bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Oct 2009

Dr. MAZA Akan Menganggotai Pas? Untuk Menggantikan TG Nik Aziz Sebagai Mursyidul Am?

Dipetik dari mStar
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/10/30/mstar_berita/20091030170152&sec=mstar_berita
Jumaat Oktober 30, 2009
Dr Asri akan sertai parti politik?
Oleh ZIEMAN




Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini.Foto ihsan laman blog drmaza, Minda Tajdid.






PETALING JAYA: Krisis dalaman PAS yang sedang hangat diperkatakan turut mengheret bekas Mufti Perlis yang khabarnya telah dijemput untuk menyertai parti Islam itu.



Adakah kemungkinan beliau akan terjun ke bidang politik, samada Umno atau PAS. Atau mungkin juga menyertai pihak ketiga? Ini adalah kerana setelah pulang dari UK, Dr Asri yang juga bekas Mufti Perlis, bebas dari jawatan. Banyak pihak menjemput beliau menjadi aktivis mereka. Yang terbaru, ada khabar angin mengatakan Dr Asri akan menyertai parti politik PAS.

Yang menguatkan lagi kesahihan berita ini apabila tersiarnya gambar Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato Harun Taib yang berkunjung ke rumah Dr Mohd Asri di Mengkuang Bukit Mertajam baru-baru ini di laman web Minda Tajdid (http://www.drmaza.com/).




Khabarnya, majlis yang dipenuhi dengan ukhuwwah dan kemesraan itu diikuti dengan makan malam bersama. Difahamkan, Ketua Dewan Ulamak PAS itu turut menjemput Dr Mohd Asri menyertai perjuangan PAS dalam menegakkan Islam di Malaysia.



Namun, seperti yang dipetik dari laman web minda tajdid, Dr Mohd Asri hanya mengucapkan terima kasih atas jemputan itu dan menyatakan penghormatan beliau kepada Ketua Dewan Ulamak PAS berkenaan.



Sementara itu, menurut sumber terdekat Dr Asri, bekas Mufti Perlis itu yang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, telah membuat kunjungan hormat ke rumah Mahathir untuk mendapatkan nasihat pada minggu ini. Kata sumber itu, Mahathir tidak setuju jika Dr Asri mengambil apa-apa jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.
"Dia menasihatkan Dr Asri agar kekalkan sikap tidak berpihak dan berkecuali. Dia tidak bersetuju kalau Dr Asri mengambil jawatan lantikan politik termasuk kerajaan.



"Alasan Tun, tulisan Dr Asri dibaca oleh semua pihak termasuk Tun sendiri. Jika Dr Asri menerima jawatan lantikan politik, orang akan kurang minat melihat beliau berpihak dan tidak lagi adil," kata sumber itu.


Namun ketika dihubungi, Dr Asri enggan mengulas lanjut."Saya mempunyai hubungan baik dengan berbagai pihak. Yang lain saya tak nak komen," jelas tokoh agama yang selalu lantang menyuarakan pandangannya itu.
Komen Isac;
Secara peribadi penulis lebih suka jika Dr MAZA bergabung dengan Umno. Walaupun penulis tidak pernah menjadi ahli Umno dan sebaliknya pernah menjadi ahli pembangkang itu soal lain....Tetapi yang penting Melayu/Islam perlu bersatu!!!
Penulis berharap Umno dapat diperkukuhkan. Harapan penulis agar semua ahli, pemimpin-pemimpin Umno dan penyokong-penyokongnya dapat mengembalikan semula semangat Umno seperti mana semua orang Melayu bersatu menentang penubuhan Malayan Union. Jika ada pemimpin-pemimpin luar yang dilihat dapat mempertingkatkan kekuatan parti terimalah mereka dengan ikhlas dan berlapang dada serta rela kehilangan jawatan dan kuasa demi kepada mereka yang lebih layak dan perpaduan.

30 Oct 2009

Kedudukkan Dato' Dr Hassan Ali Dalam Pas - Umpama Melukut Ditepi Gantang?

Dipetik dari Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/116245
DAP: Masalah Dr Hassan, bukan PAS
Jimadie Shah Othman Oct 30, 09 10:50am





Masalah hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat di Selangor berpunca daripada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hassan Ali dan bukannya pemimpin lain dalam parti itu, kata seorang ahli parlimen DAP. "Masalahnya dengan Dr Hassan sahaja. Dengan wakil rakyat yang lain tidak ada masalah. Macam wakil rakyat PAS Dr Shafie Abu Bakar (di Bangi) semua ini tidak masalah," kata wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching.
Beliau diminta mengulas keputusan mesyuarat khas PAS kelmarin yang memutuskan untuk mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu ekoran isu-isu yang ditimbulkannnya – antaranya melibatkan kontroversi kawalan alkohol dan kritikannya terhadap siasatan DUN Selangor. Dihubungi Malaysiakini, Teo berkata, kontroversi dalam pentadbiran di Selangor yang diakibatkan PAS selama ini berpunca daripada "masalah komunikasi" dalam menyalurkan pandangan masing-masing. "Masalahnya komunikasi. Dalam parti, terdapat pelbagai pandangan tetapi soalnya bagaimana cara sesuatu pandangan itu hendak disuarakan?
"Dr Hassan yang selalu mengkritik keputusan exco di akhbar sebelum berbincang (dengan DAP dan PKR), itu memang tidak elok," katanya. Mengalu-alukan campur tangan jawatankuasa pusat PAS semalam, Teo bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan keberkesanan tindakan itu selagi jawatankuasa disiplinnya belum membuat keputusan. "Saya rasa kita perlu juga tengok apa keputusannya (jawatankuasa disiplin) nanti.
"Perkara ini masih belum tentu, kalau keputusan jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Dr Hassan tidak bersalah, bagaimana?" katanya, yang juga timbalan ketua publisiti DAP. "Bagaimanapun, saya rasa ia sesuatu yang bagus. Saya harapkan campur tangan pihak tertinggi PAS supaya perjalanan parti itu bertambah baik, sekali gus melancarkan hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan di Selangor. "Ditanya sama ada tindakan mengheret PAS Selangor kepada jawatankuasa disiplin parti itu terlalu lambat, Teo berkata: "Setidak-tidaknya tindakan diambil. Ia sesuatu yang amat menggalakkan. Lebih baik lambat daripada tidak melakukannya."
Komen Isac;
Umpama melukut ditepi gantang, itulah nasib Dato' Dr Hassan Ali ni. Perjuangannya untuk mempertahankan maruah Islam dan orang-orang Melayu bukan sahaja tidak mendapat sokongan lain-lain exco Melayu yang beragama Islam, malah dilihat juga tidak mendapat restu dari pucuk pimpinan Pas pusat.
Apa gunanya beliau berjuang berseorangan sedangkan rakan-rakan yang lain hanya berpeluk tubuh, melihat beliau dihentam hebat oleh sekutu dalam "PR" iaitu exco-exco dari parti DAP. Tidak cukup dengan itu, malah beliau akan dihadapkan ke Jawatankuasa disiplin parti. Bukankah ini suatu penghinaan namanya?
Tetapi apa boleh buat....Kerana "baiah/perjanjian" yang telah dibuat oleh beliau untuk tidak "menghianati' parti..... Untuk keluar dari parti dan menyokong Umno/BN bererti menghianati parti... Biarpun jika parti menghianati Islam, biarpun jika parti "menghianati" perjuangan, biarpun jika parti menghianati "Melayu" biarpun maruah diri menjadi pertaruhannya.
Baiah/sumpah yang menghalang adun-adun Pas keluar parti dan menyokong Umno/BN sila rujuk sini; http://neutraldaily.blogspot.com/.
Mungkin jika apa yang dicatatkan oleh saudara "neutraldaily" itu benar, demi untuk menjaga maruah diri dan di atas perinsip mahu mempertahankan perjuangan membela agama dan bangsa, Dato' Dr Hassan Ali boleh meletakkan/melepaskan jawatan sebagai Adun. Jika itu juga dianggap sebagai menghianati parti, maka beliau akan menjadi "available divorcee". Politik-politik....Bab nikah/kahwinpun boleh dijadikan sebagai cagaran.....

29 Oct 2009

ADUN Pelabuhan Klang Dijangka Umum Sertai Parti Lain Hari Ini? Seterusnya Siapa Calon MB Selangor Yang Baru?


ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dijangka akan membuat pengumuman parti baru yang akan disertainya malam ini.

PETALING JAYA: ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dijangka akan membuat pengumuman untuk menyertai sebuah parti politik lain hari ini. Beliau adalah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau mengambil keputusan tersebut berikutan perkembangan terbaru hari ini yang memperlihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengeluarkan kenyataan rasmi meminta adun berkenaan meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat.

Menteri Besar itu mendakwa, pada 20 Ogos lalu, Badrul Hisham telah diberikan surat tunjuk sebab setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah menerima aduan daripada penduduk di kawasan berkenaan. MStar Online difahamkan, beliau akan bertindak keluar daripada PKR bersama-sama beberapa penyokongnya dan juga pemimpin PKR dari Negeri Selangor.


Episod terbaru ini menambah satu lagi bebanan kepada PKR yang baru sahaja menikmati tampuk kekuasaan di Selangor dan berkongsi kuasa dengan rakan-rakan dalam pembangkang di Kedah, Pulau Pinang dan buat seketika di Perak selepas pilihan raya umum yang lalu.Malah dalam tempoh dua minggu ini sahaja, PKR telah diuji dengan pelbagai isu dalaman yang kelihatan seperti satu krisis.


Berikut adalah kronologi krisis kepimpinan yang melanda PKR:


* 16 Oktober - Zaid Ibrahim ambil cuti politik enam bulan selepas Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menyertai program parti itu di Sabah atas jemputan Naib Presiden PKR Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.


* 18 Oktober - Dalam pertemuan secara eksklusif dengan mStar Online Azmin Ali nafi beliau mempunyai masalah dengan Zaid dan menjadi punca mengapa Anwar halang Zaid ke Sabah.


* 18 Oktober - Zaid langar arahan Anwar dan tetap menjejakkan kaki ke Sabah. Bertemu dengan Jeffrey Kitingan dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah yang lain.


* 27 Oktober - Dr Jeffrey umum letak jawatan sebagai naib presiden dan semua jawatan politik termasuk anggota Biro Politik PKR.


* 28 Oktober - Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR.


* 28 Oktober - Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menafikan beliau meletak jawatan selepas khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau telah melepaskan jawatannya itu ekoran krisis kepimpinan yang berlanjutan dalam parti tersebut.


* 29 Oktober - Menteri Besar Selangor arah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan sebagai ADUN.

Komen Isac;

Bagaimana pula dengan Adun dari parti Pas? Tak ada yang nak mengikut jejak langkah pemimpin-pemimpin PKR ke?

Adakah ini bermaksud kerajaan negeri "Pakatan Pembangkang" Selangor akan runtuh? Jika ya, siapa lagi yang akan keluar selepas ini? Siapa calon-calon Menteri Besar Selangor yang baru? Adakah dia dari parti Pas? Adakah ini yang sibuk diperkatakan oleh TG Nik Aziz sebagai "Kerajaan Perpaduan"? Sama-sama kita saksikan..... Jeng...jeng...jeng...

MIG 29 TUDM Akan di"Bersarakan" Secara Berperingkat-peringkat - Adakah Ia Tindakan Yang Bijak?

Foto 1: Salah Sebuah Jet MIG 29N Milik TUDM
Menteri Pertahanan Dato Seri Dr. Zahid Hamidi melalui TV Awani malam tadi telah mengumumkan bahawa perkhidmatan pesawat-pesawat MIG 29N milik TUDM akan diberhentikan secara berperingkat-peringkat.

Foto 2: Nama-nama Skuadren Dan Logo Jet MIG 29N Milik TUDM.

Alasan yang diberikan adalah kos penyelenggaraan tinggi serta payah untuk mendapatkan alat ganti adalah antara sebab keputusan tersebut terpaksa diambil. Sekali imbas, penulis pasti ramai yang akan merasakan tindakan tersebut sebagai tidak tepat kerana Skuadren jet-jet pejuang ini yang ditauliahkan sekitar tahun 1995 baru 14 tahun menyumbangkan bakti kepada negara.

Video 1: Saksikan Ketangkasan Jet-Jet MIG 29N Milik TUDM Yang Akan diMuziumkan Ini.

Walaupun banyak negara yang dikatakan menghadapi masalah yang sama, bahkan juga Rusia tetapi jet pejuang jenis ini masih digunakan di banyak negara. Ini tidak menghairankan kerana jet pejuang tersebut masih menghuni tangga ke sembilan dikalangan senarai sepuluh jet pejuang terbaik di dunia pada ketika ini.

Jestru itu kerajaan perlulah memberikan alasan yang paling kukuh kerana jika hendak dibandingkan perkhidmatan helikopter Nuri (Sikorsky S-61A-4) yang telah berkhidmat lebih 40 tahun, telah banyak yang terhempas dek keuzurannya serta menelan ramai korban, penukaran helikopter tersebut sepatutnya didahulukan.

Di antara negara-negara yang masih menggunakan pesawat jet pejuang jenis ini adalah seperti berikut;

Dipetik dari Wikipedia, the free encyclopedia http://en.wikipedia.org/wiki/Mig_29
List of Mikoyan MiG-29 operators

Algeria - 51 MiG-29s in service as of Nov. 2008.
Azerbaijan
Bangladesh - 14 MiG-29SE and 2 MiG-29UB in service.
Belarus
Bulgaria - 16 MiG-29S and 4 MiG-29UB, modernized in 2009
Cuba
Eritrea
Hungary - to be phased out in 2010.
India - Indian Air Force has 69 MiG-29s in service and the Indian Naval Air Arm has 12 MiG-29Ks on order as of Nov. 2008.
Iran
Kazakhstan
Kyrgyzstan - Not airborne. Kept in bunker in operational condition.
Malaysia - To be retired
Lebanon - 10 to be delivered.
Myanmar - Ordered next 15 in 2009
Peru - 19 in service as of Nov. 2008.
North Korea - 40 in service as of Nov. 2008. 12 initially bought from Belarus in 1995 and a follow up order of 18 MiG-29SE plus 3 new from Russia in 1996. Two were lost in accidents leaving 31 MiG-29 total, only 19 MiG-29 are in active service while the remaining 12 are in reserve flying occasionally to keep it in circulation with the active fleet.
Poland - 36 in service
Russia - 406 in service as of Nov. 2008. An additional 100 MiG-29S (SE for the export designation) and another 34 MiG-29SMT are new from an order rejected from Algeria.
Serbia - 4 in service all modernized to Mig-29SM level
Slovakia - 21 MiG-29s, 12 in active service
Sudan - 12 on order and 11 in service as of November 2008.
Syria
Turkmenistan
Ukraine - 220 in use as of November 2008.
United States - Evaluation only.
Uzbekistan
Yemen

Former Operator
Czechoslovakia/ Czech Republic - All sold to Poland
East Germany/ Germany - 24 received: 1 crashed, 1 on display, 22 sold to Poland
Iraq
Israel - leased from an unknown country, used for aggressor training.
Moldova - Not operational, in storage.
Romania
Soviet Union
Yugoslavia/ FR Yugoslavia

28 Oct 2009

PKR Sabah Masih Bergolak - Ibarat Api Dalam Sekam

Dipetik dari Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/116088
PKR Sabah terus bergolak
Oct 28, 09 3:28pm


PKR Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu. "Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.
Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah. "Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. "Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya. Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah.
Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti menjelang hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol. Dipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah. Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri. Di TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru.
"Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya. Mesyuarat perhubungan PKR Sabah yang diadakan pada 22 Okt lalu di Kota Kinabalu, yang dihadiri semua pemimpin 25 cabang parti dan perhubungan negeri termasuk Dr Jeffrey, bersetuju supaya isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri diserah kepada presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan ketua cawangan PKR zon Tawau.
"Kita anggap isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri dalam mesyuarat malam itu sudah selesai. Jadi keputusan yang dibuat Dr Jeffrey ini memang di luar jangkaan saya. "Sebagai pemimpin berpengalaman, kita harus hormat keputusan mesyuarat rasmi," katanya. Kong bagaimanapun yakin keputusan Dr Jeffrey tidak akan menjejaskan kekuatan parti. BERNAMA
Komen Isac;
Apa yang nak dihairankan, kebanyakkan pemimpin-pemimpin PKR adalah mereka yang keluar dari BN samada kecewa tidak mendapat sokongan, gagal mendapat jawatan yang diinginkan, protes terhadap pucuk pimpinan dan lail-lain sebab yang lebih menjurus kepada impian peribadi yang tidak kesampaian.
Jika akhirnya mereka ini juga akan meninggalkan PKR kerana sebab yang sama, itu sememangnya sudah boleh dijangka. Perjuangan untuk membela rakyaat hanyalah bersifat retorik dan bermotifkan politik semata-mata.

Mesyuarat Khas Pas - TG Nik Aziz Akan Hadir

Dipetik dari Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/116055
Nik Aziz berdepan PAS malam ini
Oct 28, 09 11:59am

Foto: TG Nik Aziz - Sedang Kepenatan? Ini Suatu Penderaan. Ye Lah Umurpun Dah Lanjut, Masih Perlu Bekerja Keras Kerana Pas Masih Tidak Mampu Untuk Menonjolkan Calon Muda Yang Berupaya Untuk Menggantikan Beliau?????

Tumpuan mereka yang mengikuti konflik dalaman PAS semuanya kepada mesyuarat khas malam ini bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh mursyidul amnya. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tiba-tiba mengubah pendirian - asalnya dilaporkan "keberatan" untuk hadir - dengan kesediaan berdepan dengan jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negeri. Memetik kenyataan setiausaha politik menteri besar itu Anual Bakhri Haron, media rasmi PAS Harakahdaily semalam melaporkan keberatan antaranya kerana DUN Kelantan masih bersidang.



Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Nik Aziz, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang untuk membentangkan pendapatnya dalam mesyuarat khas itu. Ia dijadualkan diadakan jam 8.30 malam ini di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur susulan desakan tegas Nik Aziz untuk menganjurkan muktamar khas berhubung beberapa pemimpin kanan parti yang suka pada idea kerajaan perpaduan.



Selain Mustafa sendiri, mereka yang dipertikaikan oleh tokoh besar PAS itu termasuklah timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. Pertukaran sikap Nik Aziz dalam tempoh 24 jam sebelum mesyuarat itu menjadikan pertemuan malam ini lebih menarik dan bakal menjadi fokus utama penyokong parti itu. Dr Hassan, yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS, dijangka hadir. Beliau menjadi sasaran utama kritikan Nik Aziz susulan kontroversi dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikaitkan dengannya.

Komen Isac;

Baguslah jika Tok Guru nak hadir ke mesyurat khas pada malam ini. Yang "memanggil"nya pun Tok Guru sendiri....Tak Manislah kalau panggil orang datang, tetapi sendiri tak hadir pulak.

Nanti orang yang hadir buat keputusan lain daripada yang Tok Guru mahukan, dah kecoh balik. Buat sekali "harung" (kata orang Johor)dan selesaikan semuanya malam ini juga. Luahkan apa yang terbuku di hati. Jika ada bukti, bawak sekali. Jangan cuma cakap-cakap kosong. Orang Melayu/Islam perlukan satu parti pembangkang yang kuat dan boleh memperjuangkan hak mereka/kami.

Adakah Pas mampu untuk melakukannya dan mengisi kekosongan ini?

Titian Gantung Perlu Sekukuh Jambatan Pulau Pinang???

Polis mengunakan anjing pengesan dalam operasi mencari tiga mangsa jambatan gantung yang menghubungkan Sungai Kampar runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini, hari ini. Sehingga kini, seorang murid lemas yang dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala 19 lagi yang sebelum ini dikhuatiri hilang telah selamat - foto REUTERS




Apa yang anda dapat lihat daripada gambar di atas? Menurut pandangan penulis, melihatkan kepada saiz struktur jambatan gantung tersebut dan jarak lebar Sungai Kampar, jambatan gantung tersebut sememangnya tidak direkabentuk/"design" untuk menampung pengguna yang "ramai" di dalam satu-satu masa. Ia sebenarnya hanya layak dipanggil sebagai "titian gantung".



Cuba bandingkan struktur titian gantung ini dengan struktur jejambat pejalan kaki yang biasa terdapat di bandar-bandar. Sudah pasti struktur jejambat-jejambat tersebut jauh lebih besar walaupun mempunyai lebar jalan yang lebih kecil. Jestru itu kekuatan jejambat-jejambat pejalan kaki ini sudah tentulah juga, lebih kukuh dan lebih kuat berbanding titian gantung di Sungai Kampar.





Dari segi logik, sesuatu titian gantung (untuk pejalan kaki) Sungai Kampar hanya boleh menampung beban yang amat terhad. Ini bukannya jambatan Pulau Pinang. Sepatutnya pentadbir pusat rekreasi tersebut meletakan papantanda, amaran had bilangan pengguna yang dibenarkan untuk melalui titian gantung tersebut di dalam suatu-suatu masa.



Dengan adanya panduan penggunaan titian ini, guru-guru pengiring boleh memantau penggunaan titian gantung tersebut dengan lebih mudah dan mereka juga akan lebih waspada. Walaubagaimanapun secara logiknya, titian gantung memang tidak boleh digunakan oleh ramai orang di dalam sesuatu masa.



Bagi kebanyakkan pusat "jungle tracking"/rekrearasi, penggunaan titian gantung akan dihadkan bilangan pengguna yang melaluinya malah, pengunaan pada waktu malam juga adakalanya adalah dilarang sama sekali. Bagaimana pihak penganjur boleh terlepas pandang perkara ini.



Kenapa pusat rekreasi di Kampar ini dan penganjur tidak mengawal pengunaannya. Bagi kanak-kanak, sudah tentulah apabila mereka berada di dalam suatu kumpulan yang besar, tanpa kawalan dan sekali-sekali dapat keluar malam, mereka pastinya akan menjadi sukar untuk dikawal.



Adakah "penderma" titian gantung di Sungai Kampar ini wajar untuk dipersalahkan kerana membina titian gantung yang tidak sekukuh Jambatan Pulau Pinang? Bagi saya tentulah tidak, anda bagaimana?



Bayangkan jika 60 orang murid yang berat puratanya sekitar 30 Kg menggunakan titian gantung tersebut pada ketika ianya runtuh, berat keseluruhan beban pada waktu itu sahaja adalah sekitar 1800Kg ataupun hampir 2 Tan, itu tidak termasuk berat akibat buaian yang diakibatkan oleh anak-anak yang berjalan, berlari dan melompat. Dari segi kejuruteraan pula jika panjang titian tersebut sepanjang 60m, sekurang-kurangnya setiap hujung jambatan (akan dibebankan kepada tiang-tiang) tersebut akan terpaksa menampung beban (minima) 30 tan. Jika dicampurkan dengan berat jambatan (self weight) dan kesan pergerakan pelajar dan sudut kesendengan beban pada waktu kejadian, penulis percaya beban yang perlu di tanggung oleh setiap hujung titian gantung tersebut mungkin boleh mencecah melebihi 40 tan. Adakah pereka-bentuk titian gantung telah mengambil-kira beban tersebut di dalam "design" nya?



Kita di Malaysia ni masih banyak yang perlu kita pelajari, setiap orang perlu memainkan peranan. Pihak berkuasa, khasnya pihak pentadbir pusat rekreasi ini juga perlu memahami semua aspek-aspek keselamatan di kawasannya demi keselamatan pengunjung.
Jika tidak hasrat murni mereka di dalam menyediakan pusat rekreasi seumpama ini, hanya akan bertukar sebagai perangkap maut. Akhirnya merekalah yang akan dipersalahkan. Bila ini terjadi, pengorbanan, penat-lelah, wang yang dikeluarkan dan niat baik mereka sudah pasti tidak akan dihargai.



Untuk menjadi bangsa yang maju, kita juga perlu berfikiran sebagai warga negara maju.





27 Oct 2009

Lagi Berita Jambatan Gantung di Sg.Kampar Runtuh - Guru, Pengawal Nekad Terjun Sungai, Selamatkan 19 Murid.

Dipetik Dari Malaysiakini,


Foto 1: Lokasi Tragedi Jambatan Gantung, Sg. Kampar Yang Runtuh (Sumber Agenda Daily).



Foto 2: Lokasi Tragedi Jambatan Gantung, Sg. Kampar Yang Runtuh.



Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di Ipoh malam tadi.Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu.Suasana ketika itu kelam-kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan SK Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, kepada pemberita hari ini.Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar semasa sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lepas itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang.




Foto 3: Operasa Mencari & Menyelamat di Tempat Tragedi Jambatan Gantung Sg. Kampar Yang Runtuh.




Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekolah berkenaan.Menceritakan semula detik-detik cemas malam tadi, Zulkifli berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan tanpa berfikir panjang beliau terus terjun ke sungai berkenaan untuk membantu mangsa.Dua lagi rakannya Rosli Mohamad, 44, dan Ismail Ahmad 62, turut terjun ke sungai bagi menyelamatkan kanak-kanak terbabit.Zulkifli berkata rakannya Rosli berjaya membawa naik enam murid manakala beliau dan Ismail sempat menarik naik antara empat dan enam murid."Air sungai sangat deras dan saya bersyukur kerana dapat membantu dengan cepat," katanya.




Foto 4: Korban Tragedi Jambatan Gantung Sg. Kampar Runtuh.



Sementara itu seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.Menyedari jambatan itu runtuh ketika murid-murid berada di atasnya, beliau nekad terjun ke sungai dan mengharungi arus deras bagi menyelamatkan mereka.Seorang pelajar yang terselamat dalam kejadian itu Mohd Haziq Teng Mohd Salleh, 12, dari Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bemban, Batu Gajah, berkata semasa kejadian, beliau berada di tengah-tengah jambatan."Tiba-tiba sahaja saya tercampak ke dalam sungai, air sangat deras... saya bersyukur kerana sempat berpaut pada tali yang terjuntai dari titi dan dapat menyelamatkan diri dengan menaiki tepi tebing," katanya.Perkhemahan yang bermula semalam dijadual hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam.Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini dan ia menghubungkan tapak perkhemahan untuk ke SK Kuala Dipang.Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di SK Kuala Dipang itu adalah yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lepas. BERNAMA


Komen Isac;



Siasatan perlu dijalankan agar tragedi seperti ini tidak akan berulang, macamana jambatan gantung yang baru dibina boleh runtuh? Jika ianya terlebih kapasiti, sepatutnya amaran had bilangan pengunanya perlu dinyatakan di kedua-dua hujung jambatan sebagai panduan kepada pengguna.

Berita Tergempar - 22 Murid Dikhuatiri Hilang Apabila Jambatan Gantung Sungai Kampar Runtuh !!!!

Terkini dari mStar Online
Selasa Oktober 27, 2009
Jambatan runtuh: Seorang lemas, dua masih hilang

KAMPAR: Seorang murid lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira pukul 10.30 malam tadi.
Foto 1: Aktiviti Berkayak Memang Antara Aktiviti Yang Terkenal Di Sungai Kampar, Kerana Jeramnya Yang Agak Mencabar.

Sembilan belas lagi yang sebelum ini dikhuatiri hilang, selamat, kata polis. Mayat murid yeng lemas itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini berhampiran loji sungai terbabit. Murid itu dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof.

Kejadian malam tadi berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan yang membabitkan 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga Menteri Pelajaran, tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya.
Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.
Dipetik dari mStar Online
Selasa Oktober 27, 2009
22 murid dikhuatiri hilang apabila jambatan gantung runtuh




Foto 2: Inikah Titian Gantung Tersebut? Gambar Titian Gantung di Sungai Kampar ini, Penulis Ambil Dari Flicker Yahoo.




KAMPAR:Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kirakira 10.30 malam tadi.



Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.



Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.



Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang. Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan



Komen Isac;



Malang sememangnya tidak berbau. Takziah kepada mereka yang terlibat sehingga kehilangan orang yang tersayang. Doa penulis agar murid-murid yang hilan dapat dijumpai semula dalam keadaan selamat. Cuma penulis risau, keadaan sungai yang berjeram dan berarus deras mungkin akan menyebabkan jumlah korban yang besar.



Tentu pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran akan mengalami kesulitan untuk menenangkan ibubapa yang terlibat. Semoga peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada kita semua.





26 Oct 2009

Jika TG Nik Aziz Hanyalah "Puppet" - Siapa Pemainnya ?

Dipetik dari mStar Online
Isnin Oktober 26, 2009
ISU EGM PAS: Harun Taib suspek bukan Nik Aziz yang tulis
Oleh SIRA HABIBU



PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib percaya, bukan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang menulis di dalam laman blog beliau mengatakan supaya diadakan segera satu Muktamar Agung Luar Biasa (EGM) tetapi sebaliknya ia ditulis oleh seseorang yang kemudiannya mengirim posting tersebut ke laman blog berkenaan.


“Saya telah mengenali Tok Guru untuk satu jangkamasa yang panjang dan saya sangat arif dengan gaya tulisan beliau. Selepas membaca tulisan tersebut di laman blog Tok Guru saya percaya orang lain yang menulisnya bukan Tok Guru sendiri,” ujar beliau. Harun berkata, beliau masih belum berpeluang untuk menentukan tarikh pertemuannya dengan Nik Aziz untuk mencari punca kenyataan itu dibuat.



“Tapi yang pasti saya akan pergi untuk menemui Tok Guru sendiri,” katanya lagi. Harun tidak menolak kemungkinan ia adalah perbuatan sabotaj. “Saya tidak mahu menuduh sesiapa tanpa bukti tetapi saya percaya ada unsur-unsur dalaman dan luaran yang sedang menganggu-gugat PAS,’’ ujar beliau.




Menurut Perkara 6 (1) (b) Perlembagaan PAS, EGM hanya boleh dipanggil sama ada oleh presiden atau permintaan secara bertulis daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 37 anggota Jawatankuasa PAS Pusat atau satu pertiga daripada 170 PAS Kawasan.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, beliau percaya isu ini akan dapat diselesaikan secara rundingan antara keluarga kerana Nik Aziz bukanlah seorang yang sukar untuk dibawa berbincang.



“Perkara ini telahpun diselesaikan pada Muktamar yang lalu pada bulan Jun jadi saya percaya tentu ada salah faham di sana sini sehingga ia tercetus semula, ’’ kata Idris.

Komen Isac;


Dato' Harun Taib mungkin sengaja hendak "memberi muka" kepada TG Nik Aziz...Tak kan lah TG kita tu rela diperlakukan sebagai puppet...

Tetapi jika tiada orang yang mempengaruhi ataupun menjadikan dia "puppet" maka sahlah TG telah semakin "nyanyuk" dan sudah semakin kehilangan sentuhan politiknya.

Ataupun mungkin, sudah sampai masanya untuk Pas menukar Mursyidul Amnya.


24 Oct 2009

Pas Milik TG Nik Aziz? Muktamar Khas - Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena........

Dipetik dari Malaysiakini
Muktamar khas PAS pecat Hadi?
Jimadie Shah OthmanOkt 23, 09 10:47am


Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.


"Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah."Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government)."Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.


Berita penuh sila layari link; http://www.malaysiakini.com/news/115681
Komen Isac;
Kalau perwakilan MCA bertindak berani dengan cubaan mereka untuk menyingkirkan Presiden dan Naib Presiden yang asyik berbalah...Bagaimana pula dengan perwakilan-perwakilan Pas? Ada berani ka?
Adakah mereka akan menurut sahaja "perintah" TGNA untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin Pas, yang dilihat masih "berkiblatkan" perpaduan dengan Umno?
Jika jawapannya, "ya" adakah ini menunjukkan bahawa Pas sebenarnya "milik" TGNA? Apa sahaja yang 'dikata" pasti akan "dikotakan" oleh pengikut-pengikutnya? Setiap percakapannya adalah "fatwa", wajib dituruti dan ditaati.
Pelikkan....Bukan ke jawatan "Mursyidul Am" tu cuma sebagai penasihat? Penasihat ni.... Orang yang dibayar untuk memberi nasihat aje....Samada nasihatnya hendak diterima atau tidak, ia sepatutnya adalah hak "mutlak" Presiden Parti.
Macam mana Presiden & Timbalan Presiden Pas sekarang ni, dilihat hanya seperti "budak" suruhan Mursyidul Am?
Jestru itu pada pendapat penulis, Presiden perlu tunjukkan yang dia bukannya seorang budak suruhan, begitu juga dengan Timbalannya sementara perwakilan Pas pula perlu buktikan bahawa Pas bukannya milik "mutlak" TGNA.

23 Oct 2009

Mengapa Pas Tidak Perlu Membina Masjid di Kelantan - Budaya Membina Masjid Secara Amal Jariah di Kelantan Wajar Dicontohi....



Antara budaya yang mulia yang masih dipraktikkan di negeri Kelantan sehingga ke hari ini, ialah budaya yang mengutamakan amal jariah di dalam pembinaan masjid dan berkongsi untuk mewakafkan tanah-tanah kubur di kariah masing-masing. Syabas penulis ucapkan...
Mungkin atas sebab ini jugalah maka kerajaan pimpinan Pas di Kelantan, merasakan tanggung-jawab membina masjid bukan lagi menjadi "tanggung-jawab" mereka.
Ia berbeza dengan apa yang mereka war-warkan di dalam ceramah-ceramah politik mereka yang menekankan supaya rakyaat Malaysia tidak perlu berasa "terhutang budi" terhadap kerajaan Umno/BN yang telah membina jalanraya-jalanraya, jambatan-jambatan, masjid-masjid, sekolah-sekolah, universiti-universiti, pemberian pelajaran percuma, biasiswa dan lain-lain kemudahan untuk rakyaat, kerana menurut mereka itu semua adalah menjadi "tanggung-jawab" kerajaan kepada rakyaatnya...

Pertanyaan penulis, apa pulak tanggung-jawab kerajaan negeri Pas di Kelantan ye? Selain daripada memberi ceramah-ceramah politik dan agama? Selain daripada menjual tanah-tanah milik kerajaan negeri untuk dibina kondominum-kondominium yang kelak terpaksa dijual kepada "orang-orang luar" kerana orang-orang tempatan, samada tidak berminat untuk tinggal di sana maupun disebabkan kerana tidak berkemampuan dan juga menjual konsessi-konsessi balak kepada cina-cina Singapura?

Adakah rakyaat negeri Kelantan terfikirkan ini semua? Mengapa pembangunan untuk rakyaat hanya dibebankan kepada bahu kerajaan Umno/BN? Bukankah mereka ini "kafir" di mata mereka? Ataupun dalam erti kata lain, Pas sebenarnya mengaku orang-orang yang mereka "kafirkan" ini sebenarnya lebih bertanggung-jawab daripada "ulamak-ulamak" Pas sendiri? Jadi siapakah yang "kafir" di dalam melakukan tanggung-jawab mereka kepada rakyaat?

Islam dari segi bahasa, bermaksud "tunduk" & "patuh" sementara kafir pula adalah lawannya. Jestru itu pemimpin-pemimpin Islam mestilah lebih bertanggung-jawab dan lebih amanah di dalam menjalankan tugas-tugas mereka, bukan cukup sekadar mengucapkan syarahan-syarahan yang berbentuk retorikal/agama. Apalagi menghukumkan "orang-orang yang tidak sependapat dengan mereka" sebagai "kafir" dan tidak berhak memasuki syurga Allah s.w.t..

Tujuan kena betul dan niat kena ikhlas, nasihat ini untuk kita semua termasuk diri penulis. Kita berbuat sesuatu kerana menginginkan redha Allah s.w.t. dan rahmatnya....Manakala syurga dan neraka itu adalah hak total Allah s.w.t.

Gara-gara Menyamar, "Speaker" Sivakumar Bakal diTangkap ???

Dipetik dari Agenda Daily



Sivakumar menyamar Speaker…Ganesan harap polis bertindakOctober 21, 2009 : 11.59 PM--->



Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah, Datuk R Ganesan berharap polis mengambil tindakan keatas ADUN DAP Tronoh V Sivakumar yang menyamar sebagai Speaker mengeluarkan notis panggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 28 Oktober ini iaitu tarikh sama dengan notis yang dikeluarkannya. "Sivakumar menyamar sebagai Speaker dengan menggunakan kepala surat pejabat Speaker untuk mengeluarkan notis itu. Saya pun sudah tiga kali buat laporan polis berhubung tindakannya itu. Saya harap pihak polis ambil tindakan," katanya.



Bercakap kepada wartawan di pejabatnya di Ipoh Rabu Ganesan memberitahu Sivakumar masih enggan memulangkan jubah Speaker yang disimpannya walaupun selepas diminta berbuat demikian oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dan ekoran itu, Setiausaha DUN Perak, Zamari Mohd Ramli telah membuat satu laporan polis semalam
Beliau menjelaskan notis oleh bekas Sepaker Dewan Undangan Negeri semasa kerajaan Pakatan Pembangkang dulu memanggil persidangan dewan itu 28 Oktober ini dibuat tanpa mengikut Perintah Tetap 10 (1) DUN Perak, Menurutnya penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Sultan Perak dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta.



Ganesan berkata notis memanggil persidangan DUN ditandatangani oleh Setiausaha DUN Perak dan bukannya ditandatangani sendiri oleh Sivakumar yang mendakwa dirinya masih seorang Speaker. Sivakumar mengeluarkan notis itu selepas Ganesan menghantar notis memanggil persidangan DUN Perak pada tarikh berkenaan yang merupakan persidangan kali kedua selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak pada Februari lalu.-21/10/2009

Komen Isac;

Jika benar beliau bersalah, tangkap sahaja. Aman sikit Perak.




22 Oct 2009

Hujah Patologi Thai, 80% Kemungkinan Mendiang Teoh diBunuh, Adalah Keterlaluan?

Dipetik dari mStar Online
Rabu Oktober 21, 2009
80 peratus kemungkinan homisid dalam kes Teoh, kata ahli patologi



SHAH ALAM: Seorang ahli patologi terkenal Thai Dr Porntip Rojanasunan memberitahu mahkamah koroner di sini hari ini bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.



Ketika memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, wanita itu berkata Teoh mengalami beberapa kecederaan sebelum jatuh dan mati selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Selangor.



Beliau berkata kecederaan ke atas Teoh termasuk tusukan di bahagian dubur, kesan melelas di paha dan lebam cekek di leher, dan ini tidak sejajar dengan keadaan jatuh dari tempat tinggi.



Pakar berusia 54 tahun itu, yang diminta oleh kerajaan Selangor untuk memberi keterangan mengenai sebab kematian Teoh, berkata hasil siasatannya berdasarkan laporan autopsi Dr Khairul Azman dan Dr Prashant Naresh Samberkar serta gambar-gambar post-mortem yang dibekalkan kepadanya.







Komen Isac;



Besar nya.....peratusan yang diberikan (80%) oleh pakar patalogi Thai, Dr Porntip Rojanasunan bahawa kematian mendiang Teoh lebih menjurus kepada kes pembunuhan/homosid.


Walaupun kebanyakkan blog-blog pro Umno/BN memandang sinis terhadap kenyataan pakar patalogi ini, penulis merasakan mungkin ada benarnya pada sesetengah hujah yang diutarakan. Cuma penulis kurang senang dengan peratusan yang diberikan oleh beliau iaitu 80% kemungkinan beliau mati akibat homosid/dibunuh. Berdasarkan apa? Peratusan tersebut dikeluarkan? Ini bukannya masalah matematik yang boleh diselesaikan dengan aritmatik/nombor...


Hujahnya bahawa ada kemungkinan mendiang Teoh dibunuh, dilihat oleh penulis sebagai "berasas". Ini jika berdasarkan kepada kajian dan ilmu patalogi, bahawa mereka yang membunuh diri dengan "terjun" daripada bangunan tinggi akan berusaha untuk menyelamatkan diri (jika mereka terjun dalam keadaan sedar). Jestru itu pasti ada kesan kecederaan (cuba menyelamatkan diri) yang jelas kepada tubuh mangsa tersebut, jika dia terjun dalam keadaan sedar.


Tetapi menurut pakar patologi ini, dalam kes mendiang Teoh, kesan kecederan yang diperolehi lebih menunjukkan bahawa mangsa seolah-olah tidak sedarkan diri ketika jatuh, kerana tiada kesan cuba menyelamatkan diri pada tubuh mangsa. Jestru itu hujah ini akan menjuruskan kepada adanya kemungkinan perbuatan khianat telah berlaku.


Walaupun demikian penulis percaya pakar patologi ini pastinya tidak boleh membuktikan bahawa kesan retakkan pada kepala mangsa, adalah kesan akibat hentakkan oleh "pihak yang bertanggung-jawab" "membunuh" mangsa dan dilakukan sebelum mangsa "terjun". Ini adalah kerana mustahil dapat dibuktikan bahawa kecederaan tersabut telah berlaku sebelum mangsa "terjun" kerana selang masa yang begitu hampir.


Penulis juga percaya pakar tersebut juga pasti tidak akan berupaya untuk menafikan akan adanya kemungkinan bahawa kesan kecederaan (retak) di kepala mangsa disebabkan kepala mangsa terhantuk semasa masa hendak keluar/"terjun' dari tingkap pejabat SPRM. Jadi, kita juga boleh mengandaikan bahawa mangsa sebenarnya terhantuk dan tidak sedarkan diri ketika beliau "terjatuh".


Bagi kesan cekikan pula penulis agak sangsi, mengapa ahli patologi yang lain tidak menjumpainya. Adakah ianya diada-adakan?


Penulis juga percaya bahawa kesan tusukan pada dubur mangsa adalah kesan tombol tingkap yang dijumpai berdekatan dengan mayat mangsa.


Kita juga tidak boleh menafikan, kemungkinan akan adanya berlaku perbuatan khianat terhadap mangsa. Tetapi bukanlah menjuruskan kesalahan/tuduhan terhadap SPRM semata-mata...Juga agak sukar untuk memberikan suatu peratusan.


Bagaimana pula dengan motif kehadiran dua (2) lelaki cina yang dikesan daripada kamera litar tertutup ke bangunan SPRM sejurus sebelum mangsa dijumpai mati?


Pastinya dalam mana-mana mahkamah, jika adanya kewujudan keraguan-keraguan sebegini, tertuduh akan didapati sebagai "tidak bersalah". Masih ingatkah lagi dengan kes pembunuhan model sambilan, sedikit masa dahulu? Pertuduhan ke atas tertuduh telah digugurkan kerana peguambela telah dapat menghadirkan bukti/saksi akan adanya "orang ketiga" iaitu lelaki yang badannya berbau serta berbulu berdekatan tempat kejadian.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3