bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jul 2010

Soi Lek Kata Anwar Tak Mungkin Jadi PM Walaupun PR Menang PRU 13 - Mungkinkah TG Nik Aziz Berpeluang???

Anwar tak mungkin PM

P36: Kubang Ikan, Kuala Terengganu. Anwar Ibra...Image via Wikipedia
KOTA BHARU – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Sebaliknya, Presiden MCA itu yakin, jawatan tersebut akan disandang pemimpin Pas memandangkan parti itu lebih tersusun organisasinya selain mempunyai jumlah ahli yang besar berbanding parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong PR sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal Perdana Menteri daripada PKR.

“Pada hemat kami (jika PR menang), Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Naib Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Kelantan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Setiausaha Agung, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pemuda, Dr Wee Ka Siong.

Dalam perkembangan lain, Soi Lek meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya, kelmarin atas tuduhan menipu kerajaan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu.

“Kita yakin sistem kehakiman negara akan menegakkan keadilan dan kita serah kepada mahkamah untuk menentukan nasib sesiapa saja dan tidak elok kita buat pelbagai spekulasi yang mungkin tidak berasas disebabkan kita tidak mempunyai maklumat yang lengkap.

“Sebagai seorang pemimpin tertinggi (bekas Presiden MCA) begitu lama bukan hanya Tun Ling sahaja sesiapa pun sedikit sebanyak menjejaskan imej tetapi begitu juga dengan PKR apabila pemimpin agung mereka dituduh di mahkamah ia juga menjejaskan imej parti itu,” katanya.


Komen Isac;


Patutlah TG Nik Aziz beriya-iya mempertahankan DSAI, mungkin beliau juga "teringin" untuk menjawat jawatan tertinggi ahli politik Malaysia sebelum bersara. Memang tak menjadi satu kesalahan malah mungin setiap ahli politik termasuk Karpal dan Lim Kit Siang juga berkongsi cita-cita yang sama...

Yang penulis khwatirkan TG mungkin dah tak mempunyai "kederat" untuk menanggung "beban" tugas sebagai PM nanti... Takut-takut gelaran PM kaki tidur yang sebelum ini ditujukan kepada Paklah akan berpindak kepada TG Nik Aziz pula....
Enhanced by Zemanta

Tahniah Asyraf Kerana Menjuarai Imam Muda Dan Syabas Kepada Semua Peserta Yang Telah Mengambil Bahagian!!!


PENGETUA program Imam Muda, Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz memakaikan kopiah kepada juara Imam Muda, Muhamad Asyraf Mohd Ridzuan pada pertandingan akhir malam tadi di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). - Foto Amran Hamid

Lagi link klik sini.


JUARA Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan (kiri) bersama pengetua, Hassan Mahmood (dua dari kiri); tenaga pengajar, Sharizan Daud At-Turabi serta pemenang tempat kedua, Hizbur Rahman Omar Zuhdi (kanan). – UTUSAN / MOHD NAIM AZIZ

Amaran Kepada Semua!!! Hati-hati Dengan Virus Komputer Dari Yahoo Messenger dan Facebook - Are You Human?

Semalam penulis mendapat mesej dari teman melalui YM. Mesej tersebut adalah satu address  di FB. Ia berbunyi "Is it you in this picture?". Tanpa banyak soalan, penulispun klik ajelah. Tengok-punya tengok,  gambar tah siapa-siapa tah....Kebetulan dalam masa yang sama penulis sedang meng "install program" "Skype".

Tiba-tiba keluar program yang berunsur soalan "Are you human or machine?" "You need to respond in order to proceed". Bila jawab ya, dia tanya pulak nama, lepas tu tanya "bintang apa?", apa yang kita suka? Last sekali no h/p. Penulis cuba keluar dari program tersebut tapi X berjaya.

Setiap kali masuk eksplorer balik "questionare" yang sama akan keluar balik dan selagi kita tak masukkan no h/p, penulis tak boleh nak surfing. Setelah cuba reboot tapi masih mengalami masalah yang sama penulis pun tutup laptop dan balik rumah.

Esoknya (pagi ini) perkara yang sama masih berlaku. Penulis tak boleh nak surf internet. Last sekali penulispun layan ajelah, masukkanlah no h/p dan membalas sms yang diberikan seperti berikut;.

"REG MATCH 36181"

Lepas tu penulis mendapat dua sms yang mencadangkan penulis melayari dua website. Setiap satu sms tersebut bernilai RM 8.00. Jadi RM 16.00 telah di "charged" kan ke dalam bil h/p penulis. Yang sedihnya laptop penulis masih tidak boleh melayari website. Penulis membuka "task manager" dan cuba mencari "program" pengacau tersebut, setelah dicuba beberapa kali akhirnya penulis berjaya dan dapat melayari website semula. Tetapi setiap kali reboot masalah yang sama akan timbul semula.

Berbincang dengan adik penulis melalui video conference, beliau memberitahu bahawa beliau juga telah menghadapi masalah yang sama dan rupa-rupanya virus dari laptop penulis telah menghantar msg ke komputernya pada hari semalam. Beliau telah "restore" semula "default setting" komputernya dan masalah tersebut telah selesai.

Setelah berbuat perkara yang sama, penulispun menelefon syarikat telefon mudah-alih yang penulis langgni dan meminta bantuan untuk bagaimana hendak "menamatkan" "command" yang telah penulis aktifkan sehingga penulis terpaksa membayar "sms" yang dihantarkan kepada penulis berharga RM 8.00 setiap satu.

Dengan bantuan bahagian teknikal syarikat pengusaha telefon mudah-alih tersebut akhirnya penulis berjaya "menyahaktifkan" nombor h/p penulis dari fasiliti berkenaan.

Jika anda mengalami nasib yang sama, cuma perlu taip dan hantarkan sms ini kembali kepada nombor yang menghantar sms itu kepada anda;

"STOP ALL" kepada 31681 (contoh)

Berhati-hati dan semoga anda di luar sana terhindar daripada gangguan ini!!! Jangan sesekali memberikan no h/p ataupun no akaun bank anda kepada mana-mana program yang tidak dikenal-pasti.

Bayangkan jika program tersebut menghantar satu sms kepada anda pada setiap hari? Boleh bankrap beb!!! Sebulan dah RM 240.00. Banyak tu....



30 Jul 2010

Zul Cadang DAP Diharamkan Kerana Menentang Perlembagaan, Bagaimana Pula Dengan MB Nya Yang Turut Menyokong???

Zul Noordin: Haramkan DAP
Jul 30, 10 3:48pm
http://www.malaysiakini.com/news/138757

Ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu berkata Pendaftar Pertubuhan perlu membatalkan pendaftaran DAP kerana didakwa "cauvinis, rasis, ala-komunis, anti-Melayu dan anti-Islam" dalam isu diskaun bumiputera bagi pemilikan hartanah tertentu Selangor.

Zulkifli Noordin (kanan) berkata isu pemilikan hartanah komersial dan mewah - seperti disaran ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua - bukan isu diskaun semata-mata tetapi berkait dengan perlembagaan dan keharmonian kaum.

"Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu," kata wakil rakyat bebas itu yang dipecat daripada PKR sebelum ini.

Tony yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP mendakwa penghapusan pemberian diskaun itu mampu memberi kesan ekonomi lebih baik kepada Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau sebelum dilaporkan berkata, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.

Menulis dalam blognya semalam, Zulkifli berkata, sekiranya tidak dibendung segera, "sikap melampau kepimpinan DAP" akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum.

"Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini.

"Ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini," katanya.

"Meminjam (gaya) kata-kata presiden (Iran) Ahmadinejad, kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini!"


Komen Isac;

A ah...Habis Khalid pun nak dinyahkan sekali ke??? Sekadar bertanya, jangan marah Tan Sri....

Seorang Nenek Berusia 62 Tahun Berjaya Menyelamatkan Suaminya (76 tahun)!!!

Jeritan isteri selamat dari maut

SUNGAI SUMUN - Jeritan isteri yang sedang panik telah menyelamatkan nyawa seorang warga emas selepas rumah mereka terbakar dalam satu kejadian di Kampung Parit 6 di sini, kelmarin.

Abu Khairi Rajuli, 76, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, dia dan isteri, Manisah Talim, 62, sedang tidur.

Menurutnya, kejadian cuma disedarinya selepas isterinya menjerit memberitahu ada api di dalam biliknya.

“Semasa kejadian saya tidur di kerusi ruang tamu manakala isteri berada di dalam bilik. Saya bingkas bangun selepas terdengar jeritan isteri.

“Saya terkejut dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa setelah melihat api semakin marak dari dalam bilik dan terus terjun melalui tingkap,” katanya kepada media, semalam.

Abu Khairi berkata, setelah masing-masing menyelamatkan diri, mereka cuma mampu melihat rumah terbakar dan runtuh.

Menurutnya, dua anak lelakinya turut sama mendiami rumah itu, tetapi semasa kejadian mereka berada di luar.

Sementara itu, Abu Khairi berkata, kejadian seperti itu belum pernah berlaku walaupun telah tinggal lebih 40 tahun dan kerugian dianggarkan RM20,000.

"Api marak terlalu cepat sehinggakan bomba dan penyelamat tidak dapat berbuat apa-apa kerana api telah padam.

"Barangan berharga yang turut hangus adalah motosikal, perkakasan elektrik dan wang tunai RM300," katanya.

Katanya, punca kejadian mungkin disebabkan litar pintas kerana api bermula di bilik, tetapi tidak kedengaran sebarang letupan kerana ketika itu mereka sedang tidur.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai takdir.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana kami selamat dan berharap ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan untuk kami berteduh,” katanya.


Komen Isac;

Anda tak semesti "kuat" untuk menyelamatkan yang tersayang dari terbakar.... Yang penting tanamkan semangat berhati-hati, peka dengan keadaan sekeliling, jangan panik dan berdoa.

Mudah-mudahan kita selamat...

Ada ke wartawan kata nenek tu panik... :)

Untuk Renungan Kita Bersama ...Berbaloikah Menggadai Kalimah Allah & Menyamakan Perjuangan Rasulullah Dengan Perjuangan DSAI Demi Kuasa Politik???



KOTA BHARU, 28 Julai: Nik Aziz Nik Mat menyifatkan Anwar Ibrahim seorang yang tegas mempertahankan prinsip perjuangan.

Katanya, ketegasan itu sama seperti pernah ditunjukkan Nabi Muhammad saw semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pembesar Quraisy.

“Kerana ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah maka Nabi saw sanggup meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Baginda tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pembesar Quraisy.

“Anwar seorang yang mendokong prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Komen Isac;

Adakah kita benar-benar faham dan mempraktikkan Islam? Tidakkah "menyamakan" perjuangan Anwar dengan perjuangan Rasulullah s.a.w. adalah sesuatu yang keterlaluan? Mengapa tidak tunggu kes liwat beliau selesai dibicarakan?

Adakah kuasa politik dan undi itu terlalu besar bagi Pas sehingga sanggup "menggadaikan" kalimah Allah s.w.t dan sanggup "menyamakan" perjuangan Rasulullah s.a.w. dengan perjuangan DSAI? Adakah TG Nik Aziz benar-benar yakin atau mempunyai bukti bahawa DSAI tidak pernah terlibat dengan mana-mana lelaki dan perempuan-perempuan yang dikaitkan dengan beliau?

Jika DSAI benar-benar tidak bersalah hadapilah perbicaraannya di mahkamah dan bersihkanlah imejnya dahulu. Buktikan bahawa beliau benar-benar tidak bersalah. Mengapa perlu menangguhkan perbicaraaan sehingga lebih 2 tahun? Mengapa perlu "menyerang" peribadi Saiful dan Timbalan Pendakwaraya? Hadapilah tuduhan dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya dengan dada yang lapang, biarkan mahkamah dan rakyaat menjadi saksi...

Kena ingat bahawa kini manusia telah semakin bijak dalam serba-serbi, ada yang begitu pandai berlakon sehingga yang benarpun kita akan mengakuinya sebagai salah dan yang salah kita akui benar. Anda ada menonton filem "Angel & Demon"? Ataupun adakah anda pernah membaca betapa liciknya perancangan Yahudi "mencipta" seorang lelaki untuk dijadikan sebagai "Imam Mahadi", bakal dipertuntunkan di Masjidil Haram dengan menjadikan lautan jutaan manusia di musim haji tiba-tiba terbelah dua untuk memberikan laluan kepada "Imam Mahadi" jadian ini....Untuk menampilkan seolah-oleh lelaki ini mempunyai "karamah"... Begitulah hebatnya perancangan "mereka" jestru itu jangan kita mudah  tertipu dan terleka.

Mudah-mudah kita semua dilindungi daripada murka Allah s.w.t. amin...

29 Jul 2010

Ciumlah Isteri Anda Di Khalayak Ramai & Peluk Wanita Lain Juga....Biarkan Anak-anak Anda Mencontohi Beliau.....






Komen Isac;

Sebenarnya penulis berasa kurang senang  untuk menceritakan aib orang... Tapi bila melihatkan blog-blog PR mengeksploitasikan isu yang menuduh dengan penuh yakin bahawa Saiful bermain "cinta" dengan seorang pendakwaraya wanita sehingga beliau putus tunang, melakukan hubungan terlarang dengan beliau, gambar-gambar terpampang di blog-blog maya dan tuduhan-tuduhan lain yang berbau fitnah... Penulis sengaja mengeluarkan gambar-gambar di atas sekali lagi.

Anda buatlah andaian sendiri... Bolehkah beliau ini dipercayai???

Selain Kena Maki Dengan Pembangkang - Seronok Jugak Jadi Polis Ni...



Anggota Polis dari unit Polis Pelancong dan Marin melakukan rondaan menaiki jetski di sepanjang Sungai Melaka, Banda Hilir, Melaka, 26 Julai.-Utusan/ABDUL RAZAK LATIF

Raja Petra Mempunyai Hubungan Intim Dengan Dua Wanita Poland???


"While the IGP and AG were cracking their heads trying to figure out how to get me, I was ushering in the new year with these lovely Polish lasses. Oops....I better check if Malaysia has an extradition treaty with Poland. Ah, never mind, Europe is a big place anyway". tulis Raja Petra dalam Malaysia Today pada 1 Januari 2010.


Komen Isac;

Bukan nak menuduh, tapi siapa tahu apa yang RPK telah "buat" dengan kedua wanita di atas??? Gambar tersebutpun RPK yang dedahkan sendiri.....Siap peluk lagi.... Tak ada pun kita nak menuduh dia buat perkara yang tak senonoh...Dalam Islam, tiada cukup saksi dan bukan dalam mahkamah, kita disuruh jangan "mengumpat" dan menceritakan aib orang lain.

Dalam masa yang sama inilah orangnya yang menuduh Saiful mempunyai hubungan intim dengan seorang peguam wanita pendakwaraya dalam kes liwat DSAI.

Di akhir zaman ni, fitnah semakin bermaharaja-lela... Mengapa Anwar mempergunakan RPK untuk menyerang kreadibiliti Saiful?

Jika Anwar benar-benar tidak bersalah, mengapa beliau perlu menggunakan "taktik kotor" menyerang peribadi Saiful? Caranya "memperkudakan" RPK, tak ubah Ibarat lempar batu sembunyi tangan?

Umum mengetahui RM 500, 000.00 telah dibayar kepada RPK baru-baru ini.... Dan adakah ini tujuannya?

Mengapa Anwar dilihat seperti tidak berani menghadapi kes liwatnya di mahkamah?




Bolehkah integriti seorang penganut Islam liberal seperti RPK ini diterima pakai? Bolehkah tuduhan beliau di ambil kira? Macamana penyokong-penyokong pas boleh percaya bulat-bulat? Mengapa jika tuduhan yang dibuat kepada pemimpin PR, kena disertakan saksi dan bukti, sebaliknya jika tuduhan dibuat terhadap orang lain khusnya pemimpin-pemimpin Umno dan mereka yang dilihat menentang PR akan diterima bulat-bulat?

Gambar Saiful peluk Pendakwaraya tupun tak ada... Tapi fitnah terhadap mereka begitu berleluasa... Ramai sangat yang suka berbuat dosa besar sekarang ni, termasuklah yang pakai kupiah, berserban, berjubah .... Itu sebenarnya suatu penghinaan kepada sunah Rasulullah s.a.w....

28 Jul 2010

Rakyaat dan Negara Akan Lebih Selamat Di Bawah Pimpinan DAP???

Ada ramai penyokong PR yang cakap, DAP ni lebih baik daripada Umno bahkan ada juga yang beranggapan bahkan DAP ni lebih "baik" dari Pas!!!

Mahukan bukti? Ye lah dalam DAP ada pemimpin yang kononnya jelmaan "Khalifah Umar Abdul Aziz", Pas tak ada. LGE katanya mempunyai peribadi yang lebih baik, al maklum belum pernah kena tangkap "basah" tapi pemimpin Pas, ada...

Tapi seperti yang penulis pernah katakan kepada seorang "anon" yang memberikan penghujahan di atas (penulis edit sikit, nak bagi sedap...) dalam bab-bab duit dan kuasa ni, jika seorang Islam yang warak, pakai kupiah, berjanggut, jangankan solat, zikir pun tak pernah tinggal pun kadang-kadang pun boleh gelap mata, inikan pulak orang yang bagi kita tak "beragama" dan "tiada pegangan hidup"...Tentu duit dan kuasa adalah segala-galanya buat mereka...

Baru-baru ini Tony Pua telah mencadangkan agar diskaun hartanah untuk bumiputera di negeri Selangor dimansuhkan, seorang pemimpin DAP pula telah didapati menyalah-gunakan surat seorang exco kerajaan negeri untuk memdapatkan kontrak untuk kroni dan saudara-maranya. klik sini.

Bab kena tangkap "basah" ni kalau buat sama-sama bukan Islam di tempat tertutup, siapa yang nak tangkap??? Cuma kalau nasib tak baik, keluar video aje lah... hari tupun gambar dah keluar, video pulak katanya DSAI dah simpan..."Sparing partner" pun katanya jejaka Melayu, tapi bila yang buat tu orang PR, TG Nik Aziz pun akan menyebelahi mereka... Yang salah, tetap Umno!!! Kerana semua tu hanyalah "konspirasi"...

Lihatlah sahaja penjarahan tanah-tanah kerajaan dan individu di Selangor dan P. Pinang, di mana "rompakan" pasir telah dilakukan secara besar-besaran... Setinggan-setingan Melayu dan India dirobohkan.... Yang bodohnya siapa??? Yang selamatnya siapa???

Agak-agak kalau LGE jadi Menteri di KDN siapa yang akan dipenjarakannya dahulu???

Gagal Menolak Bukti "Air Mani" Dalam Bontot Saiful, Kini Anwar Menyerang Kreadibiliti Saiful???

Bagaimana RPK yang kini berada di UK boleh menuduh Saiful telah berzina dengan salah seorang peguam wanita pendakwaraya?

Jika "Kita" sendiri pantang jumpa perempuan cantik dan yang asyik kita ingatkan adalah untuk  "meliwat & mengajak mereka berzina", janganlah nak samakan  orang lain  semuanya macam kita  ....


Klik sini dan sini.

Itu pun penyokong-penyokong tegar mereka masih nak percaya.....bulat-bulat. Bagaimana RPK yang jauh di UK boleh membuat tuduhan serious sebegitu. Kemudian barisan peguam Anwar kononnya cuma "bertanyakkan" soalan. Tentunya kita tahu siapa perancang konspiratornya...Apa yang mereka cuba lakukan adalah untuk cuba menyerang kreadibiliti Saiful, begitulah "busuknya" mereka itu semua....Rupa-rupanya PR bukan sahaja mempunyai pemimpin bertaraf "wali" tetapi mereka telah mengangkat beberapa pemimpin mereka  seperti RPK sebagai pemimpin bertaraf "dewa"!!!


Mungkin mereka boleh lepas hukuman di dunia tetapi ingatlah hukuman di akhirat pasti menanti.

Mudah-mudahan juga Allah s.w.t tunjukkan kepada kita siapa yang benar-benar bersalah kerana ianya membabitkan kepentingan agama, rakyaat dan negara kerana kita bukan sahaja tidak mahu tersalah menghukum orang yang tidak bersalah, tetapi kita juga tidak mahukan seorang pemimpin yang rendah moralnya yang boleh merosakkan agama, bangsa dan negara!!!

Ada Pemimpin Pas Selain Hasan Ali Yang Jumpa Harussani???

Wednesday, 28 July 2010
Harussani dedah ada bertemu pemimpin PAS selain Hasan Ali
Harussani: Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja. - Gambar oleh Choo Choy May
Harussani: Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja. - Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 28 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan perpaduan Melayu.
 
Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
“Saya sebut Hasan sebab beliau mengakui sendiri jumpa saya, sebab itu saya boleh cakap,” katanya.


“Kebetulan beliau ahli PAS, ada juga ahli Umno datang jumpa saya berbincang soal ini. Mereka tanya jalan penyelesaian perpecahan orang Melayu. “Yang lain saya tidak mahu cakap, nanti mereka bergaduh sesama sendiri pula.

“Sebelum ini pun saya cuma kata ada orang PAS jumpa saya, ada orang Umno dan ada juga NGO jumpa saya, itu sahaja. Jadi kalau anda hendak korek usahlah nak korek,” katanya ketika ditemui dalam sesi temu bual khas bersama The Malaysian Insider semalam.

Beliau berkata ada banyak pihak datang menemuinya bagi membincangkan akan perkara itu. “Saya tidak tahu kenapa mereka datang cari saya, mungkin sebab saya paling lantang bercakap?” kata Harussani.
Sebelum ini Harussani berkata beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hasan membuat kenyataan pengakuan terbuka Sabtu lalu. Bahkan Harussani menjelaskan, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan Melayu.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.

“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,” kata beliau. Harussani berkata beliau hanya mahu menyatukan orang Melayu berlandaskan agama Islam. “Ini bukan masalah Umno atau PAS tapi perpecahan orang Islam, jadi sebagai mufti saya rasa bertanggungjawab untuk untuk mengajak orang Melayu bersatu di bawah nama Islam memandangkan kita perlu mematuhi perintah Tuhan.

“Saya berpendapat perpecahan orang Melayu adalah akibat daripada perpecahan dalam parti iaitu Umno dan PAS.

“Perbezaan pendapat itu biasa berlaku, mengapa kita hendak menghancurkan bangsa sendiri hanya kerana ideologi yang berbeza? Sedangkan saya melihat matlamatnya sama iaitu mempertahankan orang Melayu dan juga Islam,” katanya.

Harussani: Sedangkan saya melihat matlamatnya sama iaitu mempertahankan orang Melayu dan juga Islam. - Gambar oleh Choo Choy May
Harussani: Sedangkan saya melihat matlamatnya sama iaitu mempertahankan orang Melayu dan juga Islam. - Gambar oleh Choo Choy May
Harussani menyarankan agar kedua-dua parti Melayu terbesar itu supaya menyelesaikan “pergaduhan” antara mereka demi masa depan orang Melayu dan Islam.
 
“Saya tidak suruh bubar parti, saya tidak melibatkan parti pun tapi dua parti ini yang bergaduh semasa sendiri. “Saya minta supaya Umno dan PAS selesaikan pergaduhan itu.

“Selain itu, saya juga hairan bila saya seru kembali kepada al-Quran untuk bersatu nampaknya pemimpin Islam itu sendiri yang mengamuk. Sedangkan orang bukan Melayu tidak kisah pun.

“Tapi orang Melayu itu yang tidak mahu, macam kata pepatah ‘berpatah arang berkerat rotan’, itukah yang diajar dalam Islam?” katanya.

Tambahnya, jika orang Melayu terus bertelagah, ia hanya akan melemahkan bangsa Melayu itu sendiri. Tambahnya, tidak mustahil orang Melayu akan kehilangan segalanya termasuk negara sekiranya soal perpecahan ini tidak diatasi segera.

“Saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang tidak mustahil orang Melayu akan jadi minoriti. “Sekarang ini kita hanya ada 55 peratus, itu termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kalau tiada Sabah dan Sarawak kita sudah jadi minoriti. Sudahlah jadi minoriti, kita berpecah pula dan tidak mustahil orang Melayu akan hancur,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata keadaan sekarang memaksa supaya orang Melayu bersatu demi negara dan juga bangsa.

“Kalau pilihan raya umum lalu sudah menjadi kacau, pilihan raya akan datang saya melihat lagi kacau.
Harussani: Saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang tidak mustahil orang Melayu akan jadi minoriti. - Gambar oleh Choo Choy May
Harussani: Saya percaya dalam pilihan raya umum akan datang tidak mustahil orang Melayu akan jadi minoriti. - Gambar oleh Choo Choy May
 
“Walaupun orang Melayu masih ramai dalam Parlimen tapi adakah masih majoriti?  “Tidak ada majoriti, hari ini Barisan Nasional (BN) pun tidak cukup dua pertiga. Kalau BN yang campur tiga bangsa pun tidak boleh, orang Melayu macam mana?” tegasnya.
 
Apabila ditanya sama ada usaha kerjasama Umno dan PAS akan berjaya, Harussani berkata itu terpulang kepada kedua-dua parti itu.“Saya tidak tahu jika perpaduan Umno dan PAS boleh berjaya tapi saya yakin jika mereka Islam dan ikut perintah Tuhan mereka akan bersatu.

“Saya tidak mahu komen pasal parti nanti dimarah lagi,” katanya.Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.” Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.


Komen Isac;

Demi perpaduan Islam, apa salahnya???

Wahai Rakyaat Lihatlah Siapa Yang Sebenarnya Menolak Islam, Yang Mempraktikkan Agama Suku Dan Politik Suku???

July 27, 2010
 
KUALA LUMPUR, 27 Julai — PAS tetap tidak mahu melayan Umno sambil menyifatkan tindakan komponen Barisan Nasional (BN) itu secara berterusan mengajak PAS menjalin kerjasama perpaduan hanya bertujuan mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Sekali lagi, dua naib presiden PAS menegaskan bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup”. Dalam hubungan ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, ajakan Umno sebenarnya bukan mahu mewujudkan perpaduan, tetapi mahu menghilangkan kepercayaan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap PAS.

“Kita melihat tawaran itu bukannya mahu mewujudkan perpaduan Melayu yang sebenarnya tapi ia strategi halus digunakan Umno untuk membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS.


Komen Isac;

Dahulu Pas selalu mengatakan Umno mengamalkan fahaman Islam suku dan politik suku... Jestru Umno tidak Islamik... Kini lihatlah siapakah yang tidak Islamik? Siapa yang menolak perpaduan sesama Islam? Itu tuntutan Islam, "setiap orang islam itu bersaudara".

Siapakah yang menghadkan tugas Mufti hanya untuk mentadbir perkara berkaitan agama dan tidak boleh mencampuri urusan politik walaupun bertujuan untuk mendamaikan dua kumpulan Islam yang saling bermusuh? Walaupun mempertahankan perpaduan sesama Islam itu adalah fardhu kifayah? Jika 1511 Sikitol dan Raja Madaliar yang menjadi biang kepada kejatuhan Melaka...

Adakah ahli-ahli Pas bersedia untuk menjadi Raja Mandaliar abad ke 21??? Jika TG Nik Aziz rela, bagaimana pula dengan Dr Haron Din? TG Hj Hadi? Ustaz Nasha? Dr Hassan Ali?  Nasruddin Tantawi? Datuk Ibrahim Mat? dan pengikut-pengikut yang lain?

27 Jul 2010

Diskaun Hartanah Bumiputera di Selangor Akan Dimansuhkan??? Nasib Engkau Lah!!!


Tony Pua telah mencadangkan agar kerajaan negeri memansuhkan dasar pemberian diskaun bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor. Langkah itu mampu memberi kesan ekonomi yang lebih baik kepada kerajaan Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Tidak ada sebab diskaun bumiputera dikekalkan melibatkan kedua-dua jenis hartanah itu kerana sudah tentu bumiputera yang terlibat dalam pemilikan tersebut adalah mereka yang berkemampuan. Jadi adalah wajar diskaun kepada bumiputera untuk pemilikan hartanah ini tidak dikekalkan kerana ia melibatkan nilai yang tinggi. Maknanya, bumiputera perlu berdikari dalam soal pemilikan hartanah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pemansuhan diskaun memberi keuntungan kepada kerajaan negeri berdasarkan nilai pasaran semasa dan hasilnya boleh disalurkan membantu pihak lebih memerlukan. Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.
Maklumat lanjut klik sini.


Komen Isac;

Apa lagi yang Kerajaan Selangor nak buat, IKYS pun katanya dah nak kena jual, ini diskaun hartanah Melayu pula yang nak kena tarik balik!!! Apa faedahnya kepada Kerajaan Negeri? Yang untungnya tentulah Syarikat-syarikat Pemaju. kalau selama ini mereka kena memberikan subsidi harga berjumlah 5% terhadap lot bumiputera kini sudah tidak perlu lagi.

Tetapi malangnya hartanah tersebut masih mempunyai larangan untuk dijual kepada kaum-kaum lain. Secara tidak langsung harga semasa tanah tersebut (lot bumi) tidak akan mungkin boleh meningkat setinggi hartanah yang berstatus antarabangsa. Maka orang Melayu jugak yang akan rugi...

Pastinya lama-kelamaan disebabkan oleh masalah ini, lot bumiputera juga bakal dihapuskan....Maka orang Melayupun terpaksalah balik ke kampung....

Perlu diingat dalam kawasan bandar besar seperti KL, JB, P. Pinang dan lain-lain, permis perniagaan semuanya bernilai sehingga jutaan ringgit, apalah sangat RM 500,000.00 untuk kawasan tersebut.

Adakah ini suatu cara sistematik yang DAP telah fikirkan untuk "menghalau" orang-orang Melayu keluar daripada bandar-bandar besar??? Dan supaya tidak terlibat dalam perniagaan???

PI Bala Menyorok Kat UK Kononnya Nyawa Terancam, Tapi Peguam Beliau Mengugut Nak "Bunuh" Anuar!!!

1. Saya merujuk kepada laporan polis yang telah dibuat oleh Datuk Nallakarupan pada 24 Julai 2010 di Balai Polis Brickfields berhubung ugutan peguam Manjeet Singh Dhillon "yang mahu memotong kepala saya dan berjalan di jalan raya". Laporan polis tersebut telah mendapat liputan media cetak dan elektronik di dalam negara.

2. Semua rakyat Malaysia dijamin hak mereka dalam perlembagaan termasuklah dalam hal kebebasan bersuara. Namun semua rakyat Malaysia juga tertakluk kepada undang-undang negara termasuklah Ketua Pembangkang dan pengamal undang-undang yang saya pasti lebih tahu kesan dari perbuatan dan percakapan mereka.

3. Saya menegaskan bahawa tidak gentar samasekali dengan ugutan tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menangani isu ugutan ini. Ini kerana saya berkeyakinan penuh terhadap sistem keselamatan dan keadilan negara memberi keadilan kepada rakyatnya.

4. Perlu saya tegaskan di sini bahawa saya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan yang telah saya buat meminta Manjeet, Amarjit dan Americk Singh membuat penjelasan tentang hubungan mereka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya akan tetap kekal berada di dalam negara dan tidak akan lari ke luar negara atau berlindung di mana-mana kedutaan asing walaupun telah mendapat ugutan bunuh dari Manjeet Singh Dhillon.

5. Saya juga amat hairan dengan sikap Manjeet yang beria-ia tidak mahu dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar. Apakah ini kerana beliau takut dengan pendedahan ini, masyarakat Malaysia akan dapat melihat kaitan Datuk Seri Anwar dengan Raja Petra Kamarudin dan P. Balasubramaniam. Jika ini dapat dikaitkan, maka akan terbongkarlah siapa penaja sebenar Raja Petra dan Balasubramaniam di luar negara.

6. Namun saya kira penafian Manjeet ini sudah terlambat. Ini kerana rakyat Malaysia sudah matang menilai serta boleh melihat kaitan di antara Datuk Seri Anwar serta PKR dengan Raja Petra dan Balasubramaniam dalam misi mereka memburuk-burukkan imej Malaysia dari luar negara.

7. Episod ugut ini juga mendedahkan 'Harapan Baru Buat Malaysia' anjuran Datuk Seri Anwar iaitu politik ugut dan saman serta politik bermuka-muka. Ini kerana disebalik kempen beliau untuk kebebasan bersuara, beliau menggunakan cara yang amat tidak beretika untuk menutup mulut mereka yang membicarakan segala kepincangannya.

8. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak gentar dengan ugutan ini dan akan terus bersuara untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Sekian, Terima Kasih.

ANUAR SHAARI

Untuk Sebaran Segera! -
GaramManis

Komen Isac;

Sekarang rakyaat boleh lihat, siapa yang mengugut siapa? Kepada Bala, kalau memang ada bukti balik  ke Malaysia dan dedahkan di mahkamah. Jangan baling batu sembunyi tangan!!!

Siapalah yang "menanggung" kehidupan mewah mereka di UK tu? Duit rakyaat Selangor???

Kalau betul nak "menyorokpun" menyoroklah di negara-negara dunia ketiga yang taraf kehidupannya lebih rendah... Ini macam orang kaya duduk kak UK pulak....Patutlah cukai pintu di Selangor tidak dapat nak dihapuskan sebagaimana janji pada PRU 12.... Nak digunakan untuk menanggung kos Bala dan RPK kat UK agaknya? Nasib engkaulah rakyaat Selangor.....GAP, Selangor Bangkit, Darul Ehsan Today, Ezzam dan Khir Toyo sekali.... :)

Azizan Jumpa Najib, LGE Ketak Lutut, Senyumpun X Berapa Nak Manis...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama (dari, kanan) Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian program-program pembangunan Wialayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. Foto BERNAMA


Komen Isac;

Tiada lagi kerusi buat Lim Guan Eng??? Sepatutnya beliau duduk sahaja X payah nak sibuk-sibuk dengan "perpaduan Melayu".....Hari tu Syed Ali tak sediakan kerusi dia nak mengamuk....Melihatkan kepada senyumannya yang tak berapa nak "ikhlas" di belakang sana, pastinya pembacapun dapat rasakan bagaimana perasaanya jika Umno dan Pas benar-benar dapat berdamai.

Jika itu berlaku pastinya DAP tidak akan  berpeluang lagi untuk "mempergunakan" orang-orang Melayu demi manfaat mereka. Jestru apa nak ditunggu lagi? Jika orang-orang Cina boleh bersatu di bawah DAP, mengapa orang Melayu masih nak ketinggalan....

26 Jul 2010

RM15 Juta Untuk 'Perang' Info Selangor - Untuk Bligger PR X Ada Ke???

RM15 juta untuk 'perang' info S'gor
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 26, 10
10:53am
http://www.malaysiakini.com/news/138306


Untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak, kerajaan Selangor memutuskan untuk memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.
<>
<>
"Jika kita mengambil populasi 5.2 juta rakyat Selangor, jumlah ini bersamaan RM3 untuk setiap seorang," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pagi ini dalam ucapan pembukaan dialog belanjawan 2010.

Katanya tindakan itu diambil bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan
lebih bijaksana.







Komen Isac;


Kalau dahulu PR beroleh manfaat dari media baru dan kelihatan begitu selesa sehingga dapat mengalahkan BN di 5 negeri dalam PRU 12... Kini segala-galanya telah berubah...Roda kehidupan sedang berpusing...PR terutamanya PKR telah semakin "ke bawah"....

Mungkin ada baiknya Khalid jangan segan-segan untuk memperuntukkan beberapa juta untuk para "blogger" Pakatan Rakyaat.

Jika Pas boleh membayar RM 4 Juta kepada Kickdefella, apa salahnya Khalid memperuntukkan lebih banyak dana untuk mempastikan bligger-blogger PKR tidak berpaling tadah seperti Kickdefella...

Kalau Pemimpin Pas Jumpa Tan Sri Harussani Akan Kena Pecat!!! 4 Ulamak Pas Jumpa Saiful pun Nak Kena Pecat Juga Ke???



Sila klik sini untuk ke Blog GAP.

Kalau berjumpa Tan Sri Harussani undtuk berbincang pasal perpaduan pun hendak dipecat daripada parti, kalau berjumpa Saiful dan kemudiannya "menyokong" beliau, apalah agaknya tindakan Mursyidul Amnya ye???

Pas & Umno Kini Tiada Bezanya....Jadi Dasar Apa Yang Hendak Diubah???

Kalau dahulu Pas telah "mengkafirkan" Umno kerana telah bekerjasama dengan "kafir" MCA & MIC, kini Pas juga telah menjadi "kafir" kerana bekerja-sama dengan sebahagian "kafir" PKR dan "kafir" DAP.

Kalau dahulu Pas mengatakaan Umno tidak menegakkan Islam kerana tidak menjalankan hukum hudud, kini setelah memerintah lima buah kerajaan negeri (termasuk Perak selama setahun) mereka juga tidak menjalankan undang-undang hudud malah dilihat seolah-oleh telah terlupa dengan hudud. Lebih menghairankan, DS Ir. Nizar juga telah menegaskan dalam sidang DUN negeri Perak bahawa menegakkan negara Islam, adalag bukan matlamat dan dasar Pas.



Jika dahulu Umno dilihat bijak mengadu-domba, menabur fitnah dan segala macam taktik kotor ketika berpolitik, kini apa bezanya dengan Pas? Pas juga begitu bijak memfitnah, caci-maki, umpat-keji, kata-nista, buruk-sangka, mendedahkan aib orang lain dan lain-lain lagi demi kuasa dan undi....

Yang peliknya Pas tetap merasakan dirinya lebih Islam dan menolak perdamaian dan perpaduan dengan Umno walaupun demi rakyaat dan negara walaupun demia agama dan bangsa...

Jadi apa bezanya Pas dengan Umno??? Mungkin itulah juga sebabnya Pas lebih rela untuk menjadi "saudara" kepada PKR dan DAP daripada Umno...

Syabas !!! Malaysia Mengalahkan Korea Selatan 1: 0 - Secara Teorinya Kita Sudah Layak Ke Piala Dunia 2014???


PEMAIN Malaysia meraikan jaringan Safiq Rahim yang membolehkan pasukan bawah 23 tahun negara mengatasi pasukan Olimpik Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang tadi. - Foto Osman Adnan. Jul 25, 2010 8:57 pm.


Komen Isac;

Permulaan yang baik, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan, diusahakan dan diperbaiki. Kita perlu meramaikan lagi pemain-pemain yang berkaliber untuk diketengahkan diperingkat antarabangsa.

Masih ingat angkatan pemain negara di zaman Dollah Salleh? Dalam satu perlawanan kelayakan Piala Dunia di Malaysia melawan Korea Selatan kita telah menang 1:0, hasil tandukkan Dolah Salleh. Pujian melangit diberikan.

Dalam perlawanan kedua di Korea Selatan pula, Korea telah menukarkan semua pemain  skuad yang kecundang dalam perlawanan di Malaysia dengan pemain-pemain lain, hasilnya mereka menang. Rentetan dari itu kita gagal lagi ke Piala Dunia.

Soalan penulis, mampukah kita untuk melakukan perkara yang sama? Untuk menukar keseluruhan skuad tetapi masih berupaya untuk menang? Mungkin jika beberapa pemain utama sahaja yang cedera kita sudah mempunyai kesulitan untuk mencari pengganti yang setara daro segi pengalaman dan kalibernya...

25 Jul 2010

Gempar!!! Pas Sebenarnya Mahukan Umno Memberi Jaminan Untuk Tidak Menubuhkan Negara Islam???




Orang yang kurang cerdik, selalu bersifat dengki sesama sendiri...walaupun bilangan mereka ramai... mereka mudah kena tipu... Apa tidaknya mereka ini sentiasa berpecah belah dan setiap kumpulan akan cuba untuk menjatuhkan antara satu sama lain...

Kononnya untuk memastikan kemenangan, selalunya setiap kumpulan ini akan menjemput "orang luar"... Ironinya kedua-dua kumpulan ini biasanya akan mengalami kerugian kerana "orang luar' tadilah yang akan membolot semuanya...  Itulah yang dihadapi oleh orang Melayu sejak dahulu... Walaupun beragama Islam, tetapi bab perpaduan kita kalah dengan orang Cina.


Adakah orang Cina di Malaysia lebih Islam daripada orang-orang Melayu?


Perpaduan di antara kaum Cina "superb"... mengapa orang Melayu pula yang berpecah-belah???


Kita kata Islam agama syumul, agama perpaduan.... Siapa yang Islam sebenarnya??? Seolah-oleh orang Cina yang lebih Islam berbanding kita...

Pas lebih rela bergabung dengan DAP yang dasar partinya terang-terangan menolak penubuhan negara Islam. Tetapi apabila diundang untuk berbincang dengan Umno demi mencari kesepakatan dan perpaduan Melayu dan sesama Islam, bermacam-macam pulak alasan yang diberikan... Dah macam cerita Yahudi dengan anak lembu, dalam surah Lembu... Macam-macam alasan dan dalih yang diberikan...

Terbaru Pas mahukan dasar Umno dipinda sebeluam mereka bersedia untuk duduk berbincang, yang penulis muskilkan sejak bila dasar Pas sama dengan dasar PKR dan DAP???

Cuma seingat penulis, Dato" Seri Ir. Nizar pernah membuat membuat kenyataan bahawa tidak pernah termaktub di dalam mana-mana manuskrip maupun perlembagaan Pas, bahawa Pas akan menegakkan negara Islam....

Jadi bila Pas mengatakan Umno perlu mengubah dasar partinya, adakah yang Pas maksudkan adalah supaya Umno memasukkan di dalam perlembagaannya bahawa jangan sesekali ditegakkan negara Islam??? Muskil...muskil....

Apa agaknya komen Dato' Dr Haron Din Al-Hafiz jika beliau membaca posting penulis ni. Ini bukti kukuh, manuskrip sidang DUN pun boleh dirujuk jika masih tak percaya....

Bukti Terbaru!!! Foto Rosmah Berada Di Tempat Pembunuhan Alantunya Pada Malam 19/10/2006???



Raja Petra pernah melemparakan tuduhan bahawa Rosmah berada di lokasi di mana Altantuya dibunuh dan diletupkan pada malam 19 Oktober 2006, tetapi lihatlah di mana Rosmah sebenarnya berada pada ketika kejadian?

Anak-anak yatim Wilayah Persekutuan, KL dan para hadirin ke majlis tersebut mungkin akan berbesar hati untuk menjadi alibi beliau.

Nukilan posting dari blog Kedah ke KL Mct Heory klik sini.

Semoga Allah s.w.t. membalas fitnah mereka dan siapa-siapa sahaja yang bersengkokol dengan mereka amin...

Jangan lupa doa orang yang terinaya diterima Allah...

Akhirnya Dato' Dr. Hasan Ali Mengaku Berjumpa Tan Sri Harussani???

Hasan Ali akui temui Mufti Perak tapi nafi sentuh isu Umno-PAS

TERKINI @ 09:24:37 PM 24-07-2010
July 24, 2010

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Ini kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.

Malah kata Hasan (gambar), beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno-PAS.

“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu. Berita penuh klik sini.


Komen Isac;

Pastinya ramai pemimpin dalam Pas yang "senang" jika Hasan dipecat sahaja dari parti. Walaupun "cah keting" dalam parti Pas pernah dinafikan oleh TG Nik Aziz sendiri tetapi, resam manusia sifat dengki dan iri-hati pasti tidak pernah padam walaupu dalam parti "Islam".

Samada Hasan lah orangnya hanya Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui.

Apapun "orang" yang berjumpa Harussani sememangnya berjiwa besar, seorang agawan yang tulin serta seorang nasionalis. Semuga mereka dilindungi Allah s.w.t.


24 Jul 2010

Gempar!!! Jet Pejuang F - 18 Terhempas Semasa Latihan, Bagaimana Nasib Juruterbang???


SEBUAH jet penggempur CF-18 terhempas semasa sesi latihan penerbangan di lapangan terbang Lethbridge County, Kanada. Bagaimanapun juruterbangnya, Kapten Brian Bews berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan payung terjun. Gambar kecil, sejurus sebelum pesawat malang tersebut terhempas. - Foto AP



Rentetan foto-foto pesawat pejuang CF-18 yang meletup selepas terhempas semasa latihan di Lapangan Terbang Lethbridge County, pada 23 Julai, 2010 sempena pertunjukkan udara pada hujung minggu ini di Lethbridge, Alberta, Canada.

Juruterbang  Kapten (Udara) Brian Bews sempat melonjak keluar dan mendarat menggunakan payung terjun sebelum pesawat pejuang malang tersebut terhampas (AP Photo/The Canadian Press, Lethbridge Herald, Ian Martens) MANDATORY CREDIT: THE CANADIAN PRESS, LETHBRIDGE HERALD, IAN MARTENS; FIFTH IN A SERIES OF FIVE PICTURES

 
 
Komen Isac;
 
Malaysia mempunyai satu skuadran pesawat dari jenis F-18 Hornet yang ditubuhkan sejak tahun 1995. Walau bagaimanapun Jet CF -18 adalah dari model yang sama tetapi telah dinaik taraf dan ada juga yang memanggilnya CF - 188. Model ini digunakan oleh Tentera Udara Kanada.
 
Walaupun sebuah jet pejuang jenis ini bernilai sekitar AS 40 Juta Dollar sebuah, tetapi nyawa jututerbang dan nyawa awam adalah paling utama. Tentunya jutaan ringgit juga telah dibelanjakan untuk melatih seorang juruterbang jet pejuang sehingga mereka mahir. Yang pasti latihan yang diberikan telah membolehkan juruterbang tersebut untuk menyelamatkan diri, nyawa dan harta awam. Syabas diucapkan. Jangan lepas ini kena "grounded" tak boleh terbang lagi sudahlah...
 
Bayangkan jika kita mempunyai wang sejumlah AS 40 Juta Dollar, lebih kurang RM 132 Juta bukan ke bagus? Mungkin orang biasa macam kita 10 keturunan pun X akan habis  duit tu... :)

"Suara Keadilan" Diterbitkan Lagi - Suatu Cabaran Kepada Undang-undang Negara???

Obor pula 'menerangi' Keadilan di pasaran
http://www.malaysiakini.com/news/138142
Christine Chan
Jul 23, 10
12:31pm

Suara Keadilan terus diterbitkan tetapi edisi yang dikeluarkan Isnin lalu menggunakan judul Obor Keadilan, kata pengarangnya, Dzulkarnain Taib.

Meskipun permit akhbar PKR itu berakhir 7 Julai lalu, namun Akta Mesin Cetak dan Penerbitan membenarkan terbitan berkala untuk edisi tunggal dicetak tanpa permit.

Sehubungan itu, setiap penerbitan itu membawa judul yang berbeza.

"Ini adalah siri kedua, penerbitan bukan berkala dan kami akan meneruskannya selama mungkin sehingga mendapat permit,” kata Dzulkarnain melalui telefon.



Komen Isac;

Jika setiap akhbar boleh diterbitkan melalui edisi "tunggal" tanpa lesen sudah tentulah negara akan dipenuhi oleh akhbar-akhbar yang penuh dengan fitnah, hasutan dan semua cerita yang bobrok.

Pada pandangan penulis "Akta Mesin Cetak dan Penerbitan membenarkan terbitan berkala untuk edisi tunggal dicetak tanpa permit" hanyalah tertakluk kepada akhbar yang sedang menunggu lesennya diperbaharui.  dalam kes Suara Keadilan, lesennyaa tidak disambung kerana didapati telah mengeluarkan berita "fitnah".  Dalam kata lain lesennya telah terbatal dan jestru itu klausa di atas tidak boleh digunakan.

Apapun klausa tersebut juga sebenarnya hanya mebenarkan "penerbitan tunggal" bukannya penerbitan "tungal" yang berkali-kali!!!

KDN seharusnya memantau perkara ini, apalah gunanya jika lesen penerbitan telah ditamatkan tetapi, akhbarnya masih boleh diterbitkan kerana tiada pemantauan.

Umno Perlu Ubah Dasarnya Untuk "Bersatu" Dengan Pas, Apakah Dasar DAP & PKR Serupa Dengan Dasar Pas???

Apakah dasar Pas sama dengan DAP dan PKR?
HUJAH utama yang diberikan oleh sesetengah pemimpin Pas apabila menyentuh soal kerjasama dengan UMNO adalah UMNO mengamalkan dasar kebangsaan, bukan dasar Islam. Atas sebab itu, Pas menolak untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO biarpun atas dasar demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Tohmahan mereka adalah UMNO menolak Islam dan Pas tidak boleh bekerjasama dengan parti itu kerana perbezaan dasar. Bagi Pas, kalau parti tersebut menjalin hubungan dengan UMNO atas alasan apa sekali pun, ia seolah-olah satu petaka buat mereka.

Persoalannya apakah jawapan tersebut melambangkan kecelaruan fikiran sesetengah pemimpin Pas atau ia satu jawapan politik? Ia kerana kalaulah dasar perjuangan Islam menjadi teras utama, kenapa Pas sanggup bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Apakah kedua-dua parti itu mempunyai dasar yang sama seperti mana diperjuangkan oleh Pas? Bukankah DAP sudah menolak konsep negara Islam yang ingin diketengahkan oleh Pas dan PKR pula tidak pernah menyatakan secara terbuka menyokong apa yang Pas perjuangkan?

Jelaslah, tindakan menjadikan dasar kebangsaan sebagai halangan utama bagi Pas untuk bekerjasama dengan UMNO hanya satu alasan semata-mata. Sebenarnya, penolakkan kerjasama itu lebih bermotifkan politik kerana kalau benar Pas hanya mahu bekerjasama dengan parti yang memperjuangkan Islam, maka DAP dan PKR juga tidak sepatutnya menjadi pilihan Pas.
Oleh itu, tidak perlulah pemimpin-pemimpin utama Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdolak dalih dalam soal ini. Cakap sahajalah, sebenarnya pemimpin Pas melihat UMNO sebagai musuh politik yang paling nyata.
Tanpa membuat perhitungan politik yang betul, pemimpin Pas begitu yakin bahawa sekarang adalah waktu terbaik untuk mereka mengambil alih tempat UMNO sebagai parti utama orang Melayu. Pas begitu percaya melalui kerjasama dengan DAP dan PKR, mereka akan dihargai dan diberikan tempat utama dalam pakatan pembangkang. Kalau itulah impian Pas, tidak keterlaluan jika dikatakan Pas hanyalah bermimpi di siang hari.

Ini kerana DAP dan PKR tidak akan membuka laluan mudah untuk Pas menjadi parti utama.
Selain itu, kalau Pas mahu kekal mempertahankan dasar Islamnya, kenapa perlu tergesa-gesa hendak mewujudkan sebuah sayap yang dikhaskan untuk bukan Islam yang menyokong parti itu.

Bolehkah dasar Islam tersebut diperkembangkan apabila kumpulan penyokong berkenaan semakin berkuasa di dalam Pas nanti?
Sebenarnya, usaha untuk menyatukan UMNO dan Pas tetap tidak akan berjaya, bukan kerana kesemua pemimpin dan ahli Pas menolak usaha murni tersebut tetapi disebabkan segelintir sikap pemimpin Pas. Mereka ini hanya mengaku dirinya Islam tetapi tidak berakhlak sebagai seorang Islam termasuklah memaki hamun dan mencerca serta menuduh ulama yang tidak menyebelahi mereka dengan pelbagai gelaran.

Pemimpin seumpama ini sudah menerapkan politik kebencian, bukannya politik tidak sehaluan. Ertinya, mereka mahu UMNO dibenci sampai ke mati tanpa mempedulikan apa pun kesannya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam.

Bagi mereka, tidak kira siapapun, asalkan orang itu menyebelahi UMNO maka dia harus dimusuhi. Inilah puak-puak yang menjadi batu penghalang terbesar kepada perpaduan umat Islam di negara ini. Atas sebab itulah, apa pun alasan dan usaha yang cuba dilakukan bagi menyatukan dua parti Melayu tersebut, ada sahaja hujah dangkal dan jumud yang dikeluarkan oleh puak berkenaan.

Namun begitu sebagai umat Islam kita tetap mendoakan agar Allah SWT membuka pintu hati pemimpin-pemimpin seumpama ini agar memahami betapa pentingnya UMNO dan Pas bersatu hati. Pemimpin-pemimpin Pas perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam soal berkenaan. Janganlah melihat atau terlalu gelojoh untuk merebut kuasa politik bersama-sama PKR dan DAP.

UMNO bersikap terbuka dalam soal kerjasama itu bukan kerana politik tetapi demi masa depan orang Melayu dan umat Islam. Ia disebabkan, apa pun berlaku UMNO tidak perlu 'menyembah' Pas untuk mencari kuasa politik tetapi Pas mungkin terpaksa 'melutut' kepada PKR dan DAP bagi tujuan berkenaan.

Nukilan dari blog oyabun,


http://oreoyabun.blogspot.com/2010/07/apakah-dasar-pas-sama-dengan-dap-dan.html


Komen Isac;

Berkata lah benar walaupun pahit. Jahuilah sifat-sifat munafik.....

23 Jul 2010

Rakyaat Malaysia Begitu Marah Jika Subsidi Dikurangkan Tetapi Boros Bila Berbelanja???






Komen Isac;

Dahulu bila bercerita tentang subsidi, kononnya orang Melayulah satu-satunya "bangsa subsidi" di negara ini, anak emas kerajaan dan sebagainya... Tetapi apabila kerajaan mengumumkan bahawa negara terpaksa menanggung beban RM 90 Billion setahun untuk pemberian subsidi terhadap semua sektor seperti pendidikkan, bahan api, pengangkutan, pertanian, makanan dan lain-lain barulah kita sedar bahawa rupa-rupanya bukan setakat kaum Melayu, malah semua rakyaat Malaysia sebenarnya adalah "bangsa subsidi". Anak manja kerajaan ataaupun anak manja pembangkang???

Ini belum lagi dikira "perompak subsidi" gas memasak, diesel dan barangan makanan terkawal dan lain-lain yang menjadi kaya-raya kerana merompak subsidi... Kebanyakkannya perompak-perompak ini tentunya didalangi oleh penduduk berketurunan Tionghua. Otak mereka memang ligat kalau bab-bab "main ngelat ni"...Terbaru "perompak pasir".

Telah menjadi adat di dunia, orang memberi kita merasa, tetapi malangnya rakyaat Malaysia tidak berfikiran sedemikian.... Apabila kerajaan berura-ura untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat, kebanyakkan daripada kita membantah... Ibarat tidak tahu diuntung, tidak tahu mengenang budi dan tidak tahu berterima-kasih. Hasutan pembangkang dalam isu ini sememangnya telah dijangka dan rakyaat pula hanya menuruti agenda mereka laksana "lembu dicucuk hidung".

Perlu diingat, subsidi kerajaan sebenarnya disasarkan untuk membantu golongan rakyaat yang miskin bukannya untuk membantu orang-orang yang "kaya" untuk berbelanja lebih... Jestru itu berilah peluang kepada kerajaan untuk merombak sistem subsidi sediada agar sasarannya membantu golongan yang miskin dan kurang bernasib baik, tercapai...

Satu contoh yang menunjukkan bahawa rakyaat malaysia begitu berkira, ialah apabila kerajaan mengumumkan yuran sekolah adalah percuma, para ibu-bapa "melenting" kerana masih perlu mambayar yuran PIBG, yuran kertas perperiksaan, yuran unit kokurikulum dan lain-lain...yang rupanya lebih tinggi daripada yuran sekolah yang hanya berjumlah RM 24.00 setahun. Walaupun Menteri Pendidikan ketika itu juga wajar dipersalahkan kerana tidak memberikan penerangan yang sewajarnya, tetapi ibu-bapa juga sepatutnya tidak cepat "melenting".

Yang anehnya jika kita mengunjungi medan-medan ikan bakar di seluruh pelusuk negara, terutamanya pada setiap hujung minggu kita akan dapati tempat-tempat sebegini begitu sesak dengan pengunjung-pengunjung yang membelanjakan secara purata RM 150.00 setiap kali berkunjung ke sana.

Nampak sangat bahawa rakyaat Malaysia bukannya tidak mampu, tetapi mereka tidak tahu memilih yang mana harus diberikan keutamaan!!!

Apapun pihak kerjaan perlulah memikirkan jalan yang terbaik di dalam menyalurkan bantuan kapada kumpulan sasaran tanpa mengganggu kestabiilan pasaran barangan semasa. Ibarat menarik rambut dalam tepung...

Mungkin blogger chegu "Taiping Mali" bersetuju dengan penulis dalam topik ini....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3