of Pakatan policy

Tuesday, 24 August 2010 Super Admin

By Shazwan Mustafa Kamal, The Malaysian Insider



Foto; Gambar Hiasan. Orang Kafir Selalu
 Salah Faham Tentang Hudud
While several PAS leaders have come out in full force promising to implement hudud laws, a lone PAS MP has claimed that the party should not use a Pakatan Rakyat (PR) platform to push for the laws.

PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad said today that the Islamist party should only advocate its policies “within the democratic process”, adding that provisions for hudud laws were never agreed on or outlined within PR’s Common Policy Framework (CPF).


11 Komen terhadap artikel di atasAdd Comment;
...
written by cheekhiaw, August 24, 2010 22:24:36
Dr Dzul, Very easy. Just twitter to all Malaysians the names of those idiots from the dark ages...
...
written by Eskay345, August 24, 2010 20:54:18
"We are in ‘Self-destruct Mode’ again. Please have mercy for our members and well-wishers,” said Dzulkefly on his Twitter page.

Very well said, Dr Zul.
We, Malaysian voters who love democracy would like to be assured that PR elected-members from whatever party should be more careful and responsible whenever they open their mouths in making public statements. More racist and extremist opinions would only result in B-End retaining political power for many more years. Your aim to take over Putrajaya will forever remain a dream.

...
written by Better My, August 24, 2010 20:42:34
Why is there a need for such primitive hudud laws in the first place? What are the motives? Pas want to be more Islmaic than UMNO? Under what circumtances would you want to implement? What would they to the image of malaysia if they are implemented eg The news and pictures of hands being chopped cut off in malaysia with gores galore scene, showing on prime time in countries that you want to attract tourist and business investments? Not so long ago, we did not have the stomach to caning women for some simper religious breaches. Chopping hands and legs are alot more drastic. Do we cut the limbs of the young and ignorant? Perhaps more education for the muslim to do the right things.

This should be discussed in greater length after PR set foot in Putrajaya for the benefits of those advocating of them.

Faith, faith in god or beliefs or religions must never be mixed with government. There is NO end if we go that path. If we allow it go that path, we would go in the direction of the extremist muslim countries, like Iran, etc. Surely we dont want that.
...
written by hellosunshine, August 24, 2010 20:11:21
I think PKR and DAP should tell PAS off for not giving up the Hudud law. DSAI especially should be in the forefront to tell PAS extremists to zip it because if he is found 'guilty' in sodomy II and later when PAS introduces Hudud law, they will cut his dickie off or worse, stone him to death. However, having said that, I think it might be a good idea as almost all the umnoputras will be lined up for stoning, amputation or beheading starting with Mahalanun. After the cleansing, we can then revert back to secular rule. smilies/wink.gifsmilies/cheesy.gifsmilies/grin.gif
...
written by asiana888, August 24, 2010 19:58:13
Finally, someone from PAS is talking sensibly. I am waiting for YB Khalid Samad to speak too!

It never fails to frustrate us rakyats that someone in PAS is always pressing the 'self-destruct' mode! In this case, bringing up the hudud laws again.

Why can't PAS accept the current Federal Constituition as it is? If PAS wants to implement some form of 'hudud' in their PAS-controlled state like Kelantan, Kedah. Leave the rest of the country alone .... like that rakyat got choice ..... those who want to conform more to Islamic principles can go to those states ... likewise those who disagree can move to 'secular' states.

I may be too simplistic in my thinking but one thing for sure .... if PAS go head on in wanting to implement hudud .... I don;t think GE13 will go to PR!!!
smilies/angry.gif 
...
written by syd, August 24, 2010 19:57:07
this hudud and syariah thingy is a malay disease. they are attracted to it, thinking that it will stop evil deeds and create a heaven on earth situation.

unfortunately, this is not the case.

The religion of islam is exactly like christianity was 500 years ago. It will take another 200 years before evryone get fed up of the ulamaks and dump religion from their lives and rule by god given logic and wisdom.
...
written by educationist, August 24, 2010 19:53:38
Isn't Hudud basis for the judge in saudi trying to get a hospital to paralyse the defendant in a case where the victim was paralysed by the defendant?
U talk on a platform that can get u a chance to boot the UMNOputras from Putrajaya!!
Talking about hudud now is pressing the self-destruct button as the good dr Dzul said!!
...
written by eloofk, August 24, 2010 19:32:49
If PAS, together with her Pakatan partners will to take control of Putrajaya, dont ever forget that you come into power from the force that was formed to drive away BN from the seat of power.

As Malaysia is also like Singapore, which is a multi-racial and multi-religious society, PAS cannot just ignore this and force its ideology on non-muslims, which they can see very clearly how UMNO is losing its grip on power as they constantly use racial and religious exploits on Malaysians as a whole.

If PAS insist on going their way, then be prepared to lose power and witness the breakup of its partners which in turn, turns back the clock, and heaven knows what would become of the country called Malaysia for Malaysians. Only unity is strength to drive BN/UMNO from Putrajaya!!
...
written by Milo, August 24, 2010 19:09:21
If muslim leaders of PAS cannot even keep to the simple spirit of Pakatan thay have agreed upon, what moral claim can they have to say the spiritual law they adopted is superior to laws created by ordinary men? Just because you believe that your law is moral does not make it so...it is your behavior that demo what is really the quality of your moral..if you cannot keep simple promises, it tells alot on what to expect when you come to power...UMNO is morally corrupt, but so are you, though in lesser degree...it is disappointing when ever you get religion involved in state matters ~
...
written by lynn, August 24, 2010 19:01:06
Hudud law = zero FDI
Zero FDI = high unemployment
High Unemployment = more crimes, more poverty
Until the day PAS can hold 2/3 majority in Parliament, pls get back to REALITY, no hudud law.
...
written by lynn, August 24, 2010 18:49:25
Dear PAS,
Many non-Muslims support your party in GE12 but we cannot accept hudud law such as stoning, chopping off limbs etc. But if you guys get into Putrajaya & chop off ex-politicians limbs for corruption, I don't think anyone will object. But I have doubts if our police can do a good job & nab guilty culprits - imagine nabbing an innocent guy & chopping off his limbs? How does one sew back his limbs if he was later found 'not guilty?"


Komen Isac;

Patutlah posting-posting dari RPK yang tiada intergriti, penuh dengan fitnah, pembohongan dan serangan terhadap institusi negara dan orang Melayu mereka ni semua percaya dan pertahankan. Sebenarnya mereka ini sememangnya anti Melayu/bumiputera dan Islam....Mereka mempunyai agenda mereka sendiri. Kita yang sebenarnya buta...

Sampai bilalah orang-orang Melayu dalam Pas dan PKR nak sedar dan faham ??? Melayu/Bumiputera mesti bersatu!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3