bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

  • Sempit tapi muat - Tak perlu tambah meresahkan, tak perlu makin merisaukan. Saya sudah lama pencen dari menulis isu politik. Namun saya belum pencen daripada menulis sesuat...

24 Jan 2009

Ketika Cina dan India semakin kurang ajar - bangsa melayu semakin penakut




PAS Menang di Kuala Terengganu. DAP membantu memenangkan PAS. DAP bantu kemenangan PAS BUKAN kerana sukakan PAS tetapi kerana hendak kikiskan kekuasaan dan kekuatan Melayu didalam UMNO. Maka apabila PAS menang melayu PAS bersorak kegembiraan atas kemenangan PAS itu dan DAP juga bersorak kegembiraan tetapi atas kekalahan melayu dalam UMNO - kekalahan parti melayu yang menguasai pemerintahan kerajaan. Cekapnya bangsa lain mempermainkan melayu. Membiarkan melayu sendiri membunuh melayu. Inilah keadaan yang berlaku.

Dapatkah PAS memerintah negara dengan kemenangan Kuala Terengganu? Yang dapat dilihat adalah pembangkang lebih kuat, dan siapakah yang menguasai pembangkang? Niat bangsa lain untuk menjahanamkan bangsa melayu semakin ketara. Ketuanan melayu dipertikai, DEB dipersoal dan bahkan kedaulatan Raja-Raja melayu juga dipersendakan. Malangnya, begitu mudah bangsa melayu membiarkan ini semua berlaku. Hanya keran kepentingan parti dan kedudukan politik masing-masing mereka sanggup gadaikan hak dan maruah bangsa.

Saya menyeru kepada semua umat melayu supaya berubah dan bersatulah tanpa mengira fahaman politik sebelum kita kehilangan segalanya. Kita bukan rasis tetapi kita adalah nasionalis yang memperjuangkan martabat dan maruah bangsa dibumi milik kita sendiri. Kita bukan bangsa pendatang. Mereka (India dan Cina) adalah bangsa pendatang dan mereka patut hormati hak-hak kita sebagai pemilik negara ini. Kebelakangan ini tuntutan demi tuntutan dibuat oleh persatuan-persatuan yang mewakili bangsa cina dan india, dan mereka semakin bersikap kurang ajar kepada bangsa kita sema ada secara langsung atau tidak langsung. Malangnya kelihatan bangsa melayu jadi semakin penakut malah ada sebilangan pemimpin-pemimpin melayu bersama mereka menjadi pejuang kepada bangsa asing. Bangsa melayu, berhentilah jadi penakut!


Sila baca disini:








11 Jan 2009

CATATAN PENDEK SEBELUM KEPUTUSAN PRK P036

TDM - suaranya didengar dan dikenali dunia, dihormati dan dihargai rakyat


PL - yang juga dikenali, sebagai si penidur.


Si penidur akan di hukum kerana cuai terhadap rakyat.



PL selalu menentang suara rakyat dan memandang rendah pendapat majoriti. Mungkin kali ini PL mencuba-cuba. Melihat apakah benar-benar kehendaknya berlainan dengan kehendak rakyat atau itu semua hanya pendapat dan spekulasi orang ramai dan termasuk TDM. PL masih tidak percaya pendapat TDM. PL masih cuba membuktikan bahawa pendapat TDM adalah salah. Kerana itu PL akan terus mencuba-cuba sehingga dapat menyatakan bahawa TDM salah.

Apabila rakyat negeri menghendaki calon lain di PRK KT, PL meletak calon lain yang pilihannya. PL menghendaki rakyat bersetuju dengan pilihannya. PL menghendaki rakyat menyukai apa yang dia sukai. Itulah cara tindakan politik PL.

Apabila ada suara menyatakan bahawa PL tak payah datang ke KT agar tidak rosakan apa yang telah disusun, PL ingkar. PL datang juga semata-mata untuk menyatakan kepada rakyat Terengganu bahawa PL menyokong calon. Dalam siding akhbarnya PL menanya rakyat apakah buruk sangatkan Wan Farid? Sedangkan beliau dilantik sebagai SU PL. PL kata jika calon buruk tak kan PL lantik. Soalnya apakah semua orang harus mengikut skala yang PL tetapkan sebagai citarasa? Apakah semua orang mesti suka apa yang PL sukai?

TDM berbeza. TDM dapat menjadi pemimpin rakyat yang baik. Disamping peka kepada keadaan sekeliling, TDM juga mendengar suara rakyat. Malah lebih bijak lagi dengan menyuarakan suara rakyat itu lalu melayakkannya menjadi jurucakap rakyat. Rakyat boleh bergantung harap kepada beliau.

TDM bijak mengambil kesempatan. Kerana itu apabila ada saja suarat resah gelisah rakyat, TDM yang mendengar langsung menyuarakannya. TDM menjadikannya sebagai sebahagiuan dari rakyat yang membuatkan rakyat selesa dengan adanya seorang pejuang diantaranya. TDM juga sanggup meremajakan diri dengan perjuangannya untuk berjuang bersama rakyat. Terbaru beliau turut sama dalam protes terhadap Israel. TDM meletakkan dirinya sentiasa releven dengan aspirasi rakyat.

Bagi aku, TDM adalah seorang pemimpin negarawan sepanjang zaman. Kita memerlukkannya sepanjang masa. Dunia melihatnya sedemikian. Kita harus menungggu lama lagi untuk mendapat seseorang yang sepertinya yang akan menjadi pemimpin kita, atau mungkin kita tidak akan menemuinya langsung.

Memang ada yang tidak menyukainya. Memang kita tidak akan mendapat sesiapapun yang akan disukai oleh semua. Bahkan Rasuluallah pun tidak disukai oleh bapa saudaranya sendiri – itulah hakikat. Tetapi TDM, siapa yang tidak menyukainya? Kenapa mereka tidak menyukainya. Jawapannya adalah orang-orang yang terlibat politik dan yang tidak mendapat sesuatu yang tidak dapat diberikan oleh TDM. Rata-ratanya begitu. Jadi sebabnya adalah sebab peribadi dan kemudiannya diterjemahkan untuk jadikannya sebab umum untuk mendapat sokongan ramai. Apakah itu wajar?

TDM adalah pemimpin yang disetujui ramai. Disokong kawan bahkan lawan juga. Melainkan apabila kita membawa masalah peribadi dan menjadikannya masalah ramai. Kita tidak akan menyukainya apabila beliau tidak dapat memenuhi kehendak kita, lalu kita membencai beliau dan mengajak orang ramai membencinya. Wajarkah kita?

7 Jan 2009

APA JADI JIKA BN KALAH DI PRK P036


Menangislah untuk masadepan anak-anak kita


(Jika BN kalah, kerusi parlimen akan berkurangan. Bermakna kuasa memerintah melayu makin kurang dan kerajaan makin tidak stabil. Bila-bila masa pembangkang boleh ambilalih kerajaan jika ada wakil BN berubaharah)


Pesan-pesan dan sampai-sampaikan kepada anakbangsa melayu, betapa pentingnya kemenangan kepada Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu nanti. Fikir-fikirkanlah dengan jiwa dan fikiran yang waras disaat kuasa pemerintahan melayu semakin terhakis. Ini bukan lagi main-mainan. Ini bukan cuba-cubaan. Ini bukan soal protes kepada sesiapa. Ini soal hidup mati melayu.

Memang tokoh politik kata itu tidak mengapa atau berikanlah peluang mereka mencuba. Tetapi akhirnya tidak begitu. Lihat apa jadi pada Pulau Pinang? Perak dan Selangor? Kedah Ok lah sebab masih melayu yang perintah – 100% - bukan proksi. Yang rugi bangsa melayu. Bangsa cina bangsa berniaga, pada mereka hanya ada untung sahaja.

Singkap pula sejarah lama; Siapa yang menentang penjajahan Inggeris dan Jepun? Jawapannya adalah bangsa melayu kerana ini adalah Tanah Melayu, adalah Negara kita. Ketika Jepun memburu cina akibat sentimen perang Nanjing(?) ada cina yang dibantu melayu tinggal diperkampongan melayu dengan memakai sarung dan songkok. Melayu memperlindungi mereka, kerana jiwa besar kita – tolak ansur dan pemaaf dan bertimbangrasa.

Tetapi apa jadi apabila koumintang perintah Tanah Melayu selama 14 hari? Habis melayu dipancung. Dan mereka teruskan perjuangan berkiblatkan komunis China walaupun Negara telah merdeka. Apakah kini mereka ini yang ingin menghancurkan Tanah Melayu dulu ingin diiktiraf sebagai pejuang bangsa?

13 Mei, apabila DAP dan cina menang dalam pilihanraya maka mereka menghina melayu hingga timbulkan kekecohan dan ketegangan kaum. Berapa ramai melayu dibunuhnya dalam insiden panggung Odeon Kuala Lumpur?

Sedarlah Bangsaku. Sedarlah Melayu. Terlajak perahu boleh diundur. Kalau terludah pun masih boleh dijilat semula, tetapi sekali kita kehilangan kuasa- kita akan kehilangannya buat selama-lamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3