bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Sep 2009

Pas Kata Isa "Perasuah" - Pemimpin Pakatan Bersih...Bersih Tara Mana? Mai Nak Tengok....

Dipetik dari Malaysiakini
Umno sudah habis gas, kata PAS
Sep 30, 09 2:42pm



Foto: Mr. X (Pemimpin Pakatan)

PAS menyifatkan Umno ‘sudah kehabisan gas oksigen untuk bernafas' kerana mencalonkan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, pencalonan Isa menggambarkan Umno sudah kehilangan orang yang berwibawa dan calon yang bersih dari segi moral dan rasuah. Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.


Mengulas lanjut, Idris berkata, sabitan kesalahan rasuah oleh jawatankuasa disiplin Umno itu menyebabkan Isa kehilangan jawatan naib presiden dan menteri Wilayah Persekutuan. "Kita mengharapkan semua pengundi yang berada di Bagan Pinang adalah mereka yang mempunyai jati diri yang kukuh akan membuat perhitungan yang tepat untuk memilih wakil rakyat di kawasan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Sebagai mana sedia maklum Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang mempunyai ramai pengundi tentera yang kita tahu mereka adalah orang yang berdisiplin dan bermoral tidak akan rela berketuakan orang yang telah terpalit dengan rasuah," katanya. Idris juga menyifatkan pemilihan Isa sebagai calon, menjadi kayu ukur bahawa pemimpin Umno tidak ada kesungguhan memerangi rasuah.


Berita penuh sila rujuk link; http://www.malaysiakini.com/news/113896



Komen Isac;


Moral Pemimpin-pemimpin Pakatan lebih bersih? Siapa pula mereka yang saya bentangkan dibawah ini? Isac tak mahu sebut nama atau gambar, karang jadi mengumpat pula....Lu fikirlah sendiri......
Jangan asyik nak mengata dan memfitnah orang sahaja.....Orang sendiripun apa kurangnya???? "Paku dulang, Peku serepih, mengata orang, awak yang lebih".

1) Siapakah pemimpin pakatan yang mengaggihkan projek bernilai RM 15 Billion kepada "kroninya" semasa beliau berada dalam Umno/BN?


2) Siapakah pemimpin pakatan yang pernah dipenjara 6 tahun kerana menyalahgunakan kuasa?


3) Siapakah pemimpin pakatan yang sedang menghadapi tuduhan liwat?


4) Siapakah pemimpin pakatan yang dipecat daripada jawatan MD sebuah syarikat gergasi dan tetapi dilantik menjadi MB kerajaan Pakatan?

5) Siapakah pemimpin pakatan yang ditolak oleh rakyaat negeri kelahirannya, tetapi dilantik menjadi KM di negeri lain ?


6) Siapakah pemimpin pakatan yang mempunyai perempuan simpanan di Kedah?


7) Siapakah pemimpin pakatan yang gambar separuh bogelnya diedarkan di alam cyber oleh "kekasih gelap"nya.


8) Siapakah pemimpin pakatan yang "songlap" duit peruntukan wakil rakyaat kawasannya?


9) Siapakah pemimpin pakatan yang setiausahanya dijumpai mati ketika siasatan terhadap penyelewengan "duit peruntukan wakil rakyaat" kawasannya sedang dijalankan?


10) Siapakah pemimpin pakatan yang menguasai kumpulan "gengster" ?
11) Kerajaan Pakatan Mana yang nak songlap duit zakat?

29 Sep 2009

Isa kata "Jika "Bekas Banduan" dan CEO GLC yang "Dipecat" Boleh Menjadi Ketua Pembangkang & Menteri Besar, Mengapa Pula "Taubat"nya Tidak Diterima???

Dipetik dari Malaysiakini
Rasuah politik: Saya sudah jalani hukuman, kata Isa
Andrew OngSep 29, 097:23pm




Foto: Tan Sri Isa Samad (Gambar dipetik dari Agenda Daily)



Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad berkata isu beliau terbabit dalam rasuah politik tidak berbangkit lagi kerana beliau telahpun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam Umno selama tiga tahun. Isa digantung selama tiga tahun mulai 24 Jun 2005 kerana rasuah politik kerana melanggar etika pemilihan pemilihan pucuk pimpinan Umno 2004. Dalam pemilihan tersebut, Isa mendapat undi tertinggi untuk tiga jawatan naib presiden Umno, tetapi kemenangannya dibatalkan kerana didapati bersalah melanggar kod etika pemilihan.



Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan. Bercakap kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, Isa berkata, beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah. Sebaliknya, tegas bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, beliau melanggar kod etika sewaktu pemilihan pucuk pimpinan Umno."Itulah perkataan yang digunakan - kod etika pemilihan - saya telah menjalani hukuman (penggantungan keahlian) tiga tahun. (Jadi) perkara itu tidak berbangkit lagi," katanya.


Sebaliknya, kata Isa, mereka yang disabitkan dalam kesalahan jenayah masih diterima rakyat dan ada yang menjadi ketua menteri dan menteri. Berita lanjut sila rujuk link; http://www.malaysiakini.com/news/113860



Komen Isac


Adat bermaufakat walaupun kita mungkin tidak berapa setuju dengan pencalonan Tan Sri Isa Samad, tetapi apabila pucuk pimpinan telah membuat keputusan kita kena patuh dan perlu menyokong 100% tanpa apa-apa alasan.

"Gendang perang telah dipalu!!!!". "Perahu telah di air dan pendayung sudah di tangan". Kita cuma ada satu tujuan iaitu aturkan strategi untuk memenangkan beliau.

Kenali kekuatan dan kelemahan calon kita. Eksploitkan kekuatannya dan bantulah untuk memperbaiki kelemahannya.

Mengapa pembangkang begitu takut kepada Tan Sri Isa? Di bawah pemerintahannya (sebagai MB) Negeri Sembilan merupakan salah satu kubu kuat Umno/BN. Begitu sukar digugat.

Jika hendak dibandingkan Tan Sri Isa dengan sesetengah pemimpin pembangkang, beliau seorang yang bersih, kerana tidak pernahpun beliau didakwa apa lagi didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah.

Sebaliknya sesetangah pemimpin pembangkang yang suka menunding jari kepada calon-calon Umno/BN, mereka bukan lebih baik, malah ada di antara mereka merupakan "bekas' banduan, dipenjarakan kerana salahguna kuasa yang diamanahkan dan ada juga yang dipecat dari jawatan CEO atas apa jua sebab.

Mereka ini sesungguhnya cuba memperbodoh-bodohkan minda rakyaat Malaysia dengan mengaku bahawa mereka lebih baik "moralnya" sehingga ada yang tanpa segan silu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri malaysia yang ke 7.

Mereka ini kata, Umno/BN hanya mengayakan "kroni-kroni" mereka, tetapi semasa memegang kuasa, pemimpin pembangkang yang kononnya "bersih" ini telah memberikan RM 15 Billion nilaian projek kepada "kroni-kroni"nya yang kini telah bersama-samanya menyertai pembangkang.

Sesetengah orang lama masih mempunyai "bisa" dan mudah-mudahan "Isa masih bisa mengangkat maruah Umno/BN di Bagan Pinang".

Kepada bloger-bloger pro kerajaan, "lawan tetap lawan". Jangan mengalah sebelum berjuang!!!!!


Dato' Dr Hasan Ali Berbohong?


Teng dakwa Hasan Ali berbohong
Rahmah Ghazali Sep 28, 09 11:18am

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim menuduhkan exco negeri yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali berbohong. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Teng berkata, Hasan telah dilaporkan mendakwa beliau telah menuduh pegawai daerah Klang, Bakhtiar Hussin sebagai "tidak cekap" dan "tidak layak". Teng mendakwa, Hasan kini berbohong lagi untuk menutup pembohongan pertamanya.Sebelum ini, Hasan meminta supaya dirombak Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang dipengerusikan oleh Teng. Teng yang juga ADUN Sungai Pinang berkata beliau bimbang tindak tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.



Hasan dikritik rakan-rakannya dalam Pakatan selepas beliau mengkritik siasatan awam Selcat yang didakwanya telah ‘memalukan’ pegawai kerajaan. Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu.



Komen Isac;



Mmmm....Dato' Dr. Hasan Ali berbohong? Betul ke Teng ni? Nampaknya Hasan Ali telah siang-siang akan "dikambing hitamkan" jika PR tumbang di PRU 13 nanti....



Sebagai pakar motivasi, mungkin Hasan Ali terlupa nak memotivasikan anggota pakatannya agaknya. Sebaliknya dia pula yang siang-siang lagi dah nak dikorbankan....Apa lagi Dato'....masih nak tunggu lagi ke? Atau Dato' masih bermain sandiwara lagi?

Nanti dekat-dekat nak PRK Bagan Pinang salam dengan Teng siap peluk-peluk lagi....Skrip yang sama PRK sahaja yang lain.....

28 Sep 2009

Penamaan Calon Bagan Pinang, Pas Mencalonkan Gadis Melayu?


Foto: Hanya Gambar Hiasan - Jelak Melihat Gambar-Gambar Ahli Politik. ;)


Esok merupakan hari yang penuh debaran....Penamaan calon Bagan Pinang akan diumumkan bukan sahaja oleh Umno/BN bahkan juga oleh Pas/Pakatan.

Agak-agak... Pas yang kebelakangan ini sibuk mewawarkan "Pas For All/Pas Untuk Semua" berani tak mencalonkan seorang gadis Melayu untuk bertanding mewakili mereka di Bagan Pinang?

Mengapa? Apa kurangnya dengan gadis Melayu? Tak cukup pandai? Tak cukup cantik? Tak pandai jaga diri? "Murah"? Ramai di antara mereka kini bukan sahaja berpelajaran tinggi malah ada di antaranya yang berjawatan tinggi. Kalau tak percaya yang tiada pendidikan agama, pilihlah bekas pelajar Universiti Islam ke? Bekas Pelajar Sekolah Arab ke? Atau Pensyarah Usuludin atau aliran Agama Islam ke?

Bagaimana pulak jika Pas mencalonkan gadis Melayu yang tidak bertudung untuk mewakili mereka di Bagan Pinang? Tak boleh? Mengapa? Kata Pas untuk semua? Mengapa pula tak boleh? Pas pun bukannya mahu menegakkan negara Islam? Dato' Seri Ir. Nizar telah mengesahkannya dalam sidang DUN Perak.... Jadi mengapa pula tak boleh?

Apakah "Pas for all/Pas untuk semua" itu bermaksud untuk semua... tetapi bukan untuk gadis Melayu? Ini dah double standard.....Ataupun "Pas for all" hanya cakap-cakap retorik politik?

Adakah ini bermaksud Pas merestui semua gadis-gadis Melayu menyertai Puteri Umno? Mmmm.......Gadis-gadis Melayu, apa kata anda?


Bersyukurlah......

Isnin September 28, 2009
Dipetik dari mStar Online

Link; http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/9/28/mstar_berita/20090928131151&sec=mstar_berita


SESAK... Keadaan di plaza tol Lebuh Raya Cheras menghala ke Petaling Jaya sesak setelah warga kota kembali bekerja selepas bercuti selama seminggu sempena cuti Hari Raya Aidilfitri minggu lalu. Tinjauan mendapati keadaan jalan raya utama seperti Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Mahameru, Jalan Sungai Besi dan Jalan Duta kembali sesak kerana warganya kembali bekerja seperti biasa di sini, hari ini. --fotoBERNAMA
Hari terakhir Ops Sikap 20: Korban meningkat 261 kes
KUALA LUMPUR: Korban jalan raya yang dicatatkan dalam Ops Sikap ke-20 yang berakhir semalam berjumlah 261 orang sejak ia dilancarkan 13 Sept lepas.


Jumlah kematian yang dicatatkan itu bertambah berbanding Ops Sikap ke-17, yang diadakan sempena perayaan Aidilfitri tahun lepas, yang melaporkan 208 kematian.


Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata pada hari terakhir Ops Sikap ke-20 semalam, sebanyak 23 kematian direkodkan.


Pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai korban dengan 12 kematian, diikuti lapan pengguna kereta dan tiga melibatkan pejalan kaki, katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Daripada 931 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 388 kes, diikuti jalan persekutuan (284), jalan negeri (152), lebuh raya (68) dan jalan-jalan lain (39 kes).


Dalam operasi semalam, sebanyak 9,826 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.


Ops Sikap ke-20 diadakan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri. Ia membabitkan kira-kira 2,000 penguatkuasa termasuk polis, bomba dan ambulans. BERNAMA

Komen Isac;

Bersyukurlah kerana setidak-tidaknya kita tidak termasuk di dalam statistik kematian/kemalangan tersebut. Juga kita tidak terperangkap di dalam kesesakkan di atas. Yang terperangkap bersabarlah, kerana sabar itu sebahagian dari Iman. :)

Semangat Hari Raya Aidil Fitri ??? Kemana Haluannya???

Ahad September 27, 2009
Khairy: Pemuda Umno masih bersikap terbuka temui Pemuda PAS
Oleh G. MANIMARAN

Dipetik dari mStar Online



SEMANGAT AIDILFITRI... Kunjungan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Bandar Mahkota dekat Nilai petang Ahad telah mencuri perhatian pelbagai pihak. Khairy berkata, beliau hadir menerima jemputan Nasharudin atas semangat Aidilfitri. Khairy (tengah) berbual mesra ketika disambut oleh Nasharudin (kanan). Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani (paling kiri) dan Bendahari Pemuda Umno, Datuk Rozabil Abd. Rahman (dua dari kiri). Pemimpin DAP antaranya, Lim Kit Siang juga hadir

NILAI: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin masih bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Dewan Pemuda PAS berhubung apa jua perkara yang menyentuh kepentingan bersama-sama pergerakan muda kedua-dua parti itu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Rembau ini meminta "jangan ada apa-apa perasaan syak-wasangka antara Pemuda PAS dan Pemuda Umno."
Beliau juga melahirkan harapan agar Pemuda PAS juga akan mempamerkan sikap terbuka dalam hal ini.

"Saya pun ada bincang sedikit tentang hala tuju bersama dengan (Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani, hari ini), bukan kita hendakkan hubungan yang formal.

KomenIsac;
Mmmm....baguslah kalau macam tu....Sempena hari baik dan bulan baik ni elok untuk kita bermaaf-maafan. Mana tahu Allah s.w.t akan bukakan pintu-pintu hati kita untuk bersatu.
Cuma sayangnya....Kedua-dua tokoh ini sudah kelihatan kurang "bisanya" dikalangan parti-parti politik yang mereka wakili.
Imej KJ telah tercalar dek "politik wang" dan "monopoli" syarikat-syarikat milik/ada kaitan dengannya di zaman Tun Abdullah menjadi PM sementara Ustaz Nasha pula imejnya tercalar dek isu "kerajaan perpaduan" sehingga pernah diusulkan supaya keluar parti oleh TGNA.
Tetapi dalam politik semuanya tidak mustahil....Politikus yang berkarisma mampu menukar keadaan terdesak kepada yang sebaliknya. Malah Tun Dr. Mahathir sendiri pernah dilucutkan keahlian Umno tetapi sebaliknya beliau kembali semula ke pangkuan parti sehingga menjawat jawatan tertinggi dan menjadi PM yang paling lama memimpin negara.
Tetapi dalam politik juga ada banyak halangan-halangan yang perlu dihadapi malah terdapat juga halangan dari dalam, iaitu di kalangan rakan-rakan separti sendiri. Seperti KJ yang dilihat mendapat tentangan dari kalangan ahli Umno sendiri, ustaz Nasha juga sudah tentu tidak terkecuali. Geng "Erdogan" yang diketuai oleh Husam Musa sudah pasti tidak akan berdiam diri apabila mereka dikalahkan dalam pemilihan parti tempohari.
Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin....Selain perlu menumbangkan musuh-musuh politik di luar parti, musuh-musuh di dalam parti juga perlu ditangani.
Inilah juga diantara sebabnya mengapa umat Islam tidak pernah bersatu...Menurut sejarah, kerajaan Islam hanya mampu bersatu dibawah Khalifah Abu Bakar dan Omar r.a. sahaja. Lainnya semua gagal untuk mengekalkan kuasa dan penyatuan umat. Sebabnya, kerana ramai pemimpin-pemimpin yang mengutamakan perut dan kuasa. Menjadi gunting dalam lipatan yang bersedia untuk menggadaikan apa sahaja demi kepentingan peribadi.
Dalam kita menyeru Umno dan Pas untuk bersatu, Umno sendiri masih berpecah... Tugas berat menunggu kita sebenarnya, jika kita benar-benar ikhlas mahu orang Melayu/Islam bersatu, Umno mesti disatukan dahulu. Dahulu Umno adalah tulang belakang perjuangan menentang Malayan Union dan kemerdekaan negara. Jika Umno lemah dan terus berpecah-belah siapakah yang akan memperjuangkan orang Melayu/Islam serta kepentingan negara dalam konteks yang lebih besar?
PKR ? DAP ? PAS ? Jawablah dengan ikhlas....Jawapannya bukan untuk diri saya tetapi jika jawapan anda salah...Bahananya akan ditanggung oleh generasi yang akan datang...
Mampukah negara dan bangsa Melayu/Islam dijajah selama 500 tahun lagi? Akan merdekakah tanahair ini selepas itu nanti? Akan ada lagikah Melayu selepas itu? Akan terbelakah Islam tanpa Melayu?

27 Sep 2009

Polis Diraja Malaysia Menggunakan Pistol Glock - Ke Arah Meningkatkan Keupayaan PDRM


Syabas kepada PDRM yang telahpun menukarkan pistol-pistol lama mereka jenis SMITH & WESSON kepada jenis GLOCK.

Pistol baru jenis GLOCK ini adalah dari jenis semi automatik dan telah digunakan oleh bukan sahaja pasukan-pasukan polis di negara-negara maju bahkan oleh semua pasukan-pasukan keselamatan mereka termasuk kastam, tentera dan lain-lain. Negara-negara di Asia Tenggara juga telah mula menggunakanya.

Di Malaysia, pengunaannya (pistol jenis GLOCK) oleh pasukan polis, telah dibuat secara berperingkat-peringkat dan menurut pemerhatian Isac sehingga kini pasukan Polis Kuantan dan Polis Tumpat juga telah menerimanya. Maksudnya penaiktarafannya telah hampir menyeluruh. Bagi sesiapa yang meminati filem-filem genre aksi, pistol jenis GLOCK (terbaru) ini bentuk larasnya lebih kelihatan seperti segi empat sama.

Untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui spesifikasi pistol jenis GLOCK yang boleh menggunakan "standard magazine" dengan 13 butir peluru bolehlah melayari link berikut

Mudah-mudahan dengan penaiktarafan ini akan menaikkan semangat anggota-anggota polis kita supaya mereka dapat meningkatkan keupayaan dan professionalisma mereka di dalam membenteras jenayah yang dilihat semakin meningkat.

26 Sep 2009

Senangnya Menjadi Pemimpin - Guan Eng jawab PPSB: Bukan salah saya! Tanya Rahim

Sep 25, 09 7:01pm
Dipetik dari Malaysiakini





Penang Port Sdn Bhd (PPSB) seharusnya tahu siapa yang perlu dirujuk dalam perkara berkaitan dengan laporan angka yang salah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng. Beliau berkata angka trafik kontena yang dipetiknya dalam kenyataan akhbar pada Selasa adalah mengikut laporan pada Julai, memetik penasihat khas maritim Kementerian Pengangkutan Datuk Kapten Abdul Rahim Abd Aziz.



"Jika PPSB tidak berpuas hati dengan angka itu, saya rasa mereka perlu membangkitkan perkara tersebut dengan Abdul Rahim kerana beliau merupakan orang yang menyediakan laporan tersebut dan ia tidak pernah dibetulkan secara terbuka olehnya," kata beliau kepada pemberita hari ini. Guan Eng berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada laporan hari ini yang memetik Pengarah Urusan PPSB Datuk Ahmad Ibnihajar bahawa pengendali Pelabuhan Pulau Pinang itu tidak pernah mengalami kerugian terutamanya dalam kuantiti trafik kontena, bercanggah dengan kenyataan Guan Eng.



Ahmad berkata Guan Eng memetik angka yang salah dalam kenyataan akhbarnya pada Selasa dan kenyataan itu akan menjejaskan imej PPSB.Ditanya sama ada beliau merujuk kepada laporan salah semasa memetik angka trafik kontena dalam kenyataan akhbarnya, Guan Eng berkata: "Tidak, saya mengeluarkan kenyataan berdasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh Kementerian Pengangkutan. "Angka itu tidak pernah dibetulkan oleh Abdul Rahim secara terbuka sehingga hari ini.


Jika ada yang salah dalam laporan itu, orang yang berkaitan perlu bertanggungjawab membetulkannya. "Jika beliau (Abdul Rahim) tidak membuat sebarang penjelasan, ia tidak membawa apa-apa kesan kerana beliau adalah pengawal atur daripada Kementerian Pengangkutan," katanya. Bagaimanapun, selepas kenyataan itu muncul dalam akhbar, Abdul Rahim menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng untuk menjelaskan mengenai angka tersebut. "Abdul Rahim mengakui dalam SMS itu bahawa angka tersebut salah," katanya sambil menambah, pada masa itu kenyataannya telahpun dikeluarkan kepada media.


Guan Eng, dalam kenyataannya, menyatakan Pelabuhan Pulau Pinang mencatatkan kejatuhan 24 peratus dalam kuantiti trafik kontena pada suku kedua tahun ini tetapi Ahmad menjelaskan semalam bahawa PSSB mencatatkan kenaikan 13 peratus TEU (unit bersamaan 20 kaki) daripada 199,391 kepada 225,322 dalam suku kedua. Ketua Menteri juga berkata kerajaan negeri dan orang ramai mahu mengetahui status projek menaik taraf Jeti Swettenham.


Beliau berkata terdahulu Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) berjanji projek itu akan siap bulan ini. "Kami mahu tahu sama ada projek itu akan siap tepat pada masa atau jika ada sebarang kelewatan, PPC perlu menjelaskan mengapa projek itu terlewat sekali lagi," katanya. BERNAMA



Komen Isac;

Senang betul "pemimpin terbaik" pembangkang ni....Kalau silap semua orang lain "punya" kalau yang baik semua dia "punya".

Al maklum....dah biasa cari salah orang (semasa menjadi pembangkang)....Bila dah jadi Ketua Menteri pun kerjanya masih nak cari salah orang dan menyalahkan orang lain...Kenapa data-data tentang pelabuhan di bawah pentadbiran Pulau Pinang (negeri yang ditadbirnya sendiri) perlu diminta dari Kementerian Pengangkutan (Kerajaan Persekutuan).


Pelik-pelik....Lepas tu data-data tu langsung tidak diselidik dan ditentukan kebenarannya....Kata....kerajaan Pakatan Pembangkang ini lebih telus, berintegriti, transparent dan bla....bla.... Isac tengok main tangkap muat sahaja.....


Ini kah dia calon terbaik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia di masa hadapan ?



Bagi pengundi-pengundi mereka....Sendiri mau ingatlah ye.... ;)

24 Sep 2009

Dari Mimbar Aidil Fitri - Ukwah Perlu Diusahakan


Penulis menunaikan solat sunat Aidil Fitri pada hari raya yang lepas di negeri Kelantan Darul Naim.
Dalam khutbah yang disampaikan, (teks dari Jabatan Agama Islam negeri Kelantan - JAIK) khatib juga telah menyeru agar umat Islam bersatu. Teks khutbah Aidil Fitri itu juga cuba menyedarkan umat Islam di Malaysia agar ketepikan fahaman politik yang sempit, kenali siapa musuh-musuh kita yang sebenarnya dan bersama-sama menghadapi mereka.

Jemaah juga diseru agar belajar dari sejarah dan tautkan kembali persaudaraan sesama Islam kerana sesungguhnya Islam adalah agama yang menyeru kepada penyatuan dan hanya dengan bersatu sahajalah kita (umat Islam) mempunyai peluang untuk mempertahankan diri dari musuh-musuh Islam. Menyeru kepada ukhwah kebangsaan, ukhwah sesama Islam, ukhwah sesama manusia......

Itu antara petikan khutbah....

Apa yang tersirat disebalik teks khutbah Aidil Fitri itu bagi penulis, ialah pegawai-pegawai agama di JAIK sendiri telah sedar betapa "perpecahan" yang sedang melanda umat Islam di negara ini hanya merugikan kita semua. Mudah-mudahan mesej yang cuba disampaikan ini dapat menyedarkan sebahagian penyokong-penyokong fanatik Pas di Kelantan.

Apa gunanya kita dilihat berkuasa dan memerintah jika akhirnya kita menggadai masa depan generasi muda dan kelak anak bangsa terasing di bumi yang menjadi warisan pusaka nenek moyang kita sementara Islam diinjak-injak dek kebodohan kita sendiri....


22 Sep 2009

Dakyah Kristian Mengenai Paderi dan Sister Mereka Yang Tidak Reput




Sambungan daripada posting berkenaan pengunaan perkataan "Allah" oleh agama lain.


Antara Dakyah Kristian...Mengapa ada di antara kita yang butakan mata, pekakkan telinga dan menutup pintu hati kita terhadap dakyah mereka, dengan membenarkan penggunaan Allah oleh agama lain.



Tidak kah ini hanya akan merugikan Islam...



Untuk ke video yang berkaitan sila klik link berikut;














20 Sep 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir & Bathin



Salam....
Isac mengambil peluang di hari yang baik dan bulan yang baik ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir dan Bathin" kepada semua pengunjung-pengunjung blog bumiyang, tidak kira samada yang Pro Umno/BN, Pro Pakatan Pembangkang maupun yang neutral.
Mudah-mudahan hati pemimpin-pemimpin kita akan terbuka untuk bersatu!!!
Walaupun Berapa Harganya, Melayu/Islam Mesti Bersatu!!!
Wassallam.

17 Sep 2009

Tafsir Al-Quran di Setiap Kawasan Dun - Suatu Pendekatan Yang Wajar Dicontohi.

Dipetik dari Malaysiakini
Pakar al-Quran di semua DUN Johor
Sep 15, 09 12:17pm



Kerajaan Johor akan menempatkan seorang pakar tafsir Al-Quran masing-masing di setiap kawasan DUN di negeri itu untuk membolehkan umat Islam mendalami kandungan Al-Quran secara terperinci. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri menghantar pelajar-pelajar mendalami ilmu tafsir Al-Quran di beberapa universiti di Timur Tengah.


Dengan penempatan itu, bererti kesemua 56 kawasan DUN di Johor akan mempunyai seorang pakar tafsir Al-Quran yang berkelayakan untuk memberi tafsiran yang tepat mengenai isi kandungan kitab suci itu kepada masyarakat, katanya pada majlis penyampaian bantuan hari raya kepada masyarakat miskin bagi kawasan parlimen Ledang semalam.


Abdul Ghani berkata penempatan pakar tafsir Al-Quran itu adalah sebagai lanjutan daripada program membudayakan Al-Quran yang diperkenalkan di setiap daerah di Johor. "Sudah tiba masanya bagi umat Islam bukan sahaja memahami terjemahan Al-Quran tetapi mendalami huraian mendalam ayat-ayat Al-Quran," katanya. BERNAMA
Komen Isac;
Suatu usaha yang murni (noble) yang cuba dilakukan oleh kerajaan negeri Johor dan semoga akan memperoleh kejayaan, Insyaallah. Moga-moga pendekatan ini berjaya mendidik umat Islam yang bukan sahaja pandai membaca Al-Quran tetapi juga dapat memahami maksud serta terjemahannya dan lantas boleh mempraktikkannya di dalam kehidupan mereka seharian.
Kita sepatutnya menggunakan "kelebihan" Islam sebagai Agama Resmi negara ini dengan sebaik-baiknya, terutamanya di dalam memberikan pelajaran, penghayatan serta perlaksanaan ajarannya di Malaysia. Kelebihan ini sepatutnya dapat meletakkan agama Islam lebih tinggi dari agama-agama lain dan bukannya menyamakan kedudukanya dengan agama-agama tersebut. Menubuhkan jawatankuasa agama-agama di Perak di bawah kerajaan Pas sebelum ini, ditakuti akan hanya meletakkan agama Islam setaraf dengan agama-agama lain....
Islam adalah agama persaudaraan tetapi sebahagian dari kita tega menggunakannya untuk memecah-belahkan umat. Islam dijadikan sebagai alat "politik" bagi tujuan untuk meraih simpati dan sokongan rakyaat. Inilah "sekular" dalam erti kata sebenarnya. Menjual murah ayat-ayat Al-Quran dengan harga yang murah untuk kepentingan peribadi dan parti. Mengamalkan ajaran Islam yang memberikan kepentingan kepada mereka dan sebaliknya meninggalkan bahagian yang tidak menguntungkan mereka. Jestru itulah mereka ini dengan mudah bermain-main ayat-ayat Al-Quran dengan mengatakan mengeji, mengata, memaki, menelanjangkan aib dan memfitnah orang adalah "halal" atas nama hendak berkuasa dan semata-mata kerana mereka berasal dari Parti Islam.
Pelik bukan ? Kebanyakkan dari mereka ini menolak bacaan surah Yaasin di Malam Jumaat, bacaan Talkin, bacaan tahalil dan lain-lain "bidaah" yang "baik" (yang tidak bersalahan dengan syariat dan akidah) dengan alasan ianya tidak dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. semasa hidup baginda, tetapi dalam masa yang sama mereka mengamalkan perbuatan-perbuatan keji di atas, yang secara terang-terangan telah ditolak oleh Rasullullah s.a.w dan Islam.
Mudah-mudahan kerajaan negeri Johor juga akan dapat menghantar lebih ramai anak-anak muda untuk mempelajari ilmu agama agar mereka ini nanti dapat membimbing rakyaat kita agar tidak mudah dikabui oleh sesetengah parti politik yang cuba mempengaruhi mereka dengan pandangan-pandangan sempit dan dakyah-dakyah jahat mereka.
Mungkin kerajaan negeri Johor juga sepatutnya mewajibkan semua pelajar-pelajarnya yang beragama Islam untuk mengikuti sekolah-sekolah agama anjuran kerajaan negeri bagi memantabkan pengetahuan mereka dengan asas ilmu agama agar mereka ini tidak mudah dipengaruhi dengan janji-janji manis pembangkang seperti "tawaran syurga jika menyokong mereka".

16 Sep 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir & Bathin


Kepada semua pemgunjung, Isac mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir & Bathin".
Moga-moga di hari yang baik dan bulan yang baik ini dibukakan pintu hati pemimpin-pemmpin kita untuk bersatu!!!
Melayu/islam Mesti Bersatu!!!!!

Pekong 8: Mereka Sebenarnya Adalah Pengkhianat - Meruntuhkan Negara Dalam Senyap

Dipetik dari mStar Online
RANAP... Beginilah keadaan satu blok bangunan lama separuh kayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Beruang di sini yang runtuh di bahagian bumbung pada Jumaat lepas. Bumbung yang runtuh itu dipercayai disebabkan oleh anai-anai. --fotoTHE STAR


Mereka (Pakatan Pembangkang) bolehlah diibaratkan sebagai anai-anai, serangga perosak yang merosakkan bangunan/struktur binaan secara senyap dan berkesan, tetapi mereka ini lebih dahsyat lagi kerana mereka meruntuhkan struktur negara dalam senyap.

Mensabotaj imej dan ekonomi negara, hanya tahu mengkritik tanpa tahu memberikan teguran yang membina, memecah-belahkan rakyaat, merosakkan dan meruntuhkan struktur negara seperti DEB, Sistem Beraja, ISA, kontrak sosial, menyerang imej polis, SPRM, Mahkamah, Pendakwaraya, dan lain-lain lagi.

Ini dengan jelas dapat dilihat di mana-mana negeri yang mereka terajui, mereka bukannya akan mentadbirnya dengan baik tetapi hanya cuba untuk mencari kesalahan-kesalahan kerajaan negeri yang terdahulu.

Maka wujudlah isu kuil, kepala lembu, tanah 999 tahun kepada keluarga-keluarga bekas komunis, isu kafir-mengkafir, merobohkan kampong, isu arak, penghinaan Agama Islam, penghinaan terhadap institusi beraja dan lain-lain yang sebenarnya tidak akan timbul jika mereka mentadbir negeri-negeri yang mereka perintah dengan baik.

Mereka langsung tidak membantu kerajaan persekutuan menangani wabak H1N1 dan kemelesetan ekonomi negara, sebaliknya hanya tahu menyalahkan kerajaan. Memang senang untuk menyalahkan orang lain dan mengatakan yang betul hanyalah diri mereka.

Semoga rakyaat akan membuka mata.....amin.

14 Sep 2009

Pekong 6: Ulamak Pembangkang, Fitnah Orang Yang Tak Sehaluan Aliran Politik Wajib ?




Komen Isac;


Fitnah ke atas orang yang dilihat tidak sehaluan dengan mereka hukumnya wajib ? Atas alasan cuba merosakkan imej musuh politik mereka?


Anda saksikan dan nilaikanlah sendiri video ini.

13 Sep 2009

Pekong 5: Memaki Orang Hukumnya Harus?




Komen Isac;


Memaki orang yang dilihat tidak sehaluan dengan mereka hukumnya harus ? Anda lihat dan nilaikanlah sendiri video ini.

Mungkin kita semua perlu bermuhasabah diri, jika tidakpun mungkin ada baiknya kita berkhalwat di dalam gua seperti mana pemuda-pemuda Ah Kahfi, demi untuk menjaga akidah dan amalan kita?

12 Sep 2009

Inkues Teoh - Bagaimana Jika T. Sivanesan Sengaja Mencederakan Diri Sendiri Untuk Mengenakan SPRM ?


Dipetik dari Malaysiakini
Inkues Teoh ingin lihat foto saksi didera SPRM
Sep 11, 09 12:44pm



Inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock ditangguh ke Khamis depan bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan perubatan dan gambar asal kecederaan seorang saksi yang mendakwa didera oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan SPRM untuk menangguhkan prosiding bagi mendapatkan kedua-dua dokumen berkenaan, sebelum meneruskan sesi soal balas terhadap saksi terbabit, T Sivanesan. "Setakat ini saya hanya dibekalkan laporan polis dan salinan bercetak gambar yang menunjukkan kecederaan yang didakwa. Saya perlukan bantuan dan pandangan pakar mengenai gambar itu.

"Gambar asal tidak diterima. Saya perlu tentukan sama ada warna pada badan saksi dalam gambar ini ialah warna sebenar akibat kecederaan atau warna ubat yang digunakan di hospital," kata peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi pihak SPRM. Azmil berkata beliau membenarkan permohonan penangguhan itu kerana gambar asal perlu dikemukakan, bukan sahaja bagi kepentingan SPRM tetapi semua pihak dalam inkues berkenaan.

Berhubung perkara itu, peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, menjelaskan gambar tersebut ialah salinan fotokopi berwarna daripada gambar asal, dan berkata beliau akan cuba mendapatkan gambar asal kecederaan itu untuk dikemukakan kepada mahkamah minggu depan.

Rabu lalu, Sivanesan, pembantu pengurus di sebuah syarikat swasta di Kuantan memberi keterangan bahawa dia telah disepak, ditampar dan dipukul dengan batang besi oleh lebih 10 pegawai SPRM semasa disoal siasat di pejabat SPRM tahun lepas. Satu laporan polis mengenai dakwaan itu telah dibuat oleh Sivanesan pada 11 Sept 2008. Awal minggu ini, lima pegawai SPRM membuat laporan polis terhadap Sivanesan bagi menyangkal tuduhannya itu.

Pada prosiding itu juga, SPRM mengemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk memadamkan kenyataan saksi itu atas alasan tidak relevan, tetapi ditolak Mahkamah Tinggi semalam. Dalam prosiding hari ini, Abdul Razak memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan notis rayuan dan sijil perakuan segera di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada ahli dewan undangan negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di bangunan itu. BERNAMA

Inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock ditangguh ke Khamis depan bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan perubatan dan gambar asal kecederaan seorang saksi yang mendakwa didera oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan tarikh itu setelah membenarkan permohonan SPRM untuk menangguhkan prosiding bagi mendapatkan kedua-dua dokumen berkenaan, sebelum meneruskan sesi soal balas terhadap saksi terbabit, T Sivanesan.

"Setakat ini saya hanya dibekalkan laporan polis dan salinan bercetak gambar yang menunjukkan kecederaan yang didakwa. Saya perlukan bantuan dan pandangan pakar mengenai gambar itu.

"Gambar asal tidak diterima. Saya perlu tentukan sama ada warna pada badan saksi dalam gambar ini ialah warna sebenar akibat kecederaan atau warna ubat yang digunakan di hospital," kata peguam Datuk Abdul Razak Musa bagi pihak SPRM.

Azmil berkata beliau membenarkan permohonan penangguhan itu kerana gambar asal perlu dikemukakan, bukan sahaja bagi kepentingan SPRM tetapi semua pihak dalam inkues berkenaan.

Berhubung perkara itu, peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, menjelaskan gambar tersebut ialah salinan fotokopi berwarna daripada gambar asal, dan berkata beliau akan cuba mendapatkan gambar asal kecederaan itu untuk dikemukakan kepada mahkamah minggu depan.

Rabu lalu, Sivanesan, pembantu pengurus di sebuah syarikat swasta di Kuantan memberi keterangan bahawa dia telah disepak, ditampar dan dipukul dengan batang besi oleh lebih 10 pegawai SPRM semasa disoal siasat di pejabat SPRM tahun lepas.

Satu laporan polis mengenai dakwaan itu telah dibuat oleh Sivanesan pada 11 Sept 2008. Awal minggu ini, lima pegawai SPRM membuat laporan polis terhadap Sivanesan bagi menyangkal tuduhannya itu. Pada prosiding itu juga, SPRM mengemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk memadamkan kenyataan saksi itu atas alasan tidak relevan, tetapi ditolak Mahkamah Tinggi semalam.

 
Dalam prosiding hari ini, Abdul Razak memaklumkan bahawa pihaknya telah memfailkan notis rayuan dan sijil perakuan segera di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada ahli dewan undangan negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di bangunan itu. BERNAMA



Komen Isac;


Penulis pernah komen dalam posting yang terdahulu, sila klik sini
"bagi penulis ianya sukar untuk dibuktikan melainkan, tubuh badan "mangsa" diambil gambar sebelum soal-siasat dijalankan dan sebaik selesai soal-siasat sekali lagi foto tubuh suspek dirakam. Ianya adalah untuk dibuat perbandingan. Tanpa perbandingan ini ditakuti kecerderaan tersebut sengaja diada-adakan sendiri oleh suspek.



Pada fikiran penulis adalah perlu rakaman video diambil sepanjang suspek berada di bilik soal-siasat untuk mengelakkan suspek mencederakan diri mereka sendiri. Masih ingat sensasi "Black Eye" Dato' Seri Anwar Ibrahim? Jika rakaman video sentiasa dibuat semasa beliau berada dibilik tahanan tanpa pengetahuannya, provokasi seperti itu pasti dapat diterangkan dan menjadi bukti buat tatapan rakyaat Malaysia dan imej Polis Diraja Malaysia dan kerajaan BN pastinya tidak tercalar...


Jadi kenalilah peguambela kangaroo dan syaitan ini, jangan terus percaya apa yang mereka katakan...."




Kini imej SPRM pula yang menjadi pertaruhan.  Adalah tidak adil untuk mahkamah mengandaikan SPRM bersalah tanpa perbandingan foto sebelum dan selepas siasatan. Tanpa bukti perbandingan Mahkamah sepatutnya membuang sahaja kenyataan saksi ini dari bukti perbicaraan seperti mana mahkamah telah memadam bukti terhadap 7 lagi bukti invois penyelewengan wang peruntukkan wakil rakyaat sebelum ini atas alasan mereka bukan menyiasat kes penyelewengan wang peruntukkan, sebaliknya hanya Inkues kematian mendiang Teoh.

Satu lagi bukti hidup, mengapa pula Tan Boon Hwa yang sama-sama disiasat pada hari yang sama dalam kes yang sama, telah dibebaskan lebih awal tetapi tidak mahu balik sebaliknya berlegar-legar di pejabat SPRM didapati tidak mengalami sebarang kecerderaan? Penulis tidak fikir tuduhan Sivanesan itu berasas. Beliau mempunyai motif untuk menyerang imej SPRM kerana beliau adalah suspek di dalam kesnya dan sebaliknya mendiang Teoh hanyalah sebagai saksi kes siasatan terhadap bos beliau (mendiang Teoh).

Semoga mahkamah mengambilkira perkara ini.




11 Sep 2009

Larian Pecut Usain Bolt Belum Cukup Pantas ?

Fastest Mammal on Earth
Dipetik dari yahoo.com

by Vera H-C Chan
Cheetahs always win.
http://buzz.yahoo.com/buzzlog/92995?fp=1




Usain Bolt may get his share of million-dollar jackpots for being a world champ sprinter, but he's got nothing on 8-year-old Sarah. The Cincinnati Zoo's cheetah ambassador just beat the 2001 land-speed world record for mammals.

A male cheetah in South Africa covered 100 meters in 6.19 seconds. Sarah didn't beat that just once, but twice: She first clocked in at 6.16 seconds and then 6.13 seconds—which, by the way, bested Bolt's August sprint by more than 3 seconds. And that's from a girl who has been in captivity pretty much her whole life.

Sarah's feat helped call attention to the species' endangered numbers. According to the zoo, the spotted felines' population has dropped from 100,000 back in 1900 to about one-tenth that number. Cincinnati has been doing its part to nurture more cubs than anywhere else. Not so coincidentally, the zoo was home to another record holder: Moya, who died this past January, held the title for a year before his brother Nyana (over in South Africa) snagged it. Now Sarah's got bragging rights.

She may not rest easy for long. Zaza, an 8-year-old female in South Africa, will be throwing down the gauntlet over in South Africa when the weather clears up, either later this month or in early October. Meanwhile, here are two videos of Sarah's sprint—a quickie AP version and the Cincinnati Zoo's longer one.


Komen Isac;


Sekadar melepas stress/lelah..... Sehebat2 manusia sentiasa akan ada yang lebih hebat dari kita.


Cuma lebihnya kita kerana dikurniakan akal fikiran.

10 Sep 2009

Islam Bukan Hanya Retorik Politik - Parti Yang Mendakwa Mahu Menegakkan Islam, Kempen Politik Mereka Juga Perlu Islamik.




Komen Isac;

Islam tidak menghalalkan Cara. Orang Islam tidak perlu meniru gaya Yahudi apatah lagi 95% orang Islam di Malaysia adalah berketurunan Melayu. Orang Melayu kaya dengan budi bahasa dan baik pekertinya.
Hayatilah ajaran Islam yang sebenar, bukan Islam Hadari dan bukanya Islam ala Pas. Memfitnah, mengata, memaki dan menelanjangkan aib "musuh-musuh" politik, bukannya budaya Islam.
Dalam Islam, selain kita wajib menurut syariat Islam, budaya masyarakat tempatan yang baik dan tidak menyalahi hukum syarak juga perlu diikuti. Ini adalah kerana Islam menitikberatkan keharmonian di dalam masyarakat.
Bagi mereka yang berani "menghalalkan" semua perkara di atas saya cadangkan pergilah mengaji lagi. Tidak kiralah jika anda Sarjana Agama, Tok Guru maupun Ulamak....
Bak kata orang tua-tua, "berilmu tanpa amal sia-sia, beramal tanpa ilmu gila".
Jika ini terus dipraktikkan, Pakatan Pembangkang termasuk Pas lah yang sebenarnya mengamalkan amalan Sekular, dalilnya ialah kerana mereka telah memisahkan Islam dengan politik!!!
Mengabui mata rakyaat bahawa mereka mahukan Islam tetapi hakikatnya perkara ini tidak diterjemahkan dalam kempen-kempen politik mereka, dengan mempraktikkan kempen-kempen politik yang tidak Islamik.

Pekong 4: Bagi Pas, Allah Setaraf Dengan "Tuhan-Tuhan" Lain ?




Membenarkan agama lain mempergunakan perkataan Allah untuk "tuhan-tuhan" mereka sama sekali tidak dapat diterima. Bagi saya ia bukan setakat menghina nama Allah bahkan ianya menghina Allah s.w.t dan Islam itu sendiri. Allah s.w.t bagi orang Islam begitu komplex dan begitu sempurna. Dengan 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus mana mungkin Allah s.w.t hendak disamakan dengan tuhan-tuhan lain. Itu belum lagi dihayati tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Zatnya pula tidak termampu untuk kita mengkajinya.



Bagi orang Islam/Melayu perkataan Allah itu sendiri adalah terlalu istimewa. Tanpa wuduk kita tidak boleh memegangnya kerana ia adalah sebahagian daripada ayat Al-Quran nul karim. Kita juga tidak boleh membawanya ke dalam tandas maupun menyebutnya ketika berada di dalam tandas.
Itu dari segi adab dan hukum.


Dari segi dakyah pula, mengapa baru sekarang agama-agama lain mahu menggunakan perkataan Allah untuk tuhan-tuhan mereka? Walaupun di Malaysia rakyaatnya bebas beragama, tetapi kerana Islam adalah agama resmi negara ini maka sebarang bentuk dakyah untuk menarik umat Islam menganuti agama lain adalah dilarang samasekali dan bercanggah dengan perlembagaan. Megikut perlembagaan Malaysia, mubaligh agama lain adalah dilarang sama sekali untuk berdakyah (perkataan berdakwah hanya untuk Islam) dan menarik umat Melayu/Islam memeluk agama mereka.



 
Tidakkah terdetik di hati TG Nik Aziz dan YB Khalid Samad  akan  muslihat agama-agama lain terutamanya Kristian yang hendak menggunakan perkataan Allah di dalam rumah-rumah ibadat mereka, nota-nota bercetak, buku-buku, web-web dan lain-lain adalah dengan satu tujuan iaitu hendak menyebarkan agama mereka dikalangan orang Melayu/Islam ?



Jika saudara-saudara rajin melayari internet sudah tentu saudara-saudara akan terjumpa web-web Indonesia yang menulis seperti berikut tentang, "Allah itu Tuhan, Yesus dan roh Kudus". Ini hanyalah sebagai contoh, ada banyak lagi perkataan-perkataan yang mungkin boleh memesongkan akidah orang-orang Melayu/Islam terutamanya mereka yang cetek ilmu agamanya ataupun anak-anak kita yang masih mentah.


Sila klik ini,  ini dan ini  ada banyak lagi web-web yang lebih mengelirukan diharap saudara-saudara carilah sendiri jika berminat....


Mengapa kononnya atas nama Islam, Pas dilihat begitu ghairah untuk berkongsi segala-galanya dengan orang bukan Islam? tetapi dalam masa yang sama begitu dalam prasangkannya terhadap Umno?


Mengapa sebagai penduduk asal negara ini perjuangan Umno untuk memertabat bangsa/agama dipandang hina oleh Pas dengan alasan kononnya Umno memperjuangkan agenda kebangsaan. Tidakkah memertabatkan bangsa dan tanahair juga dituntut oleh agama? Tetapi mengapakah Pas dengan rela hati dan tanpa sedikitpun perasaan curiga sedia berkongsi Allah dengan orang-orang bukan Islam?

9 Sep 2009

Pekong 3: Ladang Kelapa Sawit PKNS Tergadai Guna Untuk Tampung Kos Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Isac dengar-dengar kerajaan negeri Selangor telah terpaksa menjual sebuah atau beberapa buah ladang kelapa sawit kepunyaan PKNS semata-mata kerana wang peninggalan kerajaan Umno/BN yang bernilai RM 1 billion telah hampir kering.
Ladang tersebut dengarnya dijual kepada syarikat dari Malaysia Timur yang mahu menggunakan tanah tersebut sebagai ladang pisang. Sebaik sahaja mengambil-alih tampuk pemerintahaan negeri Selangor dahulu, Pakatan Pembangkang menyalahkan kerajaan terdahulu kerana dikatakan membazirkan wang dengan kerap ke seberang laut untuk menarik pelaburan.
Mereka mendakwa pasti akan dapat mentadbir kerajaan negeri dan kewangannya dengan lebih baik berbanding kerajaan Umno/BN. Tetapi apa yang berlaku selepas 18 bulan pemerintahan mereka adalah sebaliknya, kutipan sumber-sumber dalam negeri jauh tersasar sementara sumber pelaburan dari luar negara gagal diperolehi kerana dasar kerajaan negeri yang tidak mahu ke seberang laut untuk menarik pelabur.
Nampak gaya habislah tanah-tanah milik PKNS akan tergadai gara-gara pentadbiran kewangan yang kurang  cekap dan tidak berwawasan ini.

8 Sep 2009

Pekong 2 (sambungan) - Pemilihan Salleh Man Sebagai YDP MAIPP Merupakan Strategi Untuk "Merompak" Wang Zakat Pulau Pinang?

Wang zakat Selangor gagal di"rompak" oleh kerajaan Pakatan Selangor dengan adanya campur tangan Baginda Sultan Selangor. Rakyaat Pulang Pinang yang berketurunan Melayu/Islam perlulah berhati-hati dengan perlantikkan YB Mohd. Salleh Man sebagai YDP MAIPP pada bulan Oktober ini.


Jangan sampai nanti tangan-tangan (halimunan) menggunakan/memaksa YB Mohd Salleh Man untuk "merompak" wang zakat negeri Pulau Pinang untuk digunakan bagi menampung kos pentadbiran negeri maupun urusan-urusan lain. Bukan nak menuduh, cuma kena beringat kerana contohnya telah ada di depan mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3