bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Jan 2010

Bukti Lim Guan Eng Bersifat Cauvanis???

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan
Oleh: Sazali Che Din






Foto: BORHAN Namat bersama isterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahan mereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauh dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 30 Jan. – Kerajaan negeri didesak menyatakan status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi terlepas daripada sebarang tindakan. Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Yusoff Mohd. berkata, gerai-gerai itu beroperasi tanpa dipantau sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan kotor. Menurutnya, beliau hairan dengan sikap kerajaan negeri yang seperti tutup mata terhadap keadaan tersebut sedangkan gerai-gerai kecil Melayu yang tidak mengikut garis panduan dirobohkan.

“Kami mahu kerajaan negeri beritahu kepada orang ramai kenapa gerai-gerai sedemikian tidak diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen. Antaranya kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, diikuti Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan banyak lagi gerai peniaga Melayu yang bakal menerima nasib sama selepas ini. Bagaimanapun tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Georgetown mendapati, gerai-gerai bukan Melayu dibiarkan berniaga di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Malah terdapat juga penjaja yang membuang sisa-sisa makanan ke dalam longkang sehingga salurannya tersumbat sekali gus mencemarkan persekitaran. Antara kawasan-kawasan berkenaan adalah sepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua. Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sering melaung-laungkan keadilan dalam pentadbiran, amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya tidak wujud. Menurutnya, kekayaan ekonomi seharusnya dikongsi dan diagih secara sama rata antara semua kaum. “Hak peniaga kecil atau besar wajib dipertahankan tanpa mengira bangsa. “Kalau kerajaan negeri mahu bertindak mengikut undang-undang, ia patut dilaksanakan terhadap semua peniaga tidak mengira kaum.


“Jika tidak, macam mana pentadbiran Pulau Pinang boleh dikatakan kerajaan yang adil,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Menurut Sivamurugan, tindakan kerajaan negeri itu hanya akan melebarkan jurang kekayaan antara etnik di negara ini khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Beliau menambah, jika itu berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Komen Isac;

Malas nak komen panjang-panjang. Kepada pembaca-pembaca budiman, jika anda adalah penyokong-penyokong Pakatan, "Lu fikirlah sendiri". Masa belum mendapat kuasa apapun sanggup mereka janjikan...Kononnya kerajaan BN terutamanya pimpinan Dato' Dr Khir Toyo Maha zalim kerana merobohkan rumah-rumah setinggan di Selangor, tapi apa yang mereka lakukan tak ada banyak bezanya, bahkan sekiranya apa yang dilaporkan oleh Mingguan Malaysia adalah benar mereka ini lebih zalim kerana tindakan mereka bermotifkan perkauman, umpama lagak parti Likud yang meminggirkan orang-orang Palestine.

Royalti Minyak Kelantan - Tengku Razaleigh Dijanjikan Jawatan Ketua Pembangkang???


Kenyataan Ku Li bertentangan pendirian beliau 10 tahun dulu
30/01/2010 4:21pm
Oleh Rodelio Junjun Taucan


BACHOK 30 Jan. - Kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Kelantan berhak untuk mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus daripada kerajaan Pusat adalah bertentangan dengan pendirian beliau lebih 10 tahun lalu. Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pada masa itu, Tengku Razaleigh adalah pemimpin yang paling lantang menafikan hak Terengganu ketika pemimpin Pas di negeri itu mengemukakan tuntutan sama.



Merujuk kepada laporan beberapa akhbar pada tahun 2000, Awang Adek berkata, Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Pengerusi Petronas tahu setiap perjanjian berhubung pengeluaran minyak dan gas di perairan negara ini yang mana kerajaan negeri memang tidak mempunyai hak. "Waktu itu katanya kerajaan Terengganu memang tidak ada hak untuk dapat royalti. Memang dalam perjanjian Petronas beliau tahu minyak yang dijumpai di luar 5.5 kilometer (tiga batu nautika) dari perairan bukan hak kerajaan negeri.



"Jadi sebagai seorang negarawan, kenapa Terengganu tidak boleh tapi Kelantan boleh. kalau beliau kata mempunyai hak bersuara, saya juga berhak dan pendekatan saya adalah memperingatkan kembali apa yang telah dikatakan oleh beliau sebelum ini," katanya kepada pemberita di Tangok, Bachok di sini hari ini.
Awang Adek turut membawa rujukan berupa salinan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 November 2000 bertajuk, Minyak: Penjelasan Ku Li. Dalam laporan itu, Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Menteri Kewangan berkata, kerajaan Pas Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedudukan wang ihsan kerana wang yang disalurkan selama ini walaupun atas nama royalti minyak, bukanlah hak negeri itu.
- Utusan




Komen Isac;



Penulis melihat perkara ini sememangnya sengaja dipolitikkan. Dipihak BN mereka melihat jika diberikan wang hasil minyak untuk ditadbir urus oleh kerajaan negeri pimpinan Pas, pastinya akan "menguntungkan" Pas. Sudah pasti jika kerjaan Pas Kelantan berjaya membangunan dan memajukan Kelantan secara sendiri peluang untuk merampasnya semula daripada Pas tidak akan kesampaian selama-lamanya.



Selama inipun TG Nik Aziz selalu mencanangkan, "untuk apa mengundi BN, kerana pembangunan tetap diberikan oleh kerajaan pusat, itu tanggung-jawab pusat", katanya. Dakwaan TGNA ada benarnya kerana dalam RM ke 9, negeri Kelantan mendapat peruntukan RM 7.8 billion, iaitu jumlah terbesar untuk sesebuah negeri. Walau bagaimanapun tidakkah rakyaat Kelantan sedar bahawa kata-kata seperti itu berbau angkuh dan tidak sesuai untuk keluar dari mulut seorang TG apalagi apabila beliau sendiri tidak mampu membangunkan Kelantan.



Secara undang-undang Kerajaan negeri sememangnya tidak berhak untuk menuntut hasil minyak tersebut, tetapi isu ini telah dimainkan oleh Pas/Pakatan sebegitu rupa untuk menagih simpati dan sokongan rayaat Kelantan yang pastinya begitu dahagakan pembangunan dan kemakmuran ekonomi yang tidak pernah mereka kecapi selama ini. Tentunya kemakmuran & kemewahan negeri jiran, Terengganu menjadi impian mereka. Apabila YB Husam mengumumkan Kelantan akan memperoleh RM 1 Billion hasil royalti minyak yang kononnya telah dinafikan hak mereka oleh kerajaan pusat, pastinya rakyat Kelantan begitu teruja dan Pas/Pakatan dengan mudah dapat meraih simpati dan sokongan padu rakyaat Kelantan.



Isu hak mutlak atau wang hasil minyak tersebut adalah sebenarnya ikhsan kerajaan pusat tenggelam begitu sahaja dan yang timbul adalah semangat kenegerian yang membuak-buak kerana kononnya mahu membela negeri mereka yang tertindas. Permainan emosi ini disertai dengan penonjolan imej Tok Guru dan perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam akan dengan mudah mempengaruhi mereka.



Tiada faedahnya BN terus memainkan isu ini kerana penulis tidak nampak BN akan dapat mengalahkan permainan politik yang disulami dengan semangat kenegerian dan imej "wali" Tok Guru yang ditonjolkan oleh Pas. Sebaiknya biarkanlah Kelantan dengan caranya, lagipun pemimpin-pemimpin Umno Kelantan sememangnya tidak pernah bersatu. Jestru selagi ianya tidak diperbetulkan secara matematiknya Umno langsung tidak mempunyai harapan. Nampaknya mempolitikkan isu "Royalti Minyak" di Kelantan hanya akan menguntungkan Pas.



Berbalik kepada Ku Li, adakah "bantuannya" dalam isu ini adalah kerana beliau telah ditawarkan jawatan DSAI (Ketua Pembangkang) sekiranya DSAI dipenjarakan kerana kes liwatnya? Maka cita-cita 20 tahun dahulu untuk menjadi PM seakan-akan terhidang di depan mata? Jestru itu peduli apa dengan fakta, peduli apa dengan percanggahan kenyataan yang pernah beliau sendiri ucapkan ketika isu minyak Terengganu dibahaskan!!!!! Cakap orang politik sememangnya tidak boleh dipegang, berubah mengikut keperluan. Apapun cuma Ku Li sahaja yang ada jawapannya.....

30 Jan 2010

Sah LGE Adalah Seorang Diktator, Cauvanis dan Komunis???





http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/51282-pkr-pulau-pinang-kesal-dengan-kenyataan-zahrain
PKR Pulau Pinang kesal dengan kenyataan Zahrain



PULAU PINANG, Jan 29 — Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator. “Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama iu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior,” kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai Pengerusi PKR Pulau pinang tahun lepas.


Beliau mengulas kenyataan Zahrain hari ini yang menyifatkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis. Lim pula enggan mengulas perkara tersebut. “Oleh kerana saya adalah pihak yang terlibat, saya enggan mengulasnya hari ini sebaliknya saya benarkan Mansor membuat respons,” katanya. Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Zahrain. “Kita tidak melihatnya sebagai satu masalah dalam Pakatan Rakyat kerana dia (Zahrain) hanya melahirkan apa yang dia fikir,” katanya.



Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa Pakatan tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya. Beliau berkata Lim tidak suka dikritik dan melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional. Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim. Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti. — Bernama



Komen Isac;




Nampaknya seorang lagi YB Pakatan akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin. Parti Keadilan. Dilihat PKR sudah semakin menjadi "Parti Komunis", pemimpin-pemimpinnya mahu dikunci mulut-mulut mereka. Dah tak boleh bersuara....Kena jadi Pak Turut sahaja, jika membantah padahlah jawabnya....




Adakah kenyataan Datuk Seri Zaharin ini boleh dipakai? Adakah LGE sememangnya bersikap perkauman yang sempit? Apa kata kalau kontrak-kontrak pemberian kerajaan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang diumumkan kepada khalayak, adakah nanti kita akan dapati pemberian kontrak-kontrak tersebut membuktikan lagi bahawa sememangnya LGE adalah seorang cauvanis Cina?

Aduka Telah Didakwa, Bagaimana Pula Dengan Penghinaan Yang Dilakukan Oleh Bukan Melayu???



http://www.malaysiakini.com/news/123239
Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa
Darwis ZainalJan 29, 103:42pm


Seorang penulis blog dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor. Khairul Nizam Abd Ghani, 29, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu. Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.


Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000. Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok. Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin. Khairul Nizam kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut. Isterinya turut hadir di mahkamah. Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.




Komen Isac;



Apa yang dialami oleh "Aduka" samalah seperti pepatah Melayu, "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa". Aduka telah didakwa selayaknya, tetapi bagaimana pula dengan penghinaan yang dilakukan oleh bukan bumiputera yang menghina perlembagaan, sultan dan undang-undang negara? Mengapa mereka ini tidak diseret sekali? Adakah kerana Aduka orang Melayu, tak ada duit maka lebih mudah untuk mengambil tindakan terhadapnya?
Undang-undang kita akan menjadi bahan ketawa apabila hanya orang-orang Melayu sahaja yang ditangkap, baik dalam kes pijak kepala lembu, hina Sultan, bakar gereja dan lain-lain lagi tetapi "orang lain" bakar surau, baling kepala babi di masjid, hina azan dan lain-lain bebas sebebasnya.... Menteri dalam negeri, Polis dan Peguam Negara perlu berbuat sesuatu!!!

29 Jan 2010

Dr Hassan Bebas - Membuktikan Pro Kerajaan Perpaduan Dalam Pas Masih Berkuasa!!!



http://www.malaysiakini.com/news/123254
Khalid digantung enam bulan, Hassan lepas
Jan 29, 10 5:46pm

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini. Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali. Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti. Manakala Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi. Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan. Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Komen Isac;

Mudah-mudahan dengan keputusan ini team pro kerajaan perpaduan dalam Pas akan semakin kuat dan cita-cita kebanyakkan umat Islam/Melayu di Malaysia untuk melihat perpaduan umat Islam/Melayu antara Umno dan Pas akan termakbul, amin.....

Inilah Aspirasi Pembangkang - Melahirkan Manusia2 Bongkak Dan Menolak Takdir Ilahi????

Foto 1: Muka-muka Pemimpin Pembangkang Di Masa Hadapan???



Pelajar UM terus berdemonstrasi
Wong Teck Chi Jan 29, 1011:15am

TERKINI Lebih 200 mahasiswa Universiti Malaya daripada kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.



Foto 2: Cara Berdemo Macam Pernah Ku Lihat...

Mereka berang selepas tewas dalam pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan. Kumpulan pro-M juga menuntut pilihan raya baru diadakan semula dan sistem pengundian secara berkomputer atau e-undi batalkan. Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan 'bantah' dalam tulisan merah.


Foto 3: Berdemo - Aspirasi Pembangkang?


Kumpulan mahasiswa itu juga dilaporkan bersiap sedia untuk menyerbu pejabat Canselori jika Naib Canselor, Ghauth Jamson gagal berjumpa dengan mereka. Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M. Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas.


Foto 4: Inikah Idolanya????



Komen Isac;



Kepada pembangkang, jangan lah ansa menjadi manusia yang bongkak serta takabur....Bila mereka menang berarak dan bersorak, mereka kata mereka dipilih rakyaat....Rakyaat menolak Unmo/BN....Umno/BN umpama "dinasour politik", sudah nak pupus...dan bla..bla.... Tapi bila mereka yang kalah, mereka tunjuk perasaan....mereka merusuh....semua agensi-agensi kerajaan dicerca sebagai tidak adil, memihak kepada Umno/BN, SPRM menipu, Mahkamah berat sebelah, Polis "anjing" BN, undi tentera "dirompak", Pihak Universiti kuda tunggangan dan bermacam-macam lagi.....



Sudah tu sudahlah...Belajarlah untuk menerima kekalahan dan takdir Allah s.w.t....Jadilah manusia yang zuhud, berserah kepada qada' dan qadar serta ketentuan Ilahi....

DSAI - Act of A Betrayal. Only If The People See What He is Up To...

ANWAR- He was commenting on an article by Anwar, titled “Muslim Have No Monopoly over Allah”, which was published in the Wall Street Journal recently.




ALLAH ISSUE: ANWAR CRITICISED FOR TARNISHING COUNTRY'S IMAGE
Bernama - Thursday, January 28
KUALA LUMPUR, Jan 27 (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim was today criticised for not giving an accurate picture on the Allah issue in his writing which was published by the foreign media. Federal Territory Umno liaison secretary Datuk Wira Syed Ali Alhabsee, who is also Cheras Umno division head, said Anwar was also actively lobbying overseas non-governmental organisations to tarnish the government's image on the matter.

“His action in colluding with foreign countries, including their media, is very worrying because what is happening in the country over the Allah issue has been exploited," he said in his blog. He said Anwar claimed that the government had failed to tackle the issue on the attacks at churches and other houses of worships.


“It is an act of betrayal and gives a picture that the Barisan Nasional government, which is led by Umno, is cruel to the minority race in the country," he added. Syed Ali regretted that Anwar accused the UMNO leaders and the mainstream newspapers for highlighting racial issues. On the incident of four severed wild boar heads being dumped at two mosques in Petaling Jaya this morning, he said the matter should be left to the police to investigate.

--BERNAMA
ZS ZS MIS

Komen Isac;

DSAI sudah semakin menunjukkan belangnya, mudah-mudahan rakyaat dapat melihat dan menyedari dan mengenali siapakah beliau yang sebenar.....

28 Jan 2010

Bakar Gereja & Kehilangan Enjin Jet F 5E - Siapa Dalang Dan Siapa Yang Untung???





Sebahagian artikel dipetik dari Blog Angin Perubahan
http://anginperubahan.blogspot.com/2010/01/uganda-anti-sodomi.html


Muka depan Suara Keadilan, 19-26 Januari 2010. Apakah Amerika Syarikat mahu menyekat ekonomi Malaysia disebabkan oleh dua kes di atas? Ataupun kerana Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menjadi "biangnya"? Itu tidak mustahil kerana DSAI yang rapat dengan Al Gore, pernah cuba untuk mempengaruhinya untuk mengenakan sekatan ke atas Malaysia pada tahun 1998 yang lalu, bertujuan memberikan tekanan kerana membicarakan kes DSAI di mahkamah. Jika kali ini ekonomi Malaysia benar-benar disekat, siapakah yang akan rugi? Akan terbelakah nasib kita semua? Bukankah ini kerja "pengkhianat" ?


Berbalik kepada kedua-dua isu di atas, siapakah dalang disebalik tuntutan majalah Herald untuk menggunakan nama "Allah" dalam terbitan risalah mereka? Mengapa isu agama yang sensitif sebegini juga sanggup DSAI mainkan demi untuk menyemai perasaan benci penganut-penganut agama Kristian terhadap Umno dan BN semata-mata untuk memenangi undi dari mereka?


Walaupun dalang disebalik pembakaran gereja-gereja dan surau-surau belum dikenal-pasti tetapi sekiranya isu penggunaan kalimah "Allah" tidak dibawa ke mahkamah, peristiwa-peristiwa di atas pastinya tidak akan berlaku.


Untuk kes penjualan enjin jet, bagaimana jika aliran dana yang diperolehi dari hasil penjualan kedua-dua enjin tersebut dijejaki, mana tahu jika wang tersebut masuk ke kantong mana-mana parti politik ataupun pemimpin politik. Jangan sampai menjadi "pengkhianat" negara....

Husam, Tuntutan Royalti Minyak/Gas Kelantan RM 40 Juta Atau RM 2 Billion???


http://www.malaysiakini.com/news/123070
Royalti minyak Kelantan sepatutnya RM40 juta
Jan 27, 10 7:21pm



Kerajaan PAS Kelantan mempertikaikan wang ihsan hanya sebanyak RM20 juta dan meminta kerajaan pusat menilai jumlah itu. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata nilai yang sewajarnya diterima negeri itu, berdasarkan dengan pihak Petronas awal bulan ini, adalah sebanyak RM40 juta bukannya RM20 juta seperti diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.



Husam yang juga Pesuruhjaya PAS II Kelantan berkata melalui perbincangannya Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 8 Jan lalu, menurut beliau RM40 juta itu tidak termasuk tuntutan di kawasan telaga bintang yang dengan kawasan perairan Terengganu-Kelantan. "Pendirian kerajaan negeri tetap tidak menerima keputusan itu...kami mahu kenyataan rasmi dari Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di Kota Baharu hari ini.



Beliau mengulas kenyataan Mustapa semalam mengumumkan kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membayar sebanyak RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini yang merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil cari gali petroleum diperolehi sejak Mei 2008. Kelantan tahun lalu mengemukakan tuntutan royalti berjumlah RM2 bilion terhadap operasi cari gali di perairannya kepada pusat dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah.



Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat akan memberikan wang ihsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisirpantai negeri itu. Kerajaan Negeri Kelantan didapati tidak berhak mendapat royalti minyak kerana dua telaga minyak yang dipertikaikan itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan negeri itu. Husam berkata kerajaan negeri akan terus memperjuangkan haknya dalam tuntutan royalti minyak itu walaupun pusat mengantikannya kepada wang ihsan.
- Bernama
Komen Isac;
Ini nak temberang pulak ke? Sekejap RM 2 Billion, ni dah tinggal RM 40 Juta sahaja pulak....Hanya tinggal 2% aje dari nilai tuntutan asal. Husam ni dari jurusan ekonomi, tapi macam tak pandai matematik pulak....Kalau kaum professional, apa-apa juga anggaran yang mereka buat, baik Jurutera, QS maupun Akuantan biasanya hanya 20% perbezaan (variation) dibenarkan. Ini mentang-mentang ahli politik perbezaan dakwaan beliau sehingga 5000%. "Ulamak" pun nak menipu ke?
Bolehkah beliau "didakwa" atas kesalahan cuba "menghasut" rakyaat Kelantan bangun menentang Kerajaan Persekutuan? Setiap rakyaat harus dipertanggung-jawabkan di atas apa yang mereka lakukan.
Bagaimana pula dengan tuntutan beliau terhadap minyak/gas yang diterokai di kawasan sempadan Kelantan/Terengganu? Adakah ianya juga diwartakan di dalam perlembagaan/Akta Galian negara? Jika ada, silakan jika tidak janganlah "diracun/dimomokkan" fikiran rakyaat Kelantan dengan permintaan yang bukan-bukan. Jika negeri Kelantan boleh menuntut hasil minyak/gas di kawasan Terengganu maka negeri Terengganu juga secara logiknya boleh menuntut sebahagian hasil minyak/gas di kawasan ZEE di sempadan negeri Kelantan kerana kawasan tersebut hanya terletak kurang dari 150 Batu Nautika dari pantai negeri Terengganu. Untuk keterangan lanjut sila lihat posting penulis terdahulu.
Kepada kerajaan negeri Kelantan janganlah kamu pula "merampas" hak orang lain di dalam cubaan kamu menuntut hak yang kamu fikirkan adalah "milik" kamu...

27 Jan 2010

Zul -Diarah Tutup Mulut - Tiada Keadilan dan Kebebasan Dalam PKR?



http://www.malaysiakini.com/news/122918
PKR arah Zulklifi 'tutup mulut'
Jan 26, 10 4:28pm

Ahli parlimen kontroversi PKR, Zulkifli Noordin telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti itu bagi menentukan tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya berhubung tindakannya membuat laporan polis ke atas rakan Pakatan Rakyat, Khalid Samad.


Menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution sementara menunggu jawatankuasa disiplin bermesyuarat, Zulklifli dilarang bercadang kepada media. Sebelum ini, ahli parlimen dari Kulim-Bandar Baharu itu mendakwa "firaun' kecil" kini menyalak menuntut "kepalanya dipenggal." Keputusan "tutup mulut" itu dibuat oleh biro politik parti itu yang bermesyuarat tengahari tadi. Mesyuarat berlarutan selama dua jam, bermula jam 2 petang selepas taklimat khas bagi perwakilan yang dilantik.


Zulklifli (kanan) bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat itu. Tindakan 'tutup mulut' itu dipercayai kali pertama yang dikenakan ke atas Zulklifi yang terkenal dengan tindakan dan kelantangannya yang dianggap membelakangkan parti.


Pada Ogos 2008, beliau dan beberapa yang lain menyerbu forum Majlis Peguam berhubung pertukaran agama. Forum berkenaan kemudiannya terpaksa dibatalkan. November tahun lalu pula, Zulklifli bertikam lidah dengan naib presidennya, R Sivarasa.

Komen Isac;

Cakap aja berdegar-degar.....untuk keadilan, ketelusan, amanah, bersih, anti rasuah, hak sama-rata, memperjuangkan hak rakyaat, mempertahankan suara rakyaat, bla...bla....Rupa-rupanya "Tok Wakil" sendiripun tak boleh nak mempertahankan undang-undang dan perlembagaan negara....PKR "membisukan" Wakil rakyaat yang menyuarakan isihati rakyaat yang diwakilinya.....

Inikah "Pakatan Rakyaat" yang sebenar????? Ataupun ini hanya satu lagi sandiwara Pakatan untuk mengalihkan perhatian rakyaat diar isu-isu yang membelengu Pakatan???? Sebulan dari sekarang baru nak buat keputusan, lama tu.... Rakyaat pun mungkin dah terlupa......

Macam Mana Masjid & Stadium Nak Runtuh Kalau Binanya Pun "Tidak"....






KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan sesetengah menteri Pusat yang menganggap Kerajaan Negeri tidak berkeupayaan mengurus wang royalti minyak. Menurutnya, beliau lebih tahu keupayaan pentadbiran negeri yang bersih dari gejala rasuah dan mampu menguruskan wang hasil minyak negeri lebih baik berbanding dengan apa yang dilakukan Barisan Nasional (BN).



“Kami lebih pandai, jauh lebih pandai (dari BN). Kami tak ada rasuah, stadium dan masjid tidak pernah runtuh, yang menyebabkan runtuh itu kerana tidak pandai,” katanya hadir melawat ke Kolej Yayasan Islam Kelantan di sini, semalam. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek yang menyatakan Kerajaan Pusat tidak memberi wang royalti disebabkan bimbang cara pengurusan Kerajaan Pas Kelantan.




Komen Isac;


Betullah.....Ada ke kerajaan negeri Kelantan (Pas) pernah bina stadium? Rasannya tak pernah nampak.......Stadium kat sanapun cuma ada satu, itupun mungkin dibina oleh BN berapa puluh tahun yang lalu.... Berapa banyak masjid yang pernah dibina oleh kerajaan negeri pula? Rasanya boleh dibilang dengan jari......Kalau sepanjang pemerintahan selama hampir dua dekat ini, rasanya setahun sebuah masjidpun tak ada....



Orang politik ni kadang-kadang jawapan main ikut sedap mulut aje.....:) Saya bukan anti Tok Guru, tapi nak "perli" orang lain agak-agak lah.....Walau bagaimanapun dalam masa yang sama BN juga kena fikir mengapa Stadium ini boleh runtuh dan macamana hendak mengelakkan perkara ini dari berulang!!!!!! Penulis lastik 2 burung gunakan satu batu......

26 Jan 2010

Blogger Hina Almarhum Sultan Johor - Penegak Undang-undang Jangan Lembut Hati!!!





Rais: Tiada tindakan jika Aduka mohon maaf
Jan 26, 10 2:33pm
http://www.malaysiakini.com/news/122887



Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu. Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di IbuPejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.






Komen Isac:


Kepada Datuk Seri Dr. Rais, negara ada undang-undang.....Kuatkuasakanlah ia atau buang sahaja undang-undang tersebut!!!!


Jika kita terlalu berlembut, inilah yang terjadi. Orang ramai tidak akan patuh lagi kepada undang-undang. Hari ni buat salah, esok mintak maaf dan terselamat dari dikenakan tindakan, maka undang-undang negara akan hanya menjadi bahan "lawak-jenaka". Bila ini berlaku, undang-undang dan kerajaan akan hilang kawalan terhadap negara. Adakah kita bersedia untuk menghapuskan sistem beraja? Adakah kita bersedia untuk menggugurkan Agama Islam sebagai Agama Resmi Negara?




























Pelaburan di Perak Masing-masing Mengaku....


MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (dua dari kiri), berbincang sesuatu di kalangan duta yang hadir selepas memberikan ucaptamanya di Forum Duta-Duta 2010 di Ipoh, hari ini. Turut hadir (dari kiri), Duta Besar Kuwait ke Malaysia, Suleiman Al Monther Bader Eissa, Duta Besar Republik Yemen ke Malaysia, Abdulla Mohamed Al-Montaser, Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia, Nadir Yousif Eltayeb dan Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Algeria ke Malaysia, Abdelmalek Bouheddou. - Foto Bernama



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20100125174603/Article/index_html

BN bawa pelaburan Vale ke Perak: Dr Zambry


IPOH: Barisan Nasional (BN) menafikan pelaburan syarikat Vale do Rio Doce (Vale) dari Brazil bernilai RM16 bilion dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa mereka mentadbir Perak selama 11 bulan bermula akhir Mac 2008. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kertas cadangan pelaburan syarikat perlombongan bijih besi kedua terbesar di dunia itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat exco pada awal 2008 sebelum Pilihan Raya Umum 2008 pada Mac. Katanya, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali sebelum perbincangan dihentikan selepas pertukaran kerajaan kepada Pakatan Rakyat.


Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat cuba menipu orang-ramai dengan berceramah dan mendakwa mereka membawa masuk pelaburan syarikat itu yang akan mendirikan kilang pelet bijih besi di Manjung. "Semua ini bermula pada zaman BN. Kemudian prosesnya disambung dan tidak dilaksanakan apa-apa (ketika kerajaan Pakatan Rakyat). Sekarang kita melaksanakan semula. "Mereka jangan nak bohong rakyat. Baik buat kerja tolong rakyat.


"Kita sudah bincang pelaburan Vale dalam mesyuarat exco awal 2008," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Siri Pertama Forum Duta anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Invest Perak di sini, hari ini. Berita Harian pada 15 Mac 2008 yang memetik laporan Reuters dari Rio De Janeiro mengatakan Vale merancang membina kilang pengeluaran palet di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran antara enam juta hingga tujuh juta setahun yang akan menggunakan bijih besi dari Brazil sebagai sumber bahan mentahnya.





Komen Isac;



Kenapa bab "nama" ni semua orang suka nak mengaku? Walaupun "kerja" tu orang lain yang buat.....tapi dia tetap nak kata itu kerja dia. Tak kiralah lebai ke? Ulamak ke? Dato' ke? Dr. ke? Ir ke?


Seperti yang penulis pernah katakan dalam tulisan yang lepas, walaupun mungkin Pakatan adalah pelopor ataupun sekadar pernah terlibat di dalam rundingan-rundingan untuk membawa pelaburan-pelaburan tersebut ke Perak, pihak pelabur masih boleh membatalkan hasrat mereka sekiranya kerajaan sekarang tidak mereka senangi.


Apapun sememangnya mudah untuk memperkatakan apa sahaja kerana bak kata pepatah, "lidah tidak bertulang". Kepada rakyaat Perak belajarlah dari kesilapan yang lalu.



PKR Hanya Mempunyai Seorang Ahli "Melayu/Islam" ???


"Zaid mahu Zul dipecat...Anwar kata Zul dah cross the line..." Semua itu gara-gara YB Zulkifli mempertahankan Raja-raja Melayu dan kesucian Agama Islam. Ironinya beliau bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti kerana cuba mempertahankan perlembagaan negara dan saranan tersebut dibuat oleh pemimpin-pimpinan PKR yang berketurunan Melayu yang juga beragama Islam.
Jika perkara yang dialami oleh YB Zul ini berlaku terhadap anggota Parti Tindakan Rakyaat (People's Action Party - PAP), Republik Singapura, penulis mungkin boleh memahaminya kerana ia berlawanan dengan aspirasi parti dan negara tersebut, tetapi apabila ia berlaku di negara ini di mana perkara yang diperjuangkan selari dengan aspirasi dan perlembagaan negara, penulis hanya mampu mengurut dada dan beristifar....

Memang sedih kerana nampaknya seperti juga Dr. Hasan Ali di dalam PAS, YB Zulkifli di dalam PKR dilihat berseorangan menongkah arus di dalam usahanya untuk memertabatkan maruah agama dan bangsa di negara sendiri.
Sekiranya perjuangan beliau ikhlas, penulis percaya mejoriti orang-orang Melayu dan Islam di negara ini pasti sedia berdiri teguh di belakangnya.


25 Jan 2010

Jenazah Tun Ghazali Selamat Dikebumikan Di Makam Pahlawan


Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menaburkan bunga mawar di pusara Allahyarham Tun Ghazali Shafie, 88, selepas upacara pengkebumian jenazah allahyarham di Makam Pahlawan di Masjid Negara di sini, hari ini. Allahyarham yang juga bekas Menteri Dalam Negeri meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya
pada 7.45 malam Ahad. -- fotoBERNAMA

Published: Isnin Januari 25, 2010 MYT 5:11:00 PM
Jenazah Tun Ghazali Selamat Dikebumikan Di Makam Pahlawanhttp://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/25/mstar_berita/20100125170710&sec=mstar_berita


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie yang meninggal dunia semalam disemadikan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara di sini hari ini kira-kira pukul 2.30 petang. Lebih 200 sanak saudara, kenalan dan dif-dif kehormat hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Negara.


Antara dif kehormat ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan beberapa menteri dan timbalan menteri kabinet lain.


Dilahirkan di Kuala Lipis, Ghazali, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya pada 7.45 malam. Sebelum itu, jenazah dimandi, dikapan dan disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin, Damansara Utama berhampiran rumah adik perempuan Allahyarham, Datin Yuhanie Shafie, 78, pada kira-kira pukul 10 pagi.


Jenazah Allahyarham turut disembahyangkan selepas solat zohor pada kira-kira 1.30 petang di Masjid Negara dengan diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Suasana pilu menyelubungi Makam Pahlawan bila talqin dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.







Sedikit Biography Beliau.






Tun Ghazali Shafie lahir di Kuala Lipis, Pahang, pada 22 Mac 1922. Beliau merupakan ahli politik Malaysia era Tunku Abdul Rahman hinggalah era Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dari 1970-1984.






Pendidikan




Beliau melanjutkan pelajaran di University College of Wales dan London School of Economics.









Politik




Beliau menjadi penasihat tetap Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia. Peranan beliau dalam pembentukan negara Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak cukup signifikan.




Beliau pernah menjadi Menteri Penerangan Malaysia (1970) dan Menteri Luar Negeri dan Menteri Tugas-Tugas Khas semasa Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak. Kedua-dua mereka berasal dari negeri Pahang. Sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas merangkap Menteri Penerangan Malaysia, beliau bertanggungjawab membentuk , merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia Kedua 1970-1975.




Dasar luar semasa zaman Tun Abdul Razak diperkukuhkan dengan pembentukan ICG iaitu Majlis Antara Kerajaan-Kerajaan. Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan dan duta kanan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Peranan beliau amat berkesan bagi menghadapi kebanjiran pendatang haram Vietnam ke Pulau Bidong, Terengganu pada 1975.




Beliau bertanggungjawab terhadap pembentukan Rukunegara iaitu satu prinsip perpaduan negara selepas Peristiwa 13 Mei. Cogan kata Bersatu Bertambah Mutu bagi Malaysia juga adalah hasil inisiatif beliau sebagai Menteri Penerangan pada tahun 1970.




Dari 1993-1995 beliau menjadi penulis tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.






Terselamat dalam nahas Cessna




Pada 10 Januari 1982, pesawat Cessna 206 yang dipandu Tun Mohd Ghazali Shafie, ketika itu Menteri Luar Negeri Malaysia terhempas di Kampung Janda Baik.Ketika mereka dari Kelab Pnerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya. Bagaimanapun Mohd Ghazali terselamat kerana jatuh di atas rimbunan pokok buluh. Manakala pembantu juruterbang dan pengawal peribadinya (ASP Charon Daam dan co-pilot Vergis Chacko) terbunuh.








Komen Isac;






Al-Fatihah. Mudah-mudahan roh beliau beliau ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang soleh amin...

Pertembungan Zulkifli Vs Khalid - Lagi Sandiwara Pakatan???









KUALA LUMPUR, Jan 23 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang pernah mencabar rakan sejawatannya dari PAS, Khalid Samad agar tinggalkan parti itu awal bulan ini, hari ini membuat laporan polis kerana mengesyorkan agar enakmen agama yang melarang penggunaan kalimah “Allah” dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dikaji semula. Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat itu meminta Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam disiasat kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan, menghina dan memudaratkan keharmonian kaum. Selain itu kata beliau, kenyataan Khalid kelmarin juga telah menghina Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri dan Dewan Undangan Negeri yang telah meluluskan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.




“Kenyataan Khalid adalah satu kenyataan berunsur hasutan, menghina Sultan, Dewan Undangan Negeri dan umat Islam secara umum,” kata beliau dalam laporan polis yang dibuat di pondok polis Jalan Masjid India di sini kira-kira 6 petang tadi. Zulkfili mahu polis menyiasat Khalid di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan serta enakmen berkenaan.



Komen Isac;



Inilah caranya pakatan mengalihkan pandangan rakyaat daripada masalah-masalah yang sedang mereka hadapi. Berlakon bergaduh sesama sendiri....Bila isu yang mereka cuba elakkan telah reda, mereka pun "berdamailah".....balik kononnya. Itulah skrip yang sama dan telah dimainkan berulang-ulang kali oleh YB Zul, Khalid Samad dan Dr Hasan. Cuma mungkin "lawan" mereka sahaja yang sering bertukar-ganti.

24 Jan 2010

Terbaru...Zul Senasib Dengan Dr Hassan Ali...





TERBARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan mesyuarat khas Biro Politiknya Selasa depan bagi membincangkan tindakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin yang membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah. Setiausaha Agung PKR yang baru, Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Agendadaily, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen PKR hari Sabtu membuat laporan polis terhadap Khalid kerana kenyataannya mengenai isu kalimah Allah disifatkan boleh mengelirukan umat Islam. Ini bukan kali pertama Zulkifli bertelagah dengan Khalid kerana sebelum ini mereka berdua pernah saling melemparkan kenyataan sehingga menyebabkan Zulkifli pernah diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR. Ditanya lebih lanjut, Saifuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat Biro Politik terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan rasmi mengenainya dibuat. – 24/1/2010

Komen Isac;

Nasib engkau lah Zul.....Siapa suruh engkau masuk PKR....Dalam dunia ni mana ada keadilan, mana ada ketelusan, mana ada hak kesama-rataan terutamanya apabila engkau berada di dalam Parti Keadilan....Nama parti aje "adil", tetapi ahli, pemimpin dan partinya 2 X 5 aje dengan Parti "Likud". :)

Jika Silap Percaturan, Satu Lagi Kerajaan Negeri Pakatan Bakal "Bankrup" ???



Selain kerajaan negeri Kelantan yang diarah oleh mahkamah untuk membayar RM 800 Juta kepada sebuah syarikat pembalakkan, nampaknya kerajaan negeri Pulau Pinang juga bakal mengalami nasib yang sama jika tidak kena gayanya dan sekiranya keluarga mangsa-mangsa tragedi perahu naga baru-baru ini mengemukakan saman ratusan jutaan ringgit terhadap kerajaan negeri itu.



Disebabkan lokasi baru kawasan perlumbaan yang merbahaya inilah yang sebenarnya menyumbang kepada kemalangan ini, pastinya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak dapat lari dari bertanggung-jawab ke atas tragedi tersebut.



Kalau dilihatkan pada pelan lokasi, kawasan tersebut terletak di Timur Laut Pulau Pinang, iaitu selepas kawasan bonjol/tanjung, sememangnyalah ombak dan arus di situ pasti agak luarbiasa dan merbahaya. Berdasarkan kepada pengalaman penulis selalunya akan ada "rip current" di kawasan sebegini. Sepatutnya bila mahu memindahkan venue perlumbaan ke tempat yang baru, aspek keselamatan dan teknikal perlu diteliti terlebih dahulu dan hendaklah diserahkan kepada orang-orang teknikal yang pakar dan bukannya ikut main sedap sahaja....



Sekiranya venue perlumbaan tidak ditukar semula ke kawasan tasik, LGE/DAP akan menyebabkan lebih ramai pelumba yang terdiri dari kaum Cina akan "terbunuh",. Menutup "kesalahan mereka/DAP" dengan terus membiarkan perlumbaan ini dijalankan di kawasan yang merbahaya, samalah juga dengan sengaja membiarkan pelumba-pelumba tersebut "terbunuh".



Penulis cadangkan jika peguam/keluarga mangsa mahu membuktikan bahawa venue sekarang sememangnya merbahaya bolehlah dapatkan simulasi data-data ombak dan arus di kawasan tersebut untuk menguatkan penghujahan. Data-data dan simulasi tersebut juga khidmat nasihat boleh dirujuk kepada Jurutera Perunding Hidraulic di Malaysia, seperti COEI UTM, Hydec Engineering, Perunding DNA, Danis Hydraulic (M), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dll.



Penulis berharap akan ada dikalangan para peguam yang baik hati tampil untuk membantu keluarga-keluarga mangsa yang kurang berkemampuan secara sukarela, bukan sekadar untuk membuat tuntutan ganti-rugi terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi yang lebih penting untuk mempastikan agar tempat perlumbaan perahu naga dapat dipindahkan semula ke kawasan yang lebih selamat. Ini perlu untuk mengelakkan tragedi yang sama daripada berulang.

23 Jan 2010

Tukang Bakar Surau-surau di Muar Sudah Ditangkap? Siapa Dalangnya?


Agenda Daily
Sepandai-pandai Tupai Melompat


Mereka yang cuba mengeruhkan keadaan dengan tindak tanduk ganggu rumah-rumah ibadat pelbagai agama nampaknya tidak mungkin lepas begitu saja. Setelah dua siri tangkapan sebelum ini,hari Sabtu polis berjaya menahan empat lelaki berumur antara 16 hingga 28 tahun termasuk seorang anak angggota polis kerana dipercayai terbabit dalam kes membakar surau di Muar dua hari lalu.
Kejayaan ini diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Jumaat seramai tujuh lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian melempar bom petrol dan batu di dua gereja serta sebuah pondok pengawal sekolah di Taiping pada 10 Januari lalu ditahan. Kejayaan pertama polis dalam usaha menyelesaikan segera kes-kes ini dicapai Rabu lalu bila lapan orang ditahan bagi membantu siasatan kes bakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dekat Kuala Lumpur 8 Januari baru ini. -23/1/2010
Komen Isac;
Cekap juga polis-polis Malaysia ni....Cepat betul dia orang dapat buat tangkapan. Sayabas diucapkan!!! Walaupun katanya penyerang-penyerang ini bergerak sendirian, tetapi daripada pola serangan yang agak berselerak dengan membabitkan beberapa negeri tidak mustahil jika ada dalang disebalik kejadian-kejadian ini. Motifnya mungkin sengaja mahu menimbulkan suasana tegang dan pergesaran diantara rakyaat berbilang kaum di negara ini.
Siapakah mereka ini? Mungkin sesiapa sahaja, termasuklah anasir-anasir luar negara. Tetapi yang jelas siapa yang paling beruntung jika negara ini kacau-bilau? Siapakah yang selama ini menafikan pengorbanan pihak polis? Siapakah yang selama ini cuba mensabotaj reputasi negara di luar sana? Memfitnah pemimpin-pemimpin negara dengan harapan rakyaat tertipu dan memilih "mereka"....
Kononnya pejuang rakyaat tetapi sebenarnya mereka ini ibarat gunting dalam lipatan...Telunjuk lurus kelingking berkait....

Tuanku Ibrahim Dimahsyur Sebagai Sultan Johor Yang Baru.



Tengku Mahkota Johor menandatangani watikah pelantikan sebagai Sultan Johor kelima pada
majlis permashuran di Istana Besar.

JOHOR BARU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Ibrahim Ismail secara rasmi telah diisytiharkan sebagai Sultan Johor. Pengisytiharan itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada jam 10.21 pagi tadi di Istana Besar.


"Berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan di bawah undang-undang yang sama," katanya. Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.


Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat. Tunku Ibrahim Ismail, yang berbaju Melayu putih, juga melafazkan sumpah bagi menghormati dan memelihara agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang teguh kepada Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-undang negeri Johor.





Komen Isac;





Daulat Tuanku !!!!

Lagi Usaha DAP Untuk "Larikan" Diri Dari Tragedi Perahu Naga!!!


http://www.malaysiakini.com/news/122544
DAP dakwa bukan Melayu terus dipinggirkan
Humayun KabirJan 22, 1010:13am

DAP terus membuat kejutan dengan kali ini mendakwa kaum Cina di Malaysia tidak layak mendapatkan pinjaman perniagaan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). Dana dari tabung berkenaan diperuntukkan kerajaan bagi membantu peniaga kecil, penjaja, ibu tunggal dan usahawan kecil dan sederhana.



Bercakap pada sidang media di Ipoh, Naib Presiden DAP yang juga ahli parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata tindakan berkenaan tidak adil kerana 30 peratus daripada penduduk Malaysia adalah kaum Cina dan 85 peratus daripada mereka adalah pembayar cukai. Kula mendakwa dia pernah berdepan dengan pegawai Tekun di Ipoh dan meminta penjelasan mengapa masyarakat Cina dipinggirkan. Jawapan yang diberikan ialah tiada peruntukan daripa kerajaan persekutuan kepada mereka yang berbangsa Cina. “Mengapa kaum Cina perlu didiskriminasikan kerana kerajaan BN perlu memahami bahawa bukan semua masyarakat Cina adalah kaya, ada juga yang miskin yang memerlukan bantuan kewangan bagi mengembangkan perniagaan mereka,” katanya.




India juga kononnya menjadi mangsa. Menurut Kula, di bawah program pinjaman perniagaan Tekun, kadar faedah yang dikenakan amat minimum bagi tidak membebankan kumpulan berpendapatan rendah agar mereka mampu membayar balik pinjaman berkenaan. Program pinjaman itu juga tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Pinjaman yang diperuntukkan adalah daripada minimun RM500 hingga RM50,000 bergantung kepada keperluan setiap pemohon. Kula juga menyelar kerajaan kerana kaum India hanya diperuntukkan lima peratus daripada dana pinjaman Tekun itu. Katanya, lebih memilukan apabila wang itu tidak boleh dipohon secara terus kepada Tekun tetapi perlu melalui Yayasan Strategik Sosial (YSS) yang dimiliki oleh MIC di Kuala Lumpur.




Komen Isac;




Dah kaya (orang-orang Cina)...Pergilah bank buat pinjaman...Itupun nak mintak subsidi lagi ke??? Mengikut pendapatan perkapita rakyaat Malaysia, sememangnya orang-orang Melayu masih jauh tertinggal berbanding masyarakat Cina mahupun India. Lagi satu mengikut statistik terbaru rakyaat Malaysia mengikut kaum adalah, 65.1 peratus daripada etnik Melayu dan bumiputera, 26 peratus etnik Cina dan 7.7 peratus etnik India. Si Kula ni pun satu...Matematik tak pandai ke? Bayangkan Masyarakat India yang menghuni pendapatan perkapita kedua tertinggi negara mendapat layanan begitu istimewa.... Walaupun hanya berjumlah 7.7% tetapi mereka menikmati 5% dari keseluruhan peruntukkan Tekun. Secara statistiknya peluang untuk kaum India mendapat pembiyaan dari Tekun adalah 65%. Itu pun X adil lagi ke? Apapun pada pendapat penulis, Kula sengaja mahu larikan perhatian rakyaat terhadap tragedi perahu naga di Pulau Pinang. Kerajaan negeri Pulau Pinang, perlu bertanggung-jawab. BN sepatutnya menyediakan hikmat guaman percuma untuk mangsa-mangsa tragedi tersebut!!!!!

22 Jan 2010

Sultan Johor Mangkat


AL-FATIHAH-Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail mangkat jam 7.08 malam Jumaat. Agenda Daily dimaklum oleh Ketua Penenerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim. Terdahulu sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar di masukkan ke hospital setelah gering. Ekoran itu Jemaah Sultan Johor telah melantik Tuanku Ibrahim sebagai Pemangku Sultan Johor.- 22/1/2010

http://www.malaysiakini.com/news/122613
Sultan Johor gering, TMJ dilantik pemangku
Jan 22, 10 5:20pm



Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Sultan Johor, Sultan Iskandar, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini kerana kegeringan. Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar perubatan, baginda bersetuju untuk melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan baginda.



Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli; Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan. Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.

Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengangkat sumpah sebagai Pemangku Sultan Johor sambil diperhatikan (kanan) Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris Sultan Iskandar dan (kiri) Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim di Istana Besar Johor Bahru hari ini. - Foto The Star


Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar. Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.



Khalid Samad Bakal Dibuang Negeri???


Khalid Samad mengadap Sultan S'gor
Jimadie Shah Othman Jan 22, 10 11:05am
http://www.malaysiakini.com/news/122552


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dititahkan mengadap Sultan Selangor hari ini - empat hari selepas aduan polis dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau tidak menghormati baginda berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Ketika dihubungi pagi ini, Khalid mengesah beliau akan mengadap baginda hari ini. Menurutnya, pertemuan itu dijangka selesai sebelum waktu solat Jumaat. Ketika ditanya sebab beliau dititah mengadap, Khalid berkata, sebelum ini, beliau selaku ahli parlimen Shah Alam, telah memohon untuk mengadap bagi mendapatkan wawasan baginda mengenai pembangunan Shah Alam.

Katanya, beliau menghantar surat tersebut dua bulan lepas. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan isu penggunaan kalimah Allah turut dibangkit dalam pertemuan tersebut. Semalam, Khalid menafikan beliau tidak menghormati baginda apabila mempertikaikan penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam perhimpunan di Masjid Negeri baru-baru berhubung isu tersebut.

Aduan polis terhadap Khalid itu dibuat oleh 16 NGO Isnin lalu berhubung isu tersebut.

Komen Isac;
Harap-harap beliau dibuang dari negeri Selangor. Kalau ini berlaku kita mungkin akan ada PRK yang baru.

Tragedi Perahu Naga - Kerajaan Pulau Pinang Perlu Bertanggung-jawab

Foto: Venue Asal (Empangan Teluk Bahang)





ARKIB : 20/01/2010
Kerajaan P. Pinang lepas tangan?
Oleh ZABRY MOHAMAD




CUCI tangan. Mungkin itu simpulan bahasa yang sesuai untuk menggambarkan pendirian kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap tragedi perahu naga terbalik di perairan Pantai Macallum, Ahad lalu yang mengorbankan seorang guru dan lima pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling.







Umum mengetahui, pertandingan perahu naga yang begitu popular di Pulau Pinang sebelum ini diadakan di Empangan Teluk Bahang, menggantikan lokasi asal iaitu Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam dan perairan Gurney Drive.


Keadaan yang dikategorikan sebagai stabil dan selamat merupakan antara faktor utama kenapa pertandingan tersebut diadakan di Empangan Teluk Bahang. Bagaimanapun, sejak pakatan pembangkang yang diterajui DAP mengambil alih Pulau Pinang, ia diubah ke perairan Jeti Nelayan Bandar Seri Pinang iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi tragedi.
Komen Isac;
Kalau bab komplen dan mengutuk dasar-dasar kerajaan BN inilah orangnya dan inilah partinya...Parti dua beranak dan bapa angkat keturunan Sikh. Merekalah yang kononnya "terbaik". Tapi lihatkan diantara keputusan yang telah mereka ambil....Enam nyawa telah melayang.... Tak apa? Biarkan? Mereka tetap yang terbaik??? Mereka adalah "pejuang suara rakyaat" ???
Jika itulah jawapannya dan rakyaat masih mahukan mereka, "biarkanlah si Lunchai terjun dengan labu-labunya.....biarkan....biarkan...."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3